Support My Blog

Wednesday, September 7, 2022

VARIETI PADI BARU IS21

VARIETI PADI BARU IS21
merupakan satu hasil penyelidikan saintis tempatan yang telah dilancarkan di peringkat nasional oleh Perdana Menteri tidak berapa lama dahulu iaitu pada 13 Mac 2022. Pada penulis blog dengan kemampuan negara dalam menghasilkan antara 20 hingga 40 peratus hasil padi dimana benih padi IS21 yang dilaporkan adalah mengambil sempena nama Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (IS) 2021 (Is21) adalah apabila ada maklumbalas pesawah yang amat positif apabila yang mendapati hasil tuaian adalah lebih tinggi mengambil kira faktor benih yang tahan dengan cuaca ekstrem dan mempunyai rintang terhadap beberapa penyakit padi. Dari kajian seorang penyelidiknya dikenali Dr. Sobri Hussein yang juga pegawai penyelidik di Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dimana ada pesawah dan petani berjaya dapat menjimatkan kos pengurusan sawah padi dengan baik memandangkan penanaman padi jenis ini tidak memerlukan penggunaan baja yang banyak. Hasil daripada aktiviti penyelidikan padi nuklear ini telah dimulakan sejak tahun 2006 oleh saintis Dr. Abdul Rahim Harun menggunakan 'teknologi sinaran gamma'. Dilaporkan dimana tujuan utama penyelidikan ini dijalankan oleh ANM adalah untuk negara kita mendapatkan padi yang mempunyai hasil yang tinggi dan juga tahan kepada masalah kekurangan bekalan air. Dilaporkan secara teknikal dimana melalui Kajian Analisis LVT (Local Verification Trials) yang telah dijalankan mendapati bahawa varieti padi baharu ini mampu bertahan kepada masalah cuaca yang extrem. DIlaporkan isu yang demikian padi ini telah berjaya mendapat pengiktirafan oleh DOA (Jabatan Pertanian) sebagai salah satu varieti padi baharu negara pada 19 Feb 2020. Varieti padi baharu ini juga telah dilapor berjaya meningkatkan pendapatan petani antara 20 - 40 peratus dan ia bergantung kepada lokasi dan cara pengurusan sawah. Apa pun dilaporkan dimana pada 29 Jan 2021 padi ini telah pun diperakukan oleh Kementerian Pertanian dan Indusri Makanan sebagai salah satu varietI padi yang boleh digunakan oleh pesawah. Maka padi ini telah dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 20 Nov 2021 di Sekinchan Selangor dimana Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Mac 2022 lalu menyempurnakan Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti di Sawah Endau, Mersing, Johor melibatkan 500 guni benih padi IS21 seberat 20kg setiap satu diagihkan kepada pesawah. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan beberapa info mengenai padi baru varieti IS21 untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Apa pun dilaporkan benih padi IS21 dihasilkan oleh Agensi Nuklear Malaysia iaitu sebuah lagi agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini telah dijana melalui teknologi nuklear. Sebagai rekod, Perdana Menteri telah melancarkan Benih Padi IS21 di Sekinchan, Selangor pada 20 November 2021 dimana sejak pelancaran dilaporkan pihak MOSTI telah menerima maklum balas daripada para pesawah dan petani disana. Aktivitu memperluaskan penanaman dan peluasan penggunaan benih padi IS21 di sawah Endau juga diharap dapat memberi manfaat kepada para pesawah dan petani kerana penghasilan padi daripada varieti IS21 ini mampu meningkatkan pendapatan dimana ia seterusnya menaikkan taraf hidup rakyat. Dalam pada itu adalah diharapkan agar golongan belia dan anak muda juga akan dapat menyemai minat dan menceburi pertanian moden. Ini kerana jika diletakkan sepenuhnya minat untuk berbakti kepada tanah memang sektor pertanian moden mampu meningkatkan taraf hidup, meningkatkan sumber pendapatan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Kini tumpuan perlu diberikan kepada golongan belia ke arah memodenkan sektor pertanian yang digabungkan dengan elemen keusahawanan bagi melahirkan lebih ramai agropreneur muda yang mahir dan arif dengan mengaplikasikan penggunaan teknologi dan inovasi dalam industri pertanian. Memang selain MAFI dimana pihak MOSTI juga dapat membantu memperkenalkan pelbagai teknologi dan inovasi yang mampu merancakkan lagi sektor pertanian khususnya dalam kalangan golongan belia. Zaman ini dimana selain daripada penggunaan teknologi nuklear dalam bidang pertanian, agensi penyelidikan yang lain di bawah MOSTI turut memainkan peranan penting dalam bidang pertanian. Antaranya adalah aktiviti penyelidikan berkaitan bioteknologi oleh Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) mampu menghasilkan persekitaran optimum untuk hasil tanaman yang baik. Kini ada aktiviti penggunaan remote sensing (penderiaan jauh) di bawah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) juga telah membantu dari segi pemantauan pengurusan di jelapang padi melalui pembangunan Sistem Maklumat Geospatial Tanaman Padi (MakGeoPadi). Kerajaan dilaporkan akan muncul sebagai sebuah keluarga diyakini dapat membantu golongan petani dan pesawah di negara in apabila digembelingkan.

Dalam portal bharian.com dengan laporan yang bertajuk 'Benih padi IS21 tingkatkan hasil 40-67 peratus lebih tinggi' berkait dengan tajuk artikel ini. Berita dipetik dari Sekinchan, Selangor ini menyatakan dimana teknologi benih padi baharu IS21 inisiatif Nuklear Malaysia, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) membantu meningkatkan produktiviti padi dengan anggaran hasil 40 - 67 peratus lebih tinggi berbanding purata pengeluaran kebangsaan. Benih padi IS21 juga dilapor mampu mengeluarkan hasil padi sehingga 9 metrik tan sehektar mengikut kawasan penanaman manakala kos penanaman dapat dikurangkan sebanyak 10 - 20 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Dilaporkan dimana varieti padi IS21 dijana melalui teknologi nuklear dengan kaedah mutasi aruhan sinaran gama mampu mengurangkan kebergantungan kepada beras import pada masa akan datang. Teknologi biak baka mutasi ini adalah alternatif kepada prosedur pembaikbakaan konvensional dan ia berpotensi digunakan ke atas tanaman agromakanan dalam menghasilkan varieti yang mempunyai ciri-ciri lebih baik. Apa pun aktiviti penyelidikan membiak baka mutasi ini akan dapat hasilkan padi yang mempunyai ciri ketahanan terhadap perubahan cuaca mendadak, ketahanan terhadap tekanan biotik dan abiotik serta pengeluaran hasil cepat dan mempunyai kualiti yang lebih baik dari segi zat dan nutrisi. Diberitahu juga dimana nama 'Padi IS21' diberikan sempena nama Perdana Menteri iaitu IS adalah singkatan bagi nama Ismail Sabri dan angka 21 mewakili tahun 2021. Varieti Padi IS21 telah didaftarkan di bawah Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 Jabatan Pertanian melalui Certificate of Registration of New Plant Variety and Grant of Breeder's Right (Nombor Pendaftaran: PBR 0156 (NMR152) dibawah kelolaan Jabatan Perrtanian Malaysia. Kini melalui subsidi ini para pesawah boleh mendapatkan benih padi pada harga RM35 untuk 20kg. Benih padi IS21 adalah contoh hasil penyelidikan dari makmal ke pasaran yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta usaha bagi mengutamakan sekuriti dan nutrisi makanan. Pembangunan benih padi menggunakan teknologi baharu telah pun mula membuka peluang perusahaan dan pekerjaan amat memberangsangkan kepada penduduk Sekinchan dan persekitarannya. Sehingga kini terdapat lebih 15,000 pesawah di seluruh negara telah menerima dan menanam padi IS21 ini.
DIlaporkan dimana padi IS21 mampu mengeluarkan hasil padi hingga sembilan tan sehektar mengikut kawasan penanaman manakala kos penanaman dapat dikurangkan sebanyak 10 - 20 peratus kerana penggunaan baja dan racun perosak yang kurang. Hasil tuaian juga dilaporkan memang boleh meningkat sebanyak 40 - 67 peratus dimana ia bergantung kepada kawasan tanaman dan budaya serta amalan petani. Ada juga laporan dimana pada 20 September 2021 dimana Agensi Nuklear Malaysia (ANM) telah menerima pengiktirafan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) serta Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) atas usaha pencapaian dalam pembiakan mutasi tumbuhan dan bidang bioteknologi yang berkaitan dalam usaha meningkatkan sekuriti makanan melalui penggunaan radiasi bagi mempelbagai jenis benih yang lebih berkualiti. Agensi ANM telah dinamakan sebagai antara penerima Anugerah Pencapaian Cemerlang dalam Pembiakan Mutasi Tumbuhan semasa Persidangan Agung ke-65 IAEA yang berlangsung di Vienna, Austria.

Akhbar utusan.com pula dengan laporan bertajuk 'PM lancar benih padi, IS21 berdaya tahan, produktiviti tinggi' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan telah melancarkan varian benih padi baharu yang dihasilkan menerusi penyelidikan Agensi Nuklear Malaysia dibawah MOSTI atau Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Benih padi yang dinamakan sebagai IS21 itu adalah inovasi dalam industri padi negara dilihat mampu didalam usaha meningkatkan hasil tuaian sehingga 67 peratus atau sembilan tan pengeluaran sehektar mengikut kawasan penanaman. Selain itu kos penanaman seperti penggunaan baja dan racun perosak juga dapat dikurangkan sehingga 20 peratus. Inovasi benih padi itu adalah komitmen kerajaan untuk memastikan sumber makanan itu terjamin, selamat dan mencukupi, kerajaan sentiasa berusaha ke arah mencari kaedah-kaedah terbaik yang mampu meningkatkan penghasilan padi dan beras. Antara ciri keistimewaan varieti benih padi IS21 ini seperti ia berdaya tahan tinggi terhadap cuaca yang tidak menentu dan mempunyai rintangan terhadap beberapa penyakit padi yang sering menyerang dan merugikan pesawah. Selain itu didakwa baka padi IS21 ini juga berpotensi memberi hasil tuai yang tinggi dan dapat meningkatkan pendapatan pesawah jika diurus dengan baik mengikut garis panduan yang disyorkan kerajaan. Walau pun kini wujud kebimbangan terhadap kekurangan bekalan apabila permintaan makanan global yang dijangka meningkat pada 2050 berdasarkan peningkatan penduduk dunia pada tahun berkenaan kepada 9.7 bilion seperti dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Akibat perubahan iklim dunia kini dijangka menyumbang kepada masalah kekurangan bekalan makanan dunia pada masa hadapan. Malah mutakhir ini, kesan perubahan iklim telah mula dirasai dengan pendapatan golongan yang berada dalam sektor pertanian terjejas akibat pengurangan hasil. Kerajaan memang sentiasa memastikan usaha bagi mempertingkatkan produktiviti industri padi dan beras dilakukan secara proaktif termasuk usaha memperkenalkan teknologi-teknologi terkini bagi mendepani cabaran serta memperkasakan lagi keupayaan. Bgaimana pun tanggungjawab itu tidak boleh diletakkan di bahu kerajaan saha dimana penglibatan para pesawah dan petani diperlukan agar usaha bersama selaras konsep Keluarga Malaysia akan menjadi reliti. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Waslllam!.
VARIETI PADI BARU.. IS21 NAMANYA...
SUDAH DILANCARKAN... OLEH PM KITA...
GUNAKAN NUKLEAR... PROSES BIAKBAKA...
PESAWAH GEMBIRA... HASI LUMAYANNYA...

By,
M Anem,
Senior AGronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(9 Safar 1444H).

Tuesday, September 6, 2022

TUMBUHAN BAGI KELULUT DAN RESIN (Part 2)

TERDAPAT TUMBUHAN
yang diperlukan oleh kelulut sebagai sumber makanan dan tempat tinggal didalam habitatnya. Menternak Kelulut (Trigona spp) merupakan satu jenis pekerjaan atau aktiviti atau hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan juga minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk tujuan mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel pagi Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis spesis tumbuhan yang disukai oleh kelulut untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Pengusaha kelulut digalakkan untuk memilih jenis tumbuhan 
yang mudah untuk dijaga, jenis tahan lasak dan ia mampu bertahan dalam keadaan cuaca yang ekstrem seperti keadaan kering (dimusim kemarau) atau didalam keadaan dimana air yang berlebihan dimusim hujan. Pemilihan tumbuhan ini perlukan sedikit penyesuaian dengan ciri tanah, kecukupan cahaya matahari, kadar lindungan, infra para atau pun kawasan sesuai. Dalam pada itu ramai pakar mengalakkan juga untuk memilih jenis tumbuhan yang struktur bunga yang berkelompok setempat. Jenis bunga seperti ini adalah bertujuan bagi memudahkan kelulut mampu bergerak dari bunga ke bunga tanpa ianya memerlukan jarak penerbangan yang jauh. Kelulut yang terbang memerlukan tenaga dimana jika kedudukan bunga tersebut jauh maka banyak tenaga dikeluarkan dan ianya akan menjejaskan produktiviti kelulut pekerja juga. Bunga Air Mata Pengantin (Honomulu creepers) diantara jenis tumbuhan yang sangat disukai oleh keluut dan serangga lain daripada pagi sehingga petanh dimana kedudukan bunganya adalah setempat (Sila lihat foto disebelah). Bunga ini akan dilihat kelulut, lebah madu, semut, kerengga, kumbang dan serangga lain berada dibunga yang mekar berwarna pink ini. Disyorkan juga agar memilih pokok yang memerlukan masa yang singkat untuk berbunga daripada mula menanam dimana ini akan membantu pengusaha mendapatkan koloni kelulut yang baik. Sebaiknya juga digalakkan untuk memilih jenis tumbuhan yang memberi hasilan kepada penternak seperti pokok buah yang terbentuk dimana ia akan menghasilkan buah dari proses pendebungaan yang telah dijalankan oleh kelulut dengan lebih produktif. Antara jenis buah yang sesuai diletakkan sarang kelulut sepsrti pokok Belimbing (Averrhoa carambolae), pokok Melon (Cucumis melo) dalam Rumah Green House (SPH), pokok Ciku (Manikara sapota) dan banyak tumbuah berbunga lain lagi.

Dalam pada itu perlu diketahui kalangan pengusaha akan kepentingan kelulut dengan pokok yang ada mengeluarkan bahan pentinh bgi klulut iaitu resin atau damar. Kajian mendapati dimana banyak spesis 
kelulut perlukan getah damar untuk kelestarian yang sempurna. Getah damar ini adalah diperlukan kelulut untuk membuat mereka kantung madu, kantung roti lebah dan struktur juga penyokong didalam haif. Damar ini juga digunakan untuk menutupi segala rongga atau lobang didalam mempastikan sarangnya kukuh dan selamat tidak dimasukki musuhnya. Memang dilihat tanpa damar maka proses pembinaan corong, kantung madu dan kantung roti lebah tidak akan dapat dibina dengan sempurna. Bila tidak ada damar maka kelulut pekerja akan terpaksa pakai sumber resin getah biasa seperti dari pokok mangga dan manggis untuk digunakan. Hanya ada beberapa spesis tumbuhan (kebanyakannya adalah pokok hutan) yang ampu menghasilkan resin atau damar berkualiti dengan kuantiti banyak. Jika sudah ada pokok mempunyai resin atau damar berdekatan dengan lokasi menternak kelukut ia merupakan bonus kepada pengusaha tersebut. Pengalaman penulis blog semasa membuat tinjauan di Daerah Kuala Lipis, Pahang dan Raub mendapati dimana sekelompok pemuda menternak kelulut dikawasan hutan yang asli mendapati kutipan madu memang baik dengan banyak pokok berbunga dan pokok ada resin dan damar diseklilingnya. Pemerhatian penuli blog juga menunjukkan dimana propolis bersumber damar lebih keras, kukuh, mampu tanggung beban madu yang banyak. Penelitian ini juga mendapati dimana ada spesis kelulut yang boleh membina kantung madu sebesar bola pingpong dan ada spesis kantung madunya agak panjang melonjong ke atas seperti telur ular. Bila kelulut membuat propolis pakai selain damar maka kalau mereka buat pot madu maka saiznya akan besar. 

Dilaporkan dimana diantara s
pesis kelulut yang memerlukan damar adalah semua spesis dalam genus Homotrigona, Odontotrigona, Platytrigona, Tetragonilla serta beberapa genus seperti Tetragonula, Lophotrigona (L. canifrons) dan Lisotrigona (L. carpenteri). Beberapa rujukkan mendapati dimana diantara tumbuhan yang menjadi sumber damar adalah jenis-jenis seperti pokok-pokok dipterokarpa seperti pokok Keruing, Meranti, Cengal, Resak, Balau dan lain-lain. Penulis blog beberapa kali melihat dan mendapati dimana resin atau damar ialah rembesan hidrokarbon kebanyakan spesis tumbuhan disebutkan diatas. Resin juga boleh dianggap sebagai getah yang dirembeskan oleh pokok (Sila lihat foto disebelah). Resin pada kebanyakan tumbuhan berfungsi sebagai salah satu bahan untuk merawat luka atau untuk  menghalang serangan bakteria atau penyakit pada pokok tersebut. Berlainan pokok mengeluarkan warna, kepekatan kepada bentuk resin adalah berlainan. Dalam menternak kelulut memang ia juga akan memerlukan resin-resin ini sebagai keperluan asas kelulut. Dilaporkan dimana kelulut akan datang kepokok yang ada resin untuk mengambil resin ini untuk binaan struktur corong, binaan sarang, penghasilan kantung-kantung, membaiki rekahan pada sarang dan juga sebagai senjata untuk kelulut mengawal musuh. Penulis blog dapati kepentingan bahan resin dan damar merupakan keperluan utama yang paling kritikal dalam ternakan kelulut. Kelulut menggunakan resin atau damar ini untuk binaan sarang, untuk membaiki sarang, untuk pertahanan sarang, binaan kantung dan sebagainya.
Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, kelulut Indo Malaya mempunyai variasi spesis yang luas. Ini bermakna kelulut-kelulut ini turut mempunyai keperluan dan peranan yang berbeza dari sudut keperluan sumber sehingga lokasi binaan sarang. Jika diperhatikan kelulut-kelulut seperti jenis Heterotrigona itama, Geniotrigona thoracica, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan beberapa spesis lain mempunyai binaan sarang yang terdiri dari propolis yang lembik, liat dan agak melekit. Propolis yang lembik dan melekit ini adalah hasil gabungan enzim kelulut dengan resin yang dikeluarkan oleh pokok seperti pokok mangga, pokok manggis, pokok getah, pokok nangka dan sebagainya.
Manakala kelulut seperti Homotrigona aliceae, Homotrigona (Tetrigona) apicalis, Homotrigona (Tetrigona) binghami, termasuk Tetragonula melina dan beberapa spesis kelulut damar yang lain mempunyai binaan sarang yang rapuh dan keras seperti kristal. Binaan yang rapuh ini dibina dengan menggunakan damar yang diambil dari pokok-pokok khas dari hutan iaitu seperti pokok merawan, pokok mersawa, pokok meranti, pokok cengal, pokok balau, pokok resak, pokok kruing dan sebagainya. Selalunya apabila kekurangan atau ketiadaan sumber resin atau damar, kelulut tidak berupaya untuk menambah bilangan kantung untuk pengisian madu dan roti lebah dan yang lebih membimbangkan kelulut-kelulut ini tidak berupaya untuk menjaga keselamatan sarang dari penceroboh. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
MENTERNAK KELULUT... POPULAR DIA...
SUMBER MAKANAN...TUMBUHAN ADA...
PILIH YANG SESUAI... DITANAM TERSEDIA..
KELULUT SIHAT.. ADA MADU BANYAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

Monday, September 5, 2022

TUMBUHAN KEGEMARAN KELULUT DAN RESIN (Part 1)

TERDAPAT TUMBUHAN
yang diperlukan oleh kelulut sebagai sumber makanan dan tempat tinggal didalam habitatnya. Menternak Kelulut (Trigona spp) merupakan satu jenis pekerjaan atau aktiviti atau hobi yang boleh membawa keuntungan jika dilakukan dengan betul dan terancang. Kini telah ramai dikalangan masyarakat kita di Malaysia yang mula meminati menternak kelulut setelah mendengar bahawa kelulut adalah lebah yang tidak menyengat (stingless bee) dan akan menghasilkan jenis madu yang khasiatnya amat baik untuk kesihatan. Terdapat banyak cara mendapatkan ilmu menternak kelulut sama ada melalui kursus formal atau lawatan sendiri kelokasi ternakan kelulut di mana-mana ladang kelulut komersil di Malaysia. Ada kursus yang percuma diadakan oleh Jabatan Pertanian dan ada kursus berbayar yang dianjurkan oleh swasta dan pakar kelulut yang lain. Bagaimana pun sebelum memulakan penternakan lebah kelulut penulis fikir adalah elok jika kita tahu apa perkara asas yang perlu kita buat. Perkara ini difikir secara teknikal penting agar mengurangkan kadar risiko kegagalan penternak nanti terutama jika anda adalah dari kumpulan penternak amatur. Penulis ada mendengar bagaimana beberapa pengusaha gulong tikar mengalami kerugian akibat pelbagai faktor. Antaranya adalah kos bagi membeli koloni kelulut yang mahal (RM400 - RM1,200 satu koloni kelulut siap dengan kotak super). Tetapi setelah ia diletakkan dikawasan ternakan, kelulut tersebut mati atau ada kes dicuri orang atau mungkin dirosakkan oleh haiwan. Kes kecurian kotak kelulut juga semakin menjadi serius dimana beberapa laporan polis dibuat oleh pengusaha. Menternak kelulut perlukan komitment tinggi dan juga minat mendalam dan jangan jadi ikut-ikutan kerana seronok melihat pengusaha lain yang telah berjaya. Maklumat awal mengenai potensi menternak kelulut untuk menjana pendapatan telah pun diwar-warkan oleh pihak media dan berjaya menimbulkan minat ramai bakal usahawan baru. Banyak cabaran dan ilmu yang perlu ditimba untuk tujuan mengetahui pengurusan ternakan kelulut daripada awal sehingga mampu menghasilkan produk madu yang berkualiti. Artikel pagi Isnin ini saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa jenis tumbuhan yang disukai oleh kelulut untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Penulis blog yang telah menulis beratus artikel mengenai industri kelulut dalam blog ini percaya dimana madu 
kelulut adalah diantara produk agro berpotensi dikembangkan untuk pasaran domestik dan eksport disebabkan manfaatnya yang tinggi terhadap kesihatan. Banyak maklumat teknologi dan latihan mengenai kelulut yang diberikan semasa membuat tinjauan di seluruh negara (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada memberi ceramah kepada bakal usahawan kelulut, penulis juga pernah terlibat dalam program 'Jalan kaki kelulut Pak Sabri' diseluruh negara sebagai duta kelulut pada tahun 2017. Malahan dalam perbincangan Dewan Rakyat 2021 diantara isu dibangkitkan adalah usaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagaimana untuk merangka langkah strategik dalam mencari peluang pasaran luar menerusi pameran perdagangan di luar negara. Perlu ada program khas memperkasakan golongan penternak terutama dalam kalangan belia dalam membekalkan madu yang akan memenuhi piawaian serta berkualiti untuk pasaran luar perlu dilakukan terlebih dulu. Penulis blog sarankan bagi tujuan penternakan komersial madu kelulut sekurang-kurangnya 30 sarang diperlukan berbanding mereka yang menternak untuk keperluan sendiri. Penternak perlu arif mengenai penjagaan serta amalan pertanian baik agar dapat mengoptimumkan penghasilan madu dimana lazimnya hasil minimum boleh diperolehi sekitar 250 gram sebulan/koloni. Kalau musim yang baik iaitu menjelang musim buah dan bunga maka hasilnya boleh meningkat kepada hampir dua kilogram madu.
Penghasilan madu bergantung kepada sumber makanan di sekitar sarang. Lebih baik kedudukan ladang ternak lebah kelulut dalam kawasan kebun buah atau berhampiran dengan kawasan yang ada bunga. Dengan sumber makanan banyak, bermakna madu dihasilkan juga berbaloi. Kualiti madu kelulut yang baik perlu diketahui lebah kelulut itu tidak hanya bergantung pada satu jenis sumber makanan semata-mata dan ia sebaiknya pelbagaikan sumber agar ada khasiat buah. Lazimnya bagi memulakaan ternakan lebah kelulut ini, perlu ada sarang dan biasanya ia dijual pada harga sekitar RM250 dan boleh melambung kepada harga RM1,000 untuk hasil madu kelulut yang sudah stabil. Hanya dua spesies lebah kelulut yang dilaporkan menghasilkan madu iaitu spesis  Heterotrigona itama dan spesis Geniotrigona thoracica yang berbeza segi saiz dan warna.

Dalam pada itu penternakan kelulut sasarkan mendapat h
asilan utama daripada haif lebah kelulut ialah madu, roti lebah dan propolis. Madu ialah hasil dari pengumpulan nektar yang dicampur dengan enzim yang terdapat dalam perut lebah kelulut. Roti lebah pula ialah hasil daripada pengumpulan debunga bunga. Propolis ialah campuran lilin lebah dan damar (resin) dari pucuk atau bunga yang dikumpul oleh lebah kelulut. Penternak perlu hadir kursus atau membuat lawatan kawasan penternakan kelulut komersial untuk mempelajari ilmunya. Perlu difahami sifat-sifat lebah kelulut itu sendiri yang selalunya ianya aktif sepanjang hari dan sepanjang tahun iaitu selama 365 hari setahun. Walau bagaimanapun penulis blog lihat dimana disebabkan oleh halangan fizikal maka lebah kelulut tidak dapat terbang jauh pada masa musim hujan. Aktiviti 'Foraging' adalah perkara yang memerlukan kelulut untuk perjalanan yang jauh untuk mencari sumber makanan yang diperlukan. Biasanya kelulut pekerja ini tidak sempat pulang ke sarang pada waktu senja dimana kadangkala ia akan menumpang hinggap dipokok-pokok didalam perjalanan dan meneruskan perjalanan balik ke sarang pada keesokan pagi. Perlu difahami dimana sumber penting makanan kelulut melibatkan banyak spesis tumbuhan yang disukainya. Perlu juga penternak faham dimana sebelum membuat pilihan jenis tanaman untuk ditanam atau sedia ada sebagai sumber makanan kelulut pastika periksa akan faktor keluasan ruang yang ada untuk tujuan penanaman dengan tanaman yang dipilih. Jika pengusaha kelulut mempunyai kawasan yang luas maka sebaiknya dipilih jenis tanaman kekal yang mempunyai kanopi yang lebar. Bagi usahawan yang kawasan ternakan terhad seperti di kawasan taman perumahan maka jenis pokok yang mempunyai kanopi yang kecil (dan boleh juga ditanam didalam pasu) hendaklah menjadi pilihan. Pengusaha perlu memahami jenis tanaman yang dipilih memang akan disukai dan dihinggapi oleh lebah kelulut. Setengah bunga memang  tidak dihinggapi oleh kelulut walaupun pokok tersebut dilihat mempunyai bunga yang banyak dan berbunga sepanjang tahun kerana tidak mempunyai manisan nektar.

Sebaiknya pengusaha pastikan memilih jenis tumbuhan
 yang berbunga sepanjang tahun dimana jika kawasan ternakan ialah berhampiran dengan dusun maka ianya tidak menjadi masalah pada musim pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, jambu dan lain-lain berbunga adalah bermusim. Jenis tanaman yang dipilih seharusnya berbunga diluar musim buah-buahan dusun ini berbunga. Pastikan untuk memilih tanaman yang mengeluarkan bunga atau berkembang sepanjang hari kerana lebah kelulut bekerja sepanjang hari mengambil nektar dan mengangkut nektar dan pollen bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam. Kelulut pekerja akan berulang alik dari sumber makanan ke sarang sepanjang hari sehingga nektar habis atau lewat petang. Jumlah kunjungan kepada bunga dan ulangannya akan bergantung kepada jarak pokok tersebut dengan koloni. Selalunya bagi setengah pokok seperti Bunga Kembang Pagi (Turnera sp) yang selalunya hanya kembang diwaktu pagi (sekitar jam 9.00) sebaliknya bagi jenis pokok markisa pula ia akan berkembang diwaktu petang sahaja. Pokok Red Palm yang berbunga pula akan mengeluarkan nektar daripada pagi sampai lewat petang untuk kelulut berulangalik mengutip nektar. Dalam pada itu jenis tumbuhan yang dipilih adalah spesis tumbuhan atau pokok yang hidup dibanyak musim dan tidak memerlukan penanaman dibuat berulang-ulang kali. Terdapat sesetengah tumbuhan yang akan mati selepas 3 - 4 bulan ditanam dan terpaksa menunggu beberapa minggu sebelum yang ditanam baru berbunga semula. Kerja menanam semula tumbuhan ini jika terlewat maka akan menyebabkan kelulut sukar didalam mendapatkan sumber nektar dan pollen. 
Artikel ini ditulis didalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
MENTERNAK KELULUT... POPULAR DIA...
SUMBER MAKANAN...TUMBUHAN ADA...
PILIH YANG SESUAI... DITANAM TERSEDIA..
KELULUT SIHAT.. ADA MADU BANYAKNYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Cendana,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(7 Rejab 1443H).

Sunday, September 4, 2022

CANGKUL DAN KISAHNYA

CANGKUL
adalah satu jenis alat tradisional yang digunakan dalam pertanian yang semakin kurang digunakan dalam sistem pertanian moden. Cangkul digunakan untuk menggali ataupun untuk meratakan tanah dimana ia bertujuan untuk menggemburkan tanah sebelum bercucuk tanam. Bagaimana pun penulis blog mendapati dimana peranan cangkul masih digunakan sehingga masa ini untuk menjalankan kerja-kerja menggali yang ringan di kebun ataupun di sawah terutama dikalangan petani atau pekebun kecil dan mereka yang ada hobi menanam tumbuhan dikawasan keliling rumah. Kini dalam sistem pertanian komersil penggunaan jentera pembajak tanah, jentera rotor tanah dan pelbagai mesin boleh digunakan dan dipilih oleh petani didalam kerja penyediaan tanah dan kawasan. Di kawasan pertanian sawah yang berbukit dan benkontour seperti di Indonesia bagaimana amalan menggunakan cangkul, tajak dan kerbau masih signifikan penggunaan dalam menyedialan tanah sawah setiap musim penanaman padi kerana jentera mesin sukar digunakan. Bagaimana pun memang selalunya kerja-kerja yang lebih berat biasanya dilakukan menggunakan jentera berat yang sesuai. Mengenai alat cangkul ini adalah mudah kerana lazimnya bentuk mata cangkul seakan-akan bentuk mata beliung dengan pemegang (hulu) yang diperbuat daripada kayu dan bagi cangkul kecil untuk kegunaan gardening dirumah ia diperbuat daripada besi tangkainya. Secara tradisional lazimnya mata cangkul berukuran lebih lebar berbanding dengan mata tajak atau mata beliung. Pada pengamatan penulis blog mendapati dimana biasanya hulu atau pemegang ini lurus akan tetapi ada juga jenis pemegang yang bengkok sedikit  yang dibuat untuk memudahkan kerja-kerja menyangkul dan menggali parit kecil. Umumnya memang mata cangkul biasanya dibuat daripada besi yang ada dijual dikedai-kedai alatan pertanian dimana-mana sahaja dengan harga mengikut saiz, jenama dan lokaliti.Penelitian penulis bloh mendapati harga mata cangkul diantara RM25 - RM35 satu unit. Dipasaran dilihat cangkul buatan dari negara China agak murah berbanding dengan cangkul buatan tempatan. Cangkul merupakan alatan paling asas didalam kerja menyediakan tanah disektor pertanian. Sebenarnya ada banyak jenis cangkul dimana lazimnya jenis-jenis cangkul termasuklah cangkul betul (cangkul lurus) dan cangkul burung, tajak, cangkul mini dan sebagainya. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa kisah dari media tempatan mengenai cangkul untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana 'Khidmat Asah Pisau Mendapat Perhatian' sesuai dikongsikan seperti dilaporkan dalam portal berita iaitu sinarharian.com. Kisah dari Kuala Terengganu menyatakan dimana hasil k
reativiti seorang pemuda menawarkan khidmat mengasah pelbagai jenis alatan logam tajam seperti pisau, golok, kapak, parang, cangkul dan gunting berjaya menarik minat orang ramai menggunakan perkhidmatan tersebut. Kisah ini pada penulis blog adalah unik dan ia terbukti apabila Muhammad Hafiz Nasir (25 tahun) sebagai tukang pisau dari Kampung Baram, Gelugor Kedai, Terengganu menerima hampir 100 bilah pisau untuk diasah pada hari pertama dia menawarkan perkhidmatan tersebut setiap masa. Idea mengambil upah mengasah pisau tercetus selepas bapanya yang juga seorang tukang pisau sering mendapat permintaan dari rakan-rakan dan penduduk kampung supaya membantu mengasah pisau mereka. Dari situ dia nampak ia ada potensi untuk busisness ini dikembangkan sebagai perkhidmatan yang boleh ianya mendatangkan pendapatan, lebih-lebih lagi sebagai tukang pisau dimana dia mempunyai kemahiran dalam bidang ini.  Kini perkhidmatan ini mula ditawarkan pada Mei tahun lalu namun selepas beberapa bulan beroperasi, ia terpaksa dihentikan buat sementara waktu kerana mahu memberi tumpuan kepada pembuatan pisau bersama bapanya. Upah mengasah pisau mendapat sambutan baik dari orang ramai khususnya pengusaha kedai makan, peniaga, katering dan surirumah selepas diiklankan dalam media sosial. Dia kini ada menggunakan mesin ‘belt sander’ besar dan kecil dimana ia akan mampu mengasah kira-kira 200 bilah pisau sehari. Apa pun setakat ini dia menerima lebih 70 bilah pisau, 10 cangkul dan sebagainya untuk diasah dengan upah antara RM1 hingga RM5 mengikut jenis. Kini dia menerima pelanggan dari sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sahaja dan semua pisau ini akan diasah di bengkel pembuatan pisau yang ada terletak di rumah ayah di Kampung Baram, Gelugor Kedai. Bapa kepada seorang cahayamata perempuan itu berkata, pelanggan tidak perlu datang ke bengkel untuk mendapatkan perkhidmatan ini kerana ada ‘runner’ yang akan mengambil dan menghantar pisau dengan caj antara RM3 hingga RM7 bergantung kepada lokasi. Kini dia berhasrat untuk meluaskan dan menawarkan khidmat mengasah pisau kepada pelanggan sekitar Marang dan Hulu Terengganu pula. Selain mengasah pisau dia juga mengambil upah membaiki pisau yang telah sumbing, patah dan mengilatkan kembali dengan harga maksimum RM10 sebilah bergantung kepada jenis kerosakan. Harapannya adalah untuk kembangkan lagi perkhidmatan ini ke seluruh negeri bagi membantu lebih ramai pelanggan yang berdepan masalah pisau tumpul, sumbing dan berkarat dengan caj berpatutan.

Kisah ini sangat berkait dengan cangkul dimana utusan.com melaporkan dimana 'Kerjaya Penggali Kubur Bakal Pupus' yang menarik dikongsikan. Kisah dari Kota Bahru, Kelantan menyatakan dimana kerjaya penggali kubur mungkin pupus tidak lama lagi gara-gara kekurangan dari pelapis apabila tidak ramai golongan belia berminat untuk sekurang-kurangnya menjadi penggali kubur sambilan. Di Kelantan dilaporkan kerja-kerja menggali kubur masih dilakukan secara tradisional menggunakan cangkul oleh penggali kubur yang berumur lingkungan 40 tahun ke atas dengan majoriti mereka adalah warga emas yang sudah lanjut usia. Bagi seorang penggali kubur warga emas, Yussof Abdul Rahman (65 tahun) dakwa di tempat tinggalnya iaitu Kampung Semut Api  kini amat sukar untuk mencari penggali kubur ‘junior’. Lelaki lebih dikenali sebagai Pok Soh itu juga berkata jika penggali kubur veteran sepertinya ‘bersara’ maka penduduk setempat mungkin berdepan masalah untuk mengebumikan jenazah pada masa depan. Ketika ini hampir tidak ada langsung orang muda mahu jadi penggali kubur dimana kalau ada pun dia memang sudi turunkan ilmu dan kongsi pengalaman yang saya ada. Sebenarnya kerja menggali kubur bukan mudah. Kerja ini memerlukan tahap kesabaran kerana mengambil masa lebih kurang tiga jam selain ada kaedah tersendiri. Sebagai contoh dimana kubur jenazah lelaki berbeza sedikit dengan jenazah wanita. Kini upah diterimanya bagi setiap lubang kubur ketika ini adalah RM200 dan dia mula menjadikan pekerjaan itu sebagai sumber rezeki selepas tidak lagi menjadi tukang rumah atas faktor umur, kira-kira 10 tahun lalu. Bagi pembantu Pok Soh iaitu Azharuddine nyatakan orang muda tidak berminat menjadi penggali kubur kerana pendapatan diterima tidak lumayan selain tidak menentu bergantung kepada situasi semasa. Kini dia memutuskan untuk mengikut Pok Soh menggali kubur kerana kasihan melihat warga emas itu akan mengerah kudrat menggali kubur menggunakan cangkul seorang diri tanpa sebarang bantuan jengkaut. Tugas menggali kubur juga tidak kira masa siang atau malam, malah kami pernah menggali tiga atau empat kubur dalam masa sehari gara-gara tidak ada penggali kubur lain di kampung kami ketika itu.

Berlainan pula laporan dari hmetro dimana 'Wira negara kini pahlawan cangkul' yang sesuai dikongsikan. Apa pun aktiviti beriadah dan pada masa sama menambah pendapatan antara tujuan kebun komuniti ini ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu yang kini menjadi 'port' orang pencen yang kebanyakannya bekas tentera dan polis. Kini seramai sembilan peserta Kebun Komuniti Bandar Springhill mengusahakan sebidang tanah seluas 0.9 hektar di Fasa 1, Bandar Springhill, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan tanaman pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan sejak 2014. Menurut pesara tentera Abdul Aziz Mohd Yunus (57 tahun) dimana dia seronok kerana ada aktiviti selepas bersara sejak 15 tahun lalu. Pernah juga cuba bekerja selepas bersara daripada tentera akan tetapi berkebun lebih seronok kerana ia lebih santai dan pada masa yang sama dapat mengeluarkan peluh. Aktiviti ini mereka lakukan setiap pagi dan petang saja bagi memantau hasil tanaman seperti membaja dan menyiram sayur daripada pelbagai jenis seperti cili api, bayam merah, terung, kangkung, kacang botol, sawi selain jagung serta pokok buah-buahan. Bagi rakannya iaitu Mazlan Abd Wahid (55 tahun) dimana dia mula agak lewat menyertai kebun komuniti ini kerana baru bersara dua tahun lalu sebaik menamatkan perkhidmatan sebagai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur. Mereka kini benar-benar seronok kerana aktiviti ini dapat menghilangkan rasa bosan dan ia juga satu tempat untuk kami beriadah sambil mengeluarkan peluh selain lebih seronok apabila hasil dituai nanti. Buat masa ini dilaorkan tanaman jagung dalam proses mengeluarkan hasil, mungkin dalam seminggu dua lagi dan sayur-sayuran pula sudah boleh dikutip serta dijual kepada peraih atau kami jual sendiri ke kedai berhampiran. Projek ini yang sudah bermula sejak 2014 dan masih beroperasi sehingga kini amat mereka banggakan. Projek ini dipantau Jabatan Pertanian Port Dickson dan mereka sering membantu memberikan khidmat nasihat dan benih, baja serta bantuan peralatan pertanian tapi sekarang sukar untuk kami dapat bantuan kerana mereka berpendapat projek kebun komuniti adalah tidak termasuk dalam projek pertanian yang layak menerima bantuan. Kini mereka akan membuat sendiri dan mengeluarkan modal secara kutipan sesama peserta tanpa bantuan mana-mana pihak. Kami akan teruskan projek ini walaupun kekurangan modal kerana sedikit sebanyak ia membantu terutama dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Modal untuk semua projek ini dikutip hampir RM3,000 untuk persiapan dari mula sehingga mengeluarkan hasil yang akan dikumpul untuk projek seterusnya. Antara perkara yang perlukan modal yang besar seperti meratakan tanah, menggembur tanah, meracun, baja organik, benih jagung dan sayur-sayuran serta kerja pembajakan manakala cili pula ditanam secara fertigasi. Air pula kami pam daripada sungai berhampiran ke kawasan kebun yang bersebelahan dan ini membuatkan projek pertanian ini menjadi mudah untuk diusahakan kerana dekat dengan punca air. Mereka akan menyumbangkan dalam menghasilkan produk pertanian walaupun dalam skala yang kecil kerana hanya bergantung kepada tulang empat kerat peserta kebun komuniti bagi menjimatkan kos. Kini hampir semua yang terbabit dalam projek ini ialah pesara tentera dan polis, kalau dulu kami memikul senjata menjaga keamanan negara dimana mereka kini digelar  'pahlawan cangkul' berbakti kepada tanah oleh penduduk sekitar. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
NAMANYA CANGKUL... ADA CERITA...
ASAH CANGKUL... TAJAMKAN DIA...
PENGGALI KUBUR... MENGGUNANYA...
PAHLAWAN CANGKUL...SUDAH BERJAYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Persimpangan Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(6 Safar 1444H).

Saturday, September 3, 2022

INDUSTRI UBI-UBIAN - BAGAIMANA (Part 2)

TANAMAN UBI-UBIAN
(Tubers) merupakan sejenis tanaman yang lazimnya berada dalam tanah dan mengalami perubahan ukuran dan bentuk (pembengkakan) sebagai akibat daripada perubahan fungsinya. Lazimnua bahagian organ yang akan membentuk umbi terutama adalah batang, akar atau pun dari modifikasinya. Hanya sedikit jenis tumbuhan yang membentuk umbi dengan melibatkan daunnya. Kehebatan kebanyakan ubi-ubian adalah disebabkan ia kaya dengan Karbohiderat. Pada penulis blog ini dapati dimana tanaman umbi-umbian merupakan salah satu jenis tanaman yang sering dijadikan bahan makanan penting sejak zaman dahuu oleh masyarakat khususnya di kawasan pendalaman dan desa sebagai pengganti kepada beras. Kepentingan tanaman umbi-umbian yang lazim diketahui masyarakat di Malaysia memang terhad kepada tanaman umbisi seperti Ubi kayu (Cassava atau tapioca), Keledek (Sweet potato) dan jenis Keladi (yam). Sebenarnya kentang (Solanum tuberosum) merupakan tanaman ubi-ubian yang paling dikomersilkan diseluruh dunia. Ada banyak tanaman ubi-ubian yang lain seperti sengkuang, ubi kemili, porang, ganyong dan banyak lagi. Pada penulis blog mendapati dimana industri tanaman ubi-ubian di Malaysia terdiri daripada tiga jenis ubian utama iaitu ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi yang mendapat bantuan dan ada teknologinya. Selain dimakan segar hasil setiap jenis ubian ini diguna secara meluas dalam industri makanan. Diantara kegunaan ubi-ubian yang dikenalpasti termasuk dalam industri makanan adalah seperti penambah perisa (monosodium glutamate), pemanis, kertas, tekstil dan tepung yang dihasilkan menggunakan kanji yang diekstrak daripada ubi kayu. Dalam pada itu dilaporkan dimana hasil pelet ubi kayu pula boleh digunakan dalam menghasilkan produk inovasi seperti makanan haiwan ternakan. Ubi keledek pula adalah merupakan tanaman ubian yang banyak digunakan dalam masakan serta dibuat snek makanan ringan. Penulis blog sempat meninjau usahawantani En Badri yang menanam Keledek Oren di Kg Changkat Tualang, Gopeng, Perak berkeluasan 30 ekar (Sila lihat foto diatas). Keledek oren ini dihasilkan untuk pasaran domestik dengan artikel tersebut boleh diakses pada patan berikut (Sila klik disini). Daun ubi keledek juga sering digunakan sebagai makanan segar, diproses dan boleh dijadikan makanan ternakan oleh penternak. Terdapat juga beberapa negara membangun yang lain seperti Kenya dan Nigeria yang menggunakan ubi kayu dan ubi keledek ini sebagai sumber hidrokarbon etanol. Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai bagaimana status tanaman ubi-ubian dunia dan di Malaysia untyk dijadikan bahan rujukkan semua.

Mengenai status tanaman ubi-ubian di Malaysia dalam senario p
erdagangan antarabangsa tidak banyak maklumat yang dilaporkan. Rekod pada tahun 2018 menunjukkan dimana nilai dagangan eksport ubi keledek Malaysia dilihat ada meningkat pada kadar pertumbuhan 1.4% kepada RM1.828 juta (USD408,000) berbanding dengan RM1.807 juta (USD403,400) jika dibanding dengan tahun 2017. Manakala pertumbuhan tahunan terkumpul CAGR mengalami nilai penguncupan sebanyak -6.04% setahun bagi tempoh 2013 - 2018. Destinasi utama pasaran eksport ubi keledek Malaysia ialah Singapura dengan nilai dagangan sebanyak USD371 ribu atau pun sebanyak 90% daripada jumlah eksport ubi-ubian daripada keseluruhan. Jika hendak dibandingkan dengan nilai import ubi keledek pada tahun 2018 yang dilihat meningkat sedikit pada kadar pertumbuhan 2.0% dengan nilai USD7.8 juta berbanding dengan USD7.6 juta pada tahun 2017. Bagi tempoh 2013 - 2018 pula purata pertumbuhan tahunan terkumpul, CAGR adalah sebanyak 7.92%. Negara Vietnam merupakan negara pengeksport utama keledek ke Malaysia dengan nilai dagangan RM19.27 (USD4.3) juta dengan sumbangan sebanyak 55.3% diikuti oleh Indonesia dengan nilai RM7.17 ( USD1.6 juta) iaitu sebanyak 21.7% dan ia diikuti dengan negara Thailand sebanyak RM4.03 juta (USD0.9 juta) (11.6%). Banyak faktor yang menyebabkan tanaman keledek tidak berkembang di Malaysia antaranya kekurangan tenaga pekerja, tanah yang kurang subur (kebanyakan tanaman keledek di Perak berada dikawasan bekas tanah lombong) dan kos pengeluaran yang agak tinggi berbanding dnegan pulangan.

Dalam pada itu tanaman ubi kayu pula menunjukkan jumlah ekasport dari 
Malaysia menunjukkan trend yang tidak menentu bagi tempoh 2013 - 2018. Nilai eksport telah meningkat daripada sekitar RM4.03 juta (USD893,200) pada tahun 2013 kepada RM4.93 juta (USD1.1 juta) pada tahun 2016 dan menurun kepada sebanyak RM3.85 juta (USD859,400) pada tahun 2018. Purata kadar pertumbuhan tahunan terkumpul CAGR bagi tempoh 2013 - 2018 bagi eksport ubi kayu Malaysia juga menunjukkan penguncupan sebanyak -0.77%. Jepun dan Singapura merupakan pasaran terbesar ubi kayu Malaysia dengan syer eksport masing-masing ialah 58% (RM2.24 juta atau RM1.36 juta atau USD501 ribu untuk Jepun) dan 35% (USD303.0 ribu untuk Singapura). Pada tempoh yang sama data menunjukkan meskipun import ubi kayu meningkat secara mendadak daripada RM67.21 (USD1.5 juta) pada tahun 2013 kepada RM14.34 juta (USD3.2 juta) pada tahun 2018 iaitu dengan kadar peningkatan sebanyak 108% namun purata kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) yang dicatatkan bagi tempoh 2013 - 2018 adalah sebanyak 15.75% sahaja. Thailand merupakan negara pengeksport utama ubi kayu di rantau ini dengan jumlah nilai dagangan sebanyak RM8.07 juta (USD1.8 juta) iaitu sekitar 57%. Penulis blog juga pernah membuat tinjauan teknologi kawasan tanaman ubikayu di Thailand dimana jenis ubi kayu untuk dijadikan produk makanan dan biodiesel antara yang paling popular ditanam dan diusahakan. Terdapat banyak kilang memproses produk daripada ubi kayu di Thailand yang mana ini telah pun ianya menjadikan industri tanaman ubikayu berjaya dikomersilkan. Makluma mengebai jumlah eksport dan import keladi tidak ada maklumat untuk dirujuk. Ini kemungkinan keladi masih dalam peringkat kurang dikomersilkan untuk mendapatkan data.

Dalam pada itu berkait dengan kadar p
ermintaan ubian meningkat di pasaran tempatan telah dibangunkan teknologi produk makanan dan minuman untuk kesihatan dan fungsian berasaskan ubian. Terkini dilaporkan melalui inovasi produk bijrin sarapan berasaskan ubi keledek ungu (varieti Anggun) telah pun ianya menghasilkan bijirin bernutrisi yang mengandungi antosianin. Antosianin merupakan sejenis antioksida yang terdapat dalam pigmen ungu ubi keledek, didapati sangat berkesan untuk mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser. Berdasarkan kajian penerimaan pengguna terhadap produk sarapan bernutrisi dengan antosianin dimana majoriti pengguna (98%) menerima produk tersebut berdasarkan keseluruhan atribut produk (aroma, warna, rupa, rasa bijirin dengan susu, rasa bijirin dengan bahan lain dan rasa bijirin sahaja). Dapatan kajian ini berguna kepada usahawan dan pemain industri dalam menggariskan strategi pemasaran bagi produk makanan dan minuman berasakan ubian. Selain itu, inovasi produk makanan berasaskan ubi keledek ungu yang telah dibangunkan termasuk crisp, smoothies, aiskrim, bubur bervitamin, komposit bar dan kandi bertenaga tinggi juga mencatatkan penerimaan yang baik dalam kalangan pengguna.

Mengenai pembangunan teknologi tanaman ubi-ubian di Malaysia dimana MARDI Telong dijadikan pusat penyelidikan tanaman ubi-ubian yang masih berjalan. Akhbar lokal  utusan.com melaporkan dimana 
MARDI Telong, di Bachok, Kelantan dinaik taraf sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Ubi-Ubian (COE) MARDI sebagai usaha membangunkan sektor pertanian industri hiliran terutama yang berasaskan keledek. Pihak MAFI mendakwa dimana ada penarafan baharu ini adalah penghargaan kepada pakar dan penyelidik yang merealisasikan MARDI sebagai gedung ilmu kepada petani. MARDI Telong mengumpulkan sebanyak 40 jenis ubi keledek dari dalam dan luar negara.  Komponen varieti keledek adalah bahan utama penyelidikan bagi melihat potensi selain dijadikan induk bagi program pembakaan.  Selain kajian tanaman, MARDI Telong juga dilihat berjaya menghasilkan penyelidikan bagi penghasilan produk hiliran dalam membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) sekali gus mampu melahirkan usahawan baharu. Dia derkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian COE, Pelancaran Varieti Baharu, Produk Hiliran dan Manual Teknologi Ubi Keledek di MARDI Telong dan turut mereka memperkenalkan ubi keledek jenis baharu yang dikenali sebagai Keledek Lembayung. Penyelidikan berasaskan ubi-ubian bagi membantu peningkatan pengeluaran dan ekonomi petani menerusi strategi baharu mempromosikan makanan berkhasiat sejak empat tahun lalu. Ubi baka baharu ini berupaya menjadi bahan utama bagi penghasilan kek cawan dan aiskrim. Baka ini boleh diusahakan sebagai anak benih yang memuatkan 30,000 anak benih untuk satu hektar. Apa pun dinyatakan setakat ini, lebih 3,000 petani di Kelantan, Perak dan Johor mula mengusahakan baka keledek itu.  Selaras dengan peningkatan industri makanan dan minuman, industri ubian (ubi kayu dan ubi keledek) mampu serta berpotensi untuk berkembang pada masa akan datang. Ini dapat dilihat daripada trend import yang semakin jumlahnya meningkat menunjukkan tahap kebergantungan kepada bekalan ubian import semakin tinggi bagi memenuhi permintaan industri makanan terutamanya dalam industri pemprosesan snek makanan ringan yang semakin mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna Malaysia. Pembangunan teknologi makanan berasaskan ubian juga sangat penting bagi memenuhi keperluan pasaran semasa. Selain itu, tanaman ini juga boleh dijadikan sebahagian daripada usaha untuk mempelbagaikan pengeluaran industri asas tani yang turut menjadi agenda nasional. Secara tidak langsung, ini membuka peluang kepada petani meningkatkan ekonomi serta mengkomersialkan produk-produk daripada tanaman ubian ini. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TANAMAN UBI-UBIAN...KINI  DIBICARA...
UBI KAYU, KELEDEK... KELADI PUN ADA...
MAKLUMAT PENTING...RUJUKKAN SEMUA...
MENAMBAH ILMU... RASA SUKACITA JUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilawal 1443H).
Kemaskini pada September 2022.

Friday, September 2, 2022

INDUSTRI UBI-UBIAN - BAGAIMANA (Part 1)

TANAMAN UBI-UBIAN
(Tubers) merupakan sejenis tanaman 
yang lazimnya berada dalam tanah dan mengalami perubahan ukuran dan bentuk (pembengkakan) sebagai akibat daripada perubahan fungsinya. Lazimnua bahagian organ yang akan membentuk umbi terutama adalah batang, akar atau pun dari modifikasinya. Hanya sedikit jenis tumbuhan yang membentuk umbi dengan melibatkan daunnya. Kehebatan kebanyakan ubi-ubian adalah disebabkan ia kaya dengan Karbohiderat.  Pada penulis blog ini dapati dimana tanaman umbi-umbian merupakan salah satu jenis tanaman yang sering dijadikan bahan makanan penting sejak zaman dahuu oleh masyarakat khususnya di kawasan pendalaman dan desa sebagai pengganti kepada beras. Kepentingan tanaman umbi-umbian yang lazim diketahui masyarakat di Malaysia memang terhad kepada tanaman umbisi seperti Ubi kayu (Cassava atau tapioca), Keledek (Sweet potato) dan jenis Keladi (yam). Sebenarnya banyak tanaman ubi-ubian yang lain terutamanya Kentang dan tanaman kurang popular seperti sengkuang, ubi kemili, porang, ganyong dan banyak lagi.  Pada penulis blog mendapati dimana industri tanaman ubi-ubian di Malaysia terdiri daripada tiga jenis ubian utama iaitu ubi kayu, ubi keledek dan ubi keladi yang mendapat bantuan dan ada teknologinya. Selain dimakan segar hasil setiap jenis ubian ini diguna secara meluas dalam industri makanan. Diantara kegunaan ubi-ubian yang dikenalpasti termasuk dalam industri makanan adalah seperti penambah perisa (monosodium glutamate), pemanis, kertas, tekstil dan tepung yang dihasilkan menggunakan kanji yang diekstrak daripada ubi kayu. Dalam pada itu dilaporkan dimana hasil pelet ubi kayu pula boleh digunakan dalam menghasilkan produk inovasi seperti makanan haiwan ternakan. Ubi keledek pula merupakan tanaman ubian yang banyak digunakan dalam masakan serta dibuat snek makanan ringan. Penulis blog sempat meninjau usahawan En Badri yang menanam Keledek Oren di Kg Changkat Tualang, Gopeng, Perak berkeluasan 30 ekar (Sila lihat foto diatas). Keledek oren ini dihasilkan untuk pasaran domestik dengan artikel tersebut boleh diakses pada patan berikut (Sila klik disini). Daun ubi keledek juga sering digunakan sebagai makanan segar, diproses dan boleh dijadikan makanan ternakan oleh penternak. Terdapat juga beberapa negara membangun yang lain seperti Kenya dan Nigeria yang menggunakan ubi kayu dan ubi keledek ini sebagai sumber hidrokarbon etanol.  Artikel pada pagi Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan info mengenai bagaimana status tanaman ubi-ubian dunia dan di Malaysia untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Tanaman Ubikayu (Manihot esculenta) merupakan antara tanaman ubian yang paling popular di tanam di Malaysia secara estet atau pun kecil-kecilan.
Keluasan tanaman ubikayu di Malaysia adalah 2,832 hektar pada tahun 2021 dengan jumlah hasil pengeluaran hasil sebanyak 40,714 metrik tan (Sumber: Booklet statistik keluasan tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2021). Ubi kayu juga senang ditanam dan akan menghasilkan akar pada bahagian batang yang dikambus dalam masa beberapa hari sahaja selepas ditanam. Hujung keratan yang terbenam dalam tanah akan mula menghasilkan banyak akar antara dua hingga empat bulan selepas ditanam dan akar ini pula akan menghasilkan ubi. Ubi kayu biasanya dituai antara sembilan hingga 12 bulan. Di Malaysia tanaman ubi kayu diusahakan sebagai tanaman kontan untuk tujuan direbus, dijadikan kuih muih dan juga kerepek. Penulis blog dapati diantara beberapa varieti ubi kayu yang ditanam di negara kita seperti varieti Seri Medan, Seri Pontian dan sebagainya. Sebenarnya ubi kayu sering juga sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah bencana alam didalam mendapatkan sumber makanan biasa terutama ketika musim tengkujuh atau malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Ubi kayu selalu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih. Kulit ubi kayu mempunyai Asid hydrocyanic (Asid hidroklorik) dan potasium cyanide atau Sodium cyanide (hydrocyanic). Lazimnya ubi kayu tidak boleh dimakan mentah dan ianya memang perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu. Pada penuli blog ubi kayu yang digoeng dengan beberapa jenis rempah enak dihidangkan untuk minum petang. Ada kalangan orang yang makan ubi kayu dengan menggoreng, merebus atau membakar kemudian ia dimakan bersama kelapa parut muda, ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi, kerepek ubi dan yang seumpama umbisi dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial untuk tujuan menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri makanan setelah ia diproses menjadi produk monosodium glutamat (MSG) terutama di negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.

Lazimnya 
penggunaan Keladi (Colocasia esculenta) lebih tertumpu kepada sektor makanan sebagai bahan mentah bagi kuih-muih tradisional, ingredien makanan dan lebih dominan dalam masakan Melayu. Antara jenis keladi yang popular di tanam di Malaysia adalah Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Sarawak, Keladi Thailand dan sebagainya. Keladi merupakan sejenis tanaman umbisi yang di percayai berasal dari Malaysia atau India yang hidup subur di kawasan rendah (khususnya tanah gambut) dan mempunyai saliran yag baik seperti di kawasan tanah gambut sederhana dalam. Keladi adalah tumbuhan umbisi dari keluarga Araceae. Tanaman Keladi juga di panggil Taro (Indonesia), Callalo, Coco dan Cocoyam digunakan sebagai sumber makanan ramai penduduk semanjak dulu kala. Keladi mengandungi banyak zat mineral dan vitamin termasuk seperti Thiamin, Riboflavin, Zink, Posforus, Kalium, Manganese dan juga Zat Besi. Kandungan vitamin pula seperti Vitamin C, Niacin, B6 dan juga asid Oksalik. Keladi mempunyai sumber Kanji yang sangat tingggi. Dibeberapa negara seperti Irian Jaya, Papua New Guinea, Timor Leste dan beberapa masyarakay di Afrika menjadikan keladi sebagai makanan ruji mereka. Ini telah menjadikan tanaman keladi amat penting dinegara mereka dengan ditanam untuk sumber makanan negara. Keluasan tanaman keladi di Malaysia sekitar 730 hektar dengan pengeluaran sebanyak 3,547 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian 2021). Antara negeri yang banyak menanam keladi adalah seperti Johor, Selangor, Sarawak dan Sabah. Kebanyakan tanaman keladi adalah dikawasan tanah gambut walau pun ada segelintir petani menanam ditanah mineral. Penanaman keladi juga dijalankan secara monokrop dan juga secara tanaman campuran dengan tanaman makanan lain. Pasaran keladi adalah untuk bekalan domestik dan juga dieksport keluar negara terutama ke Singapura.

Merujuk kepada pengeluaran ubian dunia dimana data p
erangkaan dunia dapati kentang (Potato) merupakan tanaman paling popular dan banyak dihasilkan setiap tahun sekitar 370 juta metrik tan didominasi oleh pengeluar terbesar dunia iaitu negara China dan India (Sila lihat foto disebelah). Kentang (Solanum tuberosum) adalah ubian yang paling dikomersilkan diseluruh dunia sebagai sumber makanan global manusia sejagat. Bagaimana pun tanaman kentang tidak ada di Malaysia dan merupakan 'net importer' hasilan kentang. Dilaporkan juga dimana pengeluaran ubi kayu dunia pada tahun 2021 adalah sebanyak 277.8 juta tan bernilai melebihi USD26.7 bilion. Nigeria mendominasi pengeluaran dunia ubi kayu dengan jumlah pengeluaran sebanyak 59.5 juta tan (21.4%), diikuti dengan Republic Congo 31.7 juta tan (11.4%), Thailand 29.9 juta tan (10.8%), Ghana 20.8 juta tan (7.5%) dan Brazil 17.6 juta tan (6.3%). Manakala pengeluaran ubi keledek (pelbagai varieti) dunia pula merekodkan penghasilan sebanyak 91.9 juta tan pada tahun 2018. Tanaman ubian ini dimonopoli oleh China dengan jumlah pengeluaran sebanyak 53 juta tan (57.6%), diikuti oleh Malawi 5.7 juta tan (6.2%) dan Nigeria 4 juta tan (4.4%). Di Malaysia merujuk kepada data dari Jabatan Pertanian didalam kategori tanaman ladang atau tanaman kontan dilaporkan seluas 19,599 hektar ditanam pada tahun 2021 dengan pengeluaran hasil sebanyak 237,571 metik tan. Tanaman ubi kayu adalah seluas 2,832 ha, tanaman keladi 730 ha dan tanaman keledek seluas 3,410 ha dimana ini menjadikan jumlah keluasan sebanyak 6,072 ha atau seiktar 31% daripada keluasan tanaman kontan pada tahun 2021. Negeri Sarawak paling luas menanam ubi kayu (754 ha) diikuti dengan Johor (604 ha) dan Selangor (480 ha) dimana ia berkait rapat dengan industri pengeluaran kerepek ubi yang banyak di Johor dan Selangor. Bagi tanaman keladi pula dilaporkan pada 2021 paling luas di tanam di Sarawak (353 ha) dan diikuti oleh Johor 147 ha) dan Sabah (100 ha). Tanaman keledek pula didominasi keluasan tanamannnya di Negeri Perak (1,702 ha) diikuti oleh Kelantan (696 ha) dan Selangor (253 ha). Bagaimana pun kejadian banjir pada Disember 2021 dibeberapa negeri dijangka akan menurunkan penghasilan tanaman kontan di Malaysia. Artikel ini ditulis dalam dua segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!.
TANAMAN UBI-UBIAN...KINI  DIBICARA...
UBI KAYU, KELEDEK... KELADI SAMA...
MAKLUMAT PENTING... UNTUK DIBACA...
MENAMBAH ILMU... BUAT SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(19 Jamadilawal 1443H).

Thursday, September 1, 2022

TEKNIK CANTUMAN BENIH DAN KISAHNYA (Pt. 2)

CANTUMAN BENIH TANAMAN
adalah satu daripada proses pembiakan tampang (vegetative) bagi tumbuh-tumbuhan yang sesuai untuk dibiakan dengan cara mengambil sebahagian tunas dari pokok induk yang digabung dengan pokok anak benih penanti. Pembiakan ini dijalankan bagi mendapatkan anakbenih tanaman yang menyerupai ciri-ciri pokok induk yang baik seperti tahan penyakit, hasil yang tinggi, mudah diurskan dan sebagainya. Teknologi cantuman merupakan teknik pembiakan paling luas diamalkan oleh nurseri terutama untuk tanaman buah-buahan. Biasanya teknik cantuman adalah mudah, ringkas dan mempunyai peratus kejayaan yang tinggi membolehkan ia menjadi pilihan kepada pembiakbaka tanaman yang memerlukan kepakaran khusus. Walau pun nampak mudah akan tetapi jik atiada pengalaman dan pengetahuan selalunya peratus kejayaan didalam usaha membuat cabtuman kurang berjaya. Ada beberapa tanaman tertentu memberikan teknik cantuman sebagai kaedah paling baik untuk mendapatkan sumber anakbenih baru sama kualiti dengan pokok induknya. Bagi tumbuh-tumbuhan yang sering membiak melalui biji dilaporkan terdapat kelemahan yang telah dikenalpasti. Diantaranya ialah buah terhasil menerusi proses pendebungan selalunya memberikan hasil yang tidak lengkap. Di Malaysia diantara anakbenih yang selalu akan dilakukan cantuman adalah seperti pokok durian, rambutan, belimbing, mangga, bunga kertas dan beberapa tanaman hiasan lain. Perkara ini berlaku apabila pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri. Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah) adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan tampang diamalkan. Artikel kali ini penulis ingin berkongsi maklumat dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kisah menarik tentang cantuman iaitu berdasarkan dari laporan media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca semua.

Kisah menarik bagaimana FRIM melaporkan agar 'Manggis dibiakkan guna biji benih cantuman' menarik untuk dikongsikan dan ditulis semula dari akhbar Harian Metro. Tanaman Manggis (Garcinia mangostana) ialah sejenis pokok buah-buahan tropika yang berasal dari Malaysia berdasarkan kepada nama dan pendaftarannya. Apa pun kebanyakan buah ini juga ada ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di India, Sri Lanka, Australia, Brazil dan Amerika Tengah. Musim manggis seiring dengan musim durian iaitu musim pertama antara bulan Februari hingga Ogos dan musim kedua Oktober hingga Disember. Tanaman manggis dibiak menggunakan biji benih dan ada juga secara cantuman dilakukan oleh pengusaha nurseri dan petani tempatan. Penanaman melalui biji benih lazimnya akan memerlukan masa lima hingga lapan tahun untuk pokok tersebut berbuah. Manakala pembiakan secara cantuman pada manggis akan mula berbuah dalam masa empat tahun sahaja (lebih cepat). Pokok manggis memiliki batang yang tegak lurus, rendang dengan ranting atau dahan yang banyak serta daun yang lebat. Saya ada banyak menulis mengenai tanaman manggis dan mesta didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua. Bahagian batang pokok mengeluarkan resin atau getah yang berwarna kuning pekat.  Kulit buah manggis agak keras dengan diameter empat hingga 6 sentimeter. Isi buah manggis berwarna putih dan isinya berulas-ulas iaitu enam hingga tujuh ulas bergantung kepada saiz dan kematangan. Buah manggis enak dimakan segar dan isinya boleh dibuat jem dan minuman kesihatan atau jus. Kulit pokok atau kulit buah manggis yang dikeringkan, direbus dan airnya diminum bagi mengubati cirit-birit. Bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah akar, daun, kulit pokok dan kulit buah. Benih manggis merupakan dantara benih buah-buahan tempatan yang sukar diperolehi dengan jumlah yang banyak untuk penanaman komersial.

Bagi tanaman cempedak dimana akhbar sama melaporkan '
Cantuman baji biak cempedak' adalah laporan menarik untuk ditulis semula dan dikongsikan kali ini. Pokok cempedak (Artocarpus chempeden) berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia dan pulau Papua. Bagaiana pun di Malaysia dilaporkan cempedak ditanam dengan meluas di Negeri Kedah dan Perak dimana ia telah menghasilkan buah tersebut secara bermusim dan dalam setahun selalunya hanya terdapat satu musim utama. Pembaca boleh mendapatkan beberapa artikel mengenai cempedak didalam blog ini dengan beberapa pautan yang sesuai untuk dirujuk (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Biasanya kemuncak pengeluaran buah ialah pada Jun hingga Ogos dan November hingga Disember. Cempedak banyak manfaatnya iaitu isi buahnya kaya dengan zat gizi khususnya vitamin A. Buah cempedak yang biasanya boleh dimakan segar atau digoreng manakala biji buahnya boleh dimakan selepas direbus seperti biji nangka. Pokok cempedak boleh dibiakkan dengan beberapa cara iaitu cantuman mata tunas, cantuman baji dan cantuman sandingan. Tanaman cempedak ialah sejenis pokok besar dengan silara yang padat boleh mencapai ketinggian melebihi 15 meter dan mempunyai batang berbentuk silinder serta bulat iaitu di bahagian hujungnya. Biasanya pada permukaan kulit cempdeak ada tompok yang berwarna coklat sampai coklat tua. Seluruh bahagian batang, dahan dan ranting pokok mengeluarkan getah ketika dipotong. Buah cempedak berbentuk lonjong iaitu 20 hingga 35 cm panjang dan juga 10 hingga 15 cm lebar (Sila lihat foto disebelah). Buahnya berwarna kekuning-kuningan atau coklat ke oren/hijau dan dikelilingi duri yang lembut dan tidak tajam. Buahnya akan tergantung pada tangkai yang kuat dan gemuk. Setiap buah mengandungi biji berbentuk ginjal atau bentuk memanjang, bersaiz dua hingga tiga cm dan dilitupi isi yang berwarna oren kekuning-kuningan. Ia mengandungi 10 hingga 30 ulas isi, bergantung pada saiz buahnya. Tekstur buah cempedak sangat halus, enak dan rasanya sangat manis. Buahnya mengeluarkan getah berwarna putih apabila dipotong.

Tanaman Mangga (Mangifera indica) terus digalakkan penanamannya di Perlis dan Kedah dimana terdapat berita  'Peruntukan benih RM1.3 juta' didalam mempastikan kejayaannya untuk dikongsikan infonya dengan pembaca semua. 
Terkini dimana Jabatan Pertanian telah menyediakan senarai semakan tanaman mempelam (Mempelam Check) sebagai satu garis panduan untuk menguruskan tanaman buah-buahan itu mengikut sasaran yang ditetapkan. Setiap teknologi didalam 'Mempelam Check' utama perlu diikuti penanam untuk mendapat pertumbuhan baik dan penghasilan yang tinggi. Aktiviti pemantauan dan pemerhatian yang berterusan ke atas pokok dan status ladang dari segi pertumbuhan pokok, pengurusan tanah dan air, pembajaan, rumpai, musuh serta penyakit adalah penting untuk mengenal pasti masalah selain tindakan penyelesaian masalah. Sehubungan itu Jabatan Pertanian Negeri dan MADA yang membantu petani didalam mengusahakan tanaman mempelam Tobiar dimana ia turut mengesyorkan Mempelam Check membabitkan kawasan seluas ladang 42 hektar semenjak tahun 2002. Projek tanaman mempelam tobiar ini pada asalnya ditanam secara monoklon dengan klon Chokanan (MA224) dengan bilangan sebanyak 18,059 pokok. Dilaporkan kini kapasiti bilangan pokok sedia ada ialah 11,078 pokok membabitkan 10,970 pokok mempelam Chokanan sementara 108 pokok Harumanis (MA128). Kos keseluruhan pembangunan ladang mempelam membabitkan peruntukan RM1.3 juta diman kawasan ini adalah sebagai ladang nukleus yang berperanan sebagai pusat pemindahan teknologi tanaman mempelam dan latihan amali kepada usahawan serta peladang Kawasan MADA. Pengeluaran buah mempelam yang bermutu tinggi ini untuk pasaran segar selain untuk membekalkan bahan mentah untuk pemprosesan produk industri asas tani (IAT) berasaskan mempelam. Antara keperluan asas untuk mendapat hasil yang banyak dan bermutu tinggi ialah klon cepat berbuah, hasil banyak, mempunyai isi menarik dan boleh dipelbagai guna sama ada untuk dimakan segar atau diproses. Bagi pengeluaran komersial, kualiti benih perlu diberi perhatian apabila anak benih pokok cantuman atau baji digunakan. Pokok penanti dan mata tunas yang diperoleh hendaklah diambil dari sumber yang sah, induk terpilih dan disahkan ketulenannya. Peserta projek yang hendak menanam pokok secara kecil-kecilan boleh menyediakan baka sendiri dengan memberi perhatian kepada pemilihan benih, kaedah membuat cantuman dan penyemaian benih. Sistem tanaman yang betul adalah titik permulaan untuk pengurusan tanaman yang baik. Amalan pembajaan penting bagi memastikan pertumbuhan pokok mempelam baik kerana pokok sihat memerlukan zat nutrien mencukupi dan pada masa yang tepat. Aktiviti utama seperti pemangkasan yang betul dapat membentuk pokok yang cantik dan menambah ranting pengeluaran buah. Ia bagi membentuk struktur pokok yang kuat dan seimbang selain memudahkan pengurusan pokok yang sempurna serta mendedahkan dahan kepada cahaya matahari. Amalan pemangkasan boleh dimulakan apabila pokok mempelam mencapai usia satu tahun. Selain itu, pembalutan buah perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti dan menghindarkan serangan lalat buah.  Artikel ini dibahagikan kepada dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang perlu dibaca bersama. Semuga artikel ini mempu memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
TEKNIK CANTUMAN... PENTING DIKATAHUI...
PEMBIAKAN TANAMAN... INDUK DI IKUTI...
PERLU KEMAHIRAN... BARULAH MENJADI...
BENIH DIJAMIN... TANAMAN BERKUALITI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(23 JamadilAkhir 1443H).
SELAMAT HARI MERDEKA KE 65,
'KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA'.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...