Support My Blog

Monday, December 6, 2021

HARGA BAJA PADI NAIK - RAMAI TERKESAN

ISU KENAIKAN HARGA BAJA DAN RACUN
di pasaran ketika ini dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor semenjak krisis pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Penulis blog telah merujuk kepada info dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dimana diantara faktor yang menjadi penyumbang ke atas kenaikan harga itu adala perubahan polisi negara pengeksport yang mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing. Kenaikan harga input pertanian yang penting ini sememangnya membebankan para petani, pesawah dan usahawan sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran dimana ini sekali gus telah pun mengurangkan pendapatan petani. Terkini dpada penghujung tahun 2021 dimana kumpulan petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun adalah seramai 276,621 orang yang merangkumi pesawah, pengusaha buah, sayur, tanaman ladang serta kontan, kelapa, bunga bungaan, herba dan juga rempah ratus dengan keluasan bertanam sehingga kini adalah seluas 405,509 hektar. Dalam pada itu seramai 356,000 orang pesawah padi sawah dengan keluasan bertanam seluas 608,000 hektar juga turut terkesan. Bagaimana pun peranan MAFI masih relevan dalam mengawal dan mengurus trend perubahan harga bekalan baja dan racun yang naik mendadak ketika ini. Umumnya ramai kalangan petani yang mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21 peratus bagi kategori sayur daun dan 17 peratus masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan berikutan peningkatan harga baja dan racun. Kalangan pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9 peratus khususnya adalah ia disebabkan oleh peningkatan harga racun. Kerajaan dalam pada itu akan menawarkan insentif tambahan bagi menangani kenaikan harga baja dan racun bagi memastikan produktiviti pengeluaran tidak terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan. 
Lebih 632,000 petani dan pesawah terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kos pengeluaran sekali gus mengurangkan pendapatan petani. Dilaporkan dimana semenjak pandemik melanda negara, harga baja didapati meningkat hampir 30 peratus manakala harga racun pula meningkat hampir 100 peratus. Artikel pagi Ahad ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan mengenai isu kenaikan harga baja dan racun di Malaysia dan kesannya terhadap pesawah, petani dan pengusaha pertanian sehingga harga produk pertanian di Malaysia naik harga untuk dijadikan rujukkan semua.

Dalam pada itu Menteri Pertanian (MAFI) menyatakan kesan dari isu ini adalah disyorkan '
Elak harga tinggi: Petani perlu guna baja organik, bukan baja kimia' sesuai dijadikan bahan rujukkan. Terkini dilaporkan dimana Kerajaan Malaysia akan memberi pendekatan berhubung aktiviti penanaman menggunakan baja organik berbanding baja kimia yang sememangnya menjadi pilihan peladang dan petani. Menjelaskan perkara itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee dakwa dimana usaha tersebut adalah bagi tujuan untuk mengelakkan kadar peningkatan harga baja kimia yang tinggi sehingga mencecah 57 peratus. Peningkatan itu adalah di bawah kuasa pasaran dunia dan bukan bidang kuasa kementerian untuk mengawalnya. Dilaporkan dimana harga racun serangga yang dahulu hanya sekitar RM66 sekarang sudah naik kepada RM197.50 iaitu kkadar kenaikan 199 peratus. Dalam pada itu bagi jenis racun siput berlaku kadar kenaikan sebanyak 20 peratus adalah benar dan ia ‘real’ berlaku. Perkara ini dilaporkan disebabkan harga pasaran dunia yang luar di bawah kementerian dimana ia memberi kesan kepada kos pengeluaran yang ditanggung oleh petani di negara ini. Banyak pihak perlu melihat kepentingan pembeli, yang membeli sayur, produk pertanian, dan kepentingan petani yang berskala kecil juga perlu diambil kira. Jadi alternatif yang perlu di lakukan adalah dengan menggalakkan pengurangan kebergantungan kepada baja kimia dengan cara menggalakkan petani menggunakan baja organik. MAFI juga melaporkan seramai 276,621 petani yang terkesan dengan kenaikan harga baja dan racun merangkumi tanaman buah, sayur, tanaman ladang, kelapa, bunga-bungaan, herba dan rempah ratus dengan keluasan bertanam seluas 405,509 hektar. Seramai 356,000 orang pesawah padi sawah dengan keluasan bertanam seluas 608,000 hektar juga turut terkesan.
Melalui dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman sektor agromakanan pada kadar faedah sifar peratus dengan cara moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan disediakan bawah TEKUN dan Agrobank. Ada juga dilaporkan peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta diberikan melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022 di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak untuk pesawah dinaikkan dari RM200 sehektar semusim kepada RM300. Kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing merupakan antara faktor utama mempengaruhi peningkatan harga itu. Secara umumnya ramai petani terpaksa mengalami peningkatan kos input pertanian sebanyak 21% bagi kategori sayur daun dan 17% masing-masing bagi kategori sayur buah dan buah-buahan berikutan peningkatan harga baja dan racun. Pesawah padi mengalami peningkatan kos sebanyak 11.9% khususnya disebabkan peningkatan harga racun.

Dilaporkan bajert sebanyak '
RM14 juta bantu petani, pesawah terkesan harga baja, racun naik' khususnya di Negeri Selangor. Media tempatan nyatakan Kerajaan Selangor memperuntuk sebanyak RM14 juta bagi membantu petani dan pesawah di Selangor yang terkesan akibat kenaikan harga baja serta racun pada tahun 2021. (Sila lihat foto disebelah). Bantuan tersebut memberi manfaat kepada seramai 10,000 individu dan ia didakwa akan turut mengurangkan kesan kenaikan harga. Selain bantuan negeri dilaporkan kerajaan Pusat juga telah memperuntuk lebih RM13 juta merangkumi RM6.3 juta kepada Jabatan Pertanian Selangor dan RM7.05 juta kepada kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor (IADA). Bantuan yang telah dan sedang dilaksanakan diharap membantu petani dan pesawah menangani isu kenaikan harga input. Ia merupakan salah satu langkah membantu petani dalam mengatasi isu kenaikan harga baja dan racun.Kerajaan turut mengenal pasti beberapa faktor penting penyumbang kepada kenaikan harga baja dan racun iaitu sebanyak 10 peratus pada tahun ini diantaranya ialah kerana kekurangan bahan mentah seperti unsur nitrogen, fosfat dan kalium yang diimport dari luar negara serta kenaikan kos bahan mentah. Berlaku juga perubahan polisi negara seperti pengeksport input pertanian, gangguan logistik dalam tempoh pandemik serta bekalan baja dan racun dalam pasaran yang berkurangan juga punca kenaikan ini.

Selain baja bharian.com melaporkan '
Harga racun naik 199 peratus. Berita dimana MAFI telah mendedahkan harga racun serangga meningkat sehingga 199% iaitu daripada RM66 kepada RM197.50. Dilaporkan juga bagi racun kulat dimana ia turut mencatatkan peningkatan 20.77% dan diikuti racun siput hampir 20% baja sebatian tiara blue (19.4%), Agrobridge (19.1%) dan NPK biru (14.5%) pada penggal ke 3 tahun 2021. Perkara tersebut dilaporkan iaitu kenaikan harga itu di luar kawalan MAFI berikutan peningkatan harga pasaran dunia dimna ini sekali gus memberi kesan langsung kepada pengeluaran ditanggung petani. Pihak kementerian memperkenal langkah alternatif dengan menggalakkan pengurangan kebergantungan dan peralihan baja kimia kepada organik, selain memperkenal pelbagai pendekatan serta pengembangan perkhidmatan bagi jangka panjang. Antara inisiatif dengan mengaplikasikan Teknologi Efektif Mikroorganisma (TEM) iaitu dengan cara menggalakkan penggunaan semula bahan sisa pertanian seperti pereputan jerami padi dan baja organik serta telah memperkenalkan penggunaan sisa pertanian jerami padi sebagai medium tanaman. Penggunaan cacing sebagai ejen pengkomposan sisa pertanian, pengamalan pengurusan perosak bersepadu (IPM) iaitu kombinasi kaedah tanaman secara kultura serta kawalan fizikal dan biologi. Namun cara ini adalah langkah jangka panjang dan tidak lari daripada kebergantungan penggunaan baja kimia dan kaedah pertanian konvensional yang diamalkan (petani di negara ini). Perlu ada kaedah dan langkah alternatif mengurangkan dan usaha jangka panjang menghapuskan penggunaan racun sintetik tanpa menjejaskan produktiviti, malah hasil pengeluaran dapat ditingkatkan. Terkini kerajaan ada mengumumkan beberapa langkah intervensi yang khusus bagi membantu petani dan pesawah terjejas. Ia membabitkan dana RM200 juta sebagai pinjaman agro makanan pada kadar faedah sifar peratus dengan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan disediakan di bawah TEKUN Nasional dan Agrobank.  Peruntukan tambahan RM62 juta melalui Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) bagi subsidi dan insentif padi di bawah Bajet 2022, di mana bantuan subsidi racun makhluk perosak bagi pesawah dinaikkan dari RM200 sehektar semusim kepada RM300. Faktor mempengaruhi kenaikan harga yang dikenal pasti berlaku akibat perubahan dasar negara pengeksport mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah membabitkan hasil petroleum dan sumber asli, peningkatan kos logistik serta kadar tukaran mata wang asing. Kenaikan harga itu sememangnya membebankan petani dan pengusaha sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran, sekali gus mengurangkan pendapatan golongan terbabit. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
INPUT PERTANIAN... NAIK HARGA....
PETANI PENING... TIDAK GEMBIRA...
INSENTIF KERAJAAN... BANYAK CARA...
PENGGUNA... KENA TAMBAH BELANJA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(31 Jamadilakhir 1443H).

Sunday, December 5, 2021

SABUT KELAPA DAN KISAH MENARIK

SABUT KELAPA
merupakan bahagian mesokarp (kulit luar) yang terdiri daripada serat kasar pada buah kelapa. Lazimnya ia berfungsi sebagai pelapik (cushion) apabila buah kelapa tua jatuh ketanah dari pokok yang tinggi agar tidak pecah. Fungsi lain secara alami dimana ia akan mempastikan buah kelapa terapong pada permukaan air dan tidak tenggelam iaitu fungsinya sebagai 'pelampong'. Sabut yang terdiri dari serat yang terkumpul ini akan diasingkan denag menoupas sebelum isinya di jual sebagai biji kelapa yang mengandungi air kelapa dan santan. Ia dibuang menggunakan alat khas dan selalunya dikumpulkan dipusat khas kemudian diiarkan atau dibakar atau kering membusuk jika tidak diproses. Bagaimana pun terkini longgokan sabut kelapa sudah kurang kerana sudah dipelbagaikan kegunaanya selain daripada secara tradisinya dijadikan bahan bakar sahaja. Banyak aktiviti memproses sabut kelapa seperti dijadikan cocopeat iaitu bahan tanaman yang diguna untuk fertigasi, alas kaki, kusyen kerusi kereta, tali dan sebagainya. Penghasilan s
erat sabut (cocofibre) dan serbuk sabut (cococoir) merupakan produk yang paling banyak diusahakan dikawasan penananaman kelapa. Kini bukan sahaja ia digunakan sebagai media tanaman malahan sudah diformulasi sebagai bahan baja tanaman yang pelbagai jebusnya. Penulis blog dapati dimana sabut kelapa juga  merupakan hasil buangan daripada buah kelapa yang dikupas kulitnya dan boleh diproses menjadi pelbagai produk berguna. Secara umum sabut kelapa dapat diproses menjadi Cocopeat (nama teknikal untuk serbuk dari sabut kelapa). Kini produk cocopeat telah menjadi satu pilihan terbaik dikalangan usahawan nurseri dan petani untuk dijadikan media tanaman yang cekap dan kos efektif. Kajian menunjukkan bahawa kandungan cocopeat ini memang ternyata mengandungi beberapa unsur zat makro dan mikro yang diperlukan oleh tanaman. Unsur zat tersebut adalah Kalium (K), Posforan (P), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan beberapa lagi. Dalam membuat beberapa lapporan teknikal didalam dan luar negara, penulis mendapati bahawa kandungan unsur nutrien sabut kelapa yang paling dominan adalah unsur Kalium (K). Ini diikuti dengan unsur Posforan didalam cocopeat. Keujudan kedua-dua unsur kalium dan Posforan ini sangat diperlukan oleh tanaman terutama sewaktu tanaman kita sedang mengalami tahap peringkat pembungaan (Flowering) dan pembuahan (Fruiting). Lazimnya unsur kalium memberikan “rasa” pada buah agar lebih berkualiti dari segi kemanisannya, kelembutannya dan juga aromanya. Artikel subuh ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" penggunaan sabut kelapa dan kehebatan bahan produk tersebut dalam sektor pertanian seperti dilaporkan media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Akhbar harian metro melaporkan 'Mesin asing sabut kelapa' sudah digunakan dimana mesin tersebut juga berfungsi seperti menapis untuk dapatkan serat ringan untuk ditulis semula kisahnya. Sabut kelapa selalunya dibiarkan kering untuk dijadikan bahan bakar juga sebenarnya bahagian kelapa itu mempunyai pelbagai kegunaan bagi keperluan industri. Ciri dimiliki sabut kelapa selaku daya lentur yang baik, tahan lama, tidak berbau dan mesra alam berpotensi tinggi untuk dijadikan material gentian bebas kimia selain selamat buat pengguna. Memang tidak terkecuali menggunakan sebahagian besar fiber daripada sabut ialah pelopor industri automotif bijak memanfaatkan keunikan material ini sebagai bahan penting dalam pembuatan kusyen, tilam dan perabot. Salah satu kilang iaitu Sentosa Fibre Sdn Bhd di Bagan Datok, Perak dilaporkan memproses sabut kelapa untuk dijadikan serat dan habuk sabut bagi industri agro. Berbanding kaedah secara tradisional yang lebih rumit dan memakan masa lama, kini kilang tersebut berjaya untuk mengasingkan sabut daripada kulit kerasnya dengan menggunakan mesin. Kalau dahuli merekas menggunakan kaedah tradisional, sabut kelapa perlu direndam dalam kolam selama sebulan. Kemudian sabut akan ditos dan dipukul untuk melembutkan tekstur kulitnya. Kemudian selesai langkah terbabit, sabut dan kulit tadi disaring untuk diasingkan mengikut tekstur iaitu ‘coir’ yang merujuk kepada serat dan ‘cocopeat’ pula dalam bentuk serbuk. Mesin khas berkenaan mampu melakukan kerja memecah, menguraikan sabut daripada kulit kelapa yang keras dengan mudah. Kulit kelapa biasanya akan dihantar kepada pemborong dalam lori muatan dua hingga tiga tan. Sebaik diterima kulit kelapa berkenaan dimasukkan ke dalam mesin menggunakan bantuan pekerja. Mesin ini akan membuat kerja memecah kulit dan juga sabut. Sabut perlu diasingkan dan kemudian membungkusnya mengikut gred dan keperluan tertentu. Ada yang digunakan sebagai campuran untuk makanan ternakan seperti ayam. Sebahagian besar serbuk sabut ini digunakan sebagai medium tanaman fertigasi. Bagi serat pula dimana proses pembuatan lebih remeh kerana kerja pengeringan perlu dilakukan dengan baik. Ia menjadi lebih susah apabila tiba musim hujan kerana serat ini tidak kering dengan baik. Kelembapan akibat terkena hujan boleh merosakkan serat sabut. Biasanya proses pengeringan mengambil masa lama sehingga lebih seminggu sebelum ia boleh dihantar kepada pembeli. Kilang ini ada mesin untuk mengeringkan serat supaya kualitinya terjaga. Secara purata, satu tan kelapa yang mengandungi 2,000 keping sabut boleh menghasilkan kira-kira 200 kilogram (kg) serat dan 100kg serbuk sabut. Setiap mesin industri boleh memproses 200 - 300kg sabut kelapa dalam tempoh sejam. Sebelum kerja penghantaran dilakukan, serat perlu diasingkan mengikut saiz (panjang dan pendek) kerana ia mempunyai fungsi berbeza mengikut industri. Serat berkenaan akan dimampatkan dalam bentuk kiub dengan berat sekitar 200kg bagi setiap pek. Dalam pada itu biasanya serat panjang lebih banyak dieksport ke China mahupun Korea untuk pembuatan bangku atau kerusi kenderaan termasuk kapal terbang atau kapal. Manakala serat yang lebih pendek biasanya digunakan sebagai medium dalam industri tanaman atau landskap taman.

Dinegara jiran Indonesia yang merupakan negara terluas penanaman kelapa dimana kompas.com melaporkan '
Jangan Dibuang, Ini Manfaat Sabut Kelapa untuk Tanaman' sesuai dikongsikan dan ianya ditulis semula.  Kelapa dikenal sebagai sejenis tanaman yang serbaguna. Selain isi daging dan air buah kelapa yang boleh dimakan ada juga bahagian tanaman kelapa lainnya banyak kegunaannya. Buah kelapa terdiri dari beberapa lapisan untuk sampai kepada bahagian tempurung dan isi dagingnya. Salah satu lapisan buah ini disebut sabut kelapa. Bahagian yang dapat selalu digunakan sebagai bahan bakar alternatif ini memiliki tekstur menyerupai serat atau serabut kasar. Selain boleh digunakan sebagai bahan bakar sebenarnya sabut kelapa ternyata sesuai digunakan untuk tanaman. Merujuk dari Home Guides SFgate dinyatakan sabut kelapa sebagai media tanam adalah terbaik. Biasanya sabut kelapa akan dapat digunakan sebagai media tanam sama ada bagi tanaman dalam pot /pasu ataupun tanaman hidroponik. Sabut kelapa dapat menyalurkan nutrien secara lebih baik semasa digunakan dalam sistem tanaman hidroponik. Sabut kelapa akan membuat sistem akar berkembang dengan mudah kerana cir khasnya ia tidak mudah dipadatkan membolehkan tanaman tidak menjadi lemas atau tergenang air. Sabut kelapa juga mampu menjaga kelembapan dalam waktu lama, sebab media tanaman ini cukup ringan dan lapang bagi tanaman. Sekam kelapa dapat meningkatkan jumlah bakteria yang mana ia menguntungkan persekitaran sistem akar tanaman. Ia juga mampu membuat pH tanah seimbang sehingga akan membantu pertumbuhan Lignin. Sabut kelapa yang dicampur dengan perlite sangat baik digunakan sebagai media tanaman sistem hidroponik.  Ia boleh digunakan sebanyak 3 kali tanpa penurunan hasil dengan penjagaan baik. Kelamahannya dimana ia mengikat unsur 
zat besi (Fe), magnesium (mg) dan kalsium (Ca) kerana nilai tukar kationnya (CEC) dan juga kadar kandungan garam yang tinggi. Selalunya abut kelapa digunakan sebagai sungkupan atau penutup tanah dimana cara ini akan membantu mempertahankan kelembapan dan menekan pertumbuhan rumpai.

Di Marang Terenggani dilaporkan oleh Bernama dimana '
Sabut kelapa inovasi baharu bagi industri pembuatan perabot' memang menarik kisahnya.  Tanaman kelapa dikatakan sebagai pokok 1,001 kegunaan dengan setiap bahagian daripada pokok berkenaan mempunyai kegunaan dan boleh dihasilkan produk. Jika dahulu sabut kelapa hanya dibuang dan dibakar akan tetapi kini ia menjadi inovasi baharu dalam industri pembuatan perabot, tilam dan tempat duduk kereta. 
Sabut yang diproses boleh menghasilkan cocopeat (habuk sabut) dan coir (fiber panjang). Bahan itu digunakan dalam industri seperti pembuatan perabot, permaidani, tilam serta tempat duduk kereta, selain fertigasi pertanian moden bagi menggantikan tanaman di atas tanah. Bagi menghasilkan cocopeat dan coir, sabut kelapa akan direndam di dalam kolam takungan selama sebulan, kemudian sabut yang diawet itu ditoskan sebelum dipukul bagi memecah, melembut dan kemudian diasingkan untuk menghasilkan cocopeat serta coir. Kini sudah terdapat mesin pengasing sabut kelapa bagi memudahkan usahawan yang mahu menceburi bidang ini dan setiap mesin dijual dengan harga RM25,000. Bagaimanapun, kami sedia beri pinjam kepada usahawan buat sementara selama sembilan bulan. Kini penggunaan mesin pengasing sabut kelapa ini masih belum digunakan secara meluas. Dilaporkan hanya ada empat negeri sahaja yang ada usahawan menggunakan mesin ini iaitu di Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Hasil cocopeat dan coir ini sangat mendapat permintaan tinggi bagi pasaran dalam industri pembuatan negara. Bagi seorang daripada pengusaha cocopeat dan coir dari Kampung Bukit Kolam iaitu Mamat Osman (61 tahun) dimana dia yang asalnya berniaga santan selama enam tahun kini memperoleh hasil lumayan setelah menceburi bidang ini tiga tahun lepas. Walau pun dia pada mulanya tudak tahu hendak buat apa dengan sabut kelapa ni sebab kerja saya jual santan.  Kini dia sudah beli dua buah mesin ini dengan harga RM25,000 setiap satu dimana kalau dulu jumlah pendapatannya menjual santan selepas pencen hanya sekitar RM50 - RM60 sehari akan tetapi kini jumlah pendapatannya meningkat tiga kali ganda hasil permintaan cocopeat yang tinggi. Cocopeat ini boleh digunakan sebagai media untuk penanaman fertigasi dan permintaan terhadap cocopeat ini sangat tinggi dan saya hanya menjualnya RM4.50 seguni. Dulu pengusaha fertigasi ambil dari luar negeri, tapi kini mereka ambil dengan saya sebab saya jual dengan lebih murah. Bagi produk coir pula selalunya ia akan digunakan dalam industri penghasilan perabot, karpet, tilam serta tempat duduk kereta yang mana coir ini tahan lama dan tak mudah rosak serta tidak panas dan sangat sesuai dengan pembuatan ini. Produk coir dijual dengan harga RM900 bagi satu treler.Biasanya sabut kelapa beliau akan beli daripada orang kampung dengan harga RM60 selori sebelum diproses. Kini beliau menjadi usahawan berjay di Marang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
SABUT KELAPA... SERAT DALAMNYA...
DULU DIBAKAR... BAHAN API GUNA..
BOLEH DIPROSES... ADA CARANYA...
BACA ARTIKEL... DAPAT ILMUNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(28 Rabiulakhir 1443H).

Saturday, December 4, 2021

FAKTA DAN CERITA KEROPOK LEKOR

KEROPOK LEKOR 
atau juga dikenali sebagai 'keropok batang' merupakan salah satu makanan tradisional yang terkenal di Malaysia terutama sekali di Terengganu. Keropok Lekor diperbuat daripada isi ikan air laut yang dicampur sagu dan juga sedikit garam. Terdapat juga sesetengah resepi yang mencampurkan sekali tepung kanji ke dalam adunan sebelum keseluruhan adunan itu diuli dan digentel panjang bertali dimana ia kemudian direbus di dalam air yang sedang panas mendidih. Namun pada penulis blog yang juga minat makan keropok lekor dengan cicahnya apabila membeli jenis keropok lekor yang dihasilkan tidak direbus malah terus digoreng tanpa rebus. Tambahan lagi dimana bentuk yang dihasilkan juga tidak seperti keropok lekor biasa yang selalu kita nampak. Apa pun biasanya keropok lekor yang telah siap direbus atau digoreng boleh terus dimakan sebaik sahaja diangkat dan akan menghasilkan satu rasa yang lebih sedap apabila dicecah bersama air lada (sos). Pada kebiasaannya keropok lekor tidak akan dapat bertahan lebih lama sekiranya tidak diletakkan dalam peti sejuk. Namun terdapat produk yang mana konsep goreng tanpa rebus dan juga keropok sejuk beku dimana keropok tersebut mampu bertahan 24 jam walaupun berada luar peti sejuk. Pada penulis blog memang sukar untuk dinafikan bahawa negeri Terengganu cukup terkenal dengan keropok lekor yang dihasilkan. Bukan sahaja ia cukup sedap dimakan malahan ia juga sejenis makanan ringan yang berkhasiat. Tidak hairanlah dimana bila tiba sahaja musim cuti persekolahan maka akan ada banyak kedai yang menjual keropok lekor di Terengganu ini akan diserbu oleh orang ramai. Deretan bas dan kereta yang menuju ke kedai-kedai keropok yang terkenal di negeri ini merupakan satu fenomena biasa yang dapat dilihat apabila musim cuti persekolahan tiba. Bagaimana pun kini penulis blog mudah mendapatkan keropok lekor di Lembah Kelang seperti di kedai runcit, pasar malam, pasaraya dengan ianya sudah dijadikan keropok lekor sejukbeku. Artikel petang Selasa ini selepas menikmati sarapan 'Sate Pagi' dengan 'Lodeh' di Muar saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai beberapa fakta dan cerita tentang keropok lekor dari media tempatan untuk dijadikan bahan bacaan anda semua.

Kaedah menjual 'Keropok lekor pandu lalu' oleh Syarikat  Dynar Lekor di Kuala Nerus, Terengganu merupakan cara terbaru bersesuaian dengan zaman endemik covid19. Portal berita daripada hmetro.com.my menyatakan dimana perusahaan ini yang beroperasi di Kampung Buluh Gading mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi premis jualan keropok lekor pertama di negeri ini menyediakan perkhidmatan pandu lalu. Pengusahanya, Dasimah Mohd Dagang berkata dia merancang menyediakan perkhidmatan itu sejak 2017 berikutan permintaan menggalakkan di cawangan pertamanya di Kampung Bukit Tok Beng. Apa pun disebabkan ruang terhad di cawangan Bukit Tok Beng maka ini menyebabkan perkhidmatan itu tidak dapat disediakan. Dia dan suaminya kemudian membuka cawangan Dynar Lekor kedua di Kampung Buluh Gading dengan perkhidmatan pandu lalu. Pembukaan cawangan itu memberi ruang kepadanya merealisasikan hasratnya menyediakan perkhidmatan pandu lalu seperti restoran makanan segera. Dengan adanya cara perkhidmatan ini maka pelanggan tidak perlu beratur panjang di dalam kedai membeli keropok. Mereka boleh terus ke kaunter pandu lalu membuat tempahan dalam proses yang memakan masa antara tiga hingga lima minit (Sila lihat foto disebelah). Dia juga menyediakan perkhidmatan tempahan keropok lekor melalui atas talian dan menguruskan banyak perkhidmatan penghantaran terus kepada pelanggan. Dalam zaman teknologi komunikasi canggih ini dan syarikat perlu memanfaatkan sebaik mungkin kemudahan yang ada sesuai dengan kehendak pelanggan. Kalangan pelanggan dari dalam dan luar negeri mengharapkan syarikat untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh memudahkan mereka membeli keropok lekor. Pelanggan kini tidak mahu lagi menunggu lama untuk membeli keropok lekor terutama pada musim cuti sekolah. Diharapkan perkhidmatan pandu lalu disediakan itu dimanfaatkan sebaik mungkin pelanggan kerana ia telah pun dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada mereka.

Cerita bagaimana '
Wanita Russia nak beli keropok lekor?' yang berlaku di Butterworth, Pulau Pinang juga menarik untuk penulis blog kongsikan. Dilaporkan seorang guru muzik kerugian RM3,000 akibat ditipu seorang wanita dari Russia yang kononnya ingin membeli keropok lekor dijualnya di Facebook. Mangsa berusia 20-an itu menerima pesanan daripada suspek yang berminat untuk membeli keropok lekor diiklannya di laman sosial pada Jumaat lalu dengan harga RM130. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek kemudian memberitahu kepada mangsa melalui emel bahawa dia sudah membuat bayaran melalui bank Europe Credit Russia. Namun mangsa dikehendaki membuat bayaran balik sebanyak RM1,000 memandangkan suspek memasukkan lebihan bayaran berjumlah RM1,130.  Berikutan tidak mengesyaki apa-apa mangsa membuat bayaran balik kepada mangsa, namun dia pula diminta membuat bayaran kedua untuk proses kelulusan pihak bank dan dijanjikan akan mendapat balik wang. Selepas mangsa menjelaskan bayaran maka suspek masih meminta membuat bayaran lagi hingga mangsa sedar dirinya terperangkap dalam sindiket penipuan. Mangsa yang kerugian keseluruhannya sebanyak RM3,000 datang membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Polis tidak menolak kemungkinan perempuan dikatakan dari Russia itu adalah ahli sindiket pembelian dalam talian yang tidak wujud berdasarkan kepada modus operandi digunakan. Keropok lekor pun jadi produk yang digunakan oleh sendikit penipuan... memang pelik bunyinya.

Berlainan dengan cerita dari Jerantut, Pahang dimana '
Keropok lekor sambal hitam bawa tuah' kepada pelajar Kolej Komuniti Jerantut. Bagi Wan 
Nor Shafiqah dan Sharifah Nurhan berjaya untuk mereka menghasilkan keropok lekor berintikan sambal hitam Pahang dalam Pertandingan Kemahiran Penghasilan produk kacang soya, keropok lekor dan roti di Kolej tersebut. Keropok lekor sambal hitam mungkin kedengaran agak pelik namun hasil inovasi dua penuntut Kolej Komuniti Jerantut (KKJ) yang menggabungkan makanan tradisi Terengganu dan Pahang itu berjaya mencipta kelainan.  Inovasi mereka ternyata berbaloi apabila mereka dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan kategori Keropok Lekor tersebut (Sila lihat foto disebelah). Idea untuk menghasilkan keropok lekor yang berintikan sambal hitam itu timbul secara spontan sebaik pensyarahnya memaklumkan mengenai pertandingan itu. Mereka yang berasal dari Terengganu dakwa keropok lekor bukanlah makanan yang asing namun bagi memberi kelainan terfikir apa salahnya mereka gabungkan dengan sambal hitam. Sambal hitam amat terkenal di Pahang walau pun pada mulanya mereka bimbang hasil gabungan dua makanan itu tidak menjadi namun selepas beberapa kali percubaan mereka berjaya menghasilkan rasa yang enak. Citarasa keropok lekor yang dihasilkan menepati citarasa juri dan orang ramai. Gabungan rasa lemak masin keropok lekor dan masam pedas sambal hitam itu menghasilkan rasa yang begitu enak dan maklum balas yang diterima dari juri serta peserta lain juga turut memberangsangkan. Diharap produk  ini dapat dipasarkan sekali gus memberi kelainan dan banyak pilihan kepada penggemar keropok lekor mahupun sambal hitam.

Memang cerita keropok lekor hebat sehingga '
Jual Keropok Lekor Untuk Kumpul Duit Buat Kahwin' menjadi tajuk media tempatan. Disebabkan wabak pandemik Cov1d-19 yang menyerang Malaysia dan seluruh dunia sejak penghujung tahun 2019 telah meninggalkan impak yang bukan calang-calang, terutama daripada segi ekonomi. Sebagai bukti dimana media melaporkan ketika ini ramai yang telah kehilangan sumber mata pencarian dan terpaksa bergelut melakukan pelbagai jenis pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Malah ada yang sanggup melakukan lebih daripada satu pekerjaan untuk meraih pendapatan sampingan seperti bagi pemuda bernama Tawfiq Azmi yang berumur 26 tahun ini. Dilaporkan dimana terdahulu ada beberapa gambarnya yang menyarung poster ketika sedang menunggang motosikal menjadi tular selepas dikongsikan netizen di media sosial (Sila lihat foto disebelah). Poster itu yang mempromosikan keropok lekor ‘crispy’ menjadi perhatian ramai kerana ia turut menulis dengan menyelitkan ayat ‘nak cari duit kahwin’. Berkongsi cerita dengan mStar, Tawfiq berkata dia sendiri hanya dapat mengetahui gambarnya tular di media sosial selepas beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan. Tawfiq yang kini berniaga keropok lekor asli dari Terengganu secara sambilan untuk meraih pendapatan sampingan dan mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga. Sebenarnya hampir dua minggu dia berniaga keropok lekor crispy ini dan menyarung poster yang dibuat sendiri. Tapi hanya Isnin lalu saya tahu gambar itu viral. Ia diambil oleh pengguna jalan raya ketika saya berhenti di persimpangan lampu isyarat. Ketika itu dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangi, Selangor dan tidak terkejut dengan FB tersebut. Sejak berniaga dia memang menyarungkan poster setiap kali nak ke tempat kerja sebagai strategi pemasarannya dan tidak sangka jadi viral. Dia dakwa keadaan ekonomi ketika ini telah membuatkannya tergerak hati untuk berniaga secara sambilan bagi mengumpul wang untuk mendirikan rumah tangga. Apa pun sejak gambar tersebut viral rezekinya baik dimana dia terima banyak mesej memandangkan pada poster itu memang diselitkan nombor telefon untuk mudahkan orang ramai buat pesanan. Semuga artikel ini memberi info berguna mengenai keropok lekor kepada pembaca blog semua. Wasallam!!!.
KEROPOK LEKOR... ENAK RASANYA...
DULUU TERENGGANU.. KINI MERATA...
BELI PANDU LALU...KAEDAH BAIKNYA...
PEMUDA VIRAL... BAGI BERUMAHTANGGA....

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(20 Rabiulawal 1443H).

Friday, December 3, 2021

PENGELUARAN BENIH PISANG KULTUR TISU

BENIH TANAMAN PISANG (Musa spp) merupakan antara jenis tanaman yang paling banyak dihasilkan melalui teknologi Kultur Tisu (Tissue Culture atau TC). Terdapat jutaan benih pisang yang dihasilkan setiap bulan melalui kaedah ini terutama jenis pisang makan segar seperti Pisang Cavendish diseluruh dunia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dimana tanaman pisang mencapai keluasan 26,276 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 370,060 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Negera China merupakan paling luas menanam pisang diikuti dengan negara India pada masa kini . Bagaimana pun negara Equador merupakan pengeksport pisang terbesar dunia dengan sebanyak 3.99 juta metrik tan setahun diikuti dengan Filipina sebanyak 3.95 juta metrik tan. Kebanyakan pisang segar ini dieksport kenegara-negara barat dan USA. Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah dan meningkatnya pandemik covid19. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Terkini dimana salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu. Teknologi kultur tisu merupakan satu kaedah digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman atau anakbenih yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi seterusnya tujuan tumbesaran. Banyak agensi kerajaan dan swasta di Malaysia yang membuat kajian dan pengeluaran berkaitan teknologi kultur tisu terhadap tanaman pisang. Syarikat swasta dan beberapa badan berkanun kini menjadikan pengeluaran benih kultur tisu berkualiti bagi tanaman pisang untuk penanaman secar akomersil pisang di Malaysia. Artikel subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa info terkini dari media tempatan pengeluaran benih pisang secara kultur tisu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Media tempatan melaporkan '
FGV sasar hasilkan sejuta pisang klon' menarik untuk dikongsikan dengan pembaca semua.  Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek kini dilaporkan berjaya didalam menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan pasaran (Sila lihat foto disebelah). Penerokaan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam kajian pisang klon kini dilaporkan telah membuka peluang kepadanya untuk dapat menghasilkan pengeluaran besar-besaran varieti berkualiti tinggi dengan sasaran menghasilkan sejuta pisang klon menjelang 2021. Sasaran itu adalah peningkatan 100 peratus daripada pengeluaran semasa untuk memenuhi permintaan pasaran khususnya pisang segar dan industri makanan berasaskan pisang, yang sekali gus membolehkan FGV memenuhi sekitar 30 peratus permintaan penggunaan negara untuk pisang. CEO FGV menyatakan kualiti tinggi benih pisang klon yang dihasilkan terbukti dengan lebih dari enam juta ramet pisang berangan terjual antara 2007 hingga Julai 2020 dimana ini menjadikan FGV salah satu pengeluar benih pisang klon terbesar di Malaysia. Pusat Inovasi FGV yang terletak di Bandar Enstek, Negeri Sembilan menghasilkan varieti pisang klon untuk memenuhi permintaan industri sawit di dalam tempoh tanam semula dan petani pisang di negara ini. Ramai penyelidik yang berpengalaman dan berdedikasi dalam pengeluaran kultur tisu, nasihat teknikal dan operasi tapak semaian dimana FGV mempunyai kepakaran untuk menyokong usahawan agro pisang dan pekebun kecil dengan benih pisang klon yang terbaik, kontrak pengklonan pisang dan pertanian kontrak. Ini selari dengan langkah strategik FGV untuk meluaskan inisiatif Pertanian Bersepadu dan pada masa yang sama meningkatkan pengeluaran pisang tempatan dengan sasaran penguasaan pasaran sebanyak 50 peratus atau bersamaan 1.7 juta anak benih yang akhirnya akan meningkatkan kehidupan petani pisang di Malaysia. 

Pisang dikenal pasti mempunyai permintaan yang paling tinggi dan tanaman kontan terlaris di Malaysia yang mampu menjana pendapatan tambahan untuk pekebun kelapa sawit semasa fasa belum matang menggunakan sistem tanaman selingan. 
Varieti pisang yang mendapat permintaan paling tinggi dalam kalangan petani tempatan adalah berangan dan FGV kini menghasilkan 850,000 ramet setiap tahun. Pokok pisang induk FGV iaitu klon berangan diperakui oleh Jabatan Pertanian di bawah Skim Pengesahan Bahan Tanaman. Anak benih pisang klon yang dihasilkan oleh FGV bebas dari penyakit, mempunyai pertumbuhan yang seragam dan mampu menghasilkan hasil lebih awal dibandingkan dengan bahan penanaman sulur. Anak pokok pisang klon FGV merangkumi beberapa jenis seperti tanduk, lang, nipah, nangka, rastali, mas dan lemak manis tersedia untuk pembelian pukal di lima tapak semaian yang terletak di Bandar Enstek (Negeri Sembilan), Trolak (Perak), Jerantut (Pahang), Bukit Tongkat (Johor) dan Lahad Datu (Sabah). Anak pokok pisang klon juga dijual secara dalam talian melalui platform Shopee di bawah FGV Agri Services Sdn Bhd. FGV kini mengembangkan bahan penanaman klon untuk tanaman bernilai tinggi seperti nanas, buluh, vanila dan tanaman air untuk memenuhi permintaan pasaran yang tinggi. Dimasa akan datang FGV akan juga menghasilkan benih pisang cavendish untuk penanaman seca meluas di ladang FELDA Chuping dan sekitarnya untuk pasaran domestik dan juga pasaran eksport. Pisang cavendish merupakan spesis pisang makan segar yang paling banyak di pasaran seluruh dunia.

Dalam pada itu aktiviti pengeluaran benih pokok pisang menerusi kaedah in vitro atau tisu kultur bagi pembiakan tanaman itu perlu menerusi beberapa proses bagi mendapatkan hasil yang baik. 
Teknik penghasilan benih pisang daripada tisu tumbuhan menggunakan medium nutrien ini mampu menghasilkan benih yang sama dengan pokok asalnya. Ia termasuk proses pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam beg semaian sebelum ditanam di ladang. Bahan tanaman iaitu sulur akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas.  Teknologi terkini dengan adanya teknologi tisu kultur lazimnya  setiap sulur pisang mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian. Di Malaysia dari maklumat dilaporkan ada empat jenis pokok pisang yang menggunakan kaedah tisu kultur iaitu pisang tanduk, pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka dan kini sudah dimulakan untuk benih pisang cavendish. Dalam pada itu lazimnya berbeza dengan kaedah konvensional apabila setiap pokok pisang hanya mampu menghasilkan sebanyak lima hingga 10 sulur saja untuk tanaman seterusnya dan ianya mengambil masa hingga sembilan hingga 10 bulan untuk dituai. Proses pembuatan benih tisu kultur pisang melalui sulur akan disteril dengan bahan pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Ia kemudian proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan. Selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran pada suhu antara 24 hingga 28 darjah Celsius, ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas. Tunas ini kemudian akan dipindahkan ke dalam medium baru bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran. Bagi proses pengakaran lazimnya disetiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang ditetapkan akan diasingkan dan dipindahkan ke dalam beg semaian yang mengandungi medium campuran. Selepas enam hingga lapan minggu maka anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan sebelum dijual atau dipindahkan ke ladang. Diantara perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara tisu kultur dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama. Perkara ini juga sekali gus dapat memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan. Semuga artikel ini member info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BENIH PISANG... INPUT YANG UTAMA...
SESUAI DITANAM... CARI YANG MANA...
BENIH KUTUR TISU... CEPAT DISEDIA...
POKOK SERAGAM... MUDAH DI JAGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rabiulakhir 1443H).

Thursday, December 2, 2021

HEBATNYA DURIAN VARIETI DURI HITAM

DURIAN DURI HITAM (D200) atau 'Black Thorn' atau ada yang memanggilnya sebagai 'Durian Ochee' atau 'Hei Tze' dimana ia merupakan satu varieti yang kini semakin hebat di tanam di Malaysia. Durian Duri Hitam mempunyai rasa berlemak manis, berkrim dengan sedikit pahit (kurang pahit jika dibandingkan dengan Durian XO). Isinya agak tebal walaupun tidak setebal Durian Musang King serta lebih ringan dari segi tekstur (Sila lihat foto diatas). Rasanya pada penulis loga mendapati ia boleh digambarkan seperti di antara Durian Musang King dan Durian XO. Dilaporkan kini telah ramai yang menyukai rasa Durian Duri Hitam kerana teksturnya yang lembut dan tidak mengenyangkan seperti Musang King. Aromanya yang unik, wangi dan tidak tajam menjadikannya sesuai bagi santapan mereka yang pertama kali ingin mencuba rasa durian. Bentuk buah durian ini lazimnya mempunyai saiz berbeza-beza tetapi mudah dikenalpasti kerana berbentuk seperti labu di mana ia berbeza dengan jenis durian yang lain. Ia mempunyai tangkai yang agak pendek dan kontot dengan warna kulit durian pada lazimnya adalah berwarna hijau kelabu. Dari segi bentuk dan warna duri ada ramai yang beranggapan bahawa durian ini mempunyai duri berwarna hitam tetapi sebenarnya kurang tepat. Durian Duri Hitam mempunyai warna duri yang sama seperti durian yang lain iaitu hijau. Pada hujung duri tersebut dilihat akan terdapat warna perang gelap di mana terdapat teori yang mengatakan bahawa ciri tersebutlah yang menjadi ilham bagi nama durian ini. Pada bahagian bawah durian selelunya dilihat berwarna perang gelap dan tanpa sebarang duri di kawasan tersebut. Terdapat satu tangkai berwarna hitam bahagian tengah di mana ia dikatakan sebab durian ini diberi jolokan Durian Duri Hitam. Garisan berwarna perang gelap juga kelihatan bersambung dengan bahagian bawah di mana ia boleh digunakan sebagai penanda bagi mengopek durian jenis ini. Tinjauan penulis blog di Pahang dan Negeri Sembilan dilihat dimana ramai penanam durian yang sudah menanam varieti durian duri hitam ini kerana pengaruh harganya yang dua kali ganda daripada harga durian Musang King (D197). Mereka membuat cantuman dewasa pada pokok durian sedia ada kerana cara ini akan mempercepatkan jangkamasa dan proses penghasilan dan jaminan ketulenan kualiti. Artikel pagi Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan beberapa laporan media berkaitan dengan kehebatan durian varieti Duri Hitam untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Dari segi sejarah dimana dilaporkan pemenang Anugerah Durian Terbaik Pulau Pinang bagi tahun 2011 dan 2012 adalah varieti Durian Duri Hitam (D200). Kini nama durian ini sudah tidak asing di kalangan penggemar durian tempatan kerana keunikan rasanya yang dikatakan mampu menandingi keenakan Durian Musang King dan Udang Merah. Terdapat beberapa teori bagaimana durian ini mendapat nama Durian Duri Hitam yang juga dikenali sebagai Durian Ochee mempunyai rasa lemak, manis dan berkrim serta meninggalkan sedikit rasa pahit selepas memakannya. Selain itu juga dilaporkan dimana ia tidak mengeluarkan bau aroma yang kuat. Isinya berbentuk lebih bulat jika dibandingkan dengan durian lain dan biasanya mempunyai warna kuning keemasan. Pokok induk Durian Duri Hitam berasal dari Kampung Lima Kongsi yang berhampiran Sungai Bakap yang terletak di selatan jambatan kedua Pulau Pinang. Pokok tersebut telah dirahsiakan bertahun-tahun lamanya walaupun mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengusaha durian tempatan kerana pemilik asal iaitu 'Bagi Kau' yang mana dia enggan untuk menjual benih pokok Durian Duri Hitam. Baginya yang telah menjumpai benih asal pokok tersebut ketika berada di negara Thailand namun sehingga kini dia tidak mengetahui secara mendalam asal-usul pokok tersebut. Pada pertengahan tahun 1980-an pemilik pokok asal telah memberi keizinan kepada rakannya iaitu Leow Cheok Keong untuk menanam benih tersebut di ladangnya di Nibong Tebal yang menjadi kebun Durian Duri Hitam komersial yang pertama. Namun begitu apabila pokok-pokok pertama mula mengeluarkan buah berkualiti kemudian itu hasilnya tidak memberangsangkan di mana ia mempunyai rasa yang manis dan isinya tidak mempunyai struktur lemak berkrim serta rasa yang agak memabukkan. En Leow telah mengambil keputusan untuk membiarkan pokok tersebut tetapi tidak melaburkan modal untuk seterusnya membesarkan perusahaan tersebut. Setelah beberapa tahun membuat pemilihan dan penjagaan akhirnya ia menjadi buah yang sangat berkualiti dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian sebagai buah durian premium (D200).

Media tempatan termasuk laporan oleh utusan.com.my nyatakan dimana '
Durian duri hitam RM400 jadi rebutan ahli perniagaan' yang nyatak simana petani durian Tan Chee Keat gembira hasil duran duri hitam dikebunnya di dusunnya di Titi Serong, Balik Pulau, Pulau Pinang. Dinyatakan utusan dimana adakah anda sanggup berbelanja sehingga RM400 hanya untuk sebiji durian Black Thorn atau lebih popular dikenali sebagai duri hitam atau ‘ochee’ yang beratnya tiga kilogram (kg) lebih?. Harga bagi durian Gred A yang boleh disifatkan bertaraf kayangan tersebut langsung tidak menggerunkan peminat tegarnya yang sanggup menghabiskan duit semata-mata mahu menikmati buah bermusim ini. Seorang peniaga durian di Batu Maung iaitu Nicholas Chang dakwa dimana pelanggan terutama ahli perniagaan dan pengurus syarikat sanggup membeli buah durian jenis duri hitam itu dengan harga mencecah RM100 sekilogram. Durian duri hitam dari dusun di Balik Pulau, Pulau Pinang ketika ini antara yang termahal iaitu dijual pada harga RM800 hanya untuk dua biji namun tetap diburu pelanggan khususnya ahli perniagaan. Dilaporkan buah gred A dari pokok berusia lebih 10 tahun itu dikatakan lebih berkualiti dan bernilai harganya buat para pekebun di Balik Pulau. 
Harga durian duri hitam kini antara yang termahal dijual iaitu RM100 sekilogram berbanding Tupai King berharga RM90 sekilogram. Pengeluaran buah itu yang kurang tahun ini disebabkan faktor cuaca menjadikan harga jualannya tinggi ekoran mendapat permintaan luas dari China setiap tahun. Durian duri hitam kini menjadi pujaan dalam kalangan pelanggan di Kuala Lumpur terutama ahli perniagaan. Pengusaha ini pernah membawa kira-kira 10 hingga 15 biji duri hitam dengan berat lebih tiga kilogram sebiji ke Kuala Lumpur dan habis dijual sekelip mata. Walau pun dulu di Pulau Pinang durian duri hitam agak kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminatnya disebabkan ramai yang mula memilih akan kenikmatan durian Tupai King tetapi kini sudah berubah. Rasa durian Tupai King yang pahit, manis dan lemak berjaya menarik pilihan pelanggan sehinggakan buah itu yang belum luruh dari pokok pun sudah ada tempahan daripada pelanggan. Selain durian duri hitam dan Tupai King didakwa varieti durian jenis Ah Heng dan Hor Lor juga antara yang menjadi pilihan pelanggan namun harganya sedikit murah. Bagi seorang pemilik kebun Black Thorn di Titi Serong, Balik Pulau dikenali sebagai Tan Chee Keat (30 tahun) pula dakwa sebanyak 1,500 batang pokok buah itu yang ditanam di kawasan puncak bukit berkeluasan 20 hektar dimana ia sudah mengeluarkan hasilnya pada pertengahan Jun. Hanya lima peratus buah itu yang sudah dipasarkan di negara ini dan selebihnya dijadual akan dieksport ke China dan Hong Kong. Dia dakwa sehingga kini juga lebih 15 tan durian duri hitam telah ditempah pelanggan dari dua negara berkenaan manakala di negara ini, tempahan dibuka dan dijual kepada pemborong atau peraih pada harga RM78 sekilogram.

Berita lain merujuk di Kosmo.com dimana 'D
urian duri hitam paling mahal' menarik dikongsikan. Berita dipetik dari Raub, Pahang pada Jun 2021 dimana meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun harga durian tidak terjejas malah terus naik dengan menyaksikan durian duri hitam (black thorn) merekodkan harga paling tinggi. Laporan dari FAMA dan Jabatan Pertanian dakwa pada masa ini harga runcit purata durian duri hitam adalah RM86 sekilogram diikuti durian durian musang king de­ngan harga RM61.65 sekilogram. Berdasarkan harga purata menyaksikan durian duri hitam naik kepada RM86 pada Jun 2021 berbanding RM68 pada Jun 2020 dengan harga ini tiga biji durian duri hitam yang berat sebiji dua kilogram mencecah lebih RM500.
Antara faktor durian itu harganya tinggi adalah kerana tidak banyak pengeluaran di mana kebun besar yang menghasilkan durian duri hitam iaitu pada masa ini hanyalah di Kulim Bandar Baharu di Kedah yang menyebabkan ramai peminat durian tempatan yang ingin mencubanya. Berdasarkan dari apa yang penulis blog membuat tinjauan dimana bentuk buah durian duri hitam yang sempurna membuatkan buah ber­kenaan nampak cantik dan menjadi pilihan orang ramai. Durian Musang King pula yang berada di tempat kedua merekodkan harga purata RM61.65 sekilogram pada Jun 2021 berbanding RM46 pada Jun 2020. Sehingga Jun 2021 durian udang merah berada di tempat ketiga dengan harga purata RM40.50 sekilogram diikuti durian IOI (RM33.95), durian D24 (RM32.80) dan durian kampung dengan harga purata sekitar RM17.60 sekilogram. Dilaporkan dimana harga raja buah itu juga bergantung kepada pengeluaran di satu-satu kawasan yang me­nyaksikan harga akan turun sekiranya berada di puncak pengeluaran. Meskipun berlaku kenaikan harga berban­ding tahun 2020 namun harga raja buah itu dilihat masih belum mencapai tahap maksimum dan permintaan terus meningkat dari semasa ke semasa. Di Raub pula dilihat harga buah durian musang king tidaklah tinggi sangat apabila dijual dengan harga RM35 sekilogram dimana ia mungkin di sesetengah tempat yang tidak banyak durian ini harganya akan tinggi. Sebagai pengguna kita perlu bijak memilih membeli buah durian yang ditawarkan dengan harga berpatutan. Semuga artikel ini membei info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
DURIAN DURI HITAM... MAHAL HARGA...
KALAHKAN MUSANG KING... JAUHNYA...
DI BURU PEMINAT... DIMANA SAHAJA...
BANYAK DILAPORKAN... DI MEDIA SANA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(26 Rabiulakhir 1443H).

Wednesday, December 1, 2021

BENIH PISANG KULTUR TISU - INFO TERKINI

BENIH TANAMAN PISANG
(Musa spp) merupakan antara jenis tanaman yang paling banyak dihasilkan melalui teknologi Kultur Tisu (Tissue Culture atau TC). Terdapat jutaan benih pisang yang dihasilkan setiap bulan melalui kaedah ini terutama jenis pisang makan segar seperti Pisang Cavendish diseluruh dunia. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dimana tanaman pisang mencapai keluasan 26,276 hektar pada tahun 2020 dengan pengeluaran sebanyak 370,060 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Keluasan Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia, 2020). Negera China merupakan paling luas menanam pisang diikuti dengan negara India pada masa kini . Bagaimana pun negara Equador merupakan pengeksport pisang terbesar dunia dengan sebanyak 3.99 juta metrik tan setahun diikuti dengan Filipina sebanyak 3.95 juta metrik tan.  Kebanyakan pisang segar ini dieksport kenegara-negara barat dan USA. 
Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah ketidakcukupan bekalan bahan mentah disebabkan faktor populasi yang semakin bertambah dan meningkatnya pandemik covid19. Bagi mengatasi masalah bekalan makanan, pelbagai teknologi telah dicipta dan dikembangkan untuk tujuan meningkatkan produktiviti sektor pertanian. Terkini dimana salah satu teknik yang dimanfaatkan adalah bioteknologi dalam bidang pertanian yang berjaya dibangunkan bagi menggandakan tanaman seterusnya meningkatkan produktiviti atau mutu keluaran. Teknik ini adalah pembiakan tanaman secara kultur tisu. 
Teknologi kultur tisu merupakan satu kaedah digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman atau anakbenih yang lengkap bermula dengan sebahagian kecil tisu tumbuhan dalam eksplan seperti batang, daun atau sel yang dikulturkan dalam media secara steril atau aseptik bagi seterusnya tujuan tumbesaran. Banyak agensi kerajaan dan swasta di Malaysia yang membuat kajian dan pengeluaran berkaitan teknologi kultur tisu terhadap tanaman pisang. Syarikat swasta dan beberapa badan berkanun kini menjadikan pengeluaran benih kultur tisu berkualiti bagi tanaman pisang untuk penanaman secar akomersil pisang di Malaysia. Artikel subuh Isnin ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai beberapa info terkini pengeluaran benih pisang secara kultur tisu untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca semua.

Pada penulis blog yang terlibat dengan penanaman pisang melalui tinjauan teknologi dan pengembangan pertanian dilapangan mendapati semakin ramai petani yang mendapatkan benih pisang TC. Sebelum teknologi pengeluaran TC ini diperkenalkan dimana benih pisang diperolehi melalui kaedah konvensional dimana setiap pokok pisang dewasa akan hanya mampu menghasilkan sebanyak 5 - 10 sulur sahaja untuk tanaman seterusnya dan mengambil masa pokok induk matang sehingga 9 - 10 bulan untuk dituai. Bergantung kepada varieti pisang dimana kaedah pengambilan sulur benih berbeza kaedahnya (Sila lihat foto disebelah). Kini dengan adanya teknologi kultur tisu dimana setiap sulur pisang telah mampu mengeluarkan sehingga 2,000 anak benih secara berterusan dan mengambil masa yang lebih singkat untuk mendapatkan hasil tuaian. Di negara kita ada empat jenis pokok pisang yang diberi perhatian menggunakan kaedah teknologi kultur tisu ialah pisang tanduk, pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka. Bagaimana pun penulis blog mendapati beberapa varieti pisang lain seperti pisang cavendish telah dikomersilkan juga. Kaedah berkenaan sebenarnya telah digunakan dimana dilaporkan lebih 4 juta benih pisang dihasilkan setiap tahun dari pelbagai jenis. Harga benih pisang TC diantara serendah RM1.00 sehingga setinggi RM3.00 mengikut saiz, varieti dan jumlah pengeluaran atau pesanan. Tinjuan mendapati dimana benih TC pisang tanduk diantara yang mendapat nilai pasaran runcit agak tinggi berbanding dengan benih pisang lain.
 

Penulis blog terlibat didalam menyediakan piawaian proses kultur tisu di SIRIM dahulu sehingga ia digunakan. Kaedah kultur tisu bagi pembiakan pokok pisang adalah perlu menerusi beberapa proses iaitu pemilihan tanaman, penyediaan bahan induk, penyediaan kultur disteril, penggandaan tunas, proses pengakaran dan pengalihan ke dalam polibeg sebelum ditanam di ladang. Bahan tanaman pisang iaitu sulur pisang akan diambil daripada ladang dan diproses dalam makmal. Kebiasaannya sulur pedang akan digunakan kerana proses pembiakan dan pertumbuhannya lebih pantas. Setelah itu maka sulur tersebut akan disteril dengan bahan pembasmi kuman dan juga air suling selama 45 minit. Kemudian proses pemotongan eksplan dilakukan dan diletakkan dalam medium pertumbuhan yang mengandungi nutrien serta hormon untuk tujuan pembiakan. Kemudian selepas disimpan selama 45 hari dalam bilik tumbesaran yang bersuhu 24 - 28 darjah selsius maka ia akan menghasilkan akar dan mengeluarkan tunas. Tunas pisang berkenaan kemudiannya akan dipindahkan ke dalam medium baharu bagi tujuan pembiakan seterusnya sebelum melalui proses pengakaran. Lazimnya amalan didalam proses untuk pengakaran dimana setiap tunas atau platlet yang mencapai ketinggian yang telah ditetapkan akan diasingkan dan seterusnya dipindahkan ke dalam polibeg yang mengandungi medium campuran. Selepas 6 - 8 kemudian anak pokok pisang berkenaan akan mencapai ketinggian dan kriteria yang ditetapkan dan ia seterusnya sedia untuk dijual atau pun disusun untuk dipindahkan ke ladang. Perbezaan antara pokok pisang yang dihasilkan secara kultur tisu dengan kaedah konvensional ialah benihnya akan tumbuh seragam atau sekata dan berbuah dalam tempoh yang sama. Perkara ini akan memudahkan petani untuk menuai hasil selain kualiti buah yang lebih terjamin dari segi kualiti dan selamat untuk dimakan. Kelebihannya lagi adalah dimana benih pisang dari kultur t
isu kultur merupakan benih pisang baka terpilih dimana ia adalah bebas jangkitan perosak.

Beberapa makmal Jabatan Pertanian pernah dilaporkan ada membuat anakbenih pisang kultur tisu untuk kegunaan petani bimbingan Jabatan Pertanian. Bagaimana pun kini pengeluaran tersebut masih dibuat dalam skala tidak komersil kerana peranan tersebut telah dijalankan oleh GLC, Syarikat Swasta dan sebagainya. Dalam pada itu penulis blog pernah membuat tinjauan ke Jabatan Pertanian Sarawak penulis dapat membuat tinjauan Pusat
 Pertanian Semenggok dimana mereka berjaya menghasilkan tisu kultur benih pisang baka terpilih yang bebas daripada jangkitan perosak untuk tujuan penanaman komersil. Projek ini merupakan hasil kerjasama antara Pusat Penyelidikan Pertanian (ARC) dengan Malesiana Tropical Sdn Bhd (Malesiana). Di Sarawak dilaporkan masih berlaku jangkitan tanaman pisang yang dinamakan Panama dan Sigatoka yang mana ia agak biasa menyerang tanaman di Samarahan, Miri dan Bekenu namun masih dalam keadaan terkawal. Terkini dilaporkan Jabatan Pertanian Malaysia dilaporkan masih memfokuskan kepada serangan penyakit ‘Moko’ dan ‘Blood Diseases’ yang terjadi di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dimana kes ini juga tersebar meluas di negara-negara lain. Jabatan Pertanian Sarawak kini mengambil langkah berjaga-jaga daripada terjadinya perkara yang sama dan pihaknya telah mengkultur pokok dari ARC bagi penghasilan kekuatan terhadap serangan penyakit dengan menyebarkan platlet yang lebih berkualiti dan banyak. Lazimnya penanaman pisang komersil menggunakan benih pisang kultur tisu dimana petani tempatan mendapat hasil yang lebih seragam dengan kadar saiz pokok, waktu berbuah dan hasil tuaian yang lebih singkat. Dalam pada itu dilaporkan dimana tanaman pisang yang sudah dijangkiti boleh dikenal pasti apabila terdapat ulat di dalam kon pisang serta daunnya kelihatan kering dan setelah dibelah dahan akan kelihatan keperangan. Biasanya pegawai jabatan akan menjalankan lawatan kerja untuk membuat pemeriksaan dan khidmat nasihat teknikal kepada petani komersil adalah untuk membuat sanitasi dan membersihkan ladang mereka terlebih dahulu. Benih pisang daripada tempat lain tidak digalakkan ditanam bersama dengan kultur tisu atau tanah yang telah disanitasi untuk mengelakkan kawasan tersebut dijangkiti kuman yang cepat merebak ini. Baka benih pisang kultur tisu kini dijual pada anggaran RM2 satu benih mengikut saiz dan baka. Di Bintangor sahaja para pekebun pisang boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 - 4 kontena dengan muatan 20 tan setiap satu dalam tempoh seminggu daripada penanaman kultur tisu benih pisang berkenaan. Selain penghasilan pisang mentah digalakkan agar para petani menghasilkan kerepek pisang. Jenis Pisang Sekaki yang diperkenalkan tiga tahun lepas yang berasal dari Sabah berpotensi besar dijadikan kerepek pisang berbanding kerepek konvensional yang menggunakan pisang kepok. 
Pisang sekaki memberi rasa premium pada kerepek pisang yang dihasilkan dan rasanya lebih enak dan sesuai untuk penghasilan kerepek pisang dalam skala yang besar bagi permintaan pasaran eksport. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BENIH PISANG... BANYAK JENISNYA...
MENGUTIP SULUR... ITU CARA LAMA...
KULTUR TISU... KINI KAEDAH DIGUNA...
BENIH BERKUALITI... SERAGAM CIRINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(21 Rabiulakhir 1443H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...