Support My Blog

Tuesday, April 6, 2021

TEMPURA - MAKANAN ASAL JEPUN?

TEMPURA adalah makanan Jepun berupa makanan laut, sayur-sayuran atau pun ulam yang dicelup ke dalam adunan berupa tepung gandum dan kuning telur yang dicairkan dengan air bersuhu dingin lalu digoreng dengan minyak masak yang banyak hingga berwarna kuning muda. Makanan ini beberapa kali penulis blog menikmatinya sejak dulu di rumah, di restoren dan hotel-hotel apa lagi semasa mambuat lawatan kerja ke Tokyo dahulu. Makanan Tempura juga bermaksud cara menggoreng yang berbeza dengan furai (istilah bahasa Jepun untuk goreng celup). Bahan makanan yang digoreng secara tempura dicelup ke dalam adunan tempura, sedangkan bahan makanan yang digoreng secara celup dibungkus secara berurutan dengan tepung gandum, pukulan telur, dan tepung jagung. Dalam pada itu selalunya minyak masak yang digunakan untuk menggoreng tempura sebaiknya minyak goreng yang bersih dan belum digunakan untuk menggoreng bahan makanan lain. Di restoran kelas atasan yang menyediakan menu tempura ada juga dimana campuran minyak bijan yang harganya mahal dan minyak biji kapas sering dipakai untuk menggoreng tempura. Minyak bunga Camellia yang digunakan pemain Gusti Sumo sebagai minyak rambut juga digunakan di beberapa restoran mahal untuk menggoreng tempura. Minyak masak untuk tujuan menggoreng yang dipakai untuk menggoreng tempura sering disebut minyak tempura yang merupakan sebutan untuk berbagai jenis minyak goreng seperti minyak canola, minyak selada dan juga minyak bunga matahari. Ramai orang diseluruh dunia kini sudah kenal dimana makanan tempura merupakan cebisan tepung ringan, makanan laut dan sayur-sayuran goreng. Diperkenalkan ke Jepun pada abad ke-16 oleh Portugis di Nagasaki, makanan tempura telah lama ia membangun sepanjang zaman ke dalam hidangan Jepun yang popular di dalam dan di luar Jepun. Tempura boleh didapati di dalam pelbagai jenis restoran di seluruh dunia di mana ia biasanya dihidangkan sebagai hidangan utama atau pun sebagai hidangan sampingan utama atau sebagai topping untuk tendon beras mangkuk atau udon dan soba seperti hidangan mi. Artikel pada subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai makanan tempura yang berjaya diangkat sebagai makanan tahap dunia berasa dari Jepun sebagai bahan rujukan anda semua.

Makanan tempura dilaporkan memang bukan makanan asli Jepun. Menurut beberapa laporan dimana cara untuk menggoreng dengan mencelup makanan dengan adunan tepung diperkenalkan oleh mubaligh Katolik Portugis pada abad ke-16. Ada beberapa pendapat yang mana mengatakan asalkata "Tempura" berasal daripada tradisi mubaligh Portugis memakan makanan laut pada masa Pra-Paskah. Didalam bahasa Latin juga ia ada disebut sebagai 'ad tempora cuaresmae'. Bagaimanaa pun pendapat lain mengatakan perkataan "Tempura" berasal dari bahasa Portugis iaitu 'temporas' yang bermakna 'waktu suci' atau juga sebagai 'tempero' yang bermaksug 'barang dapur'. Makna lain juga adalah seperti templo (nermaksud sebagai kuil) dan juga tempora yang didakwa berasal dari bahasa Sepanyol atau bahasa Itali. Dalam pada itu p
ada zaman Edo makanan tempura merupakan makanan rakyat yang dijual di kaki lima dengan harga berpatutan. Tempura yang digoreng dengan minyak masak yang harganya mahal seperti minyak bijan dan minyak biji kapas kemudian menjadi menu yang disajikan restoran mahal di Tokyo dan Kyoto, Jepun. Sebelum itu dilaporkan tempura adalah sebutan untuk masakan daerah Kyushu dan Okinawa sahaja iaitu makanan yang digoreng dengan minyak masak yang diimport dari luar Jepun. Memang dari dahulu lagi sebenarnya di Jepun sudah terkenal makanan bergoreng dari adunan ikan yang sudah dilumatkan kemudian ia bercampur tepung yang disebut 'Satsuma-age'. Tempura berupa makanan gorengan dari makanan laut dan sayur-sayuran yang sudah terkenal. Dilaporkan dimana jenis tempura yang dibuat hanya terdiri dari sayur-sayuran disebut Shojin-age. Masa dulu terdapat 2 jenis tempura berdasarkan bahagian telur yang dipukul bersama adonan tepung yang dikenali dengan nama Kinpura (kuning telur saja) dan juga Ginpura (putih telur saja). Sebahagian kecil penjual tempura yang masih kuat dengan memegang tradisi lama ini masih mempertahankan kedua-dua jenis tempura ini.

Tempura
adalah makanan popular dari Jepun dimana ada beberapa rahsia tentang kesedapan tempura. Cara bagi penyediaan tempura berbeza-beza mengikut jenis tempura, bahan asas yang digunakan serta jenis hidangan. Lazimnya secara asas dimana antara bahan-bahan asas tempura perlu dipotong kepada saiz yang mudah dimakan dan kemudian dihilangkan kelembapannya. Sebaiknya bahan-bahan tersebut disalutkan dengan "koromo" (adunan) yang terdiri daripada telur, air, dan tepung gandum dan kemudian ia mesti digoreng. Biasanya untuk mengelakkan tempura daripada melekit pada dengan minyak bolehlah letakkan ia di atas jaring ataupun kertas dapur. Dilaporkan antara elemen yang penting bagi tempura adalah "koromo". Bahan-bahan tempura juga akan dikukus pada suhu tinggi kerana ianya diselaputi oleh adunan "koromo" dimana cara ini menyebabkan kemanisan bahan asas tersebut terpelihara. Tempoh menggoreng tempura adalah berbeza mengikut bahan serta kawalan suhu minyak dan kemahiran yang tinggi diperlukan bagi menyediakan tempura yang mudah dan ringan untuk dijamah. Walau pun memang banyak jenis-jenis tempura akan tetapi pada asasnya dimana kesemua bahan yang boleh digoreng dapat djadikan sebagai tempura. Udang, ikan jenis sillaginidae dan labu besar adalah antara bahan yang popular. Selain daripada itu terdapat juga sajian bersaiz besar iaitu "kakiage" yang terdiri daripada sotong, bawang, dan lobak merah yang telah digaul bersama lalu digoreng. Cara makan tempura pada lazimnya akan dimakan bersama "tsuyu" iaitu sup perisa masin-manis berasakan "shoyu" (kicap soya Jepun) ataupun sesuai untuk dimakan bersama garam yang ditabur di atasnya. Tetapi oleh kerana tiada peraturan tertentu ditetapkan maka sebenarnya semua orang masih bebas memilih kombinasi bahan dan rasa yang digemari. Oleh kerana tempura paling sedap dimakan sejurus selepas ianya digoreng maka adalah lebih baik jika hidangan ini terus makan selepas ianya dihidangkan.

Terdapat juga pelbagai masakan tempura yang dibuat di pelbagai premis untuk dipilih. Diantara makanan yang digemari ramai adalah seperti "tendon" iaitu nasi bersama tempura di atasnya serta jenis "tempura soba" dan "tempura udon" iaitu tempura yang dimakan bersama soba atau udon (sejenis mi Jepun). Terdapat juga jenis tempura yang menggunakan bahan lain seperti ais krim dimana ianya disediakan dengan menggoreng ais krim yang disaluti "koromo" dalam tempoh yang singkat. Manisan ini mempunyai rasa yang berlainan kerana luarannya adalah panas berbanding air krim di dalam yang masih sejuk. Penulis blog menikmati beberapa resepi ini di Restoren Sushi King (Sila lihat foto disebelah). Biasanya perkara 
yang harus untuk diperhatikan semasa makan tempura di restoran adalah lihat urutan makannya. Pada penyajian tempura moriawase (menu dengan berbagai macam tempura) biasanya hidangan tempura dari jenis asas sayuran, udang dan ikan kecil yang rasanya tidak terlalu berat diletakkan di bahagian atas atau disajikan lebih dulu. Sementara itu jenis tempura dengan bahas asas dari ikan dimakan pada urutan berikutnya. Adat memakan tempura dimana dalam menikmati citarasa tempura di lidah adalah makan dulu tempura dengan rasa yang tidak terlalu berat. Dibeberapa restoran tempura mahal biasanya chef menggoreng tempura langsung di depan para pelanggan. Cara dan teknik ini menarik kerana pelanggan boleh melihat cara pembuatannya dan ini sekaligus menikmati makanan tempura hangat yang baru dimasak. Di restoran semacam ini sebaiknya pelanggan harus memperhatikan waktu yang tepat untuk memakan tempura yang disajikan (ramai kata sebelah pagi). Tempura jenia bahan asas apa pun akan kehilangan kerangupannya setelah menjadi sejuk dan tidak enak lagi. 

Secara umum te
mpura memang dikenali sebagai udang yang dibalut tepung. Sebenarnya ada beragam jenis makanan boleh disediakan untuk menjadi tempura. Beberapa fakta penting mengenai tempura sebenarnya tidak hanya udang yang boleh disediakan. Tempura didakwa tidak mengganggu kepada jenis hidangan. Ia adalah lebih kepada proses pelapisan daging atau sayuran dengan adonan tepung tempura. Kemudian bahan digoreng dengan minyak yang banyak dimana sebenarnya apa saja bahan asas boleh dijadikan tempura mulai dari keju sampai ikan boleh dibuat tempura. Apa pun rahasia tempura ada pada adunan yang disediakan dengan menggunakan bahan segar membuat tempura enak. Adunan disiapkan untuk membalut daging atau sayuran adalah campuran telur dan tepung. Bahan-bahan tersebut perlu dicampur secara ringan dengan air sejuk dan perlu sentiaa pastikan ia dalam keadaan sejuk dingin. Ia akan menjanjikan satu lapisan coating tempura nipis dan renyah ketika digoreng. Semasa proses menggoreng sama ada ianya tempura daging atau sayuran memang perlu mempastikan minyak berada pada suhu sangat tinggi sebelum memasukkannya dalam kuali. Ini boleh menjadikan tempura dengan segera masak. Sebabnya adalah jika lama menunggu goreng dalam kuali maka pada permukaan tempura jadi coklat keemasan yang boleh rosakkan kesegaran bahan makanan. Adunan yang digunakan juga boleh jadi penghalang bahan makanan itu menyerap minyak kerana makanan tempura yang enak mempunyai lapisan rangup dan isi yang lembut. Apa pun lazimnya tempura akan dimakan begitu saja atau bersama dengan sajian lain. Kebanyakan tempura diambil bersama nasi akan tetapi ia enak juga jadi topping udon (Mi) atau soba. Tempura jenis sayuran boleh dimakan sebagai hidangan pembuka selera dan jenis tempura daging sesuai dimakan dengan donburi atau nasi.  Lazimnya jenis tempura disediakan bergantung pada bahan segar yang ada sesuai musim. Selalu cara penyajiannya banyak berubah. Tempura disediakan dirumah keluarga Jepun yang bergantung pada bahan asas makanan yang tersedia di pasar lokal mereka. Seterusnya bagi makan tempura lazimnya dimakan dilokasi yang menarik dan selesa. Ini kerana bagi mendapatkan 'keenakan' tempura disarankan datang ke Asakusa di Tokyo kerana ada restoran tempura yang sudah berdiri berpuluh tahun maupun pedagang kaki lima yang menjual tempura. Mereka akan menawarkan banyak variasi tempura yang sudah teruji. Ada beberapa mereka yang memakai rempah dalam adunan atau jenis minyak berbeza (minyak tempura tradisional adalah minyak bijan yang digunakan). Tempura ini selalunya disajikan dengan piring atau bekas kertas sehingga mudah dimakan sambil berjalan keliling bandar. Semuga artikel mengenai makanan tempura dalam blog anim agro technology ini memberi infoo berguna kepada semua pembaca. Wasallam!!!...
MAKANAN JEPUN... NAMA TEMPURA...
DICELUP TEPONG...DIGORENG SAJA...
SAYUR, IKAN...  PALING RAMAI SUKA...
MAKANAN SIHAT.... KENA MENCUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(24 Syaaban 1442H).

Monday, April 5, 2021

FILLET IKAN - APA DIA?

FILLET IKAN
(Fish fillet) merupakan bahagian daging ikan yang diperolehi dengan potongan atau pun siatan isi ikan yang masih utuh sepanjang tulang belakang dimulai dari belakang kepala sehingga mendekati kebahagian ekornya. Bergantung kepada jenis ikan yang digunakan untuk membuat filet ikan ianya banyak menentukan kualiti, harga, citarasa, cara dan kaedah penyimpanan makan serta juga hidangan yang akan disediakan. Sebenarnya makanan berasaskan fillet ikan ini banyak jenisnya tetapi yang paling popular diseluruh dunia adalah fillet ikan salamon yang banyak dimakan mentah Dan disebut sebagai makanan 'Sushi' yang popular di Jepun. Kini makanan ikan mentah ini telah dijadikan makanan antarabangsa dimana telah ada rangkaian pelbagai restoren makanan sushi yang mana ada menghidangkan makanan fillet ikan dengan pelbagai produknya. Bagaimana pun dari segi saintifik fillet ikan yang baik adalah terdiri dripada fillet yang mempunyai daging yang berwarna putih, cemerlang dan bersih serta ciri-ciri yang mempunyai bau sangat segar (aroma enak) dan terpenting juga termasuk mempunyai tekstur yang padat, kompak dan elastik. Industri memproses fillet ikan di Malaysia masih jauh ketinggalan berbanding dengan beberapa negara perikanan dunia seperti Jepun, USA, Norway dan beberapa lagi. Makanan berasaskan fillet ikan ini ada dijadikan sebagai makanan utama beberapa negara dunia. Filet ikan merupakan makanan sihat yang berkhasiat dengan tinggi kandungan protin dan lemak baik untuk meningkatkan kecerdasan serta pemikiran otak manusia. Bagaimana pun kini fillet ikan sejuk beku mudah diperolehi dimana-mana pasaraya dengan harga yang berpatutan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis terus dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai filet ikan sebagai bahan rujukkan semua pembaca blog.

Dilaporkan dimana terdapat beberapa jenis f
illet Ikan yang disediakan bagi pelbagai jenis kegunaannya. Ia terdiri daripada pelbagai jenis fillet terdiri dari fillet berkulit (skin-on fillet), fillet tidak berkulit (skinless fillet), fillet tunggal (single fillet) iaitu daging ikan yang disiat memanjang tulang belakang, dan fillet kupu-kupu (butterfly fillet) iaitu dua fillet tunggal yang dihubungkan sesamanya oleh bahagian yang tidak dipotong. Ikan juga dapat dibentuk menjadi beberapa jenis fillet mengikut kehendak jenis filet dan kegunaannya. Jenis Block Fillet merupakan bahagian daging ikan yang berasal dari kedua sisi tubuh ikan dimana ia juga biasanya dimana kedua bahagian daging ikan tersebut tidak putus. Jenis Cross-cut Fillet pula merupkan fillet yang mana ia berasal dari ikan jenis Yeng berbentuk pipih dimana pada masing-masing bahagian tubuh ikan tersebut dibuat sebuah fillet. Jenis Quarter-cut Fillet pula adalah fillet yang berasal dari daging ikan yang berbentuk pipih dimana bahagian dari daging ikan dari masing-masing adalah pada sisi tubuh ikan dibuat menjadi dua bahagian fillet. Keempat adalah daripada Jenis Single Fillet dimana fillet yang berasal dari satu sisi tubuh ikan. Kemahiran seseorang didalam memotong dan mneyiat ikan segar semasa membentuk fillet akan seterusnya menentukan kualiti dan juga harganya. Fille ikan bkkan tahan lama selepas diproses melainkan memerlukan teknik penyimpanan yang betul dan sesuai. Antara beberapa langkah menyimpan fillet Ikan dengan memotong kepala ikan dengan betul. Posisikan pisau di belakang sirip dada ikan dimana kemudian di potong diagonal kebawah dimana ia mestik dilakukan di kedua sisi ikan. Kemudian di buang pula bahagian ekornya. Letakkan pisau di bahagian pangkal ekor dan kemudian dipotong lurus kebawah. Bagi menyediakan  Filet Tubuh Ikan perlu dimulakan dengan bahagian pangkal kepala, tekan dan potong melalui tulang sampai bagian ekor. Potong sekitar tulang rusuk untuk memisahkan fillet. Untuk cara mrmotong bahagian tepi (pinggir) pula sebaiknya dipotong bahagian pinggiran hasil filetan untuk membuang bahagian pinggiran perut dan punggung ikan. Bagi tujuan untuk membuang kulit Ikan dilakukan dari hujung bahagian ekor ikan dan dihiris antara kulit dan daging. Sebaiknya ditahan bahagian kulit dengan menggerakkan pisau menyisir bahagian fillet sampai kebahagian pangkal kepala.

Biasanya b
entuk usaha dalam usaha bagi mengoptimakan penggunaan ikan adalah dengan menjadikan fillet dan produk lainnya (produk proses ikan berbasaskan pes). Fillet ikan merupakan suatu cara hirisan daging ikan tanpa adanya tulang. Fillet juga mempunyai beberapa kategori menurut bahan asas ikan yang digunakan dimana salah satunya iaitu dari ikan ekonomik seperti Ikan Siakap merah, Ikan Salmon, Ikan Kerapu. Bagaimana pun ada juga jenis ikan tidak ekonomik seperti Ikan Kerisi (Nemipterus vigatus), Ikan Aji-aji (kuniran) dan Ikan Paperek. Kedua jenis ikan inilah caranya untuk tingkatkan nilai ikan hasil tangkapan melalui memproses ikan segar menjadi produk ada nilai tambah. Banyak sekali cara memproses fillet ikan yang menguntungkan dimana ia dapat meningkatkan kecekapan nelayan secara keseluruhan. Ramai para pengguna akan dapat membeli produk ikan yang lebih praktikal kerana banyak memerlukan masa untuk memasak semakin menjadi lebih cepat. Fillet Ikan adalah suatu hirisan daging ikan tanpa sisik dan tulang (kadang-kadang juga tanpa kulit) yang mana ia diambil dari kedua sisik badan ikan dan kadang-kadang kedua potongan saling bergandengan disebut juga dengan nama “butterfly fillet”. Fillet ikan juga boleh disebut juga bahagian dagian ikan yang diperolehi dengan penyiatan daging ikan dengan utuh iaitu disepanjang tulang belakang dimulai dari kepala hingga mendekati ekor. Tulang belakang dari tulang rusuk yang melebihi badan dengan rongga perut tidak terpotong pada waktu penyiatan. Daging fillet ikan yang diperolehi dengan cara pemotongan isi dari tulang atau duri ikan (Sila lihat foto disebelah). Pengguna akan lebih y=untung ketika membeli fillet walau pun harganya agak lebih tinggi sedikit tetapi sudah tiada kekotoran, tulang, kepala dan ekor serta sisiknya. Fillet membolehkan masa untuk memasaknya dilakukam dengan lebih pantas. Pengusaha dan nelayan akan memperolehi nilai tambah aakibat hasil dari penjualan fillet selalunya adalah lebih tinggi daripada menjual ikan segar secara utuh. Produk lain semasa meembuat fillet seperti bahagian kepala ikan, isu perut ikan (jeroan) dan tulang ikan masih dapat diproses dan dijual pelbagai pproduk lain seperti jadi tepung ikan, makanan haiwan peliharaan (makanan kucing), bahan asas baja atau produk lainnya. Fillet ikan lazimnya tahan lama disimpan didalam peti sejuk dalam masa jangkamasa panjang. 

Selain ada keuntungan dan meningkatkan industri perikanan dan ternakair secara keseluruhan pembuatan fillet ikan memang sebenarnya menyababkan risiko kerugian. Ini belaku disebabkan produk fillet ikan lebih mudah (rentan) terhadap aspek kerosakan (kontaminasi) dan penurunan mutu daripada ikan segar. Kemudahan infrastruktur sejukbeku yang cekapdan kebersihan yang ketat dan merupakan syarat dan penentun utama agar mampu dalam menghasilkan produk yang memenuhi spesifikasinya. Kualitai Produk Fillet dipengaruhi oleh kualiti bahan asas ikan dan semasa proses pembuatannya. Ikan yang digunakan perlu penjagaan rapi agar terus segar semasa dipotong dan emudiannya disimpan. Kecuaian ini menjadikan kerugian kepada pengusaha jika kualiti fillet terjajjas rosak. Tidak semua jenis 
ikan  sesuai dibuat difillet. Bukan semua jenis ikan yang boleh diambil isi dagingnya atau melepasnya dari tulang. Ada ikan yang mempunyai tekstur daging rapuh dan hancur seperti Ikan susu (bandeng) serta dan ikan yang dagingnya terlalu tipis. Hanya jenis ikan mempunyai daging tebal seperti tenggiri, gurami, siakap yang dapat dibuat fillet. Proses membuat fillet ikan boleh dijadikan satu industri di Malaysia dengan beberapa perkara perlu diperhatikan dahulu. Ini kerana secara umumnya hampir semua jenis ikan dapat dibuat sebagai bahan fillet. Dalam pada itu hasil tangkapan ikan di Malaysia memang beraneka ragam dan perlu ditentukan perlaksanannya. Fillet Ikan sesuai disimpan dalam keadan sejukbeku dalam jangkamasa lama sebagai bahan utaa bebejrapa jenis produk makanan berasaskan ikan. Fillet iksn jugs memerlukan ruang penyimpanan lebih kecil dari ikan segar. Fillet serta produk lanjutannya dapat memberikan nilai tambahan kepada nelayan serta menmbahbaik pengambilan zat makanan terbaik kepada umum. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!...
NAMA PRODUKNYA... FILLET IKAN....
IKAN SEGAR... ISINYA POTONGKAN...
CEPAT DIMASAK... MUDAH DIMAKAN...
HASIL MEINGKAT... BAGI NELAYAN...

By,
M Anem,
Senior Agronnomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(22 Syaaban 1442H).

Sunday, April 4, 2021

KELUHAN DURIAN MAHAL 2020

HARGA DURIAN MAHAL TAHUN 2020?. Itulah yang telah menjadi tajukj perbualan dan viral di Malaysia apabila harga durian sama ada jenis premium atau durian kampung telah dikatakan memang mahal.Terkesan dengan isu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKPD, PKPB dan PKPP) akibat wabak pandemik Covid19 kini rakyat Malaysia terpaksa membayar harga mahal untuk menikmati buah durian. Adakah kes ini terkait dan merupkan salah satu 'Norm Baru" akibat Covid19 yang kita perlu hadapi sekarang?. Buah Durian (Durio zibethinus) meru[akan sejenis buah yang menjadi kesukaan ramai orang sehingga ia digelar "King Of The Fruit''. Di Malaysia sahaja terdapat seluas 72,464 hektar tanaman durian pada tahun 2018 dengan pengeluaran sebanyak 251,950 metrik tan. Kemanakah buah-buah durian yang sebanyak ini diedarkan dan kenapa harga buah durian ini memang agak tinggi pada tahun 2020?. Anda boleh membaca akan tulisan saya sebelum ini mengenai trend harga durian di Malaysia yang ditulis sebelum ini (Sila klik disini). Memang harga durian tinggi kepada tahun 2017 dan isu sama wujud kepada tahun 2020. Harga durian yang agak tinggi pada tahun 2020 banyak mendapat komen didalam media cetak dan media elektronik dan sesuai untuk dibincangan didalam artikel pada kali in. Blog "Anim Agro Technology'' paparkan mengenai isu harga durian yang mahal pada tahun 2020 untuk dijadikan bahan rujukkan anda semua.

Dalam akhbar Sinar Harian bertarikh pada 15 Jun 2020 yang bertajuk 'Harga durian 'mahal teruk'?" amat sesuai dikongsi bersama. Berita dipetik dari Kuala Lumpur ini menyatakan dimana musim durian datang lagi namun bagi 'hantu durian' perbezaan situasi musim kali ini pasti agak dirasai bahang berbanding tahun-tahun sudah. Hilang sudah kemeriahan berkumpul di dusun mahupun makan beramai-ramai di gerai durian lantaran perlunya mematuhi normal baharu yang mengutamakan jarakan sosial termasuk hanya boleh beli tapau untuk dinikmati di rumah. Bagi kebanyakan penggemar durian, mereka tidak mempunyai masalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) normal baharu itu namun yang menjadi pertikaian dan dikongsikan di alam siber ialah harga raja buah tersebut yang pada mereka 'mahal teruk' (terlampau mahal) berbanding kebiasaan.  Pengguna Twitter Muhammad Afiq berumur dakwa rata-rata penjual durian memberi alasan kenaikan harga disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Katanya, ini termasuklah permintaan tinggi namun bekalan terhad disebabkan pergerakan yang terbatas, menyebabkan sesetengah peniaga terpaksa mengambil buah daripada orang tengah. Dia dakwa "Hendak dapatkan stok durian masih OK lagi tetapi bab harga...mahal teruk, harga tidak masuk akal dan paling ketara ialah durian kampung," Luahan sama turut dikongsi oleh pengguna Twitter @pjoe: "Harga durian tahun ini kenapa macam berbeza, lagi mahal dan beza banyak pula berbanding tahun lepas.” Katanya, ada peniaga yang menjual durian kampung sehingga RM18 sekilogram. Pengguna lain @AzmiraAzmi pula berkata, ketika dia mempertikaikan kenaikan harga tersebut, peniaga durian berkenaan menjawab: “Harga yang murah itu harga bertahun yang lepas.” Dalam pada itu, masih ada yang bersikap positif seperti @thezulfo yang berkata, harga durian mencanak naik ekoran permintaan tinggi, lebih-lebih lagi musim baharu sahaja bermula. "Tunggulah lama sikit, nanti mesti turun harga kerana bekalan pun sudah banyak," katanya. 

Portal berita projek mn.com dengan artikel bertajuk "Durian mahal? Pembeli tidak kisah asal berkualiti' juga menarik dirujuk. Dinyatakan dimana rakyat negara ini berpeluang menikmati pelbagai aneka jenis durian berkualiti memandangkan ramai pengusaha tidak dapat memasarkan ia di luar negara ekoran pandemik Covid-19. Kes pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak awal tahun ini sememangnya memberi kesan terhadap pengusaha buah durian memandangkan ia tidak dapat dieksport susulan kawalan ketat kebanyakan negara. Bagaimanapun, senario itu secara tidak langsung memberi kelebihan kepada rakyat negara ini kerana berpeluang menikmati durian yang lebih berkualiti selain mempunyai pelbagai aneka pilihan. Tinjauan di sekitar Kulim, Kedah mendapati rata-rata peniaga durian memasarkan buah durian berkualiti tinggi seperti Musang King, D24, Duri Hitam, Ang Bak Kia, Khunpoh dan banyak lagi. Namun, terdapat juga rungutan daripada orang ramai berpandangan harga raja buah itu masih boleh dianggap mahal sama ada di kawasan bandar atau luar bandar. Menurut suri rumah, Zureda Che Jan, 52, harga durian masih mahal walaupun buah itu mudah didapati. Ramai dakwa rasa tidak murah sebab tengok dekat tempat lain sama saja mahal.

Dilaporkan walaupun mahal, pada saya masih banyak pilihan dan saya anggap asalkan sedap, berkualiti, mahal-mahal pun kena beli juga nak buat macam mana dah teringin. Menurut seorang lagi pembeli bernama Fadhlan mengakui tidak mempunyai masalah berbelanja lebih asalkan dia akan berpeluang menikmati kelazatan durian. Ini kali dia beli dimana isteinya memang suka sangat jenis Khunpoh, Duri Hitam dan Musang King. Lagipun di sini murah, buah elok dan boleh tawar-menawar harga sedikit. Bagi pemandu teksi, Selvarajoo Iyavoo dia berpandangan durian yang dibeli kali ini lebih berkualiti berbanding apa yang pernah dirasainya. Seterusnya memberitahu dimana musim (tahun) ini baru saya mai (mari) cari durian. Waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) nak pi beli tak boleh. Tapi saya lebih suka buah kampung sebab rasa dia lagi sedap dan harga berpatutan. Sekilo RM6 ke RM7 oklah kira di bawah RM10 kira murahlah tu. Memang trend harga durian ini tidak menentu mahal, sederhana dan mahal disebebkan banyak faktur. Antara faktur penennutuan harga durian dalan bekalan dan permintaan, musim awal atau akhir, kualiti buah, kes lambakan buah, kemampuan pembeli dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology mendpafat menafaatnya. Wasallam!!!...
BUAH DURIAN... MAHAL HARGA...
MAMPU BELI... SEDIKIT SAHAJA...
DURIAN PREMIUM... BAGAIMANA...
BACA ARTIKEL... FAHAM SEMUA...

By,
M Anim,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Zulkaedah 1441H).

Saturday, April 3, 2021

AYAM ORGANIK NANAS

AYAM KAMPONG ORGANIK merupakan satu produk terbaru di Malaysia yang kini telah dipasarkan di beberapa premis dikawasan Lembah Kelang, Johor Baru dan juga di Singapura daripada sebuah syarikat tempatan. Penulis pernah bebrapa kali membuat ujirasa ayam kampong organik ini dan melawat lokasi penternakan ayam serta ladang nanas Syarika AQUINA di Negeri Johor. Mereka menggunakan formusali penternakan ayam organik dimana salah satu daripada formulasinya didakwa menggunakan bahan daripada buah nanas yang menurut kajian memang menjadikan ayam organik ini lebih lembut dan berkhasiat. Dalam tinjauan di beberapa outlet pasaraya di Kuala Lumpur mendapati harga runcit ayam kampung organik ini setanding dengan produk ayam kampung biasa dikawasan sejuk beku. Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempersijilkan ayam organik ini sebagai akreditasi pemgesahan status ayam organik. Dalam pada itu penulis merujuk kepada tanaman nanas (Ananas cosmosus) yang juga merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika yang diusahakan oleh Syarikat Aqina untuk kegunaan domestik dan pasaran ekspot semenjak dahulu lagi. Kawasan utama tanaman nenas syarikat ini berada di Pontian Johor iaitu ladang tanah gambut.  Penulis blog dapati pada tahun 2018 dilaporkan seluas 13,027 hektar tanaman nanas dengan penghasilan sebanyak 375,500 metrik tan dihasilkan (Sumber: Booklet Stetistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2018). Nanas ditanam daripada sulur, jambul atau kaedah pembenihan lain yang sesuai kecuali TIDAK DISYORKAN menggunakan benih Kultur Tisu untuk semua jenis nanas hibrid termasuk Nanas MD2. Kalau dahulu penanaman nanas adalah untuk diproses dalam tin (Kaleng) atau dibuat jus atau untuk masakan akan tetapi kini penanaman banyak tertumpu kepada nanas segar untuk pasaran domestik dan eksport.  Singapura merupakan destinasi utama pasaran nenas segar Malaysia diikuti dengan negara-negara Timur Tengah dan beberapa negara lain. Nenas sejenis tumbuhan yang tumbuh setinggi 50-150cm. Daun panjang dan tirus, hujung tajam, tepi daun berduri dan sebahagian varieti tidak berduri serta susunan berpilin. Bunga pada buah kedapatan sehingga 200 kuntum. Setiap satu jambak berwarna ungu kemerah-merahan yang boleh disenyawakan melalui pendebungaan untuk menjadi biji. Buah berwarna hijau ketika muda dan jingga atau merah apabila masak. Buah biasanya dimakan segar, ditinkan atau dijadikan jus. Pokok Nanas mengeluarkan 3 jenis sulur yang boleh digunakan untuk penanaman iaitu sulur angin, sulur tangkai dan sulur tanah. Varieti nanas yang ditanam di Malaysia terdiri daripada 3 kumpulan yang besar iaitu jenis Nanas Cayene, Nanas Spanish dan Nanas Queen. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" maklumat mengenai produk ayam kampung organik pertama di Malaysia menggunakan makanan dari formulasi nanas seperti yang ada dilaporkan oleh media tempatan untuk dijadikan bahan rujukkan anda.

Akhbar tempatan telah melaporkan dimana industri 
penternakan ayam terus berkembang dengan penghasilan produk makanan tambahan melalui proses iaitu pengekstrakan enzim nanas MD2 bagi menghasilkan hasil ternakan bebas sisa antibiotik dan bebas hormon semasa peringkat pertumbuhan. menurut kenyataan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Datuk Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam yang berkata dimana ternakan ayam itu ditambah dengan enzim probiotik yang diekstrak melalui diet harian ayam berkenaan. Beliau berbesar hati mengumumkan kejayaan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) ini kerana Malaysia mempunyai pakar penyelidik berbakat serta mempunyai syarikat yang mampu memanfaatkan peluang ini untuk mengembangkan dan memajukan industri penternakan.  Pengguna bukan saja dapat menikmati penghasilan produk sihat dan selamat tetapi juga ayam diberi makanan tambahan serta membiak secara semula jadi. Dia berharap pengeluar ayam di Malaysia akan mengamalkan sistem inovatif ini sebagai amalan industri terbaik untuk memastikan ternakan yang lebih berkualiti. Pengusaha dari syarikat Aqina iaitu En Wesley mendakwa hasil kerjasama antara Aqina dan UMPT iaitu anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu telah dapat memperkenalkan pemakanan yang lebih sihat, selamat dan lazat untuk dimakan rakyat Malaysia. Ladang Aqina Farm mengamalkan sistem inovatif yang mengintegrasikan ladang nanas Aqina MD2 dan ladang ayam Aqina. Aqina berjaya menggunakan hasil kumuhan ayam sebagai baja organik untuk meningkatkan kualiti tanah bagi menghasilkan nanas MD2 yang berkualiti. Kumpulan Aqina akan terus meluaskan produk mereka di dalam pasaran tempatan serta melabur di dalam pemprosesan penternakan pada masa akan datang. Meraka akan terus menghasilkan pembiakan ayam nanas dan menjadi pembekal inovatif pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh Malaysia termasuk Singapura serta seluruh Asean melalui pemborong serta peruncit.

Dalam rancangan Selamat Pagi Malaydia di RTM1 didakwa dimana p
engeluar daging ayam kampung organik utama di Malaysia iaitu Aqina Group of Companies (Aqina) akan mula mengeksport daging ayam keluarannya ke Asia Barat seawal separuh pertama tahun depan. Pengarah Eksekutif Kumpulannya iaitu Encik Wesley Tan telah nyatakan dimana pasaran eksport baharu itu bakal disokong kilang pemprosesan daging ayam bernilai kira-kira RM30 juta iaitu pengeluaran komersil yang dijadualkan beroperasi akhir tahun 2019. Kilang baharu beroperasi di Pekan Nenas, Johor itu berkeupayaan memproses 8,000 daging ayam sejam atau 64,000 daging ayam sehari dalam satu syif, atau dua kali ganda jumlah itu sekiranya membabitkan dua syif. Eksport akan membabitkan tiga produk ayam utama kami iaitu Red Label yang terdiri daripada ayam kampung dikenali sebagai ayam merah dalam pasaran ayam; Black Label iaitu ayam hitam premium segar; dan White Label iaitu ayam putih premium segar juga dikenali sebagai Ayam Nanas. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Ayam Nanas di Giant Hypermarket Kota Damansara semasa pelancaran disempurnakan Ketua Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mengulas lanjut dimana bersandarkan anggaran konservatif maka pihaknya mensasar menguasai 30 peratus pasaran daging ayam tempatan dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding sekitar dua peratus ketika ini. Selain pasaran tempatan, daging ayam Aqina turut dijual di Singapura. Pada majlis sama Quaza turut mengumumkan kerjasama antara Aqina Agriculture and Biotech Industries Sdn Bhd dan UMP Technology Sdn Bhd (UMPT), anak syarikat Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi memperkenalkan Ayam Nanas ke pasaran Malaysia. Ayam Nanas didakwa adalah produk pertama seumpamanya di Malaysia dengan mana ia ditambah enzim probiotik yang diekstrak daripada varieti nanas MD melalui diet harian ayam diternak. Enzim probiotik MD2 digunakan dalam amalan pertanian penternakan di ladang Aqina bagi menggantikan penggunaan antibiotik sedia ada untuk menghasilkan ayam yang bebas sisa antibiotik dan bebas hormon pertumbuhan. Aqina juga bekerjasama dengan GIANT Hypermarket, Jaya Grocer, Village Grocer, AEON, AEON MaxValu, HERO MARKET, Jason Food Hall, Cold Storage, Ben’s Independent Grocer, Maslee Express, De Luxe Circle Fresh Mart serta NSK Trade City untuk mengedarkan Ayam Nanas ke seluruh negara.

Akhbar Berita Harian Ayam dengan tajuk berita 'Bekal Ayam Kampung Organik' menarik dibaca. Ayam kampung organik terbukti mempunyai isi yang lebih padat, sihat dan 30 peratus rendah lemak jika dibanding dengan ayam konvensional. Kini p
ermintaan terhadap ayam kampung organik adalah tinggi dan sering menjadi pilihan bagi yang mempunyai bilangan ahli keluarga ramai kerana bebas ancaman toksin hormon dan lebih enak.  Potongan daging yang lebih padat, berprotein dan tempoh memasak menjimatkan menjadikannya pilihan praktikal bagi rutin masakan harian. Bezanya dimana ayam diternak secara komersial dipercayai mengandungi hormon, antibiotik dan sisa racun perosak yang boleh menjadi ancaman kepada tahap kesihatan. Kini sebagai  peneraju pasaran pengeluaran ayam kampung organik Aqina berusaha mencapai dan mengekalkan mutu piawaian yang tinggi bagi pengeluaran ayam kampung organik. Pengarah Eksekutif Kumpulan Aqina Wesley Tan berkata dimana Aqina Farm berjaya menempa sejarah apabila diiktiraf sebagai syarikat pertama dan satu-satunya di Malaysia yang menerima dua skim pensijilan iaitu Skim Pensijilan Organik Malaysia (MyOrganic) dan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP) Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV). Syarikatnya adalah pembekal pilihan daging sihat yang dikenali sebagai peneraju ladang ayam kampung sejak 20 tahun lalu. Ia juga dikenali sebagai salah satu syarikat pengeluar ayam kampung terbesar di negara ini. Beroperasi sebagai pusat sembelihan halal yang disahkan merangkap pusat pemprosesan di Taman Perindustrian Ulu Choh, Pekan Nanas, Johor. Mereka mempunyai kapasiti pengeluaran 6,000 ekor ayam setiap jam. Kami mempunyai kepakaran menternak ayam kampung secara tradisional dan organik yang mengambil masa lebih lama iaitu lebih dari 70 hari bagi ayam mencapai ukuran optimumnya, tanpa pemberian antibiotik dan hormon pertumbuhan. Meraka juga percaya proses tumbesaran dan pemakanan lebih baik serta pergerakan yang aktif akan membuatkan ayam kampung lebih berkualiti dan enak. Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran ayam kampung organik jenama Aqina dan penyampaian sijil MyOrganic serta MyGAP di Kuala Lumpur (Sila lihat foto disebelah). Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK) Yasser Arafat Zainal Rashid. Didakwa dimana ayam kampung organik mengambil dua kali ganda masa untuk mencapai berat pasaran iaitu kira-kira 81 hari kerana mereka tidak menukar makanan menjadi otot dengan begitu cepat jika dibandingkan dengan ayam komersial biasa. Ayam kampung organik ini adalah unik dan mewakili kualiti yang paling tinggi bagi ternakan di dalam pasaran organik apabila makanan bagi ayam diformulasi khas menggunakan formula kami sendiri. Ia mengandungi enzim bromelain semula jadi hanya boleh didapati daripada nanas MD2 yang turut mengandungi vitamin C dan B1, kalium, mangan dan fitonutrien. Ayam ini bukan saja pilihan yang lebih sihat, tapi dagingnya juga lebih lembut untuk hidangan harian anda. Syarikat berharap untuk terus berkembang dan melabur dalam pemprosesan ternakan dan penghasilan termasuk penternakan ayam kampung. Selain itu, menjadi pembekal inovatif untuk menjadi pilihan daging yang lebih sihat kepada pengguna di seluruh negara. Ia termasuk eksport ke luar negara termasuk Singapura dan negara ASEAN lain melalui pemborong, peruncit serta juga rantaian makanan atau minuman. Pakar runding veterinar Aqina iaitu Dr Gulam Shah Faizal Din dakwa antara kepentingan enzim bromelain sebagai probiotik dalam diet ayam. Enzim ini membantu meningkatkan imuniti dan memudahkan pencernaan. Syarikat mampu membekalkan ayam kampung organik yang bebas daripada sisa antibiotik, hormon pertumbuhan dan mampu berdaya saing dengan ayam yang dipelihara secara konvensional. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
AYAM ORGANIK... SUDAH ADA...
DIKELUAR OLEH... SYKT AQINA...
ENZIM NANAS... ANTARA DIGUNA..
DAGING LEMBUT... BOLEH DICUBA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(25 Rejab 144H).

Friday, April 2, 2021

SAYUR GORENG CELUP TEPONG

SAYUR GORENG CELUP TEPONG merupakan salah satu makanan snek yang telah dan pernah dijadikan makanan agak popular dikawasan desa dari dulu di Malaysia. Bagaimana pun semasa remaja di kampong di Muar, Johor dahulu memang hidangan sayur daun goreng tepong hanya sering dapat semasa jamuan keramaian kenduri kendarat dan semasa Hari Raya sahaja. Penulis blog dapati makanan snek yang segar panas-panas ini sekarang ada dijual dipasar malam dan pasar tani tertentu dan masih mendapat sambutan baik dari pelanggan. Beberapa kedai runcit tertentu pula seperti outlet produk-produk Industri Asas Tani (IAT) ada menjual produk ini didalam bungkusan plastik jernih yang jelas dapat dilihat. Antara lokasi yang tidak pernah mengecewakan ada menjual produk ini seperti di Pekan Air Hitam, Batu Pahat, Johor (dekat dengan Tol Air Hitam) dimana ia sering ada dijual sepanjang masa. Membuat produk kerepik daun ini memang mudah dilakukan dengan menggunakan bahan mentah dan bahan masakan yang sangat simpel. Semua orang boleh membuatnya senddiri dirumah untuk dihidangkan kepada ahli keluarga atau tetamu yang datang berkunjung kerumah. Apa pun makanan snek ini enak dimakan selepas digoreng dan apabila sudah agak lama disimpan maka sudah kurang rangup lagi dan keenakan sebenar berkurangan. Kini banyak jenis sayuran yang boleh digoreng dengan salut tepung seperti daun bayam, daun mulberi, brokoli, daun kangkung, kacang buncis, kacang panjang, terung, cendawan (pelbagai jenis cendawan (tiram kelabu, busut, kukur, volvariella dsb), lobak merah dan beberapa lagi. Pelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis maka boleh mencuba beri kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepungPelbagai resipi masakan sayur yang mudah dan sedap sesuai dimasak setiap hari. Jika anda sering masak sayur tumis, cuba diberi kelainan dengan memasak sayur goreng tepung. Sayur goreng tepung sedap dimakan bersama hidangan ringkas nasi panas bercicahkan sambal belacan atau dijadikan sebagai kudapan ringan. Pelbagai jenis sayuran boleh dimasak bersalut tepung.  Artikel malam Jumaat ini dalam blog "Anim Agro Tecchnology" saya paparkan beberapa resepi menyediakan makanan sayur goreng salut tepung untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.

(1) GORENG BAYAM SALUT TEPONG
Daun Bayam (Amaranthus spp) merupakan satu jenis sayur daun yang paling popular dijadikan makanan snek seperti ini. Apa pun yang paling penting adalah mengunakan daun bayam yang segar, bersaiz agak besar, tidak banyak rosak (berlubang) dan dicuci bersih dahulu. Jika menanam sendiri daun bayam ini dirumah maka kita memang boleh mempastikan agar ia ditanam secara Organik mengikuti sistem MyOrganic. Bagi menyediakan snek ini diantara bahan-bahan diperlukan seperti Daun bayam (pastikan memilih daun yang tebal dan lebar), 200ml santan, 150 gm tepung beras serta minyak goreng secukupnya. Bagi bahan kisar sediakan sebanyak 3 butir buah keras (disangai), 1/2 ruas jari kunyit bakar, 4 ulas bawang putih, 1 sudu teh ketumbar (disangai), 1 inci lengkuas serta garam secukupnya. Cara memasak dengan mencampur dan satukan tepung dan serbuk halus, kacau sambil tambahkan santan hingga tercampur rata dan menjadi adunan lembut. Celupkan daun bayam ke dalam adunankemudian digoreng sehingga kedua sisinya berwarna perang dan pastikan sentiasa menjaga api agar tidak hangus. Apa bila sudah kelihatan garing maka diangkat dan ditoskan minyak dan snek ini sudah siap untuk dihidangkan. Jika hendak menyimpanya pula pastikan ia sudah sejuk dan tiada minyak lagi dimasukkan didalam bekas yang sebaiknya kedap udara dan disimpan ditempat sesuai.

(2) GORENG KANGKUNG SALUT TEPONG
Daun Kangkung (Impomea reptan Poir) merupakan yang mudah didapati dengan menanam sendiri dikeliling rumah (dalam pasu atau pot atau hidroponik sahaja) atau membelinya di pasaraya atau kedai runcit. Kangkung mudah ditanam dengan perlukan masa 4-5 minggu sahaja untuk dituai. Terdapat 7 jenis (varieti) kangkong yang lazim ditanam di Malaysia tetapi yang terbaik pilih jenis kangkung yang mempunyai daun lebar dan besar. Saya ada banyak menulis mengenai kangkung yang boleh anda buat pautan dalam bloh Anim Agro Technology. Bagi menyediakan snek kangkung salut tepung diperlukan bahan terdiri daripada 
Kangkung Segar, 6 sudu makan tepung gandum, 2 sudu makan tepung beras, 1 sudu teh perasa cendawan, 1 sudu teh serbuk lada sulah, Air sejuk secukupnya dan juga pastinya minyak masak untuk menggoreng secukupnya. Memang agak mudah menyediakan snek ini dimana hany perlu mencampurkan semua bahan bancuhan tepung dalam mangkuk. Kemudian dimasukkan air sejuk, sambil kacau perlahan-lahan hingga sebati (adunan tidak terlalu pekat atau cair). Seterusnya dipanaskan minyak dalam kuali (pastikan minyak banyak dan panas). Seterusnya dicelupkan potongan kangkung dalam adunan kemudian dimasukkan dalam kuali satu persatu dan di goreng hinggga garing. Kawal api dan jangkamasa menggoreng jangan sampai hangus pula. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan. Jika hendak disimpan dimasukkan kedalam bekas yang kedap udara.

(3) KACANG BUNCIS/PANJANG SALUT TEPUNG
Kacang Buncis (Phaseolus vilgaris) dan Kacang Panjang (Vigna unguiculata) juga merupakan dua jenis sayuran kekacang yang boleh dijadikan snek salut tepong. Apa pun kacang buncis lebih sesuai dan digemari ramai berbanding dengan kacang panjang kerana keenakan dan didakwa ia lebih manis dan enak. MAkanan ini sering ada dijual di kawasan pelancongan seperti di Pasar Malam, Cameroon Highland dan beberapa lokasi lain. Penulis cukup suka dengan hidangan ini yang menggunakan kacang buncis muda (yang masih rangup) dan ianya disalut dengan tepong berempah (Sila lihat foto disebelah). Bagaimana pun memang mudah membuatnya sendiri dirumah dengan menggunakan bahan seperti 
Kacang buncis/ Kacang Panjang segar, Tepung beras, Sedikit serbuk kunyit, Sedikit serbuk lada hitam, pelru secubit garam halus, air secukupnya dan minyak untuk menggoreng. Anda mudah menyediakan snek ini dengan cara menghiris kacang buncis atau kacang panjang kepada dua atau tiga bahagian. Kemudian dicampurkan dengan bahan iaitu tepung, garam, serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam. Seterusnya dituang air sehingga adunan pekat. Bagi memasaknya boleh dicelupkan kacang buncis atau kacang panjang ini ke dalam adunan dan goreng satu-persatu dilihat dengan teliiti sehingga kuning keemasan. elakkan memasak terlalu lama sehingga hangus dan kemudian diangkat serta ditoskan sebelum dihidangkan. Enak dimakan begitu sahaja atau bersama dengan nasi sebagai sejenis 'lauk' yang enak.


(4) BROKOLI GORENG SALUT TEPONG
Brokoli
(Brasicca oleracea) merupakan sejenis sayuran yang kebanyakannya diimport dari luar kerana kurang ditanam di Malaysia. Sayuran ini ada juga yang keliru dengan Flokoli atau pun Cauliflower. Apa pun sayuran ini sesuai dijadikan snek sayur celup tepung berempah dan boleh dijadikan hidangan berkhasiat (Sila lihat foto disebelah). Mudah sahaja membeli flokoli dipasaraya atau pasar basah atau pasar malam atau pasar tani diseluruh negara dengan harga yang berpatutan. Pilih brrokoli yang masih segar dan sesuai untuk digoreng. Bahan-bahan diperlukan jika ingin membuat snek ini sendiri terdiri dari 1 biji brokoli segar, 2 biji telur, tepung goreng berempah serbaguna secukupnya dn juga minyak untuk menggoreng secukupnya. Memang paling mudah memasaknya iaitu dengan merendam dulu brokoli dalam air garam (kalau tidak mungkin agak berbau) dan dibiarkan selama 10 minit. Cuci sebersihnya dan potong dadu. Panaskan air dalam periuk atau kuali dan setelah mendidih maka di celur seketika brokoli dan ia kemudian ditoskan. Seterusnya dipecahkan telur dalam mangkuk dan di kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali dan kemudian dicelupkan dadu brokoli dalam telur dan kemudian digaulkan dalam tepung goreng serbaguna (Sebagai tips jika ingin lebih tebal boleh ulang proses celup dan gaul sekali lagi).
roses seterusnya adalah menggoreng hingga warna kuning keperangan. Angkat dan toskan sbelum ianya dihidangkan panas-panas dengan sos pilihan anda sukai.

(5) TERUNG GORENG SALUT TEPONG
Terung (Solanum melongena) merupakan sejenis sayuran buah yang mudah ditanam atau di beli dari beberapa outlet. Jenis Terung Panjang (Brinjal) merupakan antara jenis terung yang paling lazim digoreng dan dimakan berbanding dengan terung bulat (eggplant) atau pun terung lain (Tentunya Terung Dayak kurang sesuai). Anda boleh membaca banyak artikel mengenai terung didalam blog Anim Agro Technology. Walau pun keenakan terung goreng salut tepung ini agak subjektif akan tetapi ia masih mempunyai potensi untuk dimajukan jika kena dengan rasa dan promosinya. Bagi membuat sendiri snek ini diperlukan tentunya Terung Panjang atau Terung Peparu (masih segar dan jangan terlalu tua - banyak biji), 1 biji telur, serbuk lada hitam, garam secukupnya serta minyak masak secukupnya. Bagi memasaknya perlu dihiris terung dengan menyerong setebal kurang dari 1 cm (jika terlalu tebal kurang enak) dan kemudian dipukul telur serta digaul bersama serbuk lada hitam dan garam. Ambil hirisan terung tadi dan disalut  bersama telur kemudian boleh digoreng sehinga keperangan. Sentiasa jaga api dan masa menggoreng agar tidak hangus. Seterusnya diangkat dari kuali dan ditoskan sebelum dihidangkan sebaiknya bersama sos cili. Jika hendak menyimpannya untuk jangkamasa pendek dimasukkan dalam bekas yang kedap udara. 
Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasllam!...
SAYUR SEGAR... DISALUT TEPONGNYA...
DIGORENG RANGUP... DAN DITOSKANNYA...
DIMAKAN TERUS... CICAH SOS ENAKNYA...
MAKANAN SNEK...IA BAIK POTENSINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Melaka,
Malaysia.
(20 Syaaban 1442H).

Thursday, April 1, 2021

KESAN EL-NINO

El Niño
dan La Niña merupakan fenomena fasa berlawanan putaran iklim semula jadi yang dikenali sebagai Getaran Selatan El-Nino (El Nino-Southern Oscillation - ENSO). Fenomena lautan-atmosfera ini merujuk kepada perubahan besar kepada suhu permukaan laut merintangi timur pasifik tropika. "El Nino" dalam bahasa Sepanyol bermakna "anak lelaki" manakala "La Nina" pula bermakna "anak perempuan". Dalam beberapa laporan saitifik dinyatakan dimana pada kebiasaannya, Lautan Pasifik sentiasa ditiup oleh angin timur iaitu hembusan angin timur ke barat yang meniup air laut hangat jauh dari lautan bahagian timur sekitar sebelah Peru dan Chile kemudian menuju ke barat lautan Pasifik iaitu ia mengarah pantai Australia dan kepulauan Filipina. Permukaan air ini diganti dengan air sejuk yang terjadi dari arus Antartic Humbolt Current yang sentiasa datang dari pantai benua Amerika Selatan. Ini menyebabkan suhu permukaan laut di bahagian tengah dan timur lautan Pasifik menjadi lebih sejuk dari bahagian barat. Bagaimanapun biasanya dalam tahun-tahun terjadinya El Nino maka angin timuran berkurangan.  Oleh itu, air hangat yang sepatutnya menuju ke arah barat sebaliknya berputar balik merintangi lautan Pasifik. Ini akan mengakibatkan memperlahankan kejadian Arus Humbolt yang sejuk yang menyebabkan timur Pasifik iaitu yang sepatutnya menjadi sejuk menjadi hangat sebaliknya. Semasa air laut hangat memanaskan udara di atasnya maka ia menaikkan daya pengapungan lapisan bawah atmosfera, yang mana menyebabkan pengolakan awan dan hujan lebat. Berbeza dengan El Nino biasanya La Nina merujuk kepada keadaan suhu yang lebih sejuk dari biasa merentangi Pasifik Tengah dan Timur iaitu lebih sejuk dari keadaan biasa apabila Arus Humbolt membawa air sejuk ke kawasan Pasifik ini. Semasa La Nina, angin timuran bertambah kuat dan kejadian putaran sejuk sepanjang pantai barat iaitu di benua Amerika Selatan selalunya akan meningkat. Sepanjang waktu ini, suhu air laut sepanjang Khatulistiwa boleh jatuh sebanyak 14 darjah Celsius. Semasa tahun-tahun La Nina apa yang berlaku adalah monsun meningkat di Asia Tenggara dan Australia - berlawanan dengan tahun-tahun El Nino. Sistem putaran keadaan panas (El Nino), biasa dan sejuk (La Nina) berlaku setiap tiga hingga empat tahun. El Nino adalah kejadian semulajadi. Ia berlaku apabila angin biasa bertiup dari kawasan Lautan Pasifik di benua Amerika Selatan menuju ke kawasan Australia dan benua-benua lain. 
Fenomena El-Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mmengenai perkara kesan El-Nino yang sering diperkatakan di Malaysia dan seluruh dunia untuk bahan rujukkan anda semua.

Penduduk dunia pernah mendengar dari media bagaimana fenomena E
l Nino dan bukan lagi asing bagi masyarakat Malaysia dan banyak negara  namun apa yang kurang diketahui mungkin maksud di sebaliknya dan kesan kejadiannya kepada negara. El Nino berasal daripada perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud 'anak lelaki' dan istilah berkenaan digunakan buat pertama kali oleh nelayan di Peru sekitar tahun 1800.  Secara mudahnya dimana fenomena El Nino membabitkan perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. Ketika ia berlaku, suhu permukaan laut meningkat di bahagian timur Lautan Pasifik iaitu di perairan Columbia, Ecuador dan Peru disebabkan kemasukan arus panas dari bahagian tengah dan barat Lautan Pasifik. Negara kita Malaysia juga menerima kesan seperti mengalami musim kemarau yang sederhana sehingga serius. Menurut seorang  Pensyarah Kanan Geokimia Marin dan Kajian Paleoiklim Universiti Malaysia Terengganu dikenali Dr Hasrizal Shaari dimana dinyatakan keadaan itu akan menyebabkan tiada perbezaan suhu air laut ketara antara timur dan barat garisan Khatulistiwa di Lautan Pasifik. Fenomena ini jelas dilihat antara Disember hingga Februari iaitu ketika musim sejuk di Hemisfera Utara. El Nino akan membawa jumlah hujan yang sangat tinggi di kawasan tertentu di benua Amerika, Asia Timur dan Asia Selatan dengan lazimnya akan menyebabkan banjir. Kawasan seperti selatan benua Afrika, utara Australia, Indonesia dan Malaysia akan mengalami kemarau disebabkan cuaca panas dan kering yang melampau. Pakar Ramalan Cuaca Pentadbiran Atmosfera dan Lautan Nasional Amerika Syarikat (USA) iaitu Mike Halpert nyatakan El Nino bulan Ogos 2015 adalah diantara yang terburuk dalam sejarah jika dibandingkan pada tahun 1950-an.

Dalam laporan dinyatakan dimana El Nino telah mel
anda Malaysia 12 kali dimana ia berikutan penemuan tiga bulan suhu permukaan purata lautan di bahagian penting Khatulistiwa Pasifik. Ia berpotensi mencapai atau malah melebihi dua darjah Celcius melebihi paras normal yang direkodkan tiga kali sejak 65 tahun lalu. Suhu sedemikian sebelum ini dialami pada musim antara 1972-1973, 1982-1983 dan 1997-1998. Dalam pada itu mengikut rekod, El Nino pernah melanda Malaysia sebanyak 12 kali iaitu sejak 1951-1952 dan kejadian paling teruk ialah pada 1997-1998 dengan suhu tertinggi 40.1 darjah Celsius direkodkan di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998. Antara sektor ekonomi yang terkesan dalam El Nino pastinya sektor Pertanian, Kesihatan, Alam Sekitar, Bekalan Air Domestik, Jerebu dan banyak lagi. Bagi sektor Kesihatan El Nino menyebabkan keadaan cuaca yang lebih panas ketika El Nino menyebabkan vektor nyamuk dapat hidup dan matang dengan lebih cepat serta memendekkan tempoh pengeraman virus. Akibatnya masaalah selain denggi dan beberapa masaalah kesihatan lain seperti penyakit taun, untut dan malaria boleh merebak disebabkan peningkatan suhu. Keadaan jerebu yang terjadi menyebabkan pencemaran udara boleh mengundang penyakit berkaitan pernafasan seperti asma, radang paru-paru, sakit tekak, sakit mata, batuk dan sering meningkat kejadian selesema. Ketika jerebu teruk melanda di rantau ini pada 1997-1998, dilaporkan hampir 20 juta orang mengalami pernafasan teruk.

Kesan paling dirasai adalah apabila El Nino ini telah menyebabkan berlakunya P
encemaran Udara. Di Malaysia ketika El Nino melanda pada 1997-1998 maka cuaca panas dan kering yang melampau menyebabkan hampir 10 juta hektar hutan yang terjadi di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia telah pun terbakar. Kesannya dimana puluhan ribu rakyat negara itu terpaksa menerima rawatan dan beratus kematian dilaporkan dimana dipercayai berpunca daripada kemerosotan kualiti udara. Akibat jerebu yang berlaku pada 1997-1998 di negara ini turut dianggap terburuk dalam sejarah negara hingga perkara ini menyebabkan hampir seluruh negara seolah-olah diselubungi asap dan mencapai tahap darurat dibeberapa lokasi. Penulis blog kali pertama mengalami darurat kesihatan semasa bertugas di Kuching, Sarawak pada tahun 1997 akibat kebakaran hutan di Kalimantan sehingga mencapai IPU amat tinggi hampir 1,000 mata. Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di sesetengah kawasan turut mencapai paras sangat berbahaya sehingga Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah pun terpaksa mengisytiharkan darurat. Dalam tempoh Ogos hingga Oktober 1997 dilaporkan kes jerebu menyebabkan jumlah kerugian bernilai RM802 juta kepada Malaysia.

Kesan El Nino memang telah menimbulkan k
risis bekalan air untuk domestik dan juga sektor industri dan pertanian. Musim kering yang berpanjangan dan suhu tinggi ini telah menyebabkan berlaku penyusutan air ketara di kawasan tadahan air seperti pada empangan, tasik dan kolam disebabkan kadar sejatan yang tinggi dan tiada hujan. Pengalaman ketika El Nino melanda pada 1997-1998 cukup memeritkan, terutama bagi penduduk di Lembah Klang apabila kira-kira 1.8 juta orang terpaksa berdepan dengan catuan air selama enam bulan. Sebelum itu berlaku kes dimana Empangan Durian Tunggal di Melaka telah kering menjadikan gangguan bekalan air di sebahagian besar bandar Melaka terjejas teruk. Kes kekurangan air di Melaka dan beberapa negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Selangor telah dilaporkan sering berlaku. Perlis pernah mencatitkan masaalah kekurangan air domestik agak lama sebelum Empangan Timah Tasoh dibina. Dilaporkan iaitu pada 1998 dimana sebanyak 4.2 juta pengguna di Lembah Klang terpaksa berkongsi 2,553 juta liter sehari tetapi kali ini dimana lebih 7.1 juta pengguna berkongsi 4,367 juta liter sehari. Apa pun memang isu El Nino ini menyebabkan aktiviti Luar dan ekonomi negara terjejas.  Apabila El Nino melanda maka kegiatan harian manusia akan terjejas teruk dan secara tidak langsung memberi kesan kepada ekonomi. Ketika El Nino pada 1997-1998 beberapa negara di Asia Tenggara telah dilaporkan mengalami kerugian melebihi RM34 bilion. Memang dari segi pertanian kjadian kemarau menjejaskan pengeluaran padi, buah-buahan serta sayur-sayuran yang mana banyak bergantung kepada air. Penulis blog pun pernah terlibat membuat penilaian mengenai pengeluaran dalam industri kelapa sawit di rantau ini yang juga pengeluar terbesar di dunia boleh terjejas sehingga 15 peratus semasa berlaku El Nino berpanjangan. El Nino juga boleh menjejaskan ekosistem marin dengan memusnahkan plankton selaku makanan utama kepada hidupan laut, sekali gus menjejaskan industri perikanan dan sumber protein utama negara. Semuga artikel ini memberikan info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
EL NINO... SEPANYOL NAMA ASALNYA...
KESAN CUACA... KERING PANASNYA...
RAMAI SAKIT... PERTANIAN PUN KENA...
DAPATKAN INFO... UNTUK BERSEDIA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka Bersejarah,
Bandar Melaka,
Malaysia.
(17 Syaaban 1442H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...