Support My Blog

Sunday, April 12, 2020

INOVASI PENGGALAK BUAH NANGKA

TANAMAN NANGKA (Artocarpus heterophyllus) merupakan sejenis tanaman buah tropika yang kini telah dikomersilkan di Malaysia terutama di Negeri Pahang. Pokok nangka akan mula berbuah dan berbunga selapas 4 tahun ditanam dengan penjagaan yang baik serta amalan agronomi yang disyorkan. Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia membuatkan penanaman nangka sebagai salah satu jenis komoditi yang digalakkan untuk dikomersilkan. Kini dilaporkan tanaman nangka merupakan sejenis tanaman yang telah diberikan perhatian oleh kerajaan di Malaysia sebagai salah satu daripada 7 jenis buah bernilai ekonomi yang kini meluas penanamannya. Pada tahun 2018 terdapat seluas 5,097 hektar tanaman nangka dengan jumlah pengeluarannya sebanyak 30,150 metrik tan di laporkan di Malaysia (Sumber: Booklet Statistik, Jabatan Pertanian Malaysia Tahun 2018). Negeri Pahang merupakan antara yang paling luas menanam nangka terutama varieti Tekam Yellow (J33) dikawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dikelolakan oleh Jabatan Pertanian dengan seluas 2,146 hektar dan menghasilkan sebanyak 9,218 metrik tan pada tahun 2018. Di TKPM Lanchang sahaja terdapat seluas 1,900 hektar tanaman nangka yang telah berbuah yang merupakan kawasan tanaman nangka paling luas di Malaysia pada satu lokasi. Kawasan lain negeri yang luas menanam nangka adalah di Johor seluas 848 hektar dan Negeri Sembilan seluas 616 hektar. Kebanyakan nangka yang ditanam adalah varieti Tekam Yellow sementara varieti lain yang ditanam seperti Nangka Mantin, Nangka Mastura, Nangka Kristal, J29, J30, J31 dan beberapa lagi. Nangka ini kebanyakanya adalah untuk pasaran segar walau pun sebahagian lagi diproses menjadi kerepek nangka, jus nangka dan yang terkini adlah aiskrim nangka. Artikel petang Jumaat ini sempena Perintah Larangan Pergerakan Kerajaan bagi menangani Covid-19 saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu inovasi penggalak buah inovasi pekebun nangka sebagai bahan rujukkan pembaca semua.

Didalam akhbar tempatan dilaporkan dimana seorang usahawan berjaya mencipta penggalak buah nangka untuk dijadikan panduan petani lain di Malaysia. Petani dari Pekan, Pahang ini berjaya menjadikan penggalak buah hasil inovasi yang dicipta oleh seorang pekebun nangka terbukti berkesan apabila pokok yang disembur dengan cecair berkenaan mampu mengeluarkan hasil lebih tiga kali ganda daripada biasa. Beliau dakwa dengan penggunaan produk berkenaan mampu menambahkan pendapatan pekebun terutama bagi mereka yang bergantung sepenuhnya pada hasil pelbagai jenis tanaman seperti nangka, durian, cempedak, duku, dokong, limau, kelapa sawit dan langsat. Petani tersebut dikenali dengan mama Mohd Derus Abdul Latif berumur 58 tahun dan berpengalaman bertugas sebagai penolong pegawai pertanian selama 32 tahun menjadikan kelebihan kepadanya menghasilkan produk yang pertama di negara ini. Dakwanya beliau mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan sendiri sebelum berjaya menghasilkan produk penggalak buah yang amat sesuai digunakan oleh pekebun bertujuan bagi menambahkan hasil pengeluaran tanaman mereka. Beliau yang sebelum ini berjaya menghasilkan tiga jenis baja kimia untuk tanaman sawit, padi dan sayuran berkata, penggalak buah yang dihasilkan sesuai digunakan pada pokok yang mengeluarkan buah pada bahagian batang dan dahan.

Beliau menjelaskan bagaimana cara menggunakan penggalak buah yang dia hasilkan iaitu memang mudah sahaja caranya dimana pekebun hanya perlu menyembur produk terbabit iaitu pada bahagian batang dan dahan sekali seminggu selama tiga minggu berturut-turut. Dakwanya kandungan utama produk berkenaan ialah sejenis bakteria yang berperanan dapat merangsang pokok mengeluarkan buah secara serentak dengan jumlah yang banyak tanpa memberi kesan sampingan pada tanaman dan buah. Dakwanya lagi dimana terdapat beberapa bukti telah kejayaan penggunaan penggalak buah yang dihasilkan dapat dilihat pada projek tanaman nangka seluas lapan hektar yang diusahakan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana, Bandar Muadzam, Rompin Pahang disini. Beliau dakwa pengeluaran nangka madu jenis Tekam Yellow (J33) akan bertambah tiga kali ganda berbanding dengan pokokk buah sebelum ini. Dakwanya buah nangka akan keluar pada bahagian batang dan dahan antara 50 hingga 100 biji selepas disembur dengan produk penggalak buah yang berkenaan. Produk penggalak buah dihasilkan dalam bentuk serbuk dan mengandungi beberapa jenis bahan kimia, untuk menggunakannya pekebun hanya perlu membancuh dengan air mengikut sukatan ditetapkan dan membuat semburan pada pokok. Produk berkenaan juga boleh dicampur dengan racun serangga dan kulat untuk membasmi perosak, pekebun pasti berpuas hati apabila sekali mencubanya. Selepas menggunakan penggalak buah pekebun tetap perlu melakukan aktiviti membaja dan membersih kawasan seperti biasa mengikut jadual,” katanya yang turut mengusahakan tanaman jambu, serai, padi dan betik. Dakwanya lagi selepas menggunakan produk penggalak buah dia kini mampu memasarkan nangka ke Singapura sebanyak 12 tan sebulan selain lebih tujuh tan untuk pasaran tempatan.

Kawasan TKPM Kota Perdana juga telah dilapor dalam akhbat tempatan merupakan kawasan sering diserang dengan gajah liar. Dilaporkan dimana lima pekebun di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Kota Perdana, dekat sini, kerugian kira-kira RM1 juta dalam tempoh empat tahun selepas tanaman diusahakan mereka musnah angkara gajah. Serangan terbaru haiwan liar yang menghuni Hutan Simpan Ibam, Rompin itu berlaku malam kelmarin yang memusnahkan lebih 300 tanaman nangka, kelapa, betik dan pisang. Menurut Mohd Derus Abdul Latif berumur 57 tahun dimana dakwa serangan terbaru kumpulan gajah berlaku selama dua malam menyebabkan banyak kerosakan pada tanaman yang sedang mengeluarkan hasil dan kerugian dianggarkan lebih RM48,000 (Sila lihat foto disebelah). Kini tumpuan utama haiwan terbabit ialah pokok pisang dan kelapa namun ia turut merosakkan tanaman lain ketika ia melalui kebun selain menjejaskan pagar zink serta saluran paip. Serangan gajah kali ini membabitkan empat lot projek TKPM Kota Perdana yang terkenal dengan tanaman nangka madu jenis J33 yang kini mengeluarkan hasil secara berperingkat sejak Oktober lalu hingga awal tahun depan. Petani disini terpaksa mengupah pekerja untuk melakukan rondaan selain membuat unggun api bagi mengelak kumpulan haiwan terbabit terus menceroboh dan telah ia memusnahkan tanaman. Serangan terbaharu itu dimana pun menyebabkan lima pekebun di TKPM Kota Perdana menanggung kerugian kira-kira RM1 juta sejak ia kali pertama muncul serta merosakkan tanaman pada 2014. Walau pun parit sempadan yang tertimbus memudahkan lagi kumpulan gajah berada di Hutan Simpan Ibam menceroboh TKPM Kota Perdana iaitu terutama kawasan tanaman berhampiran hutan. Mereka merayu kepada Jabatan Pertanian Pahang supaya dapat menggali semula parit bagi menghalang haiwan terbabit terus menceroboh. Pihak PERHILITAN juga perlu memberi perhatian serius. Kini cara pengawalan secara rondaan pada waktu malam, terutama sepanjang kawasan sempadan Hutan Simpan Ibam dengan TKPM dilakukan secara berterusan dengan kerjasama pekebun. Pekebun dicadangkan menggunakan unggun api dan lampu diod pemancar cahaya (LED), selain pagar elektrik bagi menghalang gajah terus menceroboh kawasan TKPM, Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
TANAM NANGKA...J33 VARIETINYA...
LAMBAT BERBUAH... CARA BIASA...
PENGGALAK BUAH... SUDAH ADA...
BOLEH DICUBA... KELUAR BUAHNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H).
DUDUKRUMAH!... STAY AWAY FROM COVID-19... 

Saturday, April 11, 2020

KELADI TELUR - APA DIA

KELADI TELUR (Colocasia esculentum) merupakan sejenis keladi yang juga dipanggil dengan 'Keladi Sarawak'. Keladi ini dipanggil sebagai 'Keladi Telur' kerana bentuknya agak bulat bujur seperti telur yang melekat pada bahagian bawah umbisi (Sila lihat foto diatas). Jenis keladi ini memang paling unik dikalangan jenis ubi keladi yang boleh dimakan (edible yam) di negara kita. Keladi daripada keluarga Eupbobiaceae ini bagaimana pun mungkin ramai dikalangan generasi muda yang kurang mengenalinya kerana ia semakin kurang ditanam atau pun dijual. Di Malaysia terdapat banyak jenis keladi yang ditanam untuk dijadikan bahan makanan yang kaya dengan nutrisi seperti karbohiderat dan bahan mineral yang lain. Antara jenis keladi yang popular ditanam di negara kita termasuk Keladi Cina, Keladi Mawar, Keladi Minyak, Keladi Pinang, Keladi Aiskerim dan beberapa lagi. Selain isi buah umbisi keladi yang dijadikan makanan lazimnya daun keladi juga ada yang digunakan sebagai sayuran (dibalur dan buat buntil), sulur keladi dan batang (pelepah) keladi yang juga enak dimasak sebagai sayuran. Penulis blog berpeluang melihat pokok keladi telur ini dikampong di Muar Johor dahulu kerana ia ditanam dikawasan keliling rumah dikawasan tanah gambut. Kawasan tanah gambut yang telah dibakar selalunya subur dan amat sesuai untuk ditanam dengan jenis keladi telur ini. Bagaimana pun sekarang ini agak sukar untuk membeli keladi telur ini kerana semakin kurang yang menanamnya dan menjualnya. Kunjungan penulis blog ke Pekan Air Hitam, atu Pahat sesekali ada menjumpai keladi telur ini masih dijual sebagai makanan yang eksotik. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology'' sempena arahan larangan berada dirumah akibat wabak Covid 19 saya menulis mengenai keladi telur sebagai bahan rujukkan anda semua.


Kawasan sesuai untuk penanaman keladi telur adalah dari jenis tanah subur khususnya dari jenis tanah gambut. Penulis blog dahulu ada berkesempatan untuk membuat tinjauan ke kebun tanaman keladi di Batu 15, Air Hitam, Muar yang luas menanam keladi minyak dan ada juga petani yang menanam keladi telur ini (Sila lihat foto disebelah). Anak benih keladi telur boleh didapati dengan menggunakan umbisi itu sendiri, anak sulur pokok yang dipotong menngikut ukuran sekitar 25-30 cm. Kawasan kebun dibersihkan dan lubang ditugal dan masukkan anak benih dan seterusnya dipadatkan. Pokok keladi ini mempunyai batang dan daun bersaiz besar dengan warna hijau perak. Penting dijalankan kawalan rumpai dari peringkat awal penanaman dan diberikan baja NPK15:15:15 diperingkat vegetatif diikuti dengan baja NPK12:12:17:2 apabila dersedia untuk hasilkan umbisi. Keladi telur mengambil masa lebih 12 bulan untuk ia berbuah dan sedia untuk dituai.  Keladi Telur atau Keladi Ssarawak memang berbeza dengan jenis keladi yag lain kerana hasilnya bukanlah dari umbisi induknya tetapi daripada umbisi-umbisi kecil yang keluar dari umbisi pokok induk. Umbisi-umbisi ini perlu dituai apabila pokok induknya matang. Sekiranya lambat dituai ia akan menghasilkan anak pokok dan sesuai untuk dijadikan benih pula.


Daripada tinjauan didapati pokok keladi telur ini memang berlainan dengan keladi minyak dan keladi yang lain. Jangan terkejut dimana batang keladi telur ini memang tidak boleh dijadikan sayuran seperti keladi-keladi lain kerana ia mempunyai banyak getah yang menyebabkan rasa gatal. Pokok keladi ini jika dipotong pun memang ada keluarkan banyak cecair atau getah yang boleh menyebabkan gatal-gatal kepada mereka yang allergik. Dalam pada itu lazimnya bahagian umbisi induknya (Sila lihat foto paling atas) juga tidak dimakan tetapi akan dijadikan bahan penanaman baru apabila hasilnya dituai. Penelitian juga mendapati sepokok keladi telur ini boleh hidup dengan subur subur dimana ia boleh menghasilkan banyak umbisi keladi sehingga 10 biji - 15 biji atau lebih. Umbisi-umbisi ini boleh dijadikan makanan dengan direbus atau juga boleh dijadikan sayuran seperti masak lemak. Pada saya lebih suka kalau keladi telur ini diproses atau dijadikan kerepek atau beberapa jenis kuih tradisional seperti kuih talam. Biasanya umbisi keladi telur ini atau sarawak hanya direbus dan dimakan panas-panas bersama kelapa parut dan gula merah. Ia juga boleh sesuai untuk digoreng dan dibuat getuk keladi.

Bagaimana pula jika anda menanam dan hendak menjualnya?. Dalam beberapa tinjauan di Air Hitam dan pasar malam di Bukit Baru, melaka keladi telur ini ada dijual dengan harga sekitar RM5.00 sekilogram (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada saiz umbisi lazimya satu kilogram sekitar 6-8 biji sahaja. Buah yang segar boleh bertahan selama 2-3 minggu sebelum ianya menjadi kurang enak jika direbus akibat terlalu lama disimpan. Bagaimana pun jika disimpan didalam peti ais ia lebih tahan lama. Sesuai direbus dengan membasuhnya dan dibubuh sedikit garam sehingga empuk. Bagaimana antara resepi yang paling ummph adalah pengat Keladi Telur dengan anda boleh gunakan bahan iaitu 7 - 8 ketul keladi telur, 2.5 cawan santan sederhana pekat, 4 sudu besar gula merah (kalau hendak lebih manis ditambah lagi), secubit garam dan juga 2 helai daun pandan. Cara menyediakan dengan keladi telur yang siap dikupas dicuci bersih kemudian ia dipotong dengan saiz sederhana tebal. Keladi perlu direbus dan seterusnya ia ditoskan. Kemudian dimasukkan santan, keladi, garam dan juga daun pandan dalam periuk. Seterusnya dididihkan sambil dikacau supaya tidak membuak. Kemudian boleh ditambahkan gula merah dan ia dimasak hingga gula merah hancur. Bila keladi dah empuk maka diujirasa akan kemanisannya dan bila empu keladi boleh dipadamkan api. Keladi Telur sangat cepat empuknya berbanding keladi biasa atau keledek dimana ia tidak perlu masak lama. Sewsuai dimakan diwaktu petang hari atau bila-bila masa teringin makan pengat keladi telur. Semuga anda mendapat info yang berguna membaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
KELADI TELUR ... KELADI SARAWAK SAMA....
BUAHNYA BANYAK... KELILING PERDUNYA...
ENAK DIREBUS... KEREPEK, PENGAT JUA...
BACA ARTIKEL... TERINGIN MEMBELINYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(26 Rejab 1441H).

Friday, April 10, 2020

CENDAWAN KUKUR - DIKOMERSILKAN

CENDAWAN KUKUR (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan yang selalu tumbuh pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan daripada kumpulan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang Tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Memang seronok mengutip cendawan ini dengan tangan dan mengumpulkannya dalam bekas sebelum dimasak segar. Cendawan Kukur ini tumbuh dibanyak jenis batang kayu yang dalam proses pereputan. Cendawan ini berbentuk kulit kerang dimana ia mempunyai pangkal (batang) yang melekat pada batang kayu dengan kuat. Warna cendawan kukur adalah kelabu coklat keputihan bergantung kepada jenis kayu dan keadaan habitat kelilingnya. Saiz cendawan kukur diantara 1 - 4 cm dan tumbuh beberapa hari sebelum ianya akan menjadi kering dan mati jika dibiarkan diatas batang kayu. Cendawan kukur mempunyai aroma yang khusus dan enak kepada mereka yang suka akan baunya. Banyak laporan ada menyatakan cendawan ini mempunyai banyak khasiat termasuk bahan 'Schizophyllan' iaitu bahan Anti-tumor dan anti kanser. Bahan ini juga meningkatkan tahap immune badan serta anti radangan, anti-bakteria, anti-parasit dan membantu dalam melindungi hati. Artikel subuh Ahad ini sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19 saya menulis dalam 'Anim Agro Technology' mengenai teknologi dan informasi cendawan kukur untuk dijadikan bahan bacaan.

Dalam akhbar HM dengan artikel bertajuk 'Cendawan sisir tumbuh sepanjang masa' Cendawan kukur atau dikenali cendawan sisir lazimnya hanya ditemui pada batang pokok kayu mati atau hidup. bagaimana pun secara amnya, cendawan kukur tumbuh meliar dan mula hidup selepas hujan. Tidak hairan, cendawan berkenaan hanya boleh ditemui mengikut musim tertentu hingga ada ketikanya ia sangat sukar untuk diperolehi.  Bagaimanapun hasil penyelidikan yang dijalankan Institut Sains Biologi (ISB) Universiti Malaya (UM), cendawan kukur kini boleh didapati sepanjang masa dan tidak lagi perlu bersusah payah mencarinya. Ketua Projek Produk dan Cendawan Inovasi UM, Prof Dr Noorlidah Abdullah berkata, pihaknya menjalankan kajian dan penyelidikan bermula dari 2011 selepas mendapati cendawan berkenaan sukar diperoleh kerana ia tumbuh mengikut keadaan cuaca selain bergantung kepada spora cendawan. Cendawan berkenaan banyak terdapat di Mexico, India dan Nigeria selain negara di Asia Tenggara. Namun di kebanyakan negara, ia tidak popular sebagai makanan seperti di Malaysia. Penyelidikan bertujuan membolehkan cendawan berkenaan boleh didapati setiap masa. Kami menjalankan pembiakan baka pada 2014 bagi membolehkan cendawan kukur ini diusahakan secara komersial. Ini sekali gus memberi peluang kepada mereka yang berminat mengusahakan perniagaan cendawan kukur apatah lagi harga pasaran mencecah RM50 sekilogram,” katanya yang ditemui di Pusat Penyelidikan Bioteknologi Glami Lemi, UM, Jelebu, Negeri Sembilan.

Dakwa Dr Noorlidah dimana pihaknya serius menjalankan penyelidikan kepada cendawan atau nama saintifiknya Schizophyllum commune berikutan iaitu sentiasa mendapat permintaan. Beliau dakwa lagi cendawan kukur yang boleh diusahakan sendiri ini mampu mengelak risiko keracunan jika ia dikutip tanpa diketahui keadaan persekitaran ketika itu (Sila lihat foto disebelah). Dari hasil penyelidikan dijalankan, cendawan kukur mempunyai khasiat nutrisi dan perubatan yang tinggi berbanding cendawan lain antaranya cendawan butang, enoki dan tiram. Cendawan kukur dilaporkan mengandungi schizophyllan iaitu sejenis ramuan di dalam ubat antibarah khususnya barah serviks. Ia bertindak meningkatkan sel imun bagi membunuh sel barah, virus atau kuman yang menyerang badan. Ia juga mengandungi sebatian antioksidan yang kuat seperti selenium, asid protocatechuic, ergotheionene dan sebatian fenolik yang diperlukan bagi menyingkir toksik dalam badan selain kaya dengan protein, karbohidrat, magnesium dan vitamin D. Pada masa ini terdapat 20 pengusaha cendawan yang mengusahakan projek ini dengan memperoleh bongkah daripada mereka. Biasanya habuk kayu dan dedak ayam antara ramuan utama yang digunakan. Setiap bongkah seberat 800 gram (g) perlu direbus sekurang-kurangnya tujuh jam sebelum disuntik dengan benih cendawan kukur. Berbanding bongkah bagi cendawan tiram yang boleh diguna hingga empat atau lima kali pengeluaran, bongkah cendawan kukur ini pula mampu membuat dua pusingan pengeluaran saja. Setiap bongkah mampu menghasilkan antara 80 hingga 120 gram cendawan kukur dengan pengeluaran hasil pertama kira-kira empat minggu selepas suntikan anak benih ke dalam bongkah.

Dalam artikel lain bertajuk ''Cendawan sisir 100% organik'' dilaporkan dimana cendawan kukur atau dipanggil kulat sisir (Schizophyllum commune) sememangnya tidak asing dalam kalangan penduduk negara ini yang dijadikan sebagai juadah enak. Ia tumbuh liar pada batang pokok kayu yang sedang menjalani proses pereputan selepas hujan. Di Malaysia biasanya cendawan sisir dari pokok kayu getah paling popular dikutip untuk dijadikan masakan enak. Di daerah Perak Tengah, Perak cendawan itu lebih dikenali dengan nama ‘cendawan syisyor’ yang dimasak rendang pedas selain lemak cili api. Bukan saja enak dijadikan masakan, malah ia antara tanaman yang mudah biar pun pengurusan tanamannya agak rumit.  Malahan tanaman itu mendapat sambutan menggalakkan hingga tidak dapat menampung permintaan pelanggan dan memberikan pulangan lumayan yang kini diusahakan secara komersial. Menyedari faktor itu seorang usahawan dikenali dengan nama Nor Arif Mat Nasid berumur 39 tahun dan isteri Norizan  telah menjadikan tanaman cendawan itu sebagai salah satu komponen utama perniagaannya selain cendawan tiram sejak Oktober tahun lalu (Sila lihat foto disebelah). Dia terbabit dalam tanaman cendawan sejak 2006 dengan cara menjadikan cendawan tiram sebagai produk utama. Sebelum ini dia berniaga di pasar dan jiran sebelah tapak gerai menjual cendawan sisir dan ramai yang suka malah semua jualannya habis cepat.

Sebenarnya idea menanam cendawan sisir mula timbul dan seterusnya berasam untuk memperluaskan tanaman. Usaha ini dijalankan di tapak projeknya di Kampung Parit 11, Titi Gantong di Bota (Sila lihat foto disebelah)Usaha itu mendorongnya menawarkan cendawan sisir yang lebih bersih tanpa ada kulit kayu yang melekat, 100 peratus organik dan bebas daripada sebarang racun.  Anak benih pula diambil dari seorang pengusaha di Negeri Sembilan dan pihak Universiti Putra Malaysia (UPM). Proses yang dijalankan untuk cendawan sisir sama dengan tanaman cendawan tiram cuma pengeluaran hasilnya saja yang berbeza. Cendawan tiram boleh mengeluarkan hasil hingga lapan kali, namun cendawan sisir hanya dua kali saja, malah pengurusan tanamannya juga agak rumit. Dua tanaman ini tidak boleh berada dalam satu ‘rumah bongkah’ yang sama. Ini kerana spora cendawan sisir kuat dan akan mematikan cendawan tiram. Sebelum ini pernah pembenihan dua cendawan dilakukan di tempat sama, biarpun dalam jarak masa seminggu dan sudah dibersihkan, namun cendawan tiram tidak hidup. Biasanya untuk bancuhan beg media juga biarpun menggunakan bahan asas yang sama namun nisbahnya berbeza dan nisbah bahan makanan cendawan sisir lebih daripada tiram. Sehingga kini dia sudah mempunyai 2,000 bongkah dimana setiap 1,000 bongkah mengeluarkan 15 kilogram (kg) untuk tuaian pertama sementara tuaian kedua 10kg.

Biasanya selepas sebulan diperam beg media akan ditoreh dan dalam masa seminggu sudah boleh dikutip hasilnya namun cendawan ini hanya mengeluarkan hasil sebanyak dua kali saja. Hasil kedua dikeluarkan selepas lebih kurang seminggu hasil pertama, namun ia agak kecil berbanding hasil keluaran pertama. Beliau bermula dengan 1,000 bongkah dan dia berhasrat mahu meluaskan usahanya itu dan bercadang untuk berpindah ke lokasi lain bagi tanaman cendawan sisir kerana ia mempunyai potensi yang tinggi selain pulangan lumayan. Hasil cariannya mendapati tanaman itu mempunyai pelbagai khasiat seperti dakwaan ia mengandungi ‘schizophyllan’ iaitu antibarah. Cendawan ini juga dapat meningkatkan tahap imun badan dan sebagai antibakteria dan parasit selain berupaya melindungi hati. Ketika ini pasaran mereka hanya di Perak Tengah dengan hasil itu dijual sendiri dan kini giat memperkenalkannya kerana segelintir orang ramai tidak tahu cendawan itu boleh ditanam secara komersial. Ketika mula-mula jual cendawan ini saya biarkan seketul-seketul kerana mahukan kelainan namun bentuknya yang unik itu menjadikan orang ramai takut untuk beli, malah ada menyangkakan ia adalah bunga atau ulat. Kemudian selepas dileraikan tidak sampai setengah jam habis semua cendawan yang dibawa dan biarpun ia bukan cendawan liar yang tumbuh pada batang pokok namun rasanya tetap sama. Beliau menjual cendawan sisir dengan harga RM50 untuk sekilogram manakala RM5 untuk 100 gram dalam satu pek. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 CENDAWAN KUKUR.... DILAPOR MEDIA...
MUDAH DI TANAM... KENA BERUSAHA...
RAMAU USAHAWAN...SUDAH BERJAYA...
BERKHASIAT...MAKANAN ISTIMEWA...

By,
M Anem,
Senior Agronomsit Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysi.
(12 Syaban 1441H).

Thursday, April 9, 2020

AIR NANAS PANAS - PANJANGKAN UMUR!

MINUM AIR NANAS PANAS atau air rebusan nanas amat baik mengikut petua daripada beberapa majalah tempatan dimana ada dakwaan apabila anda meminumnya ia boleh menyelamatkan nyawa anda seumur hidup!. Buah Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis buah yang dihasilkan daripada tanaman daripada pelbagai varieti dan indeks kematangan. Di Malaysia terdapat banyak varieti nanas yang ditanam dan didimpan sebagai koleksi. Antaranya adalah jenis nanas MD2 iaitu merupakan satu varieti nenas premium yang semakin popular ditanam untuk pasaran domestik dan juga eksport di Malaysia. Varieti nenas MD2 ini telah pun didaftarkan dengan National Plant Variety Listing di Jabatan Pertanian dengan nombor daftar AC9. Nenas MD2 telah didaftarkan dengan nama 'Varieti MD2' pada tahun 2013. Terdapat 10 varieti nenas lain yang telah berjaya didaftarkan sehingga kini iaitu Nenas Morris (AC1), Nenas Sarawak (AC2), Nenas Gandol (AC3), Nenas Maspine (AC4), Nenas Josapine (AC5), Nenas Yankee (AC6), Nenas Moris Gajah (AC7) dan Nenas N36 (AC8). Tiga varieti baru adalah AC10 (View of Sunset), AC11 (Madu Kaca) dan AC12 (Keningau Diamond). Nenas atau Nanas (Ananas comosus) merupakan sejenis tanaman buah-buahan tropika dikelaskan daripada keluarga Bromeliaceae. Daripada seluas 15,561 hektar tanaman nenas yang ditanam di Malaysia pada tahun 2016 dilaporkan seluas 1,743 hektar adalah terdiri daripada jenis nenas MD2. Anggaran pengeluaran nenas MD2 pad tahun 2016 adalah sebanyak 38,762 metrik tan yang bernilai sekitar RM116 juta (Sumber: Laporan Tahunan LPNM, Malaysia 2016). Jumlah pengeluaran nenas negara pada tahun 2016 pula adalah sebanyak 391,714 mt yang bernilai sekitar RM515.34 juta dan ini bermakna sumbangan nenas MD2 dalam jumlah pengeluaran nenas negara sekitar 10% pada waktu ini. Nanas MD2 mula dikaji proses biakbaka di Institut Penyelidikan Nenas di Hawai pada tahun 1960'an dengan kerjasama beberapa buah syarikat pengeluar utama nenas dunia seperti Del Monte, Maui Land and Pinepple Company selama beberapa tahun. Bagaimana pun hanya pada tahun 1981 nenas MD2 telah dihasilkan dan kemudian dikomersilkan kerana ia mempunyai ciri-ciri yang amat dikehendakki oleh pasaran antarabangsa. Nenas varieti MD2 atau dinamakan sebagai 'Millie Dilard' sempena nama isteri orang berkepentingan ini kekal ssehingga hari ini sebagai salah satu nenas premium untuk dikomersilkan. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" semasa duduk rumah (STAY HOME) akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempana wabak covid-19 saya menulis mengenai aktiviti minum air rebusan nanas panas untuk krsihatan dan bahan rujukkan anda.


Ada petua menytakan dimana air nanas yang panas boleh menyelamatkan nyawa anda seumur hidup. Bunyinya memang amat mengembirakan bila ramai yang telah membacanya. Apa pun memang ada petua dimana buah nanas yang merupakan sejenis tumbuhan tropika dengan buah yang boleh dimakan iaitu ia juga dikenali sebagai nanas. Tumbuhan ini paling penting dari segi ekonomi dalam keluarga Bromeliaceae terutama di Negeri Johor. Nanas boleh ditanam dari offset yang dihasilkan di bahagian atas buah, mungkin berbunga dalam lima hingga sepuluh bulan dan berbuah dalam enam bulan berikutnya. Nanas Moros, Josapine, N36 boleh dituai hasilnya selepas 12 bulan ditanam sementara nanas MD2 lingkungan 14 bulan dan nanas Sarawak serta Yankee dalam masa 18 - 20 bulan. Buah nanas dipetik mengikut indeks kematangan mengikut kehendak pasaran sama ada pasaran domestik, eksport atau untuk tujuan diproses. Sejak awal tahun 1960'an produk nanas dari Malaysia adalah didalam bentuk nanas kaleng (nanas didalam tin) tetapi kini nanas segar mulai mendapat untuk pasaran eksport dengan varieti baru seperti MD2. Ini kerana nanas MD2 merupakan nanas premium yang mempunyai jangkahayat simpanan lebih lama, manis dan diterima oleh masyarakat antaraangsa.


Khasiat buah nanas memang hebat dimana ia dilaporkan pada umumnya ia mampu meningkatkan tahap kesihatan kepada pemakannya. Kandungan bahan Bromelain menjadikan ia berguna untuk kesihatan. Selain makan nanas segar atau minum jus nanas atau produk berasaskan nanas terkini dilaporkan dimana terdapat banyak manafaat apabila anda minum Air Nanas Panas. Sehingga ada yang dakwa dimana dengan amalan minum air Nanas Panas boleh menyelamatkan kehidupan anda. Asas kepada petua dan dakwaan ini adalah dimana katanya nanas panas didakwa dapat membunuh sel kanser (Cancer cell). Cara-Cara untuk membuat Air Nenas Panas juga amat mudah dilakukan dirumah oleh semua irang asalkan mempunyai ilmu asas memasak, ada buah nanas dan alatan memasak. Sebaiknya ambil buah nanas yang berkualiti dan seterusnya perlu dipotong 2-3 kepingan nanas tipis dimana kemuidan boleh dimasukkan kedawal cawan (cangkir), Seterusnya tuangkan air panas daripada cerek atau COWAY Heater sehingga terendam semua potongan nanas. Kalau direbus diatas api adalah lebih baik jika ada kelengkapan. Air nanas ini kemudian diminum setiap hari dan dijadikan amalan gaya hidup. Bagaimana pun sebaiknya gunakan buah nanas yang berkualiti daripada varieti yang terpilih.


Dalam beberapa info rujukkan dilaporkan dimana air Nanas Panas membantu untuk melepaskan unsur anti-kanser dalam badan. Perkara ini merupakan kemajuan penyelidikan terbaru dalam perawatan masaalah kanser yang berkesan dan efektif dalam bidang perubatan. Perahan air nanas juga memberikan kesan untuk membunuh kuman penyebab pembengkakan bawah kulit (kista) dan juga masaalah tumor. Dilaporkan juga dimana minuman air Nanas Panas dapat membunuh semua kuman dan mengatasi masaalah  racun dari dalam tubuh badan akibat dari alahan atau alergi. Berdasarkan kepasa rawatan perubatan dengan ekstrak buah nanas didakwa mampu untuk menghancurkan sel-sel ganas kanser dimana ia tidak mempengaruhi sel-sel sehat. Dilaporkan asid amino dan polifenol nanas dalam jus nanas dapat mengatur tekanan darah tinggi, efektif mencegah penyumbatan pembuluh darah, menyesuaikan sistem pengedaran darah dan mengurangkan masaalah pembekuan darah. Pada penulis blog yang merujuk kepada lamanweb LPNM jelas dinyatakan dimana buah nanas  memang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu untuk menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Buah nanas juga mengandungi sejenis enzim yang sangat berguna di dalam sektor perubatan iaitu enzim Bromelin di mana ianya digunakan dalam meluas semasa pembedahan di dalam mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!..
BUAH NANAS... BANYAK DI MALAYSIA....
BANYAK VARIETI...PERLU PILIH SAHAJA...
BANYAK KHASIAT... AIR PANAS MUNUMNYA...
JAGA KESIHATAN... AMALKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Syaaban 1441H).
SEMALAT MENJABUT MALAM NISFU SYAABAN...

Wednesday, April 8, 2020

HEBATNYA BUAH DAN BIJI BETIK (Part 3)

BUAH DAN BIJI BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis buah yang popular dan komersil serta berkhasiat dimakan oleh manusia semenjah dahulu. Saya telah banyak menulis artikel mengenai betik didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Sebenarnya buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi dimana ia bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk ianya dihadamkan akan tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka. Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di Malaysia terdapat seluas 3,267 hektar tanaman betik dengan penghasilan sebanyak 88,840 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statostik Tanaman, Jabatan Pertaanian Malaysia 2018). Antara negeri yang luas menanam betik adalah Negeri Johor (1,498 hektar dengan hasil 48,277 metrik tan) diikuti dengan Negeri Pahang (522 hektar berhasil 13,468 metrik tan) dan Negeri Perak (277 hektar) pada tahun 2018. Berkemungkinan memang tidak ramai kalangan orangramai yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Artikel tengahari ini semasa patuhi Perintah Larangan Pergerakan (PKP) diirumah akibat Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya buah dan biji betik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Buah betik yang selalunya dimakan segar memang enak dan memberikan khasiat yang baik. Salah-satunya adalah dapat membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita. Penulis blog telah banyak membuat tinjauan kekebun tanaman betik diseluruh negara dimana mendapat ivarieti Betik Sekaki antara yang paling popular ditanam (Sila lihat foto disebelah). Betik Sekaki memberikan buah yang besar, isi yang manis, warna yang menarik dan hasil yang banyak untuk pasaran domestik dan eksport. Selain itu betik Eksotika dan Betik Subang juga ada ditanam dibeberapa lokasi untuk pasaran domestik. Berbalik kepada beberapa laporan kajian mengenai buah betik, didakwa dimana racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan. Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik uyang disediakan dan secara signifikan dapat menurunkan kadar Kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah). Bahan iini juga dapat meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan Alkaloid, Flavonoid, Tanin, Saponin anthraquinones dan Anthocyanosides. Didakwa biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.


Kehebatan bbuah betik ke 18 dimana ia mampu mencegah penyakit hempedu.  Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita. Khasiat ke 19 dimana buah betik mampu dalam mengurangkan keradanganBetik dilapor mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik iaitu termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.


Kehebatan betik yang ke 20 dimana ia didakwa mampu untuk membantu peredaran haid yang teratur. Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur. Seterusnya yang ke 21 adalah keupayaan biji betik didalam merawat sirosis hatiBiji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini. Kehebatan seterusnya adalah jus betik didakwa mampu untuk merawat penyakit tekak. Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain (Sila lihat foto disebelah). Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak. Akhir sekali ke 23 kehebatan betik dimana ia didakwa menjadi penawar masalah limpa.  Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.


Bagaimanakah hendak menyediakan jus biji betik yang enak dan kita suka meminumnya?. Berikut saya sertakan satu resepi (banyak lagi resepi yang ada) untuk dijadikan bahan bacaan anda.  Resepi Jus Biji Betik boleh disediakan dengan 2 cara penyediaan. Kaedah pertama dimana ambil buah bersama biji betik dan kemudian ia perlu dikisar bersama dengan sedikit air dan disajikan seperti kita membuat jus (Campurkan sekali isii betik dengan bijinya tidak dibuang). Ia memang enak diminum. Cara kedua pula adalah dengan mengeringkan biji betik dimana ia kemudian kisar menjadi serbuk. Sebaiknya di uci biji betik dulu dan kemudian ia dijemur 2 hingga 3 hari. Kemudian setelah kering maka ia boleh kisar atau tumbuk biji betik tersebut hingga jadi serbuk. Sebaiknya serbuk ditapis dahulu dengan penapis yang paling halus. Kemudian serbuk ini dibancuh dengan air panas sama seperti membancuh kopi. Biasanya boleh ambil satu sudu teh serbuk dan campur dengan satu gelas air hangat. Boleh dicampurkan dengan madu atau sedikit gula agar rasanya lebih nikmat. Jika ada yang agak sukar untuk minum dengan cara di atas penulis blog syorkan agar boleh dicampurkan serbuk biji betik tersebut dangan buah betik dan minum 1 hingga 2 gelas jus ini setiap hari. Kesannya ia dapat menurunkan berat badan dan paras kolesterol dalam darah. Artikel ini mempunyai dua bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana anda boleh membacanya. Semuga anda mendapat info berguna membaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BETIK... SENANG TANAMNYA...
BUAH BETIK... BANYAK KHASIANYA...
BIJI BETIK... AJAIB KEGUNAANNYA...
BUAH TEMPATAN... MAKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H)
STAY HOME...STAY AWAY FROM COVID-19!.....

Tuesday, April 7, 2020

HEBATNYA BUAH DAN BIJI BETIK (Part 2)

BUAH DAN BIJI BETIK (Carica papaya) merupakan sejenis buah yang popular dan komersil serta berkhasiat dimakan oleh manusia semenjah dahulu. Saya telah banyak menulis artikel mengenai betik didalam blog ini untuk dijadikan bahan rujukkan. Sebenarnya buah betik mempunyai kelebihan dari segi perubatan sejak zaman kuno lagi dimana ia bukan sahaja merupakan antara buah yang mudah untuk ianya dihadamkan akan tetapi ia juga membantu dalam proses pencernaan. Buah betik masak juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik yang baik bagi pembesaran kanak-kanak, untuk wanita hamil dan juga ibu yang menyusui bayi mereka. Agak teruja juga bila dapat tahu buah betik juga mempunyai banyak manfaatnya yang tersendri lebih-lebih lagi ia membantu dalam menurunkan berat badan. Buah betik adalah buah yang baik sekali untuk dimakan ketika kita sakit mahupun sihat. Selain dari sumber makanan yang murah dan senang didapati, buah betik juga mengandungi khasiat yang tinggi. Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Di Malaysia terdapat seluas 3,267 hektar tanaman betik dengan penghasilan sebanyak 88,840 metrik tan pada tahun 2018 (Sumber: Booklet Statostik Tanaman, Jabatan Pertaanian Malaysia 2018). Antara negeri yang luas menanam betik adalah Negeri Johor (1,498 hektar dengan hasil 48,277 metrik tan) diikuti dengan Negeri Pahang (522 hektar berhasil 13,468 metrik tan) dan Negeri Perak (277 hektar) pada tahun 2018. Berkemungkinan memang tidak ramai kalangan orangramai yang tahu bahawa biji betik yang biasa kita buang ternyata mempunyai pelbagai manfaat. Artikel tengahari ini semasa patuhi Perintah Larangan Pergerakan (PKP) diirumah akibat Covid-19 saya menulis lagi dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai hebatnya buah dan biji betik untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan semua.


Buah betik yang selalunya dimakan segar memang enak dan memberikan khasiat yang baik. Salah-satunya adalah dapat membantu menyingkirkan racun-racun yang terkumpul di dalam usus dan hati kita. Penulis blog telah banyak membuat tinjauan kekebun tanaman betik diseluruh negara dimana mendapat ivarieti Betik Sekaki antara yang paling popular ditanam (Sila lihat foto disebelah). Betik Sekaki memberikan buah yang besar, isi yang manis, warna yang menarik dan hasil yang banyak untuk pasaran domestik dan eksport. Selain itu betik Eksotika dan Betik Subang juga ada ditanam dibeberapa lokasi untuk pasaran domestik. Berbalik kepada beberapa laporan kajian mengenai buah betik, didakwa dimana racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang dari racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan. Ini teruji dalam kajian mengenai jus biji buah betik uyang disediakan dan secara signifikan dapat menurunkan kadar Kolesterol dan LDL (lipoprotein ketumpatan rendah). Bahan iini juga dapat meningkatkan kadar HDL. Ekstrak biji betik ini mempunyai kandungan Alkaloid, Flavonoid, Tanin, Saponin anthraquinones dan Anthocyanosides. Didakwa biji betik juga mengandungi zat anti-kolesterol yang hebat di samping mempunyai kesan hipolipidemia dan bermanfaat sebagai antioksidan dalam darah. Kesan hipolipidemia ini sangat berguna sebagai terapi alternatif hiperlipidemia yang hadir dalam lemak sayuran atau kolesterol dalam jumlah terlalu tinggi.


Kehebatan khasiat betik yang ke 8 adalah dimana ia didakwa mampu merawat Hemoroid (Buasir). DIlaporkan dimana buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C dan ini berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit. Amalkan memakan buah betik selalu dimana ia memudahkan semasa buan air besar. Kehebatan betik yang ke 8 dimana betik adah kaya dengan vitamin CBuah betik yang ranum kaya dengan vitamin C ini dilaporkan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu juga buah betik segar bannyak mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Seterusya ke 10 adalah betik juga Kaya dengan vitamin ABuah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Dalam masakan pula dilaporkan dimana daun betik mampu melembutkan daging. Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut. Seterusnya yang ke 12 kehebatannya aalah ia mampu untuk mengubati ketumbuhan dan hipertensi. Dilaporkan di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.


Seterusnya kehebatan betik dimana ia didakwa mampu membantu didalam mengurangkan berat badanKhasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda. Paling 'win' adalah apabila dilaporkan betik mampu untuk merawat demam denggi. Ini dengan menggunakan daun betik tua dimana ia dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini tidaklah diketahui dan perlukan lebih banyak kajian saintifik. Hebaynya yang ke 13 dimana biji betik didakwa mampu untuk menyingkirkan cacing kerawitBiji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung. Seterusnya ke 16 kehebatan betik dimana getah betik mampu melegakan sakit gigiGetah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas. Kehebatan ke 17 dimana daun betik dilaporkan mampu menghentikan pendarahan. Biasanya daun betik yang ditumbuk lumat kemudian ia  dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan. Artikel ini mempunyai dua bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dimana anda boleh membacanya. Semuga anda mendapat info berguna membaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
POKOK BETIK... SENANG TANAMNYA...
BUAH BETIK... BANYAK KHASIANYA...
BIJI BETIK... AJAIB KEGUNAANNYA...
BUAH TEMPATAN... MAKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 Syaaban 1441H).
STAY HOME!... GET RID OF COVID-19....

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...