Support My Blog

Thursday, March 12, 2020

TANAMAN MAKANAN DI ESTET - DASAR BARU

MALAYSIA merupakan sebuah negara di Asia Tenggara beriklim tropika yang kaya dengan pelbagai jenis tanaman dan ekosistem serta tanah yang subur. Dari segi sejarah, negara kita pernah dijajah oleh beberapa negara penjajah termasuk oleh British selama ratusan tahun yang mana mereka nengambil hasil bumi seperti perlombongan dan juga pembukaan ladang-ladang yang ditanam dengan tanaman getah (Hevea brazilliensis) dan kelapa sawit (Elaeis guineensis). Tanaman padi yang merupakan ke 3 terpenting dilakukan dibaberapa kawasan Jelapang Padi dan tanaman kelapa ditanam dikawasan pesisir pantai. Penjajah ini juga telah mengambil tanah-tanah subur dari kategori kelas 1 dan kelas 2 dibangunkan sebagai perladangan (estet) dibanyak negeri dengan tanaman getah untuk dieksport. Malaysia pernah mencatatkan sebagai pengeluar getah asli utama dunia selama berpuloh tahun sebelum kebanyakan estet ini ditukar kepada tanaman Kelapa Sawit. Ladang ini lazimnya dibangunkan denga keluasan sehingga beribu-ribu ekar dengan kemudahan jalanladang, pusat pengumpulan hasil, kilang sehingga terkini dijadikan kawasan perumahan pula. Pendek kata pembanggunan sektor pertanian khususnya untuk sistem perladangan di Malaysia merupakan satu modeliti yang amat berjaya dan praktikal sehingga pihak Malaysia mengambil alih daripada pemilik asalnya. Tanaman Industri seperti getah dan kelapa sawit sangat tersusun dengan kebanyakkan tanahnya adalah dari tanah subur kelas 1, Kelas 2 dan bercampur sedikit dengan kelas 4 dan 5. Ini bermakna jika tanah yang subur ini diudahakan dengan tanaman getah dan kelapa sawit dan pengurusan cekap maka ladang ini adalah produktif dan menguntungkan. Bagaimana pula dengan sektor pekebun kecil yang menghasilkan makanan kepada rakyat tempatan?. Ini merupakan aspek yang akan dibincangkan didalam artikel kali ini. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" dipaparkan pendapat penulis mengenai strategi baru didalam sektor agromakanan yang munglin melibatkan dasar dan perancangan tepat untuk masa akan datang.


Pekebun kecil yang mana mereka lazimnya tinggal dikawasan pesisir sungai atau tepi laut yang mana pada masa dahulu kaedah pengangkutan hanya tertumpu pada cara pengangkutan air. Kawasan pendalaman yang mempunyai tanah yang subur tidak ada jalan sehingga pihak perladangan membuka tanah tersebut dan ditanam dengan kelapa. getah dan beberapa jenis tanaman lain. Kebanyakan kawasan tanah tepi sungai ini merupakan tanag jenis alkuvial sungai yang sering berlaku kejadian banjir yang memusnahkan tanaman dikawasan sepanjang sungai. Apabila tiba musim monsoon atau musim banjir maka lazimnya tanah pertanian di kawasan tanaman makanan ini akan ditenggelami air dan memusnahkan tanaman. Kawasan tanaman makanan iang banjir inii menyebabkan petani akan mengalami kerugian yang teruk (Sila lihat foto disebelah). Kerosakkan akibat banjir atau kemarau ini berlaku dengan kerap yang mana ini boleh menyebabkan infrastruktur kebun dan ini menjadikan kos pengeluaran bahan makanan meningkat. Petani dan pekebun kecil walau pun sejak dahulu menerima banyak insentif dan bantuan daripada kerajaan didalam usaha pembangunan tanaman makanan akan tetapi peningkatan prodiktivi mereka masih ditahap sederhana dan rendah akibat dari pelbagai faktor. Bagaimana pun pengenalan konsep pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian sedikit sebanyak menyumbang kepada pengeluaran makanan negara. 

Dalam banyak perkara penulis blog setuju dimana Malaysia memang berjaya membangunkan sektor tanaman industri seperti kelapa sawit yang menjadi tanaman paling luas di Malaysia mencecah jutaan hektar. Kita akui kejayaan dalam industri kelapa sawit dan tanaman getah mencetus industri pembuatan bertaraf dunia yang berasaskan dua komoditi ini. Namun begitu penulis dapati sejarah pertanian kita mampu menampilkan beberapa simptom membimbangkan dimana pengeluaran getah negara terus merosot kepada hanya nombor lima (5) pengeluar getah asli terhebat dunia masa kini dibelakang Thailand, Indonesia, Vietnam dan China. Sejak mula dulu penanaman komoditi industri banyak bertumpu kepada kelapa sawit yang mana ia kini menggunakan 75 peratus daripada tanah pertanian pada 2016. Bagaimana pun harga komoditi sawit yang terus merudum sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga telah menyebabkan sumbangan daripada sektor ini terjejas apabila beberapa negara pengimport minyak sawit Malaysia beralih kepada negara jiran yang lebih kompetetif. Dalam masa sama sejak dahulu kuota atau syer pembangunan untuk tanaman makanan menurun daripada 30 peratus pada 1990 kepada hanya 10 peratus. Sebagai contoh kawasan tanaman kelapa (Cocos nucifera) menurun daripada 130,000 hektar pada 1990 kepada hanya 84,500 hektar sahaja pada 2019. Apa yang kita dapat lihat dimana tanaman industri menunjukkan tiga pola gelagat. Kelapa sawit (pertumbuhan eksponen), getah (kian mengecil) dan koko (menghampiri kepupusan). Cuma kelapa sawit dapat bertahan sedkit disebebkan kerana ia masih mencapai tahap siling seluas 6.5 juta hektar iaitu menjelang 2023. Penulis blog dapati keluasan tanaman di Malaysia didahului kelapa sawit, getah, padi dan kelapa akan terus berubah dalam masa akan datang.

Beberapa buah perladangan swasta telah berjaya menukar tanaman di sebahagian ladang sawit mereka kepada tanaman makanan seperti kelapa, nanas dan sebagainya. Ladang Nanas KPF (Kulim Pineapple Farm) di Ulu Tiram Johor kini telah berjaya meebang tanaman sawit mereka kepada tanaman nanas MD2 seluas hampir 1,000 ekar dengan mereka memasarkan nanas jenama MELITA keseluruh dunia. Kini syarikat tersebut membuka lagi kawasan ladang untuk tanaman nanas mD2 seperti di Tanah Abang, Mersing seluas 300 ekar dan beberapa lokasi lain. Sebuah syarikat disebaraikan di KLCI seperti Gopeng Berhad di Perak telah membuka seluas 250 ekar ladang sawit mereka dengan juga tanaman nanas MD2 dan mula menuai dojangka pada April 2020. Difahamkan dari LPNM Perak dimana Gopeng Berhad merancang menebang 1,000 ekar secara berperingkat ladang sawit mereka untuk penanaman nanas MD2 terutama untuk pasaran eksport ke China (Sila lihat foto paling atas). Tanah estet yang subur dengan infra ladang seperti jalan ladang, sistem perparitan, tenaga kerja dan pengurusan baik menjamin kejayaan pengeluaran nanas dari ladang ini dimasa akan datang. Sementera itu penulis blog melalui Sagil Estet di Sagil, Daerah Tangkan dimana mereka telah menebang hampir 100 ekar pokok sawit dan kinii ditanam dengan kelapa (Cocos nucifera). Difahamkan sebahagian besar ditanam dengan varieti Matag dan sebahagian lagi dengan varieti renek. Di tepi jalan utama Kebun Baru, Sagil pula hampit 200 ekar ladang sawit ditebang dan di tanam dengan Durian Musang King (D197) dengan pokok telah berumur 2-3 tahun. Apabila ditanya kepada Pejabat Pertanian didakwa pemilik syarikat ada meminta bantuan teknologi penanaman durian yang mana kelak hasilnya akan dieksport juga (Sila lihat foto disebelah). Durian Musang King mendapat harga yang amat baik masa kini dipasaran domestik dan eksport. Estet kelapa sawit yang ingun menukar tanaman mereka kini memang amat digalakkan kerana harga sawit dan getah yang lama pada paras rendah

Kerajaan melalui beberapa Kememterian seperti Kementerian Perladangan dan Komoditii Utama dan Kementerian Pertanian dan Makanan yang boleh mengadakan skim galakkan atau insentif kepada mana-mana estet kelapa sawit dan estet getah serta estet koko untuk menukar tanaman ini kepada tanaman makanan termasuk buah-buahan untuk pasaran domestik dan eksport. Bentuk insentif seperti bantuan one-off, perlepasan cukar, khidmat nasehat teknikal, insentif penukaran tanaman dan sebagainya. DIjangka jika ada insentif yang menarik maka akan ada pihak estet yang mahu mencebur didalam aktiviti penanaman makanan dengan lebih cekap, produktiviti tinggi dan lebih produktif. Pengurusan estet yang cekap didakwa mampu untuk mereka mengurukan penanaman, amalan agronomi sehingga kepada aspek pemasaran dan eksport. Kalau sekitar 5 - 10 % daripada kawasan sawit dan getah ditukar kepada tanaman makanan maka sumbangannya amat signifikan terhadap kebergantungan import makanan negara yang kini mencecah hampir RM52 billion. Keperluan makanan negara terus meningkat saban tahun dengan pertambahan penduduk dan peningkatan taraf hidup dan jika tidak ada langkah agressif untuk aktiviti pengeluaran makanan (khususnya buah-buahan, sayuran, tanaman gantian import) maka dikhiatiri jumlah bill import makanan akan terus meningkat. Lihat sahaja bekalan kelapa yang mana kita mengimport lebih daripada 180 juta biji setahun dari Indonesia yang dibimbangi jika mereka tidak mengeksport makan kilang memproses santan dalam negara akan ditutup kerana bekalan kelapa tidak mencukupi. Penanaman kelapa dan nanas di kawasan tanah estet yang subur merupakan salah satu kombinasi terbaik masa kini didalam industri pertanian di Malaysia. Semuga artikel ini memberi sedikit info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH ESTET SWASTA... SAWIT LUASNYA...
TANAHNYA SUBUR...TUKAR TANAMANNYA...
TANAMAN MAKANAN... PELBAGAI JENISNYA....
POLISI DAN DASAR... PERLU DISEDIA JUGA...
INSENTIF MENARIK.... MEREKA PUN SUKA....
HARAPAN SAYA... SEMUGA TERLAKSANA...

By,
M Anem,'
Senior Agronomist Expert,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(15 Rejab 1441H).

Wednesday, March 11, 2020

BUNGA LAVENDER - APA KISAHNYA

BUNGA LAVENDER atau LAVANDULA (Lavandula spp) merupakan sejenis tumbuhan yang banyak kegunaannya daripada keluarga Lamiaceae. Tumbuhan lavandula ini dilaporkan mempunyai sebanyak 39 spesis iaitu sejenis  tumbuhan berbunga dalam keluarga pudina. Ia adalah sejenis tumbuhan yang dipercayai berasal atau natif dari Cape Verde dan Kepulauan Canary di Eropah sebelum ianya berkembang ke utara dan timur Afrika, Mediterranean, Barat Daya Asia ke Tenggara India. Bagaimana pun dilihat dimana kebanyakan spesis pokok lavender ini diusahakan secara meluas di negara beriklim sederhana sebagai tumbuhan hiasan untuk kegunaan taman dan landskap. Ia juga ditanam bertujuan untuk digunakan sebagai herba masakan dan juga secara komersial untuk pengekstrakan minyak pati. Spesies yang ditanam secara meluas didunia adalah daripada jenis dikenali sebagai Lavandula angustifolia yang mana ia sering disebut sebagai bunga lavender sehinggakan ia diberikan nama khusus sebab warna dinamakan sempena bunga spesis ini. Dari segi botani penulis blog dapati tumbuhan ini adalah  termasuk tumbuhan saka herba tahunan atau kekal lama serta mempunyai bentuk pokok seperti saka renek, sub renek atau renek kecil. Biasanya ia mempunyai bentuk daun adalah pelbagai merentasi genus. Ia adalah mudah dikenali kepada sesetengah spesies biasa yang ditanam walau pun ada spesis lain ia mempunyai ciri pinat bergigi atau berpinat dan juga kadang-kadang berbilang pinat dan terbelah. Dalam kebanyakan spesis umumnya bahagian daun dilindungi dalam bulu halus atau indumentum yang biasanya diekatrak kerana ia memang mengandungi minyak pati. Bunga yang melekat dalam pusaran pada batang atau tangkai meninggi di atas daun dan tangkai bunga ini lazimnya juga akan menjadi bercabang dalam beberapa spesis tertentu. Apa pun juga ada sesetengah spesies menghasilkan braktea yang manaia ia berwarna pada apeks. Bunga-bunganya boleh menjadi warna Biru, Ungu atau Ungu Lembut dalam jenis yang liar. Bagaimana pu selalu juga ia berwarna kehitaman ungu atau kuning. Kaliks bunga adalah berbentuk tiub. Korola juga berbentuk tiub dan biasanya dengan lima cuping (bibir atas sering rekah dan bibir yang lebih rendah dimana ia mempunyai dua liang-liang). Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai sejenis bunga iaitu Bunga Lavender atau Lavandula sebagai bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Jenis lavandula yang paling biasa ditanam adalah English Lavender (Lavandula angustifolia) yang mana nama botaninya yang terdahulu adalah Lavandula officinalis. Beberapa jenis bunga lavender yang agak popular adalah seperti French Lavender, Fern Lavender, Dutch Lavender, Egyptian Lavender (L. multifida) dan beberapa lagi. English lavender merupakan antara tumbuhan keluarga ini yang paling disukai kerana mempunyai paling banyak kultivar yang sudah komersil. Antara spesis English Lavender yang popular adalah seperti Lavandula stoechas dan Lavandula dentata. Ia juga paling meluas ditanam diseluruh dunia terutama untuk tanaman ornamental dan juga penghasilan ekstrak pati minyak. Tumbuhan ini pernah juga dikelaskan sebagai 'tumbuhan invasif' kerana apabila bercampur dengan spesis liar makan ia sudah sukar dikenalpasti dan kawalannya semakin sukar. Sebagai contoh di negara Australia timbuhan lavandula ini telah diistiharkan sebagai 'noxious weeds' semenjak tahun 1920 di Victoria apabila ia menyebar keseluruh benua kecil tersebut dan bermasaalah. Lavandula juga telah diistiharkan sebagai rumpai (weeds) di beberapa kawasan penradbiran di Sepanyol. Baagaimana pun tumbuhan lavender ini tumbuh baik dikawasan kering, saliran sempurna dalam tanah berpasiratau sedikit berbatu. Tumbuhan ini perlukan sedikit baja dengan perlukan pengudaraan yang baik untuk berbunga. Dikawasan yang iklimnya lembap lazimnya akan berlaku serangan akar reput (root rot) disebabkan oleh serangan agen kulat. Penggunaan bahan sungkupan organik dipangkal pokok mengurangkan kadar serangan reput akar. Kesesuaian kemasaman tanah adalah sekitar pH6 - pH8. Kebanyakan aktiviti penuaian lavender (bunga daun dan biji) dilakukan bergantung kepada tujuan penggunaannya. 

Dalam industri penanaman lavender secara komersil kebanyakannya adalah untuk mendapatkan 'pati minyak'. Pati minyak lavender dari spesis English Lavender (Lavandula angustifolia) paling berharga disebebkan oleh kualitinya (sweet overtones). Minyak pati ini selalu digunakan untuk membuat Balms, Salves, Minyak wangi (perfumes), kosmetik dan sebagainya. Dilaporkan juga Dutch Lavender (Lavandula intermedia) mempunyai hasil tinggi ekstrak pati minyak tetapi mengandungi bahan terpentin termasuk camphor tinggi yang dimintai ramai untuk dijadikan minyak wangi yang sangat mahal (Sila lihat foto disebelah). Didakwa dimana Dutch Lavender merupakan spesis hasil kacukan hibrid diantara L. angustifolia dengan L. latifolia yang mana ia sudak dikomerilkan penanamannya secara meluas. Memang kedua jenis ini semakin popular iaitu English Lavender dengan Dutch Lavender sebagai industri dibeberapa negara. Pihak berkuasa Makanan dan Dadah USA (GRAS) telah mengiktiraf akan penggunaan minyak pati lavender untuk tujuan kesihatan dan ubatan. Kajian dimakmal mendapati akan kandungan nutrisi pati minyak lavender di temui. Antara kandungannya adalah dari 100 fitokimia yang ada pada lavender adalah Lynalyl Acetate (30 - 55%), Linalool (20 - 35%) serta bahan Tanin (5-10%) serta bahan Caryophyllene (8%). Bahan lain ditemui terdiri daripada fitokimia seperti Sesquiterpenoids, Perillyl alcohols, Esters, Oxides, Ketones, Cineole, Camphor, Beta-ocimene, Limonene, Caproic acid dan juga Caryophyllene oxide. 

Berbalik ke Malaysia dimana dilaporkan dalam media BH tempatan bertajuk "Pesona lavender tanah tinggi" sesuai dijadikan bahan rujukkan. Akhbat tersebut dakwa permandangan memukau dalam taman dilatari bunga-bungaan eksotik hidup liar pada suhu dingin seperti lavender, lazimnya dilihat di negara empat musim seperti di Eropah. Suasana itu sebenarnya dinikmati di negara kita, tanpa perlu berjalan jauh dan membelanjakan wang yang banyak untuk ke luar negara. Destinasi percutian tanah tinggi di Cameron Highlands, Pahang menyediakan pemandangan indah ini dalam suasana persekitaran yang nyaman. Pengunjung berpeluang menyaksikan ribuan kuntum lavender pelbagai warna, selain daisy yang hidup liar dan segar, tenang mata memandang. Pada mulanya sukar percaya bila lavender dan daisy boleh ditanam secara komersial di Tanah Tinggi Cameron. Selepas melihat sendiri penulis berpeluang menikmati keindahan alam semula jadi dengan bunga-bungaan eksotik akhirnya 'bersatu' di taman indah. Lebih istimewa, bunga-bungaan yang ditanam di Cameron Highlands, hidup subur dan kelopaknya mekar sepanjang Melangkah ke Taman Lavender Cameron Highlands terletak di pekan Tringkap, pengunjung seolah-olah berada di lautan bunga berwarna ungu kerana kebanyakan spesies lavender di taman itu menampilkan rona terang. Lavender dengan mharuman semerbak, boleh hidup liar dalam cuaca dingin, namun tidak boleh terlalu terdedah kepada hujan, justeru tamat itu dilindungi kanvas plastik untuk mengelakkan daripada berlebihan air selain membolehkannya mendapat pancaran matahari secukupnya.

Pesona lavender dengan pelbagai warna terang yang lain seperti merah hati dimana ini menjadikan kawasan taman itu bercahaya, jiwa kosong pasti terubat dengan keindahan yang memukau. Lavender Sepanyol yang berwarna ungu adalah spesies paling popular dan digemari ramai. Spesies ini juga dikenali dengan Lavender Perancis atau Lavender Itali. Spesies ini tumbuh liar di kebanyakan negara Eropah terutama Sepanyol dan Itali, selain di Belanda. Daripada spesies Lavender Sepanyol saja, ada beberapa jenis iaitu, bellerina, Madrid blue, Madrid purple dan van gogh. Lavender ditanam secara meluas untuk tujuan komersial kerana patinya menghasilkan minyak wangi, selain menghalau nyamuk. Lazimnya para pengunjung di Lavender Garden Cameron Highlands pasti tidak melepaskan peluang bergambar dan swafoto apabila melewati setiap inci taman berkenaan.  Mereka berasakan seolah-olah berada di Sepanyol, Itali dan Belanda!. Bagi pasangan kekasih atau pengantin baharu, tidak perlu risau untuk mencari destinasi indah merakam detik manis foto perkahwinan kerana sebaik memasuki taman bunga ini, setiap sudut mahupun ruang, menjanjikan pemandangan mempesona. Pengalaman memetik sendiri bunga daisy, jangan dilepaskan, namun ada sedikit bayaran dikenakan kepada pengunjung. Sekiranya berkunjung ke taman lavender pada hujung minggu, bersedialah berdepan kesesakan lautan manusia yang memenuhi setiap ruang. Antara aktiviti lain termasuk sesi minum petang di kafe berdekatan, pengunjung juga berpeluang menikmati persekitaran nyaman dan pemandangan mempesona. Dapatkan ole-ole sebelum pulang sebagai kenang-kenangan. Selepas menghabiskan masa kira-kira dua jam di 'taman fantasi' tanah tinggi, penulis sarankan destinasi baharu ini sebagai lokasi wajib kunjung jika anda sekeluarga berkunjung ke Cameron Highlands. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUNGA LAVENDER.. ADALAH LAVANDULA...
DO CAMEROON HIGHLAND... SUDAH ADA...
ENGLISH LAVENDER... LAIN CANTIKNYA...
MEMBACA ARTIKEL... INFINYA DITERIMA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Apartment 429, Copthorne Hotel,
Brinchang, Cameroon Highland,
Pahang, Malaysia.
(26 JamadilAkhir 1441H).

Tuesday, March 10, 2020

MANGGA CARABAO - POPULAR DIFILIPINA

MANGGA CARABAO (Mangifera indica) merupakan satu varieti premium yang popular di Filipina kerana ciri-ciri seperti kemanisannya dan juga citarasa eksotiknya. Mangga ini juga dipanggil sebagai Mangga Carabao (Kerbau), Mangga Filipina, Mangga Manila, Kalabaw Mango dan juga Manila Super Mango. Laporan dari Wikipedia mendakwa dimana mangga ini telah memecahkan Guinnes Book of World Record pada tahun 1995 apabila ia direkodkan sebagai varieti mangga termanis didunia. Mangga ini dinamakan sebagai Carabao Manggo kerana mengambil nama Carabao (Kerbau) atau dalam bahasa inggersi dikenali sebagai Water Buffalo yang dahulu banyak didapati dinegara tersebut. Kerbau merupakan sejenis haiwan ruminan yang suka tinggal dikawasan sawah padi dan berkubang didalam air. Berlainan pula dengan ternakan kerbau di India dan Pakistan iaitu kerbau spesis Raavi yang diternak untuk menghasilkan susu dan apabila tua dan  tidak produktif lagi ia akan di ambil dagingnya. Daging kerbau yang banyak dibawa masuk ke Malaysia sebagai daging beku (Sila klik disini). Berbalik kepada buah mangga dimana penulis blog yang baru-baru ini dapat berkunjung ke negara tersebut sempat meninjau pokok mangga carabao dan membeli serta ujirasa mangga ini yang memang manis dan aromanya enak. Dimaklumkan terdapat sebanyak 14 jenis mangga carabao yang dikenalpasti oleh Jabatan Pertanian Filipina termasuk beberapa  varieti popular seperti Talaban, Fresco of Guimaras, MMSU Gold (dari Illocos), Lamao, Sweet Elena dan beberapa lagi. Kajian menunjukkan varieti Sweet Elena dari kawasan Zambales merupakan varieti (strain) mangga carabao paling manis dapat direkodkan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan varieti mangga carabao yang popular di Filipina sebagai sejenis mangga kebangaan mereka untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Penulis blog mula mendengar akan Mangga Filipina atau Mangga Carabao semasa melawat Sabah berbelas tahun dahulu dan ada membelinya dipasar awam. Menurut rakan-rakan dari Jabatan Pertanian Sabah memang banyak buah mangga jenis ini akan dijual di Sabah apabila musimnya tiba sekitar bulan Jun sehingga Ogos walau pun memang terdapat pada bulan-bulan lain dengan kuantiti yang sedikit. Baru-baru ini penulis blog berkunjung ke Cagayan de Oro, iaitu bandar terbesar di Misamis Oriental terletak di utara Mindanao. Rombongan kami seramai 4 orang ini sebenarnya adalah bertujuan untuk melawat ladang nanas MD2 di Bukidnon kira-kira 2 jam perjalanan ke Selatan. Saya ambil peluang ke beberapa lokasi termasuk pasar bagi melihat bagaimana buah mangga ini dijual dan terus membelinya. Kembali kehotel terus sahaja membelahnya dan dapat buat ujirasa Mangga Manila pada indeks Masak Ranum yang dibeli dengan harga 120Peso (Sekitar RM10.00) sekilogram dengan kulit yang berwarna kunig keemasan (Sila lihat foto disebelah). Selain daripada aromanya yang enak didapati rasanya juga sangat manis dan habis 3 baiji saya seorang memakannya. Rakan saya adalah 0rang berasal Sabah tidak mahu makan sebab dia sudah selalu makan mangga ini di Sabah dari jenis yang sama.


Manila Mango atau Carabao Mango merupakan buah tropika yang menjadi kebangaan Filipina dan mendudukki tempat ke 3 kepentingannya selepas Pisang dan Nanas. Buah Pisang merupakan salah satu industri pertanian penting di Filipina dengan mereka menanam terutama Pisang Cavendish sehingga dieksport keseluruh dunia dengan jenama 'DOLE'. Begitu juga dengan buah nanas jenis MD2 yang juga menggunakan jenama DOLE dihantar keseluruh dunia dengan mempunyai keluasan ratus ribu ekar secara perladangan komersil. Buah Mangga Manila ini yang disebut sebagai 'Fruits of Gods' kerana kualitinya dan keenakannya. Buahnya bersaiz besar dengan bentuk menarik mempunyai warna kulit dan isi kuning keemasan apabila masak (Sila lihat foto disebelah). Cara makan buah ini bagi orang Filipina adalah dengan mengupas kulitnya dan dipotong kepingan sama dengan cara kita makan mangga tetapi lebih popular dengan memotong kiub dan dimakan terus. Ada juga yang suka membuat jus mangga manila segar dimana memang tidak perlukan tambahan apa-apa bahan lain. Mangga ini juga dibuat mango float iaitu sejenis makanan snek kegemaran mereka.


Penanaman Mangga Carabao ini sesuai dikawasan yang mempunyai saliran baik dengan tanah subur mempunyai pH5.5 - pH7.5 iaitu dikawasan tanah volkanik. Jenis tanah yang sesuai kombinasi diantara tanah lom, berpasir dan ada liat dimana direkodkan tanah lom berpasir didapati paling sesuai. Pemberian baja organik akan menjadikan manga ini menjadi lebih manis dan berkualiti. Baja organik terdiri daripada baja kompos dan tinja ternakan, cecair rumpai laut (liquid seaweed) dan sisa tumbuhan yang dipiproses amat signifikan untuk digunakan.  Pengairan di kebun mangga ini penting diberikan terutama untuk menentukan kelembapan tanah konsistent sepangang masa. Baja organik ini akan menjadikan kehidupan bakteria didalam tanah dan membolehkan kesuburan tanah dikekalkan. Pemberian cecar seaweed membekalkan banyak bahan minerak sebagai baja didalam tanah seperti unsur Ca, Mg, Fe dan Sulfur. Pemberian baja kimia dielakan dalam masa 2 tahun penanaman kecuali baja Nitrojen. Mereka dakwa baja kimia jika digunakan akan menganggu kehidupan bakteria dan mikrob didalam tanah. Pokok akan berbunga selepas musim kemarau dan kemudian buahnya keluar dengan warna kulit hijau (Sila lihat foto disebelah). Buah ini akan matang dan dituai sebelum ianya diperam sehingga menjadi warna kuning. Ada juga manga manla yang masak dengan kulitnya masih berwarna hijau. 


Tinjauan penulis blog di beberapa buah deretan gerai buah-buahan di Cagayan de Oro menarik sekali. Buah-buah yang djual digerai ini termasuk Mangga MAnila, Nanas MD2, Limau Bali, Pisang Cavendish, Belimbing, Pelbbagai jenis limau, Papaya, Jambu Batu dan juga buah-buahan yang lain. Melihat susunan mangga carabao terus penulis blog melihat tanda harga di pasang iaitu semurah 75Peso sehingga 120 Peso (Sila anda lihat foto disebelah). Kadar pertukaran duit Peso dengan Ringgit Malaysia semasa itu adalah RM1 = 11.5Peso maka anda boleh kira sendiri harga tersebut. Grading dibuat mengikut saiz buah, warna kulit buah dan juga kecacatan dilihat. Buah yang dijual paling murah dilihat bersaiz kecil dan kulitnya juga ada yang dilihat ada tompok-tompok kehitaman. Pada penulis blog pastinya akan membeli buah yang paling mahal dengan mengambil sebanyak 7 biji dan ditimbang dan dibawa pulang ke hotel untuk menikmatinya. Dakwa penjual menyatakan ketika musam buah ini banyak harganya jauh lebih murah daridada sekarang kerana bekalannya adalah sedikit. Balik hotel barulah dapat ujirasa mangga ini yang menjadi kebangaan negara Filipina. Memang enak dan manis sekali mangga ini dan sesuai ianya dijual didalam negara dan juga dieksport keluar negara. Semuga artikel ini ,e,eri info berguna kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
 MANGGA CARABAO... MANGGA MANILA...
MEMANG MANIS... KUNING WARNANYA...
HARGA BERPATITAN...DAPAT UJIRASA...
MELAWAT FILIPINA... PERLU MENCARINYA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Terminal 2, Ninoy Aquino International Airport,
Pagay, 1300 Metro Manila,
Filipina.
(29 RabiulAwal 1441H)..

Monday, March 9, 2020

INDUSTRI KELULUT MAMPU CAPAI BILLION RINGGIT

INDUSTRI TERNAKAN KELULUT (Trigina spp) didakwa mampu mencapai jualan sehingga nilai RM3.03 bilion setahun!. Itulah laporan BERNAMA pada 3 Mac 2020 yang dipaparkan menunjukkan satu potensi terbaik kepada industri yang semakin ramai usahawan muda terlibat. Berita daripada Kuala Nerus, Terenggani ini menyatakan dimana industri ternakan kelulut di Malaysia berpotensi mencapai anggaran jualan maksimum sebanyak RM3.03 bilion setahun sekiranya industri tersebut terus dikembangkan dan ianya terus dimajukan. Penulis blog yang telah banyak menulis artikel mengenai kelulut mendapati berita ini memang ada kebenarannya apabila lebih ramai usahawan yang telah mempelajari ilmu penternakan kelulut di Malaysia melalui beberapa Jabatan Kerajaan dan pihak swasta. Anda boleh membaca berpuloh artikel mengenai kelulut dalam tulisan saya dengan pautan (Sila klik disini)(Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Menurut Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Profesor Dr Nur Azura Sanusi berkata jumlah tersebut berdasarkan anggaran pengambilan madu kelulut oleh setiap rakyat Malaysia iaitu sebanyak 330 gram dalam tempoh setahun. Didakwa pada ketika ini nilai jumlah pasaran yang telah dicapai dalam industri kelulut negara hanya RM33.6 juta, sedangkan potensi pasaran yang boleh diteroka sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu RM67.2 juta. Perkara Ini membuktikan industri ternakan kelulut di Malaysia sangat berpotensi dijadikan sebagai sumber pendapatan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi dalam kalangan pengusahanya iaitu sama ada secara kecil-kecilan atau ternakan komersial. Bagaimana perlu ada perancangan yang betul didalam industri ini melibatkan semua pihak daripada mereka yang mengendalikan bajet tahunan (kerajaan dan swasta), teknologi, baka kelulut, kawalan kualiti madu kelulut, promosi dan insentif yang sesuai dalam industri ini. Artikel tenngahari ini dala blog "Anim Agro Technology" saya paparkan ulasan laporan Bernama mengenai potensi industri ternakan kelulut yang bernilai tinggi untuk bahan rujukkan anda semua.

Artikel tersebut menyebut dimana Prof Dr Nur Azura yang juga merupakan seorang daripada Ahli Jawatankuasa Penyediaan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020-2030 dimana ia telah dilancarkan November tahun lepas ada menyatakan ia sebagai antara usaha kerajaan untuk mengangkat industri kelulut sebagai sumber pendapatan baharu yang mampan dan kukuh. Dakwanya berdasarkan data Jabatan Pertanian pada 2017 dilaporkan dimana pengeluaran madu kelulut di Malaysia adalah 134,244 kilogram (kg) dengan nilai jualan RM19.3 juta manakala produk hiliran seperti sabun dan krim kecantikan merekodkan nilai jualan RM143,000 dan ia terus meningkat saban tahun. Bagaimanapun dakwanya jumlah pengeluaran itu masih sangat kecil berbanding permintaan pasaran iaitu 802,962kg dengan nisbah hampir enam kali ganda. Oleh itu bagi meningkatkan lagi pengeluaran madu kelulut, beberapa strategi telah dikenal pasti antaranya bantuan daripada jabatan dan agensi kerajaan kepada pengusaha termasuk kursus dan bimbingan keusahawanan. Dalam pada itu masih terdapat keperluan untuk mewujudkan pusat pengumpulan madu kelulut sebagai satu pusat sehenti yang menjadi rujukan dari segi piawaian, ketulenan dan pensijilan bagi memastikan semua pengusaha mematuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dan secara tidak langsung memberi keadilan kepada pengguna. Dalam pada itu menyentuh aktiviti pengeksportan madu kelulut, Nur Azura berkata sehingga 2018, Malaysia telah mengeksport 100kg madu kelulut ke Jepun, 300kg ke Singapura dan 500kg lagi ke India, Taiwan dan China. Sehingga tahun tersebut, tiada aktiviti import melibatkan madu kelulut di seluruh negara direkodkan. Industri itu menghadapi beberapa cabaran di peringkat pasaran dunia antaranya disebabkan masih banyak negara belum dapat mengiktiraf madu kelulut sebagai satu daripada jenis madu memandangkan rasanya yang masam dan berbeza dengan madu lebah. Rasa unik tersebut boleh menjadi salah satu kelebihan untuk tujuan mempromosi madu kelulut secara meluas serta boleh  menggambarkan ciri-ciri Malaysia di dalamnya dan ia juga merupakan antara strategi promosi industri pelancongan.

Pada penulib blog Lebah Kleulut atau dikenali dengan 'Stingless Bee' kini merupakan satu perkara yang menjadi sebutan ramai kerana Madu Kelulut telah diistihar sebagai "Super Food Malaysia" oleh Perdana Manteri pada 18 September 2016. Datuk Seri Najib Razak, hari ini melancarkan kempen 'Mulakan Hari Anda Dengan Madu' bagi menggalakkan pengambilan madu tempatan setiap hari sebagai makanan kesihatan tambahan bagi rakyat Malaysia. Kempen itu bertujuan menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai nilai-nilai nutrien dan manfaat madu dalam membantu mengekalkan kesihatan dan meningkatkan kecergasan diri, menurut kenyataan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata Malaysia akan mengadakan promosi secara besar-besaran supaya madu kelulut Malaysia diterima di peringkat Pertubuhan Makanan dan Pertanian sebagai 'super food' Malaysia yang pertama. Madu kelulut (Trigona spp) sememangnya mempunyai banyak khasiat. Perkara ini adalah disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa seperti Lebah Keran (Apis cerana) atau Lebah Import (Apis mellifera) dan Lebah Tualang (Apis dorsata). Kajian saintis mendapati bagaimana pun dilaporkan lebah kelulut mampu menghisap nektar daripada bunga sehingga kepada ruang paling dalam dalam bunga kerana saiznya yang kecil. Penulis mengesahkan daripada tinjauan dibanyak lokasi dimana kelulut mampu untuk menghasilkan madu daripada nektar yang dihisap mengandungi lebih banyak vitamin dan mineral. Antara bahan penting lain yang dihasilkan oleh kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada masaalah serangan virus, kulat dan serangga perosak. Oleh itu untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria. Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis Asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.


Merujuk kepada beberapa hasil dari penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pihak penulis blog mendapati kehadiran madu kelulut kini telah memberi nilai tambah kepada bekalan madu tempatan dan madu import yang menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana didapati madu lebah diketahui mengandungi bahan Anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan. Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan kandungan seperti Asid fenilpropanaoik, Asid protocatechuik dan Asid 4-hidroksifenilasetik adalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan Asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah khasiat yang signifikan. Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yang boleh bertindak sebagai Antikanser dan juga sebagai Antioksidan dimana bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid. Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes dimana ia kemudian menunjukkan madu berupaya untuk menurunkan glukosa. Selain daripada itu madu kelulut didapati mampu untuk mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan ia juga dapat mengurangkan stress aksidatif. Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous juga telah menunjukkan madu kelulut ini mampu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!...
 INDUSTRI KELULUT... POTENSINYA ADA...
DISELURUH NEGARA... BOLEH LAKSANA...
ORANG BIASA...DAN GOLONGAN MUDA...
SESUAI DI MAJUKAN... UNTUK NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precing 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(6 Rejab 1441H).

Sunday, March 8, 2020

PENGURUSAN TANAH GAMBUT UNTUK NANAS

TANAMAN NANAS (Ananas comosus) di tanah gambut (peat soil) merupakan salah satu pemilihan tanaman lazim dilakukan selain daripada kelapa sawit, sayuran dantanaman kontan yang lain. Tanah Gambut merupakan diantara jenis tanah bermasaalah di Malaysia selain daripada Jeni Tanah Asid Sulfat, Tanah Bekas Lombong dan beberapa lagi. Keluasan tanah gambut di Malaysia dianggarkan sebanyak 2.6 juta hektar yang mana ia juga meliputi 8% dari jumlah keluasan tanah Malaysia. Peningkatan minat penanaman yang dikategorikan mudah memberikan hasil dengan lebih cepat adalah seperti nanas yang dikategorikan dibawah Sumber Kekayaan Baru oleh kerajaan. Kini dalam situasi kekurangan tanah yang sesuai menyebabkan beberapa jenis tanaman seperti nanas, kelapa sawit dan tanaman makanan tertentu hanya ditanam di tanah marginal terutama tanah gambut. Dilaporkan sehingga 2019, hampir 25% kawasan tanah gambut di Malaysia telah dibangunkan dengan komoditi tanaman sawit sementara sebahagiaan kecil lain dengan tanaman kontan termasuk nanas. Penyelidikan dan pembangunan oleh pelbagai pihak telah mengenal pasti banyak teknologi yang sesuai bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran hasil tanaman termasuk nanas dan kelapa sawit di tanah gambut terutama di tanah gambut dalam. Salah satu daripada teknologi tersebut ialah pengurusan air di ladang tanah gambut. Secara semulajadi lazimnya kawasan tanah gambut sememangnya ditenggelami air. Sistem rangkaian parit ladang dan pengurusan air ladang merupakan kunci kepada kejayaan pengurusan air di tanah gambut. Pemilihan tanaman yang betul amat kritikal kerana hanya tanaman yang lasak dengan keadaan banjir dan kering semasa kemarau sahaja sesuai ditanam. Kawasan pembukaan tanah gambur baru lebih mencabar untuk tanaman berakar cetek seperti nanas dan beberapa tanaman kontan lain. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya menulis mengenai sedikit pengurusan tanaman nanas di tanah gambur terutama dikawasan hutan gambur yang baru dibuka.


Pembukaan tanah gambut perlukan satu sistem saliran yang betul dan banyak untuk mengeringkannya dan perlu dibuat empangan bagi mengawal paras air didalam ladang (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana jika kedua-dua perkara ini tidak dapat dilakukan dengan baik maka hasil tanaman nanas akan terjejas dari segi kuantiti dan kualiti. Dalam pada itu sebenarnya objektif pengurusan air ladang di tanah gambut adalah bertujuan untuk mengawal air ladang berada di paras optimum bagi pertumbuhan dan penghasilan tanaman nanas secara maksimum. Parit ladang semestinya mampu untuk menyalir keluar air berlebihan dalam ladang dengan kadar segera bagi mengelakkan kejadian banjir dan air bertakung bagi tempoh yang lama. Parit ladang juga boleh mengurangkan kadar susutan gambut dan pelepasan gas karbon dioksida. Parit ini akan mengelakkan berlaku pengeringan yang tidak berbalik gambut. Peranan saliran yang baik juga mampu untuk mengurangkan risiko kebakaran gambut. Penulis blog dapati kos pembangunan kawasan baru tanah gambut adalah lebih tinggi daripada tanah mineral untuk peringkat permulaan dan juga untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Ini kerana perlu dibina banyak sistem perparitan daripada Parit Utama sehingga kepada parit racik atau parit ladang. Parit ditanah gambut juga mudah menjadi cetek dalam masa singkat sahaja dan perlu sentiasa diselenggara agar boleh berfungsi dengan baik.


Sistem Rangkaian Parit Ladang perlu direka dimana sebaiknya ada sistem penyediaan sistem rangkaian parit ladang yang mesti mematuhi beberapa perkara asas. Pertama sebaiknya ia direka bentuk dimana sistem tersebut mengadakan sistem perparitan dengan perlu menyediakan ruang laluan jentera seperti jengkaut bagi tujuan untuk kerja membersihkan parit kelak. Kedua adalah pentingnya diadakan intensiti parit ladang dengan perlu mengambil kira faktor tahap penguraian gambut. Ketiga adalah perlu ada pembinaan pintu air perlu mengambil kira faktor topografi tanah gambut. Keempat dimana sentiasa mengukur paras air ladang secara berterusan didalam semua parit pengumpul dan dalam ladang mengunakan alat piezometer. Kelima adalah pentingnya sistem parit ladang ini sentiasa diperiksa agar terus berupaya menyalir keluar air dalam ladang bagi mengelakkan air bertakung bagi tempoh lama. Kekurangan sistem perparitan boleh menyebabkan air tergenang banjir yang akan memusnahkan tanaman nanas (Sila lihat foto disebelah). Sistem rangkaian parit ladang terdiri dari Parit utama, Parit pengumpul dan Parit ladang. Sebaiknya parit ini mempunyai kadar intensiti masing-masing sekitar 10-15, 30- 40 dan 150-300 m/ha. Kerja-kerja membersihkan parit ladang perlulah sentiasa dijalankan bagi memastikan tidak berlaku halangan pengaliran air terutama selapas berlakunya banjir. Ini kerana selepas banjir akan berlaku dibeberapa lokasi tertentu timbunan kayu, tanah dan sampah pada parit yang akhirnya akan menghalang laluan air. Kedalaman parit ditanah gambut juga ajab cepat menjadi cetek akibat mendapan dan juga timbunan sampah kayu tanah gambut.


Bebalik kepada statistik mengenai tanah gambut di Malaysia memang diketahui dimana tanah gambut telah pun dikategorikan sebagai tanah marginal atau jenis tanah yang bermasalah. Sarawak merupakan negeri yang mempunyai tanah gambut terluas iaitu 1.59 juta hektar daripada seluas 2.4 juta hektar tanah gambut di Malaysia (Sumber: Laporan Tahunan, Jabatan Pertanian Malaysia, 2018). Tanah gambut biasanya terdapat di kawasan lembah atau paya yang mana ia terendam dan terletak di antara dataran tanah pantai dengan kawasan tanah bukit dan juga di antara bukit. Hasil daripada aktiviti pemetaan dan pengelasan didapati jenis tanah gambut di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berbeza daripada segi metodologi, definisi dan klasifikasi. Keadaan ini menyukarkan perpindahan agro-teknologi serta amalan agronomi yang berkaitan tanah gambut di antara ketiga-tiga kawasan tersebut. Menyedari masalah ini beberapa pihak yang terlibat dengan penyelidikan dan pembangunan tanah gambut bersama pakar sains tanah telah membangunkan sistem pengelasan seragam untuk tanah gambut yang boleh diguna pakai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Apa pun dari segi asasnya adalah dimana tanah gambut terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti daun, ranting dan kayu yang berlaku secara perlahan. Kandungan bahan organik dalam tanah gambut biasanya melebihi daripada sebanyak 65% daripada jumlah berat tanah dengan ketebalan lapisan organik melebihi 50 cm. Kedalaman tanah gambut berbeza mengikut kawasan dan pada kebiasaannya tanah gambut berhampiran dengan pinggir bukit lebih cetek berbanding tanah gambut di bahagian tengah kawasan. Tanah gambut biasanya terbentuk di atas permukaan dasar lempung atau pasir.


Penulis blog mendapati dimana terdapat lima jenis bahan organik tanah yang biasanya membentuk tanah gambut bergantung kepada asal-usul dan kadar pereputan bahan organik. Lazimnya pembentukan untuk tanah gambut selain daripada bahan kayu (diameter lebih 2 cm) iaitu terdiri daripada pertama bahan lumut dimana ia biasanya ditemui di kawasan tanah tinggi di kawasan tropika. Kedua adalah bahan fiber atau gentian yang mana ia merupakan kepingan tisu tumbuhan dalam bahan organik tanah (tidak termasuk akar hidup). Ketiga pula adalah bahan fibrik. Keempat adalah bahan hemik dan ke lima adalah bahan saprik. Berdasarkan kedalaman tanah gambut saintis tanah telah mengelaskan tanah gambut daripada tiga kepada empat kumpulan baru iaitu Jenis Tanah Gambut cetek 50 - 100 cm, Kedua Jenis Tanah Gambut sederhana dalam 100 - 150 cm, Ketiga Jenis Tanah Gambut Dalam 150 - 300 cm dan keempat Jenis  Tanah Gambut Sangat Dalam iaitu melebihi 300 cm. Kaedah pembukaan tanah, penyediaan saliran dan jenis tanaman yang ingin dibangunkan untuk kesemua jenis tanah gambut mengikut pengelasan ini juga ada perbezaan. Penulis blog mendapati antara isu utama didalam membuka tanah gambut adalah perlunyanya saliran dibina dengan mencukupi terutama elakkan banjir dimusim hujan. Tanaman nanas tidak tahan lama jika tenggelam didalam air sekitar 72 jam sahaja mengikut varieti. Jenis nanas MD2 boleh tahan agak lama berbanding dengan jenis lain seperti Josapine, Moris, N36 dan juga Maspine. Tanaman nanas dikawasan hutan tanah gambut baru perlukan sistem saliran yang sempurna bagi mengelakan kerosakkan tanaman. Empangan juga perlu dibina untuk kawal paras air dalam tanah gambut. Pertumbuhan nanas terencat pada keadaan banjir dan tanah kering yang akan menjejaskan hasil. Semuga artikel subuh ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
TANAH GAMBUT... BERJUTA LUASNYA...
TANAH LEMBAP... BANJIR JUGA BIASA...
MUSIM KERING... ANCAMAN TERBAKARNYA...
PERLU DI URUSAKAN..DENGAN SEMPURNA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Setiajasa 7,
Taman Satelit, Bandar Muadzam,
Rompin Pahang,
Malaysia.
(9 Rejab 1441H).

Saturday, March 7, 2020

BUNGA TUNERA KAWAL BABI?


BUNGA TUNERA atau Bunga Pukul Lapan (Turnera ulmifolia L.) yang juga dikenali dengan nama pokok bunga Lidah Kucing (bahasa Jawa) adalah spesis tumbuhan dari keluarga Passifloraceae yang didakwa boleh mengawal serangan babi hutan. Kini terddapat beberapa petani yang telah menanam bunga ini dikawasan strategik untuk elakkan kemasukkan babi hutan dari memasukki kawasan kebun dan merosakkan tanaman. Kepada mereka yang sering melalui estet kelapa sawir juga sering melihat dimana pokok bunga tunera ini ditanam ditepi jalan. Tumbuhan ini juga dilaporkan adalah natif dari negara tropika termasuk Mexico, Asia Tenggara dan juga Hindia Barat. Bunga Tunera selalunya ditanam dikawasan sekeliling rumah, ditaman-taman bunga atau kawasan riadah kerana kecantikkan warna bunganya yang menarik. Dua jenis bunga tenera yang popular di Malaysia adah jenis Tunera Kuning dan jenis Tunera Putih. Dalam usaha kita hendak mengenali tanaman renek ini sebaiknya kita ingin tahu akan apakah tumbuhan ini, kelebihannya serta kegunaanya. Selain darpada ditanam untuk memperlihatkan bunga yang cantik, didalam dunia perubatan didakwa air rebusan akar tumbuhan bunga tunera ini ada gunanya. Air rebusan ini didakwa sesuai untuk digunakan bagi mengatasi masaalah seperti rematik sendi atau kes bengkak. Dalam pada itu pengamal perubatan tradisional juga didakwa jika ada bengkak yang disebabkan kurang selesa. Tumbuhan ini berpotensi sebagai antibiotik berdasarkan kepada beberapa kajian klinikal yang dilakukan pada tahun 2009 terhadap patogen dikenali sebagai Staphylococcus aureusresisten-metisilin yang didakwa boleh menyembuhkan penyakit disebabkan olehnya. Dalam dunia ternakan lebah dan kelulut pula tumbuhan yang berbunga ini menghasilkan nektar dan debunga yang digemari oleh serangga tersebut. Ia disenaraikan sebagai salah satu bunga yang sesuai ditanam untuk membekalkan makanan kepada dunia perlebahan. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai Bunga Tunera sebagai satu usaha untuk memberikan info kepada pembaca setia blog ini.


Pokok bunga tunera ini merupakan tumbuhan jenis renek yang cepat membesar. Penulis mendapati tunera selalunya tumbuh meliar di tempat terbiar terutamanya tepi pantai dan kawasan tanah belukar. Bagaimana pun jika ditanam ia mudah dikelanli dengan bentuk bunganya dan juga daunnya. Lazimnya bunga tunera akan mula untuk berkembang lehih kurang pada waktu 8 pagi dan menguncup semula selepas waktu tengah hari dan ia berlaku setiap hari sehingga bunga tersebut matang dan gugur. Bunga tunera mempunyai sebanyak 5 kelopak bunga yang membentuk satu bulatan yang seni. Bunganya berwarna putih dengan dibahagian tengahnya ada sedikit kuning dan kehitaman (Sila anda lihat foto disebelah). Bagaimana pun ada spesis yang berwarna kuning muda dengan warna gelap coklat di bahagian tengah yang juga kontrast apabila dilihat dari jauh. Jika diteliti mengenai komponen daunnya akan dilihat ia selalunya berbentuk bujur dan tepinya dilihat seakan bergigi. Daun yang berwarna hijau ini mempunyai permukaan lai daun agak licin dan rata.


Kaedah Pembiakan bunga ini dilakukan dengan cara keratan batang atau pun keratan dibahagian hujung batang yang diletak dalam air. Kemudian keratan ranting tersebut yang berdaun akan diletak hormon penggalak akar. Seterusnya keratan tersebut pelu diletak dalam media nurseri seperti gunakan medium pasir sungai atau juga tanah. Dikawasan nurseri ini semestinya bersaliran baik dan sedikit berpasir. Anak benih tunera boleh ditanam dengan jarak tanaman 1m x 1m mengikut kesesuai kawasan dan tujuan penanaman dimana kawasan menerima sinaran cahaya yang agak banyak. Pengairan awal perlu dilakukan dengan menyiram 2 kali sehari dan diberikan baja dengan kekerapan seminggu sekali bersama dengan baja asas seperti NPK15:15:!5 bersama baja organik atau boleh diaplikasikan dengan baja foliar. Apabila pokok sudah mula membesar sebaiknya dilakukan aktiviti mencantas terutama untuk cantasan pembentukkan. Cantasan dilakukan juga terhadap pokok tunera yang terlalu tinggi agar nampak cantik jika ketinggiannya sama. Cantasan ini dilakukan juga untuk menggalakkan pertumbuhan tunas dan ranting baru. Cantasan akan menggalakkan pokok tunera akan banyak mengeluarkan bunga dan akan membentuk pokok menjadi lebih kemas.


Bunga tunera diminati oleh serangga terutama lebah dan kelulut untuk mendapatkan nektar dan debunga (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan ini termasuk dalam tumbuhan yang sesuai ditanam dikawasan penternakan lebah dan kelulut. Seterusnya kalau anda sering memperhatikan ladang-ladang kelapa sawit disepanjang laluan utama jalanraya di Malaysia, anda akan nampak bunga tunera ini ditanam ditepi jalan-jalan ladang utama ladang kelapa sawit. Ia sengaja ditanam oleh pihak estet kelapa sawit sebagai sumber makanan kepada sejenis ulat yang merosakkan kelapa sawit. Saya dapati dengan adanya tumbuhan ini ulat tersebut akan mempunyai sumber makanan tersendiri dimana ini dapat mengelakkan pokok kelapa sawit dari serangan ulat tersebut. Dalam laporan lain saya dimaklumkan bahawa tanaman bunga tunera ini dapat menghalang serangan babi hutan (wild boar) kerana bau yang dikeluarkan bunga ini memang babi hutan tidak suka. Bagaimana pun dakwaan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi. Bunga ini sesuai ditanam ditepi-tepi kebun yang berkemungkinan babi hutan suka datang untuk memusnahkan tanaman. Penulis blog juga ada beberapa kali terserempak gerombolan babi hutan di Johor dan Pahang ditepi kebun iaitu 'babi lapar' memang tidak peduli pun dengan kehadiran kita. Ini kerana babi hutan tersebut hanya 'menjeling sahaja' kita yang datang tetapi kalau kita membawa senapang, satu kilometer kita belum sampai dilokasi dia sudah lintang pukang bersembunyi. Masih perlu ada penyelidikan dan kajian saintifik untuk mengggunakan tanaman bunga tunera sebagai usaha menghalau dan elakkan serangan babi hutan dikawasan kebun. Begitulah kisah bunga tunera atau bunga pukul lapan untuk anda kenali dari penulisan ini. Wasallam!...
BUNGA CANTIK... BUNGA TUNERA...
WARNA PUTIH... KUNING PUN ADA...
KERATAN BATANG...BENIH DISEDIA...
KELULUT DAN LEBAH... AMAT SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jeti Kuala Besut,
Besut, Terengganu,
Malaysia.

(25 JamadilAwal 1437H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...