Support My Blog

Sunday, October 6, 2019

PENGURUSAN KELULUT - AIR MIINUM!...

TERNAKAN KELULUT (Trigona spp) memang antara kaedah penggurusan yang penting diketahui penternak dimana kelulut perlu diberikan air terutama pada musim kemarau dan panas. Lazimnya daripada tinjauan penulis blog keseluruh negara ada dikalangan penternak kelulut kurang menyedari akan kepentingan air didalam ekosistem kehidupan kelulut yang dipelihara. Walau pun secara tradisinya kelulut lazimnya hidup membiak dikawasan hutan, kebun buah-buahan, semak belukar dan kini dikawasan khas menternak kelulut akan tetapi apabila musim panas atau kemarau sebahagian sumber air akan terjejas menyebabkan kelulut terpaksa mencari air dengan jarak yang sangat jauh daripada biasa. Keadaan ini menyebabkan akan berlaku beberapa kemungkinan dimana kelulut terpaksa juga terbang jauh mencari air dan kurang mengambil nektar atau kelulut akan meminimakan pergerakan mereka. Walau pun biasanya dipagi hari akan ada embun turun akan tetapi ia cepat kering dimusim panas dan memang kelulut memerlukan bantuan untuk bekalan air. Dalan beberapa tinjauan penulis blog dilapangan mendapati ada kes-kes dimana log kelulut akan 'kosong' pada musim kemarau sedangkan sumber makanan banyak disebabkan oleh faktur kesukaran mendapatkan air. Serangga kelulut yang kecil hanya perlukan sedikit sahaja air untuk kehidupannya. Kelulut akan sentiasa mencari sumber air bersih (clean water) daripada pelbagai sumber yang berdekatan dengan sarangnya seperti dari dedaun, parit, tasik, sungai, takungan ait, mata air dan sebagainya. Walau pun sebenarnya air yang diperlukan oleh kelulut itu datangnya daripada Nektar (kandungan air sehingga 80%) akan tetapi kelulut masih perlukan air terutama dimasa cuaca panas kering. Artikel mamal ini dari tingkat 12 Hotel Mega Mini dalam bilik Executive Suite saya menulis dalam blog ''Anim Agro Technology'' satu artikel menarik yang jarang ada didalam mana-mana penulisan mengenai keperluan sediakan kemudahan air untuk diminum kelulu sebagai bahan rujukkan anda.


Penulis blog merujuk banyak artikel dan jurnal mengenai keperluan Lebah Madu (Honey Bees) perlukan air dengan meminumnya terutama semasa musim puncak penghasilan nektar. Rujukan menunjukkan lebah Madu perlu minum air secara rutin untuk lebah mencairkan makanan gelatin (gelatinous food) yang dikeluarkan dari glands dibahagian kepalanya. Makanan ini akan diberikan kepada lebah ratu (queen bee) dan lebah larva sehingga ia tersedia untuk mengambilnya. Peranan air yang diminum oleh lebah sama juga halnys dengan kelulut. Cumanya untuk kelulut jumlah air yang diperlukan adalah sedikit berbanding dengan lebah. Lebah Madu ini biasanya akan menyedut air yang ada semulajadi atau yang telah pun disediakan oleh penternak (Sila lihat foto disebelah). Saintis mendapati lebah madu memerlukan sebanyak 8 gelan air bersih untuk menghasilkan sebanyak 1 kilogram madu. Semasa pengeluaran nektar pada tumbuhan (peak flow of nectar) lebah madu khususnya Apis mellifera (lebah import) yang produktif mampu menghasilkan sebanyak 2 - 5 gelen madu sehari di iklim temperate (khususnya musim bunga). Di Maryland USA dilaporkan satu koloni lebah madu mampu menghasilkan sebanyak 25 gelen anak lebah (brood), madu dan honeycomb dalam sehari. Sebenarnya koloni lebah aktif memerlukan air bersih (clean water) walau pun sumber utama air datangnya daripada NEKTAR. Oleh kerana lebah selalu mencari sumber air seperti daripada kolam, parit, takungan air, kolam mandi, sungai dan sebagainya yang penting ia berdekatan dengan sarangnya. Kajian saintis menunjukkan lebah madu yang tidak diberikan air akan mati dalam tempoh 8 jam bermakna air sangat diperlukan untuk penternakan lebah madu begitu juga pengurusan untuk kelulut.


Dalam dunia penternakan kelulut dan lebah madu, apa yang sangat penting dititikberatkan adalah kesihatan dan ekosistem kelulut. Hanya koloni lebah atau kelulut yang sihat, agressif, jumlah koloni yang besar dan aktif mampu mengantar pekerjanya mengutip nektar, debunga dan resin untuk dibawa pulang kesarangnya. Makanan nektar ini akan diproses daripada kandungan air sebanyak 60 - 70% dan disejatkan kepada 18 - 20% sahaja yang mana ia sudah dipanggil sebagai madu lebah matang atau madu kelulut matang. Madu ini akan disimpan dalam bekas madu (honeycomb) yang akan digunakan dikemudian hari. Madu inilah yang kemudian akan dituai oleh penternak dan diproses menjadi madu lebah atau madu kelulut tulin yang berkhasiat. Penghasilan madu paling baik adalah musim bunga (spring) dimana banyak sumber makanan didapati sepanjang musim tersebut. Pengurusan makanan dengan air dan lain-lain membolehkan penuaian madu dapat menguntungkan penternak lebah madu komersil. Namun bago kelulut senarionya agak berlainan kerana madu kelulut didakwa mempunyai nilai permakanan atau khasiat 2.5 kali ganda daripada madu lebah. Harga madu kelulut juga bergganda lebih tinggi daripada madu lebah kerana kuantitinya amat sedikit dan sukar diperolehi.


Bagi penternak kelulut di Rhu Tapai, Marang, Terengganu dikenali sebagai En Khairi yang menternak kelulut lebih dari 7 tahun menggunakan 'black netting' dikawasan ternakannya (Sila lihat foto disebelah). Menurut beliau semasa musim panas dengan suhu agak tinggi disetiap padi tengahari dan petang beliau akan menyembur netting hitam ini dengan air. Tujuannya adalah untuk menyejukkan kawasan ternakan kelulut beliau dan air yang ada akan disedut oleh kelulut yang kehausan dimusim panas. Menjejaak bagaimana idea ini datang setelah berjummpa dengan penulis blog beberapa tahun dahulu semasa membuat lawatan dimana penulis blog ada menerangkannya. Dakwanya sebelum dibuat bumbung netting hitam ini suhu dan cuaca dikawasan tanah bris tepi laun ini sangat panas dan kering dimana kelulut kurang aktif. Sebaliknya kini apabila benyak log kelulut disusun dibawah bumbung jaring hitam ini didakwa koloni kelulut semakin agressif dan produktif. Bagaimana pun sering kali juga bumbung jaring hitam ini menganggu pergerakan kelulut apabila ia terjatuh diatas log kelulut akibat tiupan angin kencang atau pengikat jaring pada bunbung ini terlucut. Kini ia diperkukuhkan dengan menggunakan struktur besi paip (GI) sebagai tiang dan juga struktur daripada katu kuat. 


Diatas jaring hitam dan beberapa lokasi dipasang sistem 'micro jet' yang mana ia menghasilkan semburan air sangat halus. Penulis blog dapati dilapangan ia disambungkan dengan pam letrik yang berada di tepi tong drum yang berisi air bersih. Pam ini dikawal dengan mana jangkamasa (Electrical Timer) yang akan berfungsi selama 10 minit pam berjalan untuk menyembur air kebahagian permukaan jaring hitam (Sila anda lihat foto disebelah). Jangkamasa semburan ini akan diperpanjangkan beberapa minit lagi katika suhu tinggi dan kering dikawasan penternakan. Memang dapat dilihat ada banyak ekor kelulut yang menghampiri jaring hitam untuk menyedut atau minum air diwaktu puncak. Dilihat kawasan susunan log kelulut yang diletakkan dibawah bumbung jaring hitam lebih agressif dari log kelulut yang terjemur panan bersendirian ditepi kebun. Kos pembelian dan pemasangan sistem 'micro jet' misting sprayer system ini murah dan mudah dipasang dilapangan. Apa pun perlu dibuat selenggaraan selalu agar paip tidak tersumbst dan air dapat dibekalkan.


Teknologi paling mudah menyediakan air minuman kepada kelulut adalah dengan memotong tong drum plastik yang dicuci bersih. Kemudain tong ini diletakkan ditempat strategik ditengah kawasan ternakkan atau dibuat beberapa lokasi. Pastikan tong tersebut di letakkan diatas 2 batang kayu agar tidak tergoleh atau airnya tumpah. Masukkan air bersih atau pun air hujan dan kemudian pastikan diletakkan batu atau kayu atau pokok kiambang didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Tujuan kayu, batu dan pokok kiambang atau pokok lotus ini adalah bagi membolehkan kelulut hinggap untuk minum air dalam bekas. Bagaimana pun perlu diingat jika tiada kemudahan hinggap tersebut makan kemungkinan akan ada kelulut yang lemas akibat terjatuh kedalam air. Penulis blog dapat meligat beberapa ekor kelulut pekerja dari log yang berhampran meminum air yang dibekalkan. Tong ini perlu diselenggara agar tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk (termasuk nyamuk aedes) yang merbahaya. Dimestikan dimasukkan beberapa spesis ikan seperti Ikan Guppi (Ikan Gapi) didalam air yang mana fungsinya untuk memakan jentik-jentik dan menapis air didalam bekas. Penyelenggaran dan pemerikssan perlu dibuat terhadap air minuman ini dan perlu ditukar airnya jika berbau, berkeladak atau kelulutmemang tidak mahu singgah. Ini menunjukkan kualiti air yang tidak sesuai. Semuga artikel malam ini dalam anim agro technology mempu memberi info berguna kepada anda semua...!! Wasallam!!..
MEMBEKAL AIR... KELULUT PERLUNYA...
AIR MISTING.. DISEMBUR JARINGNYA...
BUAT BEKAS AIR... KIAMBANG DALAMNYA...
KELULUT SIHAT.. MADU BANYAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak,
Malaysia.
(3 (Safar 1441H).

Saturday, October 5, 2019

SEROJA, TERATAI DAN LOTUS - APA DIA?

TUMBUHAN SEROJA atau TERATAI atau pun LOTUS  (Nelumbo nucifera Gaertn.) adalah spesies tumbuhan air yang berbunga sepanjang tahun. Tumbuhan daripada famili Nelumbonaceae ini mempunyai beberapa nama sinonim lain iaitu Nelumbium speciosum Willd., Nelumbo komarovii Grossh dan juga Nymphaea nelumbo yang juga dipanggil sebagai Water Lily. Dia juga dipanggil sebagai Indian Lotus, Sacred Lotus, Bean Of India dan Egyptian Bean. Dipercayai berasal dari India penulis blog dapati dimana tanaman ini sering kali disebut juga sebagai Teratai (Nymphaea) walaupun sebenarnya keduanya tidak sama. Seroja memiliki tangkai bunga tegak dan bunganya tidak terapung di permukaan air sebagaimana teratai. Akibat kekeliruan ini maka seroja pernah dikenal dengan nama binomial Nelumbium speciosum atau Nymphaea nelumbo. Lotus (genus Nelumbo) merupakan bunga kebangsaan negara India. Kita di Malaysia tidak pelik dengan bunga ini kera ia ada ditanam dibeberapa tempat premis keagamaan, rumah-rumah dan paling mudah dilihat dibeberapa kawasandi taman rekreasi orang ramai. Kita akan melihat tumbuhan ini yang terapong dipermukaan air dan berbunga cantik. Lazimnya timbuhan ini mempunyai tangkai yang  berbentuk silinder yang kosong di tengahnya untuk udara dan ia akan mengapungan tumbuhan tersebut. Daunnya pula memang terdapat di permukaan air dimana ia akan keluar dari tangkai yang berasal dari batang yang berada di dalam lumpur di dasar kolam, sungai atau paya. Tinggi tanaman ini boleh mencapai sekitar satu meter hingga satu setengah meter. Diteliti lanjut akan dilihat dimana daunnya tumbuh ke atas yang meninggi di atas permukaan air. Daun itu biasanya berbentuk bulatan penuh tanpa potongan, bergelombang di bahagian tepi dengan urat daun berkumpul ke tengah daun. Diameter daun dapat mencapai 60 cm. Permukaan daun mengandung lapisan lilin yang menyebabkan air yang jatuh ke permukaan itu membentuk butiran air. Artikel subuh ini daripada tingkat 24 Hotel Berjaya Pulau Pinang saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai tumbuhan seroja atau juga dipanggil teratai dan lotus untuk bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Memang tumbuhan jenis akuatik ini mempunyai bunga dengan diameter sampai 20 cm berwarna putih bersih, kuning atau merah jambu dimana ia akan keluar dari tangkai yang kukuh menjulang di atas permukaan air (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya di Malaysia bunganya kembang pada bulan Julai hingga Ogos dan ia memang cantik. Ada beberapa jenis seroja dengan bentuk dan warna bunga yang beragam. Dari segi kegunaan didakwa dimana bunga Seroja indah dipandang sehingga banyak digunakan sebagai penghias kolam di taman-taman. Dalam pada itu memang didapati bahagian batangnya enak dimakan dan banyak digunakan dalam masakan di Jepun, masakan Cina dan juga dalam masakan India. Batang yang dimakan mentah dapat menjadi sumber penularan parasit Trematoda (sejenis cacing). Pengkelasan varieti lotus ini boleh dibahagikan mengikut 3 citi utama iaitu ciri pada rizom, ciri pada biji dan juga ciri pada bunganya. Ia akan diberikan nama kultivar dimana paling dominan diantara ke tiga ciri tersebut. Berdasarkan kepada penanaman di China dilaporkan lotus ciri rizom merupakan terbanyak dengan ada sebanyak 200,000 hektar ditanam diikuti dengan lotus biji iaitu sekitar 20,000 hektar ditanam. Lotus Rizom merupakan jenis lotus yang paling produktif menghasilkan rizom dan mempunyai bunga paling cantik diantara ketiganya. Jenis ini juga menumbuh dengan saiz paling tingi dimana ia kurang berbunga atau tidak berbunga langsung. Purata hasil yang dituai di China diantara 7.5 - 15 metrik tan sehektar pada bulan biasa bagaimana pun meningkat kepada sebanyak 30 - 45 mt sehektar pada bulan dari Julai sehingga September. 


Dalam pada itu bijinya dilaporkan kaya dengan tepung sehingga boleh dimakan atau diolah menjadi bahan makanan. Biji yang direbus dan kemudian ia dihaluskan dan dicampur gula menjadi isi Kuih Bulan yang dimakan pada Festival Kuih Bulan. Di negara China dilaporkan dimana biji yang masih muda dijadikan minuman pengganti minuman teh. Bahagian yang berlubang-lubang seperti sarang lebah dijual dalam bentuk kering sebagai pelengkap dalam seni menggubah bunga kering (Sila lihat foto disebelah). Tumbuhan seroja atau lotus ini memang tumbuhan akuatik yang boleh dimakan. Biasanga bahagian daunnya yang bersaiz lebar sehingga sering digunakan sebagai pembungkus, terutama pembungkus ikan di pasar tradisional sebelum penggunaan beg plastik menjadi popular. Bahagian-bahagian lain yang dimakan adalah bahagian stolon atau akarnya yang dimasak sup dan menjadi makanan digemari. Di India batangnya ini akan dipotong-potong dan direndam dalam air garam kemudian dikeringkan atau dijerukkan dan dimakan. Bahagian bunga di Korea akan dikeringkan dan diproses menjadi Teh Lotus yang sangat digemari sebagai minuman tradisional. Lebih unik kerana bahagian stamen pada bunga teratai ini diproses untuk menjadi teh premium yang berharga dengan aromanya yang istimewa.


Teknik penanaman seroja boleh dilakukan didalam kolam, paya atau dialam bekas khas dibuat sendiri untuk menakung air (Sila lihat foto disebelah). Tanaman dapat berkembang biak daripada biji yang sudah tua atau pun dengan cara menggunakan bahan keratan batang. Seroja dapat ditanam di dalam pasu berisi tanah berlumpur yang berair dengan dijaga selalu paras air didalamnya. Penulis blog menjumpai beberapa petani di Perak yang menanam luas pokok teratai dikawasan tanah bekas lombong dimana mereka menghasilkan bunga dan batang (stolon) teratai secara komersil untuk pasaran domestik. Mereka akan mempastikan kualiti air didalam kolam sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang sisabaki racun kerana ia akan menjejaskan kualiti stolon atau rizom atau akar yang dihasilkan. Berbalik kepada sejarah mengenai tumbuhan ini dilaporkan dimana di zaman Mesir kuno tumbuhan seroja dijumpai tumbuh bersama-sama dengan Teratai spesies Nymphaea caerulea di pinggiran Sungai Nil. Bangsa Mesir zaman Firaun sangat memuliakan seroja dimana sehingga bahagian bunga, buah dan kelopaknya dijadikan motif dalam pembinaan kuil. Dari Mesir didakwa dimana tanaman seroja dibawa ke Syria dan menyebar ke Iran, India, dan China. Pada tahun 1787, Sir Joseph Banks membawa seroja ke Eropah Barat untuk ditanam di dalam rumah kaca di taman bunga awam. Pada masa ini negara China menanam 70% daripada penggunaan produk seroja didunia dengan mereka menanam seluas 300,000 hektar diseluruh negara. Mereka menanam didalam kolam atau dikawasan sawah padi terpilih. Sistem tanaman giliran (crop rotation) diantara sayuran dan lotus ini adalah kaedah penanaman paling popular di China. Semuga artikel ini memberi kefahaman kepada pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
NAMA POKOK TERATAI... JUGA SEROJA...
TANAMAN AKUATIK... DALAM AIR SAHAJA...
AKAR DAB BUNGA.... BERNILAI BIJINYA...
BACA ARTIKEL... TERIMA MAKLUMATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Suite Room No 2412,
Hotel Berjaya, Jalan Burmah,
Pulau Pinang, Malaysia.
(21 Muharam 1441H). 

Friday, October 4, 2019

KOKO MINDA - PRODUK MINUMAN HEBAT

KOKO MINDA merupakan satu produk berasaskan koko milik usahawan bumiputra yang beroperasi di Tapak Halal-Hub Serkam, Merlimau, Melaka dimana penulis blog sempat buat tinjauan. Lawatan ke Premis ini telah di sambut oleh pengasasnya iaitu tn Hj Salm dan Penurus Pemasaran Syarikat En Daing Fadzil sipintu masuk kilang. Rombongan ini yang turut dihadiri sama oleh Pengarah Pertanian Negeri Melaka dan Pegawai Pertanian Daerah Jasin dan pegawai lain tiba jam 8.30 pagi dimana operasi kilang sudah berjalan. Produk utama syarikat inii adalah menghasilkan pelbagai produk minuman beasaskan koko dengan kapasiti untuk pasaran domestik dan eksport. Kilang milik bumiputera ini sebenarnya sebuah kilang bumiputera yang menghasilkan produkk halal dengan pelbagai pengiktirafan seperti Sijil MeSTI, HALA dan sebagainya. Setakat ini pasaran produk Koko Minda adalah diseluruh negara tetapi paling aktif di Melaka dan Terengganu. Pengasas Syarikat nyatakan bagaimana kepentingandalam menghasilkan minuman berasaskan koko yang memberikan kecergaan kepada minda terutama murid sekola dan juga selamat dimakan untuk jangkamasa panjang. Beliau yang mendapat pelbagai isentif daripada kerajaan semakin melangkah maju diasa akan datang dengan peralatan dan mesih canggih. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya kongsi info mengenai tinjauan teknologi ke Kilang Koko Minda di Melaka untuk bahan rujukkan anda.


Menurut pengurus En Daing memberitahu dimana syarikat Koko Minda sasarkan jumlah jualan RM12 juta pada tahun ini. Syarikat pengeluar produk berasaskan koko, Koko Minda Food Industries (M) Sdn. Bhd. (Koko Minda) menyasarkan jualan kira-kira RM12 juta bagi tempoh setahun sehingga perte­ngahan 2019.  Kini usaha mempromosikan produk mereka akan diperluaskan ke Asia Barat dan Eropah menerusi Expo Halal Dubai dan Expo Halal OIC dengan kerjasama konsultan pemasaran luar negara dikenali dengan nama Geo Artha Worldwide Trading. Mereka kini meluaskan pasaran produk koko ke peringkat antarabangsa kerana mendapat permintaan yang tinggi. Syarikat juga telah cuba melakukan pembungkusan baharu bagi Koko Minda bersesuaian dengan penerimaan luar negara. Mereka juga akan membawa produk ini memasuki koperasi di universiti-universiti tempatan bagi meningkatkan jualan. Kini sebagai syarikat pengeluar produk mereka akan bekerjasama bagi meningkatkan pemasaran Koko Minda di dalam dan luar negara. Kini produk Koko Minda yang mula dipasarkan pada Oktober 2010 memperoleh hasil jualan sebanyak RM5 juta sejak 2014 dimana ini sekali gus menunjukkan peningkatan permintaan termasuk pemasaran di peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT). CEO Syarikat kini yakin dengan pembungkusan baharu yang dibuat akan memberi impak besar. Kami akan menerima kunjungan sebuah syarikat Jerman bagi menjalin kerjasama yang lebih serius dalam meluaskan lagi pemasaran produk ini.


Dalam pada itu projek perintis Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilaksanakan di daerah Jasin dimana ia mampu membawa usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan desa keluar daripada 'kepompong' dan meneroka pasaran global yang lebih luas. Akhbat tempatan pernah laporkan dimana Pengurus Koko Minda Food Industries (M) Sdn Bhd (Koko Minda) Daing Muhamad Fadzil memfokuskan kepada penyediaan Internet berkelajuan tinggi dan ia bakal menjadi platform untuk usahawan menjadi sebahagian daripada rantaian perdagangan dunia. Belau percaya bukan Koko Minda sahaja ia bahkan lebih ramai pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dapat menceburi bidang perniagaan menerusi e-dagang, selaras perkembangan terkini Revolusi Industri 4.0 yang berteraskan teknologi digital. Pelan itu juga menetapkan sasaran untuk mewujudkan perkhidmatan Internet berkelajuan Gigabit di kawasan perindustraian berimpak tinggi dan strategik terpilih menjelang 2020 dan di semua ibu negeri menjelang 2023. Komunikasi dua hala dengan para pembekal dan pembeli berpotensi di luar negara sememangnya perlu menggunakan Internet berkelajuan tinggi, termasuk penyertaan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) iaitu kemudahan dalam talian kepada peniaga-peniaga tempatan untuk menembusi pasaran China. Kini di Kawasan Perindustrian Melaka Halal Hub, Serkam di sini misalnya kita hanya mampu dalam mereka menggunakan Streamyx pada kelajuan lapan megabit sesaat (Mbps), sedangkan PKS memang tidak dapat lari dengan pemasaran dalam talian menggunakan laman sesawang e-marketplace serta aplikasi Instagram, Facebook dan Twitter. Pengusaha PKS sememangnya sedar akan pentingnya usahawan desa dengan kemahiran e-Dagang melalui program latihan bersepadu yang telah diaturkan di pe­ringkat negeri dan daerah dalam memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.


Kilang Koko Minda ini mampu menghasilkan aebanyak 4 tan produk minuman koko mida dalam sehari. Mereka mempunyai 12 buah mesin yang mana kini hanya 5 mesin sahaja yang beroperasi penuh kerana jadual pemasaran mengikut permintaan. Beberapa pekerja OJU diambil berkerja dikilang ini sebagai satu usaha CSR yang patut dibanggakan. Terdapat 6 produk utama yang dihasilkan oleh Koko Minda iaitu dinamakan KMP Collagen, KMP Nenas, KMP Susu Kambing, KMP Mocha, KMP Junior dann juga KMP Strawberi untuk pasaran domestik dan eksport (Sila lihat foto dibawah). Semua bahan mentah didapatkan bekalannya mematuhi sistem persijilan halal dan diproses dengan ,esin dan peralatan moden. Ia dibungkus dalam pelbagai benuk daripada dalam sachet kecil sehingga kepada sistem pembungkusan yang sederhana saiznya. Mempunyai rangkaian pasaran dan pengedaran dilaporkan syarikat ini mempunyai sistem pemasaran melalui on-line. Pada penulis blog banyak maklumat diberikan oleh CEO Syarikat Koko Minda didalam memilih minuman yang berkhasiat dan selamat dimakan dan dahulukan produk bumiputra. Semuga artikel ini memberi info berguna kepasa semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENINJAU KILANG... MILIK BUMIPUTRA...
PRODUK ASAS KOKO... ENAK RASANYA...
IA BERKHASIAT... JAMINAN KUALITI ADA...
INFO DITULIS... KINI ANDA PENGGUNA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana 2, Taman Cendana,
Persimpangan Bukit Beruang, 
Bandar Melaka, Melaka, 
Malaysia.
(30 Muharram 1441H).

Thursday, October 3, 2019

GUARANA DI MALAYSIA - APA STATUS?

POKOK GUARANA DI MALAYSIA?... Apakah kini status penanaman tumbuhan tersebut setelah sekian lama viral dan dipaparkan didalam akhbar utama di Malaysia?. Pada penulis blog mendapati mungkin ramai dikalangan orang Malaysia yang kali pertama mendengar tumbuhan ini apabila Ketua Pengarah Pertanian membuat satu sidang akhbar mengenai "Kerajaan larang bawa masuk Guarana" pada 26 Julai 2017 di Ibu Pejabat Jabatan Pertanian, Putrajaya. Pokok Guarana atau Guaraná dengan nama saintifiknya sebagai Paullinia cupana adaah tanaman yang tiada di tanam di Malaysia sebelum ini. Ia juga mempunyai nama saintifik lain sebagai Paullinia crysan dan Paullinia sorbilis daripada famili Sapindaceae. Pokok guarana ialah sejenis pokok herba yang berasal dari Venezuela dan utara Brazil. Pokok guarana mengeluarkan daun yang lebar dan bunga berjambak dimana ia terkenal dengan buahnya yang sebesar biji kopi (Sila lihat foto diatas). Daripada lamanweb yang dirujuk ada menunjukkan pokok ini menghasilkan buah yang berwarna kemerahan dan ada 'mata' dimana ia jelas dapat dilihat apabila cukup matang. Biji buah guarana yang telah diproses didakwa boleh dijadikan perangsang sistem saraf pusat untuk kesihatan tubuh. Bijinya mempunyai dua kali lebih kafein dari biji kopi(lebih kurang 2-4.5% kafein di dalam biji Guarana berbanding dengan hanya sekitar 1-2% untuk biji kopi (Coffea spp). Sepertimana tumbuhan lain yang mampu untuk menghasilkan bahan kafein (caffien) dimana ada kajian dimana sebenarnya ada bilangan tinggi atau pun konsentrasi kafein pada buah dan biji guarana menjadi pertahanan semula jadi bagi menghalau herbivor. Kegunaan buah daripada tumbuhan ini memang masih belum diketahui dikalangan orang Malaysia kecuali mereka yang pernah berkunjung dinegara dimana pokok itu ditanam. Apakah ia sesuai untuk ditanam di negara kita bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil getah?. Apakah tumbuhan ini tidak membawa penyakit dan perosak yang merbahaya kepada tanaman lain dinegara kita. Bagaimanakah nanti jika pokok ini berbuah dan amalan agronominya. Penulis kurang pasti kalau pihak tertentu di Malaysia mempunyai simpanan bahan tanaman pokok guarana ini. Saya ada menulis artikel mengenai tumbuhan ini pada 17 Oktober 2016 apabila ada pihak iaitu RISDA yang ingin membawa masuk tumbuhan ini untuk dikomersikan (Sila klik Disini). Bagaimana pun hanya setahun lebih kemudian pula baru dikeluarkan kenyataan larangan ini. Artikel malam Khamis ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengeai isu larangan ini seperti laporan sidang akhbar yang dikeluarkan. 


Dalam satu laporan dimedia menunjukkan sebuah Syarikat N.U.E. Technologies Sdn Bhd mencadangkan penanaman guarana sebagai satu tanaman alternatif di Malaysia. Bagaimana pun Jabatan Pertanian memberi maklumbalas dimana larangan terhadap pengimportan bahan tanaman atau tumbuhan termasuk guarana daripada Brazil dan kawasan tropika Amerika masih berkuatkuasa kerana ini dikhuatiri akan membawa penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB). Pengimportan ini boleh menjejaskan industri tanaman Getah (Hevea brazilliensis), Kelapa Sawit (Elaeis guineensis) dan juga tanaman Koko (Theobroma cacao) negara ini. Kebenaran import bagaimana pun boleh diberi kepada mana-mana syarikat atau individu yang memohon pengimportan bahan tanaman guarana dengan mematuhi semua syarat-syarat pengimportan mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976, Akta MAQIS 2011 dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 tanpa memberikan hak ekslusif kepada mana-mana pihak.


Antara beberapa syarat-syarat untuk tujuan pengimportan bahan tanaman tersebut termasuk perlu Pemeriksaan Verification of Cmpliance (VOC) dan rawatan kuarantin di Brazil (negara asal) dan juga di Negara Transit atau negara ke tiga (negara bukan pengeluar getah) iaitu selaras dengan garispanduan standard antarabangsa ISPM 20. Syarat kedua adalah dimana diperlukan Sijil Fitosanitassi (Re-export PC) daripada negara asal (Brazil) dan juga Sijil Fitisanitasi eksport semula (Re-export PC) daripada negara ke tiga. Ke tiga syarat yang mesti dipatuhi adalah dimana pemeriksaan oleh pegawai pemeriksa atau pegawai penguasa di pintu masuk negara. Ke Empat adalah syarat kuarantin selepas masuk yuntuk tempoh 6 bulan di premis yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian Malaysia. Perkara ini penting walau pun ada beberapa syarikat dimana mereka mendakwa telah mendapat kelulusan mambawa masuk bahan tanaman guarana daripada Brazil tetapi status sebenar kelulusan belum ada kepastian. Syarikat ini menggunakan surat arahan untuk memenuhi starat-syarat kemasukkan daripada Jabatan Pertanian sebagai 'surat kebenaran' membawa masuk benih guarana ini. Ia adalah mengelirukan petani yang berminat menanam guarana dengan pakej yang ditawarkan.


Bagaimana pun ada satu dakwaan daripada Syarikat iaitu Sykt Ritz Coporate Holding Bhd yang ada mengusahakan tanaman guarana. Dakwa meraka guarana juga dipanggil sebagai Guarana, Brazillian Coco, Guar Gum dan Zoom (Nama yang mengerunkan bila disebut). Tumbuhan daripada famili Sapindaceae ini berasal dari Brazil diimport pada tahun 2017 (dipercayai tanpa permit import daripada Jabatan Pertanian - atau di seludup). Tindakan kuarantin telah pun dikenakan terhadap bahan tanaman tersebut selama 6 bulan lamanya. Dilaporkan dimana selepas tempohmasa kuarantin tamat maka pihak syarikat telah menanam di 9 buah lokasi seluruh Semenanjung Malaysia seluas 120 hektar mereka terus dipantau oleh beberapa pihak berwajib. Hasil tuaian pertama dilaporkan pada April 2019 (jangkamasa tanaman selama 1 tahun 20 hari) atau tempoh berhasil selama 14 - 15 bulan lamanya. Tempoh berhasil tahun kedua pula adalah dijangka pada 6 bulan kemudian atau boleh melakukan 2 kali tuaian setahun. Didakwa tanaman ini boleh hidup selama 20 tahun dengan jangkaan harga buah guarana RM80.00/kg dan daun guarana dijual dengan harga RM30.00/kg. Didakwa juga produk dari tanaman guarana termasuk Ekstrak Guarana, Tepung Guarana, Minyak Masak Guarana, Kopi Guarana, Mineral Water Guarana Booster dan beberapa lagi. Bagaimana pun sehingga kini belum ada laporan terkini produk tersebut dipasaran. Saya ada menerika sekotak Kopi Guarana dari Pulau Pinang dimana ada menulisnya didalam blog saya sebelum ini (Sila klik disini). Produk kopi Guarana Cappuccino ini dibungkus dengan paket menarik seberat 30 gram satu sachet yang sesuai untuk dijadikan secawan kopi pekat dan manis. Produk ini mempunyai tanda 'HALAL' dengan jelas dimana ia merupakan produk 5 dalam satu yang mengandungi bahan Kopi Segera Arabica, Gula, Krimer, Koko dan pastinya Guarana. Kopi yang dijual dengan harga kilang RM13.00 satu paket ini mengandungi 10 buah sachets.


Apa yang penulis blog paling minat hendak melihat adalah mengenai Anggaran Kos Pengeluaran dan Pendapatan Tanaman Guarana. Mula-mula didakwa anggaran minima hasil tanaman guarana semusim mencecah hingga RM240,000 iatu satu angka yang menggemparkan!. Bagi keluasan tanam satu ekar (0.4 hektar) ia boleh ditanam sebanyak 300 pokok guarana. Jarak tanaman yang disyorkan adalah 8 - 10 kaki antara barisan dan pokok. Apabila pokok matang dijangka anggaran hasil adalah sebanyak 10 - 20 kg sepokok atau jika dikira sifir jadi 300 pokok X 10 kg buah X RM80.00/kg menjadi pendapatan kasar RM240,000.  Anggaran kos pengeluaran pula adalah sebanyak RM81,800.00 dimana komponen kos adalah sebanyak RM16,800 (RM1,200 x 14 bulan), Kos benih tanaman sebanyak RM15,000 (RM50 sepokok x 300 pokok) dan kos untuk bahan input serta sistem pengairan sebanyak RM50,000 seekar. daripada analisa tersebut jika hendak mengira untung rugi maka di tolak RM240,000 - RM81,800 menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM158,200 selama 14 bulan operasi untuk seekar tanaman guarana. Jika dikira jangkamasa tanaman seama 14 bulan untuk pendapatan tahun pertama maka purata pendapatan bulanan adalah sebanyak RM11,300 sebulan. Wow!... jumlah ini sudah mengalahkan gaji penjawat awam Gred JUSA!. Apa pun artikel ini hanya mengupas bebarapa dakwaan daripada beberapa sumber termasuk dialog, facebook, akhbar tempatan dan juga komunikasi personel. Semua anda semua mendapat info berguna membaca artikel dalam anim agro kali ini. Wasallam!!...
MASIH VIRAL... TANAMAN GUARANA...
BENIH DIIMPORT... KEBENARAN TIADA...
SUDAH DITANAM...PRESTASI MACAMANA...
BACA ARTIKEL... MASIH KELIRU JUGA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 814, PineTree Hotel,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(1 Safar 1441H).
Posting Dari;
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri, Sarawak.

Wednesday, October 2, 2019

HARI KOPI SEDUNIA - APA DIA?

HARI KOPI SEDUNIA (International Coffee Day) disambut pada tarikh 1 Oktober telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia telah dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat dunia masa kini. Penulis blog diberitahu air mineral merupakan jenis air minuman paling banyak diminum oleh manusia dimukabumi ini dan ia diikuti dengan minuman kopi. Saya sudah menulis mengenai teknologi kopi dari segi varieti, penanaman, pemprosesan, khasiat dan sebagainya dalam blog ini melebihi daripada 6o buah artikel dimana ianya menjadi rujukan utama di Malaysia, USA dan Indonesia mengikut Global Ranking. Anda boleh membuat akses sebahagian daripada artikel pasal kopi dengan pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila Klik Disini), (Sila klik disini) dan berpuloh lagi. Kopi yang mengandungi bahan Caffien merupakan satu daya tarikan kenapa semakin ramai penduduk dunia meminum kopi. Persaingan hebat kini berlaku diantara syarikat-syarikat restoren penyedia minuman kopi bertaraf antarabangsa seperti Starbuck, DoiChang Cofee, World Coffee dan sebagainya menjadikan minuman kopi ini semakin dinaikkan kelasnya. Kalau dahulu minum kopi 'O' hanya RM0.50 secawan akan tetapi kini mencecah kepada lebih M50.00 secawan sepeti minuman Kopi Luwak (Kopi Tahi Musang) yang dianggap premium. Bagaimana pun minuman kopi adalah berasal daripada tanaman kopi yang diambil bijinya dan diproses melalui pelbagai cara sehingga menghasilkan serbuk (powder), cecair (liquid) atau  dalam bentuk lain yang boleh dijadikan minuman atau bahan perisa makanan lain (kek, roti, bekeri dan sebagainya). Bagaimana pun pada 1 Oktober 2019 ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya menulis megenai Hari Kopi Sedunia yang disambut sebagai mengikuti saranan oleh Pertubuhan Kopi Sedunia untuk dijadikan bahan rujukan anda semua.


Penulis blog membuat sedikit rujukan dimana didakwa bahawa minuman kopi telah diambil manusia sejak kurun ke 9 lagi dimana bahan caffiene yang ada didalamnya dapat memberikan kepuasan kepada peminumnya. Peminum biasanya akan merasai ''pahit'' pada tekak selepas meminum kopi dan kajian penulis blog menunjukkan ramai orang Malaysia yang minum kopi bersama gula atau dengan susu dipanggil Kopi Susu atau Kopi sahaja. Kopi yang dicampur dengan gula sahaja di Malaysia dipanggil sebagai ''Kopi - O'' atau kopi hitam. Di hotel-hotel atau pejabat yang disediakan mesin pembancuh kopi canggih pula dimana ada pelbagai jenis jenama kopi yang di sediakan seperti Kopi Mocha, Kopi Expresso, Kopi Latte, Kopi Americano, Kopi Cappucino, Kopi Affogato, Kopi Machianto, Kopi Picolo, Kopi Black-White dan juga Cafe Au Lait. Kesemua jenis minuman berasaskan kopi ini dibezakan mengikut seduhan dan cara pembuatannya serta campuran yang digunakan. Sebagai contoh Expresso adalah minuman kopi yang gunakan 'single  shot' ekstrak kopi atau dipanggi ' 1 shot expresso'. Sementara itu Kopi Latte yang selalu juga penulis blog minum apabila kombinasi membuatnya dengan satu shot expresso dengan satu shot steam dan buihnya (campuarn 2/3 expresso dan 1/3 air). Jenis Kopi Mocha pula adalah minuman kopi disediakan dengan expresso bersama susu dan coklat dimana kadar komposisinya adalah 1/5 susu, 2/5 coklat dan 2/5 expresso. Penulis blog sering juga tekan butang Cappucino (sedap namanya) dimana ia disediakan dengan satu shot expresso dengan susu stim dan buih yang lebih tebal dengan komposisinya adalah 1/3 buih susu dan 1/3 susu. Semua ini ada dipaparkan dalam pautan berikut (Sila klik Disini). Apa pun dulu saya tidak kenal dengan nama-nama minuman kopi ini akan tetapi kini sudah pandai memilihnya apabila ada yang percuma. Bagaimana pun saya elakkan minum kopi sebelum tidur kerana susah untuk tidur dimalam hari.


Dalam kapalterbang Business Class dari KLIA ke Miri pada 1 Oktober 2019 penulis blog membaca suratkhabar The Star dimana ada dinyatakan 'What Do You Know about International Coffee Day' yang menarik minat penulis blog. Di tulis fakta dimana kopi ada dua jenis utama iaitu ARABICA dan ROBUSTA. Dia tidak menyebut langsung pun Kopi LIBERICA. Ini kerana penggunaan kopi dunia 70% adalah dari jenis Arabica dan 28% dari jenis robusta sementara 2% sahaja dari lain jenis termasuk Liberica. Peliknya di Malaysia 95% kopi yang dijual dikampong dakwanya adalah datang daripada kopi Liberica yang hanya ditanam 1% sahaja dalam dunia. Fakta ini penulis blog tidak setuju kerana Malaysia kini mengimport banyak kopi Arabica dan Kopi Robusta terutama dari Indonesia dan Vietnam untuk diproses. Dalam pada itu dilaporkan The Star dimana KOPI LUWAK merupakan minuman kopi paling mahal didunia sehingga ia mencecah US$500 (RM2,000) sekilogram. Kopi Luwak atau Kopi Tahi Musang kini dihasilkan dengan komersil di Indonesia (Sila klik DIsini). Fakta seterusnya dinyatakan dimana biji kopi mentah biasanya ada 3 warna iaitu MERAH, KUINING dan HIJAU sebelum ianya digoreng (roasted). Pelik tetapi benar kerana kopi adalah produk dagangan kedua tertinggi didunia selepas PETROLIUM. Dalam pada itu dinyatakan dimana jika Krim (cream) dicampurkan akan membolehkan minuman kopi dalam keadaan panas dengan lebih lama.  Bahayanya dimana jika minum kopi dengan dos berlebihan iaitu 30 cawan diminum sekali dalam masa sama maka ia boleh menyebabkan KEMATIAN (Lethal). Orang Findland (Finn) dilaporkan pengguna paling tinggi kopi didunia dengan setiap rakyatnya meminum sebanyak 12.5 Kg kopi dalam setahun. Biji Kopi Merah didakwa mempunyai aroma terbaik serta kurang berasid serta hasilkan kopi yang lembut (lighter coffees). 'White Coffee' yang popular di Malaysia di goreng dua kali dimana semasa gorengan kedua dicampurkan gula, margerin dan garam untuk menambahkan keenakan perisa kopi tersebut. Sila baca tulisan sebelum ini (Sila klik disini).  Penulis blog berpengalaman melawat lebih daripada 75 buah kilang kopi diseluruh negara semasa menjaga pengimportan biji kopi mentah pada tahun 2014 - 2016. Kopi Pheewit oleh Penyanyi Rocker Amy Search adalah sejenis campuran minuman kopi dengan nanas yang enak (Sila lihat foto disebelah). Kopi nanas kini menjadi popular hasil kempen oleh Bekas Ketua Pengarah LPNM lepas iaitu saya sendiri. Terkini terdapat 5 syarikat pengeluar kopi nanas di seluruh negara yang beroperasi.


Mengenai Hari Kopi Sedunia wajar kita mengetahui akan 10 fakta mengejutkan tentang kopi. Kopi paling mahal di dunia berharga RM220 secawan dibayar oleh mereka yang fanatik terhadap minuman kopi. Sempena dengan sambutan ini, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan pembaca blog. Pertama adalah kisah dimana sekumpulan masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila ternakan kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi. Kedua adalah jika anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur sebenarnya adalah tidak perlu!. Ini kerana manusia akan menghasilkan sejenis hormon iaitu dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya anda minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun. Fakta ke 3 adalah dimana buah kopi dipanggil 'coffee berries'. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai 'bean' atau 'kacang' kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang. Ke 4 dimana di negara Turki, pada satu ketika dahulu memang pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi dengan jumlah yang mencukupi!... Ini budaya yang aneh. Ke 5 dimana kopi kini berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling popular di dunia iaitu selepas air kosong (plain water). Ke 6 dimana hasil kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya dimana dalam Mesyuarat ASEAN Cofee and Tea di Doi Chang yang saya hadir dibuat ujian tersebut oleh pakar kopi dunia. Pergunungan Doi Chang di urata Thailand adalah kawasan penanaman kopi organik yang popular didunia (Sila klik disini).  Ke 7 dimana diantara unsur kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak. Fakta ke 8 dimana kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee dimana ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220). Fakta ke 9 adalah dimana jika meminum 100 cawan kopi sehari cukup untuk ianya membunuh seorang manusia. Fakta yang ke 10 adalah dimana sebenarnya Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906 dimana anda boleh paut terus tulisan saya (Sila Klik Disini). Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.


Dalam pada itu sempena Hari Kopi Sedunia yang disambut pada 1 Oktober setiap tahun terdapat pelbagai pihak meraikannya dengan pelbagai program bertujuan untuk tujuan meningkatkan kesedaran masyarakat kita mengambil minuman berkenaan secara sihat. Menyokong usaha itu jenama kopi terkemuka Nescafe mengambil inisiatif menganjurkan kempen Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan Nescafe. Syarikat minuman kopi terbesar itu turut meraikan ulang tahunnya penubuhannya ke-80 di negara ini dan mereka kini mengambil inisiatif memulakan kempen dengan siri jelajah ke seluruh negara. Kempen itu bermatlamat untuk merayakan dan memperingati saat indah sejak mula dicipta di Switzerland. Pihak Syarikat berusaha membina jenama kopi terbaik dunia, terutama di Malaysia. Pengeluar kopi ini berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, Nescafe sentiasa mencipta inovasi menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua dalam cara yang paling digemari mereka. Mereka kini mempelopori pengalaman minuman kopi yang inovatif sejak tahun 1938 iaitu apabila Nestle ditugaskan mencari kaedah memproses biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil. Setelah menjalankan penyelidikan dengan penuh dedikasi dimana Nestle membuat serbuk yang dapat mengekalkan perisa kopi. Kini jenama ini terus komited menawarkan saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari. Sempena jelajah pada kempen ini pelbagai aktiviti menyeronokkan dianjurkan antaranya dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju; Putar dan Menang dan tawaran cabutan bertuah untuk pengunjung. Semuga artikel kali ini memberi info berguna kepada smeua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
HARI KOPI SEDUNIA... 1 OKTOBER DIA...
KEDUA TERBANYAK... DIMINUM MANUSIA...
PERTAMA PETROLIUM...DAGANG KOPI KEDUA...
BACA ARTIKEL... BARULAH FAHAM SEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 1216, Executive Suite,
Hotel Mega, Miri,
Sarawak, Malaysia.
(2 Safar 1441H).

Tuesday, October 1, 2019

LANCAR BAKA KAMBING 'BK' - SATU KEJAYAAN

KAMBING BAKA KACUKAN 'BK' telah dilancarkan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di MARDI Kluang, Johor. Penulis blog yang turut hadir didalam majlis tersebut juga dapat melihat akan kambing BK yang dinatakan baka kambing baru untuk oenternak di Malaysia. Bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyaksikan dimana Datuk Salahuddin Ayub  mendukung kambing baka baharu yang diberikan nama “BK” pada majlis khas perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan serta melancarkan baka baharu kambing Mardi, di Stesen Mardi Kluang. Dalam media tempatan ditulis tajuk pening iaitu MARDI lancar baka kambing baharu dikenali 'BK' dengan jayanya. Lebih daripada 500 orang pegawai, penternak, pelajar Institut, Usahawan Muda dan Persatuan hadir didalam majlis ini dan berpeluang melihat akan kambing bak abaru ini. Baka kambing baharu ini yang mana ia kemudian dikenali sebagai ‘BK’ dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dimana ia sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin. Lawatan kekandang lembu dan kambing serta unggas ini untuk VIP kemudian diikui dengan pameran dibuka kepada orang ramai. Apa yan penulis blog tertarik pada pameran unggas adalah Puyuh Daging yang besar, Ayam Turkey, Ayam Peacock, Ayam Pedaging Baka Baru dan beberapa lagi. Di Kawasan Lembu dipamerkan beberapa baka BrakMas iaitu baka lembu kacukan antara Lembua Brahman dengan Lembua Kedah Kelantan (KK) iaitu lembu tempatan. Beberapa baka lembu lain dipamerkan di MARDI ini dimana kajian mengenainya terus dijalankan. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya berkongsi info mengenai pelancaran baka Kambing BK iaitu Kacukan diantara Kambing Boer dengan Kambing Katjang di MARDI Kluang untuk rujukkan anda.


Dalam pada itu dimaklumnyan olen YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub iaitu Baka Kambing BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan. Dakwanya di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram. Beliau ucapkan syabas dan tahniah kepada MARDI atas inovasi ini. Hari ini kita dapat menyaksikan baka baharu ini yang dengan rasminya saya namakan ‘BK’ bersempena nama gabungan Boer dan Katjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran baka baharu BK dan perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Mardi, di sini hari ini. Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor, YB Exco Pertaian Negeri Johor YB Hj Koshrin, Ketua Pengarah Jabatan Verterinar Malaysia Dato' Quaza, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pertanian Malaysia, Dato' Mohd Anim dan beberapa lagi kenamaan lain. Dinyatakan kepada sidang akhbar dimana di antara kelebihan BK adalah kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus, daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis, serta umur sesuai dibiakkan lebih awal. Baka Kambing BK juga lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan jangkitan parasit, manakala binaan badan juga lebih berotot serta kurang lemak.


Dakwa YB Menteri dimana dia tidak ragu lagi dengan kemampuan yang dimiliki MARDI terutamanya dalam kejuruteraan genetik. Saya rasa ramai saintis kita setanding saintis dunia. Dalam pada itu berlau nyatakan ada isu mengenai bagaimana hasil penyelidikan ini dapat dikomersilkan pada akan datang. Bila semua hasil penyelidikan ini dapat dikomersilkan dakwanya barulah kita dapat tambah pendapatan isi rumah terutamanya golongan B40. Beliau nyatakan dimana MARDI perlu menambah ketika ini jumlah baka kambikng bakaBK ini daripada sebanyak 80 ekor kambing BK di COE Ternakan MARDI seberapa segera untuk penternak dapat membiakannya. Sementara itu Ketua Pengarah MARDI nyatakan COE Ternakan MARDI disini merupakan transformasi naik taraf Mardi Kluang dan juga merupakan COE ketiga dilancarkan selepas COE Buah-Buah Tropika di MARDI Sintok, Kedah, serta COE Padi di Mardi Seberang Prai, Pulau Pinang. Menurutnya proses iaitu transformasi ini penting untuk memastikan penyelidikan dan pemindahan teknologi yang dijalankan lebih strategik, lebih holistik dan menepati kehendak industri masa kini, yang berbeza dari kehendak industri hampir 50 tahun lepas,” katanya.  Penulis blog amat tertarik dengan baka lembu BrakMas yang seberat 680 kg dalam masa 24 bulan (Sila lihat foto disebelah). Baka ini merupakan baka lembu yang sesuai unuk iklim Malaysia yang panas dan lembap.


Dalam laporan akhbar lain bertajuk ''Mardi lancar baka kambing baharu dikenali BK'' paparkan berita daripada Daerah Kluang dimana baka kambing baharu, dikenali sebagai ‘BK’ dilancarkan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) hari ini, sekali gus bakal memenuhi kehendak pasaran selain memastikan bekalan makanan negara ini terus terjamin. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, BK merupakan kacukan antara baka kambing Boer betina dan baka kambing Katjang jantan, di mana hasilnya menjadi baka BK yang bersaiz sederhana besar dan sesuai untuk pasaran domestik pada umur dua tahun dengan berat antara 45 dan 55 kilogram. “Syabas dan tahniah kepada Mardi atas inovasi ini. Hari ini kita dapat menyaksikan baka baharu ini yang dengan rasminya saya namakan ‘BK’ bersempena nama gabungan Boer dan Katjang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran baka baharu BK dan perasmian Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Inovasi (COE) Ternakan Mardi, di sini hari ini. Salahuddin berkata antara kelebihan BK adalah kadar pertumbuhan dan kebuntingan yang tinggi sehingga 93 peratus, daging yang akan dihasilkan kurang berbau hamis, serta umur sesuai dibiakkan lebih awal. Baka Kambing BK juga lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan jangkitan parasit, manakala binaan badan juga lebih berotot serta kurang lemak. “Saya tidak ragu lagi dengan kemampuan yang dimiliki Mardi terutamanya dalam kejuruteraan genetik. Saya rasa ramai saintis kita setanding saintis dunia. “Tetapi isunya adalah hasil penyelidikan ini dapat dikomersilkan pada akan datang. Bila dikomersilkan, barulah kita dapat tambah pendapatan isi rumah terutamanya golongan B40,” katanya dengan menambah ketika ini terdapat 80 ekor kambing BK di COE Ternakan Mardi. Sementara itu, Mohamad Roff berkata COE Ternakan Mardi merupakan transformasi naik taraf Mardi Kluang dan merupakan COE ketiga dilancarkan selepas COE Buah-Buah Tropika di Mardi Sintok, Kedah, serta COE Padi di Mardi Seberang Prai, Pulau Pinang. “Transformasi ini penting untuk memastikan penyelidikan dan pemindahan teknologi yang dijalankan lebih strategik, lebih holistik dan menepati kehendak industri masa kini, yang berbeza dari kehendak industri hampir 50 tahun lepas,”. BERNAMA. Semuga laporan ini memberi info berguna kepada semua pembava bog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
BAKA KAMBING ... DIBERI 'BK' NAMANYA...
MARDI KLUANG... IA DI BIAK BAKANYA...
CEPAT MEMBESAR...BAIK DAGINGNYA...
PERLU DIKEMBANG...DENGAN SEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 8814, hotel PineTree,
Batu Pahat, Johor,
Malaysia.
(1 Safar 1441H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...