Support My Blog

Tuesday, February 5, 2019

MENTERNAK ITEK TELUR - LAPOR MEDIA

MENTERNAK ITEK TELUR (Duck Egg) merupakan salah satu aktiviti penternakan yang agak kurang diceburi oleh orang bumiputra di Malaysia. Pada masa ini telur itek satu jenis telur yang semakin mendapat permintaan yang tinggi dikalangan ramai penduduk Melayu di Malaysia terutama dalam bentuk Telur Itik Masin. Telur itik mempunyai kulit yang berwarna putih krim dengan saiz yang lebih besar daripada telur ayam biasa. Ia berkulit tebal dengan kandungan isinya juga lebih banyak. Pada penulis blog yang telah menulis beberapa artikel mengenai ternakan itik memang sering juga membuat tinjauan kelokasi penternakan itik telur dan itik daging (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan beberapa kali lawat projek membuat telur masin. Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dimana ia dikelaskan dalam kategori burung. Itik Telur juga kebiasaannya ialah jenis burung akuatik yang bersaiz lebih kecil daripada saudaranya iaitu angsa dan sering juga ianya ditemui di air tawar dan sesekali ada pada air laut. Umumnya ternakan itik memang dipelihara untuk daging atau telurnya bergantung kepada spesisnya. Di Malaysia dari maklumat yang saya kumpulkan antara negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Apa pun kebanyakan haiwan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil tetapi kini ada makanan formulasi berbetuk pelet yang dijual. Terdapat beberapa usahawan bumiputra menternak itik untuk penghasilan telur seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya teruskan menulis mengenai usaha menghasilkan itik telur yang didakwa mudah untuk ianya diuruskan dan dilaporkan oleh media tempatan mengenai potensi dan kejayaan usahawan.

Dalam akhbar My Metro bertajuk "Mudah urus itik penelur" memang En Abdullah boleh dijadikan contoh sebagai usahawan itek penelur. Beliau bermula dengan cara menternak lima itik penelur sebagai aktiviti memenuhi masa lapang di belakang rumah enam tahun lalu dan kini jumlah ternakan bertambah kepada 4,000 ekor (Sila lihat foto disebelah). Kini hasil telur dan jualan yang semakin meningkat turut menjadi pendorong kuat buat bapa kepada dua anak ini untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap projek berkenaan tanpa rasa jemu. Dia kini mampu untuk  menghasilkan 2,500 -  2,900 telur sehari dan akan terus mengusahakan projek ternakan itik. Terdapat sambutan menggalakkan terhadap telur itik hingga tidak menang tangan seolah-olah membuka laluan luas bahawa projek diusahakan mampu berkembang lebih jauh. Dia yang menetap di Kampung Baru Huma Luas, Maran nyatakan dimana kerja menternak itik penelur tidak berdepan risiko kerugian disebabkan wabak penyakit atau masalah pasaran berbanding projek ternakan ayam. Cara menguruskan itik penelur mudah dan ringkas apabila hanya mengambil masa empat jam sehari untuk aktiviti mengutip telur serta memberi makan pada pagi atau petang. Biasanya  walaupun terpaksa menyediakan perbelanjaan RM600 sehari untuk makanan palet namun kepuasan dapat dirasai apabila setiap pagi berpeluang mengutip telur pelbagai gred. Setiap hari bermula jam 7 hingga jam 9 pagi saya mengutip telur dalam kawasan reban seluas 0.3 hektar di hutan kawasan rizab padang ragut JPV. Dia sekarang mampu meraih pendapatan RM1,500 - RM1,700 sehari hasil jualan telur segar (Kira sendiri kalau sebulan).  Pasaran telur itik juga begitu menggalakkan hingga tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat. 

Setiap minggu pemborong dari Kelantan datang untuk mengambil telur itek.  Sebelum ini dia mendapatkan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan dibuang peniaga di pasar di Maran, Pahang untuk dijadikan makanan tambahan itik namun disebabkan kekangan masa ia ditinggalkan. Walau pun mengeluarkan kos tinggi setiap hari untuk menyediakan makanan namun itu tidak penting kerana masa terluang digunakan untuk beliau melakukan aktiviti lain di kawasan reban. Dalam pada itu kini selera pengguna yang semakin meningkat terhadap telur itik menyebabkannya dia tidak dapat memenuhi permintaan pemborong, peniaga kecil dan syarikat pengeluar anak itik di Perak. Harga telur mengikut saiz iaitu 60 sen gred A dan 40 sen gred B. Kebanyakan telur itik dijadikan telur itek masin selebihnya untuk pelbagai jenis masakan seperti gulai pedas. Kini dia bercadang menambah jumlah ternakan kepada 10,000 itik pada masa akan datang. Kawasan luas juga telah disediakan dimana pihak JPV memberikan lebih peluang untuk tujuan dia memperbesarkan lagi projek itu. Sokongan dan khidmat nasihat JPV menambahkan lagi keyakinan saya untuk menjadi pengeluar terbesar telur itik di negeri ini bagi memenuhi pasaran tempatan serta luar. JPV ada membantu Abdullah dalam usaha memastikan projek diusahakan berjaya dan terus berkembang. JPV ada menyediakan kemudahan kawasan menternak itik yang sesuai dan diharap membuka peluang lebih cerah terhadap kejayaan projek diusahakan sejak enam tahun lalu itu. Pegawai JPV sering melakukan lawatan setiap bulan ke ladang bagi melihat perkembangan projek itu seterusnya melihat tahap kesihatan itik seperti melakukan ujian darah turut dilakukan daripada semasa ke semasa. 

''Potensi ternak itik telur'' adalah tajuk  di laporkan dalam Utusan dimana Encik Buag Kardi berjaya menternak itek telur berskala kecil-kecilan di perkarangan rumahnya di Rengit, Batu Pahat, Johor (Sila anda lihat foto disebelah). Ini hasil dari beberapa langkah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya penduduk luar bandar ketika dunia sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan krisis makanan. Diantara langkah itu adalah menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti pertanian yang bukan sahaja mampu memberi pulangan lumayan lebih baik  tetapi membantu menggerakkan ekonomi negara. Projek itu telah dimulakan sebulan lalu oleh dua peserta yang menjadi pelopor dan penggerak kepada kejayaan pertanian secara bersepadu berskala kecil itu. Peserta dikampong ini telah mengusahakan ternakan itik telur, ikan keli dan juga ayam kampung pedaging selain menanam cili merah di kawasan tidak sampai satu hektar di rumah masing-masing. Dalam tempoh beberapa bulan saja ua telah memberikan pulangan lumayan kepada peserta berkenaan. Dakwanya modal untuk melaksanakan projek itu juga tidak begitu tinggi dan mereka boleh mendapatkan pembiayaan daripada beberapa pihak termasuk Tekun Nasional (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Dalam pada itu ternakan itik diberikan keutamaan dalam projek itu kerana telurnya mudah mendapat pasaran dan harganya pula sentiasa stabil. Ada seorang peserta menternak 1,000 ekor itik dan dia boleh mendapatkan telur dalam masa empat bulan dengan pendapatan kira-kira RM150 sehari. Peserta yang menanam ciili merah pula kini mendapat pasaran tinggi kerana ia bukan sahaja diperlukan oleh setiap rumah tetapi oleh pengusaha sos di negara ini. Dilporkan 1,000 pokok cili merah kini boleh mengeluarkan sehingga tiga tan cili setahun dengan purata pendapatan RM240,000 setahun. Pendapatan peserta akan meningkat jika dicampurkan dengan hasil ternakan ikan keli dan ayam kampung pedaging.

Akhbar lain bertajuk "Usahawan Itik penelur" dimana keluarga Encik Mohd Nor mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan dan mengusahakan ternakan itik telur. Dia nyatakan sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari. Bapa kepada sembilan orang anak itu bagaimanapun tidak pernah berputus asas dan menyesali takdir hidup sebaliknya berusaha mengubah nasib keluarga di Pasir Mas, Kelantan semakin menampakkan kejayaan. Bermula dengan 220 ekor anak itik penelur dan dengan semangat serta pengalaman yang ada dia sediakan satu kawasan lapang berpagar telah dipilih dan sesuai untuk penternakan itik itu dibersihkan. Dua jenis baka telah dipilih termasuk baka daripada negara jiran untuk tujuan tersebut. Itik-itik berkenaan mula bertelur setelah berusia empat bulan. Didakwa dia menjaga dengan betul itik ini kerana ia sensitif dan tidak boleh tertekan. Dentuman petir yang terlalu kuat baru-baru ini telah mengejutkan ternakannya yang mana ia juga menjejaskan pengeluaran telur. Dia memberi sagu rumbia sebagai makanan kepada itik terbabit selain batang pisang yang diracik manakala produk GenKimo yang sangat sesuai untuk ternakan ayam dan itik bagi menghilangkan bau najis. Itik juga diberi makan kulit telur bertujuan menjadikan tekstur telur yang lebih keras. Telut dikutip setiap hari untuk penghasilan telur masin dan telur-telur itik itu dikutip dan dibersihkan serta dijemur sehari suntuk. Telur berkenaan dicampurkan dan direndam dalam air garam selama 12 hari. Turut dicampurkan ialah sedikit halia yang ditumbuk bersama daun pandan bertujuan menghilangkan bau hanyir. Sejenis alat khas yang dipanggil brionometer digunakan bagi tujuan menyukat tahap kemasinan yang mana bacaan 20 perlu dikekalkan pada larutan berkenaan selama 12 hari tempoh rendaman tersebut. Anak beliau iaitu Nur Hidayah membantu dan menunjukkan telur masin yang diusahakan keluarganya (Sila lihat foto disebelah). Dari aspek pemasaran kini kira-kira 60 peratus telur masin itu dijual secara segar di pasar dan menerusi tempahan daripada penduduk sekitar. Dia menjual telur masin berkenaan pada harga 60 sen sebiji yang nyata amat menguntungkan berbanding kos makanan 10 sen sehari bagi seekor itik. Usaha tersebut kini sudah mula menampakkan hasil dan berjaya mengubah nasib ekonomi keluarganya. Kini mereka memiliki pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini. Hasil projek tersebut kini dia mampu menambah baik rumah mereka dan telah membeli sebuah motosikal bagi memudahkan urusan memasarkan telur berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK ITEK TELUR... LAPOR MEDIA...
PERLUKAN ILMU...MODAL PUN DISEDIA...
KUTIP TELUR... SETIAP HARI DIA ADA...
TELUR ITEK MASIN ... RAMAI YAG SUKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(29 JaladilAwal 1440H).

REMPAHRATUS DALAM MASAKAN MELAYU (Part 3)

MASAKAN TRADISIONAL MELAYU dan JAWA di Malaysia memang unik kerana banyak menggunakan pelbagai jenis rempahratus. Begitu juga dengan masakan tradisional kaum ain dinegara kita yang sememangnya terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus serta herba yang banyak membantu bagi menjadikan masakan tersebut lebih lazat dan beraroma. Walaupun kebanyakan daripada herba tradisional Melayu banyak diaplikasikan dalam aspek untuk tujuan perubatan dan kecantikan namun ia juga mempunyai fungsi yang penting dalam memperkayakan lagi rasa dalam makanan. Malahan penulis blog juga mendapati dimana kebanyakan daripada herba dan tumbuhan inilah yang telah banyak memberikan perisa asli kepada masakan Melayu. Biasanya dalam bidang masakan penulis blog percaya tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sejak dulu mempunyai keistimewaan dan kreativiti yang tersendiri dalam memilih serta menggunakan herba dan rempah ratus yang mana ia bersesuaian bagi setiap jenis makanan tradisiona yang mereka sediakan. Beberapa bukti menunjukkan dimana sebelum tibanya bahan-bahan makanan lain dari negara-negara Barat yang diimport seperti kentang, cili, tomato dan buah koko dahulunya masyarakat Melayu telah terlebih dahulu telah memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan herba dan rempah yang ada bagi melazatkan lagi makanan. Malahan sejarah membuktikan penjajahan di Asia Tenggara ini oleh Portugis, Belanda dan British adalah salah satunya untuk mendapatkan pelbagai rempahrats dari sini untuk mereka gunakan didalam makanan mereka juga. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya akan terus mengupas beberapa jenis tumbuhan herba serta rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan Melayu serta fungsi setiap satu daripadanya sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.

Dalam palam proses penyediaan makanan kita khusunya terutamanya makanan tradisional Melayu rempah Cengkih (Eugenia aromaticum synonim Syzygium aromaticum) merupakan antara ahli keluarga rempah yang sangat signifikan. Cengkih digunakan bagi menaikkan aroma nasi minyak, dalam penghasilan gulai serta pelbagai resepi nasi yang lain. Malah, cengkih juga boleh digunakan dalam penghasilan teh bagi membangkitkan lagi rasanya. Sila buat rujukan mengenai tanaman cengkih dalam artikel saya sebelum ini (Sila klik disini). Cengkih (cloves) merupakan diantara jenis rempah ratus terawal yang telah diperdagangkan pada zaman Alexander the Great. Dalam pada itu berdasarkan sejarah, pada tahun 266 sebelum Masehi dimana dilaporkan dalam negara China, penggunaan cengkih telah dicatatkan sebagai suatu bahan yang telah digunakan bagi menghilangkan bau nafas atau bau mulut masyarakat pada waktu itu sebelum mereka menghadap Maharaja China. Petua mengunyah cengkih bagi tujuan menghilangkan bau mulut ini sebenarnya juga telah diamalkan oleh masyarakat kita sehingga ke hari ini. Rempah lain yang penting dalam masakan Melayu adalah dikenali dengan nama Bunga Lawang. Bunga Lawang atau juga dipanggil 'Star Anise' ddakwa ianya berasal dari Jepun dan kawasan Indochina. Bunga lawang berbentuk seperti kelopak bunga dan mempunyai bau yang wangi dan kuat. Bunga lawang ini sebenarnya bukanlah sejenis bunga, tetapi buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok yang kecil. Buah ini biasanya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan di bawah sinaran matahari. 


Bahan Bunga Lawang (Illicium verum) adalah sejenis tanaman rempahratus dari keluarga ILLIACEAE yang digunakan dalam masakan tradisi melayu di Malaysia sebagai penyedap makanan seperti nasi minyak, daging terutup, sup daging dan sebagainya. Bunga lawang sama seperti tanaman rempahratus penting yang lain seperti Bunga Cengkih, Jintan , Kayu Manis, Ketumbar, Buah Keras dan sebagainya tumbuh di kawasan tropika dan dicari oleh pedagang dari Eropah semenjak kurun ke 17 sehingga mereka telah menakluk kawasan Timur Jauh termasuk negara kita. Antara masakan yang mesti dimasukkan dengan bunga lawang adalah Daging Masak Kicap atau Ayam Masak Kicap (Sila lihat foto disebelah). Peranan bunga lawang dalam masakan tradisional Melayu sama pentingnya seperti cengkih, yang mana bunga lawang ini banyak digunakan bagi menyedapkan serta menaikkan aroma makanan. Dalam makanan Melayu biasanya bunga lawang berfungsi digunakan sebagai rempah tumisan bagi masakan seperti nasi minyak, sup, nasi beriani serta masakan berempah yang lain seperti gulai dan rendang. Dalam kaedah penyediaan makanan, setiap kelopak bunga lawang ini boleh dipatahkan lalu dikisar atau ditumbuk bersama rempah ratus yang lain sebelum digunakan sebagai satu bahan utama untuk memasak atau menumis. Khasiat Bunga Lawang dalam kesihatan manusia juga boleh dibincangkan. Pembacaan daripada beberapa sumber mendapati bunga lawang membantu memanaskan suhu badan dan didakwa mengurangkan penyakit batuk jika bunga lawang direbus dan airnya di minum. Air rebusan ini didakwa dapat membantu menyihatkan paru-paru dan terkini membantu dalam menghalang serangan penyakit 'Avian Flu' atau serangan virus H1N1 yang digeruni oleh ramai penduduk dunia. Minyak ekstrak bunga lawang juga mampu mengurangkan rasa loya dan masaalah muntah-muntah terutama bagi ibu mengandung.


Buah Pelaga (Elettaria cardamomum) atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai 'Cardamom' adalah antara rempah ratus yang telah sebati dalam masyarakat kita sejak berzaman-zaman lamanya. Saya menulis artikel megenai buah pelaga lebih dari 7 tahun dahulu untuk dirujuk (Sila klik disini). Ada dalam kalangan pakar kulinari yang menggelarnya sebagai ‘permaisuri rempah ratus’ kerana ia merupakan rempah paling eksotik di dunia dan mahal harganya. Sama seperti rempah ratus yang lain, buah pelaga juga berfungsi dalam memberikan rasa dan aroma dalam masakan tradisional. Malah, ada juga dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang menggunakan buah pala ini dalam proses penghasilan pencuci mulut atau manisan. Buah pelaga ini juga adalah bahan utama dalam rempah tumisan bagi menghasilkan pelbagai resepi nasi dan gulai berempah. Buah pelaga merupakan sejenis tumbuhan dari kategori rempah ratus dari keluarga ZINGIBERACEAE yang banyak digunakan dalam masakan masyarakat kita di Malaysia. Asal usul tumbuhan ini dipercayai berasal daripada kawasan hutan ropika di Malaysia, Indonesia, Sri Lanka dan Selatan India sebelum di komersialkan. Buah pelaga juga merupakan komponen penting dalam menyediakan serbuk kari yang sangat di minati oleh masyarakat kita di Malaysia dan yang sangat penting di India dan Sri Lanka. Bahan buah pelaga dijadikan produk minuman di kawasan negara Arab dan dijadikan perisa untuk biskut di Eropah. Walau pun tanaman ini perlukan hujan lebih 5,000 mm setahun tetapi telah di komersilkan di Guatemala untuk di ekspot.


Kulit Kayu Manis atau nama lain Cinnamon (Cinnamomum zeylanicum atau juga ada yang panggil Cinnamomum verum ) adalah komponen rempah ratus yang paling popular kerana kepelbagaian fungsinya. Sila baca tulisan saya mengenai kulit kayu manis dengan lebih baik (Sila klik disini). Kulit kayu manis ini dikatakan berasal dari Sri Lanka dan banyak diimport dari China dan Indonesia. Kayu manis ini berasal dari sejenis pokok malar hijau dengan daunnya yang berbentuk bujur dan berkulit tebal. Kulit dan daunnya merupakan bahagian utama pokok ini yang dijadikan sebagai rempah. Kepelbagaian fungsi kulit kayu manis ini tidak terhad hanya kepada kegunaannya sebagai salah satu rempah untuk tumisan, malah ia juga sebenarnya boleh menjadi suatu bahan bagi mewangikan dan menaikkan bau pada air gula atau sirap semasa proses merebus. Dalam kalangan masyarakat Barat sendiri, mereka banyak menggunakan kulit kayu manis sebagai bahan utama bagi pembuatan roti dan pai. Kulit kulit kayu manis yang mengan­dungi ‘coumarin’ iaitu sejenis bahan semula jadi yang memberi perasa kepada makanan dan tidak mendatangkan risiko kepada kesihatan. Didakwa dimana kulit kayu manis jenis ‘cassia’ yang berasal dari selatan China serta jenis ‘cinnamon’ atau ‘Ceylon cinnamon’ dari Sri Lanka adalah daripada keluarga yang sama dan kedua-duanya mengandungi ‘coumarin. Apa pun di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, ‘coumarin’ dibenarkan dalam rempah ratus tidak melebihi 10 miligram perkilogram (mg/kg). Berdasarkan penggunaannya yang rendah dalam masakan dan hanya digunakan sebagai bahan rempah untuk memberi perisa dalam makanan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan dalam kalangan pengguna. Ada kes dimana ekoran penyebaran khabar angin bahawa kulit kayu manis yang dijual boleh mendatangkan kesan kesihatan kepada hati dan buah pinggang yang kini menjadi viral di laman sosial Facebook dan WhatsApp. Kini orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan aktiviti penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin.


Biji Buah Pala (nutmeg) adalah sejenis rempah ratus yang berasal dari kawasan Asia Tenggara dan pokoknya adalah dari jenis malar hijau. Rasa biji buah pala ini dicirikan dengan sedikit rasa pedas, agak manis dan boleh memberikan aroma kepada apa jua jenis makanan. Malah, biji buah pala yang telah dikisar atau ditumbuk mempunyai bau yang agak kuat dan boleh mengatasi bau rempah ratus yang lain. Seperti mana rempah ratus yang lain, biji buah pala ini juga adalah rempah tumisan dan digunakan dalam penghasilan masakan berempah. Sebagai kesimpulan sebenarnya tumbuhan herba dan pelbagai rempah ratus mempunyai pelbagai manfaat dalam proses penyediaan makanan, terutamanya dalam membantu bagi menaikkan aroma dan menyedapkan rasa makanan. Sejak berzaman masyarakat Melayu telah mula menggunakan pelbagai jenis rempah dan tumbuhan ini dalam kehidupan seharian mereka, dan fungsinya bukan sahaja untuk proses memasak makanan, malah juga dalam perubatan tradisional dan kecantikan.ajian kaya dengan rempah ratus. Kini penggunaan bahan herba dan rempah-ratus segar seperti serai, lengkuas, dan halia mampu membangkitkan selera dalam masakan Melayu. Rasa tulen sajian Melayu lebih terasa sekali gus menjadikannya cukup istimewa. Aroma rempah ratus sememangnya menjadi signatur dalam setiap masakan Melayu yang menggunakan bahan-bahan tersebut dalam setiap hidangan bagi mengekalkan keaslian rasa masakan Melayu. Resepi yang ditawarkan sememangnya mempunyai cita rasa dan keistimewaan masing-masing, malah gabungan yang disesuaikan antara satu menu dengan menu yang lain seolah-olah menyokong rasa antara satu sama lain seterusnya menjadikan sajian tersebut satu sajian yang cukup unik. Biasanya bahan-bahan seperti ayam atau daging yang perlu diperap akan terlebih dahulu direndam dalam air garam bercampur lemon semalaman. Selepas itu barulah proses perap dilakukan menggunakan sos khusus yang merupakan campuran rempah-rempah segar seperti kunyit, lengkuas, halia, serai, santan, dan pes cili. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1 dan part 2 dan anda kena baca keduanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MASAKAN MELAYU... BANYAK RAMUANNYA...
REMPAH RATUS... DENGAN PELBAGAI HERBA...
TANAM SENDIRI... AMAT MUDAH MEMETIKNYA...
PART 1, 2 DAN PART 3... BACA KESEMUANYA...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jaan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia,
(27 JamadilAwal 1440H).

Monday, February 4, 2019

REMPAHRATUS DALAM MASAKAN MELAYU (Part 2)

MASAKAN TRADISIONAL MELAYU dan JAWA di Malaysia memang unik kerana banyak menggunakan pelbagai jenis rempahratus. Begitu juga dengan masakan tradisional kaum ain dinegara kita yang sememangnya terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus serta herba yang banyak membantu bagi menjadikan masakan tersebut lebih lazat dan beraroma. Walaupun kebanyakan daripada herba tradisional Melayu banyak diaplikasikan dalam aspek untuk tujuan perubatan dan kecantikan namun ia juga mempunyai fungsi yang penting dalam memperkayakan lagi rasa dalam makanan. Malahan penulis blog juga mendapati dimana kebanyakan daripada herba dan tumbuhan inilah yang telah banyak memberikan perisa asli kepada masakan Melayu. Biasanya dalam bidang masakan penulis blog percaya tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sejak dulu mempunyai keistimewaan dan kreativiti yang tersendiri dalam memilih serta menggunakan herba dan rempah ratus yang mana ia bersesuaian bagi setiap jenis makanan tradisiona yang mereka sediakan. Beberapa bukti menunjukkan dimana sebelum tibanya bahan-bahan makanan lain dari negara-negara Barat yang diimport seperti kentang, cili, tomato dan buah koko dahulunya masyarakat Melayu telah terlebih dahulu telah memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan herba dan rempah yang ada bagi melazatkan lagi makanan. Malahan sejarah membuktikan penjajahan di Asia Tenggara ini oleh Portugis, Belanda dan British adalah salah satunya untuk mendapatkan pelbagai rempahrats dari sini untuk mereka gunakan didalam makanan mereka juga. Artikel subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya akan terus mengupas beberapa jenis tumbuhan herba serta rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan Melayu serta fungsi setiap satu daripadanya sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Bahan Kunyit (Curcuma domestica) adalah ramuan penting didalam masakan tradisional Melayu dan orang di Asia Tenggara. Kunyit merupakan tumbuhan herba yang berasal dari India dan kemudiannya meluas di kesemua negara-negara Asia Tenggara yang lain. Dalam pada itu kunyit sebagai Umbisi mampu hidup dengan subur di kawasan yang lapang dan terdedah dengan sinaran matahari. Daun kunyit berwarna hijau, licin, berbentuk bujur dan meruncing pada hujungnya serta mempunyai tangkai yang panjang juga ada digunakan dalam masakkan. Penulis blog paling suka makan aayam goreng kunyit yang dihidangkan di restoren Ala-Thai dengan makanan tomyam (Sila lihat foto disebelah). Kunyit ini mempunyai pelbagai kegunaan dalam proses penyediaan masakan tradisional Melayu. Kunyit bukan sahaja bertindak sebagai bahan pewarna semulajadi yang mampu untuk mencantikkan makanan malahan ia juga boleh memberikan perisa dan aroma yang menaikkan rasa makanan. Daun kunyit biasanya digunakan sebagai bahan utama bagi membalut ikan atau daging yang dibakar dan bagi mampu menaikkan baunya. Ia juga membantu memberikan warna kuning semulajadi kepada masakan Melayu terutamanya dalam penyediaan pulut kuning, rendang dan gulai. Kalau menggoreng ikan tanpa kunyit maka mungkin memang ikan goreng tersebut tidak enak dimakan bersama nasi putih. Kini sebuk kunyit telah dikomesilkan dimana ia memudahkan surirumah menggunakan bahan kunyit.


Rempahratus yang penting satu lagi adalah Halia (Zingiber officinale) iaitu umbisi herba yang berasal dari Asia Tenggara dan kini telah ditanam hampir di seluruh dunia. Pada penlis blog sebut sahaja pasal halia akan teringat hidangan istimewa iaitu Ikan Siakap Kukus Halia yang dimakan masih panas dengan ada api lilin dibawahnya (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan halia meluas dalam masakan bukan sahaja di rantau ini malahan ia juga meliputi seluruh masakan di dunia. Halia merupakan antara bahan utama yang mampu memberikan rasa yang enak dalam makanan dimana ia juga mempunyai pelbagai khasiat dari segi pemakanan. Dalam beberapa artikel yang dibaca mendapati halia penting dalam masyarakat Melayu. Lazimnya mereka akan menggunakan halia ini sebagai suatu perasa makanan yang boleh menyeimbangkan rasa enak makanan tradisional Melayu. Halia juga boleh dijadikan sebagai minuman, malah ekstraknya juga banyak digunakan dalam industri konfeksionari. Penulis paling suka minum Teh Sarbat atau Susu Sarbat iaitu minumn yang dicampur dengan halia dimana akan merasai akan kepedasannya. Kini ada sentiasa menyimpan halisa segar (Terbaik adalah Halia Bentong Segar) dan juga serbuk halia yang memudahkan meminum air halia panas. Air minuman halia menyegarkan badan dan membuang angin dalam badan. Sila baca mengenai artikel air sarbat (Sila klik disini) dan banyak artikel berkaitan halia dalam blog ini.


Herba umbisi LENGKUAS (Alpinia galanga) merupakan sejenis tumbuhan herba dari keluarga Zingiberaceae sama seperti halia dan kunyit. Lengkuas merupakan sejenis rizom dengan kegunaan masakan dan perubatan dan banyak digunakan di Asia Tenggara. Penulis blog memang suka makan rendang daging dengan ada bahan lengkuas didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Rupanya hampir sama dengan halia. Lengkuas merupakan tanaman tempatan di Asia Tenggara. Antara kegunaan lengkuas adalah di dalam masakan untuk menambah aroma seperti masakan pedas, laksa penang, sup singgang dan boleh digunakan untuk masakan goreng. Anda boleh baca tulisan saya mengenai lungkuas dalam blog inj (Sila klik disini). Dalam bidang perubatan pula lengkuas boleh melegakan sakit perut, selsema dan agen antibakteriaTumbuhan ini dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Tumbuhan ini ditanam secara komersil dibeberapa negara seperti Indonesia, Malaysia dan juga Thailand. Keluasan tanaman lengkuas tidak direkodkan di Malaysia tetapi beberapa negeri ada menanam seperti di Johor, Selangor dan Perak terutama dikawasan tanah gambut iaitu dalam anggaran penulis lingkungan 70 hektar pada tahun 2016. Jenis lengkuas yang di tanam merupakan varieti tempatan yang kebanyakkannya digunakan dalam masakan tradisional Melayu seperti Rendang Daging, Masakan Thailand dan sebagainya. Ia merupakan tanaman umbisi yang mudah ditanam dijada dan diselenggara asalkan ditanam dikawasan sesuai dan dari benihnya yang baik. Lengkuas perlukan kawasan yang lembab, gembur dan mempunyai saliran yang baik. Lengkuas tumbuh dari perdu dibahagian bawah sehingga kepucuk dalam aturan bentuk rumpun. Tanaman ini mempunyai rizom pada bahagian akar yang digunakan sebagai bahan utama penghasilan lengkuas. Semuga artikel ini dengan 3 bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dmana anda kena baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
MASAKAN MELAYU..ADA RAMUANNYA...
REMPAH RATUS... PELBAGAI HERBA...
TANAM SENDIRI...MUDAH MEMETIKNYA...
PART 1, 2, 3... BACA KESEMUANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jaan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia,



(27 JamadilAwal 1440H).

Sunday, February 3, 2019

REMPAHRATUS DALAM MASAKAN MELAYU (Part 1)

MASAKAN TRADISIONAL MELAYU dan JAWA di Malaysia memang unik kerana banyak menggunakan pelbagai jenis rempahratus. Begitu juga dengan masakan tradisional kaum ain dinegara kita yang sememangnya terkenal dengan penggunaan pelbagai rempah ratus serta herba yang banyak membantu bagi menjadikan masakan tersebut lebih lazat dan beraroma. Walaupun kebanyakan daripada herba tradisional Melayu banyak diaplikasikan dalam aspek untuk tujuan perubatan dan kecantikan namun ia juga mempunyai fungsi yang penting dalam memperkayakan lagi rasa dalam makanan. Malahan penulis blog juga mendapati dimana kebanyakan daripada herba dan tumbuhan inilah yang telah banyak memberikan perisa asli kepada masakan Melayu. Biasanya dalam bidang masakan penulis blog percaya tidak dinafikan bahawa masyarakat Melayu sejak dulu mempunyai keistimewaan dan kreativiti yang tersendiri dalam memilih serta menggunakan herba dan rempah ratus yang mana ia bersesuaian bagi setiap jenis makanan tradisiona yang mereka sediakan.  Beberapa bukti menunjukkan dimana sebelum tibanya bahan-bahan makanan lain dari negara-negara Barat yang diimport seperti kentang, cili, tomato dan buah koko dahulunya masyarakat Melayu telah terlebih dahulu telah memanfaatkan pelbagai jenis tumbuhan herba dan rempah yang ada bagi melazatkan lagi makanan. Malahan sejarah membuktikan penjajahan di Asia Tenggara ini oleh Portugis, Belanda dan British adalah salah satunya untuk mendapatkan pelbagai rempahrats dari sini untuk mereka gunakan didalam makanan mereka juga. Artikel  subuh ini dalam ''Anim Agro Technology'' saya akan terus mengupas beberapa jenis tumbuhan herba serta rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan Melayu serta fungsi setiap satu daripadanya sebagai satu bahan bacaan dan rujukkan anda semua.


Di Negara kita Malaysia memang semua tahu mempunyai iklim tropika yang ada hujan mencukupi dan tanah subur untuk pertumbuhan pelbagai jenis herba dan repahratus. Dahulu tanaman herba ada yang tubuh sendiri tetapi kini ia telah pun dikomersilkan oleh beberapa petani. Antara beberapa jenis herba atau rempah ratus yang sering digunakan didalam masakan kita seperti Daun Pandan, Serai, Halia, Limau Purut, Halia, Kunyit, Cengkih, Bunga Lawang, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis, Biji Buah Pala, Bawang Merah,Bawang Putih, Cili Kering, Cili Besar, Cili Padi, Ketumbar, Jintan, Kerisek Kelapa, Daun Selom, Daun Sup, Dun Bawang, Daun Kucai, Daun Salam, Daun Kesom dan sebagainya. Ia digunakan mengikut resepi masakan masing-masing bagi menambahka keenakkan.  Tumbuhan herba ini ada yang mudah sahaja ditanam dikawasan keliling rumah dan tidak perlu dibeli sementara yang lainnya perlu didapatkan daripada kedai runcit berhampiran. Serai Makan (Cymbopogen citratus) adalah diantara jenis herba yang dikatakan berasal dari kawasan Sri Lanka dan telah disebarkan secara meluas di kawasan-kawasan lain seperti China, Malaysia dan Indonesia. Serai ini merupakan sejenis tumbuhan atau tanaman rumput yang mana batangnya digunakan sebagai bahan perisa yang beraroma bagi menaikkan rasa makanan. Ciri-ciri yang terdapat pada tumbuhan ini ialah batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan manakala daunnya tirus dan melampai panjang dengan warna hijau muda. Menanam serai ini mudah sahaja dikeawan lapang keliling rumah sama ada dalam pasu atau terus diatas tanah. Masak lala dengan serai dan cili amat enak sekali (Sila lihat foto disebelah). apa yang penulis blog teliti kini ramai masyarakat Malaysia telah menanam serai makan ini sebagai satu tanaman dapur yang memudahkan proses penyediaan makanan. Batang serai makan ini banyak digunakan bagi menyedapkan lagi masakan tradisional Melayu lain seperti masakan rendang, asam pedas, kerabu dan masak lemak cili padi.


Tanaman herba kedua yang ,estia ada dan sering digunakan dalam masakkan kita adalah PANDAN. Pandan (Pandanus odorus) merupakan sejenis tumbuhan yang berasal dari keluarga Pandanaceae yang turut sekeluarga dengan pokok mengkuang. Pandan yang dipercayai b tumbuh liar di Asia Tenggara dan telah lama dijadikan bahan penting dalam masakkan kita. Tanaman pandan mudah sahaja dengan mengambil keratan anak pokok dan dipacakkan diatas tanah atau dalam pasu dikawasan keliling rumah. Penggunaan baja organik dan keperluan air penting untuk pastikan tanaman pandan dapat hidup subur dan sentiasa petik. Kebanyakan pandan wangi yang ditemui di Malaysia ini adalah dari jenis pandan wangi kecil. Pandan wangi merupakan antara tumbuhan herba Melayu yang mempunyai paling banyak kegunaannya dalam proses pembuatan makanan. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai bahan menaikkan aroma makanan tetapi penulis b;og dapati daun pandan turut digunakan sebagai perisa dan pewarna bagi makanan. Daun pandan wangi ini merupakan penaik aroma bagi banyak makanan tradisional Melayu seperti dalam pembuatan nasi lemak, nasi minyak serta pelbagai jenis kuih muih Melayu. Terkini aya berempah balut daun pandan menjadi hidangan istimwea dikalangan ramai orang kerana keenakannya dan kekuatan aromanya (Sila lihat foto disebelah). Terdapat produk ekstrak daun pandan ini dimana ia merupakan antara bahan yang penting dalam industri pembuatan roti, kek, biskut dan kuih muih yang lain. Malah, sejajar dengan perkembangan dalam industri makanan, ekstrak daun pandan wangi ini turut menjadi begitu signifikan dan dikomersilkan dalam proses penghasilan minuman berperisa.


Daun Limau Purut (Citrus hystrix) juga penulis blog dapati erupakan satu lagi rempah yang penting dalam masakan kita, Pokok limau purut adalah tumbuhan dari keluarga Rutaceae. Pokokn limau purut ini berasal dari Asia dan kini banyak didapati di Malaysia, Indonesia dan Thailand dimana ia mudah untuk ditanam kerana habitatnya ialah kawasan yang subur dengan sistem aliran air yang baik dikawasan keiling rumah atau di kebun. Limau purut ini juga mempunyai ciri istimewa yang terdapat pada buah limau purut ini ialah kulitnya yang berkedut dan tebal manakala isinya tidak begitu berair. Daunnya pula mempunyai bentuk bersayap aeperti nombor '8' dimana ia memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Apa yang unik masakkan tomyam akan menjadi tidak berapa enak tanpa daun limau purut didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Dalam proses penyediaan makanan dikalangan masyarakat Melayu dan Jama Malaysia memang banyak menggunakan daun limau purut ini sebagai bahan penaik aroma terutamanya bagi masakan berkuah seperti tomyam. Limau purut ini banyak digunakan dalam ramuan untuk perubatan tradisional, aromaterapi serta produk penjagaan diri. Seterusnya adalah Daun Kesum (Polygonum minus) iaitu herba yang mudah tumbuh di kawasan yang lembap seperti berhampiran tasik atau sungai. Kesum merupakan suatu tanaman renek yang tumbuh secara menjalar. Ia dilihat mempunyai daun panjang dan berbentuk runcing seperti anak panah manakala batangnya pula berbentuk silinder, berwarna hijau dengan sedikit kemerah-merahan. Tanaman kesum ini sebenarnya mempunyai khasiat yang sangat banyak dari segi pemakanan di mana ia juga mengandungi vitamin A, vitamin C dan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Tanaman kesum ini juga banyak digunakan sebagai bahan perasa atau perencah dan menaikkan aroma bagi makanan tradisional Melayu terutamanya dalam laksa dan masakan asam pedas. Daun kesum ini juga boleh dijadikan sebagai ulam atau digunakan untuk dibuat kerabu. Masakan asam pedas tidak lengkap tanpa daun kesum. Sama ada i sam pedas ikan, daging, tetel atau lain-lain keperluan daun kesum amat penting sebagai penyedapnya. Artikel ini ada dua bahagian iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 dan anda kena baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MASAKAN MELAYU... BANYAK RAMUANNYA...
REMPAH RATUS... ADA PELBAGAI HERBA...
TANAM SENDIRI... MUDAH MEMETIKNYA...
PART 1, 2 DAN PART 3...BACALAH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Jaan Istana, Bukit Beruang,
Melaka, Malaysia,
(27 JamadilAwal 1440H).

Saturday, February 2, 2019

TEH BUNGA - APA HEBATNYA

TEH BUNGA atau lebih dikenali sebagai Chrysanthemum tea merupakan sejenis minuman berasaskan herba iaitu yang paling biasa dinegara kita dari bunga kekwa. Teh bunga bunga kekwa (Chrysanthemum morifolium) juga dikenal dalam bahasa Cina sebagai 'Ju Hua' di mana ia telah digunakan dalam perubatan tradisional Cina sejak berabad-abad. Ada jenis teh bunga yang dihasilkan daripada jenis Chrysanthemum indicum yang lebih popular di negara China. Teh bunga kekwa ini adalah dikelaskan sebagai ubat dimana popular dan diperkenalkan semasa Dinasti Song (960 -1279). Cara membuatnya sama seperti kita membuat teh biasa iaitu tuangkan air panas kedalam teko yang telah ada teh bunga ini untuk seketika dan kemudian boleh dituang kecawan untuk diminum semasa panas lagi untuk rasa dan aromanya. Teh bunga kekwa ini ada yang mengamalkannya dengan menambah gula batu dan juga madu untuk tujuan menambah khasiatnya. Didakwa meminum air teh bunga ini membantu didalam meningkatkan kesihatan dan juga baik untuk elakkan jerawat. Apabila teh bunga ini dimasukkan dengan air panas maka air teh tersebut akan bertukar warna kepada kuning cerah denganaromanya yang menyegarkan. Di negara China sebenarnya memang banyak jenis teh bunga mengikut jenis bunga kekwa yang digunakan tetapi dua jenis yang paling popular adalah Huángshān-gòngjú dan juga gòngjú. Terdapat juga resepi Teh Bunga Madu (Honey Chrysanthemum tea) yang mana bunga kekwa tersebut akan direndam didalam madu dahulu selama 3-4 minggu sebelum dijadikan teh minuman yang menyihatkan. Apa pun jenis teh bunga yang dijadikan ubat prpses pembuatannya agak rumit dimana ia perlu dikukus (steamed) beberapa kali sebelum dikeringkan sehingga ianya dicampur dengan herba lain yang sesuai. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis lagi mengenai teh bunga atau chrysanthemum tea sebagai bahan rujukkan anda semua.


Teh Bunga Kekwa untuk kita penduduk Malaysia ni memang sudah biasa kan dengan minuman air bunga kekwa ni. Dari kecil lagi kita sudah biasa dan suka minum air teh bunga jenama YEO'S, DRINHO atau MARIGOLDS. Mungkin sejak celik mata sahaja ramai yang sudah buka seunit air teh bunga sama ada didalam botol, kotak atau oun didalam tin. Air teh bunga ini sesuai diminum terus begitu sahaja atau pun disejukkan dari peti ais atau pun dicampur air didalam gelas. Minuman teh cgrysanthemum ini pada kotak tetrapack berwarna kuning ada gambar bunga kekwa dengan jalur hijau (Sila lihat foto disebelah). Semasa penulis blog membelinya dahulu ianya hanya RM0.60 sekotak tetapi kini harganya sudah berganda. Sebenarnya terkini ada 3 produk teh dipasarkan daripada Yeo's iaitu pertama jenis Yeo’s Chrysanthemum Tea yang kurang gula dan ia bertindak sebagai minuman penyejuk badan semulajadi. Kedua adalah Yeo’s Luo han Guo dengan Chrysanthemum Tea yang bertindak dua fungsi iaitu baik untuk kesihatan paru-paru dan mampu menghilangkan batuk serta menairkan kahak. Ke tiga adalah jenis Yeo’s Chrysanthemum Tea Light iaitu teh yang mengandungii 40% kurang kandungan gula sesuai untuk mereka yang ingin kurukan badan dan tambah kesihatan. Air teh bunga dari Yeo's mendapat pasaran baik dikalangan ahli sukan selain daripada minuman isotonik lain. Air teh bunga amat sesuai diminum dalam bulan ramadan sama ada dibuat sediri atau dalam kotak komersil sedia ada.


Daripada beberapa bahan rujukkan dilaporkan dan dinyatakan dimana pokok Bunga Kekwa (Chrysanthemum) ialah satu genus yang terdiri daripada kira-kira 30 spesies tumbuhan berbunga saka di bawah famili Asteraceae. Pokok ini didapati memang berasal dari Asia dan Eropah timur laut. Terdapat beberapa spesies Chrysanthemum dikenalpasti dimana ia merupakan sejenis tumbuhan saka herba tumbuh setinggi 50-150 cm.  Daunnya berbentuk cuping dan jambak bunganya besar serta berwarna putih, kuning atau merah jambu bergantung kepada spesisnya (Sila lihat foto disebelah). Didapati dimana terdapat spesis kekwa yang menjadi perumah kepada larwa tertentu sebagai tempat membiak dan ia dari jenis serangga keluarga Lepidoptera yang mencari makanan kepada tumbuhan ini. Daripada diusahakan di China dan seterusnya ke Jepun kemudian dibawa ke Dunia Barat pada abad ke-17. Bunga ini dinamakan oleh Carolus Linnaeus daripada awalan bahasa Greek, chrys-, yang bermaksud "keemasan" (warna bunga-bunga yang asal), dan -anthemon yang bermaksud "bunga". Bunga kekwa juga digunakan sebagai lambang untuk bunga November. Bunga kekwa merupakan tumbuhan berbunga yang bernilai tinggi dalam perubatan tradisional. Apa yang unik dimana bunga kekwa lazimnya dimasak dengan air panas bagi menghasilkan minuman teh bunga yang digelar Teh Bunga Kekwa atau Teh Chrysanthemum . Di antara pelbagai jenis bunga kekwa yang ada di muka bumi ini didakwa hanya bunga kekwa jenis Chrysanthemum coronarium saja yang boleh dimakan. Kekwa spesis ini mengeluarkan bunga kuning yang sesuai untuk dibuat teh. Perlu dibiarkan sehingga 10 minit sebelum diminum. Bunga-bunga kekwa selalu dimasak dengan air untuk menghasilkan apa yang digelarkan sebagai "teh bunga kekwa". Ad juga dilaporkan sejenis minuman manis atau kosong begitu sahaja. Teh bunga kekwa mempunyai banyak kegunaan perubatan, termasuk pemulihan daripada demam selesema.


Dilaporkan di China daun-daun kekwa akan dipetik dan kemudian ia akan dimasak secara mudah dengan bawang putih dan cili kering. Sayur kekwa yang telah dimasak ini lazimnya mempunyai warna yang sedikit tua, tekstur yang padat dan bermusilaj dimana hebatnya ia ada bau yang harum dan kompleks. Antara khasiat dan juga kelebihan teh bunga yang menjadi kebangaan masyarakat Cina ini ialah seperti ia membantu melancarkan perjalanan darah serta mampu untuk membantu pencernaan makanan. Secara tradisional lazimnya teh bunga ini sebaiknya diminum dengan air suam tanpa gula. Jika di amalkan maka didakwa ia mampu membantu mengurangkan sakit kepala serta akan membantu mengurangkan sesak nafas (asma) kepada pengidapnya. Teh bunga ini juga mampu memperkuatkan paru-paru kita dan paling sering didngar adalah kelebihannya untuk menyejukkan badan. Teh bunga sesuai diminum sewaktu siang atau malam atau semasa bulan ramadan kerana mampu menyejukkan badan dengan signifikan. Dalam pada itu ramai percaya dengan minum teh bunga akan membantu mengurangkan jerawat dan ruam di wajah. Dari laporan lain dinyatakan dimana didalam teh bunga, teh kekwa atau pun teh crysanthemun ini juga terdapat bahan kandungan antivirus dan antipirochete. Ia juga dilaporkan mempu menjadi bahan terbaik mengawak jenis bakteria yang terdapat didalam penyakit siflis atau penyakit kelamin lain. Dalam pada itu memang ramai yang menyatakan minuman teh bunga membantu dalam menyembuhkan tekanan darah, penyakit jantung koronari, kolesterol tinggi dan juga apa yang dikatakan sebagai arteriosclerosis. Khasiat lain teh bunga seperti membantu mengurangkan masaalah keradangan hati secara berperingkat. Teh bunga juga mampu membantu mengurangkan panas dalam badan akibat cuaca panas seperti demam, flu dan sakit tekak. Bagi khasiat lain didakwa dimana ia membantu membaiki penglihatan yang kabur dan mengurangakan meta merah, kekeringan dan gatal apabila  mata bila digunakan secara konsisten.  Pengguna yang megamalkan minum teh bunga berterusan dipercayai akan menambahkan kesegaran badan, penglihatan, pendengaran dan awet muda. Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada anda yang baca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

NAMANYA LAIN ... IA JENIS TEH BUNGA...
CHRYSANTHEMUM ...IA SAMA KEKWA...
CAMPUR AIR PANAS... DIMINUM SEGERA...
BANYAK KHASIAT... AMALKAN SENTIASA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Preciint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(23 JamadilAwal 1440H).

Friday, February 1, 2019

DAGING KAMBING DAN ISU HALAL

MAKAN DAGING KAMBING merupakan satu perkara yang kadangkala menakutkan bagi sesetengah orang di negara kita. Ia amat berbeza dengan orang-orang di negara Arab yang menjadikan daging kambing sebagai hidangan utama orang disana sehingga ia dijual dibanyak restoren, hotel dan juga dihidangkan kepada tetamu. Lain dengan di Malaysia dimana entah mengapa ramai kalangan orang kita memilih menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian dikatakan membawa kepada penyakit jantung. Bagaimana pun daripada laporan FAO menyatakan dimana sekarang ini daging kambing menyediakan 63 peratus daripada bahan daging yang dimakan di seluruh dunia. Seperti yang saya lihat dan makan di UAE terutama semasa buat promosi nanas di WOF, Dubai dan Abu Dhabi, boleh dikatakan setiap hari saya pekena dengan makanan daging kambing yang enak, lemak dan lazat (Sila lihat foto diatas). Daripada hidangan Nasi Arab, Nasi Beriyani, Nasi Bukhari, Nasi Royal Maharaja India sehingga kepada Kebab dan burger semuanya menggunakan daging kambing. Dilaporkan dimana daging kambing di UAE dan negara-negara Teluk lain menjadi makanan penting. Saya juga melawat pasar basah di Dubai untuk meninjau bagaimana daging kambing dijual dengan kuantiti banyak di sana. Daging kambing juga menjadi sumber protein utama di kebanyakan negara Arab dan Afrika Utara dimana selain itu ia adalah merupakan jenis pemakanan penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain. Artikel malam Jumaat ini sempena Cuti Hari Wilayah Persekutuan 2019 esok hari, saya menulis dalam blog "Anim Agro Technology" mengenai makanan daging kambing dan beberapa isu mengenai status halal daging kambing untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.


Apa yang saya lihat di Barat pula dilaporkan daging kambing semakin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu yang menjadi makanan mereka sejak lama dulu. Malah kini sudah terdapat kajian mendapati daging haiwan kambing lebih sesuai dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung. Semasa saya ke beberapa negara EU tahun 2018 selama seminggu lebih tidak menjadi masaalah untuk memakan makanan halal berasaskan ayam dan kambing dengan banyak reestoren halal menjualnya seperti kebab, steak dan sebagainya di restoren Arab dan Turki. Di England, Jerman, Austria, Czech, Hungary, Slovakia dan beberapa lokasi dengan kemudahan internet memang mudah mencari makanan halal ini yang enak walau harganya agak tinggi jika dibanding dengan nilai pertukaran wang semasa. Sempat tinjau jualan Halal Mutton di London (Sila lihat foto disebelah). Dalam satu laporan oleh satu kumpulan penyelidik Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn mereka telah berjaya mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat. Kajian yang dijalankan ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik. Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.


Dalam laporan lain telah dijalankan kajian klinikal oleh Universiti Harvard dimana meraka telah mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang dapat meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain. Mereka mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurang keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik. Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok. Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing boleh membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko seperti atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat. Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES menggariskan lagi dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing. Didakwa ianya adalah termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat. Peraturan kedua pula ialah memasak daging dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew.


Semua kelebihan daging kambing daripada segi kesihatan itu diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria. Daripada temuan kumpulan penyelidik itu menekankan pentingnya nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara. Antara lain juga dilaporkan artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan. Ia membincangkan betapa pentingnya susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak lebih kecil dan mudah dihadam berbanding susu lembu. Ciri ini membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu. Mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia. Khasiat lain daging kambiing juga dimana ia  menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis. Dinyatakan juga tentang kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ekzema atau jerawat. Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit.


Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat. Di Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi tujuan memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun. Kini penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi kemudian memandangkan kambing matang dengan cepat dan ianya membiak seawal usia lapan bulan. Pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.  Walaupun satu ketika dulu aktiviti iaitu penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini. Kini telah semakin ramai pengusaha muda Melayu dan termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan korban Hari Raya Aidiladha. Mereka menternak dan menjual kambing untuk aqiqah dan sebagainya.


Dalam pada rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita bertajuk "Daging babi bercampur daging kambing" yang diimport. Foto disebelah menunjukkan Siti Nur Ahmad (kanan) bersama pegawainya menunjukkan daging sejuk beku dari Sepanyol percayai daging babi di Perlabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor. Beberapa akhbat tempatan termasuk My Metro melaporkan dimana pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesan cubaan menipu kandungan daging import selepas menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing dari Sepanyol dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Menurut Pengarah MAQIS Johor dan Melaka serbuan dilakukan hasil maklumat orang ramai dan pihaknya menyita bekalan daging bernilai kira-kira RM2 juta dengan anggaran 120 tan. Semua daging itu disusun secara bercampur di dalam empat kontena sejuk beku, sebelum dirampas dimana pihaknya telah menerima maklumat sejak sebulan lepas dan terus menyekat akan pergerakan kontena daripada keluar kawasan pelabuhan, selain menjalankan siasatan bagi mengesan pengimport produk berkenaan. Hasil pemeriksaan mereka mendapati pengimport adalah pengusaha tempatan produk sejuk beku dan beroperasi di Selangor dan dipercayai mempunyai sijil halal keluaran pihak berkuasa tempatan. Pengimport juga sepatutnya mengimport daging kambing halal dari Australia namun pemeriksaan mendapati hanya satu kontena sahaja mengikut peraturan ditetapkan namun tiga kontena lain mengandungi daging kambing dan bercampur daging dipercayai babi dari Sepanyol. Pengusaha terbabit nyata melanggar syarat permit mengimport daging dan berdepan tindakan tegas. Setiap kontena dianggarkan mengandungi kira-kira 30 tan daging, selain pengimport itu sudah dipanggil untuk memberi penjelasan dan pihaknya akan membuat pendakwaan jika sabit kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011 di mana jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ada laporan viral juga dilaporkan melalui FB dan Twiter dimana daging kambing tidak halal dari India ada diimport ke Malaysia. Menurut laporan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan bahawa daging dari kambing yang diimport ini telah disembelih dengan cara yang tidak menepati kaedah syarak adalah turut diimport ke negara ini. Menurut JAKIM dimana melalui laman Hab Halal JAKIM lazimnya proses kelulusan kebenaran eksport daging ke Malaysia dari mana-mana rumah sembelih luar negara adalah dilakukan secara bersama antara pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dan pihak JAKIM dengan penelitian dalam aspek SPS (Sanitary and Phytosanitary) dan juga aspek syarak. Lazimnya hanya rumah sembelih yang menepati keperluan SPS, Standard Halal Malaysia serta Protokol Daging Halal Malaysia akan diberi kelulusan mengeksportnya ke Malaysia. Daripada viral melalui video yang tersebar di internet adalah disyaki daging tidak halal ini diproses dan ianya berlaku di kawasan penduduk bukan Islam di negara India. Pengusaha ini sudah mereka pasti tidak memenuhi kriteria untuk mengeksport daging ke Malaysia kerana premis mereka tidak diperiksa dan tidak mempunyai keperluan piawaian ditetapkan. Pihak pengimport dan pengguna diminta berhati-hati apabila hendak membeli daging daripada India dan laporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang keraguan tersebut. Semuga artikel mengenai daging kambing dalam anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
DAGING KAMBING... PILIHAN ANDA...
KAYA PROTIN... RAMAI MAKANNYA...
ADA MITOS... DIDAKWA MERBAHAYA...
BACA ARTIKEL... BARU RASA GEMBIRA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(25 JamadilAwal 1440H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...