MENTERNAK ITEK TELUR (Duck Egg) merupakan salah satu aktiviti penternakan yang agak kurang diceburi oleh orang bumiputra di Malaysia. Pada masa ini telur itek satu jenis telur yang semakin mendapat permintaan yang tinggi dikalangan ramai penduduk Melayu di Malaysia terutama dalam bentuk Telur Itik Masin. Telur itik mempunyai kulit yang berwarna putih krim dengan saiz yang lebih besar daripada telur ayam biasa. Ia berkulit tebal dengan kandungan isinya juga lebih banyak. Pada penulis blog yang telah menulis beberapa artikel mengenai ternakan itik memang sering juga membuat tinjauan kelokasi penternakan itik telur dan itik daging (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik Disini) dan beberapa kali lawat projek membuat telur masin. Itik ialah nama biasa untuk spesies daripada famili Anatidae dimana ia dikelaskan dalam kategori burung. Itik Telur juga kebiasaannya ialah jenis burung akuatik yang bersaiz lebih kecil daripada saudaranya iaitu angsa dan sering juga ianya ditemui di air tawar dan sesekali ada pada air laut. Umumnya ternakan itik memang dipelihara untuk daging atau telurnya bergantung kepada spesisnya. Di Malaysia dari maklumat yang saya kumpulkan antara negeri utama pengeluar telur itik ialah Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. Apa pun kebanyakan haiwan itik mempunyai paruh yang rata dan lebar untuk menyudu. Itik makan pelbagai jenis makanan seperti rumput, tumbuhan akuatik, ikan, serangga, amfibia kecil, cacing dan moluska kecil tetapi kini ada makanan formulasi berbetuk pelet yang dijual. Terdapat beberapa usahawan bumiputra menternak itik untuk penghasilan telur seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan. Artikel malam ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya teruskan menulis mengenai usaha menghasilkan itik telur yang didakwa mudah untuk ianya diuruskan dan dilaporkan oleh media tempatan mengenai potensi dan kejayaan usahawan.
Dalam akhbar My Metro bertajuk "Mudah urus itik penelur" memang En Abdullah boleh dijadikan contoh sebagai usahawan itek penelur. Beliau bermula dengan cara menternak lima itik penelur sebagai aktiviti memenuhi masa lapang di belakang rumah enam tahun lalu dan kini jumlah ternakan bertambah kepada 4,000 ekor (Sila lihat foto disebelah). Kini hasil telur dan jualan yang semakin meningkat turut menjadi pendorong kuat buat bapa kepada dua anak ini untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap projek berkenaan tanpa rasa jemu. Dia kini mampu untuk menghasilkan 2,500 - 2,900 telur sehari dan akan terus mengusahakan projek ternakan itik. Terdapat sambutan menggalakkan terhadap telur itik hingga tidak menang tangan seolah-olah membuka laluan luas bahawa projek diusahakan mampu berkembang lebih jauh. Dia yang menetap di Kampung Baru Huma Luas, Maran nyatakan dimana kerja menternak itik penelur tidak berdepan risiko kerugian disebabkan wabak penyakit atau masalah pasaran berbanding projek ternakan ayam. Cara menguruskan itik penelur mudah dan ringkas apabila hanya mengambil masa empat jam sehari untuk aktiviti mengutip telur serta memberi makan pada pagi atau petang. Biasanya walaupun terpaksa menyediakan perbelanjaan RM600 sehari untuk makanan palet namun kepuasan dapat dirasai apabila setiap pagi berpeluang mengutip telur pelbagai gred. Setiap hari bermula jam 7 hingga jam 9 pagi saya mengutip telur dalam kawasan reban seluas 0.3 hektar di hutan kawasan rizab padang ragut JPV. Dia sekarang mampu meraih pendapatan RM1,500 - RM1,700 sehari hasil jualan telur segar (Kira sendiri kalau sebulan). Pasaran telur itik juga begitu menggalakkan hingga tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Setiap minggu pemborong dari Kelantan datang untuk mengambil telur itek. Sebelum ini dia mendapatkan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan dibuang peniaga di pasar di Maran, Pahang untuk dijadikan makanan tambahan itik namun disebabkan kekangan masa ia ditinggalkan. Walau pun mengeluarkan kos tinggi setiap hari untuk menyediakan makanan namun itu tidak penting kerana masa terluang digunakan untuk beliau melakukan aktiviti lain di kawasan reban. Dalam pada itu kini selera pengguna yang semakin meningkat terhadap telur itik menyebabkannya dia tidak dapat memenuhi permintaan pemborong, peniaga kecil dan syarikat pengeluar anak itik di Perak. Harga telur mengikut saiz iaitu 60 sen gred A dan 40 sen gred B. Kebanyakan telur itik dijadikan telur itek masin selebihnya untuk pelbagai jenis masakan seperti gulai pedas. Kini dia bercadang menambah jumlah ternakan kepada 10,000 itik pada masa akan datang. Kawasan luas juga telah disediakan dimana pihak JPV memberikan lebih peluang untuk tujuan dia memperbesarkan lagi projek itu. Sokongan dan khidmat nasihat JPV menambahkan lagi keyakinan saya untuk menjadi pengeluar terbesar telur itik di negeri ini bagi memenuhi pasaran tempatan serta luar. JPV ada membantu Abdullah dalam usaha memastikan projek diusahakan berjaya dan terus berkembang. JPV ada menyediakan kemudahan kawasan menternak itik yang sesuai dan diharap membuka peluang lebih cerah terhadap kejayaan projek diusahakan sejak enam tahun lalu itu. Pegawai JPV sering melakukan lawatan setiap bulan ke ladang bagi melihat perkembangan projek itu seterusnya melihat tahap kesihatan itik seperti melakukan ujian darah turut dilakukan daripada semasa ke semasa.
''Potensi ternak itik telur'' adalah tajuk di laporkan dalam Utusan dimana Encik Buag Kardi berjaya menternak itek telur berskala kecil-kecilan di perkarangan rumahnya di Rengit, Batu Pahat, Johor (Sila anda lihat foto disebelah). Ini hasil dari beberapa langkah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu meningkatkan pendapatan rakyat terutamanya penduduk luar bandar ketika dunia sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan krisis makanan. Diantara langkah itu adalah menggalakkan rakyat menjalankan aktiviti pertanian yang bukan sahaja mampu memberi pulangan lumayan lebih baik tetapi membantu menggerakkan ekonomi negara. Projek itu telah dimulakan sebulan lalu oleh dua peserta yang menjadi pelopor dan penggerak kepada kejayaan pertanian secara bersepadu berskala kecil itu. Peserta dikampong ini telah mengusahakan ternakan itik telur, ikan keli dan juga ayam kampung pedaging selain menanam cili merah di kawasan tidak sampai satu hektar di rumah masing-masing. Dalam tempoh beberapa bulan saja ua telah memberikan pulangan lumayan kepada peserta berkenaan. Dakwanya modal untuk melaksanakan projek itu juga tidak begitu tinggi dan mereka boleh mendapatkan pembiayaan daripada beberapa pihak termasuk Tekun Nasional (Tekun) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara). Dalam pada itu ternakan itik diberikan keutamaan dalam projek itu kerana telurnya mudah mendapat pasaran dan harganya pula sentiasa stabil. Ada seorang peserta menternak 1,000 ekor itik dan dia boleh mendapatkan telur dalam masa empat bulan dengan pendapatan kira-kira RM150 sehari. Peserta yang menanam ciili merah pula kini mendapat pasaran tinggi kerana ia bukan sahaja diperlukan oleh setiap rumah tetapi oleh pengusaha sos di negara ini. Dilporkan 1,000 pokok cili merah kini boleh mengeluarkan sehingga tiga tan cili setahun dengan purata pendapatan RM240,000 setahun. Pendapatan peserta akan meningkat jika dicampurkan dengan hasil ternakan ikan keli dan ayam kampung pedaging.
Akhbar lain bertajuk "Usahawan Itik penelur" dimana keluarga Encik Mohd Nor mengakui taraf hidup keluarganya berubah sejak mendapat bantuan dan mengusahakan ternakan itik telur. Dia nyatakan sebelum ini dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara hidup termasuk sebagai pekerja am Jabatan Pertanian dan juga kontrak membina rumah dengan gaji RM40 sehari. Bapa kepada sembilan orang anak itu bagaimanapun tidak pernah berputus asas dan menyesali takdir hidup sebaliknya berusaha mengubah nasib keluarga di Pasir Mas, Kelantan semakin menampakkan kejayaan. Bermula dengan 220 ekor anak itik penelur dan dengan semangat serta pengalaman yang ada dia sediakan satu kawasan lapang berpagar telah dipilih dan sesuai untuk penternakan itik itu dibersihkan. Dua jenis baka telah dipilih termasuk baka daripada negara jiran untuk tujuan tersebut. Itik-itik berkenaan mula bertelur setelah berusia empat bulan. Didakwa dia menjaga dengan betul itik ini kerana ia sensitif dan tidak boleh tertekan. Dentuman petir yang terlalu kuat baru-baru ini telah mengejutkan ternakannya yang mana ia juga menjejaskan pengeluaran telur. Dia memberi sagu rumbia sebagai makanan kepada itik terbabit selain batang pisang yang diracik manakala produk GenKimo yang sangat sesuai untuk ternakan ayam dan itik bagi menghilangkan bau najis. Itik juga diberi makan kulit telur bertujuan menjadikan tekstur telur yang lebih keras. Telut dikutip setiap hari untuk penghasilan telur masin dan telur-telur itik itu dikutip dan dibersihkan serta dijemur sehari suntuk. Telur berkenaan dicampurkan dan direndam dalam air garam selama 12 hari. Turut dicampurkan ialah sedikit halia yang ditumbuk bersama daun pandan bertujuan menghilangkan bau hanyir. Sejenis alat khas yang dipanggil brionometer digunakan bagi tujuan menyukat tahap kemasinan yang mana bacaan 20 perlu dikekalkan pada larutan berkenaan selama 12 hari tempoh rendaman tersebut. Anak beliau iaitu Nur Hidayah membantu dan menunjukkan telur masin yang diusahakan keluarganya (Sila lihat foto disebelah). Dari aspek pemasaran kini kira-kira 60 peratus telur masin itu dijual secara segar di pasar dan menerusi tempahan daripada penduduk sekitar. Dia menjual telur masin berkenaan pada harga 60 sen sebiji yang nyata amat menguntungkan berbanding kos makanan 10 sen sehari bagi seekor itik. Usaha tersebut kini sudah mula menampakkan hasil dan berjaya mengubah nasib ekonomi keluarganya. Kini mereka memiliki pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini. Hasil projek tersebut kini dia mampu menambah baik rumah mereka dan telah membeli sebuah motosikal bagi memudahkan urusan memasarkan telur berkenaan. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
TERNAK ITEK TELUR... LAPOR MEDIA...
PERLUKAN ILMU...MODAL PUN DISEDIA...
KUTIP TELUR... SETIAP HARI DIA ADA...
TELUR ITEK MASIN ... RAMAI YAG SUKA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bukit Beruang, Melaka,
Malaysia.
(29 JaladilAwal 1440H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.