Support My Blog

Monday, February 11, 2019

HIDROPONIK - HASILKAN RUMPUT TERNAKAN

MENTERNAK RUMINAN seperti lembu, kambing, bebiri, kuda dan sebagainya memerlukan makanan berkhasiat mencukupi untuk menentukan kadar tumbesaran yang cekap. Makanan ternakan terdiri daripada pelbagai suber daripada jenis rumput, makanan ternakan proses, Hay, Silaj, PKC dan sebagainya menentukan kos pengeluaran haiwan ternak akhirnya. Terkini telah ada teknologi hidroponik yang boleh hasilkan rumput ternakan. Teknik yang dinamakan sebagai "fodder sollution" ini didakwa berjaya menghasilkan rumput ternakan dalam tempoh yang singkat, mudah dan mengikut jadual yang dikehendakki. Ini kerana dalam industri ternakan antara beban utama pengusaha dalam kos operasi selain gaji pekerja ialah sumber makanan. Kos makanan seringkali menjadi rungutan kepada penternak kerana jika pemberian makanan ini tidak betul boleh merugikan penternak.  Masakan tidak kerana peningkatan kos harga makanan ternakan saban tahun menjadi satu beban dan kadangkala penternak terpaksa gulung tikar kerana masalah tersebut. Malaysi mngimport lebih dari RM3.2 billion setiap tahun untuk bahan akanan ternakan sepertii jagung dan kacang soya. Cabaran turun naik harga komoditi ini dan perubahan nilai pertukaran wang asing dengan ringgit Malaysia turut menganggu operasi pemberian makanan ternakan yang diimport ini. Dalam pengurusan ternakan biasanya selain daripada kos makanan, di negara kita sering dikatakan masalah kekurangan baka bermutu yang cuba ditangani menerusi kacukan dan juga masalah penyakit, ramai penyelidik mencari jalan bagaimana menghasilkan makanan alternatif menerusi kajian mereka. Satu daripada usaha tersebut ialah menanam rumput yang dikenali sebagai rumput barli atau sprout barli. Artikel malam ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsi info mengenai teknologi menghasilkan makanan haiwan ternakan melalui teknologi Fodder Solution Technology untuk dijadikan bahan rujukkan.

Rumput barli merupakan salah satu sumber makanan ternakan terkini yang dihasilkan melalui kaedah Fodder Folution (FS) iaitu teknik penanaman secara hidroponik dalam sistem yang semunya terkawal dari segi suhu, air, pencahayaan dan boleh dikeluarkan sepanjang tahun (Sila anda lihat foto disebelah). Dilaporkan selain mempunyai kadar protein dan tenaga yang tinggi, ia juga mempunyai kandungan vitamin, garam galian dan enzim untuk ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain. Pada masa ini dengan isu kenaikan harga bahan makanan ternakan dan tenaga buruh yang semakin dirasai ketika ini maka kaedah FS amat relevan kerana mampu menyelesaikan masalah tersebut. Teknologi ini kerana ia berkemampuan menghasilkan rumput dengan kos lebih murah selain lebih selamat dan bersih kerana teknologi penanamannya tanpa baja, racun serangga dan bebas habuk. Teknologi ini memerlukan kawasan atau ruang yang kecil iaitu sebesar sebuah kontena dimana para penternak sudah boleh menghasilkan rumput tersebut dalam tempoh enam hari sahaja bagi kegunaan sepanjang tahun tanpa masalah kualiti tanah, penyakit, isu keluasan tanah, cuaca atau banjir. Walau pun dinegara ini, kaedah FS masih baru apabila ia diketengahkan oleh syarikat MTG Agritrade akan tetapi ia berpotensi untuk dikembangkan dengan pantas jika ada keperluan dikalangan penternak. Pada masa ini penggunaannya telah dipelopori oleh syarikat ternakan, Kandang Fidlot Cahaya (KFC) yang dimiliki oleh Koperasi Alumni Bestari UM (M) Berhad.

Daripada keerangan pengurus projek itu dikenali dengan nama Yuhanif Mohd. Salleh berkata, ladang ternakan kambing dan lembu yang terletak di Pekan Tunjang, Jitra, Kedah dengan keluasan dua hektar telah menggunakan FS sejak tiga bulan lepas. Dakwanya sejak ternakannya diberikan makanan barli yang dihasilkan FS, maka berlaku berat haiwan-haiwan itu menunjukkan peningkatan menakjubkan. Misalnya seekor lembu dapat ditambah berat sekitar 1.3 - 1.5 kilogram sehari manakala seekor kambing naik 200 gram sehari. Pada masa iini beliau mempunyai 207 ekor kambing pelbagai jenis dan 15 ekor lembu. Seorang Ahli lembaga koperasi itu iaitu Datuk Akmar  berkata teknologi FS adalah satu resolusi dan inovasi yang cukup penting untuk mengatasi krisis harga makanan ternakan. Ini kerana ia tidak memerlukan tanah yang luas untuk menanam rumput, mudah diuruskan dan kos juga jauh lebih murah berbanding membeli makanan ternakan seperti dedak dan rumput napier. Di ladang ini tidak perlu pakai rumput napier atau dedak kerana teknologi FS terbukti boleh menjimatkan kos makanan ternakan sebanyak 30 peratus tetapi mempunyai nutrisi yang tinggi untuk ternakan.

Teknologi FS dapat mengurangkan pergantungan kepada jumlah pekerja yang ramai, lebih organik dan mengurangkan kos ubat-ubatan untuk ternakan kerana haiwan-haiwan diberi makanan berkualiti dan sihat. Disebabkan teknologi ini masih baru di negara ini maka Koperasi Alumni Bestari kami turut menyediakan pakej memulakan ladang ternakan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi FS kepada penternak. Kini syarikatnya bukan sahaja menternak lembu dan kambing tetapi juga menjual ternakan tersebut untuk tujuan akikah dan korban. Orang ramai yang berminat untuk menggunakan kaedah yang sama dipakai oleh Kandang Fidlot Cahaya boleh menghubunginya di 012-3791239 atau Yuhanif di 0192784074 untuk maklumat lanjut. Dalam pada itu kajian menunjukkan ternakan ruminan seperti lembu, kambing, biri-biri dan lain-lain merupakan penyumbang kepada lebih 18 peratus pengeluaran gas CH4 (metana) di dunia melalui proses ruminasi. Dakwa mereka dengan rumput barli maka proses penghadaman menjadi lebih cepat dan ia dapat mengurangkan pengeluaran gas tersebut untuk menjadikan dunia lebih selamat untuk didiami. Semuga artikel kali ini dalam anim agro technolog mempu memberi info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
MAKANAN TERNAKAN... RUMPUT BARLI...
FODDER SOLUTION... SATU TEKNOLOGI....
TERNAKAN MEMBESAR... CEPAT SEKALI...
BOLEH DIAPLIKASI... SESIAPA BERANI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP, Malaysia.
(4 JamadilAkhir 1440H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...