IKAN BILIS merupakan sejenis makanan yang tidak asing lagi dalam masakan kita masyarakat Melayu. Ada yang telah pun menjadikannya sebagai perencah, digoreng dan dibuat sambal dan tidak kurang memasukkannya ke dalam gulai untuk menambah rasa. Bagi yang berpantang dalam bersalin, menu yang biasa diambil adalah ikan bilis goreng yang rangup dimakan dengan nasi putih panas. Ikan bilis adalah sangat menyelerakan untuk dimakan. Khasiat ikan bilis memang tidak dapat dinafikan lagi kerana ia memang berkhasiat. Dalam saya membuat rujukkan kepada beberapa buku berkaitan dengan 'Sea Food Nutrition' mendapati yang ikan bilis mengandungi banyak vitamin A, Kalsium, Kalium dan juga Selenium. Bagi zat Vitamin A, saya dapati satu hidangan ikan bilis, 100 g, memberikan kira-kira 50,000 IU(International Unit) Vitamin A. MenurutNational Institute of Health Office of Dietary Supplement, Vitamin A memainkan peranan penting dalampenglihatan, pertumbuhan tulang, pembiakan dan pembahagian sel, di samping membantu untuk mengawal selia sistem imun dengan menggalakkan lapisan permukaan yang sihat mata dan pernafasan, kawasan kencing dan usus. Bagi zat Kalsium dalam ikan bilis menyediakan sumber yang kaya dengan kalsium. Satu hidangan 100 g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147 mg kalsium. Kalsium adalah penting untuk pembangunan dan penyelenggaraan tulang dan gigi yang sihat. Kandungan Kalium berkaitan dengan jika anda ingin menambah lebih banyak Kalium ke dalam diet anda, ikan bilis adalah pilihan yang sesuai. Ikan bilis mempunyai kira-kira 383 mg kalium setiap hidangan. Kalium adalah penting untuk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia penting untuk pencernaan normal dan fungsi otot. Selain itu kandungan Selenium memang tidak dapat dinafikan. Ikan bilis kaya dengan Selenium dengan kira-kira 36 mcg setiap hidangan. Selenium digunakan untukpenyakit-penyakit jantung dan saluran darah, termasuk strok dan pengerasan arteri atau aterosklerosis, dan juga untuk membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit, laporan dari MedlinePlus. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenaai khasiat ikan bilis dan beberapa kenyataan hukum berkaitan makan tahi ikan bilis untuk dibuat rujukkan.
Dari banyak-banyak isu dalam dunia ni yang besar-besar, isu begini juga yang menjadi kegemaran umat Islam hari ini. Wallahu ‘alam. Pada mulanya ramai tidak berminat menjawab, tetapi kerana ramai pula yang menjadi keliru kerana pelbagai ‘fatwa' dibuat oleh orang awam. Maka kini kita luangkan beberapa minit masa muntuk ada menjawa. Islam berada di antara suatu faham kebebasan soal makanan dan extrimis dalam soal larangan. Oleh sebab itu Islam kemudian mengumandangkan kepada segenap umat manusia dengan mengatakan: "Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168). Selanjutnya mengumandangkan seruannya kepada orang-orang mu'min secara khusus. Firman Allah: "Hai orang-orang yang beriman! Makanlah yang baik-baik dari apa-apa yang telah Kami berikan kepadamu, serta bersyukurlah kepada Allah kalau betul-betul kamu berbakti kepadaNya. Allah hanya mengharamkan kepadamu bangkai, darah, daging babi dan binatang yang disembelih bukan karena Allah. Maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melewati batas, maka tidaklah berdosa baginya, karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Belas-kasih." (al-Baqarah: 172-173). Point : Perut ikan tak termasuk dalam bab bangkai yang diharamkan dan jikalau ia mempunyai najis, ia adalah terhasil dari makanan ikan yang juga harus, justeru ia adalah harus di makan (bagi sesiapa yang berselera makan sahaja).
Makanan kedua yang diharamkan ialah darah yang mengalir. Ibnu Abbas pernah ditanya tentang limpa (thihal), maka jawab beliau: Makanlah! Orang-orang kemudian berkata: Itu kan darah. Maka jawab Ibnu Abbas: Darah yang diharamkan atas kamu hanyalah darah yang mengalir. Maka perut ikan dan najisnya juga tak termasuk dalam bab ini. Rasulullah s.a.w. ketika ditanya tentang masalah air laut, baginda menjawab: "Laut itu airnya suci dan bangkainya halal." (Riwayat Ahmad dan ahli sunnah). Dan firman Allah yang mengatakan: "Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan makanannya." (al-Maidah. 96). Umar r.a berkata: Yang dimaksud shaiduhu, iaitu semua binatang yang diburu; sedang yang dimaksud tha'amuhu (makanannya), iaitu barang yang dicarinya. Dan kata Ibnu Abbas pula, bahawa yang dimaksud ‘thaamuhu', iaitu bangkainya. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Jabir bin Abdullah diceriterakan, bahwa Rasulullah s.a.w. pernah mengirimkan suatu angkatan, kemudian mereka itu mendapatkan seekor ikan besar yang sudah menjadi bangkai. lkan itu kemudian dimakannya selama 20 hari lebih. Setelah mereka tiba di Madinah, diceriterakanlah hal tersebut kepada Nabi, maka jawab Nabi: "Makanlah rezeki yang telah Allah keluarkan untuk kamu itu, berilah aku kalau kamu ada sisa. Lantas salah seorang diantara mereka ada yang memberinya sedikit. Kemudian Nabi memakannya." (Riwayat Bukhari). Tiada pun diarahkan oleh Nabi untuk membuang perut atau najis ikan itu terlebih dahulu. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi Menyebut (Al-Halal wal Haram Fil Islam) :Binatang laut iaitu semua binatang yang hidupnya di dalam air. Binatang ini semua halal, didapat dalam keadaan bagaimanapun, apakah waktu diambilnya itu masih dalam keadaan hidup ataupun sudah bangkai, terapung atau tidak. Binatang-binatang tersebut berupa ikan ataupun yang lain, seperti: anjing laut, babi laut dan sebagainya.
Bagi yang mengambilnya tidak lagi perlu diperbincangkan, apakah dia seorang muslim ataupun orang kafir. Dalam hal ini Allah memberikan keleluasaan kepada hamba-hambaNya dengan memberikan perkenan (mubah) untuk makan semua binatang laut, tidak ada satupun yang diharamkan dan tidak ada satupun persyaratan untuk menyembelihnya seperti yang berlaku pada binatang lainnya. Bahkan Allah menyerahkan bulat-bulat kepada manusia untuk mengambil dan menjadikannya sebagai modal kekayaan menurut keperluannya dengan usaha semaksima mungkin untuk tidak menyiksanya. Firman Allah: "Dialah Zat yang memudahkan laut supaya kamu makan daripadanya daging yang lembut." (an-Nahl: 14). "Dihalalkan buat kamu binatang buronan laut dan makanannya sebagai perbekalan buat kamu dan untuk orang-orang yang belayar." (al-Maidah: 96). KESIMPULAN : DARI SUDUT HUKUM, PERUT IKAN MALAH NAJISNYA ADALAH PERKARA YANG DIDIAMKAN HUKUMNYA OLEH ALLAH DAN RASULNYA, Natijahnya, hukumnya akan mengikuti hukum dagingnya sebagaimana dalil di atas, iaitu harus untuk dimakan bersekali dengan dagingnya.
Bagaimanapun, jika adat dan sains mendapati ianya tidak baik untuk kesihatan manakala adat mendapatinya sebagai kotor dan kurang elok. Maka adalah baik untuk menjauhinya. Kepala ikan pun sebenarnya nampak macam kotor dan mengerikan, tapi ramai orang suka makan kari kepala ikan, cuma saya belum pernah dengar kari perut ikan sahaja. Justeru itu, dalam bab perut dan najis ikan bilis, ia isu yang sangat kecil dan ia adalah harus, siapa nak buang pun tiada masalah, siapa yang termakan atau memang nak makan pun tiada masalah. Bagi madzhab Syafi'iy tidak ada najis atau tahi yang dima'afkan kecuali jika amat sulit untuk tujuan mengatasinya. Ikan bilis adalah sejenis ikan yang tidak diketahui keujudan oleh ulamak Arab dan mereka tidak pernah memakannya, maka dalam hal ini ia bergantung kepada ulamak-ulamak tempatan dan uruf masyarakat dalam menghukum tahi ikan bilis, adakah ia termasuk najis yang jijik dan meloyakan. Imam asSyarbaini alKhatib, Fuqaha' terbilang Syafi'iyah berpendapat tahi ikan yang tidak mengubah rasa dan warna adalah dima'afkan (Mughni alMuhtaj). Begitu juga dalam uruf masyarakat Melayu, kita dapati seupaya mungkin kita lihat mereka membuang tahi bilis tetapi masih ada tahi ikan bilis yang masih terlepas, maka itulah maksud tahi yang dima'afkan. Manakala ikan bilis yang saiznya amat kecil dan tahinya hampir tidak kelihatan, ia adalah dima'afkan lantaran sukar untuk membuang tahinya. Namun tidak ada satu hukum yang muktamad tentang ikan bilis lantaran saiznya yang kecil. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!.
Sambal ikan bilis yang enak... mana tahinya?. |
TAHI BILIS ... HITAM WARNANYA...
SAIZ KECIL... DIBUANG CARANYA...
HUKUM ISLAM... APA KATANYA...
SUDAH DIJELASKAN... LEGANYA...
By,
M Anem,
Senior Agrologist,
Room 201, Hotel Galaxy,
Lumut, Perak,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.