Support My Blog

Wednesday, October 15, 2014

RUMPAI MIANG MEXICO - MERBAHAYA (Part 2)

RUMPAI MIANG MEXICO (Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai "World Worst Weed" atau dalam bahasa kita "RUMPUT PALING TERUK" kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976v sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan dihapuskan. Sekali pendang penulis dapati ia memang menarik macam pokok ulam raja dengan bunga yang agak cantik untuk sesuapa mengambil dan menanamnya. Walau pun begitu ia merupakan tumbuhan rumpai merbahaya dan menjadi ancaman kepada negara kita kerana kadar kerosakan yang akan ditimbulkannya. Artikel malam ini saya mendapatkan info dan terus menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai invasif merbahaya bernama rumpai miang Mexico untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Rumput ini boleh tumbuh didalam cahaya terang mahu pun dikawasan yang ternaung dengan jumlah cahaya sedikit. Pemerhatian mendapati rumput 'world worst weed - www' ini memang mudah tumbuh sepanjang tahun tetapi lazimnya akan memuncak selapas musim hujan. Anak benihnya akan tumbuh dengan agresif dan mampu bersaing dengan tanaman lain dengan mudah sahaja. Rumput ini akan matang dalam masa 4-6 minggu sahaja dan mampu tumbuh dengan kadar kepadatan tinggi. Selalunya rumput ini amat menggemari kawasan lapang kosong yang terbiar atau kadar kepadatan benih mencecah 100,000 biji sehektar. Kajian menunjukkan rumput yang hidup ini akan dorman (kebolehcambahan) selama masa 10 tahun. Kaedah penyebaran yang sering terjadi adalah akibat penggunaan dan pergerakan mesin , kenderaan atau jentera pertanian. Selain itu haiwan ternakan yang memakan rumpai ini akan membuang najis dikawasan baru yang membolehkan ia akan tumbuh dikawasan baru. Elakkan menggunakan biji atau jerami (hays) rumpai ini sebagai makanan haiwan ternakan. 


Di Malaysia keujudan dan kehadiran rumpai ini dikesan oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada September 2013 di kawasan Ulu Yam Baru, Selangor. Kini setelah bancian dijalankan dengan sistematik, terdapat 3 negeri lain dikesan ada rumput 'www' ini iaitu di Perak, Kedah dan Negeri Sembilan dengan anaran keluasan sekitar 20 hektar. laporan menunjukkan rumpai ini membiak dengan cepat dan agresif sehingga menganggu ekosistem semulajadi. Di Australia dilaporkan kerugian bernilai RM 48 juta setahun akibat ternakan lembu yang terjejas oleh kesan rumput ini. Begotu juga di India dimana rumput ini tersebar seluas 14.2 juta hektar dalam masa 5-7 tahun kemunculannya kerana kadar pertumbuhan yang sangat agresif. Begitu juga di Afrika rumpai www ini telah menjadi masaalah kerana cepat merebak dikawasan sub-sahara. Apa yang hebat kita tahu adalah rumput ini membiak dengan agresif dimana ia berbunga dalam masa 408 minggu selepas bercambah. Ia akan berterusan menghasilkan bunga selama 6 - 8 bulan dimana satu pokok rumput www ini mampu menghasilkan sebanyak 100,000 biji benih dalam satu kitaran hidup lengkap selama 6-8 bulan sahaja.


Kajian menunjukkan pertumbuhan rumput ini sangat agresif sehinggakan ia mampu  menghasilkan banyak biji benih. Penggunaan racun rumpai Glyposhate mendapati keseuruhan pokok rumput miang Moxico ini akan mati dalam masa 2 minggu selepas semburan.  bagaimana pun apa yag berlaku adalah nakbenih akan tumbuh lagi selepas 6 minggu kemudian dengan purata kepadatan sekitar 1,800 anak pokok dalam kawasan 1 meter persegi . Dari segi kajian bank biji benih rumput ini adalah pada kadar 1,300 biji pada berat 1 kilogram benih. Kadar percambahan adalah sekitar 92% dengan efisien. Ia menyebabkan kos operasi ladang meningkat untuk mengawalnya dan menyebabkan gangguan ekosistem teruk jika dibiarkan sahaja.  Kesan teruk adalah ia mampu menyekat percambahan dan pertumbuhan pelbagai jenis tanaman seperti pastura, bijirin, sayuran serta rumpai lain dalam masa singkat. Rumpai ini juga menjenaskan kesihatan manusia dan haiwan dan perlu dihapuskan jika anda menjumpainya. Industri ternakan juga akan terjejas dengan kualiti daging dan susu merosot akibat bau yang tidak menyenangkan. Amatlah wajar semua pihak  mengenali dan memusnahkan rumpai ini jika ada dikawasan yang berdekatan agar tidak merebak keselurh negara. Wasallam!...
RUMPUT MIANG...MEXICO ASALNYA...
POKOK RENEK...MACAM ULAM RAJA...
CEPAT MEMBIAK...SUKAR KAWALNYA...
PERLU DIHAPUS...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Hulu Yam Bahru, 
Hulu Selangor, selangor,
Malaysia.

Tuesday, October 14, 2014

RUMPAI MIANG MEXICO - MERBAHAYA (Part 1)

RUMPAI MIANG MEXICO (Parthenium hysterophorus) merupakan sejenis rumput yang MERBAHAYA daripada famili Asteraceae iaitu sejenis rumpai invasif yang berasal daripada negara Mexico. Rumput ini telah digelar sebagai "World Worst Weed" atau dalam bahasa kita "RUMPUT PALING TERUK" kerana menyebabkan pelbagai impak negatif seperti mampu untuk menjejaskan produktiviti tanaman, kesan kepada alahan (allergy) kepada manusia dan haiwan ternakan dan mengganggu biodiversiti tanaman. Ia telah digazetkan dalam Akta kuarantin Tumbuhan 1976 sebagai rumput merbahaya yang perlu dikawal dan mesti  dihapuskan. Sekali pendang penulis dapati ia memang menarik macam pokok ulam raja dengan bunga yang agak cantik untuk sesuapa mengambil dan menanamnya. Walau pun begitu ia merupakan tumbuhan rumpai merbahaya dan menjadi ancaman kepada negara kita kerana kadar pada kerosakan yang akan ditimbulkannya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sejenis rumpai invasif bernama rumpai miang Mexico untuk dijadikan bahan rujukan dan bacaan anda semua.


Nama diberikan adalah Rumput Miang Mexico bermakna ia memang menyebabkan tindakbalas atau 'allergy' kepada manusia dan haiwan dengan teruk. Apabila terkena dengan rumput ini maka kesannya ia boleh menyebabkan kepada kesan demam, photodermatitis (sakit pada kulit), asma (semput), ruam pada kulit, kulit mengelupas, mata menjadi bengkak dan memang akan menyebabkan gatal-gatal pada mulut dan juga hidung.  Dalam keadaan lain kesan alahan rumput miang Mexico ini menyebabkan batuk yang berterusan, selsema dan juga menyebabkan penyakit Ekzema. Seterusnya tindakbalas terhadap haiwan pula seperti menyebabkan masaalah Anoreksia, Pruritus, Alopecia, Dermatitis dan juga cirit birit pada haiwan. Dalam beberapa kes, kesan haiwan yang memakan rumput ini boleh menyebabkan terjejas kualiti daging dan susu ternakan kerana ia dikatakan boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Kalau begitu memang sesuai rumput ini digelar 'world worst weed - www' berdasarkan keterangan tersebut diatas.


Dari segi marfologi, Rumput Miang Mexico ini adalah kelihatan sepeti pokok ULAM RAJA. Pada peringkat muda sebelum ia berbunga, lazimnya pokok akan berbentuk rozet dengan panjang daun boleh mencecah sehingga 30 cm. Bilangan daun bagi setiap pokok boleh mencapai sehingga 55 helai. Dalam kebanyakan kawasan yang telah ada rumput www ini, ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1.5 - 2.0 meter danam keadaan tumbuh menegak. Batangnya selalu bercabang dengan diselaputi oleh bulu-bulu halus (trikomes) yang menyebabkan miang atau gatal-gatal. Bunganya adalah berwarna putih dengan seakan berkrim dan mempunyai diameter sekitar 4-6 mm. Ramai dikalangan surirumah yang kali pertama melihatnya akan berkenan untuk menanamnya. Bagi mereka yang tidak tahun akan 'miangnya' rumpai ini mungkin hanya menyesal apabila sudah kena tindakbalas allergi miang. Antara ciri biji benih adalah bentuknya sebagai 'Baji' dengan benih matang berwarna coklat kehitaman yang berukuran 2 mm. Lazimnya kajian menunjukkan satu pokok yang sihat mampu untuk menghasilkan sebanyak 100,000 biji dalam masa 3-4 bulan sahaja.


Rumput Miang Mexico merupakan jenis tumbuhan yang membrbahaya dimana kos untuk menghapuskannya adalah tinggi yang perlu ditanggung oleh petani dan kerajaan. Ini deisebabkan oleh kadar pertumbuhannya yang agresif dan cepat serta adaptasi untuk ia tumbuh dalam pelbagai jenis tanah dan keadaan. Pelbagai kaedah kawalan secara kimia dan fizikal untuk menghapuskan rumpai ini didapati kurang berkesan, mahal dan tidak mesra alam.Mencabut rumput ini dan mengumpulkannya untuk diletakkan ditepi kebun, tepi jalan dan membakarnya agak berkesan tetapi tidak praktikal dan merosakkan kualiti tanah kerana ia memusnahkan bahan organik terhasil pada tanah. bagaimana pun antara kaedah terbaik adalah dengan menajak (Hoeing) rumput pada tanah dan kemudian dimusnahkan. Kaedah kawalan dengan menggunakan racun rumpai kurang berkesan. kajian di India mendapati penggunaan kawalan secara kaedah kawalan biologi dengan menggunakan kumbang pemakan daun (Zygogramma bicolorata) agak berkesan. Jenis kumbang makan batang (Epiblema strennuana) dan Ulat Pengorek Batang (Listronotus setosepennis) telah diperkenalkan di Australia dan ada kesan kawalan walau pun masih kurang berkesan. Ini kerana bunga dan bijinya masih tidak terkesan dengan kaedah kawalan biologi ini. Jadi apakah kaedah kawalan bagi menghapuskan rumput invasif yang memang mengancam ini. Fikirkan... Bersambung pada artikel rumpai miang Mexico Part 2. Wasallam!... 
RUMPUT MIANG...MEXICO ASALNYA...
POKOK RENEK...MACAM ULAM RAJA...
CEPAT MEMBIAK...SUKAR KAWALNYA...
PERLU DIHAPUS...DENGAN SEGERA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Hulu Yam Bahru, 
Hulu Selangor, selangor,
Malaysia.
(19 Zulhijah 1435H)

Monday, October 13, 2014

HAKISAN TANAH - CARA KAWALAN

HAKISAN TANAH (Soil eroison) ialah satu proses alami semulajadi iaitu apabila berlaku pemechan ketulan-ketulan tanah dipermukaan bumi dan pemindahannya ke tempat lain oleh faktur air atau angin yang bergerak. Penulis belajar mengenai subjek hakisan tanah semasa di universiti dahulu mendapati agen hakisan Air (Water) merupakan agen yang sangat berbahaya berbanding angin terutama di negara banyak hujan seperti di Malaysia. Air bukan sahaja akan melarut dan melarikan zat makanan tetapi juga mengikis dan menghanyutkan butiran tanah yang dipecahkan (Sila lihat foto diatas). Dalam bahasa sains, apa yang sebenarnya berlaku adalah proses kehilangan permukaan tanah yang subur ini akan menimbulkan masalah dalam pertanian. Tanah atas merupakan tanah yang subur kerana ia mengandungi banyak nutrien untuk tumbuh-tumbuhan. Tanah di kawasan hutan ternyata masih kekal kesuburannya disebabkan oleh kurangnya kejadian hakisan. Sistem alam semulajadi dan lindungan yang diberikan oleh daun-daun pokok dapat mengelakkan tanah daripada ditimpa terus oleh air hujan. Daun yang gugur atau tumbuhan yang mati dapat menambahkan bahan organan di dalam tanah dan dapat memperbaiki lagi teksturnya. Tanah yang gembur dapat menyerap air dan mengurangkan larian permukaan serta hakisan. Artikel sempena hari lahir penulis Sabtu ini (11 Oktober), saya sempat juga menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai blog pertanian berkaitan hakisan tanah untuk dijadikan bahan bacaan anda.

Tajuk Hakisan Tanah memang menarik dimana ia sering dibincangkan oleh pakar sains tanah disektor pertanian dan oleh para jurutera terlibat dalam bidang pembinaan (construction). Ini kerana terdapat dua Bentuk Hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tercepat. Apa yang diperkatakan sebagai Haksian Geologi adalah bentuk hakisan yang terjadi dengan sendiri yang disebabkan oleh keadaan semulajadi, prosesnya perlahan dimana tanah terhakis adalah sedikit demi sedikit dengan kadar rendah. Manakala apa yang mengerunkan sebenarnya adalah jenis Hakisan Tercepat yang berpunca daripada kesan hakisan yang berlaku daripada aktiviti pembangunan tanah terutama jika dibuat dikawasan curam (Lihat foto hakisan disebelah). Kesan hakisan tercepat yang disebabkan oleh manusia akibat gangguan tanah menggunakan jentera terutama dikawasan bercerun memang mampu memusnahkan kestabilan tanah dikawasan bercerun. Hakisan ini boleh menyebabkan ancaman kepada keselamatan manusia dimana menyebabkan banjir lumpur yang membunuh penduduk dikawasan tanah tinggi Cameroon Highland tidak lama dulu.  Walaubagaimana pun pengawalan hakisan adalah sangat perlu dilakukan dengan pelbagai kaedah dan cara yang betul. Beberapa kes tanah runtuh akibat hakisan di sekitar Kuala Lumpur meragut banyak nyawa iaitu kes Highland Towers disekitar Bukit Antarabangsa lama dulu.

Jenis Hakisan Tanah mempunyai berbagai terminologi yang digunakan dimana ia berbeza bergantung kepada siapa yang menggunakan terminologi tersebut. Orang pertanian dengan orang kejuruteraan kadang-kadang saya dapati menggunakan perkataan yang sama mengenai hakisan tetapi merujuk kepada perkara berbeza. Bagaimana pun penulis diberitahu oleh Pensyarah dahulu bahawa antara jenis hakian yang berlaku adalah dinamakan sebagai Hakian Serata, Hakisan Alur, Hakisan Gaung, Hakisan Tebing Sungai dan juga hakisan tanah ryntuh. Bagaimana pun ke kejadian Hakisan Tanah Runtuh merupakan jenis hakisan yang paling ramai orang ramai tahu kerana ia sering diwar-warkan oleh Media Elektronik dan Media Cetak jika kes berlaku memngakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda (Sila lihat foto disebelah). Kerosakan hakisan tanah runtuk ini kebanyakannya berlaku apabila berlaku gangguan pada kawasan terutama tanah bercerun oleh pembangunan yang tidak dirancang dengan sempurna.

Kini telah terdapat undang-undang dan peraturan bagaimana untuk mencegah dan mengawal hakisan tanah oleh air di negara kita. Semua pemaju dan jurutera pembinaan perlu mempastikan dilakukan kawalan dalam mengatasi masaalah hakisan ini daripada peringkat awal dan proses ini perlu dilakukan berterusan sepannjang masa. Kerosakan infrastruktur seperti jalanraya yang runtuh menyebabkan bahaya kepada pengguna dan ia perlu dielakkan daripada berlaku (Sila lihat foto disebelah).  Dalam sektor pertanian, pembukaan hutan baru serta aktiviti penebangan kawasan perladangan estet secara luas juga perlu mengambil langkah mengatasi masaalah hakisan tanah. Jadual penebangan dan jadual penanaman perlu disesuaikan dengan keadaan cuaca agar kesan hakisan tidak akan menyebabkan tanah atas (top soil) hilang yang menjejaskan kesuburan tanah. Kaedah paling lazim dilakukan diestet adalah dengan Menanam Penutup Bumi. Jenis tanaman kekacang seperti Centro, Peuro, Calapo dan tanaman keledek hiasan sesuai digunakan mengikut kaedah pengurusan sesuai (Sila baca artikel berkaitan - Sila klik disini, Sila klik disini, Sila klik disini dan Sila Klik disini). Tanaman penutup bumi ini akan menutup pemukaan tanah bagi mengurangkan kelajuan larian air dan mengurangkan daya timpaan hujan. lazimnya bahagian akar mencengkam dan memegang butir tanah untuk mengelakkan dari dilarikan air hujan kedalam parit.

Kawalan dengan Cara Membuat Teres juga sesuai untuk mengawal hakisan tanah. Teres yang dibuat akan mengelak air hujan mengalir menerusi lereng bukit sebaliknya melalui teres yang dibina dan melalui struktur aliran air yang dibina pada teres (Sila  lihat foto sebelah). Kini kaedah pembinaan teres mampu untuk memperlahankan masaalah kelajuan larian air. Teknik kawalan ke 3 adalah dengan Menanam Mengikut Kontor terutama dikawasan curam dengan henis tanaman seperti getah dan kelapa sawit. Tanaman yang ditanam mengikut kontor mampu untuk menghalang air mengalir turun sepanjang lereng bukit. Paling asas adalah dengan Membuat Sungkupan pada diatas tanah. Ini dilakukan dengan meletak bahan sungkupan di permukaan tanah bagi melindungi permukaan tanah dari ditimpa hujan. Bahan digunakan seperti rumput kering, daun kelapa, plastik silvershine dan bahan lain yang sesuai. Kebaikan sungkupan selain menghalang hakisan adalah ia boleh mengawal kelembapan tanah, meningkatkan bahan humus pada tanah dan menghalang pertumbuhan rumpai. Seterusnya mengawal hakisan dengan Menanam Secara Jalur iaitu teknik menanam merentasi lereng atau kawasan curam bagi menghalang air dari mengalir terus sepanjang kawasan curam. Akhir sekali kaedah kawalan hakisan adalah dengan cara Membina Sistem Peparitan dikawasan tertentu dimana parit ini akan membolehkan air hujan yang selalu berlebihan dikumpul dan dipindah keluar melalui parit yang dibina. Bagaimana pun parit ini perlu direkabentuk dengan cara dan penggalian yang betil. Begitulah apa yang berkait dengan hakisan tanah dan kaedah kawalan yang boleh dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan penulis sendiri. Wasallam!...


TANAH DIHAKIS... AIR PUNCANYA....
HUJAN LEBAT... AWAS SEMUA...
PERLU DIKAWAL....ADA CARANYA...
BACA ARTIKEL... BERGUNA JUGA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pusat Penyelidikan Kelapa Menumbok,
Menumbuk, Beoufort,
Sabah, Malaysia.
(17 Zulhijjah 1435H)

Sunday, October 12, 2014

BUNGA SUNDAL MALAM


POKOK BUNGA SUNDAL MALAM (Pollianthes tuberosa) merupakan jenis bunga paling wangi di dunia iaitu tumbuhan daripada keluarga Asparagaceae sama seperti tanaman asparagus. Tumbuhan ini lazimnya ditanam dikawasan halaman rumah atau ditaman bunga atau taman rekerasi atau taman herba untuk mendapatkan aromanya yang sangat wangi. Lawatan penulis ke Taman Herba Perak dan Projek Tanaman Herba Sundal Malam di Brisu, Alor Gajah membuatkan saya ingin menulis dalam blog ini.. Pokok ini merupakan pokok renek yang dipercayai mempunyai kaitan rapat dengan kepercayaan mistik masyarakat Melayu.  Sejak dulu kita pernah dimomokan yang kononnya aroma bunga ini menarik perhatian pontianak. Dalam filem Melayu pun ada kisah filem popular 'Bunga Harum Sundal Malam' yang mencecah box-office beberapa tahun dahulu. Lain pula halnya bagi masyarakat India zaman silam dimana bunga ini sering digunakan orang Hindu dalam acara keagamaan mereka. Aroma bunga yang terbit pada waktu malam ini dipercayai mampu meningkatkan keinginan seks. kepada manusia yang menghidunya. Terdapat petua dimana ada kepercayaan sehinggakan gadis yang belum berkahwin dilarang menghidunya. Dalam menyelami budaya kita lazimnya kehebatan bunga ini menjadi hiasan utama bilik pengantin. Amat jarang orang kita menjadikan tanaman ini sebagai sejenis tanaman herba komersil untuk dijadikan satu industri. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai bunga sundal malam berdasarkan lawatan ladang dan temubual dengan penanam herba tersebut untuk rujukan.


Dalam penulis cuba mengenali bunga ini, saya mendapati yang bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tumbuhan Tuberose dipercayai ia berasal dari Amerika Tengah. Kebanyakan bunga segar ini akan menghasilkan bau wangi diman ia akan mula kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya bergantung kepada cara penyimpanan. Bunga sundal malam mempunyai sifatnya berbeza sama seperti bunga melur dimana walaupun setelah bunga dipetik, ianya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu. Di negara kita dan negara jiran Indonesia bunga ini dikenali sebagai bunga Sedap Malam dan dijadikan bunga rasmi dibeberapa lokasi.  Kata “malam” yang melekat pada bunga ini kerana buunga ini memang mekar dan mengeluarkan wangi semerbak waktu malam hari. Tumbuhan yang tumbuh menegak dan cantik ini mempunyai kelopak bunga berwarna putih ini merupakan tanaman berumbisi atau tuber. Laporan menyatakan ada sebanyak 12 jenis bunga sundal malam. 


Jenis pokok bunga sundal malam adalah berumpun seperti bunga bakung atau pokok 'spider lily'. Lazimnya ia mempunyai ciri ketinggian pokok kurang dari 3 meter. Lazimnya warna daun adalah hijau berkilat (Sila lihat foto disebelah) dan mempunyai bunga bewarna putih kekuningan dengan pelbagai bentuk. Apa yang unik adalah kerana bunga ini akan menghasilkan bau wangi terutama diwaktu malam dengan kuat. Kewangiannya tidak hilang apabila dipetik tetapi agak tahan lama sama seperti bunga melur. Penulis mendapati satu kaedah menanam adalah dengan menggunakan bebawangnya (bulb) dimana selalunya bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam dengan cara penyimpanan betul. Keperluan untuk menanam dimana pokoknya memerlukan pendedahan terus kepada cahaya matahari dan kurang sesuai dukawasan bernaung. Apa yang menjadi ciri kehebatan bunga ini adalah nilai minyak pati bunga ini adalah sangat mahal (oil extract) dimana ia sering digunakan sebagai bahan wangian untuk mengatasi masaalah stres sebagai penenang fikiran.


Dalam saya membuat banyak rujukan, didapati penggunaan bunga sundal malam ini telah dikomersilkan di negara India. Bunga sundal malam telah pun digunakan di India sebagai bunga untuk menumbulkan 'mood yang romantik' terutamanya untuk pengantin baru atau yang baru kahwin. Dinegara India juga ada petua dimana anakgadis yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam. Ini adalah kerana dipercayai dan juga amat dikhuatiri aroma bunga ini ini akan merangsang aktiviti seksual mereka. Bunga ini dikenali dengan nama 'ratkirani' yang membawa maksud 'mistress of the night'. Dalam kajian mereka dipercayai bahawa bau bunga sundal malam dapat menambah dan meransangkan 'tenaga chakra'. Tenaga ini juga merupakan tenaga yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa Psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya). Minyak pati dari bunga ini boleh dihasilkan melalui proses 'extraction' dengan jumlah yang diperolehi amat sedikit. Bagaimana pun nilai mintak ekstrak amat tingi dipasaran antarabangsa dan ia memang tidak sama dengan minnyak wangi tiruan yang ada dijual. Wasallam!.

BUNGA WANGI... APA NAMANYA...
SUNDAL MALAM...TERUK BUNYINYA...
MUDAH DITANAM...BULB BENIHNYA...
DITANAM LUAS... DIBRISU MELAKA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Executive Rome No 301, Mariner Hotel,
Jalan Tanjung Purun,
Labuan, W Persekutuan,
Malaysia.
(17 Zulhijah 1435H) 

Saturday, October 11, 2014

SAWIT - KEGUNAAN KELAPA SAWIT

Buah KELAPA SAWIT (Ealeis guineensis) dihasilkan oleh pokok kelapa sawit yang matang merupakan hasil yang boleh dijadilkan pelbagai produk setelah diproses di kilang. Terdapat tiga bahan atau produk asas utama yang dihasilkan daripada buah kelapa sawit iaitu Isirung kelapa sawit (Palm kernel), Minyak isirung kelapa sawit (Oil Palm Kernel) dan Minyak sawit mentah (Crude Palm Oil). Ini merupakan asas untuk bahan asas ini diproses seterusnya bagi menghasilkan pelbagai produk akhir yang bernilai. Bahagian buah kelapa sawit hanya sebahagian daripada hasil tanaman kelapa sawit selain daripada bahagian batang pokok yang ditebang untuk diproses menjadi pelbagai produk lain yang berasaskan bahan tersebut. Malaysia antara beberapa negara didunia yang mempelopori pengeluaran produk berasaskan kelapa sawit dengan nilai eksport banyak jutaan ringgit setahun. Tanaman ini merupakan tanaman paling popular di Malaysia sebagai tulang belakang daripada sumbangan sektor pertanian dalam KDNK. Terdapat banyak ladang dan kilang kelapa sawit yang didirikan diseluruh negara bagi memproses tandan kelapa sawit segar (Fresh fruit bunch) untuk dijadikan produk asas kelapa sawit. Selain daripada produk asas minyak masak, kini telah banyak jenis produk akhir berasaskan produk  proses kelapa sawit telah dibuat dan dipasarkan diseluruh dunia. Artikel malam ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kegunaan buah kelapa sawit uintuk bacaan anda.


Produk pertama yang penulis hendak nyatakan adalah Isirung Kelapa Sawit yang dihasilkan (Sila lihat foto disebelah). Lazimnya isirung kelapa sawit akan digunakan sebagai bahan makanan ternakan dan bahan bukan makanan. Bahan bukan makanan seperti alkhohol lauryl, bahan sabun pencuci dan asid lemak. Kedua adalah Minyak Isirung Kelapa Sawit yang diproses daripada bahagian isirung kelapa sawit. Minyak isirung pula digunakan untuk membuat bahan makanan seperti marjerin, lemak majmuk, krim, ais krim dan lemak masakan. Bahan bukan makanan boleh dihasilkan seperti membuat bahan sabun pencuci, alkhohol lauryl dan asid lemak. Kandungan minyak kelapa sawit dalam marjerin antara lapan peratus hingga 13.6%. Minyak sawit ini juga terkenal bagi membuat bahan bukan makanan, antaranya untuk membuat sabun, minyak gris, minyak pelincir, lilin, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. Kini telah ada perusahaan membuat sabun yang bermutu memerlukan minyak kelapa sawit yang berkualiti, manakala bagi minyak sawit yang rendah mutunya digunakan membuat sabun biasa. Kini, perkembangan teknologi dan pendidikan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) Dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) telah mendapati minyak sawit amat berguna sebagai bahan pembakar seperti diesel dan lilin. 


Dalam industri kelapa sawit, hasil Minyak Sawit Mentah (Crude Palm Oil) adalah merupakan antara sasaran utama yang diambil kira dalam analisa ekonomi. Minyak sawit mentah adalah dalam bentuk separa pepejal (20% pepejal) atau lemak apabila diproses pada suhu 20ºC dan purata suhu air 36ºC. Justeru itu, minyak ini merupakan bahan yang tidak mudah masam dan mempunyai kandungan yang sesuai untuk membuat makanan seperti marjerin dan lelemak masakan seperti keju sayur (Sila lihat foto disebelah)Minyak sawit juga terkenal sebagai bahan iaitu bukan makanan diantaranya adalah untuk membuat sabun, minyak gris, lilin, minyak pelincir, krim pencuci, bahan solekan dan ubat-ubatan. Proses pepecahan minyak sawit mentah dijalankan secara berperingkat-peringkat untuk mendapatkan bahagian cecair, olein, sterin dan bahagian pepejal. Bagaimana pun bahan makanan berasaskan bahan ini amat meluas penggunaannya. Wasallam!.
BUAH SAWIT...BANYAK GUNANYA...
BUKAN MAKANAN...BANYAKNYA...
NILAI TINGGI... IKUT PRODUKNYA...
DIMALAYSIA...IA INDUSTRI UTAMA...


HARI INI HARI LAHIR SAYA.....!...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 137, Hotel Super Cowbow (Pelik Bunyinya),
1, Jalan Malinja, Bukit Baru,
Melaka, Malaysia.
(26 Zulkaedah 1435H) 

Friday, October 10, 2014

KANTAN - KENAPA HARGA TINGGI?

HARGA KANTAN RM8.50 SEIKAT?. Ini bermakna 1 batang kantan berharga RM4.25 iaitu harga runcit bagi herba yang amat mengejutkan (Sila lihat foto diatas). Itulah laporan diterima daripada rakan saya diTerengganu dan Kelantan pada Bulan Ogos - September 2014 yang penulis terima disana. Adakah ia sejenis kantan ISTIMEWA atau varieti hibrid baru atau sebab lain?. Pada penulis blog, KANTAN (Phaeomeria speciosa) merupakan sejenis tanaman yang tumbuh di kawasan lembab dan digunakan untuk tujuan menyedapkan rasa bagi banyak menu masakan melayu iaitu sejenis tumbuhan dari keluarga Zingiberaceae (Sila baca tulisan saya - Sila klik disini). Kajian saya daripada sumber laporan Jabatan Pertanian mendapati terdapati, seluas sekitar 70-90 hektar CHE tanaman kantan di Malaysia dimana ia banyak ditanam di Johor, Selangor dan Pahang. Sebut sahaja kantan tentu kita teringat akan Laksa Penang, Asam Pedas, Ulam Nasi Kerabu dan sebagainya. Selain daripada itu bunga kantan berkhasiat dan digunakan sebagai perasa masakan dimana bahagian batang kantan didakwa boleh mengubati bengkak-bengkak. Bahagian buahnya boleh membantu untuk meningkatkan selera makan dan biji kantan mampu mengubati penyakit pada telinga. Saya kenal akan tanaman kantan ini kerana memang ada menanam pokok ini ketika bertugas di Muar dikawasan rumah selama 5 tahun lamanya. Selalunya bunga kantan dijual dengan harga RM 1.50 satu kuntum di Lembah Kelang dan bandar besar lain di Malaysia. Harga diladang pula diantara sekitar RM0.30 - RM0.60 sekuntum sebelum minyak RON95 naik kepada RM2.30 seliter bergantung kepada saiz dan kualiti. Kenapa harga kantan boleh meningkat berkali-kali ganda sehingga diluar tahap 'harga logik' terutama di Pantai Timur?. Tinjauan terkini penulis di Sekitar Putrajaya dan Pasaraya di Kuala Lumpur juga mendapati ia mencecah RM2.50 - RM3.00 sekuntum pada Hari Raya Haji 1435 lepas. Adakah terdapat masaalah pengeluaran diladang yang terjejas atau masaalah rantaian nilai daripada petani kepada orang tengah dan pengguna tidak cekap?. Adakah ujud permintaan yang tinggi luarbiasa dipasaran atau disebabkan oleh perkara lain?. Banyak persoalan yang terfikir mengenai harga bunga kantan masa artikel ini saya tulis. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa kemungkinan kenaikan harga bunga kantan berlaku sebelum kenaikan harga minyak petrol pada 1 Oktober 2014. 


Penanaman dan penjagaan tanaman pokok kantan adalah sederhana mudah dan menguntungkan jika diuruskan dengan baik. Keperluan anakbenih kantan adalah sebanyak 4,200 pokok sehektar dan jika anggaran harga benih RM 0.50 sepokok maka kos pembelian anak benih sekitar RM 2,100 sehektar. Semasa atau sebelum menanam anakbenih kantan perlu diberikan baja asas iaitu CIRP sebanyak 20 gm/pokok (210 kg/hektar) dan Kapor sebanyak 2.5 - 4.0 mt sehektar bergantung kepada kadar pH tanah. Penanaman kantan dalam barisan dengan jarak penanaman 2m x 1m secara tunggal (4,200 pokok/ha). Pokok Kantan juga sesuai ditanam sebagai tanaman selingan dengan pokok getah (2m x 2m - 3,300 pk/ha), selingan dengan pokok buah-buahan (2m x 2 m - 3,300 pokok/ha). Penelitian penulis mendapati pokok kantan juga sesuai ditanam dibawah sedikit naungan seperti pokok getah dan buah-buahan asalkan dijaga dengan sempurna dan hasilnya agak kurang sedikit. Pokok kantan yang dijaga dengan baik mampu untuk menghasilkan bunga kantan secara berterusan. Lagi kerap memetik hasil dengan pembajaan berjadual akan lebih banyak hasil bunga kantan dituai. Pemberian baja organik yang cukup dan ada sistem pengairan sesuai juga boleh mempastikan pokok kantan subur dan mampu memberikan hasil banyak dan berkualiti. Elakkan daripada menggunakan bahan kimia untuk tanaman bunga kantan.


Kalau kenaikan harga kantan ini disebabkan oleh permintaan yang mendadak dimusim perayaan adalah logik. Tetapi kali ini kadar kenaikan adalah dirasakan amat tinggi dan mungkin ada faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku. Adakah bunga kantan di pantai timur ini kerkurangan bekalan kerana ada pengaliran keluar kenegara jiran?. Jika ada kenapa ia tidak dilaporkan dalam mana-mana forum jika ianya berlaku. Lazimnya penanam bunga kantan sudah tahu akan trend permintaan bunga kantan yang tinggi pada musim perayaan. Mereka selalunya akan menggandakan tuaian dan penjualan pada musim perayaan dimana ianya jarang akan mencecah harga tinggi seperti ini. Kalau hendak dikatakan kini ada usahawan kilang yang membeli banyak bunga kantan untuk diproses bagi membuat produk lain, siapakah gerangan mereka dan apa produk yang mereka buat?. Kalau hendak dikatakan berlaku bencana alam banjir besar yang menyebabkan pokok kantan musnah dan tidak berbunga juga kurang laporan yang menyatakan perkara tersebut. Kalau hendak salahkan 'orang tengah' mengambil untung berganda mungkin kurang tepat kerana kadar kenaikan harga bunga kantan juga amat tinggi. Jadi apa alasan dan penjelasan lain mengenai isu ini?.


Pemerhatian penulis mendapati antara kemungkinan atau hipotesis kenapa harga kantan meningkat ada hubungkait dengan fenomena El-Nino yang berlaku dikawasan pengeluar utama bunga kantan terutama dikawasan Selatan Tanah Air (Johor) dan juga di Negeri Pantai Timur semenjak awal tahun iaitu Januari hingga Jun 2014. Penulis mendapati cuaca panas kering dan suhu tinggi di Johor pada bulan hujung Febuari, April dan Mei 2014 disahkan telah menyebabkan banyak pokok tanaman makanan termasuk pokok bunga kantan yang terjejas pertumbuhannya dan tidak memberikan hasil seperti biasa. Pokok kantan menjadi kering dan parit serta kolam yang diperiksa juga menjadi kering kontang antara 1 -1.5 bulan. Pokok sedikit layu malahan ada juga daun mengering dan pertumbuhan agak terencat (Sila lihat foto disebelah).Hal ini telah disahkan oleh beberapa penanam pokok bunga kantan di Johor termasuk Hj Zainal, Cikgu Yusoff dan beberapa lagi yang menanam pokok kantan secara komersil di Batu Pahat dan Muar. Dakwa mereka akibat cuaca kering tanpa hujan dan panas menyebabkan pokok kantan gagal mengeluarkan bunga bermula bulan Julai sehingga kini tetapi diharap ianya dijangka akan pulih beberapa bulan lagi. Temubual dengan mereka menganggarkan kadar kehilangan hasil bunga kantan pada peringkat awal adalah cuma serendah 15% tetapi kini telah dilaporkan melebihi 50%. Oleh itu adalah digalakkan beberapa inisiatif diambilkira bagi mengatasi harga bunga kantan ini daripada terus melambong tinggi dimasa akan datang. Satu cara terbaik adalah dengan usaha mengalakkan penanaman pokok kantan didalam pasu atau atas tanah dikawasan rumah atau perumahan sendiri.  Jika ramai yang berbuat demikian saya percaya kita tidak akan terima harga bunga kantan yang mahal kerana sudah ada pokok sendiri. Wasallam!...
BUNGA KANTAN...MAHAL HARGA...
BUAT SIASATAN...APA PUNCANYA...
ORANG TENGAH... ADAKAH KERJA DIA...
BUAT PROGRAM...SELESAIKANNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Executive Room 301,Mariner Hotel,
Jalan Tanjung Purun,
Labuan, WP Labuan,
Malaysia.
15 Zulhijjah 1435H.

Thursday, October 9, 2014

KELAPA PANDAN - CERITA CHYE

KELAPA PANDAN (Cocos nucifera) merupakan sejenis kelapa khusus untuk diminum airnya yang berbau pandan. Penulis hari ini berpeluang melawat satu projek tanaman kelapa pandan seluas 25 ekar (10 hektar) di Kampong Selabat, Muara Tebas, Kuching, Sarawak bersama pegawai Jabatan Pertanian Negeri Sarawak. Pemilik kebun kelapa yang menjadi usahawan berjaya ini adalah Encik Chye Kian Cheng yang telah mengusahakan tanaman kelapa pandan semenjak 5 tahun dahulu. Menurut pegawai pertanian Daerah Kuching yang memberi taklimat iaitu Encik Nafi, petani tersebut bercadang menjual tanah tersebut kerana tanahnya sering dinaiki air akibat air laut pasang dahulu dimana semua jenis tanaman buah-buahan dan usaha lain gagal. . Setelah berbincang dengan pakar-pakar pertanian, En Chye membuat pinjaman untuk membuat ban tanah setinggi 5 - 6 kaki disekeliling kebunnya untuk mengelakkan banjir air laut ketika musim hujan dan air laut pasang. Pembinaan struktur 'Ring Ban' ini menggunakan jengkaut mini yang dibeli oleh petani tersebut dan menggalinya sendiri dalam masa beberapa bulan. Katanya kalau kerja tersebut dibuat oleh kontrektor harganya berlipat kali ganda. Kini pokok kelapa pandan yang benihnya di bekalkan oleh Jabatan Pertanian Sarawak telah berhasil dengan baik dan berjaya menampung pendapatan keluarga Encik Chye dengan amat baik sekali. Pada mulanya petani tersebut hanya menanam 2 hektar dahulu sebagai percubaan dan kini kesemua 25 ekar kaeasan telah penoh dengan pokok kelapa.  Walau pun kini kekangan yang dihadapi adalah mengenai kesukaran untuk mendapatkan pekerja ladang, keluarga En Chye tetap meneruskan usahanya. Kawasan ini merupakan kawasan yang sangat hampir dengan kilang perindustrian dimana orang muda lebih suka untuk bekerja dikilang. Artikel petang ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kisah seorang penanam kelapa pandan hasil tinjauan dan lawatan penulis diprojek ini. 


Pada saya asas kejayaan projek kelapa pandan ini adalah kejayaan En Chye membina 'ring ban' disekeliling kebunnya. Semasa melihat bagaimana pintu kawalan air, En Chye menerangkan fungsi ban yang dibina oleh beliau ini boleh dicontohi oleh petani lain. Beberapa pintu kawalan air dibina untuk menghalang air daripada ia memasukki kawasan kebun dengan sistem empangan semi automatik. Empangan ini akan menghalang air luar masuk kedalam kebun semasa air laut pasang dan sebaliknya air dalam kebun akan mengalir keluar semula semasa air laut surut (Sila lihat foto disebelah). Tinjauan penulis mendapati air pada luar kebun sekitar 3 - 5 kaki lebih tinggi daripada paras air dalam kebun. Ini macam kes pembinaan 'dike' yang penulis lawat di Amsterdam, Netherland pada bulan Mei 2014 kira-kira tiga bulan lepas. Dilihat kepada kesuburan pokok kelapa yang ditanam amat baik sekali dan subur. Air masin yang ada juga menyebabkan kualiti air kelapa pandan lebih kuat aromanya. Kawasan ini dahulu dipenohi dengan pokok buah-buahan seperti Limau Manis, Mangga dan buah-buahan lain dan kesemuanya mati akibat banjir dan berlaku serangan penyakit CGD (Citrus Greening Disease) bagi Limau Manis. Pengamalan penulis yang bertugas di Sarawak dahulu mendapati petani ini seorang yang amat gigih dalam membangunkan sektor pertanian melalui tanaman kelapa pandan secara komersil. Beliau menguruskan hasil kelapa dengan bantuan pekerja upahan untuk aktiviti selenggara ladang sahaja dan yang lainnya dibuat ahli keluarganya.


Buah kelapa pandan dari kebunnya akan dipetik sepokok satu bulan sekali. Ditanya bagaimana En Chye dapat mempastikan kualiti kelapa pandan yang dipetik "TEPAT" kematangannya untuk dijadikan air kelapa dengan isinya yang 'ideal', dia nyatakan amalan menuai ikut jadual bulanan adalah paling tepat. Dakwanya satu pokok kelapa pandan akan dituai satu bulan sekali secara bergilir-gilir untuk keseluruhan kebun. Tandan paling bawah lazimnya akan memberikan hasil ideal melalui pengalaman selama lebih 5 tahun. Buah yang dipetik akan digredkan mengikut kualiti dan lokasi pemasaran. Buah Gred A lazimnya iaitu buah bersaiz besar dengan kulit yang licin dan tidak cedera. Buah gred lain lazimnya kecil sedikit dengan kulit yang sedikit karat (tidak licin) atau ada sedikit kecacatan. Lazimnya buah gred A akan tahan selama 7 - 10 hari selepas selepas dipetik manakala sub-gred tahan kurang dari 7 hari. Harga jualan borong adalah RM2.00 - RM2.50 sebiji dimana En Chye hantar kepada restoren makanan laut di sekitar Muara Tebas, Pending dan Kuching. Lazimnya dia akan hantar terus kepada restoren tersebut dengan van (Sila lihat foto dibawah). Pemilik restoren akan jual kepada pelanggan antara RM3.50 - RM5.00 sebiji. Bagi gred kurang baik akan dijual kepada penjaja air tepi jalan, pasar malam atau peraih dengan harga RM1.50 sebiji ambil sendiri dikebun. 


Ditanya berapa jumlah biji kelapa yang dijual dalam sebulan, dia menjawab diantara 5,000 - 6,000 biji sebulan bergantung kepada cuaca, perayaan dan sebagainya. Anggran pengeluaran kasar sekitar 60,000 hingga 70,000 biji setahun. Anda kira sendiri berapa pendapatan kasar usahawan ini sebulan kalau . Bagaimana pun sebenarnya permintaan buah kelapa pandan ini amat unik. Katanya kalau musim hujan, buah kelapa pandan memang 'TIDAK LAKU' kerana pelanggan tidak keluar makan direstoren makanan laut. Kalau hujan malam hari selama satu minggu bermakna minggu tersebut memang tidak ada duit masuk kerana orang tidak akan minum air kelapa. Bagaimana pun pada musim cuti sekolah dan cuaca panas, permintaan kelapa pandan memang sungguh menakjubkan dan hebat permintaannya. Buah kelapa boleh keluar dengan kadar sama setiap bulan tetapi permintaan biji kelapa pandan amat tidak menentu. En Chye memang pakar memotong buah kelapa pandan yang dihidangkan kepada kami dengan teknik yang menunjukkan tahap kemahiran tinggi (Sila lihat foto dibawah). Teknik ini tidak boleh dibuat untuk jenis kelapa tinggi seperti Malayan Tall, Tagnanan dan sebagainya. Akhir kata penulis ingin menyatakan menanam kelapa pandan secara komeril mampu memberikan pendapatan baik kepada pengusaha tetapi ianya perlukan komitment dan kesungguhan petani sendiri. Sekian....


TANAM KELAPA... JENIS PANDAN...
UMUR 5 TAHYN...BANTUAN JABATAN,..
KELILING KEBUN...NAIK DIBUAT BAN...
PROJEK BERJAYA...ATASI CABARAN...

By,
M Anem,
Room 1412, Riverside Majestic Hotel,
Jalan Tunku Abdul Rahman,
Kuching, Sarawak,
Malaysia.
(14 Zulhijah 1435H)

Wednesday, October 8, 2014

PETAI - TIP PENJAGAAN PETAI

PETAI (Parkia speciosa) merupakan sejenis tumbuhan dibawah keluarga Fabaceae atau Keluarga Leguminoceae yang tumbuh dalam hutan dan kini boleh ditanam sebagai tanaman yang boeh mendapatkan hasil. Petai juga di panggil dengan nama pete' (Indonesia), sator (Thailand), sataw, stink bean, yongchaa, yongchaak atau zawngtah dipercayai berasal dari Asia Tenggara. Di Malaysia dahulu hanya orang Melayu sahaja yang memakan petai tetapi kini pelbagai bangsa lain seperti Cina, India atau Orang Putih pun mulai memakannya kerana khasiat yang ada pada petai. Buah Petai yang berwarna hijau memberikan bau yang kuat dan menyelerakan ramai peminat buah petai. Kaian dan pemerhatian saya mendapati terdapat beberapa spesis petai yang sesuai untuk di ketahui iaitu Parkia speciosa, Parkia timoriana, Parkia sumatrana, Parkia intermedia, Parkia harbesonii, Parkia serffeseei dan Parkia leiophylla. Selain daripada Parkia speciosa , didapati spesis Parkia timoriana adalah spesis yang banyak di tanam di Malaysia, Indonesia dan Filipina kerana pokoknya yang sesuai di tanam dan mudah untuk diuruskan, buah yang banyak dan kualiti buah yang baik. Spesis Parkia sumatrana pula banyak di tanam di Thailand dan Myanmar dimana subur tumbuh dikawasan lereng bukit. Parkia intermedia hanya terdapat di kepulauan Jawa dan merupakan jenis petai lokal khususnya di Pulau Jawa. Artikel kali ini dalam "Anim Agro Technology" saya akan membincangkan teknologi dan tips penjagaan tanaman petai berdasarkan kepada pengalaman penulis sebagai pegawai pengembangan pertanian banyak menjumpai pokok petai sebagai tanaman selingan dan telah juga memakan petai semenjak beberapa puloh tahun dulu.


Tip penjagaan pokok petai merupakan satu panduan yang perlu dilakukan bagi mempastikan pokok petai berhasil dan sihat. Pokok petai yang baik mampu untuk berbuah dengan kadar enam kilogram sepokok dalam setahun. Pokok petai merupakan tumbuhan asli negara kitayang masih tumbuh meliar di kawasan hutan serta banyak terdapat di rantau Asia Tenggara. Petai boleh diumpamakan sebagai raja segala ulam di kalangan penggemarnya kerana sedap dimakan secara segar, menjadi penyedap rasa di dalam masakan, malahan dijadikan sebagai dijeruk dan produk hiliran. Nama botani atau saintifiknya petai ialah Parkia speciosa dan tergolong di dalam tumbuhan keluarga Leguminasae. Pokok petai boleh ditanam dengan cara menggunakan sistem segi empat sama dengan jarak antara pokok ialah 12 meter x 12 meter. Saya dapati jumlah pokok petai yang boleh ditanam bagi keluasan sehektar ialah 69 pokok. Teknik pembiakan pokok petai boleh dilakukan secara cantuman mata tunas dan biji benih. Lazimnya untuk pembiakan secara biji benih adalah digalakkan memilih biji petai yang telah tua dan besar.

Benih tanaman petai perlu disemai di dalam polibeg kecil atau kotak semaian pasir. Selepas biji bercambah, tinggalkan satu anak benih yang sihat sahaja untuk hidup subur dan membesar. Pembiakan secara mata tunas pula memerlukan pokok penanti petai, mata tunas petai dan peralatan cantuman seperti pisau cantuman dan plastik pembalut lutsinar. Pokok yang telah berjaya dicantum akan diberikan naungan sehingga berumur tujuh bulan. Pokok yang berumur melebihi umur tujuh bulan amat sesuai ditanam di kebun. Popok petai perlukan sistem pengairan dimana pengurusan air yang berkesan dan teratur dapat menyumbang kepada peratus hidup yang tinggi di samping dapat memberikan kelembapan pada tanah dan suhu pokok. Terdapat dua kaedah sistem pengairan yang boleh digunakan untuk membekalkan air kepada pokok petai iaitu dengn cara manual (tong penyiram air) dan sistem pengairan secara titis. Pemasangan pengairan secara titis memerlukan kemudahan seperti kolam atau takungan air, pam air, paip utama, paip penghubung dan komponen pengairan titis. Kelebihan penggunaan pengairan secara titis ialah dapat menjimatkan penggunaan air di samping mengurangkan kos penyiraman anak pokok. Anak pokok petai perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan lewat petang. Tempoh untuk menyiram anak pokok bergantung kepada keadaan cuaca semasa dan keperluan air oleh pokok, akan tetapi mengikut kebiasaannya mengambil masa dua hingga tiga bulan selepas ditanam.

Penjagaan kebersihan kebun dan juga pengawalan rumpai boleh dijalankan dengan menggunakan cangkul di mana pada peringkat awal dan penggunaan sungkupan dikeliling anak pokok memang dapat membantu mengawal rumpai secara berkesan (Lihat foto sebelah). Selain itu, penggunaan racun rumpai yang bertindak secara sentuh (paraquat) boleh digunakan untuk mengawal rumpai yang tumbuh dikeliling anak pokok. Kekerapan meracun rumpai adalah disyorkan empat kali setahun dengan semburan di sekeliling pangkal pokok sahaja. Program pembajaan anak pokok petai perlu juga dilakukan dengan kekerapan mrmbaja empat kali setahun. Penggunaan baja tumbesaran NPK 15:15:15 pada peringkat awal penanaman memang dapat membantu untuk kita mempercepatkan pertumbuhan tunas, ranting dan pucuk yang baru dengan sempurna dan baik. Tahun pertama, penggunaan baja tumbesaran dengan kadar 600 gram sepokok untuk tempoh setahun. Ia perlu dibahagikan kepada empat kali pembajaan dalam setahun. Selepas pokok mula mengeluarkan hasil, penggunaan baja buah perlu untuk menggalakkan pokok berbuah dengan kadar enam kilogram untuk sepokok dalam setahun. Kaedah pembajaan yang paling baik dipraktikkan ialah dengan kaedah empat poket ditabur keliling kanopi pokok. Selepas baja dimasukkan ke dalam lubang, tutup semula dengan tanah. Baja organik perlu ditabur dengan kadar antara 10 dan 20 kilogram dalam setahun. Ia juga bergantung kepada umur pokok dan kesuburan tanah. Kekerapan membaja ialah dua kali setahun. Kelebihan baja organik ialah dapat membantu menyuburkan tanah, membekalkan baja secara berterusan dan mempercepatkan pertumbuhan pokok secara optimum.

Aktiviti pangkasan atas pokok (topping) digalakkan apabila ketinggian pokok petai mencapai 10 meter bagi mengawal ketinggian pokok untuk mengatasi kesukaran mengambil buah dan mengelakkan lenggai (papan) luka dan calar jika jatuh ke tanah semasa mengait buah. Kawalan perosak bagi petai ada beberapa jenis diantaranya adalah ulat pengorek batang dan buah. Di samping itu, haiwan liar seperti monyet dan tupai juga kerap memakan buah petai. Kawalan ulat pengorek batang adalah dengan menggunakan racun serangga dengan bahan aktif methamidophos, diazinion dan lain-lain racun yang disyorkan. Amalan kebersihan kawasan kebun yang baik dapat mengurangkan risiko pokok dan buah petai diserang perosak. Aktiviti menuai petaai dijalankan apabila ia cukup matang dengan menggunakan galah atau panjat pokok. Buah petai segar dijual dengan RM50 setiap 100 keping mengikut gred. Pasaran buah petai adalah tinggi di Lembah Kelang dengan hargan RM 4.00 - RM5.00 setiap 3-4 papan. Makan petai segar dengan kadar berpatutan akan membantu anda menjadi sihat, Wasallam!.



TANAM PETAI... BENIH BERKUALITI..
DALAM BARISAN...CARA EMPAT SEGI...
JAGA TANAMAN...IKUT TEKNOLOGI...
DIPETIK DIJUAL...UNTUNG PASTI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kg Parit Bengkok,
Gersik, Ledang,
Johor , Malaysia.
(28 Safar 1435H) 
Kemaskini pada 8 Oktober 2014


THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...