Support My Blog

Friday, November 12, 2010

Klon Belimbing Besi


Belimbing Besi (Averrhoa carambola Linn.) atau Star Fruit merupakan sejenis buah-buahan tropika yang popular ditanam di Malaysia untuk pasaran domestik dan ekapot. Terdapat seluas 1,340 hektar tanaman belimbing di Malaysia pada tahun 2009 dengan anggaran hasil tahunan sebanyak 11,400 metrik tan. Kawasan utama yang banyak ditanam dengan belimbing besi ialah di daerah Gombak, Selangor (132 hektar), Daerah Seremban N Sembilan (79 ha) dan Daerah Temerloh Pahang (68 hektar). Ramai petani yang ingin mula menanam bekimbing besi tetapi tak tahu klon-klon yang telah didaftarkan dan disyorkan untuk ditanam. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat 18 jenis belimbing besi dalam "Anim Agro Technology"  yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia untuk pengetahuan bersama dan makluman pembaca. Kebanyakan klon belimbing besi didaftarkan lebih 15-20 tahun dahulu dan tidak banyak klon-klon baru yang didaftarkan.

1. Klon B1
Nama biasa : Yong Toh Yin
Tahun di daftar : 1997
Pemilik Asal : Ng Kee Seng
Tempat Asal : Kinta Perak
Ciri2 Asas: Buah Besar, Kuning pucat dan style bunga panjang

2. Klon B2 (Varieti disyorkan)
Nama Biasa : MAHA 66
Tahun daftar : 1966
Pemilik asal : Foo fatt
Tempat Asal : Port Dickson, Negeri Sembilan
Ciri-ciri khas : Belimbing B2 mempunyai buah yang besar, berwarna kuning kehijauan dan rasanya yang manis. Isinya berair dan ira isinya halus. Didapati 'style' bunga adalah panjang.

3. Klon B3
nama Biasa : Foo Red
tahun didaftar : 1966
Pemilik asal : Foo fatt
Tempat asal: Port Dickson, N Sembilan

4. Klon B4
nama Biasa : Sg Besi 1
tahun didaftar : 1966
Pemilik Asal : Tiada maklumat
Tempat asal : Sg Besi

5. Klon B5
nama Biasa : Sg Besi 2
Tahun didaftar : 1966
Pemilik asal : Tiada maklumat
Tempat asal : Sg Besi

6. Klon B6
nama Biasa : Sg Besi 3
Tahun didaftar : 1966
Pemilik asal : Tiada maklumat
Tempat asal : Sg Besi

7. Klon B7
Nama Biasa : Sg Besi 4
Tahun didaftar : 1966
Pemilik asal : tiada maklumat
Tempat Asal : Sg Besi

8. Klon B8
Nama biasa : Sg Besi 5
Tahun didaftar : 1968
Pemilik asal : Tiada maklumat
Tempat asal : Sg Besi

9. Klon B9
nama Biasa : Tiada
tahun didaftar : 1968
Pemilik asal : Tiada maklumat
Tempat asal : Sg Besi, Selangor

10. Klon B10
 (Varieti disyorkan)
Nama Biasa : Tiada
Tahun di daftar : 1968
Nama pemilik : Ching Sing Keaw
Tempat asal : Serdang baru, selangor
Ciri-ciri B10: Buah besar, berwarna merah keemasan, Ira isi yang halus, rasa manis dan berair serta 'style' bunga yang pendek.

11. Klon B11
nama Biasa : Chan Yong 2
Tahun di daftar : 1968
Pemilik asal : Chan Yong
Tempat asal : Serdang

12. Klon B12
Nama biasa : Chan Yong 2
tahun di daftar : 1968
Pemilik Asal : Chan Yong
Tempat asal : Serdang

13. Klon B13
Nama Biasa : Istana Perak 1
Tahun di daftar : 1971
Pemilik asal : Istana Perak
Tempat asal : Istana Kuala Kangsar

14. Klon B14
Nama Biasa : Istana Perak 2
Tahun di daftar : 1971
Peilik Asal : Istana Perak
Tempat Asal : Istana Kuala kangsar

15. Klon B15
Nama Biasa : Istana Perak 3
Tahun didaftar : 1971
Pemilik asal : Istana Perak
Tempat Asal : Istana , Kuala Kangsar

16. Klon B17  (Varieti di syorkan)
Nama Biasa : Belimbing Madu
Tahun didaftar : 1988
Pemilik Asal : Ti Kok Seng
Tempat Asal : Triang, Pahang
Ciri-ciri khas : Belimbing B17 mempunyai bentuk buah yang menarik, berwarna kuning seginya lembut dan berwarna hijau. Didapati 'style' bunganya pendek.

17. Klon B18
Nama Biasa : Belimbing
Tahun di daftar : 1989
Pemilik Asal : Toh Ah Mei
Tempat Asal : Batu 3, Balakong, Selangor

18. Klon B19
Nama biasa : Belimbing
Tahun daftar : 1989
Pemilik Asal : Toh Ah Mei
Tempat asal : Batu 3, Balakong, Selangor

Tanaman belimbing merupakan satu aktiviti yang intensif dan perlukan ilmu teknologi penanaman yang sempurna untuk mempastikan kejayaan. Diantara 18 klon diatas hanya beberapa klon yang sesuai dan popular serta diyorkan untuk ditanam iaitu Klon B10, Klon B17 dan Klon B2. Klon B2 digunakan sebagai agen pendebungaan untuk klon B10 dan B17 bagi mendapatkan kualiti buah yang sangat berkualiti. Sebarang pertanyaan tentang Teknologi Tanaman Belimbing besi boleh didapati dari Jabatan Pertanian berhampiran kebun diseluroh Malaysia.
Selamat membaca.

By,
M Anem 

Ladang Bt 18, Sengkang,
Bukit Gambir, Muar,
Johor,

Malaysia
(Mantan AO Muar) 

Wednesday, November 10, 2010

Cashflow NANGKA

Nangka (Artocarpus heterophyllus) merupakan jenis buah-buahan yang popular untuk ditanam secara kecil-kecilan keliling rumah dan secara komersial. Di Malaysia terdapat banyak klon nangka tetapi yang popular seperti Klon J29, Klon J31, Klon Tekam Yellow, Klon Mastura dan juga tidak ketinggalan Klon J33 (Nangka Madu), Klon Mantin, Klon Uncle Hong dan Klon Kristal (PPK). Terdapat seluas 3,640 hektar kawasan tanaman nangka di Malaysia dengan anggaran pengeluaran sebanyak 28,970 mt pada tahun 2010. Kawasan pengeluaran utama nangka ialah di Daerah Temerloh Pahang (207 ha), Daerah Kota Tinggi Johor (192 ha) dan Daerah Segamat Johor (136 ha). Artikel ini membentangkan Aliran Wang Tunai Tanaman Nangka berdasarkan kajian saya di Segamat, Tapah, Melaka dan Selangor.


Jarak Tanaman : 9.0 m x 9.0 m
Kepadatan Tanaman : 123 pokok
Luas Kawasan Kajian : 1 Hektar
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 20 Tahun

I) ALIRAN WANG MASUK
a. Anggaran Hasil Nangka (kg/ha) = 514,755 kg*
b. Pendapatan Kasar @ RM 1/kg = RM 772,133

II) ALIRAN WANG KELUAR

A. KOS PEMBANGUNAN
1 Pembersihan kawasan = RM 2,000
2 Membina Infra (parit ladang, jambatan DLL) = RM 10,000
4 Memasang Pagar = RM 2,000
5 Penyediaan Tanah = RM 1,000
6 Menanam pokok (RM3/lubang) = RM 369
7 Sistem Pengairan = RM 9,000
8 Bina Stor Ladang = RM 500
Jumlah Kos Pembangunan = RM 24,869

B. KOS BAHAN/INPUT
1 Anak pokok @ RM5/pokok = RM 677
2 Baja : -
i. Baja Basal (CIRP) = RM 35
ii. Baja Organik = RM 43,634
iii. Baja NPK Green = RM 336
iv. Baja NPK Blue = RM 30,104
v. GML = RM 1,418
3 Racun Serangga dan kulat = RM 8,887
4 Racun Rumpai = RM 6,318
5 Alatan Kecil Ladang = RM 3,500
Jumlah Kos Bahan-Bahan 94,909

C. KOS TENAGA KERJA
1 Membaja = RM 4,500
2 Kawalan Serangga & Penyakit = RM 6,840
3 Kawalan Rumpai = RM 4,080
4 Pemangkasan = RM 4,590
5 Membalut buah RM 0.40/biji = RM 10,295
6 Memungut Hasil @ RM 0.10/ kg = RM 51,476
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 81,781

D. KOS PELBAGAI
1 Kos Bahan Api = RM 24,000
2 Cukai Tanah = RM 10,000
3 Penyelenggaraan Infra-struktur = RM 30,000
Jumlah Lain2 Kos = RM 64,000

III) ANALISA CASHFLOW
JUMLAH KOS PENGELUARAN A+B+C+D = 265,558
KOS LUAR JANGKAAN (10%) = RM 26,556
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 292,114
BAKI WANG TUNAI = RM 480,018
BAKI WANG TIMBUNAN =
NILAI BERSIH KINI (NPV) @ 10% = RM 128,284.96
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) = 31%
NISBAH FAEDAH KOS (B/C RATIO) @ 10% = RM 2.01
Harga Pulang Modal (RM/kg) = RM 0.81

*Nota:
1. Berat buah 20kg/biji
2. Kekerapan kawalan serangga perosak dan kulat 6 kali/tahun
3. Kekerapan kawalan rumpai 4 kali/tahun



By,

M Anem

Segamat Johor

Cashflow NENAS

Nenas (Ananas cosmosus) terdapat beberapa varieti yang popular di tanam di Malaysia. Paling popular ialah Nenas Morris, Nenas Josapine dan Nenas Gandul (N36). Jenis nenas lain masa kini yang popular ialah Nenas Cayene, Nenas Spanish, Nenas Queen dan Nenas MD2. Terdapat seluas 16,850 hektar tanaman nenas akan ditanam pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 416,070 metrik tan. Negeri johor merupakan nageri paling luas dengan tanaman nenas terutama di daerah Pontian (3,686 ha), Daerah Kluang (2,950 ha) dan Daerah Muar (1,266 ha) secara komersial dan pekebun kecil. Artikel kali ini saya paparkan Aliran Wang Tunai tanaman nenas untuk satu pusingan (12-14 bulan) berdasarkan pengalaman saya ketika bertugas sebagai AO Daerah Muar selama 5 tahun.


Jenis Nenas : NANAS MORIS

Jarak Tanaman : 90 cm x 60 cm x 30 cm
Jumlah Pokok / ha : 36,000 pokok
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 12-14 Bulan

CASHFLOW TANAMAN NENAS MORRIS


I) ALIRAN WANG MASUK
a. Anggaran Hasil Nanas (Kg/Ha) = RM 50,000
b. Pendapatan Nanas (RM/Kg) = RM 35,000.00
Pendapatan dari sulur nanas 0.00 (Jika ada perlu masuk)
ANGGARAN PENDAPATAN KASAR = RM 35,000.00

II) ALIRAN WANG KELUAR
A. Kos Pembangunan
1. Pembersihan Kawasan = RM 2,000.00
2. Sistem Saliran/ pembentung = RM 500.00
3. Jalan Ladang = RM 2,000.00
4. Penyediaan Tanah = RM 300.00
5. benih+sulaman 10% @RM0.20/pk = RM 7,920.00
5. Pagar -Kawat duri = RM 2,000.00
7. Stor = RM 500.00
Jumlah kos Pembangunan = RM 15,220.00

B. Kos Bahan Input
1. Baja CIRP @ RM0.5/kg = RM 360.00
2. Baja NPK (15:15:15) Tabur I dan II = RM 3,931.20
3. Baja NPK (12:12:17:2) Tabur III = RM 1,980.00
4. Baja Foliar ( Semburan I ) = RM 955.00
5. Baja Foliar ( Semburan II ) =RM 1,060.00
6. Urea = RM 227.00
7. Hormon Aruhan (Pil ANAA) = RM 166.32
8 .Racun rumpai = RM 180.00
9. Racun serangga = RM 60.00
10.Bakul buah = RM 2,000.00
11.Alatan Ladang = RM 500.00
Jumlah Kos Bahan Input = RM 11,192.52

C. Kos Tenaga Kerja @RM 30.00/orang/hari
1. Membaja /foliar dan aruhan bunga = RM 480.00
2. Kawalan rumpai = RM 1,020.00
3. Kawalan Serangga = RM 240.00
4. Penyelengaraan Infrastruktur = RM 1,500.00
5. Memungut Hasil @RM35/ tan =RM 1,750.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 4,990.00

D. Kos Pelbagai
1. Sewa tanah = RM 500.00
2. Petrol = RM 200.00
Jumlah Kos Pelbagai = RM 700.00

III) ANALISA CASHFLOW
JUMLAH KOS A+B+C+D = RM 32,102.52
Kos Luar Jangka@ 10% = RM 3,210.25
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 35,312.77
BAKI WANG TUNAI = RM -312.77
BAKI WANG KOMULATIF = RM -312.77
Nilai B/C Ratio = RM 0.99
Harga Pulang Modal = MR 1.01



By,

M Anem

Pct 11


Cashflow RAMBUTAN

Rambutan (Nephelium lappaceum) merupakan antara pokok buah yang luas ditanam di Malaysia sama ada secara monocrop atau campuran. Keluasan direkodkan pada tahun 2010 ialah 25,460 hektar dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 82,740 metrik tan. Antara kawasan penanaman utama rambutan di Malaysia ialah di Daerah Selama Perak (846 ha), Daerah Kuala Krai Kelantan (654 ha) dan daerah Dungun Terengganu (473 ha). Banyak klon-klon rambutan di Malaysia tetapi yang popular ialah Klon R134 (Rambutan Singapore), Klon R 156 (Gading Muar), Klon R 179 (Deli Cheng), R 191 (Anak Sekolah ) dan Klon R 193 (Deli Baling). Tanaman rambutan adalah untuk kegunaan dan pasaran segar. Rambutan boleh di proses untu dibuat jem dan di tinkan. Artikel kali ini penulis mempaparkan Aliran Wang Tunai bagi rambutan untuk selama 20 tahun berdasarkan Laoporan Pengurusan Ladang yang lama yang disusun balik awal tahun 2010.


Jarak Tanaman Rambutan : 9.0m x 9.0m
Jumlah Bilangan Pokok/ha : 123 pokok
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 20 Tahun


I) ALIRAN WANG MASUK
Anggaran Hasil rambutan (kg/ha) = 125,750 kg
Pendapatan Kasar @ RM1.50/kg = RM 188,625.00

II)ALIRAN WANG KELUAR
A. KOS PEMBANGUNAN
1. Membersihkan kawasan = RM 2,000.00
2. Peparitan dan saliran = RM 1,200.00
5. Penyediaan tanah = RM 1,000.00
6. Membaris danMenanam =RM 369.00
7. Sistem Pengairan = RM 9,000.00
8. Stor = RM 500.00
Jumlah Kos Pembangunan = RM 14,069.00
B. KOS BAHAN INPUT
1. Anak pokok @ RM5/pokok + 10% sulaman = RM 676.50
2. Kos Input Baja Rambutan
(i) Baja Basal (CIRP) =RM 23.37
(ii) Baja Organik = RM 13,868.25
(iii) Baja NPK 15:15:15 = RM 537.26
(iv) NPK 12:12:17:2+TE = RM 26,383.50
(v) Kapor / GML = RM 2,255.82
3. Racun Kawalan Serangga/Penyakit = RM 2,843.10
4. Racun Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,831.75
5. Alat-alat ladang =RM 2,800.00
Jumlah kos bahan input = RM 53,219.56

C. KOS TENAGA KERJA
1. Upah kerja Pembajaan =RM 4,215.00
2. Kawalan Serangga & Penyakit = RM 7,920.00
3. Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,435.00
4. Kerja2 Cantasan Pokok = RM 3,390.00
6. Memungut Hasil @ RM0.10/kg. = RM 12,575.00
7. Penyelenggaraan insfrasktur = RM 10,000.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 41,535.00

D. KOS PELBAGAI
1. Kos bahan api = RM 9,100.00
2. Sewa tanah = RM 10,000.00
Jumlah Kos Pelbagai = RM 19,100.00
III) ANALISA CASHFLOW
JUMLAH KOS (A+B+C+D) =RM 127,923.56
Kos Luar Jangkaan 5% = RM 6,396.18
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 134,319.74
BAKI WANG TUNAI = RM - 54,305.26
BAKI WANG TIMBUNAN -
NILAI KINI PENGELUARAN (NPV) @ 10%= RM 72.14
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) 10% =
NISBAH FAEDAH KOS @ 10% = RM 1.00
Harga Pulang Modal =RM 1.53

By,
M Anem
Kuching
Sarawak

Cashflow Limau Madu



Limau Manis Madu (Citrus suhuensis) tanaman buah-buahan yang mempunyai pasang surut mengikut masa. Antara klon limau manis yang popular cuma Klon M32 yang ditanam di Malaysia. Keluasan tanaman limau manis di Malaysia cuma 3,940 hektar dengan hasil sebanyak 17,970 metrik tan pada 2009. Terdapat satu klon limau madu yang dikenali dengan Klon M33 yang berasal dari Segamat Johor. Daerah Asajaya di Sarawak merpakan kawasan utaman tanaman limau langkat di Malaysia dengan keluasan 294 hektar pada tahun 2009 diikuti dengan Daerah Simunjan Sarawak (288 ha) dan Daerah Beaufort Saabah (230 ha). Artikel kali ini penulis membentangkan Aliran Wang Tunai Tanaman Limau Manis atau Limau Madu berdasarkan beberapa kajian di Kedah, Terengganu dann Johor pada awal tahun 2010.

CASHFLOW LIMAU MANIS MADU


Jarak Tanaman : 6m X 4.5 m
Jumlah Pokok / ha : 370 pokok
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 15 Tahun

PERKARA Jumlah
HASIL LADANG LIMAU
Anggaran Hasil Limau Madu/tahun = 224,960 kg
Pendapatan Limau madu (RM 2.35/kg) = RM 528,656.00

A. ALIRAN WANG MASUK
PENDAPATAN KASAR = RM 528,656.00

B. ALIRAN WANG KELUAR

PERBELANJAAN
I) Kos Pembangunan
1. Pembersihan Kawasan = RM 2,000.00
2. Sistem Saliran/ pembentungan = RM 500.00
3. Jalan Ladang = RM 2,000.00
4. Penyediaan Tanah = RM 300.00
5. Sistem Pengairan = RM 9,000.00
6. Anak Pokok+sulaman 10% @5.00/pk = RM 2,035.00
7. Pagar -Kawat duri = RM 2,000.00
8. Stor = RM 500.00
Jumlah kos Pembangunan = RM 18,335.00


II) Kos Bahan Input
1. Baja Basal/Asas = RM 569.80
2. Baja Organan = RM 59,940.00
3. Baja NPK Hijau = RM 26,906.40
4. Baja NPK Biru Sp = RM 60,606.00
5. Baja Kalsium Nitrat = RM932.40
6. Baja Foliar = RM 10,140.00
7. Bahan GML = RM 2,225.92
8. Racun Serangga = RM 6,180.48
9. Racun Kulat = RM 22,661.76
10. Racun Rumpai = RM 3,861.00
11.Bakul buah = RM 18,000.00
12.Minyak(Diesel) = RM 7,500.00
13.Alatan Ladang = RM 2,100.00
Jumlah Kos Bahan Input = RM 221,623.76

III) Kos Tenaga Kerja @RM 25.00/orang/hari
1. Membaja = RM 3,960.00
2. Kawalan rumpai = RM 3,600.00
3. Kawalan Serangga/Kulat/Baja Foliar = RM 19,440.00
4.Cantasan = RM 3,060.00
5. Penyelengaraan Infrastruktur = RM 1,800.00
6. Memungut Hasil @10sen/kg = RM 22,496.00
7. Lain-lain kerja = RM 1,800.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 56,156.00


C. ANALISA KEWANGAN
JUMLAH KOS PENGELUARAN = RM 296,114.76
JUMLAH KOS LUAR JANGKA (10%)= RM 29,611
JUMLAH KOS PENGELUARAN = RM 325,726.24
BAKI WANG TUNAI = RM 202,929.76
BAKI WANG KOMULATIF = RM 421,227.92


By
M Anem
Air Keroh, Melaka
Malaysia

Cashflow DURIAN

Durian (Durio zibethinus) adalah "Raja Segala Buah atau King of the Fruit" di Malaysia. Terdapat seluas 100,615 hektar tanaman durian di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 288,900 mt pada tahun 2009. Kawasan utama tanaman durian di Malaysia adalah Daerah Muar Johor (7,048 ha), Daerah Segamat Johor (6,741 ha) dan Daerah Kuala Krai Kelantan (5,365 ha). Antara klon durian yang popular ialah D24 (Bukit Merah), D99 (Koop Kecil), D158 (Tangkai Panjang), D159 (Bantal Mas), D168/101 (Mas Muar) dan D197 (Kunyit). Artikel kali ini penulis berbincang mengenai Aliran Wang Tunai (Cashflow) tanaman durian berdasarkan kepada lokalili di Tangkak Johor dan beberapa kawasan disekitarnya.


Jarak tanaman durian = 9 m x 9 m
Kepadatan tanaman durian = 123 sehektar
Luas kebun dibuat kajian = 1.0 hektar
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 20 Tahun

CASHFLOW TANAMAN DURIAN

A. ALIRAN WANG MASUK

Hasil (kg/ha) 113,725
Pendapatan Kasar @ RM2.50/kg = RM 284,312.50


B. ALIRAN WANG KELUAR


i) KOS PEMBANGUNAN
1. Membersih Kawasan = RM 2,000.00
2. Perparitan dan saliran = RM 1,200.00
5. Penyediaan tanah = RM 1,000.00
6. Stor = RM 500.00
7. Sistem pengairan = RM 9,000.00
8. Membaris & menanam = RM 369.00
Jumlah Kos Pembangunan = RM 14,069.00


ii) KOS BAHAN INPUT
1. Anak pokok @ RM5/pokok+10% sulaman = RM 676.50
2. Baja
(i) CIRP = RM 23.37
(ii) Baja Organik = RM 13,868.25
(iii) GML = RM 2,255.82
(iv) Baja 15:15:15= RM 2,182.64
(v) Baja 12:12:17:2 = RM 44,649.00
3. Racun Kawalan Serangga/Penyakit =RM 5,299.20
4. Racun Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,831.75
5. Alat-alat ladang = RM 360.00
Jumlah kos bahan input = RM 73,146.53

iii) KOS TENAGA KERJA
1. Pembajaan = RM 8,100.00
2. Kawalan Serangga & Penyakit = RM 5,040.00
3. Kawalan Rumput Rumpai = RM 3,435.00
4. Cantasan = RM 4,560.00
6. Memungut Hasil = RM 2,110.00
7. Penyelenggaraan insfrasktur = RM 18,500.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 41,745.00

iv) Kos Pelbagai
1. bahan api = RM 9,100.00
2. sewa tanah = RM 10,000.00
Jumlah kos pelbagai = RM 19,100.00

KOS PENGELUARAN A+B+C+D = RM 148,060.53
Kos Luar Jangkaan 5% = RM 7,403.03
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 155,463.55
BAKI WANG TUNAI = RM 128,848.95
BAKI WANG TIMBUNAN =
NILAI KINI PENGELUARAN (NPV) @ 10% =
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) =
NISBAH FAEDAH KOS @ 10% =
HARGA PULANG MODAL =




By,
M Anem
Air Keroh
Melaka


Cashflow PITAYA

Pitaya (Hylocereus undatus) terdapat dua klon popular iaitu Klon Isi Merah dan Klon Isi Putih. Di Malaysia terdapat seluas 2,510 hektar tanaman pitaya direkodkan pada tahun 2010 dengan anggaran pengeluaran sebanyak 9,790 metrik tan. Industri tanaman pitaya sedang mengalami masaalah serangan penyakit serious masa ini dan dikawal dengan kaedah IPM. Kawasan utama tanaman pitaya di malaysia terdapat di Daerah Kluang Johor (206 ha), Daerah Mersing Johor (156 ha) dan daerah Jelebu Negeri Sembilan (155 ha). Artikel kli ini saya berbincang mengenai Aliran wang tunai tanaman pitaya (Cashflow) berdasarkan kajian yang dibuat pada tahun 2010.


PITAYA
Keluasan kajian : 1.0 hektar
Jarak Tanaman 2.5 m x 3.0 m
Bil. Pokok / ha = 5,320 pokok
Bil. Tiang / ha = 1,330 batang
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 10 Tahun

CASHFLOW TANAMAN PITAYA :

A. HASIL PITAYA/HA = 199,000 kg
B. PENDAPATAN KASAR @RM3.00/kg = RM 597,000.00

C. Perbelanjaan
1. Kos Pembagunan
a. Penyediaan Tanah = RM 2,000
b. Pagar = RM 8,000
c. Tiang dan para konkrit = RM 19,950
d. Sistem pengairan = RM 8,000
e. Peralatan Ladang = RM 6,000
Jumlah Kos Pembangunan 1 = RM 43,950

2. Kos Pengeluaran
1. Kos Input
a. Bahan Tanaman = RM 15,960
b. Baja = RM 103,590
c. Racun Rumpai = RM 2,808
d. Racun Serangga =RM 9,482
e. Racun Kulat = RM 11,039
f. Peralatan Ladang = RM 350
g. Bakul = RM 9,200
h. Kos Bahan Api = RM 16,524
Jumlah Kos Input 2 = RM 167,117

3. Kos Tenaga Kerja
1. Membaja = RM 2,610
2. Kawalan rumpai = RM 1,440
3. Kawalan Serangga/Kulat/Baja Foliar = RM 5,940
4.Cantasan dan cantuman baji = RM 360
5. Penyelengaraan Infrastruktur = RM 1,080
6. Memungut Hasil @5sen/kg = RM 8,700
Jumlah Kos Tenaga Kerja 3 = RM 20,130
4. Kos Tetap & Susutnilai
Jumlah kos Tetap dan susutnilai = RM 6,650

Jumlah Kos (1,2,3,4) = RM 224,547
Kos Luar Jangka @ 10 % = RM 22,455
JUMLAH KOS PENGELUARAN = RM 247,002.00

D. ANALISA KEWANGAN
PENDAPATAN BERSIH = RM -73,002
BAKI TIMBUNAN =
NILAI KINI BERSIH (NPV) @ 10% = RM -68,391.00
KADAR PULANGAN DALAM (IRR)
NISBAH FAEDAH KOS (B/C ratio) @ 10% = RM 1.78
TITIK PULANG MODAL = RM 1.77

* 1 ha - 3 pekerja


By,

M Anem

Johor

Tuesday, November 9, 2010

Cashflow MANGGA



Mangga (Magnifera indica) terdapat banyak klon-klon yang di tanam di Malaysia. Klon paling popular masa kini ialah Klon MA224 (Chok Anan) yang ditanam dengan luas di Perak, Melaka, Selangor dan beberapa negeri lain. Di Malaysia seluas 9,375 hektar tanaman mangga ditanam pada tahun 2009 dengan penghasilan sebanyak 24,510 metrik tan. Kawasan utama tanaman mangga ialah di Daerah Jasin Melaka (463 ha) diikuti Daerah Alor Gajah Melaka (419 ha) dan daerah Kuching Sarawak (271 ha). Klon-klon mangga lain yang popular ialah Klon MA 128 (Harum Manis), MA 162 (Foo Fatt / Golek), MA 165 (MAHA), MA 204 (Melele) dan MA 223 (Nam Dok Mai). Artikel kali ini saaya berbincang cashflow tanaman mangga untuk 15 tahun penanaman yang saya kaji untuk tatapan pembaca.

Jarak Tanaman mangga : 5.5m x 6m
Bil.pokok sehektar: 230 pokok
Jangkamasa Penanaman Cashflow : 15 Tahun




A. Aliran wang masuk:
Hasil Mangga sehektar = 166,100 kg
Pendapatan Kasar @ RM 3.00/kg = RM 415,250

B. Aliran wang keluar
1. Kos Pembangunan
a) Membersih Kawasan = RM 2,500
b) Perparitan dan saliran = RM 2,600
c) Penyediaan tanah (bajak, & batas) = RM 740
e) Sistem Pengairan =RM 10,800
f) Jalan Ladang = RM 3,600
g) Pagar =RM 1,645
Jumlah Kecil B1= RM 21,885

2. Kos Bahan Input
a) Baja CIRP = RM 39.56
b) NPK Green = RM 1,380.00
c)Baja NPK Blue = RM 31,988.40
d) Baja organik = RM 51,865.00
e) GML = RM 6,375.60
f) Racun rumput = RM 5,148.00
g)Racun serangga = RM 5,475.56
h) Racun Kulat = RM 5,409.60
i) baja foliar =RM 4,567.50
j) pelekat = RM 735.00
k) Peralatan ladang = RM 3,780.00
Jumlah Kecil B2 = RM 116,764.22

3. Kos tenaga kerja@RM 500/bln/org
Upah Pekerja = RM 162,000
Jumlah kecil B3 = RM 162,000

4.Kos Pelbagai
a)sewa tanah =RM 7,500
b) bahan api = RM 18,000
c) Penyelenggaraan Pagar = RM 658
d) Penyelenggaraan Jalan Ladang = RM 1,440
d) Penyelenggaraan Sistem Pengairan = RM 15,120
Jumlah Kecil B4 (RM) =RM 42,718.00

Jumlah Kos pENGELUARAN (b1,b2,b3,b4) = RM 343,367.22
Perbelanjaan luar jangka@ 10% = RM 34,336.72
Jumlah Kos Pengeluaran = RM 377,703.95


C.ANALISA KEWANGAN
Baki wang Tunai (RM) = RM 37,546.05
Baki wang Timbunan (RM) -
B/C RATIO = RM 1.10
Harga Pulang Modal (RM/kg)* = RM 2.27
Nilai NPV (10%) = (RM 13,556)
Nilai IRR = 6%
Keperluan pekerja
Tahun1-3 = 1 pekerja/ha
Tahun 4 & > = 2 pekerja/ha


By
M Anem
Tanam Mangga Chao anan
di Kg Tehel Melaka dulu

Cashflow TEMBIKAI


TEMBIKAI (Citrullus lunatus) merupakan buah-buahan dari keluarga Cucurbitaceae yang ditanam untuk kegunaan domestik dan juga ekspot. Seluas 11,270 hektar tembikai ditanam di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 228,870 metrik tan pada tahun 2009 (Laporan statistik Jabatan Pertanian Malaysia). Antara tembikai yang banyak ditanam seperti jenis berbiji dan dari jenis tidak berbiji (Baca blog saya bertajuk "watermelon"). Artikel kali ini saya berbincang maklumat mengenai Aliran Wang Tunai Tanaman Tembikai untuk dijadikan rujukan kepada para pembaca sekelian.


Jarak tanaman : 0.75m x 5.5m ( 0.75 - 1.2 m x 4.5 - 5.5 m)
Bilangan Pokok : 2,400 lubang
Umur Tanaman : 65 - 75 hari

I. Aliran wang masuk
Pendapatan Kasar =
RM 20,000.00

II. Aliran wang keluar
A. Kos Pembangunan
i) Perparitan dan saliran = RM 1,200.00
ii) Penyediaan tanah (bajak, & batas) = RM 1,200.00
iii) Sistem pengairan titis*** = RM 450.00
Jumlah kos Pembangunan = RM 2,850.00


B. Kos Bahan Input
1 Benih Seedles = RM 390.00
2 Benih Tembikai Kuning = RM 65.00
3 Baja (5 JENIS BAJA TEMBIKAI):
a. Kapur = RM 655.00
b. Baja Organik = RM 4,250.00
c. NPK 12:12:17:2 = RM 1,100.00
d. NPK 15:15:15 = RM 1,092.00
e. Baja foliar = RM 92.00

4 Semaian
a Media semaian = RM 52.00
b.Tray semaian * = RM 120.00
5 Racun kimia
a. Racun kulat CH Benomyl = RM 70.00
b. Racun kulat Mancozeb = RM 50.00
c. Imidachloprid = RM 400.00
d Chlorpyrifos = RM 70.00
6 Plastik Silvershine 6' = RM 1,650.00
Jumlah kos Bahan Input = RM 10,056.00


C. Kos Tenaga Kerja
2 Semaian benih = RM 30.00
3 Merata dan membaiki batas = RM 120.00
4 Pasang plastik silvershine & tebuk lubang = RM 180.00
5 Menanam = RM 180.00
6 Menyiram = RM 300.00
7 Membaja =RM 360.00
8 Mengawal rumpai = RM 300.00
9 Mengawal serangga ,penyakit & baja foliar =RM 240.00
10 Mencantas sulur = RM 90.00
11 Pendebungaan berbantu =RM 150.00
12 Memungut hasil =RM 450.00
Jumlah kos tenagakerja = RM 2,400.00


D. Kos Pelbagai
1 Sewa tanah = RM 166.67
2 Kos Petrol = RM160.00
Jumlah Kos Pelbagai = RM 326.67

Jum. Kos Pengeluaran A+B+C+D = RM 17,195.93
Kos Luar Jangka = RM 1,563.27
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR =
RM 18,759.20

III. ANALISA KEWANGAN
1 Nilai Pendapatan Bersih = RM 1,240.80
2 BC Ratio Pada Kadar 10% = RM 1.07
3 Harga Titik Pulang Modal (RM/kg)= RM 0.75


*** : 5 tahun
*** harga sistem pengairan dan pam (3 inch) = RM9000 / ha
*harga input berdasarkan harga pada februari 2010




By
M Anem
Pct 11
Ptjya
Malaysia
10.11.10


Monday, November 8, 2010

Cashflow PISANG


PISANG (Musa spp) adalah sejenis tanaman buah-buahan yang tidak bermusim yang ditanam secara komersial untuk pasaran segar dan juga ekspot. Pisang yang ditanam terdiri dari pelbagai jenis seperti Pisang Mas, Pisang Cavendish, Pisang Rastali, Pisang Berangan, Pisang Abu, Pisang Masak Hijau, Pisang Berangan, Pisang Tanuk dan sebagainya. Terdapat seluas 28,640 hektar tanaman pisang dengan pengeluaran sebanyak 283,220 metrik tan pisang pada tahun 2009 (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2010). Artikel kali ini penulis berbicara mengenai aliran wang tunai bagi tanaman pisang untuk jangkamasa 3 tahun.

JENIS TANAMAN : PISANG BERANGAN
JARAK TANAMAN : 3.0 METER X 3.0 METER (1,100 pk/ha.)
KELUASAN TANAMAN (Hektar) : 1.00
Jangkamasa Cashflow disediakan : 3 Tahun

I. ALIRAN WANG MASUK
Hasil Pisang di tuai (kg) = 52,000 KG
Harga jualan ladang @ (RM 1.15)/kg = 59,800 kg
A JUMLAH ALIRAN WANG MASUK = RM 59,800.00

II ALIRAN WANG KELUAR
i. Kos Pembangunan

1) Pembersihan kawasan = RM 2,000.00
2) Penyediaan tanah = RM 1,000.00
3) Membaris & menanam @ RM3.00/lubang = RM 3,630.00
4) perparitan dan saliran = RM 1,200.00
Jumlah Kos Pembangunan = RM 7,830.00

ii. Kos Penyelenggaraan
- Kos Bahan Input
1) Benih pokok + (10% menyulam) @ RM1.60/pk = RM 2,816.00
2) Baja tanaman pisang (6 jenis):
~Baja asas (CIRP) = RM 152.00
~Baja sebatian (15:15:15 )= RM 9,172.80
~Baja sebatian (12:12:17:2+TE ) = RM 1,430.00
~Kapur GML = RM 449.40
~Baja 8:8:8 (baja humic) = RM 322.50
~Baja MOP = RM 700.00
4) Racun rumpai = RM 936.00
5) Racun serangga = RM 858.00
7) Racun kulat = RM 858.00
6) Furadan = RM 340.00
8) Beg pembungkus = RM 400.00
9) Kayu penyokong = RM 1,600.00
10) Peralatan ladang = RM 500.00
Jumlah Kos Bahan Input = RM 20,534.80

iii. Kos Tenaga Kerja
1) Membaja = RM 1,110.00
2) Mengikat pokok PADA SOKONG = RM 480.00
3) Mengawal musuh dan penyakit = RM 720.00
4) Mengawal rumpai = RM 480.00
5) Pemangkasan daun = RM 900.00
Pemangkasan sulur = RM 420.00
6) Memungut dan mengangkut hasil = RM 10,400.00
7) Membungkus tandan = RM 330.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 14,840.00
iv. Kos Pelbagai
1) Kos Bahan Api = RM 3,780.00
2) Sewa tanah @ RM500/ha = RM 1,500.00
Jumlah Kos Pelbagai = RM 5,280.00
B. JUMLAH KOS (i+ii+iii+iv) = RM 48,484.80
KOS LUAR JANGKA 5% = RM 2,424.24
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 50,909.04


BAKI WANG TUNAI = RM 8,890.96
BAKI WANG BERTIMBUN =
NILSI IRR = 108.2%
NILAI KINI BERSIH (NPV @ 10%) = 6,417.00
NILAI KINI BERSIH (NPV @ 20%) = 4,684.55
B/C RATIO PADA KADAR 10% = RM 1.15
HARGA TITIK PULANG MODAL (RM/KG) = RM 1.40
By,
M Anem
Bekas AO Farm Management
Melaka

Cashflow JAMBU BATU

JAMBU BATU (Psidium guava) merupakan tanaman buah-buahan tidak bermusim yang ditanam untuk pengeluaran buah jambu batu segar dan sebahagian lagi untuk diproses. Beberapa klon jambu batu yang popular di Malaysia seperti Klon GU 8, GU 9 dan juga jambu batu seedless. Kajian penulis daripada laporan statstik Jabatan Pertanian mendapati seluas 1,440 hektar tanaman jambu batu di Malaysia pada tahun 2009 dengan pengeluaran hasil sebanyak 18,880 metrik tan. Daerah Muar, Johor merupakan kawasan utama penanaman jambu batu (213 ha) dimana saya pernah bertugas selama 5 tahun dahulu. Artikel kali ini penulis mengumpulkan maklumat mengenai aliran wang tunai jambu batu untuk 9 tahun penanaman.

Jarak Tanaman : 4.0 m x 4.0 m
Bilangan Pokok : 625 pokok
Jangkamasa Cashflow disediakan : 9 Tahun


I) ALIRAN WANG MASUK
Jumlah KutipanHasil (kg/ha) = 248,500 kg
Pendapatan Kasar (Harga/kg) @ RM2.50 = RM 621,250.00

II) ALIRAN WANG KELUAR
A. Kos Pembangunan

i) Pembersihan kawasan = RM 2,000.00
ii) Penyediaan tanah = RM 1,000.00
iii) Perparitan dan saliran = RM 1,200.00
iv) Membaris & menggali lubang @RM 3/pokok = RM 1,875.00
v) Sistem Pengairan = RM 9,000.00
vi) Bina stor ladang = RM 500.00
vii) Peralatan ladang 6,250.00
Jumlah Kos Pembangunan = RM 21,825.00

B. Kos Bahan Input
i) Benih pokok (688 pokok @ RM5.00) = RM 3,440.00
ii) Baja Organik = RM 60,156.25
iii) Baja Fosfat (TSP) = RM 404.38
iv) GML = RM 7,950.00
v) Baja NPK 15:15:15 = RM 687.50
vi) NPK 12:12:17:2 = RM 39,840.94
vii) Racun Serangga = RM 28,925.00
viii)Racun kulat = RM 28,925.00
ix) Racun Rumpai = RM 8,280.00
x) Kertas pembalut = RM 24,601.50
Jumlah Kos Bahan Input = RM 203,210.56

C. Kos Tenaga Kerja @ RM30/hari/orang
i) Membaja = RM 5,730.00
ii) Memangkas = RM 4,440.00
iii) Mengawal perosak dan penyakit = RM 7,200.00
iv) Mengawal rumput = RM 2,760.00
v) Membalut buah =RM 41,002.50
vi) Memungut hasil @ RM0.1/kg = RM 24,850.00
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 85,982.50

D. Kos Pelbagai
Penyelenggaraan Infrastruktur = RM 7,200.00
Kos bahan api = RM 12,600.00
Cukai tanah = RM 5,000.00
Jumlah Kos Pelbagai = RM 24,800.00

Jumlah Kos A+B+C = RM 335,818.06
Perbelanjaan Luar Jangka (10%) = RM 33,581.81
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 369,399.87


III) ANALISA CASHFLOW
BAKI WANG TUNAI = RM 251,850.13
BAKI WANG TIMBUNAN
NILAI KINI BERSIH (NPV) @ 10% = RM 125,910.16
HARGA PULANG MODAL (RM/KG) = RM 2.12
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) = 55%
B/C RATIO = RM 0.63




By,
M Anem
Hort
Putrajaya
Malaysia

Cashflow Betik


Betik (Carica papaya) merpakan tanaman buah-buahan tidak bermusim yang popular di Malaysia dengan jenis seperti Betik sekaki, Betik Eksotika dan Juga Betik Subang. Tanaman Betik adalah untuk pasaran ekspot dan domestik. Jabatan Pertanian melaporkan seluas 2,985 hektar tanaman betik diusahakan pada tahun 2009 dengan pengeluaran hasil sebanyak 47,830 metrik tan dimana kawasan utama tanaman ialah di Rompin , Pahang 688 ha), daerah Padang Terap Kedah (295 ha) dan Daerah Muar Johor (182 ha). Artikel Aliran Wang Tunai Betik dipaparkan dengan jangkahayat selama 9 Tahun untuk rujukkan semua pembaca.

ALIRAN KEWANGAN TANAMAN BETIK EKSOTIKA PADA TAHUN 2010

Keluasan : 1.0 hektar
Jarak Tanaman 1.2m x 1.2m
Jumlah pokok : 1,200
Jangkamasa Cashflow disediakan : 9 Tahun

I. ALIRAN WANG KELUAR (9 TAHUN)
A. HASIL BETIK (kg/ha) = 300,000 KG
B. PENDAPATAN KASAR @RM0.75/kg = RM 330,000
II. ALIRAN WANG MASUK (9 TAHUN)
A. Kos Pembangunan
a. Pembersihan Kawasan = RM 2,000
b. Penyediaan Tanah (Bajak, Rotor & Batas) = RM 3,600
c. Lining, lubang tanaman baja basal dan menanam = RM 10,800
d. Sistem pengairan dan kelengkapan = RM 9,000
Jumlah Kos Pembangunan = RM 25,400

B. Kos Input
a. Bahan Tanaman = RM 8,640
i) CIRP = RM 684
ii) NPK 15:15:15 = RM 1,966
iii) NPK 12:12:12:17:2 = RM 65,340
iv) Baja Organik = RM 51,480
v) GML = RM 3,975
c. Racun Rumpai = RM 2,808
d. Racun Serangga = RM 5,967
e. Racun Kulat = RM 5,967
f. Peralatan Ladang = RM 1,050
g. Bakul = RM 9,200
h. Suratkhabar = RM 600
Jumlah Kos Input = RM 157,677

C. Kos Tenaga Kerja
1. Membaja = RM 2,790
2. Kawalan rumpai = RM 1,440
3. Kawalan Serangga/Kulat = RM 5,400
4.Cantasan dan cantuman baji = RM 1,800
5. Penyelengaraan Infrastruktur = RM 1,080
6. Memungut Hasil @5sen/kg = RM 15,000
Jumlah Kos Tenaga Kerja = RM 27,510

D. Kos Pelbagai
1. Kos Bahan Api = RM 11,340
2. Sewa Tanah = RM 4,500
Jumlah Kos Pelbagai = RM 15,840
III. ANALISA CASHFLOW
Jumlah Kos (A+B+C+D) = RM 226,427.00
Kos Luar Jangka @ 5 % = RM 11,321 .00
JUMLAH ALIRAN WANG KELUAR = RM 237,748.00
PENDAPATAN KASAR LADANG = RM 330,000.00
PENDSPATAN BERSIH LADANG = RM 92,252.00
PRNDAPATAN BERSIH/TAHUN = RM 10,250.20
PRNDAPAPATAN BERSIH/BULAN = RM 94.40
BAKI WANG TUNAI = RM 92,252
BAKI WANG TIMBUNAN = RM 265,444
NILAI KINI BERSIH (NPV) @ 10% = RM 46,530
KADAR PULANGAN DALAM (IRR) = 51.10%
NISBAH FAEDAH KOS (B/C ratio) @ 10% = 1.39
HARGA PULANG MODAL (RM/KG) = RM 0.79
By
M Anem
Asal Muar
Johor
Nov 2010

Cashflow Belimbing

Belimbing (Averhoa carambola) merupakan sejenis tanaman buah-buahan yang popular di Malaysia untuk pasaran tempatan dan pasaran ekspot. Malaysia menanam seluas 1,340 hektar Belimbing pada tahun 2009 dengan pengeluaran sebanyak 11,365 metrik tan dimana kawasan pengeluaran utama ialah di Daerah Gombak Selangor (132 ha) diikuti dengan Daerah Seremban (79 ha) dan Daerah Temerloh Pahang (68 ha). Penulis mempaparkan Aliran Wang Tunai bagi tanaman belimbing untuk panduan dan rujukan para pembaca. TanamanBelimbing merupakan pokok saka yang mempunyai jangkahayat hidup selama 25 tahun jika dijaga dengan sempurna.


Jangkamasa Cashflow disediakan : 25 Tahun

I. ALIRAN WANG MASUK (25 TAHUN)
Jumah Tuaian Hasil = 1,031,700 KG
Pendapatan Kasar@RM 2.00 x 1,031,700 kg = RM 1,908,645
Jumlah Pendapatan Kasar Ladang = RM 1,908,645.00

II. ALIRAN WANG KELUAR (25 TAHUN)
A. KOS PEMBANGUNAN
1. Pembersihan Kawasan = RM 2,500
2. Penyediaan tanah (bajak) = RM 740
3. Sistem pengairan dan kelengkapan = RM 10,800
4. Perparitan dan Saliran = RM 2,600
5. Pagar - kawat duri & kayu teras = RM 1,645
6. Jalan Ladang = RM 3,600
Jumlah Kecil 1 = RM 21,885.00


B. KOS BAHAN INPUT
1. Anak Pokok + 10% (RM5/pkk) = RM 1,529.00
2. Baja asas - CIRP = RM 47.82
3. Baja Sebatian 15:15:15 = RM 667.20
4. Baja Sebatian 12:12:12:17:2 7 = RM 4,954.36
5. Baja Organik (proses) = RM 88,682.00
7. Kapur GML = RM 3,658.48
8.. Racun rumpai = RM 8,820.00
9. Racun serangga = RM 38,886.64
10. Racun Kulat = RM 38,886.64
11. Alatan ladang = RM 4,860.00
12 Kertas pembungkus (RM 0.03) = RM 136,184.40
Jumlah Kecil 2 = RM 97,176.54


C. KOS TENAGA KERAJA

1.Kos Gaji Pekerja = RM 150,000.00
2. Membalut buah = RM 82,536.00
3. Mengutip hasil (RM 0.10/kg) = RM 103,170.00
Jumlah Kecil 3 = RM 335,706.00


D. KOS TETAP
1. Sewa tanah = RM 12,500.00
2. Susut Nilai = RM 12,150.00
E. KOS PELBAGAI
1. Kos bahan api = RM 27,000.00
2. Penyelenggaraan Pagar = RM 1,316.00
3. Penyelenggaraan Jalan Ladang = RM 2,880.00
4. Penyelenggaraan sistem pengairan = RM 25,920.00
Jumlah Kecil 4 = RM 81,766.00

III. ANALISA CASHFLOW BELIMBING
Jumlah Kos Pengeluaran (1,2,3,4) = RM 836,533.54
Kos luar jangka @ 10% = RM 83,653.35
JUMLAH KOS PENGELUARAN = RM 920,186.89
PENDAPATAN KASAR LADANG = RM 1,980,845.00
JUMLAH PENDAPATAN KASAR= RM 1,060,658.10

PENDAPATAN KASAR/TAHUN = RM 42,426.35

JUMLAH PENDAPATAN KASAR/BULAN = RM 3,535.50

KADAR B/C RATIO = RM 2.15

Harga Pulang Modal (RM/KG) = RM 0.89


NPV @ 10% = RM246,727.6


Nilai IRR = 44%






By
M Anem
Pct 11
Putrajaya
Malaysia




Saturday, November 6, 2010

KERETA SORONG (Wheelbarrow)




KERETA SORONG atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai "Wheel Barrow' merupakan satu jenis alat yang sering digunakan dalam bidang pertanian sebagai perkakas yang penting. Alatan ini merupakan sahabat kepada petani dan juga pekerja dalam pembinaan (Construction) untuk memudahkan kerja-kerja pengangkutan. Barang yang berat dapat di ringankan dengan menggunakan kereta sorong dan di tolak atau di tarek menggunakan tangan manusia. Artikel kali ini penulis berkongsi maklumat mengenai alatan bernama 'Kereta Sorong' atau 'Wheel Barrow' berdasarkan pengalaman penulis dan kajian yang dijalankan kerana penglibatan penulis dalam bidang pertanian selama 30 tahun.

Kereta Sorong meringankan beban berat barang atau bahan yang diangkat kerana bebanan tersebut di alihkan kepada sistem roda dan pemegang. Kereta sorong mempunyai Komponen Satu Roda, Sepasang Pemegang, Sepasang Kaki dan Bekas Pengisian. Roda kereta sorong biasanya berukuran 2-2.5 kaki diameter terdiri daripada rim besi dan tayar getah berwarna hitam sama ada mempunyai tiub angin atau 'Tayar Mati'. Jika gunakan Tayar Angin maka kereta sorong tersebut 'agak ringan' digunakan dengan jika gunakan tayar mati yang 'agak berat'. Kebaikan tayar mati ialah ia tidak mudah bocor dan tahan lama.

Komponen struktur utama kereta sorong terdiri dari 'besi hollow' yang kuat dengan sepasang pemegang pada penghujung besi tersebut. Pemegang biasanya dibalut dengan getah lembut agar selesa dan mempunyai 'grip' yang kuat serta tidak licin. Peranan pemegang penting untuk menstabilkan kereta sorong ketika membawa bebanan yang berat melalui kawasan jalan yang tidak rata. Di bahagian bawah kereta sorong terdapat 'sepasang kaki' yang diperbuat daripadaa besi leper berfungsi untuk menstabilkan kereta sorong ketika diletakkan. Tinggi kaki biasanya kira-kira 1-1.2 kaki dimana tidak akan tersentuh tanah ketika kereta sorong ditolak.

Bahagian penting kereta sorong adalah Bekas Pengisian (Container) yang diletakkan diantara tayar dan sepasang pemegang yang akan diisikan dengan bebanan (Hasil Tanaman, Tanah, Baja Organik, Alatan Pertanian, Bahan Binaan, Simen, Bahan Galian Perlombongan dan sebagainya). Bekas ini terbuka di bahagian atas dan mempunyai rekabentuk yang sesuai untuk kerja-kerja mengisi dan menuang keluar isi didalamnya. Bekas ini biasanya diperbuat daripada Zink tebal yang dicat supaya tahan dan ringan. Ada juga wheelbarrow yang menggunakan bekas dari bahan plastik dan kayu. Dalam sektor pertanian wheelbarrow merupakan satu alatan pertanian yang sangat kritikal. Alat ini digunakan dari mula kerja-kerja penyediaan tanah sehingga menuai dan memasarkan hasil pertanian. Bagi penanam kelapa sawit alatan ini sangat penting untuk membawa tandan kelapa sawit daripada bawah pokok ketepi jalan untuk dikumpulkan dan dinaikan kelori untuk dihantar kekilang. Tanpa wheelbarrow rasanya petani sukar untuk membawa tandan kelapa sawit yang berat dan berduri serta terletak dikawasan yang tidak rata, lereng bukit dan kawasan tanah gambut yang mudah terbenam. Cara menggunakan wheelbarrow juga mempunyai seni tersendiri. Apabila hendak mengisi pastikan kedudukan roda dan sepasang kaki berada pada kedudukkan yang stabil agar tidak tergolek atau tumbang ketika pengisian bebanan dijalankan. Pastikan kedudukan beban berada pada susunan yang stabil (Tidak berat sebelah kekanan atau kekiri) atau tidak mudah bergerak atau bergolek2 ketika di tolak. Kawalan pemegang wheelbarrow akan menjadi sukar jika bebanan tidak stabil dan membahayakan pengendali.

Saya berpengalaman dalam membawa dan mengendali wheelbarrow membawa bebanan tandan kelapa sawit yang berat melalui kebun sawit bapa saya diatas tanah gambut. Memang satu masaalah mengendalikan alatan tersebut kerana tayar akan tenggelam dalam tanaah gambut dan sukar untuk ditolak....cara yang mudah ialah dengan menarik atau mengundur. Memang benar tanpa alat wheelbarrow dikebun kelapa sawit sukar untuk mengumpulkan buah sawit oleh pekebun2 keci. Dikebun sayur alat wheel barrow digunakan untuk membawa bebanan tahi ayam, baja kimia, pam air kecil, hasil tuaian dan sebagainya. Kerja2 menuai akan menjadi mudah dengan menggunakan wheelbarrow yang diletak disekitar batas tanaman dan hasil sayuran dimasukkan kedalam bekas untuk dikumpulkan kemudan dibuat grading.


Kajian penulis mendapati terdapat berbagai jenis dan kualiti kereta sorong di Malaysia bergantung kepada spesifikasi pengilang. Harga satu unit bergantung kepada jenis dan kualiti diantara RM 80.00 - RM 200.00 satu unit. Jabatan Pertanian Johor ada satu skim subsidi Harga 50% pembelian alatan Kereta Sorong kepada petani yang layak dengan membayar 50% sahaja satiap unit di panggil Program Galakkan Usaha Tani (GUT). Kereta sorong yang murah biasanya mempunyai bekas yang menggunakan zink yang nipis, pemegang yang mudah patah dan kaki yang mudah bengkok serta tidak sesuai untuk bebanan berat. Diharap artikel ini memberikan sedikit maklumat mengenai alat kereta sorong atau wheelbarrow yang penting dalam sektor pertanian. Walaupun banyak teknologi dan alatan baru diperkenalkan dalam sektor pertanian tetapi penggunaan kereta sorong tetap penting.

KERETA SORONG....AMAT BERGUNA....
WHEELBARROW ...DIJUAL SAMA....
RINGAN BEBANAN....SESUAI DIMANA2....
ARTIKEL DITULIS.....UNTUK DIBACA...


By
M Anem
Senior Agronomist
Hotel Heritage, 
Ipoh, Perak,
Malaysia.
(Kemaskini pada 18 Mac 2016)

Kepakaran Pegawai Pengembangan

Pegawai Pengembangan Pertanian perlu mempunyai kepakaran khusus sebagai asas dalam sistem penyampaian kepada pelanggan khususnya petani dimana mereka bertugas. Antara kepakaran yang perlu ada seperti kepakaran dalam bidang tanaman utama, kepakaran berkomunikasi, Kepakaran berucap, kemampuan mengetahui pendidikan dewasa, kepakaran dalam ICT, kepakaran dalam menguruskan orang ramai (crowd) dan sebagainya. Artikel kali ini penulis menjelaskan mengenai keperluan kepakaran pegawai dan petugas pengembangan pertanian untuk bacaan semua para pembaca blog.


Kepakaran Utama dalam bidang pertanian sama ada mengenai teknologi tanaman kekal, tanaman makanan, ternakan, perikanan, Industri Asas Tani dan lain-lain lagi sangat penting sebagai asas untuk menyampaikan teknologi. Kaedah terbaik untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan sentiasa membaca dan mendapatkan maklumat teknikal dari sumber-sumber yang sah dan betul seperti buku pertanian, risalah pertanian, Maklumat terbitan2 Jabatan Pertanian dan internet yang boleh dipercayai sumbernya. Mereka perlu fokus kepada beberapa jenis tanaman utama yang terdapat dalam kawasan ia bertugas. Jika kawasan tersebut merupakan kawasan tanaman padi, maka pegawai pengembangan kawasan mesti pakar dalam tanaman padi dari aspek agronomi, penyakit, variety, pembajaan, jadual tanaman, sistem pengairan dan lain2 lagi.


Jika kawasan perkhidmatan terdiri dari tanaman campuran pelbagai buah, sayuran, kelapa sawit dan getah maka pegawai pengembangan perlu mempunyai pengetahuan (knowledge) tanaman2 tersebut dengan tahap yang kompeten. Kemampuan memberikan penjelasan dengan baik kepada para petani dan pelanggan dibuat dengan cara yang betul dan jelas agar mereka faham. Contonya dalam menerangkan serangan Penyakit Pisang Moko maka PP Kawasan Pengembangan perlu benar-benar faham akan penyekit tersebut secara teknikalnya.


Seorang pegawaai pengembangan perlu mempunyai maklumat asas pelanggan dikawasannya ternasuk pprofil petani, umur, tahap pendidikan, komoditi yang dijalankan dan isu serta masaalah program pertanian dikawasnnya. Ada kes2 dimana Pembantu Pertanian Pengembangan tidak mempunyai maklumat yang mencukupi kerana baru bertugas. Mereka perlu mendapatkan bantuan daripada pegawai pengembangan yang telah lama bertugas.


Sietem Pengembangan Pertanian di Malaysia sampai kepada satu tahao baru dimana kaedah pengembangan telah pun diubahsuai mengikut peredaran zaman. Kini petani tradidtioal agak kurang dan yang ramai adalah petani komersial yang mempunyai modal, tanah dan penuaian hasil yang sistematik.


By
Mo Anem
Kesang
Muar
Johor


Wednesday, November 3, 2010

CROP CALENDAR



Crop Calendar in agriculture defined as a written document that explain the farming activities that the farmers wish to carried out according to crop manual and follow package technology at the correct timing. Crop Calendar as a tool in farming activity and as a main references for farmers in managing their farm from the early stage of land preparation to the harvesting stage and next planting cycle. This article I would like to share knowledge about crop calendar in food production farming activity based on my lecture for ASEAN-JAPAN Technical cooperation training program.




Crop Calendar is a complete guide for farmers as a references and shows the farming activity by DAYS and WEEKS. The appropriate technology application and practices was written in the crop calendar with detail explanation. Crop calendar shows the farming activity and labor distribution throughout the farming activity. It was a fast and easy document for farming references. Commercial farmers able to use the crop calendar for proper production planning system and food crop. Below is a sample of crop calendar for cucumber showing the activities to be carried out in agronomic practices for almost 3 months duration.

Crop calendar for cucumber as a quick reference for farmers.


There was two types of crop calendar in agriculture technology extension system. There were ANNUAL CROP CALENDAR and INDIVIDUAL/SINGLE CROP CALENDAR. The Annual Crop Calendar showing the whole year crop pattern calendar for the nation or an large area from early January to December. This calendar will determine what type of suitable crop to grow following the climate or season such as weather , temperature, rainfall, dry period and other related factors. The crop pattern has to be followed by all farmers so that it will produce the best production level. For example the annual China (See diagram next) shoeing what type of crop in January (Winter wheat and Sunflower), May (Rice, Maize, Soybean, Cotton & many others) and in December (Sunflower & Winter wheat). The farmers in China has to follow the annual crop calendar released by Ministry of Agriculture China.

Single Crop Calendar is a calendar showing the activity of the individual crop from land preparation activity to the harvesting and replanting for the next season. The calendar able to show detail package technology by days or weeks following crop package technology. The calendar (as below - Refer diagram 2) for mustard (Brassica spp - sawi) shown in a diagram with detail explanation. This calendar has 8 activity box from sowing to harvesting in 28 days period. The crop calendar also shown in Table Form to show for more detail information (Refer Diagram 3).

Diagram 2: Crop Calendar for mustard (Brassica spp) in colorful diagram.


Diagram 3: Crop calendar in Table Form for Mustard (Brassica spp)

Components of crop calendar includes type of crop selected, Time Frame Bar, activity before planting, activity after planting, agronomic practices, harvesting and marketing activity. Determine what type of crop with a reference planting period and to package technology. Activity before planting indicated as land preparation activity until sowing or planting activity. Th bar colored and marked as MINORS (-) to indicate how long land preparation period. If indicated as "-7" means that it was 7 day before planting for land preparation activity such as ploughing, rotor, raising bed, removal of grass, plastic silver shine layering, basal fertilizer application and irrigation system installation.


For agronomic practices the crop calendar captured from sowing or planting to harvesting activities. It includes transplanting, thinning, replanting, watering, fertilizer application (Foliar fertilizer, Granules Fertilizer, organic fertilizer), weed control, pest & Disease control and pruning. This part may took few weeks as a vegetative stage. The final part in crop calendar were Harvesting Stage from first harvesting stage to the end of harvesting activity. This stage may include yield collection, cleaning, grading, packaging and finally marketing aspect.


The crop calendar should be seen by manager or farmers so that it will be available for reference in any time. If there was many crop varieties in the food crop farm (Vegetables and short term crop), all the crop calendar arranged in strategic manner. Farmers and workers has to check the crop calendar daily or weekly what to do in that particular period and time as shown in the crop calendar. There was some adjustment within the activity that the farmers may do adjustment for more efficient production plan. I hope this information able to provide all readers about the existence of crop calendar for vegetable production in our farm.



CROP CALENDAR....WRITTEN DOCUMENTS....
EASY TO READ.....ATTRACTIVE TO SEE....
PACKAGE TECHNOLOGY....INSIDE TO FOLLOWS....
BEST GUIDANCE....MORE PROFITABLE....



By
M Anem
Room 123
COSMO Hotel
Luang Prabhang Road, Vientiane,
Lao PDR
(3 Nov 2010)

Tuesday, November 2, 2010

Farmers Training in Laos

Sabay dee!

Today I have to deliver lecture at Cosmo Hotel in Vientiane Lao PDR for Training Course in Food Crop Production and Marketing through Group Approach for 2 days. The training organised by ASEAN-Japan Secretariat Cooperation collaborated with Department of Agriculture Malaysia and NAFES Lao PDR for 2 weeks course. Lecture activity conducted in Lao PDR and field trip in Malaysia.


My 1st paper talk about the Preparation and Importance of Business Plan to for 25 farmers from Lao PDR and 5 participants from Malaysia. This lecture for 1.5 hours discussed the relevant topic in Business Plan. My second Paper titled 'Crop Calendar in food production system'. This topic based on popular food crop calendar such as vegetables, Short term crops and few selected fruit tree. My third paper also related for food crop production system that was 'Matrix Production of vegetables for strategic marketing'. This topic took 2 hours lecture and some simple calculation practice. There was a huge question and answer session between participant and me through interpreter Mr Thavinh about farming technology. Among the issue raised were about Plastic Silvershine Technology, Rainshelter Technology, Fertilizer Application (Include Foliar Fertilizer), Trellis System Technology, Soil pH and Popular new vegetables Varieties.

I delivered a talk during the trainning session at Cosmo Hotel. Lao PDR.

The training was conducted by both Lao PDR and Malaysia counterpart to enhance farmers knowledge towards food production system in relation to strategic marketing system. I hope by the end of the course the participants will be able to plan and produce food crop in more efficient manner and commercial approach through group farming.



Kharp Jai.

M Anem
Room 123
Cosmo Hotel
Viantiane
Lao PDR
1245 am

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...