Support My Blog

Saturday, November 14, 2009

FERTIGASI KELILING RUMAH


Tanaman cili secara fertigasi dengan Cili MC 10 
di kawasan pejabat Pertanian Muar.



Apakah dia Penanaman Sayuran secara SistemFertigasi (Fertigation system) ?

Sistem Fertigasi ialah menanam sayuran dengan pemberian baja tanpa melalui sistem pengairan, Kelebihan menggunakan sistem ini ialah:-

a. Nutrien lengkap dapat diberikan kepada sayuran
b, Dijamin bersih dan tidak kotor
c, Mengurangkan penggunaan racun dan kimia
d. Mudah di uruskan dan moden
e. Hasil yang selamat dan boleh di jadualkan
f. Hasil yang selamat dan bepotensi tinggi
g. Mengatasi masaalah kekurangan tanag/tanah bermasaalah
h. Teknologi sedia ada yang mudah



Bagaimana pun terdapat beberapa kelemahan sistem ini :-

a. Kos awal agak tinggi untuk belu peralatan
b. Perlukan ilmu pengetaguan yang lengkap
c. Perlu diuruskan secara berterusan
d, Jika sistem rosak akan merugikan pengusha


Jenis sayuran disyorkan adalah seperti Tomato, Timun, Capsicum, Timun Jepun dan Terung. Tanaman lain ialah Melon, Strawberry, Bunga Landskap dan sebagainya.



Tomato cherry yang di tanam di Rumah AO Muar telah berhasil.

Satu pokok memberikan sebanyaj 3.5 kg tomato cherry semusim.


Kajian daripada Penulis mendapati hasil sayuran secara fertigasi agak baik dengan syarat pengurusan di buat dengan baik. Berikut adalah rekod daripada pengalaman penulis :

a. Tomato selama 5-6 bulan (2-4 kg/pk)
b. Terung peparu 5-6 bulan (6-9 kg/pk)

c. Cili Merah MC10 selama 5-6 bulan (4-6 kg/pk)
d. Timun Jepun selama 70-90 hari (10-15 kg/pk)
e. Melon selama 55-60 hari (3-5 kg/pk)



Bagi mereka yang berminat dengan tanaman secara sistem fertigasi boleh mencuba secara kecil-kecilan di keliling rumah. Pertanyaan boleh dibuat kepada Pegawai2 Jabatan Pertanian atau dengan membaca buku atau layari internet. Untuk kita menjalankan projek secara luas beberapa TKPM Fertigasi ada disediakan seperti TKPM Besut Terengganu, TKPM IPAH Air Hitam, TKPM Pagoh Muar dan Stesyen Pertanian Serdang. Saya ada menulis artikel mengenai sistem tanaman fertigasi dalam blog ini dimana anda boleh link sahaja. Anda boleh membaca Cili Kulai Fertigasi (Sila Klik Disini), Fertigasi Gantung (Sila  klik disini), Sistem Fertigasi Autopot (Sila klik disini) dan Projek Mini Fertigasi Besut (Sila klik disini). Penanaman sayuran secara fertigasi kini semakin popular terutama dikawasan tanah tinggi seperti di Cameroon Highland dan juga di kawasan tanah rendah. Kawasan tanah tinggi mereka menggunakan pelbagai sistem fertigasi daripada jenis NTF, Hidroponik dan sistem konvensional biasa. Pengeluaran sayuran dapat dioptimakan dengan sistem ini untuk menjadikan ia satu usaha yang menguntungkan petani. Wasallam!.


SISTEM FERTIGASI... APA DIA...
TIADA TANAH... GUNA AIR SAJA...
MUDAH DIKAWAL... MODAL ADA...
HASIL LUMAYAN... PERLU DIJAGA... 


By
M Anem
Senior Agronomist,
Jalan Istana, Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(Kemaskini pada 10 Febuari 2015)

Friday, November 13, 2009

Intergrasi Pisang Tanduk dan Serai


Pisang (Musa paradisiaca L.) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarga Musaceae  yang sesuai ditanam di kawasan tropika dan sub-tropika untuk dimakan segar atau boleh diproses untuk pelbagai produk seperti pes, kerepek, minuman dan sebagainya. Terdapat berbagai jenis pisang di tanam di seluroh dunia tetapi beberapa spesis yang popular di Malaysia ialah Pisang Nipah, Pisang Mas ,Pisang Rastali, Pisang Embun, Pisang Tanduk, Pisang Hijau, Pisang Masak 40 hari, Pisang Monyet dan sebagainya. Artikel kali ini saya menulis kombinasi penanaman pisang dengan serai yang dijalankan di Projek Kelompok Sungai Burung, Pontian , Johor untuk maklumat dan bacaan umum sempena lawatan penulis bersama beberapa rakan kelokasi tersebut. 


Serai (Cymbopogon spp ) atau Lemon Grass pula adalah dari keluarga Graminae yang ditanam untuk kegunaan masakan dan boleh diproses sebagai serbuk, di buat pes dan sebagainya. Serai ditanam secara kecil-kecilan di keliling rumah atau boleh ditanam secara komersil di ladang. Tanaman serai lazimnya menggunakan benih tanaman serai yang ditanam dengan jarak 1 kaki x 1.5 kaki dan boleh dituai lepas 6 bulan. Buat masa ini penanaman serai di kampong ini agak berjaya dimana antara serai yang ditanam adalah seperti Serai Wangi, Serai Masak, Serai Peha Ayam, Serai Peha Gajah dan sebagainya. Spesis serai bergantung kepada saiz, kegunaan, ketahanan, lokasi ianya ditanam dan lain-lain faktor. Benih serai diperolehi dari pelbagai sumber sekitar Daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Kota Tinggi.

Penulis telah melawat dan menjalankan aktiviti Lawatan Teknikal ke Daerah Pontian baru-baru ini melihat projek Intergrasi Tanaman Pisang Tanduk dengan Serai. Serai telah pun ditanam secara komersial yang di usahakan di beberapa lokasi oleh peserta Kelompok bimbingan Jabatan Pertanian. Pemerhatian saya mendapati pokok serai yang di tanam dibawah pokok pisang tanduk dapat memberikan hasil pendapatan berganda kepada petani. Semakan dari buku rekod Pengurusan Ladang didapati petani mampu menjana RM 1,600 pendapatan bersih sebulan dari 0.4 hektar tanaman ini. Projek Sungai Burung, Pontian, Johor. Projek ini merupakan satu projek yang sangat berdaya maju diatas komitment semua peserta projek dan kaedah pemasaran yang sesuai. Cara pemasaran pula adalah pembekalan domestik di Johor Bahru serta Pontian dan pasaran segar atau di ekspot ke Singapura. Mereka menghantar setiap 2-3 hari sekali ke Singapura dan mendapat bayaran yang agak lumayan.




Intergrasi Tanaman Pisang Tanduk dan Serai memerlukan kawasan yang cukup sinaran cahaya matahari, tanah yang mempunyai saliran yang baik serta pengurusan tanaman yang baik. Pisang Tanduk di tanam pada jarak 4 meter x 3 meter dan pokok serai dtanam dalam 2 barisan diantara barisan pisang dengan jarak 50 cm x 60 cm. Mereka mengelar serai mereka dengan panggilan "Serai Peha Gajah" kerana saiz serai yang agak besar dan lebih berbau harum daripada serai tempatan biasa. Pokok Pisang Tanduk dibiarkan 2 pokok satu perdu dimana 1 pokok dewasa dan satu lagi pokok pisang sulur (Purata ketinggian pokok sulur 3 kaki). Daun Pisang Tanduk adalah kecil dan agak kurang dan kanopinya dimana ianya mencukupi untuk serai mendapat cahaya matahari. Amalan intergrasi pisang tanduk dengan serai seuai dijalankan dikawasan lain.

Penanaman secara intergrasi antara pokok pisang tanduk dan serai yang dijalankan di sini boleh dijadikan satu model atau bentuk intergrasi penanaman yang sesuai. Selain daripada mendapat hasil bergganda, penggunaan input baja dijimatkan, kurang risiko akibat penurunan harga didapati kaedah penanaman ini mengoptimakan penggunaan tanah. 



MENANAM SERAI...DI BAWAH PISANG TANDUK...
SERAI DITUAI...DIIKAT DIBAWAH PONDOK...
PROJEK BERJAYA...PETANI SERONOK..
MENJADI MODEL....UNTUK DITENGOK...


Related articles:
1. Serai (Klik disini)
2. Banana (Click here)
3. Pisang Tanduk (Klik disini)
4. Klon Buah Popular di Malaysia (Klik disini)
5. Kultivar Pisang di Malaysia (Klik disini)
6. Daun Pisang (Klik disini) 

By
M Anem
DOA Muar, Johor,

Malaysia

Cocoa Rehabilitation at Muar

Cocoa (Theobroma cacao) is a popular crop in Malaysia since colonial era but it was less popular in the middle 1980's due to the Cocoa Pod Borer attack (CPB). Previously Department of Agriculture is the main player in the cocoa planting activities for the smallholders sector. Estates sector in comparison active growing cocoa in late 1970's till middle 1980's than but estate management start changing the commodities to palm oil since than. Recently a Malaysian Coaoa Board (MCB) established to develop cocoa development program, research and promotion. Sabah State has a huge hectare of cocoa plantation by Smallholders and Estate sector. This article I write about rehabilitation of cocoa program jointly efforts by DOA and MCB to enhance cocoa plantation under coconut and orchards in my area.

New cocoa mixed clones (KKM/PB/etc) under rehabilitation program at Raub, Pahang.

Rehabilitation of cocoa plantation for smallholders was initiated by MCB and the Department of Agriculture especially under Coconut Planting and Rehabilitation Program by DOA. An area about 500 hectare was targeted in 2009/2010 for rehabilitation of cocoa under coconut. DOA has a coconut rehabilitation program with MATAG inter cropped with banana or other food crop. Johore, Perak, Selangor and Kelantan was among states targeted for this project. For Johor, 3 district involved in this project namely Muar, Batu Pahat and Pontian with an area about 25 hectare for 2009. Under Muar and Ledang District about 12 farmers agreed to follow this project of Cocoa rehabilitation scheme with an area about 8 hectare at Mukim Kesang and Mukim Sg Balang. Farmers will form Group Farming Committee to attain the basic training by DOA/MCB before planting. New clones such as PB1, KKM and other will be introduced to the farmers which more resistance to pests and diseases.


A training program for all extension agent in the respective area was conducted at MCB Station at Jengka Pahang on Jun 2009. MCB shows the new and modified cocoa technology in the station and New management Concept. With new approach rehabilitation program the national cocoa production will increase especially from Peninsular Malaysia. Latest dry cocoa bean with Raub Grade reach RM 8.00/kg which is very good offer today!

By:
M Anem
DOA Muar
Johor
Malaysia

LEMBU BALI DIMUAR


LEMBU BALI merupakan sejenis Lembu yang berasal daripada Indonesia yang mempunyai kualiti daging yang amat baik. Lembu ini diimpot dari Indonesia melalui JPV ini kebanyakkan untuk dijadikan baka. Baru-baru ini penulis dapat melawat Projek Ternakan Lembu Bali oleh Syarikat Sayful Farm di Projek TKPM Lubuk Bakul, Daerah Muar, Johor bersama Pegawai Daerah dan ketua-ketua Jabatan terlibat. Lokasi TKPM ini terletak berhampiran dengan Laluan Lebuhraya PLUS dekat dalam Mukim Jorak, Muar. Keluasan TKPM ini asluas 1,400 ekar merupakan tanah rizeb Padang Ragut JPV Kerajaan Negeri Johor yang telah digazetkan. Pengurusan TKPM ini dijalankan oleh Pejabat JPV Daerah Muar dengan matlamat untuk dijadikan pusat pengeluaran ternakan ruminan yang produktif untuk kawasan Johor Utara. Terdapat aktiviti ternakan Lembu Pedaging, Lembu Tenusu, Kambing Boer, Kambing Biri-biri, Kambinga Katjang, Kambing Tempatan, Ternakan Ayam Telur, Ayam pedaging, Ladang Pastura, Kilang Memproses Makanan Ternakan daripada pelepah kelapa sawit dan juga Rumah Burung Walit. Beberapa kolam ternakan ikan air tawar juga terdapat didalam TKPM ini. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai satu daripada aktiviti di TKPM tersebut iaitu Ternakan Lembu Bali yang jarang ditulis dalam blog pertanian.

Terdapat lebih 120 ekor stok lembu bali di ladang tersebut yang terdiri daripada umur berperingkat-peringkat iaitu dari yang baru lahir, dewasa, induk dan sedia untuk dijual baka. Pengurus syarikat tersebut telah menerangkan kepada kami bahawa harga seekor Lembu Bali dewasa adalah diantara RM 2,500 hingga RM 4,500 seekor bergantung kepada saiz dan kegunaan. Permintaan lembu jenis ini adalah sangat tinggi dipasaran kerana kualiti lembu bali dikatakan sangat enak dan mmempunyai keunikan tersendiri. Lembu-lembu ini diberikan makanan rumput Napier segar dan makanan tambahan seperti Oil Palm Kernel pallets dan ' soya bean waste'. Sesiapa yang berminat boleh berhubung dengan Jabatan Perkhidmatan Verterinar Daerah Muar atau datang sendiri ke TKPM Lubuk Bakul. Kemudahan infrastruktur dalam TKPM ini seperti jalan ladang, sistem perparitan, kolam, pagar utama, pejabat ladang dan kemudahan lain disediakan oleh JPV. Ini merupakan satu projek yang berjaya dilakukan oleh kerajaan bagi membekalkan daging segar lembu tempatan. Penternakan lembu bali secara komersil seperti ini perlu dikembangkan lagi agar kebergantungan bekalan daging impot dapat dikurangkan. Negara kekurangan bekalan daging lembu dan diimport daripada India serta Australia dengan nilai ratusan juta setiap tahun.

Terdapat juga bangunan burung walit di kawasan TKPM tersebut yang dipunyai oleh Persatuan Penternak2 Daerah Muar yang dimulakan semenjak 2007. Kawasan ini sesuai untuk menternak burung walit kerana ada potensi besar dalam industri ternakan tersebut. Rumah burung walit ini ada 4 unit dengan menggunakan sistem standard seperti bunyi burung, sarang sementara dan sebagainya. Bagaimana pun rekod menunjukkan hasil yang dikutip sehingga lawatan penulis dilakukan masih belum memuaskan. Difahamkan pada masa ini terdapat lebih daripada 50,000 bangunan burung walit di Malaysia berbanding dengan cuma 450 pada tahun 2000. Kos pembangunan asas ternakan burung paling simple dalam RM200,000 merangkumi bangunan, peralatan, susunatur dalaman, humidifier, kased/CD dan sebagainya. Teknologi menternak burung walit kini menjadi satu industri berimpak tinggi dimana banyak syarikat GLC dan Swasta melabur ratusan juta rimggit untuk membina kawasan perumahan burung walit seperti di Tg Balau, Desaru, Kota Tinggi dan Rompin Pahang serta di Kuala Linggi, Negeri Sembilan. 

Dikawasan TKPM Lubuk Bakul juga sedang dibina 6 unit Kandang Fidlot yang boleh dimasukkan sebanyak 300 ekor lembu pedaging (termasuk Lembu Bali) dan anggaran kos pembinaan infrastruktur setiap kandang sebanyak RM 800,000 (tidak masuk ternakan lembu). Projek di bawah Nationl Feedlot Center (HIP) Kementerian Pertanian ini di lancarkan pada tahun 2008 untuk menampung kepergantungan impot daging dari 18% pada masa ini kepada 40% dalam tahun 2015. Pada tahun 2012 dijangka sebanyak 2,000 ekor lembu akan diternak di TKPM Lubuk Bakul, Muar dengan nilai pasaran berjumlah RM 6 juta setahun. Terdapat beberapa penternak lain yang mengusahakan ternakan Kambing Boer dan Kambing Japnapari. Di TKPM ini juga ada 2 bual kilang memproses makanan ternakan berasaskan "Oil Palm Kernel' dan Silage Daun kelapa Sawit. Kilang Alumni UTM memproses pelet makanan haiwan berasaskan Dau Silaj Kelapa sawit dengan kandungan12% protein dan kapasiiti pengeluaran sebanyak 4-8 mt sehari. 
Kawasan TKPM Lubuk bakul juga sesuai dibangunkan untuk Projek Agro-Tourism dengan keluasan 1,041 ekar bagi daerah Muar pada masa akan datang. Sekian laporan kali ini. Wasallam!...

TERNAK LEMBU...LEMBU BALI...
BAKA BERASAL...PULAU BALI...
DAH TENGOK....RASA NAK BELI...
TIDAK ADA MODAL...FIKIR2 TAK JADI...

Oleh,
M Anem
Senior Agronomist,
TKPM Lubuk Bakul,
Muar, Johor,
Malaysia.
(Kemaskini pada 17 MAy 2015)

Sunday, November 8, 2009

CASSAVA


Tapioca tree at peat soil in Kg Gunung Sari, Gersik, Muar, Johor.

CASSAVA (Manihot esculenta) or Tapioca also called 'Ubi Kayu' in Local Malay is a tropical root or tuber crop under family Euphorbiaceae was grown on Mineral or Peat soil especially in Johore for fresh consumption or processed for tapioca flour by commercial factory. Department of Agriculture recorded about 2,396 hectare of tapioca grown in Malaysia in 2007 producing about 38,711 metric tonnes valued at RM 37.5 million. Estimated area of cassava planting area in 2011 about 2,444 hectare with potential yield of 41,045 metric ton. State of Johore has the largest tapioca growing area for about 875 hectare in Malaysia and produced 19,506 metric tonnes (83% of Malaysia production) in 2005. Other states growing tapioca are Selangor (173 ha), Perak (89 ha) and Kelantan (23 ha). District Johor Bahru and Kota Tinggi and Kluang was the area planted with tapioca in Johore. This article explain on my experience in cassava planting technology in Johore during my tenure at Johor Agriculture Office in 2006 and able to visits various cassava farms. 




Variety Sri Pontian on peat soil.
Talk about tapioca root are long and tapered. The stems has inter-nodes and its leaves are pinnate and having between 5-7 arms. It has a semi-hardwood stems with 3-7 diameters and able to reach 5 meters height. Tapioca roots are very rich in STARCH. Its also contains about 50 mg/100gm of significant Calcium, Phosphorus (40 mg/100 gm) and a lot of vitamin C. However tapioca is poor in protein and other nutrient. Tapioca is an important source for food , bio-fuel, animal feed, chemicals and many other purpose.


There is a lot of tapioca variety known in Malaysia and some of the variety are poisonous (not edible eg. Ubi Gajah) whilst other are edible. Local people use tubers and leaf as source of food.The young leaves collected and cooked with salts and ready to consume as salad.  Recently DOA and MARDI release new variety of Local Tapioca namely variety Ubi Sri Pontian. This new variety has a special research done for the purpose to make KEREPEK UBI (Tapioca Chips) . Other variety as comparison is Ubi Putih (White variety), Ubi Kuning (Yellow Variety) and Ubi Medan (Medan variety) grown on IPRS Agriculture station. Result shows than variety Sri Pontian is the best variety for tapioca chip production which produced 36.5 mt/ha. This variety are popular among local farmers due to the availability of planting material and stable market demand.



In Agronomy Management system tapioca are grown in 1 meter x 1 meter planting distance and harvested after 10 months after planting.The yield harvested shows that Sri Pontian produced 36.5 mt/ha, Yellow variety (29.3 mt/ha), White variety (26.0 mt/ha) and Medan variety only 23.6 mt/ha. The management system is important for expectation of yield production. Starch content claimed to be highest in Sri Pontian Varieties with 26.4% and cryogenic content also highest about 221 ug/g.


The tapioca chip from Sri Pontian (see photo next) received 65% acceptance in Sensory Test by professional compare to other three variety. The chip was confirmed as crispy, attractive golden yellowish color, acceptable size and tasty. Tapioca chip in in Sensory Test Program must examine the Original Flavor, Pepper Flavor, Hot Chili Flavor and Curry Flavour. This new Sri Pontian new variety tapioca are the latest crop that local farmers crazy to grows nowadays. The cutting or known as the planting material was supplied by DOA and Commercial Growers at RM 0.60 to RM 1.00 per cuttings.


Recently many companies interested in the planting of cassava. This crop need less maintenance and the attack of pests and diseased, plant disease and ready for harvest 10-12 months after planting. Cassava are also processed for 'TAPAI UBI' after fermentation process. Tapai Ubi is a sweet up to 15 brix reading when completely fermented and packed for commercial production. Tapai Ubi SUBUH among popular tapai in Johor Bahru region priced at reasonable from RM 2.00 - RM 3.00 per unit.  


Related articles :
1. Ubi Kemili (Klik disini)
2. Keladi Mawar (Klik disini)
3. Keladi (Klik disini)
4. Kentang (Klik disini)
5. Keledek (klik disini)
6. Asparsgus (Klik disini)


By,
M Anem
DOA Muar
Johore
Malaysia.

Saturday, November 7, 2009

Lebah Madu di Johor



Menternak Lebah Madu di Johor agak popular di beberapa kawasan di Daerah Pontian, Batu Pahat dan Muar dengan spesis Lebah Keran (Apis cerana). Kawasan tumpuan penternakan adalah di kawasan kebun kelapa dan kawasan hutan gelam seta kawasan dudun campuran yang banyak sumber makanan seperti Rumput Israel (Asystasia gigantica). Antara kawasan yang aktif ialah di Kg Serkat Darat (Pontian), Kg Kesang , Kg Parit Penyengat, Kg Teluk Rimba (di daerah Muar), Kg Nibong (di Batu Pahat) dimana ternakan dibuat secara sambilan oleh para petani atau pekebun kelapa. Ternakan lebah Keran dijalankan setelah petani menerima Latihan Asas oleh Jabatan Pertanian Johor di Pusat Ternakan Apiari Malaysia yang terletak di Pusat Pertanian Komodiiti Parit Botak, Batu Pahat. Kursus lanjutan di adakan di beberapa lokasi seperti di Pejabat Pertanian Sg Sudah di Muar dan Pejabat Pertanian Pontian dimana tujuan latihan adalah untuk memberikan teknologi lebih baru dan terkini. Artikel kali ini dalam 'Anim Agro Technology' saya akan membincangkan teknologi ternakan lebah madu berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang ini selama 30 tahun. Penulis juga terlibat dalam memberikan latihan asas penternakan lebah madu kepada peminat lebah madu.


Dalam menternak lebah paling penting adalah keujudan makanan semulajadi lebah keran adalah debunga dan nektar daripada mayang kelapa yang ditanam di sekeliling Haif Lebah. Haif Lebah adalah kotak yang diperbuat daripada papan kayu berukutan 1-2 kaki panjang x 1 kaki tinggi dan 1 kaki lebar bergantung kepada kesesuaian dan mengandungi para-para serta penutup. Terdapat pintu utama untuk lebah keluar dan masuk haif. Lazimnya haif lebah akan dicat warna putih untuk memudahkan lebah mencari rumahnya. Haif ini diletakkan diatas tiang kayu setinggi 3-4 kaki atas tanah dan sapu tiangnya dengan minyak atau racun serangga untuk elakkan semut , lipas dan perosak lain masuk kedalam haif terutama apabila simpanan madu telah banyak.

Satu hektar kawasan kelapa boleh di sediakan antara 6 - 10 haif atau bilangan koloni lebah berdasarkan kepada kepadatan pokok kelapa. Satu koloni yang aktif dengan seekor Ratu Lebah mempunyai antara 30,000 - 50,000 ekor lebah pekerja. Ratu Lebah Keran yang sihat dapat mengeluarkan anak lebah sebanyak 100 - 250 ekor setiap hari. Setiap 2-3 minggu haif lebah akan di periksa untuk di kutip madu dan debunga (Jika ada) terutama musim panas kekerapan setiap 2-3 hari sekali. Madu lebah akan disimpan didalam kon yang akan ditutup apabila telah penoh.


Burung berek-berek
Lebah mempunyai pelbagai musuh dan penyakit yang akan menentukan sama ada projek penternakan lebah yang dijalankan akan berjaya atau tidak. Antara musuh-musuh didalam penternakan lebah madu ialah seperti semut, lipas, cicak, tabuan dan burung. Tebuan (Vespa tropica tropica) merupakan musuh yang akan menyerang lebah madu yang baru balik kehaif dengan membunuhnya. Tebuan atau juga dipanggil sebagai Tabuan akan masuk kedalam haif dimana akan menyebabkan keselurohan koloni lebah akan berpindah (Lihat foto dibwah). Burung Berek-berek (Melops philipunus) atau di panggil 'Blue tailed Bee eater'  juga merupakan sejenis burung yang suka menangkap lebah ketika berterbangan (Lihat foto sebelah). Apa yang saya buat pemerhatian di pontian, lebh pekerja yang sedang dalam perjalanan balik kehaif paling disukai kerana lebah tersebut agak perlahan terbang akibat perutnya penoh nektar dan debunga. Semut (Ants) perlu dikawal agar ianya tidak memusnahkan koloni lebah. Cara kawalan adalah dengan menyapu minyak hitam terpakai atau menyapu minyak gris (grease oil) pada tiang haif lebah agar agar semut tidak dapat naik melalui tiang. Antara penyakit yang menyerang lebah seperti 'Penyakit Sac Brood' dan perlu dikawal.


Tebuan musuh lebah.
Kajian yang saya buat di Muar mendapati, satu koloni lebah keran di kawasan kelapa menghasilkan diantara 5 - 7 kg madu setahun. Jumlah kutipan madu ini sangat bergantung kepada keadaan cuaca dimana jika cuaca panas berpanjangan, jumlah madu agak banyak tetapi pada musim hujan seperti bulan November - Januari memang amat sedikit kutipan madu. Alat khas dipanggil 'Extractor' digunakan untuk mengeluarkan madu. Madu yang dihasilkan kemudian madu yang di tapis untuk mengeluarkanbahan lain dan kemudian akan di botolkan dalam botol 120 ml dan dijual dengan harga antara RM 8.00 - RM 12.00 sebotol. Kualiti Madu Lebah bergantung kepada punca nektar dan musim untuk menentukan harganya. Punca pokok kelapa akan memberikan warna madu yang agak kekuningan berbanding dengan punca nektar daripada kawasan limau dan daun getah yang lebih jernih.


Lebah Besar Jenis Impot (Apis melifera) merupakan spesis lebah madu yang diimpot dari Australia melalui Jabatan Pertanian ada di perlihara di Kawasan Kg Serkat Darat, Pontian sejak tahun 2001. Bagaimanapun lebah jenis melifera ini mempunyai masaalah penyakit ' Sac Brood' dan mengelami serangan serius dari sejenis Burung Berek ketika musim penghijrahan. Serangan burung pernah memusnahkan sehingga 80% populasi lebah ini dan didapati diantara punca yang boleh mengagalkan projek tersebut. Walau pun lebah Apis melifera mempunyai potensi tinggi untuk dijadikan industri ternakan lebah, ianya perlukan lebih banyak kajian lebih lanjut yang perlu dijalankan. Kemungkinan satu masa nanti akan ada program pembiakan lebah madu yang sesuai dan berpotns tinggi untuk negara kita.

Program Latihan dan Kursus untuk pemeliharaan lebah madu perlu di tumpukan kepada penternak-penternak lebah diseluruh negara. Bagi Negeri Johor, terdapat hanya sekitar 30 orang sahaja penternak lebah madu yang aktif yang telah saya kenalpasti. Antara perkara penting yang perlu di berikan latihan kepada mereka ialah Teknologi memelihara Ratu Lebah, Tanaman untuk makanan lebah, Kaedah Pengurusan Lebah pada Musim Tengkujuh, Pemilihan spesis lebah yang baik dan tepat, menyediakan makanan asas lebah, Venom Lebah sebagai alternatif perubatan, pengeluaran produk debunga serta produk 'Royal Jelly' dan pemasaran produk lebah. Pegawai dan Penternak perlu diberikan pendedahan terhadap industri ternakan lebah dibeberapa negara tropika yang lain.


Persatuan Penternak Lebah Negeri Johor yang kurang aktif masa kini perlu di gerakan semula. Selain daripada latihan teknikal dan perkhidmatan pengembangan kepada penternak lebah, program subsidi peralatan atau haif lebah peru di berikan kepada penternak. Kaedah perlabelan, kawalaan kualiti, pembungkusan dan pemasaran perlu di kawal agar kejadian penjualan MADU TIRUAN dapat dibenteras. Laporan dari Universiti Malaya pada 2005 melalui terbitan Jurnal mendapati, lebih 65% madu lebah di pasaran Malaysia adalah madu tiruan!  Awas, madu tiruan mungkin mengandungi bahan-bahan yang membawa kerosakan bukan perubatan. Kaedah untuk menyediakan madu tituan memang mudah, murah dan nampak macam original kerana orang ramai tidak pernah kenal akan kualiti madu asli.  Semuga akan lebih ramai rakyat Malaysia yang meminati aktiviti penternakan lebah madu di negara kita. Wasallam.


KEKEBUN KELAPA....MENTERNAH LEBAH...
KAWASAN GELAM...SESUAI JUGA DIREDAH....
LEBAH KERAN...MADUNYA SEBAGAI UPAH...
KALAU DI SENGAT...WAJAH AKAN BERUBAH...



Related articles:
1. Agrobased Industry in Malaysia (Click here)
2. Bee Keeping Equipments (Click here)
3. Coconut (Click here)
4. Penduduk dunia (Klik disini)
5. Lebah Keran (Klik disini)
6. Lebah Tualang (Klik disini)
7. Madu Lebah (Klik disini)
8. Bisa Gigitan serangga (Klik disini)
9. Rumput Israel (Klik disini)
10. Nektar (Klik disini) 
11. Semut (Klik disini)

By
M Anem
Jabatan Pertanian Johor
Muar, Johor,
Malaysia
(Pakar Lebah satu ketika dulu - updated 26 November 2012)

Thursday, November 5, 2009

Durian Clones in Malaysia

A durian farm at Tangkak, Muar, Johor with Mun Thong clone intercroped with banana.


Durian (Durio zibethinnus Murr) is a tropical crop that is popular in South East Asia and known as "King of the Fruit". There is about 400,000 hectare of durian planted throught the world. In Malaysia durian was grown about 100,000 hectare in 1995 but it the hectarage trend was decreasing to about 45,000 hectare in 2005. Malaysia exports about RM 58 million in 1995 but only about RM45 million in 2005 to neighbouring countries such as Singapore (60%) , China, Australia, Brunei and others. There is about 200 durian clones in Malaysia but only 15 clone are grown comercially. Most of the clones registered with Department of Agriculture and the names given based on the locality or the origin.


Mun Thong clone almost ripen and suitable for fresh and for chip durian.
The D24 and D168 is the most popular among Malaysian.



Recently the durian hectarage reduced tremendously especially in Durian active producing area such as in Perak, Johor, Pahang and other states. This is due to the competition with industrial crop (Oil Palm) that gives more income to farmers and food crops such as vegetable and other new tropical fruit suah as Piataya. Youngsters also does not like to eat fresh durian due to smell and the change of life style. Most of the traditional durian clone was chop down gradually due to low price during peak season especially Not Clone Durian tree.

Below are few clones popular in Malaysia:



a. D 24
Durian D24 was the most popular clones in Malaysia with every body can remember the numbers. This clone also known as "BUKIT MERAH" and registered to Agriculture Department in Non 1937 which was the earliest to register. This clone was originated from Bukit Merah Resevoir in Perak. The fruit was roundish with light green skin colour. It has sharp small thorn and not very thick skin. It has a thick flesh with yellow color and sweet-bitter in taste. I used to eat this clone every year due to its availability and medium price tag.


b. D 99
This clone was originated from Thailand and also known as "KOP KECIL". It was registered in Jun1970 with many sub-varieties ( 8 all together). The words kob means 'frog' in Thai language. Ony two out of 8 was popular in Malaysia that was Kob Kecil (1-2 kg/fruit) and Kop Besar (3-7 kg/ fruit). Th fruit was medium size with roundish shape and green skin color. It also has a sharp thorn on the skin. The flesh was yellow with medium thickness and fine texture but a little soft.


c. D123
This clone was originated also from Thailand and domesticated in Malaysia for many years. This clone was also called as " CHANEE" and registered in July 1971 with DOA. This clone has a big size fruit aand elongated in shape. The skin color was green with greyish color on the bottom part. The fruit stalk was short and bigger size compare to other clone. It has a golden yellow flesh color and taste very sweet and lemak. This clone among has the strongest durian aroma.


d. MDUR 79
e. MDUR 88
f.  D 168
g. D 169
h. D 145

Department of Agriculture trained the farmers to process durian rather than selling as fresh fruit. Certain clone suitable for processing to 'durian chips', durian sweets, durian ice cream, durian candies, durian juice and many others. For export of fresh durian a new technology introduced known as "Quick Freeze" of fresh fruit under 4 degrees celcius and exported to Australia, Japan, China and Europe market. Research and marketing strategies has to be strengtened to ensure durian clones and industry survive in Malaysia!...

Writers at durian farm in Tangkak inspect Canker Disease on D24 clones. 
Control of the disease important as it can cause dieback.

By:
M Anem
DOA, 
Muar, Johor
Malaysia
(Frequent visit to durian farm at Tangkak)

Tuesday, November 3, 2009

Adult Learning in Agricultue Extension


Visit to pineapple farm at Sg Resik, Muar by senior extension agent.



Adult Learning in Agriculture Extension system need to be train to the young Extension Agent. Most farmers in Malaysia aged between 45 - 60 years in average and they mostly are farming at rural areas and categorised as ADULT person. New officers need to learn from seniors about techniques and methodology in delivery extension system. Farmers has been lived in his own world for so many years adapted to available the technology. Any new technology from research institution or university that need introduction through extension agent with experience. The information firstly must be organised in the simplest way so that the farmers easily understood and accept. The extension agriculture extension officers are trained by Subject Matter Officer every alternate weeks. Most of them are given special area or specific commodities to master on extension. Today's farmer are ICT literate so that they able to connect through smart phone, note book or desktop to access to the information. 


Ability of experience extension agent in verbal communication and pursuing old farmers are an ART and unique. Farmers normally hard to believe any new thing if they do not convinced perfectly. As an adult they will HEAR any new technology or new application towards any changes in his farming activity. An example a chemical salesman try to introduce a new product that can control Antracnose Disease in chili production caused by Collectrotricum spp. If an extension that has a close connection with group of farmers and already tested in any Agriculture Station will help the salesman to convince adult farmers.

Adult learning in extension activities that need to introduce to new extension agent include how to respect elders, sympathy and empathy, communication skill, persuasive talk, ability to convince people, salesman technique, how to respect people with ageing, speak loud and soft, method of showing sample, local dialect and locality problem.


Farm visits and extension on coconut at Perak.


By,
M Anem
Senior Agronomist
DOA Muar
Johor, Malaysia.
(Updated 25 January 2015)

PLANNING IN AGRICULTURE EXTENSION


Farm visit for Extension agent need proper planning
annually so that the farmers delivered technology accordingly.

Agriculture Extension Program for farmers needs proper planning to ensure the implementation reached their aims. There is Annual Extension Program, Monthly Extension Program, Weekly Extension Program and Daily Extension Program. Each Extension agent has to prepare as the planning are suitable to deliver proper technology and information to the target group (Farmers and related clientele). Different target groups need different types of inputs such as vegetable growers, Paddy farmers, Orchard Farmers, Aquaculture Farmers, Livestock Farmers, Fisherman, Agro Processing Entrepreneurs and Part-time Farmers. There are also professional farmers which has enough capital and information technology in the Extension Area with special approach.


Preparing Annual Extension Program by Group is more organised.


Daily Extension Planning was started at the Lowest Area based on activity in the Extension Area. For paddy area the planning follows Paddy Planting Calendar in the particular days. If that day the activity in the paddy field was land preparation the Extension Program must be related to land preparation program such as Type of Land Preparation (Wet or Dry), Type of Machinery, Land Levelling, Pre-Emergence Chemical Spraying, Ban, Drainage and Irrigation System. This daily Extension program required Agriculture Assistance (AT) to visit and check the farmers follows the Good Agriculture Practices procedure.


Exposure of Extension Agent to familiarize and exposure activity.


Monthly Extension program planned by AT and AAO in the area based on all activity by AT in various kampong and locality. The plan consists of Date /Time of Visit, Day of Visit, Location of Visit, Issue in Extension, Numbers of farmers to be visited and impact point. Style of transfer of technology may be in the form of Farm Visits, Formal and Informal Training, Demonstration Plot Visit, Farmers Day Activity, Study Tour, Meeting of Group farming and many other methodology. The two important column in Extension Progress Report consists of Activity Conducted as Planned include Planning Date compare with Actual Implementation Activity. Annual Extension Program is a compilation of total summary of Extension Activity in the State, District, Extension Area covered. It was an annual planning of the Agriculture Extension Activity for all commodities and the management has to monitor the implementation process. To check the activity the management has to conduct Agriculture Extension Meeting so that the implementation are monitored and solve certain issue in extension program. Extension planning are important to ensure the transfer of technology reach the clientele.
EXTENSION PLANNING...ANNUAL ACTIVITY
NO PLANNING ... FORIMPLEMENTATION...
ANNUALLY, MONTHLY, WEEKLY... ALL YES...
MONITORING AFTER PLANING... YES! DO IT...

By
M Anem
Senior Agronomist/Extensionist,
DOA Muar District,
Muar, Johore,
Malaysia.
(Updated on 11 May 2015)

Monday, November 2, 2009

MAS COTEK DI TANAH GAMBUT

MAS COTEK (Ficus deltoidea) adalah sejenis tanaman herba yang tumbuh liar di tanah gambut secara liar dan menumpang. Pada masa ini pokok ini ditanam secara komersial di atas tanah gambut di sekitar pantai Barat Negeri Johor dari Daerah Muar hingga ke Daerah Pontian. Dalam merujuk kepada Laporan Statistik Jabatan Pertanian Malaysia, saya dapati seluas 180 hektar tanaman mas cotek diusahakan diseluruh negara terutama oleh usahawan bumiputra. Kawasan utama yang ada menanam Mas Cotek adalah di Johor, Kelantan, Terengganu, Selangor dan juga di Pahang.  Selain daripada ditanam di kawasan tanah lapang kini pokok mas cotek ditanam dibawah pokok kelapa sawit dan kelapa. Jarak tanaman ialah 5 kaki antara baris dan 5-6 kaki antara pokok. Harga anak benih tanaman antara RM 8.00 hungga RM 12.00 bergantung kepada jenis dan saiz anakbenih. Pengurusan agronomi agak mudah dengan menggunakan baja organan dan sedikit baja 15:15:15 serta tidak menggunakan racun kimia untuk kawalan rumpai. Artikel malam Jumaat ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman Mas Cotek yang diusahakan di kawasan tanah gambut di Daerah Muar daripada penelitian dan kajian yang saya jalankan untuk maklumat anda.


Pemerhatian di ladang menunjukkan pokok Mas Cotek dewasa akan dituai secara berperingkat-peringkat iaitu diambil hanya sebahagian pokok atau seluruh pokok. Ranting-ranting dan dahan akan di potong bersama daun berukuran 2 - 4 kaki dan ia kemudian di kumpulkan untuk dihantar ke Pusat Pemprosesan Produk Mas Cotek. Tinjauan dengan beberapa petani mendapati purata harga ladang setiap kilogram diantara 60 sen sehingga RM 1.00 sekilogram bergantung kepada kuantiti dan kualiti serta kontrak farming. Apabila tiba dikilang, lazimnya hasil mas cotek akan di bersihkan terdiri dari bahagian ranting , biji dan daun. Kemudian ianya akan di ceraikan agar mudah untuk proses menjemur selama 3 - 5 hari sebelum diproses keproduk akhir. Kajian mendapati hasil akhir produk mas cotek adalah untuk di jadikan teh atau minyak ekstrak. Bagi produk teh herba ianya di jual dan di bungkus dalam bentuk Daun Asli, Di buat serbuk atau pil. Bagi minyak yang di ekstrak boleh dijadikan pelbagai produk.


Adalah di percayai herba mas cotek dapat mengawal pusingan darah, anti-oksidan, anti radangan, melindungi tisu, mengetatkan tisu yang kendur, mengurangkan pengeluaran air berlebihan serta peningkatan penyerapan nutrient. Mas Cotek juga di dakwa dapat mengeluarkan toksin dalam badan, melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, kawal sakit urat saraf, gaut, migrane, paru-paru berair dan sebagainya. Di Daerah Muar terdapat seorang penanam stau pengilang Mas Cotek di bawah bimbingan Jabatan Pertanian Daerah iaitu Perusahaan UNS Enterprise beralamat di Kg Sg Resik Darat, Sg Balang, Muar, Johor (Tel: 06-9883867; HP 012-7211867). Usahawan ini menanam sendiri seluas lebih 15 hektar dan menjadi pembeli secara Kontrak Farming dengan lebih 45 penanam dengan keluasan lebih 50 hektar. Saya dapati usahawan muda ini mampu mempromosikan produk ini ke seluruh dareah dan akan dikembangkan lagi. Selamat berjaya!



NAMA MASCOTEK...RENEK POKOKNYA...
MUDAH DITANAM...GAMBUT TANAHNYA...
DIBUAT TEH... HEBAT KHASIATNYA...
KINI DIUSAHAKAN... PETANI MUDA...



Oleh:
M Anem
Senior Agronomist,
Kg Sungai Balang,
DOA Muar,
Johor, Malaysia.
(Kemaskini pada 5 Jamadilakhir 1435H)

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...