Support My Blog

Thursday, May 21, 2026

JAMBU MENTE - APA DIA (PART 3)

JAMBU MENTE (Anacardium occidentale) atau juga di kenali sebagai 'Jambu Monyet' atau 'Biji Gajus' adalah sejenis tanaman dari famili Anacardiaceae yang berasal dari Brazil dan memiliki 'buah' yang dapat dimakan isinya dan juga bijinya. Jambu mete juga dikenal karena bentuknya yang mirip dengan 'hidung monyet bekantan' atau Monyet Belanda (Probosis) yang habitatmya hanya berada diKalimantan pernah di jadikan produk komersil sebab bijinya boleh dikeringkan dan digoreng untuk dijadikan berbagai jenis makanan ringan yang berkhasiat dan di nikmati. Penulis blog ada membuat pemerhatian akan pokok jambu mente dimana tumbuhan ini sama sekali ia bukan dari jenis tanaman pokok jambu (keluarga Myrtaceae) mahupun dari jenis Pokok Kekacang (Keluarga (Fabaceae) akan tetapi di laporkan ia lebih dekat dengan tanaman mangga (dari keluarga Anacardiaceae juga). Dalam peribahasa Melayu apa yang penulis blog ingat sejak sekolah rendah dulu pernah ada soalan teka-teki iaitu 'Apa Jenis Buah Yang Isinya di dalam dan Bijinya Di luar' dimana jawapannya banyak kata adalaj Buah Jamnu Mente atay Jambu Monyet ini. Dari segi marfologi di laporkan sebenarnya bahagian 'isi buah' yang lembut itu ia sebenarnya adalah tangkai bunga yang membengkak dan bahagian 'kacang' yang keras di bawahnya adalah buah sebenar yang kemudian ia diproses menjadi makanan ringan.Ciri-ciri asas penulis blog beritahu dimana ia bukan dari keluarga Jambu dan dari dari segi botani memang ia lebih dekat dengan keluarga pokok mangga. Apa pun keunikan buah jambu mente atau mete ini dimana tangkai buah yang membengkak berwarna merah atau kuning, berair, berjus dan mempunyai rasa manis, sedikit masam dan kelat dan buah sebenar adalah biji keras di bahagian luar bawahnya yang di kutip dan diproses (dikeringkan dan digoreng) menjadi kacang yang sangat popular dan bernilai tinggi di pasaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu Buah Jambu Memte atau Jambu Monyet atau 'Buah Gajus' sebagai bahan untuk rujukkan semua.


Dilaporkan pengeluar utama biji gajus atau biji jambu mente atau cshewnut atau biji jambu monyet terkenal di dunia dimana ia didominasi oleh benua Afrika dan Asia. Antara negara pengeluar terbesar adalah seperti seperti negara Ivory Coast yang mana ia dilaporkan sebagai
 pengeluar kacang gajus mentah terbesar di dunia iaitu ia menyumbang kira-kira 23% hingga lebih sejuta tan metrik daripada bekalan gajus global. Apa pun lokasi utama dimana pokok gajus banyak ditanam di kawasan utara Ivory Coast kerana iklim tropika yang kering. Ia merupakan sumber pendapatan utama bagi peladang kecil di negara tersebut malahan ia menjadi antara eksport tunai terpenting selain koko. Kedua adalan negara India dimana ia adalah diantara negara pembekal terbesar dan memainkan peranan penting dalam industri gajus global. Di India buah ini ia lebih dikenali dengan nama 'Kaju' dan ada terdapat pelbagai gred gajus terkenal dari India yang dikelaskan berdasarkan saiz, warna, dan kualiti. Antara yang paling popular ialah gred W180 (dikenali sebagai King of Cashew yang bersaiz besar) dan W320 (gajus bersaiz sederhana yang paling laris di pasaran). Gajus jenis ini sering digunakan secara meluas dalam masakan tradisional India seperti sos pekat kari (contohnya korma dan shahi paneer), manakala serpihannya yang dipanggil Broken Cashews digunakan untuk hiasan manisan tempatan seperti 'kaju katli'. Ketiga adalah Vietnam yang terkenal sebagai hab pemprosesan dan pengeksport utama kacang gajus. Vietnam terkenal di peringkat global sebagai antara pengeksport dan pemproses gajus terbesar di dunia dimana biji gajus dari negara ini sangat popular di pasaran Malaysia kerana saiznya yang besar, kualiti yang tinggi, dan kerangupan yang sedap (Sila lihat foto disebelah). Kenapa Gajus Vietnam Popular disebabkan saiz dan kualiti Premium dimana rata-rata gajus yang dieksport dari Vietnam dikategorikan sebagai gred tinggi (seperti gred AAA) yang mana ia bermaksud bijinya lebih besar, gebu dan kurang rosak. Produk ini oa diproses secara teliti bila biiji gajus mentah melalui proses manual yang rumit untuk membuang kulit luar yang mempunyai getah beracun bagi menghasilkan gajus yang bersih dan sempurna. Rasa aslinya yang sedap ia amat sesuai dijadikan snek sihat sama ada dibakar, digoreng tanpa garam, atau digoreng bersama madu atau rempah. Apa pun negara lain mengeluarkannya adalah seperti Indonesia, Brazil dan Kemboja turut menjadi penyumbang besar kepada bekalan gajus dunia. Harga untuk 1 kg kacang jambu mente (atau lebih dikenali sebagai kacang gajus) di Malaysia biasanya berlegar antara RM25 - RM50 sekilogram dimana ia bergantung kepada jenis gred (saiz) dan sama ada ia mentah atau sudah diproses. Analisa menunjukkan bagi jenis Kacang Gajus Mentah (1kg) dijual sekitar RM25 - RM45/kg, bagi jenis Kacang Gajus Goreng atau Bakar Masin berharga sekitar RM38 -  RM55 sekilogram dan bagi Pek Kecil (250g - 500g) ia di jual sekitar RM11 - RM28 satu pek bergantung kepada jenama dan negara asal. 


Sebenarnya j
ambu mente atau buah gajus ini ia mempunyai dua bahagian yang boleh dimakan iaitu pertama bahagian buahnya dan kedua bahagian bijinya (biji gajus). Cara makan agak unik sebab bagi memakan Bahagian Buah (Isi Jambu) dimana ia sesuai untuk dimakan terus iaitu dengan memilih buah yang sudah masak (berwarna merah atau kuning). Buah ini kemudian mesti di basuh, kupas kulitnya (jika mahu) dan terus gigit. Rasanya manis, berair akan tetapi agak kelat atau sepet dan penulis blog selalunya lebih suka ia dibuat rojak atau jeruk: Oleh kerana rasanya yang kelat atau sepet ini maka selalunya buah ini sangat sedap dijadikan rojak atau jeruk dengan merendamnya bersama garam dan gula (Sila lihat foto disebelah)Rojak buah gajus (jambu golok) boleh dibuat sama ada menggunakan buahnya (dipotong dan dicicah) atau menjadikannya kerabu atau rojak campur. Oleh kerana buah gajus mempunyai rasa kelat dan sedikit getah ada petua utama adalah memerah airnya atau merendam buah tersebut di dalam air garam suam selama 10 minit sebelum dimakan. Cara membuat Rojak Buah Gajus (Kerabu) dengan sediakan bahan iaitu 10-15 biji buah gajus (buang bahagian biji di bawah, hiris/potong), 1/2 biji nenas (potong kecil), 1-2 batang timun (potong dadu atau hiris), 1 biji bawang merah besar (dihiris nipis), Cili padi secukupnya (dihiris) dan sedikit ikan bilis (digoreng garing) atau udang kering. Bagi bahan sos  atau membuat kuah rojak sediakan 1 cawan kicap manis, 1/2 cawan sos cili, gula Melaka (atau gula pasir), sedikit belacan, dan garam. Cara buat dengan membuang getah buah gajus dan dihiris buah gajus dan perah sedikit airnya. Rendam dalam air garam suam selama 10 minit untuk mengurangkan rasa kelat. Kemudian ia digaul dan ditoskan buah gajus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama semua buah-buahan dan bahan hiris. Cara perisakan jika mahukan rojak ala kerabu, digaulkan bahan bersama sedikit garam, gula dan cili padi. Jika mahukan rojak berkuah boleh dikisar atau tumbuk bahan kuah dan tuangkan ke atas buah-buahan tersebut. Taburkan ikan bilis goreng di atas rojak sebelum dihidang dan di makan sebab rojak buah yang pekat, lazat dan menyelerakan eak sekali. Kedua bahagian jambu mente dimakan adalah Bahagian Biji (Kacang Mete) dimana ia perlu melalui proses membuang kulit: Biji mentah tidak boleh dimakan terus kerana kulitnya mempunyai getah toksik yang menyebabkan gatal. Jemur biji tersebut sehingga kering dan ia kemudian bakar atau rebus sehingga kering sebelum kerja memecahkan kulit kerasnya untuk mendapatkan isi kacang di dalam. Elakan memakan mentah dan sesuai dimakan setelah siap proses dimana biji kacang mete yang sudah dikopek perlu digoreng (tanpa minyak atau dengan sedikit minyak dan garam) sehingga berwarna keperangan sebelum dimakan. Apa pun ia terkenal dengan bijinya yang dijadikan kacang premium dan banyak khasiatnya.


Kemboja adalah antara pengeluar utama kacang gajus mentah di dunia dengan pengeluaran sebanyak 5.5 juta tan setahun dimana ia menduduki tempat kedua atau ketiga terbesar secara global dengan pengeluaran mencecah ratusan ribu tan metrik setahun menjadikan ia sebaris dengan negera Ivory Coast, India dan Vietnam. Kemboja adalah pengeluar Gajus Mentah terbesar didunia dari jenis biji gajus atau jambu mente dengan pengeluaran gajus mentah berskala besar dan berkualiti tinggi. Ia ada hubungan dengan Vietnam dimana ada sekitar 95% daripada gajus mentah Kemboja dieksport ke negara jirannya Vietnam untuk diproses, digred dan dibungkus semula untuk pasaran antarabangsa. Kawasan utama bagi tanaman gajus banyak diusahakan di wilayah seperti sekitar Kampong Thom, Kratie dan Ratanakiri. Gajus Kemboja sangat terkenal di pasaran antarabangsa kerana kualiti premiumnya dengan bercirikan ia mempunyai Saiz Paling Besar iaitu purata saiz kacang gajus dari Kemboja adalah antara yang terbesar di dunia contohnya varieti M23 yang popular bersaiz besar iaitu mencapai berat 110 - 130 biji bagi sekilogram. Ia juga mMempunyai rasa yang sangat berkrim, tekstur rangup dan rasa semula jadi yang manis. Isi kacang berwarna cerah dan cantik sebab ia di tanam di kawasan lokasi bersesuaian yang memberikan hasil organik secara semula jadi, rendah sisa kimia, dan berkualiti tinggi. Produk gajus Kemboja merujuk kepada hasil kacang gajus (terutamanya varieti M23 dan varieti AB05-08) yang ditanam dan diproses di Kemboja. Kemboja merupakan antara pengeluar gajus mentah terbesar di dunia, terkenal dengan kualiti premium, saiz yang besar, dan kaya dengan khasiat seperti serat serta lemak sihat. Penulis blog menyemak dimana diantara produk utama yang ditawarkan termasuk Produk Biji Gajus Mentah (Raw Cashew Nuts) dimana biji gajus yang belum diproses dan biasanya dieksport secara pukal. Kedua ada Produk Biji Gajus Panggang atau Goreng iaitu jenis snek sedia dimakan (ready-to-eat) yang diproses menggunakan teknik tradisional atau moden. Ketiga ada Produk Biji Gajus dengan Mentega Gajus (Cashew Butter) sebai satu alternatif sapuan roti yang sihat dan berkrim. Keempat juga ada jenis Produk Biji Gajus Sampingan dimana kulit gajus turut diproses untuk diekstrak menjadi minyak atau bahan industri yang bernilai. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi makluma berfaedah kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU MENTE... BUAH GAJUS SAMA....
ADA DITANAM... DI BEBERAPA NEGARA...
BUAH DIDALAM... DI LUAR ADA BIJINYA...
BANYAK KHASIAT...ARTIKEL INI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...