Support My Blog

Friday, May 22, 2026

LEBAH DAN BUNGA - APA KAITANNYA?

LEBAH (bees) dan BUNGA (Fowers)
mempunyai hubungan simbiosis mutualisme iaitu keduanya adalah ia memang saling menguntungkan dimana peranan ini ia sangat penting dalam ekosistem dalam habitatnya. Hubungan ini sebenarnya ia adalah berfungsi sebagai sumber makanan bagi lebah dan membantu proses pembiakan atau proses pendebungaan iaitu bagi tumbuhan terutama pokok yang berbunga. Penulis blog pernah menjadi pakar mengenai serangga lebah dan keluut ada memberi latihan atau kursus selama puluhan tahun semasa bertugas dahulu memang mengetahui akan perkara asas bagaimana kedua-duanya saling melengkapi sebagai perkara penting. Pertama menyentuh bagaimana peranan Serangga lebah (Apis spp) sama ada jenis Lebah Keran (Apis cerana) atau Jenis Lebah Import (Apis mellifera) atau jenis Lebah Tualang (Apis dorsata) dan Serangga Kelulut (Trigona spp) yang ada di Malaysia memainkan peranan penting terhadap proses pendebungaan. Serangga lebah dan kelulut ini akan mencari makanan nya terdiri daripada bahan nektar, debunga, resin dan sebagainya dimana lebah bergantung sepenuhnya pada bunga untuk mendapatkan dua sumber makanan utama iaitu jenis nektar (cecair manis untuk tenaga) dan debunga (sumber protein). Lebah yang mengunjungi banyak bunga setiap hari adalah 'Agen Pendebungaan' yang berkesan dimana apabila lebah hinggap pada bunga apa yang berlaku adalah ada debunga akan melekat pada bulu-bulu di badannya. Apabila lebah ini terbang ke bunga lain yang sama jenis maka debunga ini akan jatuh pada putik bunga tersebut dan proses ini akan membolehkan proses persenyawaan akan berlaku dan menghasilkan buah atau biji benih. Peranan oleh Pokok Berbunga (Flowered plants) dimana ia akan menarik serangga lebah dengan ia akan mengeluarkan warna bunga menggunakan warna yang terang, kelopak yang cantik dan aroma wangi untuk menarik perhatian lebah datang hinggap kepadanya. Kemudian serangga lebah ini pastinya akan dapat ganjaran berupa makanan sebagai balasan apabila dilaporkan kebanyakan bunga ini akan menyediakan nektar yang manis sebagai habuan kepada lebah. Agak penting peranan pokok berbunga sebab tanpa bunga ada kemungkinan serangga  lebah akan kebuluran sebab tidak ada sumber makanan yang berterusan begitu juga kalau tanpa lebah berkemungkinan maka banyak jenis pokok bunga tidak dapat membiak atau menghasilkan buah. Hubungan kedua-dua makhluk Allah ini memastikan kelangsungan hidup kedua-dua spesies di alam semula jadi dan akan memberikan manafaat kepada manusia. Artikel tengahari ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis artikel mengenai kaitan dan peranan lebah dan tumbuhan berbunga sebagai satu alanisa kepada semua para pembaca blog semua.


Lazimnya lebah tidak bergantung pada satu jenis bunga yang ada di sekelilingya sahaja dimana ia akan terbang dan juga akan menghisap nektar iaitu sejenis cecair manis dan dalam masa sama ia mengumpul debunga (pollen) daripada pelbagai jenis pokok berbunga yang melekat pada bulunya di kaki dan badan lebah (Sila lihat foto disebelah). Di Malaysia ada ribuan jenis pokok berbunga dimana ia boleh di kunjungi lebah mengikut kategori jenis lebah seperti jenis lebah tualang mampu terbang berkilometer untuk datang mengunjungi bunga di dalam hutan dan bersarang di pokok tualag yang selalunya tinggi. Dikawasan tanam perumahan yang menanam banyak bunga dan di kawasan belukar dan semak samun ada berbagai jenis pokok berbunga yang selelu di kunjungi oleh Lebah Keran, Kelulut dimana ia selelunya tidak tinggi dan tidak jauh dari sarang lebah. Mungkin ramai kalangan pembaca blog ada melihat lebah hinggap pada bunga pokok kelapa, bunga pengantin (Honolulu creepers), bunga matahari, jantung pisang,  bunga raya, bunga air dan banyak jenis pokok buah-buahan (contoh pada bunga mangga, bunga jambu batu, bunga durian dan sebagainya). Bagi penulis blog mendapati dimana hubungan antara lebah dan bunga adalah simbiosis mutualisme (saling menguntungkan) keduanya dan manusia. Apa yang perlu di jelaskan dimana lebah mendapat nektar untuk ditukar menjadi madu (sumber tenaga) dan debunga sebagai sumber protein untuk anak-anak lebah di sarang. APa pun p
roses nektar menjadi madu berlaku melalui 4 peringkat utama iaitu ia bermula daripada pengumpulan nektar bunga, pencampuran enzim, pemindahan cecair antara lebah dan sehinggalah penyejatan air menggunakan kepak lebah. Fasa pertama adalah Pengumpulan Nektar apabila lebah pekerja menghisap cecair manis (nektar) daripada bunga iaitu caranya menggunakan lidah panjang (proboscis) dan menyimpannya di dalam 'perut madu' yang khas pada lebah pekerja. Kemudian ada fasa Tindak Balas Enzim yang berlaku di dalam perut lebah dengan nektar bercampur dengan enzim (seperti invertase) yang memecahkan gula kompleks kepada gula ringkas kemudian menjadikannya bahan yang tahan lama. Fasa ketiga adalah Fasa Pemindahan Antara Lebah dimana ia akan berlaku di dalam sarang iaitu nektar dipindahkan dari mulut ke mulut antara lebah pekerja untuk terus menguraikan gula. Fasa keempat adalah fasa Penyejatan dan Pengeringan dimana nektar yang cair diletakkan ke dalam sel sarang dan koloni lebah kemudian mengibaskan sayap untuk menyejat kandungan air sehingga tinggal di bawah 20% sebagai madu lebah berkualiti dimana setelah pekat maka pintu sel tersebut ditutup dengan lapisan lilin agar tahan lama di simpan.


Perlu di ketahui dimana s
emasa lebah hinggap pada bunga yang sedang mekar maka ada debunga akan melekat pada bulu badannya. Apa yang berlaku adalah apabila lebah terbang ke bunga lain maka debunga ini akan dipindahkan kepada bunga tersebut dan akab berlaku proses pendebungaan dimana ini sekali gus membantu proses pendebungaan yang membolehkan pokok menghasilkan buah atau kemudian ia akan menjadi biji benih. Proses debunga bertukar menjadi biji melibatkan dua peringkat utama iaitu pertama Fasa Pendebungaan dan Persenyawaan dimana proses tersebut yang berlaku pada bunga iaitu apa yang dimaksudkan istilah 'Pendebungaan' adalah butir debunga (sel jantan) tumbuhan ini dipindahkan dari anter (bahagian jantan) ke stigma (bahagian betina) iaitu boleh berlaku dengan bantuan agen pendebungaan seperti dengan cara bantuan angin, serangga atau haiwan. Fasa seterusnya adalah Fasa Percambahan dimana debunga yang melekat pada stigma akan bercambah dan menghasilkan satu tiub halus (tiub debunga) yang tumbuh ke bawah melalui stil. Fasa ketiga adalah Fasa Persenyawaan dimana tiub debunga sampai ke ovari dan bergabung dengan ovul (sel betina) di dalamnya. Akhir sekali iaitu Fasa Pembentukan Biji dan Buah iaitu selepas persenyawaan maka ovul akan ia berkembang menjadi biji, manakala ovari akan membesar dan membentuk buah untuk melindungi biji tersebut. Debunga yang melekat pada lebah dikenali sebagai debunga lebah (bee pollen) atau roti lebah. Apabila lebah mengumpul nektar maka serbuk debunga daripada bunga akan melekat pada bulu badannya. Lebah kemudiannya menyapu debunga tersebut iaitu dilihat ia menggunakan kaki dan menyimpannya di ruang khas pada kaki belakang yang dipanggil bakul debunga (corbicula). Apa pun kemudian debunga ini dibawa pulang ke sarang sebagai sumber protein dan nutrisi utama untuk koloni lebah. Apa pun ada ciri khas dimana lebah amat selektif dimana mereka hanya mengunjungi bunga yang terbuka luas dan mudah diakses serta mengeluarkan bau yang menarik mereka.



Dalam menganalisa akan kaitan lebah dengan bunga perlu di kongsikan info bagaimana l
ebah akan mengambil nektar dan debunga (serbuk sari) daripada bunga menggunakan lidah panjang iaitu 'Probosis' atau alat yang ada pada bahagian kepala. Proboscis adalah organ seperti 'straw' atau 'lidah panjang' dimana dilihat ia memang boleh lentur pada lebah yang mana ia berfungsi untuk menyedut cecair nektar dari dasar bunga untuk di masukkan kedapam perut khas simpanan nektar di badan lebah. Cara probosis ini berfungsi iaitu ia bertindak seperti penyedut minuman di mana lebah diatas kuntum bunga ia akan menjulurkannya ke dalam kumpulnya nektar pada bunga untuk menyedut nektar. Ia juga sebenarnya ada dua fungsi iaitu selain menyedut nektar dan air penulis blog tahu jika ia turut dilengkapi dengan reseptor rasa dan selalu ia digunakan untuk memindahkan makanan kepada lebah lain. Apa pun dilaporkn saintis dimana ia juga terlibat dalam aktiviti penyimpanan sebab apabila tidak digunakan maka alatan proboscis akan dilipat dan disimpan kemas di bawah kepala lebah yang unik cirinya. Perlu di kongsikan akan NEKTAR atau cairan manis yang diisap oleh lebah untuk dijadikan sumber tenaga. Nektar adalah cecair manis kaya gula yang dihasilkan oleh tumbuhan untuk menarik haiwan pendebunga seperti lebah, rama-rama dan kelawar dimana selalunya ia akan dihasilkan dalam kelenjar khas tumbuhan bernama nektari, biasanya di bahagian dasar bunga. Nektar kepada lebah dan srangga lain akan menjadikan dan ia bertindak sebagai 'ganjaran makanan' untuk menarik agen-agen yang pendebunga dimana ini ia sekali gus membantu proses pembiakan tumbuhan. Nektar sebenarnya adalah bahan asas kepada Produk Madu Lebah (Honeybee) dimana nektar yang dikumpul oleh lebah dibawa pulang ke sarang dan diubah secara enzimatik menjadi madu. Kandungan madu ini terdiri daripada campuran air, gula (fruktosa, glukosa, dan sukrosa), serta sedikit protein dan asid amino. Semuanya berlaku di dalam sarang apabila lebah pekerja akan memproses nektar ini menjadi madu.Debunga pula adalah merupakan jenis serbuk halus kaya protein yang melekat pada kaki atau badan lebah ketika mereka hinggap di atas bunga. Ia dibawa pulang ke sarang sebagai sumber makanan utama untuk anak-anak lebah. Proses berlaku dimana semasa mengumpul bahan ini, lebah juga membantu proses pendebungaan yang membolehkan tumbuhan membiak dan menghasilkan buah dan biji tumbuhan dan berlaku proses pembiakan tanaman seterusnya. Bagi penulis blog dimana keberadaan serangga lebah dan agen pendebungaan lain amat kritikal di jaga agar tumbuh-tumbuhan seperti pokok buah-buahan dan sayuran terus di debungakan dan menjamin makanan kepada manusia dan haiwan lain di dunia ini. Semuga artikel ini memberi meklumat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology akan kaitan antara lebah dan bunga kali ini. Wasallam.!!
PERANAN LEBAH...HINGGAP DI BUNGA...
SEDUT NEKTAR.. KUTIP DEBUNGA JUGA...
POKOK BERBUAH...BIJI DI TANAM SEMULA...
BACA ARTIKEL... JELAS JALAN CERITANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
BAndar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(5 Zulhijjah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...