Ramai kalangan orang bila sebut sahaja cacing mereka 'takut' dan 'geli' dimana lazimnya perasaan geli dan takut kepada cacing tanah adalah perkara biasa yang dipanggil sebagai 'Scoleciphobia' atau fobia kepada cacing dimana ia sering dikaitkan dengan bentuk badan yang licin, cara pergerakan meliuk-liuk dan habitatnya yang kotor. Penulis blog yang pernah beberapa kali hadir kursus tentang cacing tanah mendapati ada terdapat pelbagai jenis cacing tanah dengan fungsi tersendiri. Secara amnya cacint tanah ini ia boleh dibahagikan kepada empat spesis utama iaitu yang pertama Jenis Cacing Merah (Eisenia fetida) yang mana ia juga dikenali sebagai 'Red Wiggler' dimana jenis cacing ini paling popular digunakan untuk ianya menghasilkan baja kompos (vermikompos) kerana ia sangat cepat membiak dan memakan sisa organik. Di Malaysia ia adalah yang paling popular untuk vermikompos dimana ia suka hidup di lapisan atas tanah dan bahan organik. Ia memang cepat membiak dimana najisnya sangat berkualiti untuk dijadikan baja organik tanaman kelilin rumah. Kedua ada Jenis Cacing Tanah Biasa (Lumbricus terrestris) dimana jenis ini ia bersaiz besar dan suka membuat terowong dalam di dalam tanah. Ia sangat bagus untuk pengudaraan dan saliran air di dalam kebun. Ia bersaiz besar dan buat terowong dalam dimana maat bagus untuk pengudaraan tanah dan saliran air tetapi ia kurang sesuai untuk tong kompos wlau pun ia sebenarnya sangat baik dalam kebun terus. Ketiga terdapat Jenis Cacing Biru (Perionyx excavatus) iaitu ia merupakan sejenis cacing asli kawasan tropika yang sangat aktif di iklim panas dan lembap. Cacing ini makan sisa organik dengan pantas tetapi agak sensitif dengan perubahan suhu. Jenia ini ia aktif di iklim panas dan lembap dan memakan sisa organik dengan cepat serta amat sesuai untuk kompos tropika cuma ia dilihat agak sensitif pada perubahan suhu. Keempat ada Jenis Cacing Kompos Afrika (Eudrilus eugeniae) dimana jenis ini ia bersaiz lebih besar dan menghasilkan najis yang banyak, menjadikannya pilihan yang baik untuk pengeluaran baja. Selain jenis ini ia bersaiz besar dimana jumlah najisnya juga amat banyak. Ia didakwa sesuai untuk kebun dan kompos berskala besar tetapi jenis ini ia perlu kelembapan konsisten dan selalunya tidak tahan sejuk. Kelimat ada Jenis Cacing Endogeik (Cacing Tanah Dalam) dimana ia jarang nampak di permukaan dan kerjanya membaiki struktur tanah dari dalam dan ia penting untuk tanah pertanian jangka panjang. Keenam ada Jenis Cacing Epigeik (Cacing Permukaan) yang selalunya ia hidup di lapisan atas tanah atau lapisan mulsa. Ia jenis yang mahir dalam mengitar semula bahan organik di gelar sebagai jenis 'mesin kompos hidup' yang efektif.
Belajar fakta mengenai kitaran hidup cacing tanah merangkumi tiga fasa utama bermula daripada Fasa Telur (kokun), Fasa Cacing Muda (juvenil) dan Fasa Cacing Dewasa. Cacing adalah haiwan hemafrodit (jenis haiwan yang mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) yang membiak dengan menghasilkan kokun. Haiwan hermaprodit adalah haiwan yang memiliki dua jenis organ pembiakan (jantan dan betina) yang berfungsi sepenuhnya pada satu-satu masa di dalam satu badan. Keunikan ini juga ia membolehkan sesetengah spesies menghasilkan zuriat tanpa memerlukan pasangan, atau bertukar peranan sebagai jantan dan betina semasa mengawan. Contoh utama haiwan dari jenis hermaprodit termasuklah Cacing tanah dimana ia memang mempunyai organ jantan dan betina serentak dan tetap memerlukan pasangan untuk bertukar sperma. Apa pun asasnya kitaran lengkap biasanya mengambil masa 1 hingga 2 bulan lamanya dimana ia bergantung pada spesies dan persekitaran. Pertama adalah Fasa Kokun (Fasa Telur) iaitu proses ini berlaku selepas mengawan dimana cacing dewasa menghasilkan satu lendiran pelindung yang dipanggil kokun. Kokun ini biasanya ditinggalkan di dalam tanah yang lembap.
Kandungan: Setiap kokun mengandungi antara 1 hingga 20 biji telur namun biasanya hanya 2 hingga 4 cacing yang akan menetas akhirnya. Selalunya tempoh berlaku ia bergantung kepada suhu dan kelembapan dan seterusnya cara proses penetasan mengambil masa lebih kurang 2 hingga 4 minggu. Kedua adalah Fasa Cacing Muda (Juvenil) iaitu jenis cacing yang baru menetas kelihatan seperti cacing dewasa tetapi bersaiz lebih kecil, berwarna pucat dan bercirikan lutsinar. Apa pun dimana pada fasa ini, cacing muda akan makan dengan aktif untuk membesar. Tempoh fasa ini ia mengambil masa antara 1 hingga 2 bulan (atau lebih) untuk cacing muda ini kemudian ia mencapai tahap kematangan seksual. Ketiga adalah Fasa Cacing Dewasa yang selalu kita dapat lihat dimana cacing fasa ini ia mencapai peringkat matang apabila organ pembiakan terbentuk sepenuhnya. Ciri paling ketara adalah kehadiran klitelum (gelang tebal di bahagian badan cacing). Cacing dewasa akan mula mengawan dengan bertukar sperma bersama cacing lain dimana ia kemudian menghasilkan kokun baru untuk memulakan semula kitaran. Jangkahayat jenis cacing tanah berbagai tetapi lazimnya ia dalam keadaan biasa boleh hidup selama 1 hingga 5 tahun di dalam persekitaran yang sesuai dan selamat. Bagi penulis blog dimana kehadiran cacing tanah sangat penting dalam memastikan kesuburan tanah dengan menguraikan bahan organik dan memperbaiki pengudaraan tanah. Perlu tahu fakta jika cacing tanah membiak secara hermafrodit (mempunyai kedua-dua organ jantan dan betina) dan boleh membiak melalui dua kaedah utama iaitu Cara Pembiakan Seksual (Mengawan) dan Cara Pembiakan Aseksual. Cara pertama adalah dengan proses mengawan bila dua ekor cacing bercantum secara bertentangan arah dan bertukar sperma. Kokon: Selepas mengawan, bahagian khas pada badan cacing (klitelum) menghasilkan sarung lendir yang mengeras menjadi kokon (kapsul kecil). Kemudian ia menjadi anak cacing dimana kokon ini ditinggalkan di dalam tanah dan akan menetas menjadi anak cacing tanah selepas beberapa minggu. Kedua adalah Cara Pembiakan Aseksual (Belahan Badan) dimana cacing juga boleh membiak melalui proses regenerasi. Jika badan cacing terputus, bahagian yang terputus itu boleh menumbuhkan semula bahagian badan yang hilang untuk membentuk cacing baharu yang lengkap.
MENYUBURKAN TANAH...HEBATNYA...
VERMIKOMPOS...JA MENJADI BAJA...
INDUSTRI CACING...BANYAK DI GUNA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Balai Panjang Murni,
Bandr Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(14 Zulhijjah 1447H).
Posted from
Kg Pt Bengkok, Gersik,
Tangkak, Johor.
Hosnanwarti Family Day 2026.





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.