Saliran merupakan salah satu aspek penting di rancang sebelum memulakan aktiviti pertanian seperti sektor tanaman makanan, ternakan dan ternak air (akuakultur). Ada jenis saliran semulajadi sedia ada untuk mengalirkan air keluar dari kawasan pertanian di kebun akan tetapi sebaiknya sistem saliran dirancang bagi bina saliran baru yang sesuai dengan kawasan pembagunan pertanian yang baru hendak di buka. Dalam kes pembukaan ladang sawit atau ladang lain di Malaysia pembinaan sistem saliran dan perparitan perlu di rancang awal. Lazimnya dalam aktiviti pembukaan parit ladang sawit melibatkan sistem saliran berskala bagi mengawal paras air (mengekalkan kelembapan di paras 50-70 cm) dan mengelakkan pokok mati akibat takungan. Panduan asas dan spesifikasi pembinaan parit yang betul melibatkan proses perancangan dnan juga proses penandaan sistem perparitan iaitu merancang 3 peringkat utama iaitu Jenis Parit Ladang (di blok-blok tanaman), Jenis Parit Sekunder dan Jenis Parit Utama diman a kesumua akan berfungsii secara berkaitan untuk mengalirkan air keluar dari ladang sawit. Perlu dipacak kayu pancang dengan jarak setiap 20 meter di laluan yang telah ditetapkan dan mesti dibersihkan kayu atau akar yang mungkin menyekat pengaliran air. Perlu diukur saiz parit yang ideal mengikut kelasnya dimana ukuran bergantung pada jenis tanah dak faktur lain namun ini adalah piawaian umum yang sesuali dilakukan. Sebaiknya di bina lebar permukaan saliran adalah 1.2 - 2.5 meter dengan saiz dan kedalaman Parit: 0.75 - 2.0 meter yang mana ia boleh digali lebih dalam jika kawasan kerap banjir atau di tanah rendah) dan saiz lebar dasar saliran adalah 0.6 meter (SIla lihat foto disebelah). Cara membuat saliran dengan penggalian dimana kaedah galian ini i boleh dibuat secara manual untuk parit kecil atau menggunakan jentera pengorek seperti Mesin Excavator untuk jenis-jenis kerja lebih cepat dan berskala besar seperti di kawasan estet luas. Apa yang perlu di lakukan adalah dengan amalkan pengurusan tanah iitu perlu dalam meletakkan tanah, akar, atau kayu yang dikorek sekurang-kurangnya 0.50 meter dari tebing parit dengan tujuan untuk mengelakkan tanah runtuh semula ke dalam parit. Susunan Tapak Sawit: Pastikan saiz tapak (barisan tanaman) yang ia bersesuaian dengan parit, iaitu sekitar 14 -15 meter lebar yang memuatkan dua baris pokok sawit. Perlu lakukan kerja iaitu Penyelenggaraan Berkala seperti kerja pembersihan saliran dengan cara membuang sisa kayu, sampah dan rumpai. Kalau saliran sudah mendap (Desilting) maka perlu di bersihkan lumpur atau enapan di dasar parit sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun untuk melancarkan aliran air.
Memang perlu di kongsikan fakta akan kepentingan dan Fungsi Saliran dalam kawasn pertanian. Pertama adalah bertujuan untuk Sistem Pengudaraan Tanah yang mana ini akan membolehkan akar bernafas dengan baik kerana air bertakung dikeluarkan. Maksud Sistem pengudaraan tanah (soil aeration) adalah proses pengaliran dan pertukaran udara (terutamanya oksigen) di dalam liang-liang tanah dimana tanah yang sihat memerlukan pengudaraan yang baik supaya akar tumbuhan boleh bernafas dan menyerap nutrien dengan berkesan. Apa pun ia penting untuk sistem pernafasan akar tumbuhan diman aia perlukan oksigen untuk menyerap air dan nutrien. Ia juag penting untuk aktiviti mikroorganisma apabila jenis bakteria baik dan cacing dalam tanah memerlukan udara untuk hidup dan menguraikan bahan organik. Ia juga penting untuk dapat menencegah toksin sebabnya udara yang cukup menghalang pembentukan gas berbahaya (seperti karbon dioksida berlebihan) yang boleh merosakkan akar. Ia boleh di lakukan dengan cara memperbaikinya melali Penggemburan Tanah iaitu dengan memecahkan tanah yang mampat menggunakan cangkul atau garpu tanah. Ada cara atau teknik di namakan 'Pengudaraan Padang (Aeration)' iaitu dengan menebuk lubang kecil pada permukaan tanah (biasanya untuk padang atau rumput) menggunakan mesin khas untuk membolehkan udara masuk. Pemberian bahan bahan organik iaitu dengan crara mencampurkan kompos atau bahan organik ke dalam tanah untuk merangsang struktur tanah yang lebih longgar. Pengudaraan tanah juga penting bagi mengelakkan akan ancaman penyakit mengancam tanaman. Ia akan dapat mencegah jangkitan kulat dan bakteria yang membiak dalam tanah yang terlalu basah atau bertakung. Aspek lain adalah ia akan menjaga kestabilan tanah iaitu ia dapat membantu bagi mengalirkan air hujan berlebihan supaya tanah kebun tidak rosak akibat hakisan.

Mengira kesesuaian atau keperluan saliran di kebun adalah sistem penyingkiran air berlebihan sama ada berlaku secara semula jadi atau buatan) daripada atau di atas permukaan tanah. Ia amat kritikal untuk mengelakkan kerosakan tanaman dan memastikan kesuburan tanah. Apa pun kepentingan dan sebab utama mengapa saliran sangat penting di kebun termasuk pertama ia akan Mengelakkan Akar Mereput sebabnya jika ada air bertakung menyekat pengudaraan tanah. Akar yang terendam terlalu lama akan lemas dan mudah diserang penyakit kulat. Secara umumnya penulis blog tahu jika akar tanaman akan mengambil masa antara 24 - 48 jam (1 hingga 2 hari) jika ia terendam dalam air untuk mula mati lemas, reput dan menyebabkan pokok layu dan ada ancaman mati. Akar reput ia merujuk kenapa akar boleh reput diman akar memerlukan oksigen untuk bernafas. Apabila terendam terlalu lama atau ruang udara di dalam tanah dipenuhi air ianya akan juga boleh menyebabkan akar lemas, mati dan reput. Lazimnya selepas akar reput dimana ia tidak lagi boleh menyerap air atau nutrien dan pkok akan menjadi layu dan mati. Tanda-tanda akar reput akan berlaku bila tanah sentiasa becak, daun bertukar kuning, pokok cepat layu walaupun baru disiram dan terdapat bau busuk dari pangkal pokok apa lagi kalu banjir (Sila lihat foto disbelah). Jika pokok masih terendam banjir atau tanah takungan air sebaiknya dipastikan air dialirkan keluar dengan kadar segera agar akar tidak mati lemas! dalam kebun. Apa pun salliran yang baik akan mencegah hakisan tanah sebab saliran yang dirancang dengan baik mengalirkan air hujan berlebihan secara terkawal, terutamanya di kawasan cerun, bagi mengelakkan tanah terhakis. Kelebihan saliran di kebun termasuk membantu dala kaedah pengurusan paras air yang mana ia membantu mengawal dan mengekalkan paras air optimum di dalam tanah supaya bersesuaian dengan keperluan jenis tanaman dengan memasang pembentongan terutama ketika musim kemarau di kawasan tanah gambut. Saliran membantu didalam memudahkan proses penyerapan nutrien apabila keadaan tanah yang mempunyai saliran baik membolehkan baja diserap dengan berkesan dimana asasnya ini mengelakkan nutrien penting daripada hanyut dibawa air. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.