Support My Blog

Saturday, May 9, 2026

ULAM PUCUK PUTAT - APA DIA?

ULAM PUCUK PUTAT
(Barringtonia racemosa) merupakan daun muda daripada pokok putat yang lembut dimana ulam ini ia selalunya ia berwarna kemerahan atau hijau muda serta sangat popular dijadikan ulam-ulaman kampung. Ia terkenal dengan rasa yang sedikit kelat dan lemak dan penulis blog suka makan mentah atau sesekali boleh di dicelur untuk dimakan sebagai ulaman enak. Bagaimana pun ada kalangan peminat ulam ini yang akan menjadikan resepi makanan daun putat kerabu atau sebagai salah satu bahan perencah dalam makanan laksa. Mengenali akan ulam pucuk putat dimana ciri pentingnya ia adalah pucuk daun putat yang lembut berwarna merah jambu, merah tua atau berwarna hijau muda (pada hujung dahan) dimana itulah pilihan terbaik dan ia yang paling sedap dimakan. Berlainan pula dengan daun putat yang sudah matanu tua berwarna hijau tua atau hijau gelap dan teksturnya tebal serta agak keras. Kalangan masyarakat kampong sejak dulu akan mengutip pucuk daun putat liar untuk di jadikan ulaman segar dimakan mentah bersama sambal belacan atau dicelur dahulu. Bagaimana pun semasa berkunjung ke beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia beberapa kali dapat ujirasa ulam pucuk putat yang diracik halus dan ia akan dimasukkan ke dalam kuah laksa untuk menambah aroma dan rasa lemak laksa tersebut. Walau pun statusnya sebagai jenis 'ulam kampong' akan tetapi sebenarnya ia adalah ulam yang berkhasiat dan sering dijadikan makanan diet yang sihat atau makanan sampingan. Dalam habitatnya dimana pokok putat adalah tumbuhan tropika yang tumbuh di kawasan berair atau lembap di kawasan sesuai dan pucuk pucuk putat adalah ulaman tradisional yang popular sejak dulu terutamanya di utara tanah air. Penulis blog merujuk beberapa sumber rasmi di mana dilaporkan ada DUA jenis utama ulam putat yang biasa dijadikan ulam. Jenis pertama adalah Jenis Ulam Putat Nasi (Daun hijau muda) danselalu ia m
empunyai daun yang berwarna hijau muda serta saiznya sedikit lebih kecil dan ia sering dicari kerana teksturnya yang lembut. Jenis kedua adalah Jenis Ulam Putat Daun Besar (warna daun kemerahan atau merah) dimana hakikatnya kedua-duanya terkenal dengan rasa kelat-kelat manis yang menyelerakan apabila dimakan mentah atau sudah dicelur. Jenis ini ia dilihat memang mempunyai daun yang lebih besar dan berwarna kemerahan. Jenis ini sangat popular dan sering dijual sebagai anak benih. Selain dari bahagian pucuk putat yang ia bukan sahaja dari pucuk muda dimakan akan tetapi buah putat juga boleh dijadikan ulam (biasanya dihiris) atau dimakan bersama sambal. Dalam beberapa testimoni di laporkan dimana pucuk putat terkenal dalam perubatan tradisional untuk merawat penyakit kulit (gatal-gatal) dan kulit batangnya dilaporkan ia juga boleh digunakan untuk merawat resdung. Artikel petang ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas pasal ulam pucuk putat dan faktanya untuk bahan rujukkan semua.
 
 
Di kampong sejak dulu pokok putat ini ia dilaporkan hidup liar dimana kini ia sudah boleh di tanam sebagai tanaman herba dan boleh di komersilkan juga. Ada cara untuk menanam ulam pucuk putat dimana cara paling mudah adalah menggunakan biji benih daripada buah yang tua atau membeli anakbenih yang ada di jual di nurseri tertentu (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog pernah mencari dan membeli anakbenih pokok putat dalam polibeg dimana ia di jual dengan h
arga anak pokok untuk ditanam sendiri berkisar antara RM15 - RM25 sepokok di Melaka. Di Melaka Tengah ada satu tempat di panggil sebagai Kampung Sungai Putat yag sejarahnya dulu di laporkan ada banyak pukok putat liar tumbuh di kampong ini. Bagi mereka yang sudah adap pokok putat dewasa atau jumpa pokok puta liar dimana-mana boleh di ambil buah putat yang matang dan di direndam biji dalam air selama seminggu untuk tujuan bagi mempercepatkan percambahan. Biji putat ini ia kemudian boleh disemai dalam polibeg berisi medium sesuai dan di letakkandi tempat lembap. Penanaman pokok putat sukakan kawasan lembap dan disesuaikan untuk ia ditanam di tanah berpasir untuk tujuan agar mudah dijaga. Pengalaman penulis blog yang pernah menanam sendiri pokok putat perlu lakukan beberapa langkah pertama aktiviti penyediaan anakbenih dengan mencari buah putat yang dah jatuh atau sudah cukup tua bawah pokok kemudian dikupas kulit dan ambil bijinya. Ia perlu di rendam bijinya didalam air selama 1-2 minggu sehingga akar mula keluar dan disemai dan boleh kemudian ditanam biji yang berakar ke dalam pasu atau terus ke tanah lembap. Lazimnya aktiviti penjagaan pokok putat perlukan air yang cukup (kawasan lembap) dan sesuai ditanam di kawasan tanah bercampur pasir. Berikan jenis baja organik seperti sisa makanan boleh diletakkan di sekeliling pokok dan elakkan guna sebarang racun kimia sebab akan di ambil daun pucuk sebagai ulaman. Pengalaman penulis blog dapati pucuk putat boleh dituai setelah pokok tumbuh subur dengan banyak cabang dengan melakukan langkah pemangkasan kerap membantu mengeluarkan pucuk baru. Bagi jenis Putat Sungai dilaporkan ia mampu untuk menghasilkan pucuk yang sedap, lemak dan tidak kelat untuk dijadikan ulam akan tetapi perlu di cari sendiri atau di tanam sendiri dijaga dengan baik.


Banyak laporan kajian dan testimoni menyatakan dimana ulam pucuk putat terkenal sebagai ulam tradisional yang berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, menyihatkan kulit, dan bertindak sebagai ejen awet muda. Ia juga dilapor memang lama dipercayai membantu merawat masalah gatal-gatal kulit, mengurangkan keputihan, merawat resdung, serta mengecutkan rahim, menjadikannya makanan kesihatan kampung yang sangat baik. Bagi penulis blog di kongsikan kegunaan perubatan pucuk putat w
alaupun rasanya agak pahit namun ia mengandungi khasiat yang baik untuk mencuci darah, menghilangkan rasa pening kepala, mengecutkan rahim serta baik untuk darah tinggi. Pucuknya boleh dibuat ulam adalah baik untuk kesihatan kulit serta bantu melancarkan darah dan memberi banyak manfaat kepada golongan wanita. Buahnya boleh diparut untuk dibuat jus minuman ataupun ditampalkan pada bahagian muka bagi melicinkan kulit. Bahagian akar pokok putat yang direbus dan diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan isu keputihan dan mampu untuk menghilangkan ketagihan dadah. Akar Putat juga boleh menyejukkan badan kerana ia dilapor ada mengandungi bahan Saponin dimana di India, poltis daun dan buah putat popular untuk mengubati gatal-gatal kulit, cacar air dan bengkak di kulit. Bagi kulit batang pokok putat pula dapat mengurangkan komplikasi res-dung.p dan dalam kes lain di laporkan kaum Zulu di Afrika menggunakan buah itu sebagai terapi untuk malaria sejak lama di Afrika Selatan. Apa pun pati ekstrak atau sediaan buah telah digunakan untuk melawan malaria, batuk, asma, jaundis, sakit kepala, radang mata, cirit-birit dan masaalah kudis. Dalam pada itu rebusan kulit kayu digunakan secara luaran untuk merawat reumatik. Biji benihnya juga ada digunakan untuk merawat keradangan mata dan oleh bidan untuk bersalin. Air rebusan akar pokok putat ada digunakan sebagai 'febrifuge' di negara Timur Afrika. Pokok Putat (Barringtonia racemosa) juga ia telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional untuk anti-radang dan antikanser di Malaysia. Daun putat secara tradisional ada digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan sebagai depuratif dimana daun yang ditumbuk bersendirian atau pun bersama-sama dengan akar atau kulit kayu telah digunakan untuk merawat cacar air. Daun putat juga ia telah digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi dan sebagai depuratif. Jus hangat daripada buah telah digunakan untuk merawat hidung yang ulser. Buah putat telah digunakan untuk menuam untuk sakit tekak dan letusan kulit dan didapati berkhasiat untuk batuk, asma, dan cirit-birit di India sementara akarnya yang mempunyai sifat penyejukan dan digunakan sebagai 'deobstruent'. Biji putat adalah aromatik dan didapati berguna dalam merawat masalah kolik dan oftalmik dan ada dibuat tinjauan 'perubatan etno' telah menunjukkan bahawa benih pokok putat secara tradisinya digunakan di kampung terpencil tertentu di Kerala (India) untuk merawat kanser. Kulit kayu telah digunakan secara luaran dalam merebus sebagai anti-reumatik di Filipina dimana dengan merebus kulit kayu digunakan secara luaran sebagai antirheumatik dan untuk merawat cacar air. Kulit kayu disapu secara luaran untuk merawat cacar air dan sebagai tuam untuk melegakan gatal. Apa pun kehebatan khasiat pokok putat di kaitkan dengan  Kesihatan Kulit apabila buah dan pucuknya akan membantu mencantikkan kulit dan merawat masalah gatal-gatal. Dalam cara perubatan tradisional dimana daun dan akar pokok putat digunakan untuk merawat keputihan. Kajian dapati tidak terdapat ancaman kesihatan yang spesifik atau ketara yang dilaporkan secara meluas berkaitan pemakanan pucuk putat (Barringtonia racemosa) sebagai ulam. Peringatan dimana ia bukan pengganti ubat dimana walaupun herba, ia tidak seharusnya dijadikan pengganti rawatan perubatan moden. Secara amnya dilaporkan yang ulam pucuk putat selamat dimakan dan pastikan ia dicuci bersih sebelum dimakan.  


Penulis blog buat kajian mengenai harga ulam pucuk putat segar di pasaran tempatan adalah sekitar RM1-RM3 seikat. Bagi jenis Ulam Pucuk Putat Segar (Ikat) dilaporkan ia memang ada dijual sekitar RM1 - RM3 seikat dan ia biasanya didapati di pasar tani atau penjual ulaman kampung dimana 
Pucuk putat sangat popular dimakan mentah sebagai ulam bersama sambal belacan, budu atau cencaluk. Dalam kes lain bagi Buah Putat Muda ia akan dijual sekitar RM5 untuk 100gram untuk jadi pelbagai kegunaan (Sila lihat foto disebelah)Buah putat ia biasanya digunakan sebagai ulam tradisional (apabila muda), umpan memancing ikan kerana kandungan kimianya, serta bahan perubatan tradisional untuk merawat masalah kulit, bengkak, dan cirit-birt. Pucuknya juga dimakan sebagai kerabu atau ulam. Selalunya pucuk putat adalah ulam tradisional yang popular di kampung-kampung yang memang sudah terkenal dengan rasa yang sedikit kelat tetapi berlemak dan sedap.  Cara-cara makan ulam pucuk putat yang pertama adalah dengan Makan Mentah Sebagai Ulam dimana pucuk putat muda yang segar dibasuh bersih dan dimakan mentah bersama nasi panas, sambal belacan, budu, atau cencaluk. Kedua ia boleh Dicelur atau DiRebus Sebentar dimana pucuk putat dicelur seketika dalam air mendidih untuk mengurangkan rasa kelat dan melembutkannya sebelum dimakan dengan sambal. Ketiga sesuai di masak Resepi  Kerabu Pucuk Putat yang dihiris halus dan dicampurkan dalam ramuan kerabu, contohnya kerabu pucuk putat. Kerabu pucuk putat ialah sejenis ulaman tradisional Melayu yang berasaskan pucuk pokok putat muda, biasanya dicampur dengan kelapa parut sangrai, kerisik, bawang, cili, dan perahan limau nipis. Ia terkenal di kawasan kampung tradisi khususnya di Selangor dan Kelantan kerana rasanya yang kelat-kelat manis dan sangat menyelerakan (Sila lihat foto paling bawah sekali)Keempat ia boleh di makan dengan Resepi Dibuat Jeruk yang juga enak di makan.  Kelima adalah dengan membuat Resepi Ulaman Nasi Ulam Putat dimana daunnya dihiris dan ia kemudian dimasukkan sebagai salah satu bahan dalam nasi ulam. Pucuk putat juga dikatakan mempunyai khasiat untuk mengurangkan jerawat.  


Dalam portal hmetro.com ada kisah 'Pucuk putat dibuat ulam' yang sesuai di kongsikan kisahnya. DIlaporkan yang pokok putat laut berasal dari India, Sri Lanka, Pulau Andaman, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Malaysia. Ia sejenis pokok yang tidak bermusim iaitu berbunga dan berbuah sepanjang tahun dimana pokoknya sederhana besar dengan capai ketinggian sehingga 20 meter. Ciri pokoknya yang mana batang pokok ia bercabang, mempunyai dahan yang banyak, rendah dan membentuk seperti mahkota besar. Kulit pokok berwarna merah keabu-abuan, halus hingga kasar dan tebal pada pokok yang tua. Buahnya besar berwarna hijau tua, 7cm - 11cm lebar, bersegi, berkulit tebal dan berserat. Buah diseliputi biji berukuran diameter 4 - 5 cm dan dibawah pokok terdapat sisa buah yang gugur. Buahnya mudah terapung di air dan akan ia disebarkan arus serta ombak laut. Dilihat yang pucuk putat dijadikan ulam sementara buah yang segar atau bijinya akan diambil dan ia ditumbuk lumat dan digunakan untuk menuba ikan. Di laporkan yang pokok putat ini juga ditanam sebagai pokok hiasan, naungan dan penghalang angin. Kayunya yang sudah diawet digunakan sebagai bahan binaan. Walaupun tumbuh di tepi pantai, putat laut sesuai ditanam di kawasan tanah yang bercampur pasir untuk dijadikan pokok teduhan terutama di taman bunga atau di tempat awam terbuka. Apa pun di laporkan yang bahagian yang digunakan dalam perubatan tradisional ialah buah, daun dan biji. 
Semuga tulisan artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technolohy kali imi. Wasallam!!!...
JENIS ULAN JENEREH... APA BENDA...

ULAM SEGAR... MENA NAK CARINYA...
MUDAH DI TANAM...CARI BENIHNYA...
BACA ARTIKEL... FAHAM FAKTANYA ...


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(18 Zulkaedah 1447H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...