Support My Blog

Showing posts with label JAMBU MENTE - APA DIA. Show all posts
Showing posts with label JAMBU MENTE - APA DIA. Show all posts

Thursday, May 21, 2026

JAMBU MENTE - APA DIA (PART 3)

JAMBU MENTE (Anacardium occidentale) atau juga di kenali sebagai 'Jambu Monyet' atau 'Biji Gajus' adalah sejenis tanaman dari famili Anacardiaceae yang berasal dari Brazil dan memiliki 'buah' yang dapat dimakan isinya dan juga bijinya. Jambu mete juga dikenal karena bentuknya yang mirip dengan 'hidung monyet bekantan' atau Monyet Belanda (Probosis) yang habitatmya hanya berada diKalimantan pernah di jadikan produk komersil sebab bijinya boleh dikeringkan dan digoreng untuk dijadikan berbagai jenis makanan ringan yang berkhasiat dan di nikmati. Penulis blog ada membuat pemerhatian akan pokok jambu mente dimana tumbuhan ini sama sekali ia bukan dari jenis tanaman pokok jambu (keluarga Myrtaceae) mahupun dari jenis Pokok Kekacang (Keluarga (Fabaceae) akan tetapi di laporkan ia lebih dekat dengan tanaman mangga (dari keluarga Anacardiaceae juga). Dalam peribahasa Melayu apa yang penulis blog ingat sejak sekolah rendah dulu pernah ada soalan teka-teki iaitu 'Apa Jenis Buah Yang Isinya di dalam dan Bijinya Di luar' dimana jawapannya banyak kata adalaj Buah Jamnu Mente atay Jambu Monyet ini. Dari segi marfologi di laporkan sebenarnya bahagian 'isi buah' yang lembut itu ia sebenarnya adalah tangkai bunga yang membengkak dan bahagian 'kacang' yang keras di bawahnya adalah buah sebenar yang kemudian ia diproses menjadi makanan ringan.Ciri-ciri asas penulis blog beritahu dimana ia bukan dari keluarga Jambu dan dari dari segi botani memang ia lebih dekat dengan keluarga pokok mangga. Apa pun keunikan buah jambu mente atau mete ini dimana tangkai buah yang membengkak berwarna merah atau kuning, berair, berjus dan mempunyai rasa manis, sedikit masam dan kelat dan buah sebenar adalah biji keras di bahagian luar bawahnya yang di kutip dan diproses (dikeringkan dan digoreng) menjadi kacang yang sangat popular dan bernilai tinggi di pasaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu Buah Jambu Memte atau Jambu Monyet atau 'Buah Gajus' sebagai bahan untuk rujukkan semua.


Dilaporkan pengeluar utama biji gajus atau biji jambu mente atau cshewnut atau biji jambu monyet terkenal di dunia dimana ia didominasi oleh benua Afrika dan Asia. Antara negara pengeluar terbesar adalah seperti seperti negara Ivory Coast yang mana ia dilaporkan sebagai
 pengeluar kacang gajus mentah terbesar di dunia iaitu ia menyumbang kira-kira 23% hingga lebih sejuta tan metrik daripada bekalan gajus global. Apa pun lokasi utama dimana pokok gajus banyak ditanam di kawasan utara Ivory Coast kerana iklim tropika yang kering. Ia merupakan sumber pendapatan utama bagi peladang kecil di negara tersebut malahan ia menjadi antara eksport tunai terpenting selain koko. Kedua adalan negara India dimana ia adalah diantara negara pembekal terbesar dan memainkan peranan penting dalam industri gajus global. Di India buah ini ia lebih dikenali dengan nama 'Kaju' dan ada terdapat pelbagai gred gajus terkenal dari India yang dikelaskan berdasarkan saiz, warna, dan kualiti. Antara yang paling popular ialah gred W180 (dikenali sebagai King of Cashew yang bersaiz besar) dan W320 (gajus bersaiz sederhana yang paling laris di pasaran). Gajus jenis ini sering digunakan secara meluas dalam masakan tradisional India seperti sos pekat kari (contohnya korma dan shahi paneer), manakala serpihannya yang dipanggil Broken Cashews digunakan untuk hiasan manisan tempatan seperti 'kaju katli'. Ketiga adalah Vietnam yang terkenal sebagai hab pemprosesan dan pengeksport utama kacang gajus. Vietnam terkenal di peringkat global sebagai antara pengeksport dan pemproses gajus terbesar di dunia dimana biji gajus dari negara ini sangat popular di pasaran Malaysia kerana saiznya yang besar, kualiti yang tinggi, dan kerangupan yang sedap (Sila lihat foto disebelah). Kenapa Gajus Vietnam Popular disebabkan saiz dan kualiti Premium dimana rata-rata gajus yang dieksport dari Vietnam dikategorikan sebagai gred tinggi (seperti gred AAA) yang mana ia bermaksud bijinya lebih besar, gebu dan kurang rosak. Produk ini oa diproses secara teliti bila biiji gajus mentah melalui proses manual yang rumit untuk membuang kulit luar yang mempunyai getah beracun bagi menghasilkan gajus yang bersih dan sempurna. Rasa aslinya yang sedap ia amat sesuai dijadikan snek sihat sama ada dibakar, digoreng tanpa garam, atau digoreng bersama madu atau rempah. Apa pun negara lain mengeluarkannya adalah seperti Indonesia, Brazil dan Kemboja turut menjadi penyumbang besar kepada bekalan gajus dunia. Harga untuk 1 kg kacang jambu mente (atau lebih dikenali sebagai kacang gajus) di Malaysia biasanya berlegar antara RM25 - RM50 sekilogram dimana ia bergantung kepada jenis gred (saiz) dan sama ada ia mentah atau sudah diproses. Analisa menunjukkan bagi jenis Kacang Gajus Mentah (1kg) dijual sekitar RM25 - RM45/kg, bagi jenis Kacang Gajus Goreng atau Bakar Masin berharga sekitar RM38 -  RM55 sekilogram dan bagi Pek Kecil (250g - 500g) ia di jual sekitar RM11 - RM28 satu pek bergantung kepada jenama dan negara asal. 


Sebenarnya j
ambu mente atau buah gajus ini ia mempunyai dua bahagian yang boleh dimakan iaitu pertama bahagian buahnya dan kedua bahagian bijinya (biji gajus). Cara makan agak unik sebab bagi memakan Bahagian Buah (Isi Jambu) dimana ia sesuai untuk dimakan terus iaitu dengan memilih buah yang sudah masak (berwarna merah atau kuning). Buah ini kemudian mesti di basuh, kupas kulitnya (jika mahu) dan terus gigit. Rasanya manis, berair akan tetapi agak kelat atau sepet dan penulis blog selalunya lebih suka ia dibuat rojak atau jeruk: Oleh kerana rasanya yang kelat atau sepet ini maka selalunya buah ini sangat sedap dijadikan rojak atau jeruk dengan merendamnya bersama garam dan gula (Sila lihat foto disebelah). Rojak buah gajus (jambu golok) boleh dibuat sama ada menggunakan buahnya (dipotong dan dicicah) atau menjadikannya kerabu atau rojak campur. Oleh kerana buah gajus mempunyai rasa kelat dan sedikit getah ada petua utama adalah memerah airnya atau merendam buah tersebut di dalam air garam suam selama 10 minit sebelum dimakan. Cara membuat Rojak Buah Gajus (Kerabu) dengan sediakan bahan iaitu 10-15 biji buah gajus (buang bahagian biji di bawah, hiris/potong), 1/2 biji nenas (potong kecil), 1-2 batang timun (potong dadu atau hiris), 1 biji bawang merah besar (dihiris nipis), Cili padi secukupnya (dihiris) dan sedikit ikan bilis (digoreng garing) atau udang kering. Bagi bahan sos  atau membuat kuah rojak sediakan 1 cawan kicap manis, 1/2 cawan sos cili, gula Melaka (atau gula pasir), sedikit belacan, dan garam. Cara buat dengan membuang getah buah gajus dan dihiris buah gajus dan perah sedikit airnya. Rendam dalam air garam suam selama 10 minit untuk mengurangkan rasa kelat. Kemudian ia digaul dan ditoskan buah gajus tadi dan masukkan ke dalam mangkuk besar bersama semua buah-buahan dan bahan hiris. Cara perisakan jika mahukan rojak ala kerabu, digaulkan bahan bersama sedikit garam, gula dan cili padi. Jika mahukan rojak berkuah boleh dikisar atau tumbuk bahan kuah dan tuangkan ke atas buah-buahan tersebut. Taburkan ikan bilis goreng di atas rojak sebelum dihidang dan di makan sebab rojak buah yang pekat, lazat dan menyelerakan eak sekali. Kedua bahagian jambu mente dimakan adalah Bahagian Biji (Kacang Mete) dimana ia perlu melalui proses membuang kulit: Biji mentah tidak boleh dimakan terus kerana kulitnya mempunyai getah toksik yang menyebabkan gatal. Jemur biji tersebut sehingga kering dan ia kemudian bakar atau rebus sehingga kering sebelum kerja memecahkan kulit kerasnya untuk mendapatkan isi kacang di dalam. Elakan memakan mentah dan sesuai dimakan setelah siap proses dimana biji kacang mete yang sudah dikopek perlu digoreng (tanpa minyak atau dengan sedikit minyak dan garam) sehingga berwarna keperangan sebelum dimakan. Apa pun ia terkenal dengan bijinya yang dijadikan kacang premium dan banyak khasiatnya.


Kemboja adalah antara pengeluar utama kacang gajus mentah di dunia dengan pengeluaran sebanyak 5.5 juta tan setahun dimana ia menduduki tempat kedua atau ketiga terbesar secara global dengan pengeluaran mencecah ratusan ribu tan metrik setahun menjadikan ia sebaris dengan negera Ivory Coast, India dan Vietnam. Kemboja adalah pengeluar Gajus Mentah terbesar didunia dari jenis biji gajus atau jambu mente dengan pengeluaran gajus mentah berskala besar dan berkualiti tinggi. Ia ada hubungan dengan Vietnam dimana ada sekitar 95% daripada gajus mentah Kemboja dieksport ke negara jirannya Vietnam untuk diproses, digred dan dibungkus semula untuk pasaran antarabangsa. Kawasan utama bagi tanaman gajus banyak diusahakan di wilayah seperti sekitar Kampong Thom, Kratie dan Ratanakiri. Gajus Kemboja sangat terkenal di pasaran antarabangsa kerana kualiti premiumnya dengan bercirikan ia mempunyai Saiz Paling Besar iaitu purata saiz kacang gajus dari Kemboja adalah antara yang terbesar di dunia contohnya varieti M23 yang popular bersaiz besar iaitu mencapai berat 110 - 130 biji bagi sekilogram. Ia juga mMempunyai rasa yang sangat berkrim, tekstur rangup dan rasa semula jadi yang manis. Isi kacang berwarna cerah dan cantik sebab ia di tanam di kawasan lokasi bersesuaian yang memberikan hasil organik secara semula jadi, rendah sisa kimia, dan berkualiti tinggi. Produk gajus Kemboja merujuk kepada hasil kacang gajus (terutamanya varieti M23 dan varieti AB05-08) yang ditanam dan diproses di Kemboja. Kemboja merupakan antara pengeluar gajus mentah terbesar di dunia, terkenal dengan kualiti premium, saiz yang besar, dan kaya dengan khasiat seperti serat serta lemak sihat. Penulis blog menyemak dimana diantara produk utama yang ditawarkan termasuk Produk Biji Gajus Mentah (Raw Cashew Nuts) dimana biji gajus yang belum diproses dan biasanya dieksport secara pukal. Kedua ada Produk Biji Gajus Panggang atau Goreng iaitu jenis snek sedia dimakan (ready-to-eat) yang diproses menggunakan teknik tradisional atau moden. Ketiga ada Produk Biji Gajus dengan Mentega Gajus (Cashew Butter) sebai satu alternatif sapuan roti yang sihat dan berkrim. Keempat juga ada jenis Produk Biji Gajus Sampingan dimana kulit gajus turut diproses untuk diekstrak menjadi minyak atau bahan industri yang bernilai. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi makluma berfaedah kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU MENTE... BUAH GAJUS SAMA....
ADA DITANAM... DI BEBERAPA NEGARA...
BUAH DIDALAM... DI LUAR ADA BIJINYA...
BANYAK KHASIAT...ARTIKEL INI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1447H).

Wednesday, May 20, 2026

JAMBU MENTE - APA DIA (PART 2)

JAMBU MENTE
(Anacardium occidentale) atau juga di kenali sebagai 'Jambu Monyet' atau 'Biji Gajus' adalah sejenis tanaman dari famili Anacardiaceae yang berasal dari Brazil dan memiliki 'buah' yang dapat dimakan isinya dan juga bijinya. Jambu mete juga dikenal karena bentuknya yang mirip dengan 'hidung monyet bekantan' atau Monyet Belanda (Probosis) yang habitatmya hanya berada diKalimantan pernah di jadikan produk komersil sebab bijinya boleh dikeringkan dan digoreng untuk dijadikan berbagai jenis makanan ringan yang berkhasiat dan di nikmati. Penulis blog ada membuat pemerhatian akan pokok jambu mente dimana tumbuhan ini sama sekali ia bukan dari jenis tanaman pokok jambu (keluarga Myrtaceae) mahupun dari jenis Pokok Kekacang (Keluarga (Fabaceae) akan tetapi di laporkan ia lebih dekat dengan tanaman mangga (dari keluarga Anacardiaceae juga). Dalam peribahasa Melayu apa yang penulis blog ingat sejak sekolah rendah dulu pernah ada soalan teka-teki iaitu 'Apa Jenis Buah Yang Isinya di dalam dan Bijinya Di luar' dimana jawapannya banyak kata adalaj Buah Jamnu Mente atay Jambu Monyet ini. Dari segi marfologi di laporkan sebenarnya bahagian 'isi buah' yang lembut itu ia sebenarnya adalah tangkai bunga yang membengkak dan bahagian 'kacang' yang keras di bawahnya adalah buah sebenar yang kemudian ia diproses menjadi makanan ringan.Ciri-ciri asas penulis blog beritahu dimana ia bukan dari keluarga Jambu dan dari dari segi botani memang ia lebih dekat dengan keluarga pokok mangga. Apa pun keunikan buah jambu mente atau mete ini dimana tangkai buah yang membengkak berwarna merah atau kuning, berair, berjus dan mempunyai rasa manis, sedikit masam dan kelat dan buah sebenar adalah biji keras di bahagian luar bawahnya yang di kutip dan diproses (dikeringkan dan digoreng) menjadi kacang yang sangat popular dan bernilai tinggi di pasaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu Buah Jambu Memte atau Jambu Monyet atau 'Buah Gajus' sebagai bahan untuk rujukkan semua.


Jambu mente atau buah gajus ini bagi kalangan masyarakat tempatan di Malaysia disebut juga 'jambu monyet' memang ia unik sebab bentuk bijinya dianggap mirip ketika monyet belanda dimana biji inilah yang di namakan 'Biji Gajus' yang enak di makan sebagai makanan ringan berkhasiat. Jangak keliru jambu mente ini dengan Jambu Bol walau pun sekali pamdang buahnya seperti jambu air atau jambu bol juga. Buahnya ini memiliki banyak manfaat untuk kesihatan dari mempercepatkan proses penyembuhan luka sehingga mengurangkan akan risiko terkena kanser. Buah ini memiliki bentuk seakan bentuk hati terbalik dengan warna kuning atau merah pada bahagian kulitnya luar (tangkainya). Meski rasanya kelat jambu ini ia memiliki rasa yang cukup manis sehingga buah ini tetap terasa nikmat untuk dimakan peminatnya tanpa susah bagi  mengupas kulitnya. Kajian dapati nutrisi jambu mente ini dimana dalam 100 gram dimakan ada 64 kcal tenaga, 15 gram karbohidrat, 0.7 g protein, 1 g serat, 4 mg kalsium, 13 mg fosforan (P), 12 mg natrium, 2 mg vitamin B3 dan 197 mg vitamin C. Ia juga  mengandung zat besi, vitamin B1 dan beragam jenis zat antioksidan seperti polifenol dan beta karoten. Khasiat yang terkenal dimana ia Mempercepat proses penyembuhan luka
sebab bahan vitamin C di dalamnya yang cukup tinggi dimana ia akan mempercepat pembentukan jaringan kulit dan juga dapat meningkatkan pengeluaran bahan kolagen. Ia juga akan dapat Menurunkan kolesterol dimana ia dapat menurunkan kadar LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL). Manfaat ini dapat diperoleh berkat kandungan vitamin C dan polifenol di dalamnya. Tingginya kadar kolesterol dalam darah dapat meningkatkan risiko terjadinya penyakit jantung dan pembuluh darah. Ia didakwa akan Menurunkan tekanan darah kepada pesakit tersebut disebabkan vitamin B3 melepaskan bahab 'prostaglandin' yang dapat melebarkan pembuluh darah sehingga aliran darah menjadi lancar dan tekanan darah pun menurun. 


Khasiat lain ambu mente adalah ia   Membantu sistem penghadaman atau pencernaan sebab ia kaya serat beserta kandungan polifenol di dalamnya juga ia menjaga keseimbangan jumlah bakteria baik di dalam usus. Jambu mente yang dimana ia  akan dapat membantu dalam Menurunkan kadar gula dalam darah sebab kandungan polifenolnya yang dapat mencegah pemecahan pati menjadi gula. Zat polifenol juga mampu merangsang produksi hormon insulin dan meningkatkan fungsinya sehingga kadar gula dalam darah tetap terkendali. Ia didakwa juga Mencegah demensia (nyanyuk) dimana seiring bertambahnya usia, kemampuan kognitif seseorang akan mengalami penurunan.  Lazimnya orang yang sedang mengalami penurunan fungsi kognitif cenderung memiliki kadar vitamin C yang rendah. Pengambilan vitamin C perlu mencukupi agar risiko terjadinya gangguan kognitif dan demensia bisa menurun dan kesihatan otak tetap terjaga. Kehebatan manaffat jambu mente ini juga di laporkan mampu Mencegah infeksi mata dimana ia didakwa ada mengandungi zat 'Beta karoten' yang tinggi iaitu bahan yang penting dalam mencegah kuman masuk ke mata dan menyebabkan infeksi. Kandungan beta karotin ini juga dapat mencegah penyakit mata yang berkaitan dengan pertambahan usia seperti degenerasi makula. Paling hebat dakwaan dimana jambu mente ini akan mampu Mengurangkan risiko terkena penyakit kanser dikana kajian dapati kandungan beta karoten dan polifenol dalam jambu ini yang dapat menghalang dalam pertumbuhan sel kanser terutama kanser paru-paru dan kanker usus besar.


Cara makan jambu mente penting dalam mendapatkna khasiat dan manafaatnya. Menambahkan diet dengan memakan jambu ini dalam menu makanan sehari-hari adalah di syorkan. Bagaimana pun perlu mengikuti peraturan cara makan yang betul seperti hanya mengambil buah berkualiti yang di jamin bersih dan elok dengan cara sudah mencuci buah jambu mente atau buah gajus ini dahulu dengan air mengalir. Ada kajian menyatakan buah segar jambu mente ini mungkin dilaporkan ia mengandungi bakteria yang jika dimakan akan dapat menyebabkan mangsa akan mengalami keracunan makanan. Semasa memetik jambu ini atau membelinya sebaiknya jangan lupa juga untuk memilih buah yang keadaannya masih baik dan sudah matang. Selama ini makan jambu mente ini masih selamat jika ia telah diproses dan dimakan dalam kuantiti sederhana. Namun begitu masih terdapat beberapa ancaman utama yang boleh berlaku. Pertama adalah ancaman Toksin Urushiol dimana biji gajus mentah yang masih berserta kulitnya adalah ianya beracun dan dilaporkan ia mengandungi minyak urushiol. Memakan minyak mentah ini boleh menyebabkan keracunan, ruam kulit yang teruk dan juga isu alahan. Biji gajus yang dijual di pasaran telah melalui proses stim atau pengwapan untuk membuang toksin ini.  Apa pun di laporkan jambu mente atau gajus ini ia tergolong dalam kumpulan kekacang pokok (tree nuts) diman ada kalangan individu sensitif bila memaknnya termasuk ia boleh dilaporkan mencetuskan reaksi alahan seperti bengkak bibir, gatal-gatal, ruam, atau kesukaran bernafas. Ancaman seerusnya adalah ia memang  Tinggi Kalori dan tinggi Lemak dimana memakan terlalu banyak boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan atau masalah obesiti jika tidak dikawal. Ada juga kes-kes ancaman seperti timbul Masalah Penghadaman terutama jika memakan berlebihan boleh mengakibatkan sembelit atau rasa tidak selesa pada perut. Pengambilan gajus yang telah diproses (terutamanya ditambah garam atau digoreng) secara berlebihan mungkin tidak sesuai atau Ancaman Pesakit Gout atau masalah sendi dimana ini perlu dielakkan. Bagi sesiapa yang ingin menikmati gajus dengan selamat penulis blog syorkan agar memilih gajus yang telah dimasak (dipanggang atau distim tanpa garam berlebihan) dan hadkan kepada segenggam atau anggaran 28 gram sehari sahaja untuk elakkan sebarang ancaman kesihatan. 
Artikel ini di tulis dalam dua (2) segmen iaitu Part 1 dan Part 2 yang sesuai di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi makluma berfaedah kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU MENTE... BUAH GAJUS SAMA....
ADA DITANAM... DI BEBERAPA NEGARA...
BUAH DIDALAM... DI LUAR ADA BIJINYA...
BANYAK KHASIAT...ARTIKEL INI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1447H).

Tuesday, May 19, 2026

JAMBU MENTE - APA DIA (PART 1)

JAMBU MENTE (Anacardium occidentale) atau juga di kenali sebagai 'Jambu Monyet' atau 'Biji Gajus' adalah sejenis tanaman dari famili Anacardiaceae yang berasal dari Brazil dan memiliki 'buah' yang dapat dimakan isinya dan juga bijinya. Jambu mete juga dikenal karena bentuknya yang mirip dengan 'hidung monyet bekantan' atau Monyet Belanda (Probosis) yang habitatmya hanya berada diKalimantan pernah di jadikan produk komersil sebab bijinya boleh dikeringkan dan digoreng untuk dijadikan berbagai jenis makanan ringan yang berkhasiat dan di nikmati. Penulis blog ada membuat pemerhatian akan pokok jambu mente dimana tumbuhan ini sama sekali ia bukan dari jenis tanaman pokok jambu (keluarga Myrtaceae) mahupun dari jenis Pokok Kekacang (Keluarga (Fabaceae) akan tetapi di laporkan ia lebih dekat dengan tanaman mangga (dari keluarga Anacardiaceae juga). Dalam peribahasa Melayu apa yang penulis blog ingat sejak sekolah rendah dulu pernah ada soalan teka-teki iaitu 'Apa Jenis Buah Yang Isinya di dalam dan Bijinya Di luar' dimana jawapannya banyak kata adalaj Buah Jamnu Mente atay Jambu Monyet ini. Dari segi marfologi di laporkan sebenarnya b
ahagian 'isi buah' yang lembut itu ia sebenarnya adalah tangkai bunga yang membengkak dan bahagian 'kacang' yang keras di bawahnya adalah buah sebenar yang kemudian ia diproses menjadi makanan ringan. Ciri-ciri asas penulis blog beritahu dimana ia bukan dari keluarga Jambu dan dari dari segi botani memang ia lebih dekat dengan keluarga pokok mangga. Apa pun keunikan buah jambu mente atau mete ini dimana tangkai buah yang membengkak berwarna merah atau kuning, berair, berjus dan mempunyai rasa manis, sedikit masam dan kelat dan buah sebenar adalah biji keras di bahagian luar bawahnya yang di kutip dan diproses (dikeringkan dan digoreng) menjadi kacang yang sangat popular dan bernilai tinggi di pasaran. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kupas iaitu Buah Jambu Memte atau Jambu Monyet atau 'Buah Gajus' sebagai bahan untuk rujukkan semua.


Dilaporkan Jambu Jambu mente atau Jambu mete atau Jambu monyet) atau buah gajus kini ia sudah kurang di kenali di kalangan generasi millenial di Malaysia sebab ia bukan tanaman yang komersil. tidak dikelaskan mengikut spesis yang berbeza. Penulis blog anggarkan kalau pokok itu ada di tanam atau tumbuh ia dianggarkan hanya seluas kurang dari 15 hektar CHE sahaja (Crop Harvested Area). Dulu tanaman ini pernah ianya ada 
di komersilkan secara estet di Kg Raja, Terengganu yang di majukan oleh FIMA dikawasan tanah Bris (sekitar hujung tahun 1970'an) yang penulis blog pernah membuat lawatan semasa masih belajar di universiiti. Apa pun dilaporkan ada beberapa varieti buah mente ini yang mana ia dibezakan melalui ciri warna kulit, ciri bentuk tangkai buah (jambu dan ciri saiz biji (kacang mete) yang ukuran saiznya adalah tersendiri. Kajian dan peneliitian saintis membahagikan varieti jambu mente secara umumnya dibahagikan kepada 3 kumpulan utama berdasarkan warna buahnya iaitu Jenis atau Varieti Jambu Mente Merah dimana ia mempunyai tangkai buah berwarna merah apabila masak dimana kulitnya yang mana ia berwarna merah terang atau merah kekuningan apabila masak dilihat ia mempunyai bentuknya menyerupai loceng, buah pir, atau buah jambu air yang bentuknya sedikit memanjang. Isi buah adalah ia bertekstur lembut, sangat berair dan berserabut dimana bila di makan ia rasanya segar, manis, sedikit kelat (sepet) dan ia juga beraroma harum. Ciri biji buah gajus jenis ini ia berbentuk seperti buah pinggang melekat di bahagian bawah luar buah. Biji mentah didakwa ia mengandungi getah yang boleh menyebabkan rengsa atau tidak selesa di mulut dimana ia ia mesti diproses dan dibakar atau direbus sebelum dimakan. Pucuknya adalah sejenis ulam yang sangat popular di Malaysia. Kedua ada varieti Jambu Mente Kuning dimana pada bahagian tangkai buah berwarna kuning terang (Sila lihat foto disebelah). Ketiga ada Jenis Jambu Mente Jingga dimana varieti ini ia merupakan hasil kacukan atau embiakansemula jadi antara varieti merah dan juga variieti kuning dengan menghasilkan warna oren atau jingga yang sangat menarik. Di Malaysia dan Indonesia ada dilaporkan dimana terdapat juga beberapa varieti atau klon yang dikenali untuk penghasilan kacang mete yang berkualiti lain seperit Jenis Varieti Jambu Mente Meteor iaitu varieti yang unggul dengan buah berbentuk bulat segi tiga, bersaiz besar, manis, dan aroma yang kuat. Kelima ada Jenis Varieti Jambu Mente Muna yang popular di Indonesia dengan produktiviti buah yang tinggi dan kacang metenya yang tinggi kualiti. Keenam dilaporkan ada Jenis Klon Jambu Mente Tempatan yang berada di Malaysia dan Indonesia Timur yang cirinya ia pokok lasak dan pokok dan saiz bijinya adalah yang besar. Selain varieti disenaraikan diatas penulis blog dapati ada beberapa varieti atau klon kacukan dari negara pengeluar lain seperti dari Vietnam dan India yang ditanam khusus untuk industri kacang mete komersial.


Penanaman jambu mente dapat dilakukan dengan dua kaedah pembiakan iaitu dengan pertama dengan cara Generatif dengan menggunakan Biji (seeds) dan dengan cara Vegetatif seperti Tut, Keratan Batang dan Tampalan. Amalah yang paling lazim untuk mendapakan benih adalah secara vegetatif  sebab menanam jambu mente dengan benih vegetatif ini kerana ia akan menghasilkan hasil yang sangat identikal dengan pokok induknya dan lebih cepat menuai. Benih pokok jambu menta atau pokok gajus ini ia boleh di beli dengan harga RM13 - RM25 sepokok bagi baka biasa dan bergarha RM45 sepokok bagi jenis hibrid. Biji benih gajus (seeds) pula untuk di semai sendiri boleh di beli dengan harga RM10 - RM20 untuk sebanyak 20 biji sahaja secara ol-line atau 
dari beberapa nurseri yang ada menjualnya sama ada untuk tanam suka-suka atau ingin menanam secara komersil. Jenis tanah yang sesuai di sediakan dengan membajak aagar ia lebih gembur dan di bina sistem saliran sempurna. Kalau hendak menanam dari bihi (seed) maka perlu gunakan biji daripada buah yang sihat atau pilih anak pokok daripada teknik tut untuk hasil yang lebih cepat berbuah. Lubang tanaman di gali dengan kedalaman 50 cm dan memiliki lebar 35 - 40 cm dengan jarak tanam sekitar 5 meter diantara pokok. Kawasan tanah yang agal lembab dan subyr membolehkan pokok jambu mente ini ia akan tumbuh optima sebaiknya ada sistem penyiraman secara teratur sehingga usia satu bulan. Tanaman jambu mete diberikan baja asas termasuk baja organik dan baja kimia untuk kadar pertumbuhannya lebih maksimal.  Pasang kayu pancang jika perlu untuk menyokong pokok kecil dan di bersihkan kawasan rumpai di sekelilingnya. Membaja secara berkala dan cantas dahan yang tidak perlu untuk merangsang pertumbuhan bunga dan buah. Pokok ini dilaporkan memang kurang ancaman serangga perosak dan penyakit. Bagaimana pun ada ancaman ringan seperti ulat pemakan daun, ulat memakan isi buah dan juga haiwan pemakan buah yang sudaa masak seperti burung dan tikus. Menegutip buah yang masak dan gugur diatas tanah perlu di lakukan secara rutin dan kawalan rumpai juga perlu di lakuka secara berkala.


Pokok jambu mente yang di jaga baik akan berbuah setelah matang dimana masa tepat menuai a
pabila kulit buahnya bertukar warna dari hijau kepada kekuningan, oren atau warna merah terang begantung kepada varieti. Biji di bahagian bawahnya pula akan bertukar warna menjadi kelabu gelap atau coklat keras. Petik buah yang sudah masak dengan lembut atau tunggu sehingga ia gugur sendiri ke tanah dimana buah yang gugur adalah buah yang paling manis dan ranum. Apa pun perlu faham jika biji jambu mente yang tumbuh di bahagian luar dan tergantung di bawah buah semua (bahagian yang berisi) dan ia dipusing atau ditarik biji tersebut untuk dapat memisahkannya daripada isi buah. Isi jambu mente (bahagian yang merah atau warna kuning ia boleh dimakan terus atau boleh dibuat jus atau ia boleh dimasak. Biji ini kemudian perlu di keringkan dimana ia perlu dijemur di bawah terik matahari selama sehari supaya kering dan isinya mudah dikeluarkan. Berhati-hati dengan getahnya sebab kulit luar biji mente ini selalu mengandungi getah yang boleh menyebabkan ancaman kerengsaan atau gatal pada kulit dan penulis blog syorkan agar memakai sarung tangan plastik semasa memprosesnya. Kemudian biji ini perlu dikopek dengan teliti menggunakan pisau khas atau alat pemecah untuk mendapatkan kacang mente atau kacang gajus yang cantik dan elok di dalamnya. Biji jambu mente atau biji gajus atau biji jambu monyet ini perlu dimasak dengan cara betul iaitu ia disangrai atau digoreng dimana ia bermula dengan menjemur, mengupas kulit kerasnya yang bergetah dan  merebusnya dalam air garam dan akhir sekalu adalah aktiviti menggorengnya bersama bawang putih hingga garing dan keemasan untuk dijadikan snek kacang mete yang enak. Semasa menjemur biji yang yang baru dipetik supaya mudah dikupas dan kerja mengupas kulit keras luar ini yang keras perlu berhati-hati dengan getah pada kulit kerana ia boleh menyebabkan iritasi. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk membuat kerja ini. Proses merebus biji mete mentah dengan air garam atau ada yang menambah sedikit santan atau serbuka perasa untuk menambah rasa lemak yang enak.Proses menggoreng atau menyangrai ini dilakukan sehingga  sehingga bijinya jadi rangup, garing dan berwarna keemasan sebelum di makan atau di masukkan dalam pek bungkasan yang kedap udara. Kaedah penyimpanan yang baik dimana ia boleh tahan berbulan-bulan lamanya. 


Menarik dalam portal hmetro.com bertajuk 'Kajian khasiat kacang Gajus' untuk ia di kongsikan khasiatnya. Dilaporkan dimana kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus dan ia sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek. Apa pun disebalik keenakan rasa kacang gajus dimana ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan dikaitkan dengan penurunan risiko pelbagai penyakit. Dalam satu ujian percubaan intervensi manusia yang diterbitkan jurnal pemakanan Nutrients baru-baru ini, pengkaji di Perkhidmatan Penyelidik Pertanian, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) dan Pusat Penyelidikan Pemakanan Manusia Beltsville memeriksa kandungan tenaga yang ada dalam kacang gajus. Ada seramai 18 sukarelawan yang sihat dilatih untuk mengambil bahagian dalam kajian selama sembilan minggu dimana para peserta mengambil pemakanan asas dikawal yang ditambah dengan kacang gajus iaitu 42 gram sehari sepanjang tempoh kajian selama empat minggu. Mereka turut mengambil pemakanan asas dikawal tanpa penambahan kacang gajus dalam tempoh empat minggu berikutnya.  Sampel pemakanan daripada kajian itu bersama najis dan air kencing daripada 18 sukarelawan dikumpul semasa minggu terakhir dalam setiap fasa intervensi. Selain itu, kandungan protein, lemak dan tenaga turut dianalisis dimana keputusan kajian menunjukkan kandungan tenaga (kalori) dalam kacang gajus 16% adalah ia lebih rendah berbanding nilai yang biasa dinyatakan pada label makanan semasa dan dalam pangkalan data di USA termasuk Pangkalan Data Nutrien Untuk Rujukan Piawaian Kebangsaan. Meskipun nilai tenaga semasa ianya dilaporkan 163 kilokalori setiap hidangan, penyelidik USDA mendapati kandungan tenaga mengalami proses metabolisme untuk 28 gram hidangan kacang gajus adalah 137 kilokalori. Dalam kajian lain yang diterbitkan dalam Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika menyimpulkan pengambilan 42 gram kacang gajus sehari tidak meningkatkan tahap kolesterol jahat atau lipoprotein dengan kepadatan rendah (LDL). Kacang gajus mengandungi protein dan mineral penting termasuk tembaga, kalsium, magnesium, zat besi, fosforus, potasium dan zink dan hebatnya bahan sodium juga hadir dalam kuantiti yang kecil. Apa pun menurut Pangkalan Data Nutrien Kebangsaan USDA, kacang gajus turut mengandungi vitamin seperti C, B-, E dan K serta tiamin, riboflavin, niasin dan folat. Ia juga sumber kepada asid oleik dan membekalkan sejumlah lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu tanpa kandungan kolesterol jika diambil secara sederhana. Secara klinikal di laporkan manfaat kacng gajus atau jambu mente ini ia mampy jamin kesihatan otot dan saraf sebab kacang gajus adalah sumber magnesium penting untuk pembentukan tulang, otot, tisu dan organ tubuh lain. Kandungan magnesium membantu mengekalkan tekanan darah, meningkatkan imuniti serta akan mengekalkan fungsi saraf dan mengekalkan tulang yang kuat. Memakan kacang gajus juga akan mengurangkan risiko diabetes bila dilaporkan ia mengandungi jumlah gula sangat rendah dan tiada kolesterol jahat. Ini membolehkan kacang gajus selamat diambil pesakit diabetes, malah membantu mengurangkan risiko diabetes Jenis 2. Ketiga ia akan dapat mMeningkatkan kesihatan tulang dan gigi bila kacang gajus membekalkan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kandungan fosforus juga membantu dalam sistesis protein, menyerap lemak dan karbohidrat serta penyelenggaraan kesihatan sel. Seterusnya ia kan dapat meningkatkan sistem imun bila kacang gajus mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam menguatkan sistem imun menentang jangkitan mikrob dan menyembuhkan luka. Ia juga sangat penting dalam tempoh kehamilan untuk pembesaran bayi dan perkembangan kanak-kanak bagi mengekalkan tubuh yang sihat. 
Artikel ini di tulis dalam tiga (3) segmen iaitu Part 1, Part 2 dan Part 3 yang sesuai agar ia di baca kesemuanya. Semuga artikel ini memberi makluma berfaedah kepada semua para pembaca setia blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
JAMBU MENTE... BUAH GAJUS SAMA....
ADA DITANAM... DI BEBERAPA NEGARA...
BUAH DIDALAM... DI LUAR ADA BIJINYA...
BANYAK KHASIAT...ARTIKEL INI CERITA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 Zulkaedah 1447H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...