Support My Blog

Wednesday, November 18, 2020

TEKNOLOGI TANAMAN UBI KAYU (Part 3)


TANAMAN UBI KAYU
(Manihot esculenta Crantz ) atau Tapioca dipercayai berasal dari bahagian tropika Amerika dan diperkenalkan ke kawasan-kawasan tropika yang lain pada kurun ke-17 oleh penjajah Portugis. Ianya dari jenis tanaman dikotiledon dan tergolong dalam famili Euphorbiaceae. Di Malaysia tanaman ubikayu selalunya ditanam secara monokrop komersil atau pun ditanam sebagai tanaman campuran dengan buah-buahan. Bagaimana pun di kawasan pendalaman di Malaysia serperti perkampungan orang asli dan di Sarawak serta Sabah tanaman ubi kayu ini ditanam bersama-sama dengan padi bukit juga ditanam secara kecil-kecilan yang menjadi penting didalam membekal makanan mereka. Kini ada usaha sektor swasta untuk menanam secara besar-besaran untuk tujuan pengeluaran biodisel, kanji, prosesan keripik dan juga pelbagai produk lain. Tinjauan penulis blog ke negara jiran Thailand mendapati tanaman ubikayu idlakukan diatas tanah bris dimana ia merupakan tanaman komersil penting untuk dijual kepada kilang. Umum tahu dimana ubikayu boleh dijadikan sebagai makanan pada manusia serta haiwan ternakan dan juga boleh diusahakan untuk industri pengeluaran kanji. Ubi kayu juga mempunyai potensi sebagai bahan makanan ternakan, bahan mentah dalam pembuatan sirap fruktosa-glukosa kandungan tinggi (sejenis pemanis dalam industri minuman dan mimuman yang bertin) dan pengganti separa tepung gandum. Seluas 3,337 hektar ubikayu ditanam di Malaysia pada tahun 2018 dengan jumlah pengeluaran sebanyak 48,652 metrik tan (Sumber: Booklet Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2019). Antara negeri yang luas menanam ubikayu di Malaysia adalah Johor (693 hektar), Selangor (676 hektar) dan Sarawak (641 hektar) dan negeri-negeri lain menanam luas kurang dari 100 hektar. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai teknologi tanaman ubikayu untuk dijadikan bahan rujukkan dan bacaan anda semua.

Tanaman ubikayu memang menghadapi ada masaalah serangan perosak dan penyakit. 
Salah satu penyakit yang penting menyerang tanaman ubi kayu ialah penyakit Antraknos. Ianya juga disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides f.sp. manihotis. Kulat ini menyebabkan bintik-bintik dan hawar pada daun (Sila lihat foto disebelah). Ianya juga menyebabkan kematian pada batang muda dan kanker pada batang-batang tua. Penyakit ini boleh dikawal dengan menyembur racun kulat carbendazim atau chlorothalonil iaitu jika perlu. Dalam pada itu dilaporkaan tanaman ubikayu juga diserang Penyakit “Velvet blight” yang disebabkan oleh kulat dikenali sebagai  Septobasidium sp. Kulat ini mengeluarkan lapisan kelabu pada batang ubi kayu. Sebenarnya kulat ini secara semulajadi mempunyai hubungan simbiosis dengan teritip (scale insects). Serangga Teritip menghisap tisu batang dan kulat pula tumbuh di atasnya dan mengekstrak nutrient daripada teritip dimana pada masa yang sama akan menjadi pelindung kepada teritip. Sekiranya jangkitan sangat teruk dari teritip dan kulat, batang akan menjadi kering dan reput. Sebagai langkah kawalan, bahagian yang dijangkiti kulat hendaklah dikikis dan pastikan ianya tidak jatuh ke tanah. Didakwa untuk kawalan teritip disyorkan dengan penggunaan bahan dinamakan “White oil” (Albolinuem).

Bagi perosak yang menyerang tanaman ubikayu  perlu dikawal kerana s
erangan serangga dan hamama boleh menyebabkan kerosakan yang serius pada tanaman ubi kayu terutamanya pada musim kering atau musim panas, kehilangan daun-daun dan pucuk akan berlaku. Namun demikian pokok akan pulih semula tanpa penggunaan racun perosak. Ubi kayu ialah tanaman berkayu/keras dan tidak mudah dirosakkan oleh perosak. Koyakoya, hama dan tikus merupakan perosak yang biasa menyerang ubi kayu. Pertama adalah Perosak Koya (Mealy bugs) dimana ada beberapa spesies koya-koya didapati menyerang tanaman ubi kayu (Sila lihat foto disebelah). Serangga betina dewasa berbadan lembut bersegmen, tanpa sayap, panjangnya 2.5mm dan diselaputi filamen putih berlilin. Kitaran hidupnya dari peringkat telur hingga dewasa mengambil masa 6 minggu. Simtom kerosakan Daun dan pucuk berubah bentuk dan berwarna kuning disebabkan oleh serangan serangga ini. Ianya merembes cecair manis yang menggalakkan kulat berjelaga yang mengakibatkan kehitaman pada daun, batang dan buah. Serangga ke 2 adalah Hamama (Mites) iaitu serangga peringkat dewasa sangat kecil, ianya berwarna kehijauan hingga kekuningan atau kemerahan bergantung kepada jenis spesies. Ianya kelihatan seperti titik yang bergerak. Semasa hujan lebat berlaku mungkin keseluruhan peringkat hidup hamama ini dilarikan oleh air hujan berkenaan. Simtom kerosakan Hamama menyerang dengan menghisap cecair pada pucuk, daun muda dan batang yang masih muda. Jika serangan teruk, daun muda akan cacat, daun tua akan layu dan gugur . pucuk juga berkemungkinan akan mati. Permukaan batang menjadi berparut. Serangan hamama ini biasanya berlaku dalam keadaan kemarau yang berpanjangan. 

Perosak ke 3 adalah 
Lalat putih (Whitefly) dimana serangga ini mempunyai kepak dan badan serangga dewasa berwarna putih, bersaiz 0.5 - 0.8mm panjang (Sila lihat foto disebelah). Badannya berwarna kekuning-kuningan dilitupi dengan serbuk (bedak) putih berlilin. Simptom kerosakan iaitu oleh serangga dewasa serta nimfa secara ianya menghisap cecair dari daun dan mengeluarkan sisa buangan”madu rembesen” yang menyebabkan pertumbuhan kulapuk hitam. Serangan biasanya tidak menimbulkan kerosakan yang jelas tetapi jika populasinya agak tinggi pembesaran pokok akan terbantut. Perosak ke 4 dikenali sebagai Teritip (Scale insect) dimana serangga dewasa dan nimfa melekat serta menghisap cecair dari bahagian batang atau daun ubi kayu. Keadaan ini menyebabkan pokok kelihatan pudar dan diselaputi kulapuk hitam. Daun akan menjadi kering dan layu dimana akhirnya dahan ubikayu yang diserang akan mati. Perosak ke 5 adalah serangan Tikus (Rat) dimana kadang-kadang tikus juga memakan dan merosakan ubi-ubi yang terkeluar dari permukaan tanah. Tikus boleh diracun dengan umpan yang mengandungi warfarin dan pastikan kawasan ladang adalah sentiasa bersih untuk mengurangkan tempat tikus bersembunyi. 

Pembentukan ubi mula berlaku selepas 2 bulan keratan ditanam. Tempoh matang ubi kayu bergantung kepada jenis varieti yang ditanam. Pada amnya ubi kayu boleh dituai hasil ubinya dari 9 - 24 bulan selepas ditanam. Ini adalah bergantung kepada jenis varieti, keadaan cuaca dan juga keadaan tanah. Ada juga varieti yang boleh dituai ketika mencapai umur 6 - 7 bulan selepas ditanam. Sebelum kerja-kerja menggali ubi dilakukan pokok-pokok ubi kayu hendaklah dipotong dan tinggalkan lebih-kurang 1 kaki dari permukaan tanah untuk memudahkan kerja menggali. Alat Fork yang mempunyai tiga mata boleh digunakan untuk kerja-kerja menggali. Kerja-kerja penuaian boleh juga dilakukan dengan menggunakan jentera akan tetapi penanaman menggunakan batas hendaklah diamalkan. Namun cara penuaian dengan menggunakan jentera juga menghadapi masalah kerana ubinya kadang-kadang menjalar jauh dan juga ubi masuk jauh kedalam tanah. Walaupun kerja penuaian dapat dipercepatkan tetapi kerosakan pada ubi boleh mencapai sampai 20%. Sebaiknya u
bi segar yang telah dituai hanya boleh tahan dalam masa lebih-kurang 48 jam. Menurut penemuan penyelidik luar negara, penyaduran ubi dengan ”fungicidal wax” didapati dapat memanjangkan jangka hayat masa penyimpanan sehingga 16 hari dan penyimpanan di tempat sejuk (0 - 2 Celcius) dengan kelembapan udara relatif 85 - 90% dilaporkan boleh juga meningkatkan hayat penyimpanan sehingga 6.5 bulan. Kerja-kerja penuaian tidak dapat dilakukan sekali gus kerana ubi segar cepat rosak. Oleh itu kuantiti yang dituai bergantung kepada keperluan. Di ladang yang dijaga dengan baik, jenis yang pahit boleh menghasilkan ubi segar sebanyak 30.0-40.0 mt/ha. Untuk jenis yang boleh dimakan pula, hasil ubi segar ialah kira-kira 20.0-30.0 mt/ha. Faktor utama yang mempengaruhi penghasilan ubi ialah kesuburan tanah, jenis tanah, operasi kultura, jenis varieti yang ditanam, penjagaan pokok, penggunaan baja, umur pokok, jarak penanaman, keadaan cuaca dan kekerapan penanaman pada satu-satu kawasan. Artikel ini mempunyai 3 segmen yang perlu dibaca bersama. Semuga siri artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
MENANAM UBIKAYU... TEKNOLOGI ADA...
JENIS MANIS... JENIS PAHIT YANG MANA...
BENIH DITANAM... KEMUDIAN DI BAJA...
BILA CUKUP UMUR... DITUAI HASILANNYA..

By,
M Anem,
Senior Agronommist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(29 RabiulAwal 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...