Support My Blog

Sunday, November 15, 2020

KAPUR BARUS - APA GUNANYA?

KAPUR BARUS (Kampor) merupakan sejenis pepejal yang lutsinar atau keputihan berlilin dan mudah terbakar beraroma kuat. Ia juga dipanggil sebagai Nafthalene Ball dikalangan pengedar di negara kita yang mudah dibeli dari kedai runcit dan perabut diseluruh negara. Ia merupakan bahan terpenoid dengan formula kimia C10H16O. Kapur Barus mempunyai bau dan ia berwarna putih dengan selaluinya didapati ditemui dalam kayu herba iaitu Cinnamomum camphora iaitu sejenis pokok malar hijau yang didakwa berada di Taiwan atau Hutan Borneo. Pokok ini memang ada di Asia terutamanya di pulau-pulau Sumatera dan Borneo serta merupakan salah satu spesies pokok balak Dryobalanops yang tiada kaitan dari kawasan hutan yang sama. Ia turut didapati dalam pokok yang berkaitan dalam keluarga Lauraceae terutamanya dari pokok Ocotea usambarensis. Minyak daun pokok Rosmerry (Rosmarinus officinalis) pula dilaporkan juga memang ada mengandungi 10 - 20% bahan kampor iaitu berbanding dengan tumbuhan Heterotheca yang hanya mengandungi sekitar 5% kampor sahaja. Bahan ini juga boleh diperolehi secara sintetik daripada minyak Turpentine. Bagaimana pun dilaporkan dimana nama "kapur barus" ini terdiri daripada dua perkataan komponennya iaitu "Kapur" dan "Barus" pula ianya merupakan nama sebuah pelabuhan lama yang kini terletak di kota moden Sibolga di bahagian pantai barat pulau Sumatera. Ada pun dari rujukkan mendapati kisah dimana dipelabuhan tersebutlah maka terkenal dengan perdangngan bahan ini yang diekstrakkan daripada pokok Cinnamonum camphora yang begitu banyak tumbuh di kawasan ini. Ada juga yang dilaporkan dimana pada zaman dahulu ada masyarakat yang menggunakan kapur barus ini untuk penyediaan makanan. Pada masa ini dikalangan umat Islam penggunaan bahan kapur barus memang bahan pewangi didalam proses untuk  memandikan jenazah. Dalam dunia perubatan tradisional pula kapur barus yang dicampurkan dengan minyak bijan didakwa amat berkesan untuk merawat masaalah kulit kakii bersisik. Artikel malam ini sekali lagi dalam blog popular "Anim Agro Technology" saya menulis info asas mengenai kapur barus walau sering kita kenal akan tetapi kurang mengetahui asala usul dan kegunaannya untuk bahan rujukkan anda semua.

Biasanya kegunaan kapur barus dikaitkan sifatnya sebagai bahan yang mudah memejalwap dimana ini membolehkan ia digunakan dalam pelbagai cara. Diantara cara guna adalah sebagai bahan pemplastik untuk nitroselulosa yang merupakan bahan mentah dalam pembuatan bunga api dan senjata api. Ia dipercayai memang mampu menjadikan racun kepada beberapa spesis serangga dimana ia digunakan sebagai bahan penghalau serangga (lipas dan sebagainya) didalam almari baju dan beg baju. Ia juga didakwa digunakan sebagai bahan pilihan alternatif kepada 'ubat gegat'. Asap yang terhasil daripada pepejal kapur turut menghasilkan suatu salutan anti-karat lalu ia digunakan dalam peti alatan untuk memelihara logam alatan sepertinya daripada berkarat. Dalam dunia perubatan tradisional sebenarnya kapur barus telah digunakan secara turun-temurun dalam perubatan tradisional. Di kawasan Pulau Sumatra Indonesia dilaporkan dimana kapor barus telah lama digunakan sebagai merawat masaalah kekejangan, bengkak dan keradangan. Ia juga digunakan dalam perubatan Cina secara berkurun-kurun untuk pelbagai tujuan kegunaannya. Dalam industri kapur barus digunakan didalam menghasilkan plastik, varnis, bahan letupan dan untuk menghasilkan ubat penahan sakit serta gatal-gatal. Banyak produk terkenal yang ada menggunakan kapur barus seperti produk sapuan dan salap luaran yang disapu atau digunakan terus kepada kulit kita untuk merawat masaalah kulit gatal. 

Dalam pada itu memang ramai juga ada menggunakan produk 'Vape Inhaler' yang dicucuk pada lubang hidung dan disedut untuk melapangkan pernafasan dahulu. Ia berkesan untuk atasi masaalah simptom hidung tersumbat, sakit tekan dan batuk  yang berkaitan dengan selsema. Anda perlu tahu dimana antara produk yang menggunakan kapur barus adalah Salap (Balm) selsema seperti jenama Vicks (Sila lihat foto disebelah). Produk ini mudah dibeli dimana-mana premis seperti farmasi, kedai runcit, pasaraya dengan ia didapati amat berkesan menghilangkan kesesakan sistem pernafasan terutama dimasa malam hari atau ketika demam selsema. Ia juga ada digunakan didalam ubat sapuan pada dada, tekak atau pun belakang badan bagi membantu sistem pernafasan terutama yang bermasaalah. Ia amat berkesan membantu sistem pernafasan kerana kesan panas pada permukaan kulit. Kapur Barus juga mempunyai fungsi anti kerengsaan, rubefasien, kesan analgesik sederhana. Liniment pada kapur barus merupakan kompoen utama pada kapur barus untuk melegakan masaalah seperti fibrositis, neuralgia dan keadaan sakit yang sama. Kapur barus memang ada digunakan sebagai Ekspekstoran dimana kalau dimakan ia memberi kesan kepada pengeluaran angin didalam badan manusia. Ada banyak kapur barus yang digunakan dalam bentuk minyak atau cecair secara intramuskular atau subkutaneus iaitu perkara yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Fungsi kapur barus sebagai Anastetik sederhana dilaporkan mampu untuk menghasilkan tindakbalas kesan kepanasan atau kehangatan bersama baunya yang kuat memang sudah lama digunakan sebagai bahan rawatan tradisional.  Bagaimana pun didalam industri perubatan moden mereka telah mengkomersilkan didalam menghasilkan banyak pilihan produk sebagai ubat selsema dan ubat salap. Kapur barus juga dikaitkan sebagai bahan yang merangsang dan cepat bertindakbalas imunisasi tubuh untuk melawan serangan virus. Terdapat 5 petua untuk penggunaan kapur barus untuk didedahkan kepada anda. Kepada mereka yang ada masaalah bersisek kaki boleh  ambil 3 ketul kapur barus dan satu cawan minyak bijan. Tumbuk kapur barus sehingga lumat dan masukkan dengan minyak bijan kemudian disapu pada kaki yang bersisik malam hari. Petua ke 2 adalah untuk menyegarkan pakaian sebaiknya ditabur beberapa ketul kapur barus dalam almari. Bagi mengurangkan isu nafas berbau anda boleh 10 biji buah pelaga pada setiap hari pada mulanya dan diikuti dengan ambil 3 ketul kapor barus dan ditumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan kedalam kain putih yang bersih dan sedut melalui hidung setiap hari selama seminggu dan  minum air limau selepas makan untuk hilangkan bau mulut. Ke 4 adalah bagi tujuan menghalau tikus boleh ditumbuk kasar kapur barus dan diletakan dilubang atau laluan tikus bersarang. Cara ini akan menjadikan tikus meninggalkan tempatnya akubat bau kapur barus. Ke 5 adalah untuk menyegarkan bantal kekabu diman ia dilakukan dengan menaburkan kapur barus kepada bantal kekabu sehingga baunya elok dan bubuk tidak memakannya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro tchnology kali ini. Wasallam!!... 
KAPUR BARUS... TUMBUHAN ASALNYA...
BERBAU HARUM... BANYAK GUNANYA...
BOLEH DIBELI... DIMANA-MANA JUGA...
MEMBACA ARTIKEL...DAPAT INFONYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(4 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...