Support My Blog

Sunday, November 22, 2020

IKAN SELAYANG DAN HARGANYA

IKAN SELAYANG
(Decapterus maruadsi) atau turut dikenali sebagai ikan curut adalah spesies ikan pelagik. Spesies ini lazimnya jenis ikan yang mendiami bahagian permukaan air di laut termasuk sekitar Malaysia. Bagi penduduk Sabah pula ikan ini di kenali sebagai ikan basung selain memanggilnya sebagai ikan sardin. Penulis blog sememangnya suka makan ikan selayang sama ada di goreng, masak asam pedas, masak kicap, buat sambal dan sebagainya untuk dijadikan lauk kegemaran. DAri segi teknikal ikan ini adalah bersifat dengan badannya bulat bersisik penuh di seluruh badan dengan bentuk larus yang memberi kelebihan kepadanya untuk bergerak bebas terutama menyelamatkan diri dari pemangsa kecuali pukat nelayan (Sila lihat foto diatas). Pada bahagian ekor terdapat sisik keras bergerigis halus berfungsi sebagai perisai. Penulis blog dapati di bahagian batang ekor terdapat satu anak sirip di belakang sirip dorsal kedua dan satu anak sirip di belakang sirip anal sementara di bahagian bawah badannya terdapat sepasang duri sirip yang terletak di bahagian sirip anal manakala sirip pektoralnya pendek hanya sampai ke hujung sirip dorsal pertama saja. Ikan selayang memiliki sepasang mata besar bulat dengan kornia jernih dan mencapai saiz lazim sekitar 15 - 25 sentimeter. Dalam pada itu tabiat permakanan ikan selayang dimana makanan utamanya ialah anak ikan kecil dan plankton justeru imana tidak hairanlah ia menjadikan unjam atau payau sebagai lokasi tumpuan mencari makan. Ikan selayang biasanya mempunyai habitat dengan mendiami kawasan berair cetek dengan kedalaman sekitar 80 meter dimana ia akan bergerak secara berkumpulan dan gemar berhijrah dari suatu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan. Penulis blog yang dahulu rajun turun kelaut semasa bertugas di Daerah Mersing menjadikan ikan ini sebagai salah satu yang diperolehi. Artikel malam Jumaat ini didalam blog "Anim Agro Technology" saya terus menulis mengenai ikan selayang dan kepentingannya didalam makanan kepada rakyat Malaysia dan dilaporkan didalam media cetak untuk bahan bacaan semua.

K
aedah penangkapan ikan selayang oleh nelayan tempatan adalah ianya boleh ditangkap menggunakan pukat jerut, pukat tunda, tangkul dan pancing. Kaedah ini disebabkan dimana ikan selayang adalah mempunyai saiznya agak kecil serta bergerak berkumpula dan nelayan akan menyediakan unjam atau payau yang dibuat dari daun kepala sebagai perumah (Sila lihat foto disebelah). Kumpulan ikan selang ini akan berlindung dikawasan unjam dan mudah nelayan menangkapnya pada waktu yang betul. Selalunya setelah mendapati banyak ikan mendiami unjam berkenaan maka bot pukat jerut akan melabuhkan pukat sekitar unjam berkenaan sebelum ditarik perlahan keluar dengan memastikan tali jerut bahagian bawah pukat (kajar) dijerut kemas. Kemudian apa yang penulis blog lakukan bersama nelayan Mersing adalah dibahagian atas pukat diangkat naik ke dalam bot ketika inilah selayang yang terperangkap akan disauk ke dalam petak bot yang dipenuhi ais. Memang seronok apabila tangkapan berhasil dengan banyak walau pun tidak selalu. Dalam pada itu ada juga nelayan yang hanya menggunakan pancing iaitu dikawasan unjam berkenaan dengan menggunakan teknik 'apollo'. Penulis blog amat teruja ketika memancing dengan apollo di Pulau Tinggi, Mersing apabila setiap kali pancing diangkat banyak ikan melekat dimata kail. Laporan daripada Jabatan Perikanan menyatakan dimana ikan selayang dari segi nilai ekonomi didakwa tidak dikategorikan dalam ikan bernilai tinggi. Harga borongnya sekitar RM3.00 - RM5.00 sekilogram namun turun naik harga ikan ini dimana ia banyak bergantung kepada musim. Jika menjelang musim tengkujuh, harganya mampu mencecah sehingga RM10 sekilogram. Ia tetap mempunyai nilai produk hiliran yang tinggi jika diproses dengan sempurna terutama jika dijadikan serbuk isi ikan dan juga ikan masin.

Banyak jenis makanan berasaskan ikan selayang yang disediakan. Selain itu i
si ikan selayang memang tersohor dengan produk hiliran di kawasan Pantai Timur khususnya sebagai bahan asas untuk membuat keropok dan keropok lekor. Keropok lekor adalah kgemaran penulis blog dimana sering membelinya untuk hidangan waktu petang. Kelebihan ikan selayang bagi membuat keropok lekor juga kerana isinya yang lembut dan kurang berlemak menjadikan keropok lebih lembut, kenyal serta manis dan kembang ketika digoreng. Memang jika ke Pantai Timur makanan seperti gulai lemak kuning ikan selayang begitu digemari manakala selayang goreng mendapat permintaan ramai khusus dimakan bersama nasi panas. Penulis blog sertakan resepi membuat keropok lekor menggunakan ikan selayang. Bahan diperlukan adalah 2 kg ikan selayang, tepong (Kadar tepong dengan ikan adalah  1:1),  2 sudu kecil garam, 2 sb sos ikan dan juga air untuk merebus serta alatan memasak. Cara membuat keropok lekor ini dimulakan dengan mana ikan selayang dicuci bersih dengan membuang kepala dan ekor. Kemuidan dikeluarkan isi ikan selayang melalui proses 'debone' atau dibuang tulangnya. Kemudian diayak tepung sagu dan disukat kadar 1:1. Sebagai contoh contoh lepas proses 'debone; kita akan dapat sebanyak 2 mangkuk isi ikan jadi jumlah tepung sagu pun 2 mangkuk juga. Seterusnya digaul sebati ikan dengan tepung sagu, garam dan sos ikan. Kita boleh tambah garam secukup rasa atau tambah garam dalam air rebusan. Seterusnya di kiear halus dengan blender dan di uli jadi doh dengan menggentel kemudiannya menjadi bentuk panjang. Jika disukat dengan betul maka ia akan mendapat lebih kurang 30 batang keropok lekor. Proses seterusnya adalah merebus keropok lekor dalam air yang telah mendidih. Hasilnya boleh dimakan selepas rebus atau boleh juga digoreng dicicah dengan sos keropok lekor atau sos cili.

Bernama melaporkan dimana "
Ikan selayang pun mahal" di Kelantan khususnya Gua Musang. Hanya ikan selayang yang mampu dibeli sebelum ini tetapi dalam tempoh seminggu lalu harganya di Pasar Besar Gua Musang tu melambung tinggi dakwa penduduk Esah Husin kepada wartawan. Dakwanya ikan itu yang dijual daripada RM7 sekilogram sebelum ini naik kepada RM10 hingga RM12 sekilogram sekali gus membebankannya. Dia mengakui tidak mampu membeli ikan lain termasuk kembung, tongkol dan selar yang semuanya lebih mahal. Ikan selayang adalah untuk orang sepertinya yang berpendapatan rendah dan bergantung kepada bantuan setiap bulan. Dia juga terkejut dengan isu kenaikan harga ikan kerana yang dijual di pasar Gua Musang tidak segar seperti yang ada di pasar sekitar Kota Bharu. Dalam pada itu seorang peniaga ikan pula iaitu Daud Yusoff, ketika ditemui nyatakan peniaga bukan sengaja menaikkan harga ikan. Menurutnya, ia kerana semua jenis ikan termasuk selayang diambil daripada pembekal sekitar Pasir Puteh dan Bachok dengan harga yang sudah tinggi. Bagi peniaga juga memikirkan bebanan perbelanjaan bagi mereka yang berpendapatan rendah tetapi apa boleh buat terpaksa ikut pasaran. Dakwanya memang semua jenis ikan yang dijual di pasar bandar itu sama saja harganya sambil mengakui harga ikan selayang pernah dijual RM7 sekilogram sebelum ini. Berlainan pula di Chukai, Terengganu dalam akhbar lain dimana dilaporkan sebanyak tiga bakul kecil ikan selayang seberat lima kilogram hanya RM10 dan bagi setiap sekilogram pula cuma RM2 saja. Bernama melaporkan itulah harga runtuh ikan yang dijual di Pasar Tani Banggol Indah, dekat sini yang dijual peniaga ikan Ramdan Jusoh.  Ramdan berkata, semua bekalan dan jenis ikan yang dijual di pasar tani itu diperoleh terus daripada nelayan di Kuala Kemaman, tanpa melalui orang tengah dan dijual terus kepada pembeli. Harga yang kami tawarkan serendah RM2 sekilogram hingga RM15 mengikut jenis dan saiz ikan. Kalau jenis ikan terpilih seperti kembong memang mahal sedikit. Harga yang kami jual di sini lebih murah berbanding tempat lain bagi memenuhi matlamat FAMA mewujudkan pasar tani untuk memberi faedah kepada kedua pihak, penjual dan pembeli. Bagi pembeli pula walau pun bersaiz kecil sedikit, harga yang dijual di pasar tani itu dikira cukup murah lebih-lebih lagi ia ikan segar yang diperoleh nelayan Kuala Kemaman yang dijual terus kepada orang ramai. Seorang pembeli Zakaria Ismail dari Kampung Bukit Kuang berkata, beli dengan mengeluarkan RM10, ikan selayang seberat lima kilo itu sudah cukup untuk bekalan selama seminggu buat dia bersama keluarga lima beranak.  Bagi golongan berpendapatan kecil seperti saya, harga ikan yang dijual dipasar tani di sini sangat murah selain banyak pilihan pelbagai jenis ikan segar. Walaupun ada juga harga ikan yang dijual melebihi RM10 sekilogram bagi jenis terbaik, namun saya memilih yang murah seperti selayang kerana saya dapati jenis ini dijual lebih RM5 sekilogram di tempat lain,” katanya ketika ditemui di pasar tani itu. Seorang suri rumah yang mahu dikenali sebagai Mar, 40, berkata harga ikan segar dijual di pasar tani itu memang murah berbanding di tempat lain dan berharap penjual dapat mengekalkan harga itu. Baginya harga ikan di sini memang murah berbanding di tempat lain, keadaan ikan pun masih segar dan ia menjimatkan belanja dapur sebaik datang membeli bukan saja ikan, malah sayur dan lain-lain barang.

Apa yang agak berlainan mengenai cerita ikan selayang adalah kenyataan daripada Exco Terengganu dimana kes k
egagalan suami membeli ikan selayang dipesan isteri adalah diantara punca perceraian pasangan Islam di Terengganu. Laporan menyatakan akibat   keengganan suami membawa isteri bersiar-siar kerana faktor kewangan ianya juga turut menyumbang kepada kes perceraian di negeri ini. Rekod menunjukkan sebanyak 1,219 kes perceraian membabitkan pasangan Islam bermula Januari hingga Jun lalu, berbanding 1,383 pasangan dalam tempoh sama pada 2017. Kebanyakan kes perceraian pasangan Islam berpunca daripada masalah remeh seperti suami tak beli ikan selayang dipesan, suami tak mahu bawa berjalan-jalan kerana tak ada duit dan suami leka dengan hal sendiri. Bagi pasangan bukan Islam, statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan ada 17 kes perceraian didaftarkan dalam tempoh enam bulan pertama tahun lalu. Kerajaan negeri serius mengambil langkah untuk menangani masalah perceraian yang berpunca daripada isu dan masalah remeh. Beliau akan meminta agensi kerajaan berkaitan untuk melihat punca ini dan mendekati mana-mana pasangan yang berdepan masalah untuk kita bantu dari segi kaunseling umpamanya dengan lebih teliti dari rumah ke rumah. Isu perceraian ialah masalah berpanjangan dan bukan baharu yang perlu ditangani secara serius bagi mengurangkan perceraian yang berpunca daripada alasan remeh. Beliau nyatakan dia tidak tahu di mana silapnya sehingga seorang suami sanggup menceraikan isteri dan membuang anak kandung semata-mata kerana anak yang dilahirkan itu mengalami masalah CP. Kesedaran dan keprihatinan masyarakat terutama bapa masih rendah terhadap anak istimewa kerana mereka menganggap anak itu sebagai beban dan memberi masalah. Semuga artikel ini memberi info bergguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasalam!...
IKAN SELAYANG... MAHAL JUGA...
MUSIM BANYAK... MURAH PULA...
KEROPOK LEKOR...ENAKNYA...
IKAN RAKYAT... SELALU JUMPA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
WP Putrajaya,
Malaysia.
(7 RabiulAkhir 1442H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...