Support My Blog

Monday, January 27, 2020

FAKTA TENTANG - BUAH DELIMA

BUAH DELIMA (Punica granatum) merupakan sejenis buah daripada keluarga Punicaceae (Lythraceae) yang ada disebut dalam al-Quran dimana ia merupakan buah yang sangat berkhasiat.  Buah ini ada disebut dala Surah Al-An'am 6:99, Surah Al-An'am 6:141, Surah Al-Rahman 55:68-69 yang mana digambarkan buah ini adalah buah dari syurga. Kajian saintifik menunjukkan kandungan bahan antioksidan dalam buah delima adalah sebanyak dua atau tiga kali ganda berbanding dengan buah anggur merah. Buah Delima dipanggil sebagai Pomegranate (Inggeris) dan Rumman (Arab) yang mana pokoknya tumbuh menegak dengan buah masak bergantung pada dahannya. Ada dakwaan negara asal buah delima yang mempunyai iklim sesuai daripada India Utara sehingga Mediterranean termasuk negara Turki, Jordan, Sepanyol dan sekitarnya sehingga menghasilkan buah delima gred premium. Diriwayatkan bahawa Ibnu 'Abbas telah mengambil sebiji buah delima lalu memakannya. Orang bertanya kepadanya, "Wahai Ibnu 'Abas kenapa engkau melakukan sedemikian?" dan beliau menjawab 'Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa tiada sebiji delima yang dipetik didunia ini melainkan terdapat satu biji benih daripada benih-benih disyurga. Mudah-mudahan biji tersebut ialah biji ini." Dari segi sains pertanian pokok buah delima adalaj jenis pokok yang tahan kemarau dan dapat sesuaikan dengan suhu dingin di kawasan pertumbuhannya. Kini buah delima telah ditanam dibanyak negara diseluruh dunia seperti di USA, Timur Tengah, Caucasus, Afrika Tengah, Afrika Tropika, Asia Tenggara, Asia Tengah, Asia Selatan tetapi terbaik di Lembah Mediterranean. Artikel subuh ini dalam blog ''Anim Agro Technology'' saya akan  kongsikan fakta mengenai buah delima dalam dunia Islam dan khasiat serta kegunaannya.


Pokok delima merupakan jenis pokok renek dengan ketinggiam mampu mencapai 3-6 meter walau pun ada juga spesis yang kerdil serta berduri pada hujung ranting. Pokoknya mempunyai dahan dengan bunga 1-5 kuntum pada hujung ranting dan agak berlilin sama ada ianya berwarna merah atau kuning. Saiz bunga kira-kira 4-5 cm panjang. Daun delima berwarna hijau dengan susunan yang bertentangan antara daun berukuran 5 cm panjang dan 2-3 cm lebar serta mempunyai permukaan atas yang berkilat. Buah delima berbentuk bulat dengan berwarna hijau ketika muda bertukar kepada warna kuning , merah bercampur hijau apabila masak. Buahnya mengandungi banyak biji yang deselaputi isi manis sama ada berwarna merah atau merah jambu yang lutsinar. Penanaman Delima boleh ditanam menggunakan biji benih yang diambil dari varieti yang baik dan buuah telah cukup masak. Kaedah paling baik adalah dengan menggunakan KERATAN BATANG yang diperolehi dengan mengetut selepas 3-4 bulan. Lazimnya anak pokok yang ditanam menggunakan benih keratan batang lebih cepat berbuah berbanding dengan pokok dari biji benih. Jarak penanaman disyorkan adalah 3m x 3 m bergantung kepada keadaan tanah dan cara pengurusan. Berikan baja organik dalam lubang penanaman dan pastikan kawasan mempunyai saliran yang baik. Kawalan rumpai dijalankan secara manual dan kimia.


Delima mempunyai banyak jenis tetaoi dilaporkan 8 varieti utama yang menjadi kesukaan raai dan didagangkan adalah seperti Pink Satin, Wonderful, Sweet, Red Silk, Sharp Velvet, Garnet Sash, Ever Sweet dan Kashmir Blend. Jus delima didakwa mengandungi bahan Higrolisat Tanin iaitu diantara bahan antioksidan terbaik didunia.  Kandungan Asid Elagik dalam buah delima akan dimetabalismakan menjadi Urotin dalam masa 12 jam selepas penyerapn urotin ini boleh dikesan didalam air kencing sehingga selama 48 jam. Memang buah delima dijadikan bahan makanan tambahan yang terkenal didunia wapau pun harganya juga tidak murah untuk membelinya.  Buah delima didakw amengandungi bahan antioksidan seperti polifenol larut, tanin dan antisianin dimana ia mampu mengurangkan ketebalan didalam ateri jantung selepas setahun dimakan. Bagaimana pun kajian lanjut masih dilakukan kaitan antara jus buah delima dengan masaalah sakit jantung kkoronari semik (CHD). Nilai diet buah delima setiap 100 gram mempunyai 65 kcal tenaga dan 14.5% bahan protin. Buah delima juga kaya dengan bahan mineral seperti Kalsium, Posforus, Vitamin B Kompleks dan juga Vitamin C. Kaedah penyimpanan buah delima segar dengan memasukannya dalam beg plastik berlubang dan ia disimpan didalam peti sejuk. 


Dalam bulu yang dirujuk terdapat sebanyak 41 jenis amalan perubatan dan perubatan Islam mengenai khasiat dan kegunaan buah delima. Kegunaan pertama dimana kulit buah delima disapukan dibahagian kulis berkudis dan galal dimana ia akan sembuh. Ke2 dimana perahan jus delima segar mampu merawat mata yang rabun dan lemah penglihatan. Ke 3 dimana buah delimaberkesan merawat measaalah cacing pita. Terdapat 5 cara merawatnya yang ditulis dalam buku dimana salah satu caranya dengan tumbuk lumat biji dekima dan dijadikan jus dan diminum. Buah delima didakwa baik didalam merawt pendarahan atau luka dalam perut dengan merendak bunganya dalam air dan diminum selalu. Bagi demam kuning sesusi dirawat dengan merebus akar pokok delima dan diminum airnya. Buah delima juga mampu merawat masaalah keputihan, mengurangkan lemak dan juga mengurangkan berat badan. Masaalah sakit dada, badan lemah, buasir, radang gusi dan sakit didalam hati boleh dirawat dengan delima. Masaalah selsema, sakit jantung, menghilangkan benjao, melegakan kulit gatal. menghilsngkan kesan terbakar dan luka berdarah boleh dirawat dengan buah delima. Dalam pada itu perubatan  Islam melaporkan buah delima mampu merawat luka teruk dengan merebus 20 g bunga delima dan airnya ditapis sebelum ia diiminum. Dilaprokan juga ia mampu merawat pendarahan kulit, mata kabur, sakit mata dan juga mulut pecah. Masaalah cirit birit, sakit paru-paru, perut kembong, masaalah penghadaman dan sakit peru cuma ambil daun atau akar atau buah deima direbus dan minum.  Dalam pada itu jika ada masaalah sembelit, pendarahan pangkal rahim, pencernaan yang bermasaalah, melegakan sakit tekak dan batuk boleh dirawat denga delima. Jia anda batu melebihi 100 hari sebaiknya kunyan sebiji buah delima setiap malam sebelum tidur sehingga sembuh. Semua sakit tekak sama ada tekak berkahak, perit serak dikerongkong boleh dirawat dengan merebu buah dan akar delima dan diminum airnya. Semua petua ini boleh dilakukan dengan mengikuti cara dan kaedahnya. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
BUAH SYURGA... TERMASUK DELIMA...
DI MEDITERANEAN.. ASAL USULNYA...
BANYAK KHASIAT... MAHAL HARGANYA...
BANYAK PENYAKIT... MAMPU DIRAWATNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Wilayah Persekutuan,
Putrajaya,
Malaysia.
(18 Safar 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...