Support My Blog

Sunday, January 5, 2020

TEKNOLOGI ATASI PADI ANGIN

PADI ANGIN bermaksud jenis-jenis padi (Oryza sativa) yang dikategorikan sebagai rumpai dimana ianya mempunyai sifat bijinya mudah terlerai daripada tangkai. Kejadian dan juga wujudnya banyak jenis padi angin dalam sawah padi adalah merupakan satu masalah kepada pesawah kerana ianya menjejaskan dan mengurangkan hasil padi. Ramai pesawah tidak dapat membezakan pokok padi angin dengan pokok padi biasa semasa peringkat awal penanaman sehinggalah padi masak. Tangkai padi nampak biasa sahaja tetapi apabila digengam atau dituai menggunakan jentera maka biji-biji padi pada tangkai mudah gugur dan jatuh ketanah.  Padi Angin boleh dikenali dari segi marfologinya setelah tanaman padi kita terbit tangkainya (Tangkai biji padi). Ketinggian pokok padi angin lazimnya lebih tinggi daripada pokok padi biasa dalam sawah. Bagaimana pun banyak juga padi angin yang sama tinggi dengan pokok padi biasa atau ada yang lebih rendah daripada varieti padi ditanam. Dalam pada itu masalah padi angin dilihat mencengkam petani kerana ia menjejaskan hasil pendapatan mereka sekali gus merugikan industri padi negara. Padi angin adalah sejenis padi yang mudah relai dan akan gugur ke tanah sebelum sempat dituai hingga menyebabkan kehilangan hasil tanaman itu. Dilaporkan ia mula dikesan di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut Selangor pada 1988. Melalui tinjauan musim padi 2/2016 oleh Jabatan Pertanian (DOA), sebanyak 1,088 lokasi sawah membabitkan 6,435 hektar di Selangor, Perlis, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang, dikesan ditumbuhi padi angin. Bagaimanapun, kejadian padi angin di lokasi terbabit pada tahap teruk yang berbeza. Daripada keseluruhan kawasan yang ditinjau, 700 hektar mengalami tahap kejadian yang teruk antara 41 hingga 50 peratus mengakibatkan kerugian hasil kepada petani. Sehubungan itu, Koperasi Pengurusan Berpusat Padi Parit Lima Timur (KPBPLT), Sungai Besar, Selangor dengan kerjasama syarikat BASF (Malaysia) Sdn Bhd melaksanakan teknologi dikenali sebagai Sistem Pengeluaran Clearfield (SPC). Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan teknologi kawalan padi angin berdasarkan amalan sebenar untuk dijadilan bahan rujukan anda semua.

Program ini turut mendapat sokongan teknikal dan khidmat nasihat daripada DOA dan IADA Barat Laut Selangor sepanjang tempoh satu musim penanaman padi. Inovasi SPC ini bagi mengawal masalah padi angin dan membendung penyalahgunaan benih serta racun makhluk perosak tidak berdaftar. Pengurus Kanan Asia Pasifik BASF George Varghese berkata, SPC adalah sistem yang terdiri daripada empat bahagian menggabungkan biji benih padi teraku yang toleran racun herba dengan racun herba berkualiti tinggi dari BASF. Beliau berkata, surfaktan untuk membantu racun herba melekat pada tanah walaupun dalam keadaan basah dan panduan penggunaan pengawasan terperinci yang menggariskan langkah yang sepatutnya diambil untuk penanaman padi Clearfield berjaya. Hasil yang diperoleh dari siri petak demonstrasi di sebuah ladang contoh menunjukkan SPC adalah jalan penyelesaian yang sangat efektif untuk mengawal padi angin, walaupun petak sawah di sekitarnya mengalami infestasi (serangan perosak). Petak demonstrasi menunjukkan bahawa mengikut panduan penggunaan pengawasan sistem yang lengkap, SPC adalah jauh lebih berkesan berbanding amalan semasa yang biasa. Petani yang mengikut panduan penggunaan lengkap dapat mencapai hasil tuaian padi tujuh hingga lapan tan metrik sehektar,” katanya sempena Hari Ladang Kawalan Padi Angin di Sungai Besar, Selangor. Menurutnya, hasil demonstrasi itu menunjukkan SPC adalah satu-satunya cara terbukti untuk mengawal serangan padi angin yang menjadi masalah di beberapa kawasan.

Dalam pada itu BASF dan rakan niaga yang sudah membuat pelaburan yang besar dalam teknologi ini supaya petani mempunyai peralatan efektif untuk tujuan memerangi padi angin. Ada enam petak sawah untuk demonstrasi disemai pada April lalu apabila empat lot dikerjakan mengikut panduan penggunaan ditetapkan DOA, IADA dan BASF merangkumi penyediaan tanah secara komprehensif serta jadual penggunaan racun herba yang ketat. Sementara dua lot lagi digunakan sebagai kawalan dan dikerjakan mengikut amalan yang menjadi kebiasaan petani. Perbezaan antara dua set petak sawah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun bagi yang tiada pengalaman. Petak sawah yang mengikut panduan penggunaan ditetapkan tidak menunjukkan sebarang serangan padi angin, walaupun kedua-dua petak sawah kawalan dan kawasan sekitarnya menunjukkan serangan yang teruk. Hasil tuaian petak sawah yang menghadapi serangan adalah 40 hingga 75 peratus lebih rendah disebabkan padi angin. Demonstrasi ini menekankan langkah yang diberikan dalam panduan penggunaan penanaman Clearfield termasuk penyediaan tanah yang sewajarnya. Sebelum mula menyemai dan mematuhi aturan masa penggunaan racun herba yang betul, adalah penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Petak promosi ini bertujuan menekankan pematuhan SPC bagi pengawalan padi angin dalam pengurusan tanaman padi. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2010 untuk pengawalan padi angin yang berjaya menggabungkan varieti padi MR220 CL2 dengan kaedah pengurusan SPC menggunakan racun ‘On duty’ (imidazolinone) mengikut kaedah ditetapkan. SPC menetapkan semburan racun dilakukan pada umur padi tiga hari lepas tanam (HLT). Selepas semburan racun ini, air perlu dimasukkan ke dalam sawah pada lima HLT.

Sementara itu di Perlis Pengarah Bahagian Padi, Tanaman Industri dan Florikultur Jabatan Pertanian Mohd Nasir ada berkata antara punca berlakunya padi angin adalah tanaman yang tidak mengikut jadual dan petani gagal mengikut arahan seperti dalam soal penggunaan benih, baja, bahan kimia serta kaedah penjagaan. Sebenarnya sudah ada dua teknologi berkesan dalam mengawal padi angin ini iaitu dengan melakukan proses tanaman menggunakan jentera dan menggunakan benih padi jenis ‘clearfield’ kepada pemberita pada program Hari Ladang Kawalan Padi Angin Untuk Peningkatan Hasil di Bintong, dekat sini, hari ini.  Menurutnya,​ harga benih padi clearfield berserta racun rumpai ialah kira-kira RM85 seguni dan sehektar sawah memerlukan kira-kira tujuh guni benih. Jika menggunakan benih padi biasa, harganya memang jauh lebih murah namun ia tidak termasuk racun selain risiko menghadapi masalah padi angin lebih tinggi. Golongan petani boleh ke Jabatan Pertanian untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang i cara mengawal masalah padi angin yang menjejas dan mengurangkan hasil padi. Padi angin bermaksud jenis-jenis padi yang dikategorikan sebagai rumpai dan ia antara lain mempunyai sifat bijinya mudah terlerai daripada tangkai. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA PADI ANGIN.. MACAM MANA...
HILANGAN HASIL...80% KESANNYA...
BOLEH DIKAWAL... TEKNOLOGI ADA...
BACA ARTIKEL... DITERANGKAN SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 810, Grand Allora Hotel,
Alor Setar, Kedah,
Malaysia
(5 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...