Support My Blog

Thursday, January 30, 2020

PERANAN KELAWAR DAN KELUANG

HAIWAN KELAWAR (Bats) atau KELUANG (Giant Bats) merupakan sejenis binatang mamalia yang hanya keluar pada malam hari dari kumpulan haiwan yang dinamakan ChiropteraKeluang merujuk kepada haiwan mamalia dalam keluarga haiwan kelawar dipanggil Pteropodidae. Kalau dulu saya dapati yang kelawar (bats) ini sering dikaitkan dengan cerita-cerita yang menakutkan seperti 'vampire bat' yang sering menghisap darah haiwan atau manusia. Sebenarnya terdapat dua jenis kelawar iaitu kelawar pemakan buah-buahan dan juga kelawar penghisap darah (Desmondus rotundus). Kelawar berbeza juga dengan Keluang (Megabats) yang lebih besar saiznya. Dalam bahasa greek, nama kelawar ini membawa maksud 'Tangan Bersayap' kerana memang bentuk haiwan ini adalah dimana terdapat tangan yang bersayap untuk terbang. Saya membaca beberapa buku mendapati yang kini terdapat sebanyak 1,240 spesis Kelawar di seluruh dunia. Bagaimana pun hampir 70% daripada spesis kelawar adalah jenis yang menjadikan serangga sebagai makanan mereka. Hanya sebahagian spesis kelawar menjadi musuh petani kerana menjadikan buah-buahan sebagai makanan terutama dengan buah-buahan bermusim. Pada saya ia lebih membantu petani kerana kelawar makan banyak serangga termasuk serangga perosak tanaman. Antara buah yang digemari dimakan kelawar atau keluang adalah seperti Buah Mata Kucing, Buah Longan, Rambutan, Mangga, Ciku, Pulasan, Buah-buah hutan dan sebagainya. Di negara kita jenis yang makan buah-buahan ini kita namakan sebagai Keluang (haiwan tersebut juga telah dikekalkan sebagai satu daerah di negeri Johor iaitu Daerah Kluang). Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai peranan haiwan kelawan dan kaedah kawalan keluang untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Penulis blog mendapati dimana populasi kelawar kini dilaporkan semakin berkurangan di hutan Malaysia dan perkara ini boleh menghancurkan industri durian (Durio zibhethinus) yang bernilai berjuta-juta ringgit kerana ia penting untuk sistem pendebugaan bunga durian. Bunga durian akan kembang pada tengahmalam sehingga subuh dimana hanya haiwan kelawar, kupu-kupu serta tiupan angin yang berlaku pada waktu tersebut. Beberapa kajian dijalankan oleh pihak tertentu yang bahawa kelawar termasuk kelawar mini, kelawar biasa dan juga kelawar gergasi (dikenali sebagai 'keluang' dalam bahasa Melayu) semakin berkurangan pada masa ini. Haiwan yang cekap untuk melakukan proses pendebungaan durian dan pokok buah naga dilakukan oleh agen pendebungaan seperti kelawar. Masih ada laporan dimana haiwan keluang biasanya dibunuh sebagai perosak kerana terdapat tanggapan bahawa bentuknya yang besar dan mampu merosakkan buah dalam satu malam sahaja memang merugikan pekebun. Di Sarawak pula Keluang ada di buru dengan menembaknya pada bulan Julai - Ogos untuk dijadikan hidangan 'exsotic delicacy' di Limbang semasa penulis blog bertugas di negeri tersebut. Satu pasukan saintis diketuai oleh Dr Sheema dari UM telah meletak perangkap kamera di pokok durian di Pulau Tioman untuk melihat gelagatnya. Beliau dakwa dan mendapati sebaliknya: Keluang bukan sahaja tidak merosakkan durian akan tetapi ia didakwa memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan.

Pada masa ini berlaku pengurangan populasi keluang boleh membawa kepada pengurangan jumlah durian atau pun kemerosotan mutunya. Beliau dakwa kalau sebelum ini orang percaya bahawa keluang makan bunga durian tetapi kajian mereka telah menunjukkan sebaliknya. Mereka tidak memusnahkan bunga akan tetapi hanya meminum nektar dengan menjilatnya iaitu dengan menggunakan lidah mereka. Debunga dari bunga melekat pada bulu mereka semasa mereka memakan nektar dimana debunga itu dipindahkan dan disebarkan apabila keluang terbang bergerak untuk makan di pokok lain. Pokok durian memang perlu ditanam daripada beberapa varieti pada satu kebun untuk membolehkan berlaku proses pendebungaan silang. Proses memindahkan debunga dari anter bunga satu tumbuhan kepada stigma bunga tanaman lain daripada spesies yang sama, adalah penting untuk menghasilkan buah sihat. Pokok durian telah berkembang menjadi sangat sesuai untuk pendebungaan melalui kelawar, menjadikan haiwan ini agen pendebungaan utama dan paling berkesan bagi pokok durian.

Di Malaysia kelawar atau lazimnya digunakan bagi merujuk kepada spesies khusus Pteropus vampyrus. Keluang merupakan sejenis haiwan berdarah panas dalam kumpulan kelas mamalia. Sebagaimana haiwan mamalia lain perlu diingat dimana haiwan keluang membiak cara beranak. Keluang mempunyai ukuran yang berkali-kali ganda lebih besar berbanding kelawar biasa. Panjang antara hujung sayap dengan hujung sayap kira-kira 0.5 meter hingga 1.0 meter. Walau pun ramai menganggap kelawar dan keluang mempunyai sifat sama akan tetapi ada beberapa perbezaan yang sering disebut oleh orang yang mengatakan keluang dan kelawar sama hanyalah pada ukurannya. Sebenarnya keluang dan kelawar amat berbeza. Antaranya tabiat keluang berbeza dengan kelawar. Jika kelawar keluar pada waktu malam, keluang pula keluar pada waktu pagi. Sifatnya waktu cari makan sama dengan burung yang keluar waktu pagi dan pulang ke sarang pada waktu petang. Makanan utama keluang ialah buah-buahan dimana bagi kelawar pula suka makan serangga. Keluang memang mempunyai mata boleh melihat dan sebab itu keluang terbang berkawan dan arah terbangnya lurus seperti burung. Keluang terbang jauh pergi mencari makan hingga berpuluh-puluh kilometer dari tempat tinggalnya setiap hari. Semasa keluang terbang ada kalanya ia akan mengeluarkan bunyi nyaring. Lazimnya mana-mana tempat mempunyai dusun pokok sedang berbuah akan menjadi tumpuan kumpulan keluang. Keluang menjadi musuh utama bagi pemilik dusun  selain ancaman tupai dan musang.

Kelawar tidak mempunyai mata yang berfungsi untuk melihat. Kelawar ada mata, tetapi buta. Kelawar terbang secara rawak (tidak lurus) dan bergantung kepada deria bunyi untuk mengelak melanggar sesuatu. Pada waktu petang (hampir malam), keluang akan berkumpul sambil mengeluarkan bunyi yang nyaring. Dalam peribahasa Melayu ada juga menyebut, “bagai keluang bebar petang” yang bermaksud orang berkerumun (berhimpun) beramai-ramai. Memang agak sukar untuk melihat kelawar dan keluang kecuali di kawasan pedalaman yang masih dipenuhi hutan. Penulis blog sendiri sudah tidak melihat keluang lebih daripada 30 tahun. Masa dahulu memang boleh dikatakan setiap petang pada musim buah-buahan orang kampong akan berpeluang melihat berpuluh-puluh dan sampai beratus-ratus ekor kelawar atau keluang terbang di ruang angkasa dimusim buah-buahan tetapi kini sukar dilihat lagi. Mungkin kini jika ada yang sebut keluang ada ramai generasi muda tidak mengenalinya. Untuk mengambarkan tentang keluang dan paling sebang google di internet dan nanti akan jumpa tulisan saya Anim Agro Technoogy (Sila klik disini)Namun kini didalam filem tempatan dan siri Kartun TV telah ada cerita mengenai haiwan ini iaitu 'Kluang Man' yang sama gagah dengan Batman. Pada penulis blog peranan kelawar dan keluang didalam pertanian ada dua perkara iaitu kebaikan membantu pendebungaan dan satu lagi merosakkan buah-buahan tertentuu yang hampir matang. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
KELAWAR DAN KELUANG... APA DIA...
TERBANG MALAM... SIANG PUN ADA...
MEMBANTU PENDEBUNGAAN...JUGA...
BACA ARTIKEL... MAKLUMAT DITERIMA...

By.
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11F, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(30 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...