Support My Blog

Saturday, January 18, 2020

TRAK ANGKUT WAGIMAN - HEBAT

GERABAK AIR HITAM (GAH) atau pun TRAK JENTERA TANAH GAMBUT penting untuk membantu pekebun kecil kelapa sawit dan nanas di negara kita dalam meringankan kerja dikebun. Terdapat beberapa anak muda dan usahawan tempatan yang berjaya mencipta trak yang sesuai untuk digunakan bagi kerja-kerja pertanian didalam kebun kelapa sawit terutama di Johor. Merujuk kepada laporan sebuah akhbar tempatan, penulis blog telah mendapat tahu biarpun hanya menerima pendidikan setakat darjah 6 sahaja namun Wagiman Dulahabedi berumur 61 tahun berjaya membuktikan bahawa ia bukan penghalang untuk dia mencetuskan inovasinya sendiri di dalam bidang teknologi. Sebagai buktinya beliau telah berjaya mereka cipta trak serbaguna yang mampu membantu masyarakat di kampungnya untuk memudahkan mereka melakukan hasil-hasil pertanian di lading mereka. Beliau yang dilahirkan di Muar Johor baru pada tahun 1954 hanya pernah bekerja sebagai seorang pemandu lori dan kemudiannya mencari rezeki sebagai petani di ladang kelapa sawit pada usia 40 tahun. Biar pun bergelar sebagai petani namun sebenatnya Wak Wagiman dan masyarakat pekebun kampung beliau sering berhadapan dengan kekangan pengangkutan hasil kelapa sawit didalam kebun tanah gambut dalam. Lantas beliau gigih memikirkan alat atau kenderaan yang mampu memudahkan kerja-kerja mengangkut. Ciptaan pertama beliau adalah sebuah kereta sorong khas namun ia masih tidak mampu menampung hasil kelapa sawit yang diperolehi. Sebabnya, kereta sorong tersebut berkapasiti kecil dan memerlukan tenaga yang tinggi untuk engendalikannya. Artikel pada petang Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" kali ini saya paparkan bagaimana Wak Wagiman berjaya menghasilkan trak serbaguna untuk kebun dikawasan tanah gambut sebagai bahan rujukkan anda semua.

Kemudian beliau terus gigih berfikir dan mencetuskan idea menggunakan motosikal pula untuk mengangkut tandan sawit. Akan tetapi penggunaan motosikal masih belum dapat mengangkut buah kepala sawit dengan lebih efisien. Kemudian pada tahun 1994, Wak Wagiman mula menghasilkan trak sebaguna yang dapat memudahkan perkerjaan beliau di ladang. Dengan berbekalkan sebuah kotak gear enjin VESPA terpakai. Beliau memperincikan idea beliau dengan pergi ke kedai besi terpakai dan barang potong. Hasil dari padansuai daripada barangan terpakai dan buangan, maka terhasilah sebuah trak serbaguna yang mampu pelbagai barangan terutamanya hasil kelapa sawit dari ladang beliau. Trak serbaguna tersebut dikenali sebagai Gerabak Ayer Hitam (GAH)Walaupun dia menggunakan kekuatan enjin motosikal Vespa, Gerabak Ayer Hitam ciptaan Wagiman mampu mengangkut hasil ladang seperti kelapa sawit, nenas, getah dan lain-lain tanaman yang berat. Selain itu, setiap komponen yang dipasang untuk membuat trak ini mudah dipasang serta dibuka. Ini membolehkan trak tersebut mudah dijaga, dibaiki tanpa penjagaan teliti. Bermula dengan kegunaan sendiri kini trak serbaguna Wak Wagiman akhirnya berjaya mendapat sambutan ramai. Sejak itu, beliau telah membina lebih banyak trak demi berkongsi kesenangan bekerja di ladang dengan jiran tetangganya.

Sebagai seorang inovator atau pencipta kemudian beliau telah menggunakan apa saja barangan terpakai yang ada. Sama ada kerusi plastik lama, rim tayar lori lama, enjin skuter, kotak gear terpakai dan motor sprocket; beliau akan berusaha mencari jalan bijak untuk menginovasikan barangan tersebut menjadi mesin-mesin berguna yang dapat membantu aktiviti pertanian. Seterusnya dia  terus mengeluarkan modal demi menghasilkan traknya. Sebuah enjin skuter terpaksa dibeli di antara RM500 hingga RM600 manakala rim roda terpakai pula pada harga RM25 setiap satu. Bagi badan kenderaan pula beliau biasanya akan membeli secara langsung dari kilangnya. Sehingga kini dakwa Wak Wagiman dimana beliau telah menghasilkan lebih 100 buah trak serbaguna. Trak tersebut dijual pada harga RM7,000 hingga RM13,000 setiap satu bergantung kepada spesifikasinya. Sebagai contoh dimana trak berharga RM7,000 tersebut mampu menampung hasil tanam sehingga keluasan kebun sawit 12 hektar dengan cekap dan mudah.

Dalam pada itu pada tahun 2011dimana Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menjejaki inovasi Wak Wagiman di kampungnya dan mengenalpasti rekaan yang dihasilkan serta khidmat beliau kepada masyarakat setempat dalam memudahkan aktiviti pertanian dapat dijalankan. YIM telah bekerjasama dengan pihak , telah Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Industri Kecil Sederhana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-CESMED) untuk memberi bantuan infrastruktur bagi menambah-baik bengkel Wak Wagiman serta kelengkapan yang lebih moden. Selama 21 tahun Wak Wagiman berkecimpung dalam industri trak ini, beliau amat berterima kasih kepada Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) kerana memberi penghargaan kepada beliau yang tidak pernah beliau impikan. YIM turut memberi beliau pendedahan yang amat berharga menerusi penglibatan dalam acara World Innovation Forum- Kuala Lumpur (WIF-KL) sebagai salah seorang exhibitor dan juga delegasi. Penggunaan jententar trak, mesin dan sebagainya memang membantu petani dan pekebun kecil menjalankan kerja dikebun. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada pembaca anim agro technology kali ini. Wasallam!!...
NAMA WAGIMAN... TRAK DICIPTA...
DAERAH MUAR...GAMBUT TANAHNYA...
SANGAT PRAKTIKAL.. MURAH PULA...
SAWIT DIBAWA... PEKEBUN SUKANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Muadzam Satelit,
Bandar Muadzam, Rompin,
Pahang,
Malaysia.
(17 JamadilAwal 1441H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...