Support My Blog

Saturday, June 30, 2018

NASCHMARKT VIENNA, AUSTRIA

NASCHMARKT VIENNA di Austria merupakan satu lokasi yang sering dikunjungi pembeli tempatan serta pelancong dimana ada menjual banyak makanan serta pelbagai produk asas pertanian dan makanan. Penulis blog yang sempat berkunjung ke Naschmarkt Vienna dapat  meninjau beberapa jam untuk melihat sendiri bagaimana konsep perniagaan dan jenis produk serta pelbagai restoren makanan dari makanan Eropah, Makanan Arab, Makanan Asia dan banyak lagi pilihan (Sila lihat foto diatas). Apa pun bagi penulis blog, gerai yang memang menjual pelbagai produk segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran akan lama singgah meneliti jenis produk pertanian yang dijual. kualiti produk dan paling utama harga yang diletakkan dalam unit EURO. Semasa blog ini ditulis kadar pertukaran Ringgit dengan Euro adalah satu Euro bersamaan dengan RM4.82 iaitu nilai matawang kita adalah rendah. Rujukkan dari beberapa lamanweb menyatakan bahawa 'Naschmarkt Vienna' merupakan satu pasar yang sangat popular di Vienna. Nama sebenar Vienna dikalangan penduduk tempatan adalah 'Wien' yang mana mereka bertutur dalam bahasa Jerman. Pada balai informasi dikatakan bahawa pasar ini menyediakan makanan yang popular dan famous dari seluruh dunia dimana tidak ada pasar seperti ini di Austria yang anda boleh menikmati makanan dan minumannya (Food and bevereages). Selain daripada penduduk tempatan didapati kumpulan pelancong adalah yang paling ramai berkunjung di Naschmarkt ini untuk menikmati [pelbagai makanan dan produk barangan segar pertanian. Paling seronok kerana pasar ini menggunakan matawang Euro ydan ada dipaparkan dalam tandaharga dan menus hidangan yang disediakan pemilik kedai makan. Artikel petang khamis ini dari Aras 5, Spot Center Praha, Czech Republic saya menulis lagi di dalam "Anim Agro Technology" mengenai hasil kunjungan penulis blog  ke Eropah selama 15 hari disana melibatkan 5 negera eropah untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan.

Pasar Naschmarkt di Vienna ini telah pun dimulakan semenjak kurun ke 16 dulu oleh penduduk tempatan dan pedagang asing. Terdapat banyak jualan produk tempatan berasaskan pertanian iaitu semenjak dulu dikumpul dan dijual sama dengan konsep pasar tani. Ramai rakyat tempatan yang dahulu datang untuk mendapatkan bekalan produk tempatan dan yang dibawa dari luar negara yang dibawa melalui kapal dan bot melalui sungai yang berada dibawah empayar Austria. Setelah beratus-ratus tahun pasar Naschmarkt ini masih ujud untuk dijadikan lokasi penduduk tempatan dan pelancong asing berkunjung bagi tujuan mereka mendapatkan produk segar pertanian dan makanan yang hebat pilihannya. Lokasi ini telah menjadi satu pusat perlancongan yang memang wajib dikunjungi jika tiba di Vienna. Penulis ambil masa selama 1.5 jam untuk buat tinjauan persembahan jualan dan meninjau harga produk segar yang ditawarkan (Sila lihat foto disebelah). Jika hendak dibandingkan dengan harga di Malaysia memang 'jauh sekali' perbandingannya terhadap beberapa produk tertentu apabila mereka menjual dalam matawang Euro. Apa pun sebagai contoh ada juga barang yang dijual dengan nilai yang sama di negara kita. Sebagai contoh buah nanas (ia adalah nanas diimport dari Costa Rica) ada dijual dengan harga 3 Euro dan 4 Euro mengikut gred. Ini bermakna buah nanas tersebut telah dijual runcit dengan harga RM15.00 - RM20.00 sebiji. Bagaimana pun nanas tersebut bukan dari jenis MD2 seperti nanas popular yang kini dipromosikan di negara kita.

Meninjau lanjut gerai jualan produk segar di Naschmarrkt ini terdapat banyak menjual buah-buahan segar tempatan seperti limau, anggur, berry, tembikai, melon (pelbagai jenis melon), pessimon, strawberry dan banyak jenis lagi. Buah-buahan ini disusun didalam bakul dengan ada tanda harga disetiap produk buah-buahan segar (Sila lihat foto disebelah). Dalam pada itu terdapat banyak hasil sayuran yang dijual di pasar ini untuk dibeli pengguna. Antara jenis sayuran yang menarik penulis blog adalah Cili Padi Merah yang mana dalam 20 biji sahaja dijual dengan harga 1.5 Euro dimana cili ini amat pedas diletakkan dengan cili jenis Granong. Sayuran segar ini termasuk timun jepun, carrot, lobak putih, pelbagai jenis sayur kekacang dan banyak lagi (Sila lihat foto dibawah). Produk cendawan dari Belanda dan Buah Kini dari New Zealand juga ada dijual disini menunjukkan pasar ini telah mengumpulkan pelbagai produk dari seluruh dunia. Selain itu banyak produk rempahratus  yang dijual oleh Orang Turki dan Arab dengan pelabgai jenis rempah ratus daripada rempah seperti ketumbar, jintan manis, lada putih, pelbagai jenis kari, serbuk cili, halba, buah keras dan beratus jenis lagi herba. Digerai lain dijual pelbagai jenis produk berasaskan susu seperti Cheese dalam bentuk pelbagai persembahan. Terdapat juga gerai yang menyediakan produk jeruk (pickles) dan juga jenis halwa dari yang murah sehingga kepada produk mahal berkualiti. Beberapa gerai lain pula menjual produk kraftangan dimana sebahagiannya  adalah diimport. Tentang pilihan untuk membeli bergantung kepada minat masing-masing. Selain itu ada dijual daging segar dan beberapa jenis ikan dijual disini.

Dipasar Naschmarkt Vienna ini hampir separuh gerai adalah menjual pelbagai jenis makanan (Sila lihat foto disebelah). Terdapat berpuloh restoren kecil yang beroperasi dengan menghidangkan makanan barat, makanan asia, makanan cina, makanan Arab dan sebagainya dari seluruh dunia. Makanan siap sedia (fast food) juga ada seperti Hotdog, sandwish, kebab, roti bakar, buger dan pelbagai pilihan lagi bergantun kepada selera sama ada duduk untuk dihidangkan atau pun 'take-away'. Cara persembahan gerai makanan ini penoh dengan gaya dan warna warni terutama pada malam hari dimana lebih ramai pengunjung datang untuk makan disini. Apa yang penulis tertarik pengunjung boleh beli sendiri daging atau ikan dipasar ini dan bawanya kerestoren yang berhampiran untuk dimasak mengikut resepi yang dipilih. Ianya satu pendekatan terbaik kepada pelancong asing dimana ada juga Makanan Ala-Thai disediakan di Naschmarkt ini. Pasar ini menggabungkan koleksi produk segar dan makanan daripada 5 benua dengan sentuhan rakkat Austria dan penulis dapati memang berbaloi melawat tempat ini. Ramai pelancong yang tinggal di Vienna akan pergi ke pasar ini dengan berjalan kaki atau menaiki teksi dengan mudah. Pada saya memang berbaloi melawat Naschmarkt ini di Vienna sebagai satu lokasi untuk dikunjungi. Semuga tulisan ini memberi info berguna kepada anda pembaca anim agro semua. Wasaalam!!.. Salam dari Vienna, Austria.


PASAR NASCHMARKT...ADA DI VIENNA...
MENJUAL BUAH... SAYURAN PUN ADA...
PELBAGAI MAKANAN...SELURUH DUNIA...
PENULIS MENINJAU... PENGALAMAN ADA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 301, Bo18 Hotel,
Jozsefvaros, Budapest,
Hungary.
(11 Syawal 1439H).

Posted from:
Gate B14,
Dubai International Airport,
Dubai, UAE.
At 12.45 am (17 Syawal 1439H).

Friday, June 29, 2018

AGRIMATHS - CENDAWAN (Part 12)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan kerajaan dalam usaha bagi mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada lebih ramai para pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan lamanweb www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa lagi perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini dalam 12 siri tulisan mengenai Agrimaths ini adalah siri yang terakhir dalam siri Agrimaths dan diposting juga hari terakhir semasa lawatan saya selama 15 hari ke 5 negara di Eropah. Pada subuh kali ini dari tingkat 5,Central Spot Prague, Krakovska 3, Praha, Czech Republic saya menulis dan menguoas lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untuk semua penggiat dalam sektor pertanian.


Cendawan (Mushroom) merupakan satu komoditi yang bernilai tinggi dimana terdapat kini tumpuan bagi peningkatan huluan dan hiliran dalam menentukan pendapatan negara serta KDNK meningkat. Pada masa ini ada 17 jenis cendawan yang boleh dan disyorkan untuk ditanam secara komersil di Malaysia iaitu berasaskan kepada agroiklim  sama ada dikawasan bersuhu rendah ditanah tinggi atau pun ditanah rendah yang panas sedikit. Apa pun tanaman cendawan memerlukan teknik kawalan persekitaran yang disesuaikan untuk ianya sesuai dikomersilkan. Penulis blog merupakan salah seorang yang ada pengalaman dan pakar didalam memberikan khidmat kepakaraan didalam penanaman cendawan terutamanya untuk Tiram Kelabu (Pleurotus pulminarius)  semasa bertugas di Projek Khas Pertanian Pagoh (Sila lihat foto paling atas dan sebelah). Banyak lagi rencana mengenai cendawan yang saya tulis untuk mereka yang membuka aplikasi Agrimaths sebagai pautan lebih terperinci mengenai industri cendawan. Penulis yang juga merupakan seorang penceramah didalam penanaman cendawan terutama Tiram Kelabu dan cendawan Vorvariella boleh dibaca dengan pautan (Sila klik disini)(Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Jabatan Pertanian ada menyatakan 17 jenis cendawan yang boleh dikomersilkan adalah Cendawan Tiram Kelabu, Cendawan Tiram Kuning, Cendawan Tiram Merah, Cendawan Jeli Hitam, Cendawan Ganoderma, Cendawan Tiram Putih, Cendawan Abalone, Cendawan, Shiitake, Cendawan Enoki (Golden Needle), Cendawan Butang Putih, Cendawan Butang Perang, Cendawan Jerami, Cendawan Tiram Raja, Cendawan Bunga Kobis, Cendawan Seri Pagi, Cendawan Berangan dan Cendawan Kukur. Terkini ramai yang memajukan jenis Cendawan Volvariella. Hampir 65% cendawan dikomersilkan adalah tiram kelabu. Teknologi penanaman cendawan tiram kelabu pada masa kini membolehkan ia enjadi pilihan utama dikalangan ramai para pengusaha selain daripada pasaran yang baik untuk cendawan ini.


Pengeluaran cendawan Tiram Kelabu kini menjadi satu bidangusaha yang semakin mendapat tumpuan terutama untuk ramai usahawan muda. Mereka juga sering hadir bertanya penulis bloh boleh untung tidak tanam cendawan tiram kelabu?. Dalam ceramah dan memberi penerangan kepada mereka, apa yang penting untuk peserta baru adalah ilmu pengetahuan bagaimana menanam dan menjaga cendawan, lokasi sesuai, modal mencukupi untuk membina rumah cendawan dan dimanakah akhirnya pasaran cendawan akan dijalankan. Ini kerana jika anda mulakan pada skala kecil sebagai permulaan dengan sebanyak 1,000 bongkah dengan andaian harga bongkah RM1.50 sudah pasti kos diperlukan diperingkat awalan adalah amat tinggi. JIka harga jualan RM15/kg dan hasil 180 gram sebongkah dan 3 rak besi pada harga RM250 satu. Kini dengan andaian tiada kos pekerja dan tiada sistem mister dan tiada kos rumah cendawan tiram kelabu maka ianya boleh dijimatkan. Anggaran kasar kos diperlukan untuk memulakan tanaman cendawan tiram kelabu adalah membeli bongkah (RM1,500), bayaran untuk membina rak besi (RM750) iaitu rak-rak besi dengan 5 para dan satu para dlm 70 bongkah yang disusun dalam 4 tingkat. Kos bayaran bil air (RM10 sebulan), Beli Net hitam (RM100 segulung untuk dijadikan dinding keliling pada rumah cendawan. Penulis blog pernah buat anggaraan hasil jualan 180g untuk 1,000 bongkah memberikan kiraan iaitu  180g x RM15 x 1,000 = RM2,700 satu musim tanaman. Jumlah kos awal  dan kos operasi selama 3 bulan sebanyak RM2,360. Analisa cashflow mendapati untuk 1,000 bongkah cendawan tiram kelabu memberikan untung kasar pulangan sebanyak RM340. Untung kasar ini adalah termasuk kos barangan yang anda boleh guna untuk penanaman akan datang seperti rak dan netting. Bagaimana pun lazimnya penanam cendawan komersil akan bermula  dengan 10,000 bongkah cendawan secara berperingkat. Penanaman cendawan perlukan komitment tinggi dan berisiko untuk dijaga kerana jika berlaku serangan penyakit dan harga jatuh dipasaran boleh merugikan pengusaha dengan mudah.


Cendawan Volvariella atau biasanya dipanggil cendawan jerami telah pun kini diperkenal kepada pekebun kecil sebagai tanaman alternatif bagi menambah pendapatan mereka. Cendawan ini amat sesuai diusahakan kepada pekebun getah sebagai bidangusaha tambahan kepada mereka. Sebelum ini cendawan ini telah pun ditanam menggunakan jerami padi sebagai media tanaman, namun kini lebih mudah apabila tandan sawit yang hanya perlu diperap digunakan sebelum disusun untuk dijadikan batas penanaman (Sila klik disini). Beberapa pekebun kecil getah yang menjalankan projek ini gembira dengan pendapatan tambahan hasil tanaman cendawan dijalankan dibawah bimbingan daripada Jabatan Pertanian.  Penanaman cendawan volvariella atau pun jerami ini sebenarnya menggunakan konsep ringkas 3T iaitu Tanam, Tunggu dan Tuai menjadikan inovasi teknologi bagi tanaman ini lebih istimewa. Inovasi yang dimulakan pada tahun 2014 dengan tiga kali percubaan yang kemudiannya diperkenal kepada orang ramai itu menggunakan adaptasi daripada teknologi yang digunakan di Thailand dan Indonesia. Melalui teknologi ini petani tidak memerlukan kos yang tinggi selain proses pengurusannya yang lebih mudah jika ianya hendak dibandingkan dengan jenis cendawan lain. Bukan itu sahaja, teknologi yang diamalkan ini juga dapat memaksimumkan penggunaan tanah di kebun getah. Inovasi yang telah diolah dan ditambah baik ini menggunakan semula bahan buangan dari ladang kelapa sawit iaitu tandan sawit yang dijadikan batas untuk menanam cendawan. Hasil tandan yang telah digunakan pula boleh dijadikan baja kompos. Tandan sawit yang disusun menjadi batas di ruang antara pokok getah mulanya akan disiram dan ditutup dengan plastik hitam selama sembilan hari. Dalam tempoh itu, batas tersebut akan disiram setiap tiga hari. Dari segi teknologi penulis blog dapati selepas beberapa hari cendawan akan mula tumbuh dan hasilnya boleh bertahan hingga sebulan. Setiap batas mampu menghasilkan sehingga dua kilogram cendawan sehari. Anggaran sekiranya pekebun mempunyai 20 batas tandan sawit, ia mampu menjana pendapatan sehingga RM2,700 sebulan. Apa yang lebih istimewa menurut peserta projek adalah cendawan Volvariella ini 100 peratus organik kerana tidak menggunakan sebarang baja mahupun racun serangga. 


CENDAWAN KUKUR (Schizophyllum commune) adalah sejenis cendawan pada kayu reput dari keluarga Schizophylaceae. Keluarga cendawan Schizophylaceae mempunyai banyak spesis yang Tumbuh pada batang kayu untuk proses pereputan. Di Malaysia cendawan kukur dari pokok kayu getah merupakan jenis yang paling popular di kutip untuk dijadikan bahan makanan yang sangat enak dan berkhasiat. Banyak gelaran diberikan kepada jenis cendawan ini mengikut lokaliti seperti Jamur Gerigit (Jawa Muar), Cendawan Tapak Tiung (Negeri Sembilan), Kulat Sisir, Kulat Sisik dan banyak lagi. Saya mengenali akan cendawan ini dari zaman kanak-kanak lagi kerana sering mengutip sendiri di kawasan kebun getah keliling kampung di Muar dahulu terutama selepas musim hujan. Memang seronok mengutip cendawan ini dengan tangan dan mengumpulkannya dalam bekas sebelum dimasak segar. Pada penulis blog proses menanam cendawan sisir sama dengan tanaman cendawan tiram cuma pengeluaran hasilnya saja yang berbeza. Kini dia sudah faham dimana kalau cendawan tiram boleh mengeluarkan hasil hingga lapan kali tetapi cendawan sisir hanya dua kali saja malahan pengurusan tanamannya juga agak rumit. Dua tanaman ini tidak boleh berada dalam satu ‘rumah bongkah’ yang sama. Perlu difahami dimana oleh kerana spora cendawan sisir amat kuat maka ia boleh mematikan cendawan tiram. Sebelum ini pernah pembenihan dua cendawan dilakukan di tempat sama, biarpun dalam jarak masa seminggu dan sudah dibersihkan, namun cendawan tiram tidak sesuai hidup. Teknologi bancuhan beg media juga biarpun menggunakan bahan asas yang sama namun nisbahnya berbeza dan nisbah bahan makanan cendawan sisir lebih daripada tiram. Kesemuanya adalah berkonsepkan Organik. Sehingga kini dia sudah mempunyai 2,000 bongkah dan setiap 1,000 bongkah mengeluarkan15 kilogram (kg) untuk tuaian pertama sementara tuaian kedua 10kg. Lazimnya selepas sebulan diperam beg media akan ditoreh dan dalam masa seminggu sudah boleh dikutip hasilnya namun cendawan ini hanya mengeluarkan hasil sebanyak dua kali saja. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10 dan Part 11. Artikel terakhir dalam 12 siri tulisan mengenai Agrimaths ini juga dibuat posting pada hari terakhir dalam lawatan keluarga penulis blog ke Eropah bermula 1 - 15 Syawal tahun 2018 ini. Diharap siri penulisan Agrimaths dan kupasan panjang saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam dari Eropah!!!...



MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

Ditulis oleh,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Apartment No 30, Pratesterm Apartment,
Wolfgang Schmazl Casse,
18 - 20,  Leopoldstradt,
Vienna, Austria
(5 Syawal 1439H).

Posted from:
Room 210, 2nd Floor,
Hotel Central Spot Prague,
Krakovska, Prague 01,
Prague, Czech Republic.
(13 Syawal 1439H).

Thursday, June 28, 2018

AGRIMATHS - BAJA (Part 11)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan dalam  mentransformasikan dengan lebih hebat sistem untuk perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini pada saya memang mudah dicapai melalui pautan lamanweb iaitu www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Saya ada menulis banyak rencana mengenai baja dalam blog ini untuk dibuat pautan seterusnya (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Artikel subuh ini saya terus menulis lagi didalam blog pertanian "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


BAJA (Fertilizer) merupakan apa-apa bahan, pepejal, cecair sama ada bukan organik atau organik, asli atau sintetik tunggal atau campuran bahan-bahan yang digunakan pada tanah atau tanaman untuk membekal satu atau lebih unsur makanan yang perlu. Baja diberikan untuk menambahbaik tanaman dari segi permakanan, tumbesaran, hasil atau kualiti atau untuk menghasilkan perubahan kepada sifat-sifat tanah yang akan menyumbang dalam penambahbaikan pertumbuhan dan permakanan tanaman. Wah... memang panjang lebar definasi mengenai baja ini!.  Secara umumnya penulis blog yang membaca Agrimaths dan luas ilmu teknikal mengenai baja mendapati industri baja di Malaysia adalah industri yang sangat kompetitif. Pada masa ini di Malaysia terdapat lebih daripada 50 syarikat yang terlibat didalam industri ini yang mengilang, mengimport dan mengeksport lebih daripada 500 jenama baja. Pada tinjauan penulis blog, penggunaan baja kelapa sawit dan baja padi merupakan dua komponen baja yang paling banyak digunakan di negara kita. Baja Padi merupakan satu program khas kerajaan demi mempastikan penghasilan padi dan beras terjamin dalam negara (Sila lihat foto disebelah). Baja padi diberikan melalui NAFAS dan PPK dimana ia menjamin penghasilan padi mencukupi untuk 70% sasaran SSL. Baja KIMIA adalah baja yang  dihasilkan terdiri daripada sebahagian besar bahan bukan organik (inorganic) dan sebahagian bahan organik (sintetik). BAJA TUNGGAL pula adalah baja yang mengandungi hanya satu unsur nutrien utama  seperti Nitrojan (N), Posforan (P) atau Kalium (K).  Contoh baja tunggal N adalah Urea yang banyak diguna untuk tanaman padi. BAJA CAMPURAN pula adalah baja yang mengandungi lebih dari dua atau lebih unsur nutrien (Seperti N, P,K , Mg dl) dimana pembuatannya melalui proses interaksi kimia. Baja ini dikenali juga sebagai Baja Kompoun, Baja Komposit, Baja Kompleks atau Baj MultiNutrien.


Seterusnya dalam Agrimaths dinyatakan Baja ORGANIK iaitu jenis baja yang berasal daripada sebenarnya produk biologi (tumbuhan atau haiwan) dimana kebanyakan unsur nutrien yang terdapat dalam bentuk sebatian organik dan termasuk baja bio. Lazimnya ia mengandungi N organik lebih 1.5% didalamnya. Bagaimana pun kini terdapat produk BAJA ORGANIK DIPERKAYA dimana baja organik tang telah ditambah dengan baja utama dan mikrob seperti NPK. Permintaan baja organik jenis ini kini semakin popular terutama kepada petani sayuran dan buah-buahan. BAJA BIO (Biofertilizer) pula adalah suatu produk baja yang mana ia mengandungi mikroorganisma hidup. Jika digunakan pada biji benih, permukaan tumbuhan atau tanah lazimnya mikrob ini akan berkoloni atau bersimbiosis dengan akar atau pun pada bahagian lain tumbuhan dengan meningkatkan bekalan atau ketersediaan nutrien utama (primer) kepada tanaman. Antara baja jenis ini adalah baja yang mengandungi bahan Rhizobium sp yang mampu mengikat unsur N pada tanah. Baja Kompos asli adalah baja yang dihasilkan melalui proses pereputan tumbuhan atau najis haiwan yang diproses mengikut teknologi tertentu. Penggunaan baja kompos amat signifikan untuk menghasilkan kualiti makanan yang baik. Anda boleh membaca banyak rencana daripada tulisan saya mengenai baja kompos dengan membuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak pautan mengenai baja kompos didalamnya. Pada masa ini baja kompos idkatakan antara jenis baja yang kurang digunakan oleh petani di Malaysia kerana ia agak kurang difahami kepentingannya berbanding dengan baja kimia.


Apabila merujuk kepada Formulasi Baja, amat penting dijelaskan bagaimana baja ini dengan kandungan unsur yang penting didalamnya. Sebagai contoh Baja Urea dengan kuantiti 40 kg satu beg di negara kita ada formulasi 45%N. Ini bermakna kandungan N dalam 46 kg baja urea adalah sebanyak 18.4 kg N didalamnya (Sila lihat foto disebelah). Bagi Baja tunggal Kieserite dibungkus 60 kg satu beg  dengan formulasi 27%.  Ini bermakna setiap beg baja ini mengandungi sebanyak 13.5 kg unsur MgO. Bagaimana pula dengan baja Sebatian 15:5:20:2+TE?... Ini memang rumit untuk  faham mengenai formulasinya.  Baja ini biasa dibungkus 25 kg satu beg.  Jika kadar N sebanyak 15% maka kandungan unsur N sebanyak 3.75 kg,  kandungan 5% Potassium maka ia ada 12.5 kg P2O5, jika ada 20% Kalium maka kandungan sebenar adalah 5 kg K dan akhirnya  2% MgO bermakna ia memang mengandungi 0.5 kg MgO bagi setiap beg baja 25 kg. Apa pun dipasaran untuk tanaman makana dua jenis baja yang paling popular digunakan adalah baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 dimana anda tentunya boleh mengira kandungan setiap unsur NPK didalamnya. Didalam penulis cuba memahami mengenai formulasi baja, memang perlukan kemahiran metamatik didalam mengira kandungan undur nutrien baja didalam setiap jenis baja.


Dalam Agrimaths dipaparkan jadual peratus kandungan nutrien didalam setiap jenis baja bukan organik. Ini kerana setiap baja bukan organik wajip mempaparkan apakah kandungan unsur formulasi untuk membantu memudahkan para pengguna terutamanya disektor makanan dapat membuat pengiraan asas baja yang mesti diberikan kepada tanaman. Ia juga paparkan peratus kandungan nutrien pada jenis Baja Kompos untuk dijadikan bahan rujukkan. Dipaparkan juga carta panduan mencampur baja apabila lebih daripada dua baja tunggal diperlukan. Kaedah ini didapati lebih cekap dan menjimatkan kos. Anda boleh melayari Agrimaths bagi melihat carta panduan mencampur baja dalam Agrimaths. Dipaparkan juga kaedah pengiraan baja mengikut formula yang disediakan. Satu soalan dipaparkan minta ditentukan kuantiti (kg) unsur N, P2O5 dan K2O dalam 50 kg baja sebatian 13:13:21.  Dikirakan dimana dalam 100 kg baja mengandungi unsur N (13kg), unsur  P2O5 (13 kg) dan unsur K2O (21 kg). Setelah dikira jawapannya adalah kandungan N sebenarnya 6.5 kg, kandungan P2O5 sebanayak 6.5 kg dan Kandungan K2O sebanyak 10.5 kg. Dalam pengiraan lain ditanya berapa jumlah setiap unsur bagi menyediakan baja campuran seberat 1 kg dimana asasnya ia gunakan 12 kg N, 6 kg P2O5 dan 22 kg K2O serta 3 kg MgO. Peratus kandungan nutrien dalam baja tunggal tersebut adalah N (46%), P2O5 (46%), MOP (60%) dan Kieserite (27%). Kiraan dibuat dimana kuantiti setiap baja diperlukan untuk formulasi ini adalah 0.26 kg baja Urea, 0.13 kg baja TSP, 0.37 kg Baja MOP dan 0.11 baja Kieserita untuk menjadikan jumlah baja campuran tersebut sebanyak 0.87 kg. Oleh itu bagi menyediakan 1 kg baja campuran yang setara dengan baja CCM 12:6:22:3 memerlukan jumlhah dinyatakan diatas.


Dalam bab baja dipaparkan info mengenai Baja Fertigasi. Tanaman memerlukan nutrien yang seimbang dimana kadar keperluan antara jenis tanaman dan unsur kepada pokok adalah berbeza-beza. Kini penggunaan sistem tanaman fertigasi memerlukan kaedah pembajaan berbeza dengan menanam pada tanah. Dalam kaedah ini baja diberikan mengikut keperluan tanaman. Pemilihan sumber baja yang digunakan untuk dibekalkan dalam siste fertigasi di sediakan terus kepada tanaman dari tangki simpanan baja dan sistem paip yang terus menuju kepada polibeg tanaman. Ia melibatkan penyediaan larutan stok  daripada dua tangki (saiz contoh 100 gelen)  yang diisikan dengan air bersih dan dimasukkan semua bahan formulasi baja ini yang dinak=makan sebagai Baja Set A dan Baja Set B.Kesemua bahan nutrien dibancuh dan diacau sehingga rata sebekum dihantar kepada tanaman. bagaimana pun larutan ini sebaiknya dibirakkan melebihi 24 jam untuk semua bahan kimia tersebut sebati dalam sistem simpanan sebeluk digunakan. Anda beoleh membaca banyak artikel mengenai fertigasi dari blog ini dan beberapa blog lain. Rencana ini ditulis di Melaka dan ia diposting semasa lawatan keluarga penulis blog ke Eropah selama 15 hari. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 210, 2nd Floor,
Hotel Central Spot Prague,
Krakovska, Prague 01,
Prague, Czech Republic.
(13 Syawal 1439H).

Wednesday, June 27, 2018

AGRIMATHS - RACUN MAKHLUK PEROSAK (Part 10)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga turut menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


Bab Racun Makhluk Perosak dalam Agrimaths merupakan satu bab yang perlu dirujuk oleh ramai pengguna. Ini kerana Racun makhluk Perosak yang didaftarkan dibawa Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Racun ini juga adalah apa-apa bahan yang mengandungi bahan perawis aktif atau apa-apa persediaan, campuran atau benda yang mengandungi mana-mana satu perawis aktif itu atau lebih sebagai satu daripada juzuknya. Penulis blog apabila membaca penerangan ini agak lambat untuk faham tetapi memang tahu dimana racun makhluk perosak adalah bahan terkawal.  Perawis Aktif (Active ingredient) dalam racun ini merupakan bahan yang mempunyai sifat-sifat racun makhluk perosak dan yang memberikan sifat-sifat racun makhluk perosak kepada sesuatu bahan, benda, persediaan campuran, dan perawis itu merupakan satu daripada juzuk  dalam bahan, benda, persediaan ata campuran.  Membaca pengenalan dinyatakan memang sukar difahami kerana ia adalah bahasa undang-undang. Racun jenis ini selalu digunakan petani bertujuan untuk mengawal, mengurangkan, membunuh atau juga membasmi semua perosak tanaman. Sebagai contoh racun jenis Malathion merupakan sejenis racun serangga yang paling meluas digunakan untuk mengawal serangga yang menyerang tanaman dalam semua peringkat kitaran hidup serangga perosak tersebut (Sila lihat foto disebelah). Saya ada menulis berpuloh malahan beratus mungkin mengenai perosak tanaman, penyakit  tanaman, kawalan serangga perodak dan bahan kimia yang sesuai digunakan. Ia boleh diakses dari beberapa pautan seperti (Sila klik disini), (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Memang banyak artikel mengenai beberapa produk racun makhluk perosak yang dipaparkan dalam blog ini untuk dijadikan  bahan rujukkan.


Dalam Agrimaths dipaparkan beberapa jenis racun kimia untuk mengawal perosak dan musuh tanaman. Antara beberapa jenis racun maklhluk perosak adalah Racun Serangga, Racun Rumpai, Racun Racun Kulat, Racun Hama, Racun Anai-anai, Racun Tikus, Racun Siput, Racun Nematod dan Racun BurungSemua jenis kategori racun ini menurut penulis blog adalah dihasilkan untuk tujuan berlainan. Antara jenis racun paling banyak digunakan adalah racun rumpai, racun serangga dan racun kulat. Racun rumpai (Herbicide) ada pelbagai jenis daripada jenis yang bertindakbalas sebagai Racun Sentuh (Contact weedicide) kepada jenis Racun Serap (Systemic weedicide).  Racun Serangga digunakan untuk mengawal serangga perosak begitu juga dengan racun Kulat untuk mengawal kulat (Fungicide). Terdapat juga jenis racun khusus megawal cacing nematod dikenali dengan nama Nemacur (Sila lihat foto disebelah). Ia hanya berfingsi untuk mengawal cacing nematod dalam tanam yang merosakkan tanaman. Pemilihan jenis racun atau bahan kimia yang tepat dan penggunaan mengikuti peraturan pada label adalah penting.


Perumusan (Formulasi) Racun makhluk Perosak adalah campuran pelbagai bahan untuk menghasilkan produk yang berguna dan berkesan bagi tujuan yang dinyatakan. Ia adalah bentuk racun mahkluk perosak yang dibeli oleh pekebun atau pengguna. Terdapat beberapa bentuk rumusan produk racun dipasaran seperti Pekatan  teremulasi (Emulsifiable Concentrate - EC), Serbuk Bancuh (Soluble Powder - SP), Serbuk Bancuh (Wettable Powder - WP), Debu (Dustable Powder - DP), Butir (Granule - GR) dan juga Aerosol (AE) dan beberapa lagi. Dalam Agrimaths juga dijelaskan mengenai Bahan Perawis Aktif atai Active Ingredient (AI). Senarai bahan perawis yang diluluskan di Malaysia terdapat didalam Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Pindaan 2004). Terdapat banyak jenama untuk perawis yang sama dipasaran bergantung kepada jenama yang berlainan. Semua produk racun ini akan diberikan nombor pendaftaran seperti mana dililuskan oleh Lembaga Racun Makhluk Perosak atau No LRMP. Ada 5 syarat yang mesti dipatuhi oleh pengilang racun dimana ia diketahui terlebih dahulu. Pada label akan ditulis Kandungan Bahan Perawis dalam suatu racun, Kadar racun yang disyorkan bagi 10 liter air, Kadar Racun Sehektar, Isipadu semburan sehektar dan keluasan kawasan dalam hektar. Racun Slash 270 sebagai contoh adalah sejenis racun rumpai yang lengkap dengan label untuk dirujuk (Sila lihat foto disebelah). Racun ini dijual dengan harga RM46.00 sebotol di Kedai Hup Soon Agriculture Trading di Mantin, Negeri Sembilan sebagai rujukkan. Dalam Agrimaths dinyatakan beberapa contoh kaedah mengira keperluan racun untuk digunakan didalam kebun.


Bab terakhir didalam Agrimaths untuk perkara ini adalah Kalibrasi Semburan Cecair (Menggunakan alat penyembur galas). kalibrasi bertujuan untuk menentukan kadar penggunaan cecair campuran racun yang digunakan oleh pekebun atau pekerja ladang bagi suatu kawasan tertentu (Sila lihat foto disebelah). Jika kadar semburan racun makhluk perosak kurang daripada yang disyorkan pada label maka apa yang berlaku adalah kawalan kurang berkesan. Formula untuk menentukan kalibrasi bergantung kepada beberapa faktur iaitu Kelajuan Berjalan Semasa Semburan (meter/minit), Lebar Semburan, Kadar Semburan , Menggunakan Air Sahaja dan sebagainya. Perlu tahu dimana alat semburan telah dikalibrasi dahulu dengan kaedah semburan. Sebaliknya jika diberikan berlebihan akan menyebabkan fitotoksik kepada tanaman dimana ia akan meninggalkan sisa baki racun kepada hasil tuaian. Kesan sisa baki racun (Residual Level) akan menyebabkan kualiti hasil terjejas dan tidak sihat. Semua peroduk sayuran dan buah-bauah segar akan di ukur Minimum Residual Level (MRL) untuk menentukan kandungan racun didalamnya. Semburan racun yang tebat dengan kalikalibrasi betul membolehkan keberkesanan kepada kos dan kecekapan. Artikel ini diposting dalam lawatan penulis blog ke Eropah selama 2 minggu dari 1 - 15 Syaw1l 1439H. Semuga tulisan ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 604, Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29,
77900, Olomuc,
Czech Republic.
(28 Ramadan 1439H).
Posting dari:
Midnight REGIO Express Train,
Budapest to Prague,
Hungary-Austria-Czech Republic.
(12 Syawal 1439H).

Tuesday, June 26, 2018

AGRIMATHS - ALIRAN KEWANGAN (Part 9)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia juga ada menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.

Dalam Agrimaths bab Aliran Kewangan (Cashflow) dinyatakan dimana daya maju sesuatu projek tanaman dikira dahuku sama ada ia boleh memberikan keuntungan  atau sebaliknya. Terdapat banyak cashflow disediakan oleh Jabatan Pertanian daripada tanaman sayuran dan singkat masa, buah-buahan dan juga tanaman kekal serta industri berkaitan pertanian. Penulis blog merupakan seorang yang menyediakan cashflow untuk Jabatan Pertanian sejak lama dulu dimana saya banyak membuat tinjauan teknologi dilapangan (Sila lihat foto disebelah). Saya juga terlibat dengan memberikan ceramah teknikal mengenai cashflow dimerata lokasi sehingga keluar negara mengenai perkara ini. Saya juga banyak menulis artikel mengenai cashflow tanaman dan komoditi lain dalam blog ini meliputi banyak jenis tanaman (Sila klik disini), (Sila Klik disini), (Sila klik disini) dan banyak lagi. Jabatan Pertanian ada menerbitkan beberapa siri maklumat anggaran kos pengeluaran dan pendapatan beberapa jenis tanaman sayuran popular terpilih dan juga buah-buahan terpilih setiap 2-3 tahun sekali. Anda juga boleh google dalam blog Anim agro Technology beberapa cashflow tanaman (ada beberapa penyesuaian perlu dilakukan terutama pada harga bahan inout semasa dan harga ladang semasa).

Dalam analisa aliran kewangan, apa yang perlu dikatakan adalah beberapa perkara seperti Pendapatan Kasar Ladang (Gross Farm Income), Pendapatan Bersih Ladang (Nett Farm Income), Harga Titik Pulang Modal (Breakeven Point), Nisbah Faedah Kos (BC Ratio), Nilai Kini Bersih (NPV) , Kadar Pulangan Dalaman (IRR) dan beberapa lagi seperti analisa Sensitiviti. Pendapatan kasar ladang adalah jumlah semua nilai wang yang diterima setelah menjual semua hasil tanaman dari ladang pada harga peringkat ladang. Bagi buah-buahan ia dikira mengikut tahun dan bagi tanaman sayuran dikira mengikut musim sehektar. Sebagai contoh untuk tanaman sawi menerima hasil 12,000 kg dengan harga RM1.00 maka pendapatan kasar cili adalah RM12,000 semusim. Kos Pengeluaran ladang adalah jumlah semua kos input, kos burus dan sebagai nya yang dikeluarkan petani. Pendapatan bersih ladang adalah menolak Pendapatan kasar ladang dengan Junlah Kos Pengeluaran. Harga Titik Pulang Modal adalah paras harga minima yang dikira dengan kaedah membahagikan jumlah kos pengeluaran dengan jumlah hasil ladang (dalam unit Kg/ tongkol dsb). Sebagai contoh jika jumlah hasil sawi adalah 12,000 kg semusim dengan kos pengeluaran sebanyak RM6,500 sehektar maka nilai titik pulang modal adalah RM0.54/kilogram. Ini bermakna petani perlu menjual sayur sawi lebih dari RM0.54 untuk meraih keuntungan. Jika dia menjual RM1.00 sekilogram maka sudah ada margin keuntungan RM0.46/kg.

Didalam Agrimaths untuk dijadikan bahan rujukkan telah disediakan beberapa jenis cashflow tanaman popular yang boleh dirujuk. Tanaman cili merah sebagai contoh memberikan hasil 12,400 kg sehektar semnusim dengan harga ladang RM5.00/kg menjadikan pendapatan kasar sebanyak RM 52,000. Jumlah kos pengeluaran bahan input cili merah RM15,502.83, Jumlah Kos Buruh sebanyak RM12,875.00 dan jumlah kos pelbagai RM 852.00 menjadikan jumlah semua kos adalah RM33,237.33. Oleh itu jumlah pendapatan bersih sehektar tanaman cili adalah sebanyak RM15,438.93 sehektar. Setelah dikira didapati harga titik pulang modal cili merah adalah RM3.53 sedangan harga jualan RM5.00. Jadi tanaman cili ini menguntungkan kerana harga jualan ladang lebih dari  harga tirik pulang modal. BC Rationya pula bernilai 1.42 dimana ini menunjukkan bahawa setiap RM1.00 dilaborkan terhadap tanaman cili merah berikan pulangan sebanyak RM1.42/ kg iaitu ianya menguntungkan. Disertakan juga dalam Agrimaths cashflow untuk tanaman cili fertigasi terbuka, Cashflow tanaman buah-buahan, cashflow tanaman kelapa. orkid, cendawan, lebah dan kelulut serta tanaman orkid.


Terakhir dalam bab ini dinyatakan mengenai kepentingan Buku Rekod Ladang untuk digunakan sebagai aktiviti mengumpulkan maklumat diladang. Ia akan mencatit segala aktiviti dalam pengurusan ladang, menyedia data untuk analisa untung rugi dan membuat tindakkan pembetulan  atau menambahkan lagi maklumat untuk tambahbaik projek tanaman ini.  banyak faedah yang boleh digunakan petani dalam menganalisa rekod ladang. Maklumat ini boleh digunakan mengenai kegiatan ladang mengikut jadual tersusun untuk prodikviti tanaman. Terdpat beberapa buku mengenai rekod ladang disediakan sama ada yang diberikan oleh Jabatan Pertanian atau dibuat sendiri oleh petani yang akan dirujuk semasa pemeriksaan persijilan MyGAP. Ini kerana dengan adalnya rekod ladang sahaja akan mana ia membolehkan petani dibuat akreditasi ladang bagi tujuan mendapatkan persijilan MyGaP. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 6, Part 7, Part 8, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Room 604, 6th Floor,
Confort Hotel Olomuc Centre,
Wolkerova 29, Olomuc City,
Czech Republic.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 301, Bo18 Hotel,
Vajdahunyad utca 18,
H-1082, Budapest,
Hungary.
www.bo18hotelbudapest@bo18hotel.hu
(12 Syawal 1439H).

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...