Support My Blog

Sunday, June 3, 2018

'BLACK SPOT' PADA NANAS MD2

'BLACK SPOT' pada nanas MD2 merupakan satu masaalah kepada pengusaha nanas yang perlu dikenalpasti akan penyebab dan kaedah kawalannya. Tanaman nanas (Ananas commosus) merupakan satu industri yang semakin menarik minat ramai usahawan terutama usahawan golongan muda. Kini nanas varieti MD2 telah mula dikenali ramai kerana kualitinya yang amat manis, tidak lidas serta aromanya yang enak dan harganya yang agak tinggi berbanding dengan nanas lain. Nanas MD2 (MD bermakna 'Millie Dillard') yang telah dibawa masuk ke Malaysia kurang 8 tahun dulu telah menjadi satu fenomena kepada industri nanas apabia ianya mendapat permintaan baik dikalangan penanam nanas diatas tanah mineral berbanding dengan banyak varieti lain sedia ada. Tanaman nanas MD2 kini diusahakan oleh pihak estet, usahawan bersaiz keluasan lebih 5 hektar sehingga pekebun-pekebun kecil kurang 1.5 hektar. Perkapita makan nanas negara telah meningkat daripada hanya sebanyak  8 biji seorang setahun pada 2010 kepada sebanyak 14 biji seorang setahun pada tahun 2017. Nanas MD2 meruoakan diantara penyumbang tertinggi dikalangan pengguna tempatan disamping nanas Josapine dan MD2 untuk pasaran segar. Harga nanas premium MD2 diladang jauh lebih tinggi daripada varieti lain dengan julat harga diantara RN2.50 - RM4.00 sekilogram bergantung kepada lokaliti dan kualiti buah nanas MD2 dihasilkan. Penulis pernah juga memantau dibeberapa lokasi dimana sebiji buah besar nanas MD2 mencecah harga runcit RM25.00 sebiji. Ini bermakna pembeli yang selalu makan nanas MD2 tahu keenakan buah nanas ini dengan membeli 2 biji buah nanas MD2 dengan membayar sekitar RM40 - RM50 tanpa banyak soaljawab. Pengguna kini faham kualiti nanas MD2 adalah menyamai kehebatan buah Durian Musang King, Mangga Harumanis Perlis dan beberapa buah premium yang lain. Bagaimana bagi penanam nanas MD2 ada beberapa isu agronomi yang perlu diselesaikan seperti masaalah harga benih yang mahal, serangan penyakit reput perdu (BHR), serangan babi hutan, harga tidak menentu untuk kualiti kurang elok dan juga terkini serangan 'black spot' pada buah nanas. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai aduan beberapa usahawan nanas mengenai masaalah ini.


Tinjauan penulis blog didua ladang nanas yang luas menerima aduan mengenai serangan 'black spot'. Melihat buah nanas MD2 yang baru dipetik dan disiapkan untuk dipasarkan (sama ada domestik atau eksport) mereka tidak dapat melihat tanda serangan ini dengan jelas (Sila lihat foto disebelah). Ini kerana tanda hitam pada mata buah (lazimna ada satu atau dua tanda ini) yang kecil sahaja untuk dilihat dengan matakasar. Tanda ini seakan tanda berlaku suntikan (injection) oleh serangga kecil pada salah satu mata buah nanas MD2. Jika tidak diteliti dengan betul atau jika hanya melihat buah ini dengan matakasar lazimnya memang tanda serangan pada buah tidak dapat dikesan. Buah nanas MD2 indeks '0' pun sudah dihormon 130 -135 hari telah sesuai untuk dipetik bagi pasaran eksport apa lagi boleh juga dipetik untuk pasaran domestik. Bagaimana pun jika buah ini telah ada tanda suntikan oleh perosak disyakki seperti serangga jenis kepiding, nyamok helopeltis atau serangga lain sedang dikenalpaasti memang menjejaskan kualiti buah. Walau pun perangkap serangga dipadang dikawasan yang pernah kena serangan ini tetapi belum ada tangkapan jenis serangga yang menjadi kemungkinan penyebab utama. Kalau hendak didakwa sebab berlakunya adalah akibat perubahan fisiologi atau akibat cuaca disekitarnya tidak mungkin kerana tanda serangan adalah bertumpu (spotted) seakan serangan oleh jenis serangga. Penulis juga ada menerima komplen yang sama dari Ladang Nanas MD2 Anzeco pada bulan Januari 2018 lepas. Pengurusan ladang Anzeco nyatakan ia tidak selalu berlaku masaalah seperti ini dan ramai pemborong dan pembeli yang datang balik komplen perkara ini akibat kualiti buah MD2 terjejas.


Bagaimana pun kejadian ini tidak banyak berlaku dikawasan penanaman diatas tanah tinggi. Pemeriksaan dan pemantauan penulis di Ladang MD2 Seri Menanti, Ladang Mata Naga dan Ladang FIMA di Projek Pertanian Moden, Kluang dilaporkan tidak ada akan kejadian seperti ini. Lawatan penulis di Seri Menanti mendapati kawasan ini tiada berlaku kes serangan seperti ini (Sila lihat foto disebelah). Penulis blog telah menghubungi beberapa orang pegawai daripada Bahagian Biosekuriti, Jabatan Pertanian Malaysia untuk membuat tinjauan dan meminta mereka mengenalpasti punca masaalah, jenis perosak dan kaedah kawalan yang disyorkan. Sehingga blog ini ditulis mereka belum dapat membuat sebarang tangkapan lagi serangga perosak dikebun nanas terlibat. Bagaimana pun kerosakkan buah nanas ini didakwa ada hubungkait dengan gangguan pada mata buah nanas semasa proses pembentukan buah iaitu pada peringkat awal lagi. Dalam beberapa kali penulis blog cuba merujuk pakar nanas ada yang menyatakan ia adalah kesan 'secondary'akibat berlakunya serangan oleh serangga pada peringkat awal pembentukkan buah. Oleh itu jika memasang perangkap serangga sebaiknya ketika buah nanas masih muda lagi bukan pada pokok dimana buah telah hampir masak. Kajian lanjut perlu dijalankan sehingga masaalah ini dapat diatasi.


Kejadian sama pernah penulis blog juga menerima aduan dari pekebun nanas di Ladang Anzeco, TKPM Lanchang, Temerloh pada Januari 2018. En Bakri yang menyatakan serangan ini berlaku pada buah nanas MD2 yang menyebabkan pembeli buah dari ladang tersebut telah buat komplen. Ini kerana apabila buah nanas MD2 yang dibeli pengguna dibelah, maka ada black spot didalamnya dan tidak sesuai untuk dimakan. Bergantung kepada tahap serangan kadang kala bahagian isi yang tidak boleh dimakan mencecah sehingga 15-29%. Walau pun semasa dibeli memang tanda serangan kurang jelas dapat dilihat tetpi sebenarnya pemilik kebun nanas perlu lebih teliti memeriksanya (Sila lihat foto disebelah). Ia seakan tidak rosak pada mata buah dan hana warna coklat yang kecil sahaja dikulit luarnya tetapi bila buah nanas ini dibelah ada kerosakan didalamnya (Sila ihat foto paling bawah sekali). Buah ini nampak cantik tetapi jika pengguna dalam negara atau luar negara membelinya tentu akan kecewa. Mereka ini akan tidak mehu membeli buah nanas dari pembekal atau kebun yang sama.


Mengenai buah nanas MD2 untuk eksport, sehingga kini ianya dihantar ke beberapa negara termasuk Ke China. Buah yang berkualiti dengan purata saiz 1.4 - 1.8 kg akan diperiksa dan dirawat dahulu sebelum disuaun didalam kotak mengikut gred (Sila lihat foto disebelah). Bergantung kepada gred dan kualiti harga ladang untuk tujuan pasaran nanas MD2 diantara RM1.80 - RM 2.50 sekilogram. Biasanya untuk rawatan ke luar negara terutama ke China disyorkan untuk dirawat dengan gas vapourmate untuk mempastikan ia selamat dimakan dan selamat dimakan. Sati kotena boleh dimuatkan dengan sekitar 2,100 kotak nanas dengan muatan sekitar 12,000 - 13,000 biji buah. Masaalah serangan seranggayang menyebabkan 'black dot'ini jika berlau menyebabkan buah akan busuk apabila sampai dinegara pengimport dan pastinya ia menyebabkan hilang kepercayaan dan tidak mahu membayarnya. Sebaiknya ada satu kaedah bagaimana untuk mengesan masaalah ini kerana dimaklumkan ia bukan selalu berlaku dan bermusim sahaja. Diharap perkara ini dapat dikenalpasti punca kepada masaalah dan kaedah pencegahannya. Penulis blog masih menunggu laporan daripada pakar-pakar di Jabatan Pertanian dan jika ada orang luar yang  tahu perkara ini boleh berbincang bersama. Semuga anda mendapat info berguna membaca rencana ini. Makluumat teknikal diperlukan didalam mengenalpasti isu ini. Wasalam!!...
NANAS MD2 DITUAI... PERLU DIPERIKSA...
ADDA SUNTIKKAN... SEBAGAI TANDANYA...
BUAH DIBELAH.. HITAM ROSAK TANDANYA,,,
PERLU DIKAWAL... ELAK KEROSAKANNYA...


By, 

M Anem,
Senior Agronomist,
Room 510, Hotel Marriot,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(2 Syaaban 2018).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...