Support My Blog

Monday, June 25, 2018

AGRIMATHS - KEJURURTERAAN PERTANIAN (Part 8)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada semua pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk ianya digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan asal buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.


Apabila anda klik butang ''Kejuruteraan Pertanian'' dalam aplikasi Agrimaths diberikan pengenalan iaitu ia merupakan satu bidang yang luas meliputi semua aspek pertanian termasuk penyediaan kawasan, infrastruktur, pengairan, saliran, aktiviti lepas tuai dan pemprosesan serta banyak lagi skop kejuruteraan pertanian. Ia merupakan satu cabang ilmu kejuruteraan yang memberi pengkhususan kepada keperluan-keperluan dalam bidang pertanian. Bagaimana pun aspek kejuruteraan yang dinyatakn didalam Agrimaths ini menjurus kepada keperluan untuk digunakan oleh Jabatan Pertanian sahaja. Sektor ini mempunyai 8 tajuk utama iaitu Mekanisasi Pertanian, Operasi Ladang, Pemilihan trektor dan implemen, Sistem Pengairan, Keperluan kuasa pam air, Sumber air, Saliran ladang dan juga Struktur dan Infrastruktur ladang. Mekanisasi Ladang didefinasikan sebagai aplikasi mekanisasi dalam sektor pertanian dimana ia telah mengubah senario pertanian dari berusha secara sendiri kepada perusahaan pertanian bertahap komersil. Jentera ladang meringankan dan memudahkan pelbagai kerja ladang seperti penyediaan tanah, penanaman, penjagaan tanaman, pengairan dan aktiviti penuaian hasil.


Traktor (tractor) merupakan sejenis jentera yang digunakan dimana ia digerakkn oleh enjin dan direka untuk melakukan pelbagai jenis kerja ladang melalui penggunaan implemen. Traktor pertanian kini mempunyai ciri-ciri yang memudahkan kerja-kerja serta dapat meningkatkan kecekapan seperti stering berkuasa, brek berkuasa, penyangkut tiga penjuru, pelbagai jenis sistem penghantaran kuasa serta aci sadap kuasa (PTO), ruang pemandu selesa berhawa dingin, dan sebagainya. Penulis blog juga faham dimana ada beberapa kategori traktor pertanian yang perlu difahami. Agrimaths mempaparkan Traktor Dua Roda dan Traktor empt roda. Traktor dua roda merupakan traktor sesuai untuk kawasan kebun kecil kendalian tangan (Sila lihat foto disebelah). Selalu diguna untuk kerja membajak dan merotor dengan lazimnya ia akan menggunakan injin mempunyai satu selinder mempunyai injin dari 5 kuasa kuda hingga 16 kuasa kuda. Trektor ini menggunakan roda besi untuk kerja disawah dan roda bertayar getah untuk kerja didaratan. Ia mempunyai sistem brek untuk mengawal perjalanan dan mempunyai implemen rotor untuk tujuan menghancurkan tanah. Penghantaran kuasa adalah melalui tali sawat bagi mengoperasi sistem rotor manakala drawbar digunakan untuk penyambungan implement. Trektor ini dipasangkan dengan pelbagai implemen sepertr rotor, pembajak piring atau plough, turnover ridger, alat perata tanah sawah, treller, alat penyembur, mengopersasi pam air dan banyak lagi kegunaanya. Antara jenama trektor 2 roda di negara kita seperti KUBOTA, MASPOTT, JENTANI dan beberpa lagi buatan China.  Ada trektor ini dijadikan satu kenderaan pengangkutan membwa hasil ladang dan juga manusia.


Trektor 4-roda pula merupakan trektor yang ada 4 roda dengan kuasa antara 15 - 100 kuasakuda. Trektor ini mempunyai banyak kegunaannya daripada untuk membajak tanah, membaja, menyembur racun, merumput, tujun pengangkutan dan banyak fungsi lagi (Sila lihat foto disebelah).  Rekabentuk dan binaan trektor jenis ini disesuaikan dengan penggunaanya iaitu disawah, daratan dan juga di bawah SPH dan sebagainya.  Ia dilengkapkan dengan pcuan 4 roda dan stering berkuasa dengan ada kotak gear yang kuat. Delengkapkan dengan PTO untuk penghantaran kuasa bagi implemen lain yang berputar seperti pemotong rumput, pembajak putar dan juga implemen pelbagai fungsi. Trektor 4 roda ini mempunyai banyak jenma dan pembuatnya tetapi yang popular di Malaysia seperti FORD, Massey Fergussion, Farm Trac, KUBOTA dan beberapa lagi. Bergantung kepada kapasiti dan kegunaan harganya juga berbeza daripada dibawah RM20,000 seunit sehinga melebihi RM250,000 seunit. Ramai dikalangan pemilik traktor yang menjalankan perniagaan untuk mengambil upah membajak tanah sebagai satu perkhidmatan dalam sektor pertanian.


Dalam operasi ladang perlu dilakukan banyak kerja awalan seperti pembersihan kawasan dengan menggunakan jentera seperti Excavator (Kobe), JCB (Backhoe loader) dan sebagainya (Sila lihat foto disebelah). Keperluan jentera ini juga digunakn untuk membina jalanladang, sistem perparitan, kolam simpanan air, merata tanah dan sebagainya. Trektor pula akan membajak tanah dikebun agar tanah menjadi gembur dan sesuai dijalankan aktiviti penanaman. Antara jenis bajak adalah seperti Bajak Sepak (mouldboard), Bajak Piring (Disc plough), Bajak Pahat (Chisel) dan juga Bajak Sub-Tanah (Subsoiler). Membajak tanah adalah satu kemestian bagi tanah yang baru dibuka. Kemudian bagi sesetengah ladang ia memang perlu dibuat batas tanaman. Agrimaths mempaparkan banyak formula dan panduan bagaimana hendak membuat pemilihan traktor dan implement yang boleh dirujuk. Sistem Pengairan dalam kebun aat penting disediakan. Ia bertujuan untuk membekalkan air dan kelembapan kepada tanaman terutama dimusim kering dimana ia menentukan hasil tanaman. Terdapat dua sistem pengairan iaitu Sistem Pengairan Renjis (Spinkler system) dan Sistem Pengairan Titis (Drip irrigation). Dalam agrimaths diterangkan jenis-jenis sistem pengairan ini sama ada ia Makro atau mikro serta ciri-ciri sistem pengairan tersebut. Penulis blog banyak menulis mengenai sistem pengairan ini yang boleh dibuat pautan (Sila klik disini), (Sila klik disini) dan beberapa lagi. Dalam agrimaths juga diterangkan pemilihan pam air dan sistem pengairan yang sesuai untuk dirujuk. Bagaimana mnyediakan dan mendpatkan sumber air juga ada dijelaskan didalamnya.


Saliran ladang merupakan asas penting didalam menyediakan ladang untuk penanaman terutaa tanaman makanan dan sayur-sayuran. Parit memang penting bagi mengelakkan kejadian air bertakung yang mana ia akan merosakkan tanaman. Oleh itu sistem perparitan sempurna mesti dilakukan terutama dikawasan tanah rendah yang mudah dilanda banjir. Terdapat banyak jenis parit yang dibina bergantung kepada tujuan dan keperluan. Ia boleh dikelaskan kepada Parit Tertier, Parit Sekunder dan juga arit Utama. Bergantung kepada ukuran dan panjang, anggaran kos memang berbeza dan ianya memerlukan satu perancangan teliti sebelum kerja menggali parit dilakukan (Sila lihat foto disebelah). Penulis bloh banyak pengalaman didalam membuat kerja menggali sistem perparitan ini termasuk membina parit besar untuk mengelakkan daripada haiwan liar seperti Babi Hutan, Gajah dan sebagainya memasukki kedalam kebun pertanian. Jika hendak melihat spesifikasi parit dan anggaran harga boleh dirujuk didalam sifir didalam Agrimaths ini.


Akhir sekali didalam tajuk Struktur dan Infrastruktur ladang Agrimaths menyentuh mengenai pembangunan sebuah ladang yang perlu untuk kegunaan harian. Ia merupakan pelabura untuk jangkamasa panjang seperti jalanladang yang lebih sempurna bagi mengangkut hasil keluar dengan cekap dan selamat. Bagi infra jalanladang terdapat beberapa jenis jalan ladang iaitu Jalan Tanah Merah (Sila lihat foto disebelah) dan ia adalah paling popular, Jalan Batu Putih (Crusher run), Jalan Premix dan Jalan Konkrit. Kos menyediakan jalan ini berbeza mengikut jenis jalan yang hendak dibina, jarak dari bekalan bahan membuat jalan, jenis permukaan tanah (lembut atau keras), ketebalan jalan dan jenis keenderaan dikebun yang akan menggunakannya. Dalam agrimaths dipaparkan juga jadual untuk membina Struktur Pelindung Hujan (SPH) dan juga beberapa infra ladang lain berkaitan untuk dirujuk. Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...


MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from:
Room 301, Bo18 Hotel,
Jozsefvaros, Budapest,
Hungary.
(11 Syawal 1439H).


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...