BLACK NETTING (JARING HITAM) merupakan sejenis bahan digunakan untuk melindungi buah nanas darpada masaalah kejadian buah terbakar (Scorching). Buah nanas (Ananas comosus) yang hampir matang dan terdedah dengan sinaran terik matahari sering menghadapi masaalah rosak akibat suhu tinggi pada bahagian atas tanaman nanas terutama pada waktu tengahari sehingga waktu petang. Kejadian terbakar (scorching) ini menyebabkan buah nanas akan kurang berkualiti sehingga tidak boleh dimakan atau dijual. Oleh itu untuk mengurangkan kesan dari kerosakkan ini pengusaha nanas akan melindungi buah nanas mereka dengan menutup menggunakan pelagai kaedah. Antara cara digunakan untuk melindungi buah nanas ini adalah dengan meletakkan kain percha, kertas suratkhabar, penutup khas plastik buah nanas (Anda boleh baca - Sila klik disini), pelepah kelapa sawit, rumput kering dan terkini ramai pengusaha yang menggunakan jaring hitam (Blcck Netting). Hasil tinjauan penulis blog anim agro technology diseluruh negara mendapati kesedaran petani untuk menutup buah nanas mereka dengan pelbagai kaedah perlindungan telah menyebabkan kualiti buah nanas mereka meningkat dan tidak rosak. Di Semenanjung Malaysia lazimnya cuaca panas terik berlaku dengan ketara pada bulam Febuari - Mei dimana suhu dipermukaan buah pada pokok nanas pernah mencecah lebih 40 Celcius terutama pada kawasan tanah gambut. Penulis yang membuat ujian di ladang Kg Parit Sikom, Pontian, Johor pada jam 3.00 petang bulan Arpil lepas mendapati suhu disekitar pokok nanas (1 meter) sekitar 42 Celcius. Pada suhu ini beberapa varieti nanas boleh lebam atau terbakar akibbat suhu tinggi. Bagaimana pun kesedaran petani terutama beberapa jenis nanas varieti premium seperti Nanas MD2, Nanas Golden Diamond, Nanas Josapine dan beberapa varieti lagi meletakkan bahan pelindung buah nanas. Artikel petang Jumaat ini saya menulis dalam ''Anim Agro Technology'' mengenai teknologi pengurusan penggunaan black netting untuk dikongsi bersama pembaca seua.
Dalam tinjauan teknolgi penulis diladang nanas Kg Bumbungan, Sook, Keningau, Sabah mendapati kaedah ini amat praktikan digunakan untuk kawal kerosakan akibat sinaran panas matahari (Sila lihat foto disebelah). Kebun nanas seluas lebih 25 hektar ini ditanam dengan nanas varieti Golden Diamond (Varieti ini masih belum didaftarkan lagi dengan Jabatan Pertanian). Pemilik kebun iaitu Dato Yap menanam nanas varieti ini kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dipasaran dan boleh dikelaskan sebagai varieti nanas premium setanding dengan Nanas MD2. Menurutnya teknologi menutup buah nanas yang hampir masak perlu dilakukan kerana sebelum ini belau dapati banyak buah nanas yang rosak kesan 'terbakar' akibat suhu panas. Dari pengalaman beliau melawat projek nanas di Taiwan mendapati memang perlu melindungi buah nanas ini dengan pelindung yang mudah diuruskan pemasangan dan berkesan mengatasi masaalah kerosakkan buah nanas. Buah nanas yang dilindungi dengan black netting ini kini hanya sedikit sahaja yang rosak setelah menggunakan pelindung jenis ini. Ia membeli black netting ini diimport daripada Australia (bukan produk tempatan) kerana ia memberikan perlindungan optimum dan boleh digunakan sehingga 4-5 tahun. Netting ini sesuai direntang dan digulong semula selepas digunakan.
Ladang Nanas disini agak istimewa kerana kedudukannya adalah pada kawasan tanah tinggi di kawasan Jalan Keningau-Tawau yang melebihi 250 meter dari paras laut. Penelitian oleh penulis mendapati nanas yang ditanam dikawasan tanah tinggi selalunya akan memberikan kualiti buah yang lebih baik dan cepat berhasil berbanding dengan nanas yang ditanam diatas tnah rendah. Nanas yang ditanam didakwa Dato Yap daripada jenis Golden Diamond dimana asal benihnya didapati daripada kebun-kebun petani berhampiran dian dibiakkan sendiri oleh beliau. Penelitian penulis dan rakan-rakan yang mengikuti tinjauan teknologi ini mendapati bentuk dan ciri-ciri buahnya seperti daripada keluarga Queen iaitu menyerupai jenis nanas Moris daripada bentuk buahnya dan juga rongga dibahagian aas buah yang masak. Bagaimana pun pemilihan anakbenih baik dan pengurusan baik membolehkan bentuk nanas ini seakan bentuk yang lebih silindrical (Sila lihat foto disebelah). Penggunaan baja kompos dari ladang lembu tenusu beliau yang diberikan membuatkan nanas dari ladang ini dengan mudah mencecah sehingga 18 darjah Brix's kemanisan dari ujian menggunakann refractometer di kebun semasa lawatan dilakukan. Semua pokok nanas ditanam diatas batas setinggi 20 cm dengan direntangkan plastik silvershine dan kawalan rumpai dijalankan dengan baik. Bagaimana pun terdapat sedikit masaalah saliran dimana air yang bertakung menyebabkan kersoakan kepada pokok nanas. Dikawasan penanaman nanas plot baru pemilik kebun membuat sistem perataan permukaan ladang dan menggali sistem saliran dengan lebih sempurna.
Setiap batas tanaman nanas telah diukur sepanjang 120 kaki yang mana jarak ini amat sesuai untuk meletakkan satu gulong black netting (Sila lihat foto disebelah). Dari hujung batas sehingga kepangkalnya maka black netting ini akan di tarik diatas pokok dan buah nanas sehingga semua buah nanas terlindung. Cara mengikat black netting ini dengan membuat lubang pada bahagian tepi netting untuk membolehkan jambul buah nanas terkeluar sedikit dan ini membolehkan netting hitam tidak terbang ditiup angin atau terlucut semasa merentangnya. Ia diletakkan semasa pokok nanas berbuah sekitar 80 - 90 hari selepas dihormon atau dibubuh karbid untuk pembungaan. Nanas ini akan disembur dengan bahan penggaak akar dengan jenama 'Buah Nanas' dicampurkan dengan bahan Ethrel dan diletakkan pada pokok nanas yang diprogram untuk pengeluaran buah nanas. Selesai buah masak dan dipetik maka black netting selebar 1 meter ini akan digulong semula dan akan digunakan untuk pusingan menanam pokok nanas musim berikutnya. Ia mudah digulong semula dan juga ringan serta mudah untuk digunakan semula. Kaedah dan teknologi ini didapati lebih praktikal. kos efektif, mudah direntang dan digulong semula dan sangat mudah untuk disimpan semula. Harga black netting import dari Australia ini lebih tahan lama daripada jenis yang sama buatan tempatan kerana kualitinya dan ketahannanya. Sila lihat foto dibawah dimana black netting boleh digulong pada penghujung batas tanaman dan sedia untuk aktiviti prnuaian hasil dan membuag grading selain daripada menggulong selula (Sila lihat foto paling bawah sekali). Inovasi menutup buah nanas diladang nanas ini menggunakan Black Netting merupakan satu amalan agronomi yang boleh dicontohi oleh menanam nanas lain diseluruh negara. Semuga rencana petang Jumaat ini dalam anim agro technology ini sempena Perlantikan Dr Mahatir sebagai Perdana Menteri ke 7 selepas PRU14 diadakan dapar memberikan info berguna kepada anda semua. Wasallam!!!...
BUAH KURANG ROSAK... LUMAYAN DIA...
PERLU DIGUNAKAN ... RAMAI PENGUSAHA....
By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 Syaaban 1439H).

NANAS DI SABAH.... LUAS KEBUNNYA...
BLACK NETTING...LUAS DIGUNAKANNYA...BUAH KURANG ROSAK... LUMAYAN DIA...
PERLU DIGUNAKAN ... RAMAI PENGUSAHA....
By,
M ANem,
Senior Agronomist,
Room 730, Hotel Dorsett,
Putrajaya, WP,
Malaysia.
(29 Syaaban 1439H).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.