Support My Blog

Tuesday, June 19, 2018

AGRIMATHS - SATU APLIKASI MUDAH (Part 2)

AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih di Malaysia yang telah dibangunkan oleh Jabatan Pertanian Malaysia di bawah projek e-Agriculture Extension. Penulis blog sering juga merujuk aplikasi ini yang dikirakan sangat mudah dan user friendly berbanding dengan beberapa aplikai berkaitan pertanian lain. Difahamkan bahawa aplikasi ini adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi tujuan untuk kerajaan mentransformasikan dengan lebih hebat perkhidmatan dalam pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada. Ia sangat berguna kepada ramai pegawai pertanian, petani, usahawan, pemborong, pengeksport dan juga para pengguna semua. Aplikasi yang boleh diakses dengan mudah melalui Smart Phone ini memang mudah dicapai melalui pautan www.doa.gov.my /index.php/ pages/ view/774 yang mana ada akses internet. Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia dapat menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan, lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian, fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar. Penulis blog pernah terlibat secara terus didalam penyediaan buku Matematik Asas Pertanian semenjak lama dahulu didalam menyediakan fakta asas pengiraan seua tanaman makanan. Ianya amat mudah dan membantu kita semua didalam mencari beberapa perkara asas mengenai kira-kira didalam pertanian terutama untuk sektor tanaman. Anda boleh muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma didalam handphone anda sekarang dan melayarinya. Artikel subuh ini saya menulis lagi didalam blog "Anim Agro Technology" mengenai aplikasi Agrimaths yang sangat berfaedah untu semua penggiat sektor pertanian.

Suatu kawasan tanah pertanian selalunya tidak semua penuh ditanam dengan sayuran. Biasanya sekitar 1 - 10% daripada kawasan tanah tersebut adalah diperuntukkan untuk menempatkan infrastruktur atu prasarana ladang seperti jalan ladang, parit ladang, kolam, rumah pam, setor ladang, rumah pekerja dan sebagainya. Sebenarnya penulis blog meneliti dimana hanya sekitar 90 - 99% sahaja kawasan kebun yang akan boleh bertanam. Bagaimana pun da beberapa jenis tanaman yng tidak memerlukan infrastruktur ladang yang ketara seperti tanaman keledek, keladi, ubikayu, serai, tebu dan lain-lain lagi. Bagi ladang yang luas seperti estet kelapa sawit dan ladang getah mereka akan membina kemudahan ladang termasuk kompleks kilang kelapa sawit, pusat memproses getah, rumah pekerja ladang, sekolah, padang bola, masjid, kuil, jalanraya, sistem bekalan air bersih, kedai serbaguna, dewan orang ramai dan banyak lagi kemudahan utiliti. Keperluan infra ladang yang penting adalah seperti parit saliran biasanya 0.6 meter lebar dengan panjang 400 meter atau keluasan diperlukan 240 meter persegi setiap satu hektar. Pembinaan kolam takungan pula untuk kebun tanaman makanan adalah seluas 225 meter persegi iaitu kolam berukuran 15 meter x 15 meter. Keperluan bangunan rumah pam sekitar 7.5 meter persegi iaitu rumah berukuran 3 meter x 2.5 meter sementara keperluan untuk rumah setor ladang seluas 26 meter persegi iaitu bangunan berukuran 7.2 meter x 7.6 meter. Kepadatan tanaman bergantung kepada jarak tanaman daripada tanaman kacang panjang sebanyak 20,185 pokok sehektar sehinga tanaman kacang tanah sebanyak 63,080 pokok sehektar.

Apa yang penulis blog paling suka baca adalah mengenai definasi dan istilah yang mana penulis blog antara yang membuat semakan bab ini. Pertama adalah LUAS FIZIKAL Lot Tanah bermakna keluasan tanah sebenar bertanam dengan tanaman. Keluasan bertanam munkin bersamaan ataupun berkurangan dari luas fizikal (lot tanah).  Kedua adalah Keluasan Setara Sayuran dan Singkat Masa yang mana ia bermaksud sebagai keluasan bertanam sebenar  yang bermaksud berapa kali ia bertanam pada tapak yang sama dalam masa 12 bulan. Keluasan diukur dengan unit Hektar. Definasi ini adalah hanya untuk tanaman jangka pendek sahaja. Sebagai contoh jika 1 hektar timun ditanam 3 musim dalam tapak yang sama maka jumlah keluasan setara tanaman tersebut adalah seluas 3 hektar. KUADRAT adalah digunakan bagi tujua persampelan suatu kajian atau penyiasatan tanaman dimana ia ada dua bentuk. Kuadrat empatsegi sama dimana setiap sudutnya 90 darjah dengan panjang dan lebarnya sama. Kedua adalah Kuadrat  Segi Empat Tepat dimana setiap susutnya adalah 90 darjah tetapi panjang dan lebarnya berbeza. Anggaran Hasil adalah kaedah kiraan yang digunakan untuk menentukan kutipan hasil. Sebagai contoh jika tanaman cili memperolehi sepokok 1.5 kg hasil cili dengan jumlah pokok sebanyak 2,374pokok bagi 0.8 hektar dengan hanya 95% pokok sehetar berhasil maka jumlah anggaran hasil adalah 3,895 kg. Kiraan untuk hasil sehektar dikira dengan formula dimana jawapannya adalah menjadi 12.17 metrik tan sehektar.

Kepadatan Tanaman Sehektar juga merupakan satu istilah penting dimana ia adalah jumlah bilangan pokok atau tanaman yang ditanam dalam keluasan kebun sehektar. Sebagai contoh bagi tanaman nanas MD2 kepadatan tanaman adalah sekitar 49,600 pokok sehektar yang ditanam diatas batas dengan sungupan plastik silvershine diatas tanah mineral (Sila anda lihat foto disebelah). Ia dikira dengan menentukan jarak tanaman degan keluasan tanah dan 95% kawasan penanaman. Contoh lain bagi tanaman cili satu hektar ada 10,000 meter persegi dimana dengan jarak tanaman 0.75m x 1.5 meter maka  dan 95% digunakan maka kepadatan tanama cili adalah 8,440 pokok sehektar. Istiah lain yang perlu ada pada seseorang aham dalam pertanian adalah Keluasan Setara atau Crop Hectarage Equivalent (CHE). Keluasan ini mengambilkira berapa kali aktiviti tanaman dalam satu kawasan tapak yang sama dalam tempoh 12 bulan atau jumlah anggaran keluasan mengambilkira jumlah pokok yang dikumulkan sehingga menjadikan keluasan tanah. Sebagai contoh didalam sebuah kampong  A terdapat sebanyak 1,120 pokok durian iaitu jumlah pokok yang ditanam pada dibelakang setiap rumah. Bagaimana pun untuk tujuan kita mendapatkan keluasan pokok durian di kampong A tersebut ia perlu dikira dengan membahagikan kepada kepadatan tanaman durian sehektar (69 pokok/hektar) menjadikan keluasan CHE tanaman durian di kampong A adalah 16.231 hektar. Hari ini penulis blog terharu gembira menghadiri Majlis Convocation anak ke 4 yang berjaya sebagai Medical Doctor dari Palacky University, Olomuc, Republic Czech (Sila lihat foto dibawah)Artikel ini bersambung pada Part 1, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11 dan Part 12. Semuga tulisan saya ini memberi info sangat berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...

MEMBACA ARTIKEL... AGRIMATHS TAJUKNYA...
SATU APLIKASI MUDAH... SENANG DIGUNA...
DALAM HANDPHONE...AMAT MUDAH DIBACA...
JABATAN PERTANIAN... TERIMAKASIH SEMUA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist Expert,
Jalan Cendana, Taman Cendana,
Bandar Melaka, Melaka,
Malaysia.
(28 Ramadan 1439H).
Posted from Room 604,
Comfort Hotel Olomuc Center,
Wolkerova 29, Olomuc,
Czech Republic.
(4 Syawal 1439H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...