POKOK TENGGEK BURUNG (Melicope lunu-ankenda) atau nama lain disebut sebagai 'Cabang Tiga' merupakan sejenis tumbuhan liar yang didapati mempunyai nilai perubatan tinggi. Tumbuhan yang biasanya hidup meliar dalam semak dan belukar ini adalah daripada keluarga Rutaceae. Pokok Tenggek Burung (TB) merupakan pokok renek yang selalu menghasilkan bunga dan juga biji (Sila lihat foto diatas). Penulis yang beberapa kali menulis artikel mengenai pokok dan ulam tenggek burung menulis mengenai pokok ini dan boleh dibaca (Sila rujuk disini), (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Tumbuhan ini telah diberikan nama 'Tenggek Burung' kerana dipercayai burung bersaiz kecil suka hinggap diatas pokok ini (seperti burung kelicap, burung murai serta burung kecil lain) untuk menyedut manisan nektar daripada bunganya dan membuat sarang untuk bertelur. Penulis mula kenal pokok tenggek burung semenjak zaman remaja kerana terdapat beberapa pokok ini yang tumbur liar dikawasan rumah di kampong di Muar, Johor dahulu. Penulis kini ingin berkongsi pengetahuan mengenai tumbuhan ini yang kini dijadikan sebagai ULAM DAUN TENGGEK BURUNG yang mempunyai khasiat yang agak menakjubkan. Keluasan tanaman pokok tenggek burung belum ada maklumat yang saya dapat cari dari banyak sumber. Bahagian daun pucuk tumbuhan ini dipetik dan dijadikan ulam dengan rasa masam, kelat dan pahit sedikit dan biasanya amat enak dimakan dengan sambal belacan bersama nasi putih. Kalau dibuat anggaran penulis menganggarkan keluasan tanaman pokok tenggek burung yang ditanam secara komersil dan monokrop atau bercampur sekitar 10-20 hektar. Lawatan penulis dibeberapa lokasi petani menanam sayur ulaman di Johor, Pahang, Melaka dan Selangor ada menjumpai pokok ini yang ditanam disekeliling kawasan kebun sayur. Pokok ini bukan mudah untuk ditanam meluas kerana pasaran untuk ulam daun pucuk tenggek burung adalah masih kecil lagi pada masa ini. Hanya beberapa restoren masakan kampong yang menghidangkan ulam daun pucuk tenggek burung secara tradisional. Kalau penanaman dibuat secara meluas berkemungkinan ianya agak sukar untuk menjualnya. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tahap kematangan biji dan peratus percambahan Tenggek Burung hasil kajian saintis di UPM dan MARDI sekadar dijadikan bahan rujukkan teknikal kepada pembaca semua diseluruh dunia.
Penulis masih keliru dengan nama saintifik mengenai Pokok Tenggek burung dimana dalam banyak rujukkan ia dinamakan sebagai Euodia redeleyi tetapi saintis di UPM ini merujuk pokok ini sebagai Melicope lunu-ankenda. Bagaimana pun penulis Anim Agro Technology kali ini menggunakan nama saintifik yang ditulis oleh pasukan saintis iaitu AMD Merican, UR Sinniah dan SA Hassan sebagai info yang terkini memendangkan mereka adalah pakar dalam bidang tersebut. Adakah ia tumbuhan yang sama spesis dengan foto yang penulis ambil disebelah semasa meninjau pokok tenggek burung di Kg Sg Miang, Pekan, Pahang tahun lalu (2015)?. Apa pun tumbuhan ini memang dijadikan ulam dan berkhasiat sebagai mempunyai nilai perubatan tinggi (high medicinal value). Ia kaya dengan kandungan antioksidan (antioxidant) dan Anti-inflamatory (Johnson et al. 2010). Kesannya ia mampu melegakan demam, menyegarkan tubuh badan dan paling penting adalah mengurangkan tekanan darah tinggi. Bahan ulam daun tenggek burung yang murah dan mudah didapati sama membelinya di pasar tani, pasar malam atau pasar basah atau anda menanamnya sendiri dirumah membolehkan ia sesuai dijadikan ulam segar. Bagaimana pun kaedah biasa yang dilakukan oleh petani yang ada menanam pokok tenggek burung adalah dengan mengambil benih dari anak pokok yang tumbuh dikawasan pokok induk tenggek burung dan kemudian ditanam dikebun atau dalam pasu. Penulis sendiri mengambil anak pokok yang masih kecil untuk menanamnya dalam pasu dikawasan rumah dahulu semasa tinggal di Melaka. Memang agak sukar untuk penulis cuba mendapatkan anakbenih pokok tenggek burung yang banyak tumbuh meliar untuk ditanam.
Bagi tujuan penanaman pokok tenggek burung monokrop secara komersil lazimnya kuantiti anakbenih yang banyak diperlukan. Pokok tenggek burung dewasa mampu berbunga dan berbuah dan akan menghasilkan bijibenih. Bunga Pokok Tenggek Burung amat disukai oleh banyak jenis serangga termasuk Lebah Madu dan Kelulut dimana ia dikunjungi sepanjang hari untuk mengambil manisan nektarnya. Biji matang Tenggek Burung adalah kecil dengan kulitnya berwarna hitam berkilat (Sila anda lihat foto disebelah). Kajian saintis mendapati biji yang dihasilkan amat bermasaalah dan ada masaalah kesukaran untuk bercambah (difficult for germination). Biji benih yang biasa dikutip dan kemudian dirawat (dibersihkan, disimpan dalam bilik sejuk dan dijaga) mengambil masa selama 7 bulan untuk ianya bercambah (Burrows, 1996). Banyak kemungkinan yang menyebabkan percambahan biji tenggek burung ini lambat dan ia sukar untuk pengeluaran komersil. Hampir tiada usahawan yang menjual anakbenih pokok tenggek burung secara banyak dan besar-besaran (mass production). Saintis telah cuba melakukan penelitian dan kajian melihat peringkat kematangan (maturity stage) benih tenggek burung dan kadar percambahan mengikut peringkatnya. Penulis akan paparkan maklumat in kepada pembaca semua.
Kaedah kajian dengan menggunakan bijibenih yang diambil daripada MARDI Kelang dan menggunakan kaedah RCBD. Sebanyak 4 pokok induk ditandakan semanjak Jun 2014 melibatkan 20 jambak bunga (Panicles). Kemudian biji benihnya dikutip dengan jangkamasa kematagan yang berbeza iaitu pada 42, 56, 63, 70 dan 77 hari selepas dibuat 'tagging'. Sampel biji benih kemudian dikutip dan dimasukkan dalam bekas plastik kedap udara untuk dianalisa di makmal. Sebanyak 1,000 biji benih setiap kali pengambilan sampel benih. Ia kemudian ditandakan dengan mengambil ciri-ciri warna, saiz dan ciri-ciri khusus dan didokumenkan. Biji ini diuji dari segi berat basah (fresh weight), berat kering (Dry weight), kelembapan (mc) dan juga peratus percambahan. Biji segar sebanyak 150 biji diasingkan dan dibuat 4 replicate dan dikeringkan dengan suhu 103 celcius selama 16 jam dengan 'Hot air method - ISTA 2003' dan kadar kelembapan direkodkan. Sementara itu 5 replicate dengan 50 biji benih dimasukkan untuk ujian percambahan menggunakan 5 jenis media iaitu Pasir, Tanah Campuran, Tanah Gambur, Peat Moss dan Kertas Turas.
Hasil kajian mendapati berat segar (Fresh weight) biji tenggek burung meningkat daripada bacaan 1.129 gram sebiji pada umur 42 hari kepada maksima seberat 1.817 gram pada umur 63 hari. Bagaimana pun hasil kajian mendapati berat kering (Dry weight) iaitu 1.523 gram dicatit pada masa 70 hari selepas anthesis tetapi menurun kepada 1.457 gram selepas 77 hari selepas anthesis. Dari segi warna biji didapati pada umur 70 hari lepas anthesis ia berwarna hijau gelap dan mejadi hitam gelap selepas umur 77 hari. Temuan menunjukkan dimana Kematangan Fisiologi (Physiological Maturity) benih tenggek burung sebenarnya dicapai pada 70 hari selepas anthesis berlaku (DAA - Days After Anthesis). Pada umur ini didapati ia mempunyai kandungan berat kering paling maksima pada biji tersebut. Biji benih pada hari ke 77 yang berwarna hitam pekat mempunyai kelembapan 8.6% sahaja. Kajian menunjukkan bahawa kadar percamahan paling maksima adalah pada umur biji tenggek burung 77 hari (Sila lihat foto benih bercambah disebelah). Media tanah gambut (peat soil) mencatatkan peratus percambahan tertinggi pada 84.5% yang data dikutip selepas 90 - 150 hari selepas proses semaian dijalankan. Penulis Anim Agro Technology merujuk kepada keputusan kajian sebagai menyatakan bahawa umur biji benih tenggek burung yang berumur 70 hari selepas DAA mencapai Kematangan Fisiologi tetapi untuk mendapatkan percambahan terbaik selepas 77 hari DAA. Kajian menunjukkan benih akan bercambah 90 hari (3 bulan) selepas disemai (untuk pecahkan dormancy) berbanding dengan kaedah biasa dilapangan selama 7 bulan. Di harap temuan kajian ini boleh dijadikan asas kepada mereka yang ingin menjadikan semaian anak benih tenggek burung sebagai satu bidang usaha menyediakan benih untuk dikomersilkan. Terimakasih kepada 3 orang saintis dari UPM dan MARDI yang membentangkan info dalam 9th NSAM Symposium baru-baru ini. Wasallam!!.
POKOK ULAM.. TENGGEK BURUNG DIA...
BENIH DIKAJI... SAINTIS MELAKUKANNYA...
MUDAH CAMBAH... 77 HARI MATANGNYA...
TANAH GAMBUT...SEBAGAI MEDIANYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 302, Hotel Empress,
Sepang, Selangor,
Malaysia.
(28 Zulkaedah 1437H)
Hadir 9th NSAM Symposium di Sama-sama Hotel KLIA.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.