Support My Blog

Wednesday, September 14, 2016

BUAH POPULAR DI MALAYSIA (Part 2)

BUAH-BUAHAN TROPIKA yang terdapat di negara kita masih ditahap yang mencukupi untuk pasaran dan bekalan domestik dan eksport. Status industri buah-buahan tempatan sentiasa turun naik mengikut keadaan dan isu yang dihadapi. Sebagai contoh tanaman pisang pernah terjejas kerana ada masaalah Penyakit Moko, Tanaman Betik dengan Penyakit PRSV dan Papaya Dieback dan Tanaman Pitaya dengan serangan Penyakit Reput Erwinia. Dilaporkan juga terdapat seluas lebih dari 270,000 hektar keluasan tanaman buah-buahan yang mana ianya diusahakan pada tahun 2015 dengan anggaran kuantiti pengeluaran sebanyak 1.742 juta metrik tan. Daripada jumlah tersebut didapati tanaman Buah Durian (Durio zibethinus) merupakan paling luas diusahakan iaitu 100,615 hektar. Tanaman durian ini diusahakan secara monokrop dan tanaman campuran. Keluasan buah-buahan kedua pula adalah Pisang (Musa spp) merupakan jenis buah untuk dimakan segar atau digoreng dimana luas diusahakan di Malaysia adalah 28,640 hektar dan pengeluaran sebanyak 283,220 mterik tan. Rekod dari laporan statistik Jabatan Pertanian juga menunjukkan yang tanaman Buah Rambutan (Nephelium lappaceum) berada ditempat ketiga dari segi keluasan dengan luas ditanam seluas 24,470 hektar dengan pengeluaran sebanyak 79,540 metrik tan pada tahun 2015. Tempat keempat ialah Buah Nenas (Ananas comosus) dengan keluasan 16,210 hektar dan pengeluaran sebanyak 400,070 metrik tan. Potensi beberapa jenis buah-buahan untuk eksport kini telah diusahakan seperti Buah Nangka, Buah Betik, Buah Nenas dan juga Belimbing. Nenas Segar dari Malaysia seperti varieti MD2 didapati mampu untuk menembusi pasaran eksport. Kini 'market access' untuk 6 jenis buah-buahan telah didapati untuk pasaran eksport ke negara-negara yang sukar untuk ditembusi. Sebagai contoh pasaran buah rambutan ke USA merupakan satu peluang terbaik kepada Malaysia untuk meluaskan lagi pasaran buah tempatan keluar negara. Artikel kali ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai 23 jenis buah-buahan tropika yang popuar di Malaysia. Artikel pada kali ini ia ditulis berdasarkan dari analisis dan pengalaman penulis sendiri didalam sektor pertanian selama 36 tahun.


4. CIKU 

Buah Ciku (Manikara sapota) yang diusahakan oleh petani tempatan dinegara ini melibatkan beberapa varieti tertenti dengan 5 Varieti yang popular iaitu Ciku Mega (CM19), Ciku Betawi (C61), Ciku Jantung (C62), Ciku Subang (C63) dan Ciku Kaseroi (Tiada Kod Pendaftaran). Tanaman ciku di Malaysia seperti laporan statistik oleh Jabatan Pertanian adalah seluas 1,030 hektar dengan penghasilan sebanyak 5,790 metrik tan pada tahun 2015. Kawasan pengeluaran utama tanaman ciku adalah seperti di Perak, Melaka dan Johor serta Negeri Selangor. Badaimana pun penulis dapati tidak ramai petani yang mengusahakan tanaman ciku secara monokrop. Pokok Ciku adalah tanaman saka yang agak lambat mengeluarkan hasil dan perlukan masa yang lama untuk matang. Jini teknik penggunaan benih ciku APM (Advanced Planting Material) didapati sesuai untuk penanaman. Tanaman ciku adalah untuk kegunaan segar dan belum banyak yang ada diproses secara komersial. Penghasilan dan pasaran buah ciku juga terhad kerana tidak ramai yang mengetahuinya. Teknik untuk menghasilkan benih ciku juga lambat dan agak sukar kerana peratus kejayaan dengan membuat tut juga kurang dari 50% kejayaannya. Pokok ciku dewasa kini didapati merupakan tanaman buah-buahan yang sesuai untuk diintergrasikan dengan usaha ternakan Kelulut (Trigona spp) kerana ia mampu mengeluarkan bunga yang banyak dan berbunga sepanjang tahun. Potensi penanaman pokok ciku amat besar jika diusahakan dengan monokrop dan komersil.


* Artikel : Ciku Mega C19 (Klik disini)
* Artikel : Klon Ciku di Malaysia (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Ciku (Klik disini)
* Artikel : Ciku - Cara Dapat Hasil Tinggi (Klik disini)
* Artikel : Varieti Ciku di Malaysia (Klik disini)\
* Artikel : SAWO - itu buah Ciku (Klik disini)


5. DURIAN
Durian (Durio zibethinus) adalah "Raja Segala Buah" atau "King of the Fruit" di Malaysia. Terdapat seluas 100,615 hektar tanaman durian di Malaysia dengan pengeluaran sebanyak 288,900 mt pada tahun 2015 (Laporan Statistik Jabatan Pertanian 2015). Kawasan utama tanaman durian di Malaysia adalah di Daerah Raub, Pahang dengan keluasan 13,200 hektar diikuti dengan beberapa daerah di Negeri Johor iaitu di Daerah Muar Johor (7,048 ha), Daerah Segamat Johor (6,741 ha) serta di Daerah Kuala Krai Kelantan (5,365 ha). Pada masa ini Durian Musang King atau nama asalnya Durian Raja Kunyit dengan Nombor pendaftarannya D197 merupakan varieti terpopular dan tersohor di Malaysia. Pada tahun 2016 ini harga durian Musang King mencecah RM60.00 sekilogram manakala puratanya sekitar RM30.00 sekilogram. Antara varieti atau klon durian lain yang popular ialah D24 (Bukit Merah), D99 (Kop Kecil), D158 (Tangkai Panjang), D159 (Bantal Mas) dan D168/101 (Mas Muar). Kini beberapa varieti durian seperti Tekka, Ochee dan Udang Merah mula menarik minat beberapa petani untuk ditanam. Terdapat lebih dari 200 varieti durian yang telah didaftarkan dalam National Plant Variety Listing Jabatan Pertanian dimana banyak lagi varieti durian yang didaftarkan tetapi populariti hanya di peringkat tempatan. Antara durian tersebut di panggil Durian Bukit Nina (Melaka), Mas Merah, Bentong dan banyak lagi. Durian Malaysia adalah untuk dimakan segar dan sebahagian diekspot ke Singapura, China (Sejuk beku), Australia dan beberapa negara lain. Durian juga antara buah yang banyak diproses untuk dijadikan lempuk, dodol, jus, jem, chip durian dan sebagainya. Kebanyakan durian di negara kita akan gugur apabila masak ranum dan dijual sebagi durian segar. Saya berpeluang melawat teknologi memetik buah durian di Thailand pada tahun 2012 dan melihat bagaimana durian diproses untuk pasaran ekspot.
Article: Durian Musang King (Klik disini)

Artikel: Durian KLik disini)
Artikel: Durian D24 (Klik disini)
Artikel: Klon Popular Durian (Klik disini)
Artikel : Klon Durian (Klik disini)


6. KELAPA
Tanaman Kelapa (Cocos nucifera) terdapat banyak varieti yang telah ditanam di Malaysia. Kini lebih daripada 16 varieti kelapa telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian. Antara varieti kelapa yang telah didaftarkan seperti   Malaysian Tall (CN1), MATAG, Malaysian Dwarf Red (MRD), Malaysian Green Dwarf (MGD),Malaysian Yellow Dwarf (MYD - Foto sebelah), Pandan Wangi, MAWA , African Tall, Rennel, MARREN , MAMA dan pelbagai lagi. Anda boleh baca tulisan saya mengenai varieti kelapa dengan membacanya (Sila klik disini). Bagaimana pun untuk varieti paling popular masa kini adalah Kelapa MATAGiaitu jenis kelapa hibrid kacukan diantara Varieti Tagnanan (Debunga Jantan) dengan Kelapa Renek Malaysia (MRD atau MYD - Pokok Induk Betina). Kekurangan benih kelapa Matag masa ini adalah disebebkan oleh permintaan yang teramat tinggi (sehingga mencapai lebih 300,000 benih setahun) sedangkan pengeluaran benih matag adalah terhad. Terdapat seluas 109,185 hektar kawasan tanaman kelapa di Malaysia dimana paling luas di Sarawak (22,290 ha) diikuti dengan Johor (21,250 ha) dan Sabah (19,140 ha). Kapasiti pengeluaran tahunan kelapa sebanyak 650,650 mt setahun. Kelapa di Malaysia digunakan sebagai kelapa segar untuk santan serta di proses seperti Kelapa Kopra dan lain-lain produk. Malaysia kini mengimport sekitar 120 juta biji kelapa tua daripada Indonesia untuk kegunaan 18 buah kilang memproses kelapa yang memerlukan permit (AP). Program penanaman kelapa dijadikan sasaran untuk menanam semua atau tanam baru sekitar 84,000 hektar kelapa menggantikan kelapa tua sedia ada pada masa ini. Artikel 9 siri ini boleh dibaca dan dirujuk berikutnya.


* Artikel : Minyak Kelapa dara (Klik disini)
* Artikel : Benih Kelapa MATAG (Klik disini)
* Artikel : Kelapa Pandan (Klik disini)
* Artikel : Cashflow Kelapa (Klik disini)
* Artikel : Kopra (Klik disini)
BUAH TEMPATAN...ENAK RASANYA...
BUAH CIKU...DIMANA TANAMNYA...
DURIAN PULA... RAJA SEGALANYA...
BUAH KELAPA...ADA DIMANA-MANA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Stesyen Pertanian Serdang,
Serdang, Selangor,
Malaysia
(28 JamadilAwal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...