HIGHLAND SPROUT SDN BHD adalah sebuah syarikat berasaskan produk organik yang beroperasi di Lot 5614, Kg Chendering Tengah, Janda Baik, Bentong, Pahang. Penulis yang baru-baru ini membuat tinjauan ke lokasi syarikat in mendapati operasi asal pengeluaran taugeh organik telah bertukar kepada pengeluaran Wheat Grass, Alfafa Grass dan beberapa tanaman seperti Halia Bentong, Sayuran Buah dan sedikit sayuran daun. Menurut pengusaha En Chew Seng Cheng yang penulis temui, operasi pengeluaran taugeh organik telah dihentikan semenjak tahun 2015 disebabkan oleh kurangnya permintaan 'taugeh organik dipasaran' dan kesedaran pengguna mengenai kebaikan produk organik. Taugeh katanya hanya dipakai dan dimakan oleh penjaja gerai dan pasar malam selain beberapa restoran yang hendak beli yang murah sahaja. Pelanggan hanya akan mula mencari produk organik apabila telah sedar akan perlunya dan kepentingan makanan ini atau telah menderita sakit. Kin peralatan memproses taugeh organik bernilai ratusan ribu ringgit tidak digunakan. Hanya sekitar 2 - 3 tong taugeh yang diproses setiap hari untuk permintaan penduduk sekitar dan dihantar kebeberapa kedai organik di Lembah Kelang. Masaalah kekurangan pekerja juga menyebabkan operasi pengeluaran dari syarikat ini terjejas untuk pengeluaran taugeh. Bagaimana pun syarikat kini tumpukan kepada penanaman dan penghasilan Wheat Grass (Triticum aestivum) dan Rumput Alfafa (Medicago sativa) untuk diproses menjadi Jus Minuman (Juice). Kedua-dua produk ini dihasilkan dan dihantar kekilang membuat jus minuman untuk pasaran domestik dan eksport. Syarikat ini masih beroperasi dengan tahap minima akibat beberapa faktor yang sedang dihadapi iaitu kesukaran untuk pasarkan produk organik, kekurangan tenaga pekerja dan modal pusingan serta masaalah kos bahan mentah semakin meningkat. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai sebuah syarikat perladangan organik yang melalui masa sukar untuk beroperasi menghasilkan produk organik asal iaitu taugeh kepada peroduk lain.
Syarikat ini telah lama menerika persijilan Sijil Organik Malaysia (SOM) atau kini lebih dikenali dengan nama MyOrganic iaitu semenjak 2012 diluluskan. Syarikat berdaftar dengan nama Highland Sprouts Sdn Bhd yang beralamat Lot 5614, Kg. Chendering Tengah, Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang boleh dihubungi dengan nmbor talipon iaitu017-2830083. Pada peringkat awal aktiviti utama syarikat ini adalah untuk pengeluaran taugeh organi secara moden dan komersil. Terdapat kawasan luas dengan sistem mekanisasi dan automosi moden disediakan di tapak. Bagaimana pun kini pengeluaran taugeh dihentika atau hanya buat sedikit disebabkan trend semasa. Persijilan syarikat ini dengan Nombor Pendaftaran 0.2 27/10/2011 (NO. SIRI: SOM.069) SOM.69 31/12 2012 dimana direkodkan yang asal SIJIL SIJIL SAHLAKU sehingga 31 Disember 2012 dan telah diperbaharui sehingga 2017. Konsep penghasilan produk taugeh dengan produk weed grass dan alfafa gras hampir serupa. Bahan media yang digunakan sebagai media tanaman adalah campuran habuk kayu getah dari bongkah cendawan yang telah reput dicampur dengan bokashi. Bongkah cendawan ini diambil dari projek tanaman cendawan di Negeri Sembilan dengan percuma. Syarikat hanya hantar lori untuk mengambilnya. Bahan baja bokasi sentiasa disediakan untuk dijadikan media tanaman menggunakan teknik penyediaan bokasi standard.
Bagi penanaman rumput weed grass, dulang plastik nipis dan berlubang berukuran 30 cm x 60 cm diisikan dengan media tanaman dan biji benih weed grass. Biji wheat grass ini diimport daripada Australia dengan anggaran harga RM40.00 satu kilogram. Harganya telah meningkat semenjak kejatuhan mata wang ringgit kebelakangan ini. Biji wheat grass ditabur diatas dulang dan disusun diatas rak-rak buloh yang murah didapati dikawasan Kg Janda Baik, tahan lama dan organik. Ia akan dibiarkan selama beberapa hari dan akan dihantar kepada pembeli di sekitar Lembah Kelang untuk diproses terutama dibuat jus minuman. Bagi tujuan jualan runcit, dulang yang ada wheat grass dimasukkan dalam bekas plastik untuk dipasarkan. Bagi pengeluaran Alfafa Grass juga menggunakan konsep sama tetapi gunakan bekas plastik yang kecil sedikit. Alfafa grass yang telah tumbuh akan dikeluarkan dari dulang ini dan dibuang media tanaman dengan membasuhnya dengan air. Ia kemudian dikumpulkan dalam bekas khas sebelum dihantar utuk pembungkusan. Alfafa Grass digunakan sebagai 'salad' di restoren dan hotel bersama dengan beberapa sayuran salad jenis lain. Pengeluaran wheat grass dan alfafa grass kini dilakukan oleh 8 orang pekerja (sebahagian pekerja asing). Syarikat bercadang meluaskan lagi pengeluaran dimasa akan datang.
Penulis tertarik dengan usaha syarikat untuk menanam Halia Bentong (Zingiber officinale) didalam polibeg secara organik. Tanaman halia di Daerah Bentong secara konvensional adalah dengan menanam dilereng-lereng bukit dimana halia muda dituai selepas 7-8 bulan ditanam dan halia tua selapas 12 bulan ditanam. Halia Bentong telah pun mendapat status antarabangsa Geographical Indicator (GI) sebagai satu tanaman yang bernilai. Penanaman halia dalam pliben besar 20 inci x 20 inci dan diisi dengan media tanaman terdiri daripada 60% tanah atas, 30% Kompos sisa cendawan dan 10% Bokasi ditanam dengan benih halis ditengahnya. Ia perlu disiram dengan air dari bukit yang bersih dan segar kesetiap polibeg halia. Tinjauan penulis membuka satu polibeg yang berumur 7 bulan mendapati hasil sekitar 500 - 650 gram daripada satu benih yang ditanam sebagai Halia Muda. Menurut Chew, ia pernah mendapat sehingga 2 kg halis bentong satu polibeg bagi pokok yang cukup dijaga dengan air dan cahaya matahari yang mencukupi. Kini kekurangan tenaga kerja menyebabkan penyelenggaraan pokok haloa sebanyak 3,000 polibeg ini kurang subur. Penulis mencadangkan beberapa kaedah penyediaan media tanaman agar diperbanyakan kompos dan perlu diberikan cukup cahaya matahari. Rumput yang tumbuh dalam polibeg yang mengandungi pokok halia juga tidak dibuang dimana ini menyebabkan kesuburan tanaman halia memang agak kurang memuaskan. Penulis melihat cabaran utama didalam sistem perladangan organik adalah hasil yang tidak tinggi dan perlu dijual dengan harga lebih sedikit, penerimaan dan kesedaran umum yang kurang dikalangan pelanggan dan harga jualan yang tidak banyak beza dengan produk konvensional. Semuga artikel dalam blog Anim Agro Technology kali ini memberi informasi berguna kepada pembaca semua. Wasallam!!!...
TANAM ORGANIK... ADA CARANYA...
HIGHLAND SPROUT... TELAH CUBA...
DITUKAR TANAMAN... PADA ALFAFA...
SATU TINJAUAN... DILAPOR SEGERA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Kebun Organik Highland Sprout,
Kg Chendering Tengah,
Janda Baik, Bentong,
Pahang, Malaysia.
(26 Zulkaedah 137H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.