Support My Blog

Saturday, September 24, 2016

MAKANAN KAYA SERAT


APAKAH JENIS MAKANAN YANG KAYA DENGAN SERAT?. Kita di Malaysia beruntung kerana berada di negara tropika yang mampu dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan dari tumbuhan yang kaya dengan serat (Fiber) untuk dimakan sepanjang tahun. Makanan berserat sebenarnya amat membantu seseorang didalam sistem penghadaman dan juga paling kritikal sistem perkumuhan. Memakan banyak serat membantu individu setiap pagi dibilik air. Serat juga perlu diambil secara berkala dengan kuantiti mencukupi. Kandungan serat juga dikaitkan dengan kemungkinan kena serangan Stroke, Darah Tinggi dan Sakit Jantung. Daripada laporan Jabatan Kesihatan bagaimana pun kesedaran untuk pengambilan bahan serat dalam makanan harian semakin berkurangan. Di USA dilaporkan rakyat mereka hanya mengambil kurang dari 3% daripada jumlah sebenar syor yang diberikan. Persoalannya adalah kenapa perlu mengambil Serat?. Sebenarnya serat (Fiber) ini adalah bahan dari selulos yang tidak akan hadam didalam perut kita. Dalam bahasa biasa bahan serat ini seakan bahan yang kita makan dari pinggan dan akan berakhir didalam mangkuk tandas. Ia boleh berada dalam dua bentuk iaitu Serat Larut (soluble fiber) dan Serat Tidak Larut (insoluble fiber). Apa pun serat daripada tumbuhan lazimnya mempunyai kedua-dua komponen iaitu serat larut dan serat tidak larut. Lazimnya serat larut akan bertukar kepada bentuk Gel dalam perut dimana melalui proses penghadaman perlahan dan membantu mengurangkan rendah kolesterol dan glukos dalam darah. Bagaimana pun serat tidak larut berada dalam bentuk sama dari masa ia dimakan, didalam usus dan dibuang dari kolon. Ia memudahkan proses penghadaman bahan lain didalam usus dan tidak ada apa diserap darinya. Artikel subuh ini saya menulis sekali lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai kepentingan serat dalam makanan.



Makanan yang kaya dengan serat semulajadi selalunya daripada beberapa jenis tumbuhan yang ditanam. Individu yang kurang mengambil serat sering menghadapi masaalah SEMBELIT. Sembelit adalah satu masaalah untuk sukar membuang air besar (Sila lihat foto disebelah). Ia mempunyai hubungkait terus dengan tiada atau kurang pengambilan bahan serat dalam makanan harian mereka atau ada komplikasi lain. Bagaimana pun jika individu trsebut mengambil bahan makanan yang kaya dengan serat lazimnya mampu mengatasi masaalah seperti sembelit. Dalam beberapa kajian oleh pakar permakanan di USA dan di beberapa pusat kajian mendapati seseorang lelaki dewasa berumur kurang 40 tahun perlu mengambil sebanyak 38 grams bahan serat sementara bagi seorang perempuan memerlukan sebanyak 25 gram bahan serat. Bagi lelaki dewasa berumur lebih 50 tahun pula memerlukan sebanyak 30 gram serat dan untuk wanita berumur lebih 50 tahun pula hanya sekitar 21 grams kerana orang dewasa ini sudah kurang mengambil makanan dan kapasiti untuk proses penghadaman juga berkurangan. Sebagai penjelasan seorang muda boleh makan 15 keping roti diperkayakan dengan gandum (whole wheat-meal) untuk mencukupkan pengambilan serat sehari. Di USA mereka nyatakan makan roti adalaha kaedah paling mudah mengambil bahan serat.

Makanan yang kaya dengan bahan Serat semulajadi banyak terdapat disekeliling kita. Sewajarnya penulis blog Anim Agro Technology perlu berikan info mengenai apakan jenis makanan segar yang juga mengandungi bahan serat tinggi. Senarai panjang yang biasanya ditulis oleh para saintis permakanan menyatakan ia terdiri daripada makanan dari dalam dan luar negara. Penulis senaraikan makanan dari dalam negara yang kaya dengan serat seperti buah-buahan tempatan seperti Betik, Nenas, Mangga, Durian, Mnggis, Jambu Batu dan Sayuran Berdaun Hijau serta sayuran jenis buah seperti tomato, timun dan banyak lagi. Sementara itu jenis makanan import yang kaya dengan serat seperti Oatmeal, Berri, Roti dari Gandum, Kacang Putih, Kacang Hitam, Kacang Almond, Kacang Polong, Buah Apple, Buah Pear, Brokoli, Flokoli, Kacang Soya Hijau, Buah Avocado dan banyak lagi yang boleh disenaraikan. Sebagai contoh bahan Oatmeal memang mengandungi bahan seperti beta glucan yang merupakan jenis serat khusus yang memiliki kesan untuk menurunkan kolesterol dengan cekap dan dapat juga meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuhbadan. Oatmeal didakwa merupakan campuran yang terbaik dari serat larut dan serat tidak larut. Serat larut merupakan jenis serat yang boleh menurunkan kolesterol darah. Sedangkan serat tidak larut pula akan dapat membantu menjaga aktiviti pencernaan berjalan lancar. Dalam negara memang mudah membeli dan makan buah betik atau papaya. Makan buah betik memang sangat memudahkan kita semasa buang air besar dan mengatasi masaalah sembeli bagi kebanyakkan individu. Kehebatan buah betik kerana penulsi tahu ia mengandungi bahan Asid Amino yang mampu menghilang bahan yang tidak diingini dalam usus yang menyukarkan proses perkumuhan.

Makan jenis sayuran hijau (Green leaves vegetables) merupakan satu amalan yang sangat baik dalam permakanan diet. Telah diketahui sayuran berdaun hijau adalah sumber makanan yang kaya akan zat besi, beta-karoten dan serat. Menurut para ahli permakanan mendapati jenis sayuran hijau seperti bayam, lobak hijau, kangkong, sawi, dan ulam-ulaman merupakan sumber serat terbaik. Satu cawan setiap kali penyajian mengandung 4 sampai 5 gram bahan serat. Kita di Malaysia amat beruntung kerana terlalu banyak bahan makanan yang kaya dengan serat (fiber) dari pelbagai jenis ulam-ulaman tempatan. Selain daripada bahan ulaman ini kaya dengan khasiat permakanan, selalunya ia juga kaya dengan nilai perubatan tertentu. Kalau anda juga sangat minat makan Petai (Parkia speciosa) sebagai contoh, ianya merupakan ulaman yang sangat berkhasiat yang kaya dengan serat dan juga membantu proses pembuangan air besar. Sayur hijau yang dimasak, dicelur atau dimakan mentah sudah menjadi satu kebiasaan bagi kita untuk mendapatkan bahan serat. Selain itu kita mudah untuk mendapatkan bekalan jagung manis segar. Jagung Manis (Zea mays) adalah makanan berasasan tumbuhan yang mengandungi banyak bahan Antioksidan. Kajian saintis mendapati kadar setengah cawan minum air biji jagung didapati mengandungi sebanyak 3 gram bahan serat. Banyak jenis makanan disekeliling kita yang kaya dengan serat untuk dipilih dan dimakan untuk meningkatkan tahap kesihatan semua. Wasallam!!!.
MAKANAN BERSERAT...APA DIA..
PERLU DIMAKAN...SENTIASA...
PILIH YANG SEGAR..DIMANA....
TULIS ARTIKEL...UNTUK DIBACA..


By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Bazaar Perniagaan MDRP,
Rantau Panjang, 
Kelantan, Malaysia.
(9 Dzulhijjah 1437H)
Cuti Rehat bawa anak-anak berjalan-jalan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...