Support My Blog

Sunday, November 9, 2014

IKAN PUYU - MENGENALI DIA

IKAN PUYU (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak dijumpai dinegara kita dan negara jiran yang serupa. Ia sering berada dalam sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini dan hidup secara semulajadi disana. Ikan puyu lazimnya bersisik- dan mempunyai sirip keras memudahkan spesies ikan puyu bergerak di atas tanah yang berair. Penulis memang salalu jumpa dan mengail ikan puyu semasa zaman muda sulu di Kampong Sawah Ring, Muar, Johor pada musim tertentu. Ikan puyu amat unik kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Pernah ketika musim kering dulu penulis menjumpai ikan puru didarat untuk berpindah kelokasi lain yang sesuai. Ikan ini kuga mampu membenam dalam lumpur. Ada sesetengah orang akan menggelar spesies sebagai jenis ikan yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam dan ia tidak mudah mati. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci bergantung kepada umur, spesis dan habitat (Sila lihat foto paling atas). Ikan yang mempunyai warna sisik coklat kehitaman ini mempunyai duri yang tajam dan banyak terutama dibahagian sirip tepii dan sirip dibahagian atas. kalau terkena sengatan dari duri ikan puyu in bisanya memang menyakitkan. Artikel subuh Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai ikan puyu yang muungkin ramai kalangan remaja 2Y tidah berapa memgenalinya seperti kami zaman dahulu. kalau ada pun mereka melayari lamanweb berkaitan ikan puyu.

Spesies ini hidup secara berkumpulan dalam satu kawasan yang dikatakan lubuk ikan. Sebenarnya penulis dapati spesies ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti cara menggunakan jaring, pukat, jala, tuba dan juga akktiviti memancing yang keterlaluan. Sebaiknya teknik memancing ikan ini adalah dengan mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi yang besar diambil dan yang masih bersaiz kecil dilepaskan semula. Dikawasan sungai atau tasik air tawar di Malaysia terdapat sebuah ikan yang dipercayai oleh sesetengah orang mempunyai kuasa mistik. Walaupun ‘kuasa mistik’ ini tidak dapat dibuktikan secara saintifik, namum ia menjadi sesuatu dorongan yang kuat untuk menjadikan ikan ini sebagai haiwan peliharaan di rumah. Pemerhatian penulis mendapati bahawa pada waktu biasa ikan puyu mampu membesar sehingga antara 10 ke 23cm. Uniknya juga ikan puyu mempunyai udara pernafasan organ aksesori yang dikenali sebagai organ labirin. Organ labirin ini membolehkan ikan puyu untuk bernafas udara (tetapi dengan hadnya).

Penulis dapatii ikan puyu juga dikenali dengan nama biasa ‘ikan puyu’ ataupun ‘ikan betuk’. Dalam masyarakat melayu memang ujud kepercayaan tentang ikanini walaupun kuasa mistiknya jelas tidak nyata. Ini kerana telah lama ikan puyu diangggap sebagai sejenis ikan yang tersangat istimewa. Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesies ini mampu menghalang tuan rumah dari dipukau oleh orang yang ingin masuk mencuri. Ini disebabkan ikan ini dipercayai tidak tidur. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesies ini di dalam rumah untuk tujuan itu. Pada Julai 2005, seorang budak lelaki berusia 12 tahun di Jitra meninggal dunia apabila haiwan kesayangannya, seekor ikan puyu terjun masuk ke dalam mulutnya. Disebabkan sirip-sirip ikan puyu yang tajam, ikan itu tidak sempat dikeluarkan dengan masa yang cepat menyebabkan budak lelaki itu mati sesak nafas secara tragis.

Kedua-dua manusia dan ikan didapati memerlukan oksigen untuk bernafas. Manusia mendapatkan oksigen dari udara tetapi ikan mendapat oksigen dari air. Bagaimanakah cara ikan mendapatkan oksijan? Kebanyakan ikan menggunakan insang dan dan manusia menggunakan paru-paru. Ikan puyu dalam air menghirup air ke mulut mereka dan kemudian menolak keluar air itu melalui insang yang terletak di kedua belah mulut mereka. Bila air mengalir keluar lazimnya organ insang berfungsi menarik keluar oksigen di dalam air supaya mereka boleh bernafas (Sila lihat foto ikan puyu di Sawah Rinrg, Muar). Ikan Puyu agak unik kerana ia mempunyai organ labirin yang membolehkan ikan puyu boleh bergerak di daratan. Kajian menunjukkan lazimnya pada waktu malam hari ikan puyu berkebolehan memanjat keluar daripada air dan ‘berjalan’ di jarak-jarak yang pendek untuk ke sumber air yang lain. Ikan puyu mungkin berpindah randah untuk mencari tempat hidup yang lebih selesa atau untuk mencari makanan.

Di dalam Bahasa Inggeris, ikan puyu dikenali sebagai ‘climbing perch’ atau ikan memanjat tetapi ini adalah sesuatu mitos semata-matanya. Ikan puyu mungkin boleh bergerak di daratan tetapi ia tidak mampu memanjat pokok atau tebing yang tinggi. Ikan puyu bergerak di daratan dengan menggunakan sirip dada dan sirip ekor meraka yang kuat dan tajam, dan yang berkebolehan mencengkam tanah dengan berkesan. Sirip-sirip tajam dan kuat ini juga boleh melindungi ikan puyu daripada dimakan oleh ikan-ikan yang lain. Apabila membuat perjalanan di atas tanah, ikan puyu sering melakukannya pada waktu malam dan dalam kumpulan untuk keselamatan. Terdapat juga ikan-ikan lain yang mempunyai organ labirin ini seperti ikan sepat dan ikan laga tetapi ikan-ikan ini tidak mampu bergerak di daratan. Jangan keliru, ikan-ikan menggunakan organ labirin sebagai tambahan bukan ganti kepada insang mereka.  Ikan puyu berkemampuan hidup tanpa air untuk beberapa jam tetapi ia perlu berkeadaan lembap. Jika kering, ikan puyu tidak akan tahan lama tanpa air. Ciri-ciri ini menjadikan ikan puyu sejenis ikan yang lasak dan tahan hidup di dalam pelbagai keadaan. Bertambahkan sifat pemangsa ikan puyu, ikan ini diharamkan di beberapa tempat di luar habitat asalnya seperti di Queensland, Australia di mana denda yang tinggi akan dikenakan jika ikan ini dimiliki tanpa lesen. Ikan puyu segar kerapkali dijual sebagai haiwan peliharaan tetapi juga untuk dimakan. Di Pasar Borong Selangor ikan puyu hidup dijual di pasar tersebut dimana ia mendapat permintaan tinggil dikalangan warga asing dan beberapa warga tempatan. Wasallam!.


IKAN PUYU.. TAJAM DURINYA...
KAWASAN LUBUH...IA SUKA...
MAMPU BERPINDAH...SENTIASA...
DIGORENG GARING...ENAKNYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Pasar Borong Selangor,
Puchong, Selangor,
Malaysia.
(3 Muharam 1436H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...