POKOK UBI KAYU (Manihot esculenta) merupakan sejenis tanaman jenis umbisi didakwa menghasilkan MANISAN (nektar) pada bahagian daun. Belum banyak bahan rujukan yang menulis akan perkara ini sama ada dakwaan tersebut benar atau tidak kerana agak kurang kajian mengenai perkara tersebut dilakukan. Bagaimana pun daripada sumber dan penelitian penulis terdapat serangga seperti kelulut dan semut yang sering berkunjung pada daun ubi kayu untuk mengutip nektar (Sila lihat foto diatas). Walau pun ia tidak dikategorikan secara khusus sebagai sumber makanan untuk lebah dan kelulut seperti kebanyakan bunga lain, perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan perlu dibuat penelitian dengan lebih saintifik. Mungkin perkara ini seperti apa yang berlaku kepada daun jenis pokok akasia (Acacia mangium) dan daun pokok getah (Hevea braziliensis) yang mana ianya amat jarang dilaporkan. Pemilihan banyak jenis tanaman sumber nektar dan pollen pada bahagian bunga perlu dilakukan dikawasan ternakan lebah madu dan lebah kelulut agar ia mampu membekalkan makanan yang mencukupi untuk aktiviti ternakan yang dijalankan. Dinegara kita Malaysia memang terdapat banyak jenis tanaman sumber makanan lebah dan kelulut yang boleh ditanam atau memang tumbuh semulajadi. Artikel petang Ahad ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" satu hipotesis mengenai potensi penanaman pokok ubikayu sebagai satu daripada pilihan untuk dijadikan sebagai sumber makanan bagi ternakan seperti kelulut untuk dibincangkan.
Pokok Ubi Kayu merupakan jenis tanaman yang mudah ditanam pada banyak jenis tanah terutama dari tanah subur yang banyak nutrien dan gembur dan mempunyai saliran yang baik. Bahan tanaman yang sesuai digunakan adalah dari keratan batang daripada pokok ubi yang telah matang. Tanah perlu disediakan dahulu sebelum menanam ubi kayu dengan membajak, merotor dan menyediakan sistem perparitan. Jarak penanaman sesuai adalah 1m x 1m untuk memberikan kepadatan tanaman sebanyak 7,500 pokok sehektar bergantung kepada jenis tanah dan varieti. Sekitar tahun 1980'an keluasan tanaman ubikayu mencecah seluas 20,000 hektar tetapi pada tahun 2013 hanya seluas 2,970 hektar sahaja ditanam dengan jumlah hasil sebanyak 25.8 metrik tan (Sumber: Laporan statistik Jabatan Pertanian 2013). Bagaimana pun dari segi produktiviti Malaysia mencatatkan jumlah tinggi berbanding dengan produktiviti negara jiran kerana kebanyakan hasil ubikayu di berikan pembajaan mencukupi. Tanaman ubikayu di Thailand dan Vietnam banyak diproses untuk dijadikan produk lain seperti kanji dan biodisel. Menanam ubi kayu dikatakan senang dan mudah kepada mereka yang selalu menanamnya. Tanaman ini mudah tumbuh dikawasan tanah subur dan dijaga dengan baik. Siapa yang sangka bahawa tanaman ubi kayu sebenarnya mempunyai musuh dan perosak semulajadi yang perlu dikawal agar kita mampu mendapatkan hasil yang banyak dan berkualiti. Antara beberapa jenis serangga dan haiwan perosak mampu menjejaskan kesuburan tanaman ubi kayu. Dari segi penyakit pula memang perlu dikenalpasti dan dikawal dengan cara yang betul untuk mengurangkan kadar kerosakan tanaman.
Daripada pemerhatian mendapati daun dewasa ubi kayu menghasilkan manisan atau nektar yang dimana masa berlaku daripada jam 9.00 - 12.00 tengahari. Walau pun ia berkait dengan cahaya matahari dan cuaca, jumlah nektar yang keluar ini bukan berlaku setiap hari atau sepanjang masa jika kita buat pemerhatian melalui mata kasar. Apa yang dapat dilihat adalah serangga kelulut ini akan hinggap pada permukaan daun ubikayu dewasa ini terutama dibahagian atas (bukan daun muda dipucuk) dan merayap seakan menyedut manisan pada permukaan daun (Sila lihat foto disebelah). Bilangan serangga seperti kelulut yang hinggap biasanya seekor atau beberapa ekor mengikut masa dan kadang-kadang tidak ada langsung yang datang dalam satu hari. Keadaan permukaan atas daun yang berkilat seakan ada cecair nektar akan dilihat pada waktu tertentu yang dipercayai sebagai 'nektar'. Ia akan dikutip oleh serangga kelulut dan dikumpulkan sebagai sumber makanan dan sumber tenaga yang akhirnya mungkin akan menjadi madu kelulut. Diharap akan dilakukan kajian lebih saintifik oleh pihak berwajib mengenai jenis nektar, kuantiti nektar dikeluarkan, masas paling optima pengeluaran nektar dan sebagainya. Semuga artikel ini memberi sedikit info yang berguna kepada pembaca semua. Wasallam!.
POKOK UBIKAYU.. MUDAH TUMBUHNYA...
DALAM BELUKAR... ATAU DIMANA-MANA...
DAUN HIJAU... NEKTAR DIHASILKANNYA...
PERLU KAJIAN... AKAN KEGUNAANNYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 601, Hotel Tanjung Vista,
Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
(10 Muharam 1436H)

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.