Support My Blog

Wednesday, May 21, 2014

CAPSAICIN - 10 PERKARA PENTING

CAPSAISIN adalah zat kimia yang menimbulkan rasa pedas yang ujud atau didapati daripada jenis tumbuh-tumbuhan daripada kumpulan Cili iaitu daripada famili Solanaceae. Rasa pedas pada anggota sensori ini muncul kerana capsaisin menciptakan isyarat yang sama bagi otak seperti saat kulit terkena panas. Berbeza dengan sensori panas, rasa panas dari lidah ini hanya dikenali sebagai "rasa" sahaja dan bukan terbakar sesungguhnya. Pihak berkuasa undang-undang seperti pasukan polis dan tentera sering menggunakan capsaisin untuk menggendalikan orang ramai yang sedang berdemonstrasi. Air atau wap semburan akan dicampur dengan bahan capsaisin yang akan memedihkan mata lazim disebut "gas air mata" yang mudah menjadikan orang ramai akan lari berlindung. Tidak semua manusia dan haiwan boleh tahan dengan rasa pedas. Burung sebagai contoh memang sama sekali tidak dapat merasakan pedas dimana lazimnya burung boleh makan cili begitu sahaja tanpa rasa pedas atau sakit perut macam kita. Penggemar burung pun sering akan mencampur makanan dengan capsaisin agar tidak dimakan tupai. Tupai adalah haiwan yang peka terhadap rasa pedas sedangkan burung sama sekali tidak berpengaruh. Artikel petang ini saya menulis 10 perkara penting mengenai bahan capsaisin dalam "Anim Agro Technology" untuk menambah ilmu pengetahuan kita bersama pembaca blog ini.



Capsaicin kini telah menjadi bahan penting dalam dunia perubatan kerana dijadikan bahan yang menghilangkan sakit dibadan (relieve pain). Produk yang mengandungi capsaicin kini dijual dipasaran dalam bentuk krim, minyak urutan, koyok, cecair, losion, gel, stick, sapuan dan sebagainya. Negara Korea , Jepun dan China antara pengeluar produk plaster yang mengandungi capsaicin yang pedas apabila dilekatkan pada bahagian sendi yang sakit (Lihat foto disebelah). Produk dari bahan Capsaicin dibuat oleh banyak syarikat terkemuka seperti oleh Zostrix, Icy Hot Arthritis Therapy, Capsagel dan Arthricare khusus untuk wanita. Di Malaysia saya pun pernah membeli produk seperti Koyok Panas, Salonpass dan sebagainya. Berikut saya paparkan 10 perkara yang perlu kita tahu mengenai capsaicin untuk dijadikan panduan dan menambah pengetahuan.

1. Capsaicin adalah komponen aktif dalam Cili/Lada.

Capsaicin adalah bahan yang terdapat pada cili yang menyebabkan 'radang' atau 'irritant' kepada manusia. Ia menghasilkan satu rasa iaitu PEDAS. Rasa pedas dan panas ini akibat radangan dan tindakbalas tisu sensitif (sensory tissue) apabila tersentuh bahan ini. Capsaicin akan bertindakbalas dengan unsur P yang akan menghantar isyarat kepada otak manusia melalui sistem saraf bahawa ia adalah pedas. Kalau kita makan cili yang pedas dan minum air panas pun tidak akan menghilangkan rasa tersebut tetapi sensori panas akan mengurangkan rasa pedas sebenar dalam mulut. Kehebatan capsaicin ini telah dimenafaatkan oleh saintis untuk dijadikan bahan rawatan berkesan bagi masaalah osteoarthritis, rheumatoid arthritis dan diabetic neuropathy. Capsaicin juga sangat berkesan mengubati sakit sendi, kejang otot dan juga masaalah sakit sistem saraf. 


2. Capsaicin ada dijual dimana-mana

Kita tidak perlu mendapatkan 'prescription' daripada doktor untuk mendapatkan capsaicin. Saya dapati amat mudah untuk kita beli atau mendapatkan pelbagai produk berasaskan capsaisin seperti 'Red Chili Plaster' dengan harga RM 2.50 satu paket (Lihat foto sebelah mengandungi beberapa keping). Kita perlu tampal sahaja plaster tersebut pada bahagian badan atau sendi yang sakit dan tunggu 15 - 20 minit akan rasa panas dan pedas bukan kepalang sehingga ia mampu menghilangkan sakit sendi dilokasi tersebut. Bentuk produk lain seperti dalam bentuk losion sapuan, gel dan sebagainya boleh digunakan tanpa merujuk kepada doktor kerana arahan penggunaan ada ditulis pada label dengan jelas. Bagi losion atau krim sapukan terus kebahagian sakit tetapi tangan perlu dicuci selapas sentuh kerana apabila kena mata nanti... menangislah kamu jawabnya. 


3. Jangan guna capsaisin  dengan dos berlebihan.
Baca arahan menggunakan produk capsaicin pada label dan elakkan daripada menggunakan lebih dos. Contohnya jika ditampal plaster red chili plaster dengan jumlah yang lebar, tidak tahan nanti kita menahan kesannya. Begitu juga dengan krim sapuan elakkan dari menggunakan dos berlebihan.


4. Tiada kesan interaksi dengan ubatan lain.
Produk mengandungi capsaisin didapati tidak mempunyai kesan interaksi dengan ubatan lain yang dimakan secara langsung. ini kerana ia kebanyakannya adalah produk untuk kegunaan luaran sahaja. bagaimana pun jika ada masaalah perlu dirujuk dengan doktor dengan menyatakan jenis produk yang digunakan.

5. Capsaicin menyebabkan rasa terbakar.

Penggunaan capsaicin akan lazimnya menyebabkan rasa panas, terbakar, rasa menyengat daripada mula sehingga keparas maksima. Rasa ini lazimnya akan amat terasa pada peringkat pertama menggunakannya dan ianya akan berlarutan selama beberapa hari atau beberapa minggu bergantung kepada jenis produk dan jenama. Bagaimana pun jika penggunaan amat kerap maka kesan rasanya akan berkurangan lama kelamaan. Walau pun rasa terbakar ini kurang dirasai kalau selalu menggunakan, kesan menyembuhkan sakit tetap masih berfungsi dengan baik.


6. Penyembuhan Arthritis bukan segera.
Penyembuhan atau kesan penggunaan capsaisin terhadap masalah anthritis biasanya lambat dirasai. Hasil kajian menunjukkan masaalah anthritis hanya berkesan selapas 1-2 minggu selepas digunakan. Teruskan menggunakan capsaisin sehingga 3-4 minggu dan kalau bermasaalah perlu dirujuk dengan doktor perubatan.


7. Capsaicin diguna dan disimpan dengan selamat.

Produk ini perlu digunakan dan disimpan dengan selamat terutama daripada kanak-kanak. Elakkan daripada terkena bahagian sensitif seperti bahagian mata, bibir, anggota sulit dan juga bahagian lain. Kalau terkena pada mata perlu dibasuh dengan air bersih dengan segera. Bilas dengan air bersih sehingga rasa pedas dan terbakar ini hilang. Bagi mengatasi masaalah pada anggota lain boleh dibasuh menggunakan sabun sgar ia cepat hilang kesannya.


8. Setengah orang tidak boleh guna capsaicin.Sesetengah orang tidak sesuai menggunakan produk capsaicin atau makan cili yang pedas. Ini kerana kesan cili boleh menyebabkan kesan lebih teruk kepada mereka. Sebelum menggunakannya sebaiknya perlu mendapatkan nasehat doktor. Selalunya doktor akan bertanya mengenai kulit yang rosak, radangan kulit, allergik, kesan sampingan dan sebagainya. Bagi wanita yang sedang mengandung dan menyusukan anak dinasihatkan berhati-hati apabila mengambil bahan capsaisin untuk kesihatan bayi. Knak-kanak bawah 2 tahun elakkan guna bahan ini.


9. Kajian menyokong capsaicin untuk osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.
Kajian yang dijalankan sejak 1991 melibatkan seramai 70 orang pesakit osteoarthritis patients dan 31 pesakit rheumatoid. Pesakit diminta gunakan 0.025% capsaicin or placebo pada bahagian lutut 4 kali sehari. Hasil kajian mendapati sekitar 80% pesakit mengalami penyembuhan dengan rawatan selama 2 minggu.


10. Kajian capsaicin terhadap osteoarthritis pada tangan.
Kajian ini juga menunjukkan beberapa kejayaan untuk mengatasi masaalah kesakitan pada tangan.

Begitulah 10 perkara yang saya dapat paparkan kepada anda hasil daripada pembacaan buku berkaitan kehabatan capsaicin yang ujud pada cili bagi tujuan perubatan. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa maklumat seperti ini dibaca dan difahami oleh rakyat Malaysia. Kajian mengenai capsaicin dan cili perlu diperhebatkan pada masa akan datang. Wasallam!

Unit skala SHU - ukur kepedasan.
NAMA CAPSAICIN.. PEDAS RASANYA...
DALAM CILI ... DIEKSTRAK PROSESNYA...
DUNIA PERUBATAN...BANYAK GUNA...
BACA ARTIKEL INI.. RASA LEGANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Precint 11, Putrajaya,
Wilayah Persekutuan,
Malaysia.
(10 Dzulhijah 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...