ANAI-ANAI (Termites) merupakan sejenis serangga daripada Order Blattodea yang hidup secara bersosial dan berkoloni. Kita di Malaysia sering menjadikan anai-anai sebagai musuh utama dalam kerosakkan yang di lakukan olehnya terhadap hartabenda termasuk rumah, perabot, buku-buku, kayu, tenamanan dan sebagainya. Kehebatan kerosakan oleh anai-anai menyebabkan telah banyak syarikat swasta yang membuat syarikat pemusnah anai-anai diseluruh negara. Pada penelitian penulis mendapati anai-anai ialah serangga sosial yang termasuk banyak keluarga termasuk Termitidae. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau pun dalam kayu sama dikebun atau di rumah. Anai-anai adalah serangga yang selalunya merosakkan kayu dan merupakan makanan utamanya. Sebenarnya terdapat banyak spesis anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem semulajadi didalam hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan ranting serta daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kesannya tanah akan menjadi subur dengan adanya anai-anai yang telah menjalankan tugas baik ini. Kajian saintis mendapati kini terdapat 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesis anai-anai iaitu sebanyak 2,600 spesis yang telah dikenalpasti saintis. Kebanyakkan anai-anai merupakan serangga merayap yang dikategorikan sebagai serangga perosak. Kalau ia makan kayu tiang atau papan lantai lazimnya akan kelihatan cantik sahaja luarnya tetapi sebenarnya didalamnya telah 'kosong' dan akan jatuh kalau disentuh. Melihat kepada bentuk badanya yang kelihatan lembut, sebenarnya anai-anai mempunyai sepasang taring atau gigi yang amat kuat untuk mengigit kayu dengan bantuan cecair yang lazim dikeluarkannya. Artikel malam ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai dua kategori Anai-anai iaitu Anai-anai yan tinggal dalam kayu kering dan Anai-anai yang tinggal dalam tanah untuk bacaan anda. Artikel yang ditulis awal di Malaysia ini telah diposkan daripada London semasa cuti panjang ke Eropah.
1) ANAI-ANAI DALAM KAYU KERING
Anai-anai Kayu Kering biasanya berwarna perang atau putih krim atau juga coklat pucat bersesuaian dengan warna kayu yang didiami. Ia memiliki tubuh perisian dengan bentuk silinder dengan abdomen yang membesar dan kepala yang kelihatan lembut (Sila lihat foto diatas). Ia mempunyai saiz kecil dan bergerak agak perlahan dalam koloninya. Julat panjang di antara 3/8 hingga ½ inci daripada kepala sehingga abdomen. Semasa peringkat bersayap terdapat empat sayap-sayap sama besarnya yang melanjutkan lebih panjang daripada badan. Sifat pada anai-anai Kayu Kering adalah serangga sosial yang hidup dalam tanah jajahan. Jajahan terdiri daripada raja, ratu dan tentera. Tiada kasta pekerja dalam koloni-koloni anai-anai bawah tanah. Lazimnya habitat Jenis Anai-anai Kayu Kering anai-anai membuat tanah jajahan di dalam kayu dengan tidak ada sambungan ke tanah yang diperlukan. Ia memerlukan kelembapan sangat sedikit dan selalunya ditemui di dalam membingkaikan kayu loteng. Kayu Kering anai-anai mendapatkan lembapan dari air dihasilkan oleh penghadaman selulosa. Tanah-tanah jajahan boleh mengandungi sehingga 2,500 anai-anai. Pemerhatian penulis juga mendapati Jenis Anai-anai Kayu Kering menyebabkan kerosakan serius pada struktur, seringkali lama sebelum ia ditemui. Kemungkinan tanda infestasi atau juga serangan merangkumi meninggalkan seperti habuk kayu dan sayap-sayap baki dari anai-anai (swarmers). Anai-anai ini menyerang struktur kayu pada rumah teres, rumah banglow apa lagi kalau rumas limas kayu dikampong.
2) ANAI-ANAI BAWAH TANAH
Ciri-ciri Fizikal anai-anai jenis ini sedikit berbeza dari segi marfologinya. Lazimnya penulis melihat bahawa kasta pekerja anai-anai ialah berwarna putih kuning dan tanpa sayap. Askar anai-anai telah memanjangkan kepala coklat dengan rahang. Pada peringkat reproduktif terdapat sedikit warna tambahan iaitu berwarna muda, sementara peringkat reproduktif utama ialah berwarna coklat tua atau berwarna kehitaman. Anai-anai jenis ini berukuran dengan julat panjang di antara 1/8 hingga 1inci (siapa pandai dalam unit cm kira sendiri). Sifat-sifat anai-anai bawah tanah biasanya koloni akan berkerumun pada musim bunga. Bagaimana pun selalunya jenis ini boleh berkumpul bila-bila masa sepanjang tahun. Lazimnya sewaktu aktif untuk membiak atau dikatakan Reproduktif Utama koloni anai-anai ini akan berkerumun dan mengujudkan satu lagi koloni-koloni baru. Pembiakan selalunya hanya boleh berlaku dalam koloninya sendiri. Ia bermula dengan membantu dengan pertumbuhan saiz koloni melalui penghasilan telur-telur untuk ditetaskan dengan jumlah yang banyak apabila dipastikan banyak sumber makanan disekelilingnya. Anai-anai bawah tanah mempunyai kasta pekerja berbanding dengan anai-anai kayu kering tidak ada kasta pekerja.
Habitat semulajadi anai-anai bawah tanah hidup dalam tanah-tanah jajahan bawah tanah tetapi mampu mencapai makanan atas permukaan tanah oleh terowong-terowong bangunan memanggil tabung lumpur. Setengah koloni membentuk busut yang agak signifikan (Sila anda lihat foto sebelah). Ia bergantung pada tahap kelembapan untuk bertahan hidup tidak seperti anai-anai kayu kering yang hanya memerlukan kelembapan yang rendah. Anai-anai bawah tanah boleh menceroboh rumah-rumah melalui rekahan dalam konkrit dimana rumah-rumah tidak akan selamat untuk didiami. Anai-anai tanah akan juga menyebabkan kerosakan rumah-rumah setiap tahun dengan belanja lebih satu bilion ringgit diseluruh dunia. Lazimnya anai-anai bawah tanah bertanggungjawab untuk majoriti kerosakan itu yang masuk daripada bawah kawasan perumahan tanpa disedari oleh pemiliknya. Syarikat swasta yang membuat rawatan tanah dikawasan-kawasan rumah menggunakan racun kimia sistemik yang mampu mengawal anai-anai dalam jangkamasa yang lama. Lazimnya koloni-koloni anai-anai boleh membiak dengan mengandungi sehingga berjuta ekor anai-anai dan lebih besar lagi berbanding dengan koloni-koloni anai-anai kayu kering. Semua pemilik rumah perlu memeriksa keujudan anai-anai ini dibawah rumah mereka. AWAS!.
ANAI-ANAI KAYU...CERAH WARNA...
MAKAN KAYU...KERING ALAMNYA...
JENIS TANAH... BUSUT DIBUATNYA...
MEROSAK RUMAH...MERBAHAYA...
By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Jelai,
Jalan Tengku, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1435H)
Diposkan daripada Hyde Park Hotel,
23-25, Leincester Square, London.

Berada di London .... sempat buat posting artikel ini. |
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 104, Hotel Jelai,
Jalan Tengku, Temerloh,
Pahang, Malaysia.
(10 Jamadilakhir 1435H)
Diposkan daripada Hyde Park Hotel,
23-25, Leincester Square, London.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.