Support My Blog

Saturday, August 10, 2013

SUNFLOWER (Part 1)

SUNFLOWER (Helianthus anuus) atau Bunga Matahari merupakan sejenis tanaman dari keluarga Asteraceae yang popular ditanam dinegara temperate dan jga kawasan tropika. Foto diatas saya ambil dari Ladang Contoh di Kawasan Istana Diraja Thailand, pada Oktober tahun lepas sempena lawatan saya bersama kumpulan 'Agro Challange 2012' ke Thailand. Merujuk kepada beberapa buku rujukkan dan lamanweb, saya dapati Bunga Matahari adalah sejenis tumbuhan renek (shrubs) yang natif di tanam oleh orang asli di Amerika Utara sejak beribu tahun dahulu sebelum dibawa ke Eropah. Tumbuhan ini dengan saiz bunga yang besar serta berbentuk seperti 'Matahari' dengan mengandungi banyak biji apabila matang. Biji Sunflower inilah yang di komersilkan sehingga menghasilkan minyak sayuran (vegetable oils) dan pelbagai produk lain. Penanaman bunga matahari kini telah ditanam diseluruh dunia sama ada berskala komersil atau sebagai tanaman hiasan atau ornamental.  Lima negara menurut FAO Statistic Reports 2012 yang luas menanam sunflower pada tahun 2011 secara komersial adalah Rusia (5.0 juta ha), Ukraine (3.4 juta ha), Argentina (2.35 juta ha), India (1.8 juta ha) dan China (1.02 juta ha). Laporan itu juga ada menyatakan pengeluaran minyak sunflower adalah sebanyak 33.421 juta metrik tan setahun iaitu merupakan 8% sahaja daripada jumlah penghasilan minyak sayuran berasaskan bijirin berjumlah 404 juta metrik tan. Minyak sayuran paling banyak dikeluarkan didunia adalah daripada Minyak Kacang Soya (iaitu sebanyak 55%), Rapeseed (14%) dan Cotton Seed (10%). Kesemua jenis minyak ini memang bersaing dengan minyak kelapa sawit (Kedua terbanyak didunia) yang jauh lebih banyak pengeluarannya.  Artikel subuh ini dalam suasa hari raya aidilfitri ketiga, saya menulis didalam "Anim Agro Technology" mengenai tanaman cantik dan penting didunia iaitu tanaman bunga matahari atau sunflower untuk bacaan anda semua.  


Bunga matahari adalah tanaman penting yang ditanam untuk pelbagai tujuan. Paling banyak dihasilkan adalah minyak masak dimana ia digunakan sebagai bahan utama masakan diseluruh dunia. Biji bunga matahari mengandungi sebanyak 39 - 49% minyak terdiri daripada varieti komersil yang ditanam. Kajian yang saya baca menunjukkan 80% daripada pendapatan dari sunflower adalah daripada proses penghasilan minyak. Di Malaysia kita mudah membeli minyak Sunflower di Supermarket dengan jemana seperti NATUREL (Lihat foto sebelah). Walau  pun harga minyak ini adalah jauh lebih mahal daripada minyak dari kelapa sawit tempatan, namun terdapat beberapa pengguna tempatan yang masih suka membeli minyak ini dimana ia didakwa lebih baik khasiatnya daripada minyak kelapa sawit. Biji bunga mtahari juga kita kenali sebagai 'KUACI' sering dimakan sebagai makan ringan yang juga amat berkhasiat. Lain-lain produk berasaskan sunflower seperti bahan campuran makanan, produk komestik dan juga produk kesihatan. 


Tanaman Bunga Matahari adalah sejenis tumbuhan singkat masa yang renek yang perlukan banyak cahaya matahari untuk hidup. Ia tumbuh menegak (erect) dengan purata ketinggian diantara 1.5 - 3.5 meter (5-12 kaki). Ia mempunyai bunga yang amat besar (Lihat foto sebelah) dengan mempunyai diantara 1,000 - 2,000 bunga individu yang bergabung didalam satu bunga (Lihat foto sebelah). Bunga ini saya lihat mempunyai kelopak berwarna kuning disekeliling bunga dengan susunan 'florets' dibahagian tengah yang mempunyai susunan sebagai bunga komposits. Setiap bunga didalam jambak tersebut mempunyai pistil, stamen dan mampu menghasilan banyak biji selepas proses pendebungaan. Bunga yang besar yan berwarna kuning cerah ini menarik pelbagai jenis haiwan seperti serangga, burung, lebah, semut dan sebagainya untuk membantu didalam proses pendebungaan. Apa yang saya perhatikan adalah keupayaan bunga matahari menghadap kepada cahaya matahari dari ia terbit pagi sehingga terbenam dengan tangkai bunga melentur kearah cahaya matahari. 

Pokok Bunga Matahari mempunyai sistem akar yang menunjukkan ia adalah tumbuhan jenis dikot. Ia mempunyai akar tunjang dan juga akar serabut dengan jelas . Akar masuk kedalam tanah sehingga kedalaman 0.3 - 1.0 meter mengikut kesuburan pokok dan jenis tanah. Batangnya berbentuk bulat dengan warna hijau dan mempunyai struktur yang kuat untuk tumbuh menegak. Tunas dahan dan daun keluar dari ruas batang dengan susunan bersilang (Alternate) seperti dalam rajah sebelah. Daunnya adalah jenis simpel dengan mempunyai warna hijau dengan bentuk seperti 'hati'. Daun ini juga mempunyai bentuk tepi laidaun yang bergigi (pinnate vination) dengan susunan bersilang keluar dari batang daun. Bahagian daun ini penting untuk proses fotosintesis yang penting pada tumbuhan bunga matahari. 
BERSAMBUNG!..
Teknologi Penanaman Bunga Matahari ...
- Part 2 (Sila klik disini).



Penulis di ladang contoh Sunflower , Bangkok, Thailand
NAMA 'SUNFLOWER'....BUNGA MATAHARI...
BERWARNA KUNING.... BESAR SEKALI....
DITANAM MELUAS... MENJADI INDUSTRI...
PELBAGAI PRODUK... TANAMAN POTENSI...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 112, Hotel Timotel,
Jalan Mersing, Mersing,
Johor DT,
Malaysia.
(3 Syawal 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...