Sulur paut dan buah markisa. |
Sulur Paut sebenarnya mempunyai banyak jenis. Jenisn sulur paut banyak ditentukan dari tempat asal sulur paut keluar. Foto sebelah menunjukkan sejenis sulur paut yang keluar dari bahagian pucuk tumbuhan. Penelitian dan pemerhatian saya mendapati terdapat 7 jenis sulur paut yang telah dikenalpasti mengikut pengkelasan botani. Jenis tersebut adalah Sulur Paut Daun (Leaf tendrils), Sulur Paut Laidaun (Leaflet tendrils), Sulur Paut Stipular (Stipular tendrils), Sulur Paut Hujung Daun (Leaf tip tendrils), Sulur Paut Prophyll (Prophyll tendrils), Sulur Paut Batang atau Sulur Paut Pucuk (Stem tendril or Shoot tendrils) dan Sulur Paut Tangkai (Pedicel tendrils or Peduncle tendrils). Kesemua sulur paut ini mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu untuk mempastikan tumbuhan dapat memanjat kelokasi yang lebih tinggi untuk mendapatkan cahaya matahari dan membentuk banyak daun bagi sistem pertumbuhan yang lengkap.
Walaupun kajian menunjukkan sulur paut terdiri daripada tisu yang lembut, tetapi saya lihat kekuatannya memang mengkagumkan (Lihat foto sebelah). Tisu sulur paut ini semakin menjadi keras apabila pokok bertambah umurnya. Sesetengah sulur paut juga mampu untuk menyerap makanan pada pokok yang ditumpangnya (jika pokok hidup) dan membentuk kelaran seperti cincin (ring circle) pada pokok yang berbatang lembut. Lazimnya sulur paut lebih cepat untuk tumbuh atau pun memanjang naik keatas (mengejar cahaya matahari) tetapi sangat lambat jika sulur tumbuhan turun kebawah (ketanah). Ini dapat diperhatikan dimana batang atau pucuk yang menegak keatas lebih banyak bilangan sulur pautnya berbanding dengan batang atau sulur yang melempai kebawah. Anda semua boleh membuat pemerhatian mengenai sulur paut untuk membuat kajian sendiri. Saya dapati tidak banyak tulisan mengenai sulur paut dalam Bahasa Malaysia yang dapat kita buat rujukkan. Wasallam!
Sulur paut pokok Letup-letup dipagar rumah saya. |
SULUR PAUT... 'TENDRIL' NAMANYA...
IA BERGULONG... MELILIT CARANYA...
TUJUH JENIS... KUKUH IKATANNYA...
POKOK MENJALAR ...MEMPUNYAINYA...
By,
M Anem
Senior Agronomist,
Room 212, Shahzan Inn,
Jalan Masjid, Kuantan,
Pahang,
Malaysia.
Malaysia.
(8 Syawal 1434H)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.