POKOK GELENGGANG (Casia alata) merupakan sejenis tumbuhan daripada famili Caesalpiniaceae yang mempunyai nilai perubatan penting sebab ia merawat penyakit kulit yang disebabkan oleh kulat. Didalam membuat rujukkan, saya dapati ia mempunyai beberapa synonim nama bontanikal lain seperti Cassia bracteata, Cassia herpetica, Cassia rumphiana, Cassia alata var perennis Pamp, Cassia alata var rumphiana DC, Herpetica alata dan akhir sekali dikenali dengan nama Senna alata (Famili Fabaceae). Tumbuhan ajaib ini juga mempunyai nama-nama lain seperti Cassia, Wild senna, Fleur palmiste, Fleur dartre, Candlestick senna, Ringworm cassia, guajava, Flor del Secreto, Tarantana, Candle bush, Akapulko, Man-slabriki, Akapulco (Inggris), Gelenggang. Ludangan, Ketepeng badak (Melayu), Sulok (Sarawak), Andadasi, Palochina (Tagalog). Tumbuhan ini ditanam dikawasan keiling rumah dan kini telah ramai yang mengusahakan tanaman ini secara monokrop komersial. Dalam membuat rujukkan kepada laporan statistik Jabatan Pertanian, tidak ada data keluasan dan pengeluaran rasmi mengenai tanaman ini tetapi saya menganggarkan sekitar 80 - 100 hektar CHE. Kini telah banyak produk berasaskan tumbuhan pokok gelenggang dipasaran yang boleh dibeli dan terus digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit. Artikel subuh Ahad ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai tumbuhan herba berguna iaitu Pokok Daun Gelenggang untuk bacaan dan rujukkan anda.
Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama merupakan satu tumbuhan landskap untuk perhiasan. Buahnya adalah berbentuk kekacang yang keluar dari tangkai dibahagian atas pokok (Sila lihat foto buah di sebelah). Penanaman pokok ini secara komersil mampu dijalankan oleh mereka yang ingin menghasilkan produk berasaskan kepada daun gelenggang secara komersil. Salah satu dari kawasan penanaman pokok gelenggang yang saya jumpa adalah di TKPM Titi Gantung, Perak dan beberapa ladang herba di Negeri Sembilan. Kepada mereka yang ingin untuk menanam pokok gelenggang dinasihatkan agar mengenalpasti dimana ia akan dijual atau sebaiknya mempunyai kemudahan dan peralatan serta teknologi untuk memprosesnya sendiri. Penanaman tumbuhan ini adalah mudah diusahakan dan memerlukan kos yang tidak berapa tinggi seperti tanaman lain.
Kegunaan daun pokok gelenggang memang telah diketahui merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Ini kerana kandungan kimia yang ada pada daun gelenggang adalah amat sesuai mengubati penyakit kulit. Dalam keadaan biasa kita boleh membeli pelbagai krim atau sabun berasaskan daun gelenggang dikedai (Lihat foto sebelah). Harganya juga murah dan amat berpatutan dan dapatkan yang ada jaminan kualiti. Jika kita hendak gunakan sendiri, kita boleh buat sendiri dimana caranya adalah dengan mengambil daun gelenggang segar dilumatkan tanpa air. Kemudian campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya dan campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap. Ulangi beberapa kali sehingga kurap hilang. Pesakit akan merasa sedikit pedih semasa rawatan. Beberapa menafaat lain adalah merupakan ubat penawar kepada sengatan serangga dan Sakit Kulit dipanggil 'Eczema'. Penggunaan ini untuk kegunaan luaran sahaja.
Terdapat petua bagi atasi masalah sembelit dengan menggunakan daun gelenggang. Ambil satu sudu teh air rebusan daun gelenggang dan diminum untuk dijadikan sebagai julap. Akar pokok gelenggang boleh digunakan untuk mengatasi masalah uterus (rahim). Saya juga diberitahu dengan minum air rebusan daunnya, ia merawat masaalah seperti dijadikan ubat cacing, penawar sawan, resdung, bengkak saluran nafas. Terdapat laporan dimana air rebusan akarnya dan akar alamanda digunakan untuk merawat penyakit malaria. Satu lagi khasiat yang saya dapat tahu adalah dengan mengambil daun gelenggang segar dan dikeringkan. Setelah kering maka ia perlu disalai diatas bara api sehingga timbul rasa dan bau atau aroma kuat. Hancurkan daun tersebut untuk diminum dengan air panas. Teh ini popular di Sarawak sebagai 'Teh Sulok'. Rasanya enak juga (ringan) dimana ia adalah baik sebagai minuman untuk melawaskan kencing (diuretic), menurunkan kolestrol dalam darah dan ia mampu untuk membersihkan perut.
Peranan pokok gelenggang untuk dunia perubatan terletak pada kepentingan daunnya. Saya juga dimaklumkan bahawa bahagian akar dan bunganya juga digunakan dalam persiapan nilai perubatan khusus. Ada laporan yang mengatakan bahawa ekstrak dari tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ramuan untuk krim sapuan tangan (losyen) atau dijadikan sabun dan juga dijadikan syampu. Memang tumbuhan ini memberi rawatan kepada masaalah serangan kulat atau dipanggil juga 'Ringworm Bush' kerana sifat berkesan keatas kulat (fungicidal properties). Contohnya bagi merawat masalah penyakit kulit seperti kurap dan lain-lain jangkitan kulat kulit. Kalau ada pokok dirumah, ambil daunnya yang segar dan ditumbuk lumat untuk mendapatkan sejenis cairan berwarna hijau. Kemudian ia dicampurkan dengan sedikit minyak masak atau minyak kelapa dan disapu pada tempat yang berpenyakit kulit untuk 2-3 kali sehari. Sebaiknya agar disediakan segar setiap hari untuk kesan yang mujarab. Laporan juga menyebut bahawa bahan aktif hasil dari herba ini termasuk asid chrysophanic kuning yang terbukti berkesan. Wasallam!
KHASIAT DAUN... SEMBUH PENYAKIT...
SAKIT KULIT... DIKAWASAN YANG SULIT...
SAPUKAN SAHAJA...JANGAN MENJERIT..
SUDAH SEMBUH... BAYAR DENGAN DUIT...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Malaysia.
(16 Rejab 1434H)
Semu
Buah gelenggang dalam 'pod'. |
Kegunaan daun pokok gelenggang memang telah diketahui merupakan tumbuhan ubatan untuk penyakit kulit seperti kurap dan panau yang mujarab. Ini kerana kandungan kimia yang ada pada daun gelenggang adalah amat sesuai mengubati penyakit kulit. Dalam keadaan biasa kita boleh membeli pelbagai krim atau sabun berasaskan daun gelenggang dikedai (Lihat foto sebelah). Harganya juga murah dan amat berpatutan dan dapatkan yang ada jaminan kualiti. Jika kita hendak gunakan sendiri, kita boleh buat sendiri dimana caranya adalah dengan mengambil daun gelenggang segar dilumatkan tanpa air. Kemudian campurkan sedikit minyak tanah (setitik) ke dalamnya dan campuran ini dilumurkan pada tempat yang terkena kurap. Ulangi beberapa kali sehingga kurap hilang. Pesakit akan merasa sedikit pedih semasa rawatan. Beberapa menafaat lain adalah merupakan ubat penawar kepada sengatan serangga dan Sakit Kulit dipanggil 'Eczema'. Penggunaan ini untuk kegunaan luaran sahaja.
Teh daun gelenggang (SULOK). |
Sabun dari pokok gelenggang. |
KHASIAT DAUN... SEMBUH PENYAKIT...
SAKIT KULIT... DIKAWASAN YANG SULIT...
SAPUKAN SAHAJA...JANGAN MENJERIT..
SUDAH SEMBUH... BAYAR DENGAN DUIT...
By,
M Anem
Senior Agronomist
Jalan Istana, Persimpangan Bukit Beruang,
Bandar Melaka, Malaysia.
(16 Rejab 1434H)
Semu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.