Support My Blog

Tuesday, June 11, 2013

SERANGGA - KELAJUAN

KELAJUAN KEPAK SERANGGA (Insect wings speed) merupakan satu tahap kelajuan pergerakan kepak yang ditentukan oleh pergerakan kepak serangga. Serangga komuniti yang terdapat disekeliling kita daripada yang bersaiz besar sehingga yang amat halus. Ilmu mengenai serangga telah saya belajar semasa di universiti dahulu dimana ianya merupakan diantara subjek yang agak susah tertutama untuk mengingati banyak nama-nama dan taksonomi serangga yang memang banyak. Serangga ditakrifkan  sebagai benda hidup dari kelompok haiwan Invertebrata iaitu dalam Kelas Insecta yang mempunyai bilangan spesis terbanyak didunia. Apa yang kita pasti adalah dimana pada habitat daratan, serangga merupakan haiwan yang paling luas tersebar berbanding dengan kelas-kelas yang lain dalam filum Arthropod. Anggaran yang telah dibuat oleh saintis ialah dimana terdapat sebanyak lebih dari 20 - 30 juta spesis serangga sehingga ini dan masih banyak lagi yang belum ditemui setiap masa. Aktiviti merekod serangga masih berterusan dengan membuat kajjian dan penyelidikan mengenai serangga-serangga baru. Walau telah pasti ada hampir 1 juta spesis serangga yang lazim kita jumpa, banyak juga spesis serangga yang pupus tanpa sempat untuk direkodkan kerana aktiviti pembangunan dan penebangan hutan dan pemusnahan habitat asal serangga oleh manusia dan faktur semulajadi. Artikel subuh Sabtu ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai kelajuan pergerakan kepak serangga berdasarkan kepada pembacaan beberapa buku dan membuat rujukkan dalam lamanweb.


JADUAL 1: KADAR PERGERAKAN KEPAK SERANGGA


Memang seronok membuat pemerhatian sendiri melihat bagaimana serangga terbang menggunakan kepaknya. Terdapat banyak jenis serangga yang berada dikeliling kita sebuah negara tropika panas sepanjang tahun. Saya telah membuat beberapa rujukkan dari beberapa buah buku mengenai serangga dan juga beberapa lamanweb untuk menambah ilmu mengenai serangga. Jadual 1 diatas saya paparkan kadar pergerakan kepak sesaat bagi 12 jenis haiwan dengan menunjukkan bahawa Lebah mempunyai kadar pergerakan kepak turun-naik terpantas sebantak 250 bit sesaat. Maknanya kalau ia terbang dalam satu minit sudah mengerakan kepaknya sebanyak 15,000 kali gerakan. Ini diikuti dengan serangga Lalat yang mampu menggerakkan kepaknya pada kadar 190 bit sesaat dan diikuti dengan serangga Bumble bee dengan kecepatan 130 bit sesaat. 


Serangga Tabuan (Lihat foto sebelah)  pula mempunyai kadar pergerakan kepak selaju 100 bit sesaat diikuti dengan kupu-kupu (Moths) dengan kadar pergerakan sebanyak 85 bit sesaat kurang sedikit daripada serangga jenis lalat kuda dengan kecepatan 96 bit sesaat. Pergerakan kepak kupu-kupu menyemai pergerakan sejenis iaitu burung Hummingbird yang mampu bergerak seakan berhenti ketika menyedut madu. Pepatung bagaimana pun cuma mampu menggerakan kepaknya pada kapasiti 38 bit sesaat tetapi merupakan serangga yang mempunyai kelajuan (Speed) terpantas selaju 15.6 batu sejam.Jadual tersebut juga mempaparkan kadar pergerakan kepak Rama-rama adalah merupakan serangga paling kurang pergerakan kepaknya iaitu cuma 12 bit sesaat. Saya rasa memang kita dapat melihat dengan mata kasar bagaimana kepak rama-rama bergerak keatas dan kebawah dengan jelas.


JADUAL 2: KADAR KELAJUAN TERBANG SERANGGA
Dari segi kelajuan saintis mendapati bahawa Pepatung merupakan serangga paling pantas atau paling laju bergerak iaitu dengan kadar 15.6 batu sejam (Rujuk jadual 2 diatas). Ia diikuti dengan Tabuan (12.8 batu sejam), Kupu-kupu (11.1 batu sejam), Hummingbird (11.1 batu sejam), Lalat (8.8 batu sejam), Syrphis Fly (7.8 batu sejam), Bumble bee (6.4 batu sejam), Lebah madu (5.7 batu sejam), Housefly (4.4 batu sejam), Damesfly (3.3 batu sejam) dan akhir sekali dalam jadual diatas adalah Scorpion Fly pada kelajuan 1.1 batu sejam. Kelajuan terbang bagi pepetung adalah 12.8 batu sejam atau lebihkurang 25 knm sejam maknanya ia mampu terbang dari Putrajaya ke Petronas Kuala Lumpur dalam masa sat jam sahaja (itu agak laju juga berbanding dengan manusia yang berlari). Diharap artikel ini memberikan maklumat berguna kepada anda semua.
Salam dari saya...Wasallam!

SERANGGA TERBANG...LAJUNYA...
ADA PERLAHAN... IKUT SPESISNYA...
GUNA KEPAK....PANTAS GERAKNYA...
MEMBACA BLOG...TAMBAH ILMUNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Bilik Kuliah 8, Aras 2,
Pusat Latihan INSPEN
Kajang, Selangor,
Malaysia.
(28 Rejab 1434H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...