Support My Blog

Tuesday, June 18, 2013

KRITERIA PEMBUKAAN LADANG ORGANIK

PERLADANGAN ORGANIK (Organic farming) yang saya faham adalah satu sistem  pengeluaran hasil tanaman makanan yang tidak menggunakan bahan kimia sintetik seperti baja dan racun perosak sebaliknya menggunakan penggunaan bahan-bahan semulajadi dipersekitaran ladang sebagai sumber nutrien tanaman hasil daripada aktiviti pengkomposan (Composting). Bahan-bahan membuat kompos adalah daripada sisa tanaman ladang dan ternakan yang diproses untuk menjadi baja kompos dimana  proses ini sebaiknya menggunakan mikrob berfaedah. Ramai pengguna pada masa ini ingin mendapatkan produk untuk  makanan yang berstatus organik untuk menentukan bahawa bahan tersebut berkualiti dan selamat dimakan. Ini kerana telah timbul kesedaran dikalangan pengguna dimana kaedah pertanian konvensional dengan menggunakan banyak bahan kimia dan racun perosak dengan kadar penggunaan yang tinggi dan berterusan menimbulkan masaalah kesihatan manusia. Kesan sisa baki racun yang terdapat pada produk tanaman dan kesan kestabilan serta pencemaran kepada alam sekitar menjadi tajuk perbincangan hebat diperingkat global. Artikel subuh ini dalam "Anim Agro Technology" saya menulis mengenai kriteria pemilihan pembukaan ladang untuk dijadikan Ladang Organik yang membolehkan kita memohon  persjilan Sijil Organik Malaysia (SOM).


Paling asas didalam pemilihan tapak atau kawasan untuk kebun organik adalah TANAH atau TAPAK LOKASI. Ini disebabkan pemilihan kawasan akan menentukan kejayaan perladangan organik yang hendak dijalankan. Lokasi kebun mestikan sebaiknya jauh daripada kawasan perladangan secara konvensional terutama untuk tanaman sayur-sayuran organik. Kawasan dibandar atau yang berhampirsn dengan kawasan perindustrian seperti di Shah Alam, Johor Bahru, Pulau Pinang yang banyak kilang perindustrian perlu dielakkan kerana kemungkinan berlaku pencemaran akan berlaku. Pencemaran mungkin dalam bentul pencemaran air, udara, tanah, toksik dan sebagainya daripada sisa kilang tersebut. Sebaiknya lokasi tapak adalah dikawasan yang masih baru dimana tanah dan persekitarannya masih belum tercemar seperti dikawasan tepi hutan atau perkampongan tradisional yang kurang aktiviti pertanian konvensional. Kawasan seperti ini mempunyai ekosistem yang belum terganggu dan mempunyai sumber air semulajadi dari hutan yang bersih dan tidak tercemar.


Jika tidak ada kawasan yang disebutkan diatas, pilihan sesuai yang lain adalah untuk memajukan tanah pertanian yang telah diusahakan secara konvensional dan berdekatan dengan petani. Tanah seperti ini perlu masa selama 2 tahun iaitu tempoh peralihan (ini adalah kriteria yang ditentukan dalam standard SOM) untuk memulihan tanah kepada tahap sesuai untuk ladang organik. Penting juga dipilih adalah kawasan mestilah bebas daripada kemungkinan risiko pencemaran dengan mengujudkan apa yang dikatakan sebagai 'Zon Penampan'.  Kawasan zon ini berfungsi untuk menjadi penghadang, penapis atau pelindung daripada sebarang kemungkinan pencemaran yang mungkin berlaku. Sebaiknya elakkan dari melilih kawasan rendah yang mudah banjir kerana ia akan menganggu tanah dan sistem pengairan. 


Semasa kerja-kerja awal menyediakan tanah, sebaiknya kita mampu dalam menguruskan tanah dengan cara meminimakan kehilangan lapisan tanah atas dimana kita perlu jalankan pembajakan tanah paling minimum. Pemerhatian saya dibanyak projek ladang organik mendapati pembajakan kontour terutama ditanah bercerun mampu mengurangkan hakisan tanah dan pencemaran persekitaran. Penanaman tanaman penutup bumi dari jenis kekacang sesuai boleh meningkatkan keseburan tanah dengan aktiviti pengikatan nitrogen dalam tanah. Keujudan mikrob dalam tanah adalah berkait dengan kelembapan tanah, keujudan nutrien dan juga meningkatkan aktiviti biologi dalam tanah. Sebaiknya jalankan aktiviti penanaman secara bergilir-gilir untuk mengurangkan risiko kehadiran penyakit dan perosak tanaman. Perlu juga sesekali tanah dalam ladang organik direhatkan seketika sebelum penanaman baru dijalankan bagi tujuan pemulihan.


Didalam mempastikan ladang organik akan berjaya, air merupakan satu faktur penting yang perlu diperiksa. Sumber air sebaiknya berterusan pada kualiti yang tidak tercemar dapa kualiti sesuai. Perlu dinasihatkn agar petani yang menggunakan air perlu berjimat cermat dan elakkan pembaziran air untuk mencegah pencemaran air bawah ranah dan juga pada pemukaan atas tanah (topsoils).  Air untuk penyiraman sebaiknya sentiasa diperiksa sebelum digunakan. Sampel air boleh dihantar kepada makmal untuk melihat sama ada terdapat kemungkinan kandungan bahan yang tdak sesuai untuk ladng organik seperti logam berat, pencemaran najis dan sebagainya. Beberapa kaedah rawatan air boleh dijalankan seperi penggunaan penapis arang dan sebagainya bagi menghasilkan air sesuai.


Perladangan organik berkait rapat dengan kaedah oengurusan tanaman atau Amalan Pertanian Baik Ladang. Pengusaha perlu mempastikan bahawa bahan tanaman yang hendak digunakan adalah asli dan bukan daripada produk Genetically Modified Organism (GMO). Elakkan daripada menggunakan bahan perapi tanah (soil conditioner) baja atau sebarang hormon yang dilarang dalam perladangan organik. Didalam menjalankan amalan kultura, pastikan kita menanam dengan jarak tanaman yang betul, menggunakan variei tanaman yang rintang (tahan dari serangan perosak) atau pilih kombinasi tanaman sesuai. Penggunaan jenis sungkupan dari bahan organik mampu mengawal isu kelembapan tanah dan tanaman perangkap (trap crop) sesuai untuk ditanam dikawasan sesuai. Cara kita mengawal rumput sebaiknya menggunakan kaedah manusl )cabut atau di tajak atau gunakan  mesin kecil seperti Mesin Potong Rumput). Selain itu beberapa perangkap serangga seperti Perangkap Feromon, Perangkap Cahaya, Pelekat Berwarna Kuning/ Biru (Blue/Yellow Sticker) boleh digunakan (Lihat foto pelekat kuning disebelah). 
Semuga pemilihan tapak untuk bakal ladang organik akan menghasilkan produk organik berkualiti. Wasallam.

PILIH TAPAKNYA... SUSAH SEKALI...
KAWASAN BARU... MANA NAK CARI...
2 TAHUN... PERALIHAN MASA DIBERI...       
LADANG ORGANIK... PUNCA REZEKI...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Kg Lima Kedai, Johor Bahru, 
Johor,
Malaysia.
(10 Syaaban 1434H)


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...