Support My Blog

Friday, June 14, 2013

RAMA-RAMA (Part 2)

RAMA-RAMA (Butterfly) adalah sejenis serangga yang terbang daripada order Lepidoptera merupakan kumpulan yang sama seperti Kupu-kupu (Moths). Semasa saya memberikan ceramah kepada umum, ramai dikalangan peserta masih tidak pasti apakah dia Rama-rama dan Kupu-kupu secara betul. Mereka kata ianya adalah sama sahaja. Kebanyakan rama-rama mempunyai kepak dengan warna yang terang, bercorak dan menarik dan terbang pada waktu siang dibawah sinaran matahari. Kupu-kupu pula adalah jenis yang mempunyai kepak berbentuk seakan 3 segi dengan aktif atau  keluar lazimnya pada waktu malam (Lihat foto diatas). Seperti serangga 'holometabolisma' yang lain saya dapati kitaran hidup rama-rama dan kupu-kupu terdiri daripada empat bahagian. Ia adalah peringkat Telur, Larva, Pupa dan Dewasa. Kebanyakan spesis rama-rama adalah merupakan 'Diurnal' atau maknanya jenis 'berjaga siang'. Rama-rama terdiri daripada Rama-rama Sejati (superfamili Papilionoidea), Skipper (superfamili Hesperioidea) dan Rama-rama Rerama (superfamili Hedyloidea). Semua famili yang lain dalam Lepidoptera dipanggil kupu-kupu.Sejarah keujudan haiwan ini ujud semenjak 40–50 juta tahun dahulu dengan penemuan fosil dari kajian saintis. Artikel malam Isnin ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai serangga Rama-rama atau Kupu-kupu untuk dijadikan bahan bacaan.


Agaknya bagaimana rama-rama makan?. Saya banyak buat rujukkan yang rama-rama lazimnya hanya mengambil makanan cecair atau Nektar yang dihisap dengan belalai yang terdapat pada muncung dipanggil sebagai 'Probosis'. Ia menghirup air dari kawasan lembap serta memakan madu bunga dari bunga untuk mendapatkan gula yang membekalkan semua tenaga di samping bahan garam (natrium) serta beberapa mineral yang penting untuk tujuan  pembiakan. Terdapat setengah spesis rama-rama dan juga kupu-kupu yang perlukan lebih banyak garam natrium daripada yang terdapat dalam madu bunga. Kalau kita berada dalam taman rama-rama atau dikawasan kebun bubga kadang-kadang ada yang hinggap pada kita kerana mereka hendak menyerap garam pada peluh badan kita.   Pemerhatian akan tabiat seranga kupu-kupu agak pelik kerana ia juga hinggap pada najis atau tahi, buah reput atau bangkai bagi mendapatkan zat mineral dan nutrien. Pelik juga kerana ada beberapa spesis yang mempunyai satu tabiat "mengedap lumpur" terutama jantina jantan sahaja. Tujuannya adalah untuk mengumpul bahan nutrien-nutrien yang dikumpulkan boleh dijadikan hadiah mengawan di samping sebagai 'spermatofor' ketika mengawan.


Antara organ penting setiap serangga rama-rama adalah Sesungut atau Sungut (antennae). Lazimnya ia menggunakan sesungut untuk mengesan angin dan bau dalam udara. Sesungut ini ada pelbagai bentuk dan warnanya bergantung kepada spesis. Lazimnya rama-rama jenis Hesperiidae mempunyai sudut atau cangkuk yang tajam pada sesungutnya. Bagi spesis dan famili lain mempunyai sesungut yang bergembul (Lihat foto sebelah). Sesungut ini disaluti dengan banyak organ deria yang dipanggil sebagai 'sensilum' (Anda boleh baca artikel mengenai sungut - Klik disini). Kajian mendapati yang deria rasa kupu-kupu adalah 200 kali lebih kuat berbanding manusia. Ini disebabkan oleh ujudnya organ 'kemoreseptor' pada kakinya yang hanya berkesan ketika menyentuh. Organ ini sering digunakan untuk menentukan sama ada zuriatnya boleh makan daun itu sebelum bertelur di atasnya. Kebanyakan serangga ini menggunakan isyarat kimia, feromon dan juga sisik deria yang khusus (androkonia). Beberapa spesis lain pula  akan  mengembangkan struktur-struktur lain dalam menjalankan fungsi yang sama.


Adakah rama-rama dan kupu-kupu dapat melihat persekitaran?. Sebenarnya ia memang mempunyai deria penglihatan yang cukup terkembang dan kebanyakan spesis peka kepada spektrum ultraungu. Mata kompound rama-rama adalah besar dan berada pada bahagian hadapan Kepala Serangga tersebut (Lihat foto mata disebelah). Kebanyakan spesis rama-rama akan menunjukkan dimorfisma seks pada corak tompok-tompok pada rama-rama yang mampu memantulkan ultraungu. Kebanyakan rama-rama/kupu-kupu boleh melihat aneka warna tetapi ini hanya dipastikan dalam sebilangan kecil spesis. Ada juga laporan yang menyatakan sesetengah serangga ini mempunyai organ pendengaran dan ada juga yang dikenali menghasilkan bunyi 'stridulasi' dan berklik-klik.


Terdapat tabiat dimana kebanyakan spesies kupu-kupu menjaga wilayah dan seringkali mengusir spesis atau individu lain yang dikhuatiri menceroboh. Ada juga spesis yang berjemur atau bertenggek di atas lokasi kepunyaan individu lain. Gaya terbang rama-rama/kupu-kupu selalunya tipikal dan sesetengah spesis mempunyai corak penerbangan khusus untuk mengawan. Kupu-kupu gemar berjemur pada waktu pagi pada cuaca terangdan panas. Rama-ram mampu mengorientasikan diri untuk tujuan kumpulkan haba daripada matahari. Ada ciri khas bagi sesetengah spesis mengembangkan tapak kepak yang gelap untuk menyerap lebih banyak haba.  Sebilangan besar spesies kupu-kupu mempunyai tabiat serangga yang sentiasa berpindah-randah yang mampu terbang dalam jarak jauh. Cara mereka berpindah adalah pada waktu siang yang akan berpandukan matahari untuk arah. Ia juga mencerap cahaya berhaluan dan menggunakannya untuk orientasi apabila matahari tidak kelihatan. Rama-rama dan kupu-kupu mempunyai peranan penting dalam habitat alam semulajadi. Walau pun ia kelihatan cantik dilihat, jangan lupa sesetengah mereka adalah perosak dalam sektor pertanian dimana ulatnya makan daun. Wasallam!

ADA KUPU-KUPU... DAN RAMA-RAMA...
BENTUK BERBEZA... TATAPI TAK SAMA...
TERBANG RIANG.... BERBAGAI WARNA...
KUNJUNGI BUNGA... HISAP MAKANANNYA...

By,
M Anem
Senior Agronomist
Taman Rama-rama,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(1 Syaaban 1434H)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...