Support My Blog

Thursday, June 22, 2023

MUZIUM NANAS - ADA DIMANA?

MUZIUM NANAS
(Pineapple Muzeum) merupakan satu lagi premis yang dahulu pernah di kelolakan oleh Jabatan Pertanian Negeri Johor sehingga menjadi salah satu destinasi pelancong di daerah Pontian, Johor. Asalnya ia dikenali sebagai MUZIUM NENAS JOHOR iaitu ia merupakan sebuah muzium yang didedikasikan kepada buah tropika ini iaitu Buah Nanas (Ananas commosus). Pernah menjadi satu daya tarikan pelancong domestik dan antarabangsa (terutama dari Singapura) dimana ia dibuka sepanjang masa termasuk hari cuti Sabtu dan Ahad. Sebuah bangunan kayu lama ini juga pernah menerima bajet daripada kerajaan Negeri Johor melalui Jabatan  Pertanian Negeri Johor untuk dijadikan sebagai Muzeium Nanas sekitar tahun 2005. Kawasan tanah lapang disekitarnya juga ada di tanam dengan pelbagai varieti nanas dan mejadi tumpuan para pengunjung untuk mengenali nanas yang ada di tanam di Malayisa. Peranan ini di lakukan oleh Jabatan Pertanian Johor kerana Lembaga Perusahaan Nanas Malaysia (LPNM) padamasa itu dan sebelumnya sudah tidak ada sebelum di wujudkan semula oleh Menteri Pertanian ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Secara umumnya sebagai muzium doimana didalam muzium ini terdapat pameran yang menarik mengenai nenas, artifak, penerbitan dan informasi mengenai industri nenas di Malaysia. Daerah Pontian dipilih sebagai lokasi Muzium Nenas Johor ini kerana Pontian pernah menjadi mengeluar nenas terbesar negara dizaman kegemilangan industri nanas Malaysia. Disebabkan oleh fakta fakta itu maka memang amat sesuai sekali Pontian menjadi lokasi bertapaknya Muzium Nenas Johor dan merupakan satu-satunya muzium yang didedikasikan kepada buah tropika ini. Pada masa itu muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak mengenai penanaman dan industri nenas di Malaysia sejak daripada permulaan nenas ditanam di Malaysia hingga sekarang. Selain itu di muzium ini juga turut mempamerkan informasi mengenai kaedah penanaman nenas, pengawalan seranggan perosak dan penyakit dan lain-lain lagi. Pelbagai varieti nenas turut ditanam di kawasan muzium ini untuk memberi peluang kepada pengunjung mengenali variasi tanaman nenas di Malaysia. Pengunjung turut berpeluang untuk mempelajari teknik menghasilkan benang daripada daun nenas yang kemudiannya digunakan untuk membuat baju. Pada masa itu dikenakan bayaran masuk setiap pengunjug sebanyak RM2.00/orang dan bag muurid sekolah di berikan kelonggaran. Muzium ini terletak di KM 52, Jalan Johor, Pontian,Johor (dalam Stesyen MARDI dan Jabatan Pertanian). Bagaimana pun disebabkan oleh ketiadaan bajet khas oleh kerajaan Negeri Johor dimana Muzium ini telah kekurangan dana untuk beroperasi dan 'ditutup' buat seketika. Artikel ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya suka kongsikan satu fakta sejarah mengenai Muzium Nanas yang mungkin ramai kurang tahu mengenainya untuk dijadikan bahan rujukkan semua.


Penulis blog yang pernah melawat beberapa kali dan bermesyuarat di Muzium Nanas ini telah pun mendapati ada beberapa isu yang menyebabkan muzium ini 'ditutup' sementara. Tapak Tanah bangunan  Muzium Nanas ini sebenarnya di milkki oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (Tanah Federal) yang terdapat Stesyen Penyelidikan Tanah Gambut MARDI (IPRS) da Pusat Pertania Jabatan Pertanian Malaysia. Pihak Jabatan Pertanian Neger Johor diatas inisiatif mereka untuk bantu promosikan industri nanas negara telah memberikan bajet khas mengubahsuai bangunan lama sebagai muzeum nanas. Ia berjaya beropesari dengan cemerlang dimana ribuan pengunjung datang melawat muzium ini terutama kalangan murid-murid sekolah dan pemain industri nanas. Terdapat banyak bahan pameran didalamnya dan kos pengurusan utiliti untuk pengoperasian muzium nanas yang mana kemudian tidak dapat disediakan dan sepatutnya di biayai oleh Jabatan Pertanian Persekutuan (Putrajaya). Bagaimana pun kemudian teah timul isu dimana Jabatan Pertanian tidak bolh untuk membiayai muzium ini setelah 'ditegur' oleh Jabatan Muzium Malaysia dimana pihak lain 'TIDAK BOLEH' menggunakan dan juga mengadakan muzium termasuk muzium nanas ketika itu. Disebabkan isu itu maka Muzium Nanas Johor tidak dapat beroperasi untuk kos utiliti, penyeleggaraan bangunan, penyeengaraan tanaman dan sebagainya. Bangunan ini yang mempunyai rekabentuk 'Rumah Johor' dengan bahan kayu memang perlukan penyelenggaraan berterusan kerana ia adalah bangunan dengan lengkap penghawa dingin dan banyak utiliti lain. Status tanah kemudian di bincangkan oleh pihak Kementerian Pertanian agar ia di berikan hak penjagaan kepada Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) sekitar tahun 2019-2020. LPNM yang kemudian diberikan hak  penjagaan muzium nanas ini telah membuat perancangan untuk 'pulihkan semula muzium nanas dengan bajet khusus. Pemlihan muzium nanas ini dijangka akan memicu lagi ramai pengunjung ke muzium ini seperti dahulu.


Dalam beberapa laporan media termasuk oleh bernama dan sinarharian ada melaporkan 'Muzium Nanas bakal 'berwajah baharu' selepas LPNM ambil alih' sesuai di rujuk. Laporan ini pada tahun 2021 ada footo dimana pengerusi LPNM ketika iaitu Dr Sahruddin dengan diiringi Mohd Khairuzamri (KP LPNM) ketika melawat ke Muzium Nanas di Pekan Nanas Pontian. Dilaporkan dimana Langkah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mengambil alih pengurusan Muzium Nanas daripada Jabatan Pertanian pada Mac 2021 dilihat bakal memberi ‘nafas dan wajah baharu’ kepada muzium berkenaan berikutan usaha menaik taraf bangunan serta kawasan sekitar bermula tahun 2022. Pengerusi LPNM, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, muzium yang dirasmikan oleh bekas Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman pada 21 Mei 2002 itu dimana ia juga merupakan ikon daerah Pontian dan sesuai dijadikan rujukan bagi mereka yang ingin mengetahui sejarah awal nanas di negara ini. Mungkin ramai sedia maklum muzium ini sudah berusia 19 tahun dimana kemudian sudah jadi lbih baik apabila diserahkan kepada LPNM dimana ini sudah tentu LPNM ingin menambah baik. Ketika ituu dilaporkan dimana muzium nanas telah ditutup sebab masih dalam tempoh kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) namun banyak penambahbaikan bangunan dan artifak yang boleh dibuat. Diharapkan  dengan berlakunya pengambilalihan pengurusan muzium ini oleh LPNM maka ia dijangka akan ada lebih banyak maklumat dan input baru terkini boleh disalurkan kepada masyarakat dan proses menaik taraf ini dijangka mengambil masa setahun untuk siap. Memang usaha bagi menaik taraf yang dijangka bermula seawal suku kedua tahun depan, menyaksikan pelbagai transformasi melibatkan 2022 bagi sebuah muzium lama yang banyak menyimpan dan mempamerkan pelbagai dokumentasi sejarah dan artifak mengenai industri tanaman nanas negara  khususnya di daerah Pontian. Bagi pihak LPNM kewujudan muzium ini mempunyai nilai sentimental sangat tinggi bagi Daerah Pontian dan LPNM.  Barangan artifak yang bernilai tinggi ini sudah berumur puluhan tahun dan ini menjadikan pengunjung akan terkenang peristiwa lama (antaranya) bagaimana sukarnya kaedah untuk dapat mengumpulkan artifak yang ada ini. Memang ada banyak lagi artifak di luar sana yang kami boleh bawa masuk untuk melengkapkan lagi ruang pameran sedia ada. Proses penambahbaikan bukan sahaja pada bangunan tetapi cara ia dipamerkan, kami akan buat secara lebih tuntas, tepat dan menarik menggunakan teknologi baharu.  Muzium Nanas dilihat pelengkap kepada rantaian dalam industri nanas sebagai satu daripada produk agropelancongan, selain Stesen Nanas Tanah Gambut yang terbesar di dunia di Alor Bukit, Pekan Nanas dan pusat informasi nanas di bandar Pontian. Rantaian agropelancongan itu apabila direalisasikan akan turut menghasilkan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar iaitu dalam bentuk pembangunan sektor inap desa dan produk berasaskan nanas yang memang berasal dari kampung-kampung.


Industri Nanas Malaysia terus meju dengan menanam nanas segar untuk pasaran eksport dan domestik. Nanas MD2 yang semakin meluas penanamannya kini menjadi tumpuan utama pihak LPNM untuk diperluaskan penanamannya diseluruh negara. Disamping itu nanas lain seperti Nanas Josapine, Nanas SG1. Nanas Jambl Mas, Nanas Crystal Honey, Nanas Cobek juga semakin diminati para pengusaha nanas. Melihat kepada sejarah nanas dimana dahulu i
ndustri pengkalengan buah nanas telah wujud sejak lebih 100 tahun. Pengkalengan buah nanas secara komersial mula-mula dijalankan oleh orang-orang Cina di Singapura. Sebelum pembangunan komoditi lain dimana asasnya industri nanas merupakan penyumbang utama kepada ekonomi negara. Pada tahun 1957 dimana berlaku proses Lembaga Perusahaan Nanas Tanah Melayu (LPNTM) telah ditubuhkan di bawah Ordinan Perusahaan Nanas 1957, sekarang dikenali sebagai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), yang berperanan mengawal dan memajukan industri nanas Malaysia. Semua ini ada di paparkan didalam Muzium Nanas bersama banyak artifak-artifak lain sejak zaman itu. Dahulu industri nanas kaleng (nanas untuk ditnkan) mencatat eksport yang kedua tertinggi selepas tembikai di dalam kategori buah-buahan tropika. Industri ini juga memainkan peranan dalam menyumbang kepada ekonomi negara dan memberi peluang-peluang pekerjaan secara langsung di sektor perladangan dan pemprosesan dan tidak langsung seperti sektor pengangkutan dan pembuatan yang lain. Dengan adanya agensi yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan industri nanas, Malaysia berkemampuan menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan masih upaya bertahan di pasaran utama. Industri nanas Malaysia mendapat sokongan kerajaan dari segi polisi pembangunan tanah.  Apa pun sektor pekebun kecil dan sektor ladang adalah diberi perhatian oleh kerajaan melalui pelaksanaan program-program pembangunan dan program sokongan industri. Dalam pada itu ada beberapa strategi telah diatur dengan asas berdasarkan perancangan jangka panjang yang telah disusun. Fokus LPNM adalah untuk membuka kawasan-kawasan baru dan meningkatkan produktiviti serta menangani isu kekurangan bekalan buah ke kilang-kilang. Kesan dari globalisasi pensejagatan dan integrasi ekonomi dunia bererti pesaingan akan menjadi unsur paling utama dalam menentukan kejayaan dan berdaya kekalnya industri nanas Malaysia. Disamping bertanggungjawab di dalam mengawal dan memajukan industri, LPNM perlu mengambilkira kecekapan, produktiviti, daya saing dan teknologi dalam pengeluaran, pemasaran dan perdagangan serta dapat menyusun strategi berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan supaya penyusunannya menjadi lebih mampan dan berkesan. Muzium Nanas yang dibaikpulih oleh LPNM boleh menjadi sumber rujukkan pengunjung dan sebagai salah satu destinasi pelancongan yang ada di Daerah Pontian. Semuga artkel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!..
MUZIUM NANAS... DI PONTIAN SANA....
JABATAN PERTANIAN... ASAL BUATNYA...
KINI LPNM... DITUGASKAN MENJAGA...
PUSAT RUJUKKAN... NANAS NEGARA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Room 5017, Bertam Resort (Water Park),
Bertam, Pulau Pinang,
Malaysia.
(17 Jun 2023).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...