Support My Blog

Sunday, February 5, 2023

MONYET - APA FAKTANYA

MONYET (Monkey)
merupakan sejenis haiwan yang mana ia dianggap sebagai musuh tanaman. Gelarannya sebagai 
MONYET, KERA atau BERUK merupakan sejenis haiwan mamalia yang hidup secara berkumpulan dan sering menjadikan hasil tanaman dan tanaman petani menjadi sasaran untuk mereka boleh mendapatkan makanan. Monyet atau Kera (Macaca spp) merupakan haiwan primate daripada Superfamili Hominodea dan daripada keluaga Hylobatidae atau keluarga Hominidae. Jenis Kera dari famili Hylobatidae terdiri daripada haiwan seperti Monyet, Kera, Beruk, Lotong, Siamang, Gibbon yang lazimnya bergayutan dipokok dan beberapa lagi .Sementara itu haiwan di bawah keluarga Homidae terdiri daripada Orang Utan, Chimpanze, Gorila dan Manusia yang lazimnya boleh berdiri dan berjalan. Penulis blog dapati monyet terdapat dalam pelbagai saiz ukuran badan daripada yang bertubuh besar sehingga yang sangat kecil (Marmoset pigmi yang sekecil 117 mm) sahaja. Ada pula monyet besar yang dikenali dengan nama Beruk Jantan yang besarnnya mencecah sehingga 1 meter dengan berat sebanyak 36 kilogram. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi yang hidup di atas tanah. Setiap spesies monyet ini mengamalkan cara pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya terdiri daripada buah-buahan, daun-daun, bunga-bunga, telur dan haiwan kecil termasuk juga memakan serangga. Boleh dikatakan dimana semua monyet memang mempunyai mata yang memandang ke depan tetapi ada beberapa ciri organ lain yang berlainan. Kebanyakan monyet adalah hidup dalam keadaan liar atau hanya sebahagian kecil sahaja yang ada dipelihara terutama didalam Zoo untuk dipamerkan kepada umum keluarga mereka yang banyak spesis. Bagaimana pun setelah kita faham akan apa dia monyet dalam artikel kali ini saya menulis lagi dalam "Anim Agro Technology" mengenai fakta menarik berkaitan monyet untuk dijadikan bahan rujukkan ppembaca semua.

Beberapa artikel menyatakan dimana haiwan m
onyet terdapat dalam pelbagai saiz ukurannya dari paling besar seperti seperti dalam filem 'KingKong - The Movie' sehingga saiz paling kecil dari monyet  jenis.  marmoset pigmi yang sangat kecil iaitu berukuran hanya 117 mm tinggi dengan ekor sepanjang 172mm sahaja dan beratnya hanya cuma 100 gram. Monyet paling besar dilaporkan adalah spesis Mandril Jantan yang ukurannya mencapai sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya adalah sehingga 36 kilogram apabila dewasa. Ada jenis monyet yang hidup di atas pokok dan ada lagi jenis monyet yang hidup di atas tanah sahaja dan tidak boleh memanjat pokok. Apa yang penulis blog tahu dimana bagi setiap spesies monyet adalah mereka mengamalkan cara pemakanan yang berbeza tetapi lazimnya makanan disukai adalah terdiri daripada jenis buah-buahan, daun-daun, bunga, telur dan juga jenis haiwan kecil termasuk serangga. Didalam banyak jenis makanan didakwa buah pisang merupakan antara makanan yang sering diberikan kepads monyet yang di ikat sebagai haiwan peliharaan (pets). Monyet mempunyai pelbagai jenis hubungan dengan manusia dimana antara yang berkait dengan industri tanaman kelapa (Cocos nucifera) adalah ia digunakan sebagai haiwan terbaik untuk memetik buah kelapa diatas pokok kelapa yang tinggi. Penulis blog ada artikel mengenai monyet pemanjat kelapa dalam blog ini untuk dibaca (Sila klik disini) dan (Sila klik disini). Ada monyet yang dibela sebagai haiwan kesayangan, ada yang dijadikan haiwan penolong orang kurang upaya dan ada yang bsnysk jugs ysng digunakan sebagai bahan ujian di makmal mahupun misi angkasa. Sesetengah spesies monyet juga dianggap haiwan perosak dan boleh menyebabkan kemusnahan besar terhadap hasil tanaman sara diri mahupun dagangan, dan oleh itu boleh dibasmi dengan membunuh. Ini boleh mendatangkan kesan mustahak kepada usaha pemuliharaan spesies terancam yang boleh mengundang pendakwaan. Adakalanya jangkaan kemusnahan oleh petani boleh melampaui kemusnahan sebenar. Monyet yang terbiasa dengan kehadiran manusia di tumpuan pelancong juga boleh digeruni kerana menyerang pelancong. Dalam agama dan budaya manusia dimana monyet melambangkan sifat kecerdasan dan kenakalan.  Biarpun semua jenis monyet mempunyai mata yang memandang ke depan seperti akan tetapi ia berlainan pula bentuk mukanya. Otak monyet ada dilaporkan menjadi makanan eksotik oleh manusia dimana ia didakwa memang berkhasiat dan sebagai perubatan. Daging monyet adalah haram mengikut hukum syarak dalam Islam.  


Pada penulis blog Monyet Pemetik Buah Kelapa merupakan sejenis haiwan yang dilatih khas khusus untuk memetik buah kelapa. Jenis monyet atau kera atau beruk yang digunakan perlu dilatih di tepat yang dikenali sebagai 'Sekolah Beruk Kelapa' yang ada banyak di negara Thailand dan ada juga apa yang penulis blog tahu di Kelantan. Kalangan beberapa negara ASEAN yang lainnya sekolah  ini juga dipanggil sebagai 'Monkey-Picking Coconut School'. Ini merupakan satu keperluan bagi kawasan luas ujud penanaman kelapa kerana aktiviti menuai kelapa memerlukan satu kaedah lain selain daripada memanjat pokok atau pun menuai dengan menggunakan galah panjang. Pokok kelapa yang telah tua dengan ketinggian mencecah lebih 50 kaki amat sukar untuk dituai (senile tree) dimana penggunaan galah atau kaedah memanjatnya agak sukar. Pokok kelapa merupakan sejenis tanaman industri yang penting di banyak negara tropika dimana kepelbagaian kegunaan tanaman ini berbagai dari semua bahagiannya sehingga tanaman ini digelar 'Plant Of Life'. Selain buah kelapa yang di kutip untuk digunakan menjadi pelbagai produk sehingga kepada komponen batang, daun dan bunganya ada kegunaannya tersendiri. Buah kelapa juga mengandungi perahan santan, air kelapa, minyak, sabut, tempurung dan sebagainya yang boleh digunakan terus atau diproses. Lazimnya buah kelapa akan matang setelah 12 bulan berlaku lengkap proses penting iaitu pendebungaan. Satu bulan setiap pokok kelapa matang yang subur akan mengeluarkan satu mayang (bunga) yang mana ia akan menghasilkan setandan buah kelapa. Bergantung kepada varieti kelapa, umur pokok, lokasi tanaman, amalan agronomi (pembajaan, kawalan perosak dsb) maka setandan kelapa boleb mempunyai 1 biji sehingga lebih 25 biji. Kelapa Hibrid Matag dilaporkan ia mempunyai purata penghasilan yang tinggi berbanding dengan varieti kelapa tradisional seperti kelapa Tinggi Malaya (Malayan Tall - CN1), Kelapa Tinggi Tagnanam dan jenis Kelapa Renek (Malayan Red Dwarf - MRD, Malayan Yellow Dwarf - MYD dan sebagainya). Monyet ini merupakan haiwan terbaik didalam induatri kelapa.


Kehadiran monyet dikawasan kebun pertanian merupakan satu masaalah kepada petani. Ini kerana monyet akan merosakan tanaman sejak peringkat awal penanaman apa lagi jika pokok berbuah. Kaedah pertama yang penulis blog perlu kongsikan ada banyak ditulis dalam blog ini (Sila klik disini). Antara satu kaedah kawalan adalah dengan kaedah Memasang Perangkap Monyet. Kaedah ini sama ada kita buat perangkap sendiei atau meminta bantuan daripada Jabatan Perhilitan agar mereka datang memasang perangkap dan membawa keluar daripada kediaman atau kebun kita. Perangkap monyet boleh dibuat sendiri dengan pelbagai ukuran asalkan ia kukuh dan tahan lama. Bagaimana pun perangkap berukuran 2 meter x 2 meter x 2 meter diperbuat daripada BRC atau besi atau kawat kukuh dengan tiang kukuh sesuai dinina dengan ada lubang pintu masuk diatasnya dan dinding zink agar kera atau monyet apabila masuk kedalam tidak boleh keluar lagi (Sila lihat foto disebelah). Pada bahagian atas perangkap itu sebaiknya dibuat lubang dengan diameter lebih kurang 50 cm dan pastikan ada zink sekelilingnya yang menjulur ke bawah panjang lebih kurang 40 cm. Periksa dan pastikan perangkap ini kukuh dan dibuat sekuat mungkin sebab kekuatan kera yang banyak memang dijluar jangka kita. Letakkan perangkap dilaluan dimana si kera itu serang melaluinya untuk mencari makanan. Sebaiknya dibubuh umpan seperti buah-buahan (pisang, betik, nasi, epal dan sebagainya) untuk menarik mereka masuk dan makan umpan. Apabia ia sudah masuk perangkap maka boleh dihantar kepada pihak berwajib atau di bawa keluar kelokasi lain yang berjauhan dengan kebun datau kawasan kediaman kita. Bagaimana pun ada juga dikalangan petani yang akan menangkap seekor monyet (sebaiknya ketua mereka) dan mengecatnya dan melepaskannya kepada kelompok mereka. Anda bolehlah pasang perangkap dan tangkap satu atau pun beberapa ekor monyet atau monyet yang selalu datang mengganggu dan merosak tanaman dikebun. Monyet yang ditangkap ini kemudian bolehlah disembur dengan cat warna MERAH (atau lain lain warna seperti putih, biru terang, kuning dan sebagainya) ikut suka. Bagaimana pun daripada petua orang tua-tua hanya warna merah dilaporkan amat menakutkan kelomppok monyet tersebut sebab ia seakan warna darah. Kalau hendak lebih canggih lagi anda boleh sapukan minyak wangi seperti minyak atar, minyak tanah atau minyak lain yang kuat baunya kepada badan monyet ini. Kemudian dilepaskan monyet tersebut ketempat asal atau di kawasan kebun yang mana monyet dan kumpulannya duduk. Dilaporkan apabila petani sudah berjaya mewarnakan cat merah pada seluruh badan monyet tersebut maka kumpulan kawannya tersebut akan ketakutan dan lari menjauh jika saling berjumpa sebab mereka takut dan mengira bahwa ini bukanlah dari ahli kumpulan mereka. Daripada laporan belakulah keadaan sehingga mereka saling berkejaran-kejaran dan tidak sempat lagi untuk memakan atau merosakkan tanaman dalam kebun. Kemungkinan jika kumpulan tersebut marah mereka akan membunuh keran yang dicat merah tersebut akhirnya.

Di Putrajaya portal hmetro.com ada melaporkan dimana 'Penduduk gusar berjiran dengan monyet' adalah satu laporan realiti. Dilaporkan dimana kes ada g
angguan monyet bukan saja merosakkan peralatan dan kelengkapan penduduk di Presint 11, Putrajaya dimana penulis blog tinggal akan tetapi ia malah turut menimbulkan kebimbangan haiwan itu bertindak ganas terhadap kanak-kanak. Dilaporkan dimana gangguan monyet sudah dihadapi penduduk sejak lima tahun lalu namun sejak kebelakangan ini didakwa keadaan menjadi lebih teruk apabila banyak peralatan dirosakkan. Penduduk Presint 11 mendakwa kumpulan monyet itu sering dilihat keluar dari hutan kecil berdekatan kediaman mereka menyebabkan penduduk berada di dalam kegusaran. Monyet itu berkeliaran selepas kehilangan habitat yang kini dibangunkan sebagai kawasan perumahan dan mula menceroboh rumah penduduk untuk mencari makanan. Kini bukan setakat itu saja dimana  haiwan berkenaan turut membuat banyak kotoran dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari sisa-sisa makanan. Dilaporkan dimana penduduk semakin gusar dengan keselamatan kanak-kanak kerana dikhuatiri ia menyerang mereka yang sedang bermain di luar rumah atau taman permainan. Dilaporkan kadang-kala sampai berpuluh-puluh ekor monyet akan keluar dimana ini menyebabkan kalangan penduduk sudah tidak berani bertindak kerana ia kelihatan ganas. Kalau sebelum ini pihak berkuasa tempatan (PBT) ada membuat pemantauan dan menangkap haiwan terbabit secara berkala akan tetapi selepas beberapa hari monyet berkenaan datang semula mengganggu penduduk. Dilaporkan pihak penduduk mengharapkan pihak berkuasa dapat turun padang membantu menangani ancaman haiwan liar itu termasuk menangkap dan memindahkannya ke kawasan lain.

Dalam portal berita mediaprima.com pula dilaporkan bagaimana kes '
Lelaki tembak monyet diburu polis oleh PERHILITAN' sesuai dijadikan fakta menarik.
Laporan ini merujuk kepada pihak polis yang sudah menerima satu laporan berhubungan rakaman video yang tular di media sosial memaparkan tindakan kejam seorang lelaki tempatan menembak kepala monyet menggunakan pistol. Bagi Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Bukit Aman iaitu Datuk Asmawati Ahmad menyatakan akibat laporan itu dibuat 1.21 pagi semalam satu siasatan dimulakan. Susulan itu polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 428 Kanun Keseksaan (KK). Apa pun menerusi Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dimana kes disiasat kerana penggunaan senjata api di tempat yang tidak dibenarkan. Dalam Seksyen 428 KK pula ianya akan digunakan kerana melakukan khianat dengan membunuh atau mencacatkan haiwan. Siasatan lanjut bagi mengenal pasti dan mengesan suspek sedang dijalankan. Sementara itu dipihak lain di Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menerusi ciapan di Twitter juga turut mereka memaklumkan agensi itu menjalankan satu siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) atas tindakan zalim terhadap haiwan liar berkenaan. Pihak jabatan PERHILITAN kini sedang menjalankan siasatan bagi tujuan menentukan kesahihan video berkenaan dan memohon orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi agensi itu dengan kadar segera bagi membantu siasatan. Sebelum ini tular rakaman video berdurasi 20 saatiaitu di media sosial sejak dua hari lalu. Rakaman berkenaan memaparkan satu tindakan lelaki meminta haiwan itu menyebut perkataan ‘baby sayang’. Lelaki berkenaan kemudian melepaskan satu das tembakan di kepala yang mengenai kepala haiwan berkenaan selepas kiraan tiga. Memang banyak perkara didunia ini yang kita tidak boleh buat sesuka hati atau untuk suka-suka sahaja apa lagi kalau melibatkan nyawa. Kes di Pulau Pinang pula melaporkan dimana pihak Jabatan PERHILITAN sedang menyiasat aduan awam berkaitan kera yang disyaki diracun di Jalan Bukit Kukus, Hadapan Blok 16, Grand View, Ayer Itam, Pulau Pinang pada 26 Jun 2021. Siasatan awal mendapati sembilan (9) ekor kera telah mati disyaki terdapat unsur-unsur akibat diracun. Walau bagaimanapun, jenis racun dan punca kera ini diracun adalah masih dalam siasatan lanjut pihak Jabatan PERHILITAN. Jabatan PERHILITAN akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 86 (Kezaliman terhadap hidupan liar) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (π΄π‘˜π‘‘π‘Ž 716) kerana Kera (πΏπ‘œπ‘›π‘”-π‘‘π‘Žπ‘–π‘™π‘’π‘‘ π‘€π‘Žπ‘π‘Žπ‘žπ‘’π‘’) merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah [π΄π‘˜π‘‘π‘Ž 716]. Semuga artikel dalam blog anim agro technology kali ini bermanafaat. Wasallam!!!..
HAIWAN MONYET... ANCAM SEMUA...
ROSAKKAN TANAMAN.. RUMAH JUGA...
PERLU DIKSWAL... PELBAGAI CARANYA...
JANGAN MEMBUNUH ... DIBAWAH AKTA...

By,
M Anem,
Senior Agronomi,
Taman Cendana, Bandar Melaka,
Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1444H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...