Support My Blog

Saturday, May 28, 2022

CABARAN MENTERNAK ARNAB

CABARAN MENTERNAK ARNAB
 (rabbit) secara komersial di Malaysia perlu ditangani bagi mempastikan ia akan berjaya. Selai penternakan arnab komersil kini ada ramai juga yang menternak untuk hobi sebagai haiwan kesayangan. Dalam pada itu usaha peternakan arnab daging secara komersial biasanya meliputi dua bahagian utama yang saling berkaitan tetapi dalam sistem pengurusan yang berbeza sedikit iaitu untuk tujuan pengeluaran baka atau pun bagi tujuan pengeluaran daging. Penternakan untuk pembiakan baka adalah untuk menghasilkan baka-baka mengikut spesis yang tertentu dimana dalam hal ini adalah jenis arnab pedaging dimana ia kenuddian dipangil stok induk. Dari stok induk ini pula melalui program pembiakan yang dibuat untuk mengeuarkan baka ternakan komersil. Induk arnab naka ini akan kemudiannya melalui program pembiakan akan kemudian akan menghasilkan pula anak-anak. Semua anak-anak ini akan digemukkan dalam masa 2-3 bulan untuk mendapatkan dagingnya. Penternakan arnab selain untuk pengeluaran daging juga digunakan untuk pengeluaran fur (kulit bersama bulunya) dan wol (bulu). Bagaimanapun cara pengurusan bagi tujuan ini lazimnya adalah belainan sedikit. Merujuk kepada portan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia dimana diantara baka-baka yang disyorkan untuk daging diternak di Malaysia adalah seperti New Zealand White, Calfornian, Carolina, New Simonare dan baka Sepanyol. Perbezaan diantara baka arnab tempatan dengan baka import adalah pada baka tempata ia selalu mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit akan tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan pengusaha digalakkan mengambil baka arnab tempatan akan tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging import. Dalam pada itu pemilihan baka pedaging import sebab berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import adalah lebih ketara berbanding pada arnab tempatan. Baka import biasanya mempunyai purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor dimana purata bilangan anak masa cerai susu sekitar 6-8 ekor. Jika ditimbang berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan iaitu sekitar lebih kurang 2 kg. Baka arnab jenis pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis. Kini bagaimana pun dilaporkan sudah ada beberapa ladang yang telah menjual baka-baka ini dengan kadar harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Bagi menternak arnab hobi permulaan boleh menggunakan satu set iaitu satu pejantan (arnab jantan dewasa) dan 5 ekor induk (arnab betina dewasa). Bagi skala ternak arnab sederhana besar sebanyak 50 induk dan 10 pejantan. Bagaimana pun bagi tujuan komersil secara penuh masa bolehlah memulakan 500 induk dan 100 pejantan. Artikel subuh ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya paparkan begaimana cabaran menternak arnab yang banyak dilaporkn mampu untuk memberikan pulangan baik untuk dijadikan bahan rujukkan pembaca blog semua.

Dilaporkan antara cabaran utama penternakan arnab adalah bagaimana untuk mendapatkan stok arnab secara konsisten. Cabaran ini sering dilaporkan terutama dikalangan mereka yang baru memulakan projek atau mahu mereka yang ingin memperbesarkan jumlah penternakan mereka. Ramai pengusaha yang gagal memenuhi permintaan pasaran daging arnab yang terus meningkat dari pelanggan setia dan juga permintaan dari luar. Dilaporkan kebanyakan penternak arnab sudah ada ikatan tetap dengan membekalkan dagig arnab kepada beberapa restoren. Sate arnab dan daging arnab perap terus meningkat permintaannya sedangkan penternak semakin sukar menambah stok ternakannya. cabaran kedua terhadap industri ternakan arnab adalah disebabkan Kos Makanan Arnab yang semakin neik tinggi. Tinjauan penulis blog kepada beberapa penternak arnab menyatakan dimana apabila harga mananan (pellet) mahal maka daging arnab yang dijual juga akan jadi mahal dimana ini membebankan pengguna. Ini kerana bagi mendapatkan daging arnab berkualiti maka diperlukan makanan berkualiti yang agak mahal harganya. daging arnab yang berkualiti memberikan khasiat lebih baik berbanding dengan daging lain dimana ramai pengguna sudah sika memakannya berbanding dahulu. cabaran lain adalah kadar kematian arnab yang berlaku disebabkan oleh beberapa faktur seperti bunyi bising, makanan tercemar, penyakit, suhu dan sebagainya.

Portal berita bernama melaporkan ada usahawan '
Cabar diri ternak arnab' iaitu Mohd Fauzi dari Kuala Nerus, terengganu sebagai Orang Kurang Upaya (OKU).Dia kini telah menceburi bidang penternakan arnab untuk dijadikan sumber rezeki baharu.  Dia yang pernah bermain alat muzik, menjadi tukang urut, menjual tisu atau makanan ringan di tempat awam merupakan antara cara biasa Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan mencari rezeki yang bersesuaian dengan keupayaan mereka yang terhad. bagi Mohd Fauzi (50 tahun) yang buta kedua-dua matanya mencabar diri untuk keluar dari 'zon selesa' itu dengan menceburkan diri dalam bidang penternakan arnab sejak dua tahun lalu, selepas yakin dengan potensi cerah dalam industri berkenaan. Dia yang juga sebagai Pengerusi Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (Pertis) Wilayah Terengganu nyatakan pada awalnya beliau kurang yakin dengan kemampuan dirinya untuk menguruskan ternakan itu kerana mempunyai masalah penglihatan. Dia setelah mendengar sendiri penerangan daripada beberapa ahli Persatuan Penternak Arnab Negeri Terengganu berani memulakan langkah dengan memelihara tiga ekor arnab sebagai percubaan dirumahnya di Seberang Takir. Dia menggunakan kaedah penternakan unik iaitu dengan merujuk tarikh yang ditandakan pada setiap arnab peliharaanya agar dapat memantau perkembangan haiwan berkenaan dengan lebih mudah dan sistematik. Data yang akan direkod ialah seperti tarikh mengawan, tarikh lahir dan tarikh cerai susu. Disebebkan dia tidak dapat melihat, setiap arnab akan dimasukkan ke dalam sangkar berserta nombor rujukan khas untuk memudahkannya mengenal pasti identiti haiwan tersebut. Kini dia sudah mempunyai lebih 100 arnab ternakannya dengan pendapatan lebih RM2,000 sebulan dan berkongsi kelebihan menternak arnab dengan OKU cacat penglihatan yang lain agar mereka juga mampu berdikari sepertinya. Seekor anak arnab boleh dijual pada harga antara RM150 - RM180 manakala arnab dewasa berharga lebih RM300 bergantung pada baka dan saiz haiwan berkenaan. Dilaporkan ada 6 ahli persatuan OKU telah mula menternak arnab dan kami sentiasa menganjurkan kursus penternakan dengan modul lengkap seperti pemilihan spesies arnab, jenis sangkar, pemakanan yang berkualiti dan cara membiakkan arnab yang sempurna untuk mendapatkan anak yang berkualiti.

Dilaporkan antara cabaran dalam menternak arnab adalah apabila 'Arnab baka mati kerana masalah bekalan air' yang menyedihkan penternak tersebut. Kisah dimana seorang penternak arnab baka dari Kampung Pengkalan Maras, Tepoh mengalami kerugian lebih RM30,000 apabila 28 ekor ternakannya mati (Sila lihat foto disebelah). Kematian arnab pelbagai jenis baka seperti English Anggora dan German Giant itu dipercayai berpunca daripada kekurangan air bersih selepas berlaku krisis bekalan air di Kuala Nerus sejak 1 Ogos 2921. Bagi Noraisyah Mohd Sofian (28 tahun) dimana dia tidak menjangka masalah air di kawasan Kuala Nerus berterusan. ia tergaman apabila melihat arnab baka yang berharga ribuan ringgit mati begitu saja akibat kekurangan bekalan air untuk diminum seperti biasa.  Arnab import itu manja dan memang tidak tahan jika tidak minum air bersih oleh itu ia mati kerana ketiadaan air. Berita kerosakan paip air di dasar sungai tersebut dilaporkan dalam berita utama semua media. Dia memang tidak buat persediaan awal kerana tidak menjangka masalah air itu berlarutan dalam tempoh yang lama. Dia kini terpaksa memberi arnabnya meminum air daripada kolam ikan namun ia tidak sesuai untuk arnab dan ada yang mengalami cirit-birit. Terbaru dilaporkan ada lapan ekor lagi yang mati kira-kira jam 10.30 malam dan ia sungguh menyedihkannya. Dakwanya arnab baka dari Amerika Syarikat iaitu English Anggora berharga RM3,800 antara yang mati. Lebih lima tahun dia menjalankan penternakan arnab baka itu dan pertama kali mengalami kerugian besar seperti itu. Masalah bekalan air pernah berlaku di kawasannya namun dalam tempoh 12 jam ia kembali pulih seperti biasa. Dia berharap krisis bekalan air di kawasan Kuala Nerus segera diselesaikan supaya kegiatan penternakan arnab yang dijalankan tidak terus terjejas. Jika masalah air itu berterusan kemungkinan lebih banyak arnab yang mati selepas ini.
  Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
MENTERNAK ARNAB... ADA CABARAN...
KURANG BAKA.. GANGGU PASARAN...
ORANG OKU... SAMBUT TERNAKAN...
AKIBAT AIR TIADA... RUGI KEMATIAN...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Bandaraya Melaka,
Bukit Baru, Melaka,
Malaysia.
(13 Rejab 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...