Support My Blog

Monday, May 30, 2022

HARGA BARANG MAKANAN MAHAL - BAGAIMANA

HARGA BARANG MAKANAN
di negara kita dan mungkin dibeberapa negara lain didunia semakin mahal sekarang. Isu ini amat membimbangkan apabila saban hari ia dilaporkan didalam media dimana aduan pengguna yang bukan sahaja terpaksa membayar kos yang tinggi untuk berbelanja bahan makanan akan tetapi yang lebih merisaukan adalah ketiadaan barangan tersebut dipasaran. Antara yang sering dilaporkan dalam media utama dan media sosial adalah kelangkaan bahan seperti minyak masak dan tepong. Beberapa punca yang paling sering diperkatan yang menyebabkan barang mahal adalah disebabkan oleh isu Perang Rusia-Ukraine, faktor iklim dan suhu panas yang melampau, kos bahan pertanian yang terus mahal (baja. bahan kimia dan makanan haiwan ternakan) selain daripada permintaan yang meningkat. Ia juga berkait dengan isu didalam keadaan menongkah arus globalisasi yang semakin mencabar dimana negara mungkin tidak dapat melepaskan diri daripada belenggu inflasi apabila kenaikan harga barang berlaku secara holistik. Pada penulis blog mendapati dimana senario ini bukan sahaja memberikan beban kepada rakyat jelata terutama golongan yang masih berpendapatan rendah dan pengguna kebanyakkan. Walau pun di Malaysia masih belum berlaku rusuhan akibat daripada inflasi yang berlaku di luar negara harus menjadi iktibar dan pihak tertentu perlu mencari jalan untuk mengatasi isu ini. Salah satu faktor prioriti yang menyebabkan inflasi terkait juga dengan isu kenaikan harga minyak. Kita di Malaysia masih beruntung kerana harga minyak petrol diantara terendah di rantau Asia dan ia sedikit sebanyak membantu didalam mengawal kenaikan harga makanan. Kenaikan minyak yang sebagai kos pengangkutan yang terutama akan memberikan kesan yang amat besar kepada harga barangan kerana ia akan menyebabkan harga semua barangan turut naik dengan serentak. Faktur bencana alam juga didakwa merupakan punca yang mencetuskan kenaikan harga barang. Pada tahun 2021 dan 2022 ini berlaku banjir atau dilaporkan akan berlaku suhu panas dan kemarau yang berpanjangan yang boleh menyababkan hasil tanaman pasti berkurangan. Sejak beberapa tahun ini dilaporkan ada negara pengeluar makanan terutama seperti negara Thai, Rusia, India, Ukraine dan Kanada sering mengalami pelbagai musibah yang berkaitan dengan pemanasan global. Hasil tanaman mereka mengalami kemerosotan dan kini akibatnya terdapat beberapa negara ini yang telah mengehadkan eksport hasil tanaman dan ternakan seperti beras, bahan tenusu, tepung gandum, bawang dan lain-lain ke luar negara sehingga harga barang makanan di pasaran antarabangsa turut menjulang. Rentetan daripada itu, rakyat kita terpaksa membeli barang makanan yang semakin mahal. Terbaru India menghantikan eksport tepong gandum yang menyebabkan bekalan di Malaysia terjejas dan rak-rak tepong di pasaraya telah 'Kosong' (Sila lihat foto diatas). Isu juga terkait dengan kenaikan mata wang asing berbanding dengan mata wang Malaysia telah menyumbang kepada gejala ini. Sejak dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dilaporkan nilai mata wang Malaysia telah terjunam dan kesannya adalah para peniaga negara kita terpaksa terus mengimport pelbagai barangan dari luar negara dengan mata wang asing. Sebagai realiti dimana negara kita terpaksa berurus niaga dengan negara asing melalui US dolar. Walaupun harga barangan tertentu tidak mengalami kenaikan harga di pasaran antarabangsa tetapi rakyat kita terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat nilai mata wang Malaysia yang agak rendah. Tidak dapat dinafikan bahawa mahu tidak mahu negara tetap perlu membeli pelbagai barang keperluan dari luar negara kerana tidak dapat dihasilkan di dalam negara kita sendiri, seperti tepung gandum. Walau pun ada didakwa dimana ada peniaga yang bersikap tamak haloba sering memasang jerat untuk meningkatkan harga barang. Demi meragut keuntungan yang lumayan masih terdapat banyak peniaga sentiasa menangguk di air keruh dengan menyorok barangan keperluan. Mereka ada yang enggan menjual barang keperluan di pasaran lalu menimbulkan suasana yang gelisah dalam kalangan pengguna bahawa sudah kehabisan stok. Pengguna yang seperti cacing kepanasan akan merebut untuk membeli barangan itu sehingga peniaga berani menaikkan harga untuk menjual barang itu. Hal ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Barangan keperluan seperti beras, gula, dan tepung sering menjadi sasaran kepada peniaga yang sentiasa menunggu peluang. Penulis blog percaya dimana rakyat Malaysia perlu sedar bahawa permintaan pasaran lebih tinggi daripada bekalan akan menyababkan tercetusnya inflasi. Para pengguna kita juga perlu bertanggungjawab dalam konteks ini dimana perlu faham tentang ilmu kepenggunaan. Mereka sebaiknya hanya perlu membeli-belah dengan berdasarkan nafsu dan bukan berpaksikan keperluan. Contohnya iaitu ketika musim perayaan, penduduk Malaysia sering membeli barangan secara berlebihan sehingga berboros kerana tidak dapat menghabiskannya antaranya membeli daging ayam dan telur dan sebagainya. Mereka membuat kuih-muih dan juadah dengan terlalu banyak. Artikel subuh Sabtu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan info mengenai isu harga barangan makanan yang naik dan menrisaukan ramai pengguna untuk dijadikan bahan rujukkan semua.

Kisah bagaimana ramai kalangan peniaga barang makanan yang tersepit apabila harga manjadi mahal sering dilaporkan. Kini pada tahun 2022 berlaku k
enaikan harga bahan makakan yang ketara yang berlaku sejak Januari lalu. Ia kini terus mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga dan juga pengguna. Isu kenaikan harga barangan telah membawa kepada rungutan dalam kalangan masyarakat di seluruh negara termasuk para peniaga. Merujuk kepada satu laporan media dalam Berita Harian dimana bagi peniaga pasar bernama Ah Seng (51 tahun) yang merupakan seorang peniaga sayur di Pasar Chow Kit sejak 30 tahun mendakwa dimana kenaikan harga bahan makanan amat merunsingkan. Kenaikan harga ini mencatatkan kenaikan dari semasa ke semasa sehingga menyukarkan peniaga. Dakwanya mereka selalu ikuti harga sana (pasar borong) dimana jika harga di pasar borong naik maka dia pun akan menaikan harga runcit kepada pengguna. Pengguna akan merungut apabila peniaga runcit ini sepertinya menaikkan harga dan pengguna tidak mahu memahami keadaan sebenar dipasaran dan mahukan harga yang biasa dibeli. Pengguna akan mengadu kepada pihak KPDNHEP dimana kalangan mereka ada yang akan marah-marah kepada peniaga sebagai 'harga cekik darah' walau pun pengeluar barang makan sebenarnya libatkan banyak pihak dlam sistem rantaian pasaran. Pelbagai usaha biasanya akan dilakukan oleh pihak berkuasa didalam usaha mengawal kes-kes kenaikan harga dibanyak lokasi terutama di pasar dan di pasaraya serta premis lain yang sering menjadi tumpuan. Apabila ada aduan dengan segera pihak berkuasa akan membuat pemeriksaan dalam banyak sudut dimana semuanya akan menyusahkan pihak peniaga. Ada kalangan peniaga yang mendakwa 'keuntungan' yang diperolehi tidak seberapa tetapi merasa terhimpit diantara kehendak kerajaan dengan kawalan harga dan kehendak pengguna yang sering hendakkan harga murah tetapi mahukan produk berkualiti. Peniaga mendakwa dimana antara alasan harga barang keperluan dapor naik seperti minyak masak, tepong dan sayuran import adalah berlaku kekurangan bekalan, jika harga petrol dan diesel mengalami kenaikan dan kesan bencana alam. Ada peniaga yang pening melayan rungutan pembeli yang akan  diterimanya yang rata-rata marah apabila kenaikan barang makanan keperluan naik. 
Namun sebagai peniaga pula cuba dia sedaya upaya untuk menjelaskan situasi yang sebenar. Peranan media dalam memberitahu perkara sebenar kenaikan harga mungkin boleh meredakan situasi ini. Bagi peniaga ayam seperti Mohamad Ariff yang terpaksa berdepan dengan kecaman pembeli ysng mahukan agar kerajaan dapat menangani isu kenaikan harga ayam. Ini kerana ia bukan hanya mengakibatkan pembeli tertekan malahan peniaga kecil sepertinya turut tertekan gara gara-gara harga ayam yang melambung tinggi.

Dalam laporan lain yang dirujuk dalam kosmo.com.my bertajuk '
Barang mahal, pengguna tertekan' dari Petaling Jaya melaporkan bencana banjir yang pernah melanda beberapa ne­geri mula memberi impak kepada rakyat apabila mereka kini terpaksa membeli barang keperluan harian terutama ikan, ayam, da­ging dan sayur-sayuran pada harga lebih mahal berbanding biasa. Apa pun didakwa kenaikan harga itu antaranya berpunca daripada kekurangan bekalan bahan mentah dan pe­ningkatan kos pengangkutan apabila kebanyakan lori terpaksa melalui jalan alternatif bagi mengelak kawasan yang dinaiki banjir. Terkini pada tahun 2022 harga makanan ayam yang melambong tinggi menjadi lebih parah sehinggakan ada penternak yang menghentikan pengeluaran ayam. Di beberapa negeri ada laporan bekalan ayam tidak mencukupi dan yang ada pun dijual dengan harga mahal. Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna tertekan terutamanya di kawasan terjejas bah apabila terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi demi mendapatkan barang keperluan. Di Melaka dan di Selangor dilaporkan beberapa peniaga daging ayam meluahkan rasa keresahannya apabila perlu berdepan dengan masalah bekalan ayam yang tidak mencukupi. Peniaga tidak boleh untuk menjual mahal kerana kesannya pelanggan lari akan tetapi apabila harga daripada pembekal tinggi dan sentiasa naik setiap hari memang membebankan semua pihak. Mengimbas masa dulu sebelum berlaku isu ini, hanya lima tahun sekali baru harga ayam dan daging naik akan tetapi sekarang ini setiap hari naik dalam anggaran RM2 hingga RM3 sehingga ramai pengguna berfikir banyak kali untuk membelinya. Ada peniaga yang hanya ambil untung RM1 daripada harga modal bagi setiap jenis sayuran yang dijual dipremis di pasar mengikut kesesuaian. Dalam pada itu di Kedah seorang peniaga dikenali Muhammad Shah Rizal (40 tahun) pula mendedahkan dia ha­nya mendapat keuntungan RM1 bagi sekilo ayam kerana bahan mentah itu diperolehi pada harga tinggi daripada pembekal. Keuntungan seperti ini agak membebankan beliau kerana dia akan menanggung kos lain seperti sewa tapak, bil air, api dan upah. Di kedai runcit pula bagi seorang runcit, Mohd Fauzi Sharip dakwa apa yang menjadi masalah adalah bekalan minyak masak (peket dalam plastik dan botol) memang kini agak sukar mendapatkan bekalan daripada pengedar. Pernah di dimaklumkan bekalan akan sampai pada 4 Januari ini dan pengguna sanggup membayar RM2.70 sepeket berban­ding RM2.50 untuk mendapatkan minyak tersebut. Sementara itu di Perak bagi seorang suri rumah bernama Arbakyah Salim memberitahu dimana antara sayur yang mahal ialah kacang panjang iaitu RM8 sekilogram berbanding sebelumnya RM7, kacang buncis (RM11, sebelumnya RM9), kangkung (RM5, sebelum­nya RM4) dan telur gred C (RM13) sepapan. Ada peniaga yang memberitahu sesetengah barang dijual mengikut jualan daripada pemborong atau pembekal dan sebagai pengguna kita tidak ada banyak pilihan kerana mahu atau tidak kita memang kena belinya. Kenaikan harga sayur menyebabkan ada peniaga terpaksa mengurangkan kuantiti bagi tujuan untuk mengelakkan pelanggan mengeluh. Kalau dulu misalnya duit sekitar RM10 boleh dapat tiga jenis sayuran yang dijual dalam pinggan dengan jumlah agak banyak tapi sekarang harga masih sama cuma kuantiti sedikit. Mungkin ada bahan yang sudah dikawal harganya akan tetapi ada juga bahan yang lain mahal dan tidak masuk akal.

Merujuk kepada portal malaysiagazete pula bertajuk '
Harga barangan mahal, peniaga pun bimbang barang tak laku' juga berkaitan dengan artikel kali ini. Berita dari Kuala Lumpur ini menyatakan rata-rata peniaga dan pengguna masing-masing melahirkan rasa amat kecewa berikutan harga barangan terutamanya barang makanan yang masih belum stabil atau dipulihkan. Hasil tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Chow Kit mendapati hampir kesemua peniaga menjual sekilogram ayam pada harga RM9.50 sementara kubis bulat pula dijual sehingga RM5.50 sekilogram. Menurut peniaga ayam dikenali dengan  Mohd Yusof Husin menyatakan harga ayam kini bukan sahaja mahal malah peniaga terpaksa menanggung kerugian juga  berikutan jumlah jualan yang semakin merosot. Dakwanya kalau sebelum ini dia mampu menjual sehingga 300 kilogram ayam dalam masa sehari namun kini hanya sekitar hanya100 kilogram sahaja yang dibeli oleh pelanggan. Sekarang jumlah pembeli sudah susut apabila harga ayam semakin naik. Dalam pada itu ramai pelanggan juga asyik merungut kerana harga sekilogram ayam terlalu mahal. Dalam sejarah harga ayam memang tidak pernah sampai RM9.50 dakwanya yang sudah pun berniaga hampir 30 tahun tapi kali ini harga boleh cecah sebegitu tinggi. Dia minta kerajaan untuk mengambil langkah dan tanggungjawab dalam mengawal harga barangan yang semakin meningkat naik terutamanya harga ayam kerana rakyat ketika ini sedang hidup susah akibat impak pandemik Covid-19. Kebanyakan ayam yang sampai memang besar semuanya dimana kalau seekor sudah lebih dua kilogram berapa harga yang perlu pelanggan bayar maka harganya sampai RM27 atau lebih RM30 seekor dan itu baru beli ayam sahaja tak masuk barangan lain. Harga ayam memang mahal sangat sampai orang sudah tidak mampu hendak beli lagi. Bagi seorang peniaga sayur iaitu Yau Heng menyatakan dimana sekiranya harga sayur semakin tinggi maka tidak mustahil pembeli juga akan semakin berkurangan. Pihak berwajib perlu menstabilkan semula (harga) supaya semua orang dapat berniaga dan untung yang berpatutan iaitu dengan harga kalau boleh jangan terlalu tinggi atau rendah. Dakwanya paling ketara harga kubis bulat yang dijual RM70 bagi satu beg dan kita perlu keluarkan modal sekitar RM4.50 bagi sekilogram dan jual antara RM5 sehingga RM5.50. kalau sebelum ini harga kubis hanya RM2.50 sekilogram dan kini mencecah RM5.50 dimana isu ini akan menyebabkan 'lari bajet' dimana pembeli pun berfikir banyak kali sebelum mahu beli dalam kuantiti yang banyak. Kalangan pengguna atau rakyat juga perlu melihat semula setiap perbelanjaan dengan lebih teliti supaya mereka tidak menanggung beban akibat kenaikan harga barang. Sebagai pengguna dimana semua perlukan bahan makanan dan terpaksa hadap jugalah dengan isu kos kenaikan barang mentah dan terpaksa berbelanja lebih sedikit untuk beli barang makanan asas ini. Ramai pengguna perlu mengawal perbelanjaan harian memandangkan barang basah yang meningkat maka secara tidak langsung harga makanan yang dijual di kedai juga akan naik. Kerajaan juga harus lebih jujur dan bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barang yang berlaku hampir di seluruh negara. Pengguna masih berfikir jika pembelian melebihi pendapatan sebulan seseorang individu itu kesannya adalah ia memberi masalah kepada perbelanjaan keluarga. Apa pun pengguna memang terasa (kenaikan harga) akan tetapi sebagai rakyat apa boleh mereka boleh dengan kenaikan harga makanan ini. Isu dimana peniaga menjual pada harga barang yang sampai memang sudah mahal jadi takkan mereka mahu jual murah. Walau pun ada usaha kerajaan untuk berikan bantuan kewangan kepada pemain industri pertanian dalam masa terdekat akan tetapi ia cuma sebagai kaedah meringankan beban kos operasi yang telah memberi impak kepada harga barangan di pasaran. Menurut Menteri KPDNHEP pihaknya bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan sudah melaksanakan langkah tersebut dalam sektor ternakan ayam. Semuga artikel ini memberi info berguna kepada semua embaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!.
BARANG MAKANAN... NAIK HARGA...
HARGA AYAM... IA PALING KETARA...
PENIAGA PENINGA... JUGA PENGGUNA...
MASAALAH INFLASI... KESAN YANG NYATA..

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Bukit Baru, Bandar Melaka,
Melaka, Malaysia.
(28 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...