Support My Blog

Wednesday, May 25, 2022

KEDAI MAMAK DAN 786 - APA DIA?

NOMBOR 786
sering diperkatakan di kalangan penduduk di negara khususnya mereka yang sering berkunjung ke Kedai Mamak atau rangkaian restoren makanan mamak yang ada banyak dibuka 24 jam. Dari segi kefahaman penduduk tempatan dan pelancong asing sudah menjadikan premis ini sebagai satu pusat mendapatkan makanan atau kuliner yang popular. Dalam beberapa youtuber pelancong asing dimana ramai mereka yang 'teruja' untuk makan di kedai ini kerana kualiti makanan, harga, dibuka 24 jam dan mudah diakses dibanyak lokasi. Asasnya kedai mamak atau restoren ini 
juga dikenali sebagai "mapley" yang merupakan sejenis tempat makan yang menyajikan kuliner masakan mamak. Di Malaysia apa yang penulis blog dan pembaca sudah maklum dimana  istilah "mamak" merujuk kepada orang India beragama Islam dan berkait dengan umumnya gerai mamak dimiliki dan dikendali oleh golongan ini walau pun ada pengusahanya yang bukan Islam beroperasi tetapi masih dengan konsep yang sama. Gerai mamak diminati rakyat Malaysia sebagai tempat untuk berehat dan mendapatkan makanan sambil berjumpa rakan taulan juga. Di masa sekaramg kebanyakan kedai mamak sudah dipermodenkan sehinggakan ada beberapa pengusaha yang menggunakan perkhidmatan robot untuk menghantar makanan dan membersihkan lantai. Didakwa harga makanan dan minumannya masih ditarif murah dan lazimnya gerai sebegini dibuka 24 jam sehari. Penulis blog dapati budaya berkunjung kekedai mamak sudah menjadi lazim kerana memang ia terdapat dimana juga dimana kebanyakannya pada lot tepi bderetan kedai yang strategik dikkawasan bandar dan perumahan. Selain menjadi tumpuan dan gabungan pelbagai budaya, satu lambang keharmonian sesama kaum yang makan disini menunjukkan asas kepada aspek perpaduan diantara pelbagai kaum di Malaysia. Tanpa mengira kaum, agama dan umur sentiasa akan ada orang ramai sentiasa mengunjungi gerai mamak unutk bergosip atau menonton perlawanan bola sepak larut malam sambil mereka meminum teh tarik panas. Gerai mamak merupakan tempat di mana adalah amat senang untuk mengenal pasti perlawanan bola sepak (Penyokong sesebuah kelab bola sepak kerana saiz, mutu atau popularitinya dalam media termasuk penulis blog yang sokong JDT). Artikel pada petang Rabu ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya menulis berkaitan kedai mamak dan nombor 786 selepas selesai makan rojak dan roti telur di sebuah kedai mamak berhampiran Hotel Amerin, Perling, Johor Bahru, Johor untuk dijadikan bahan bacaan semua. 

Apa pun kebanyakan penduduk tempatan memang tahu bagaimana timbulnya asal-usul istilah "Kedai mamak" yang telah menjadi lazim di negara kita. Panggilan perkataan 'mamak' berkaitan dengan kebarangkalian cerita daripada amalan kanak-kanak meggelar si penjaga kedai sebagai 'uncle' atau 'mamak' yang sama maksu dalam bahasa Tamil iaitu sebagai tanda hormat ketika berinteraksi dengannya dan mengunjungi tempatnya. Ada pun kedai mamak amat agak sama atau serupa maknanya dengan kedai orang India Hindu kecuali orang mamak beragama Islam dan tidak menjual daging khinzir dan manakala penganut agama Hindu tidak menjual daging lembu. Terdapat juga gerai serupa yang dikendali oleh orang Melayu tempatan dimana mereka tidak wajar dikelirukan dengan kedai mamak. Apa pun yang ketara adalah jenis sajian yang sering di sajikan dikedai m
amak dimana ia agak serupa didapati dalam semua jenis kedai jenis ini dimana sahaja di seluruh Malaysia. Biasanya apa yang mesti boleh dipesan terdiri dari teh tarik, Milo dan Horlicks serta beraneka pilihan roti canai. Kebanyakan gerai mamak juga sedia untuk mereka menyajikan beberapa jenis masakan nasi terutama rangkaian makanan Nasi Kandar dengan pelbagai pilihan lauk. Dalam pada itu bagi sesetengah restoren mamak mereka juga ada menyediakan makanan Ala Thailand seperti Tomyam, Paprik, Sate dan makanan barat popular. Kalangan pelancong asing mereka amat suka dengan Roti Nan Cheese. Berbincang tentang kuliner di kedai mamak yang menjadi menu lazim antaranya adalah rojak mamak, capati, Mi goreng mamak, mee goreng biasa, Murtabak, Nasi kandar, Kari (pelbagai jenis lauk), Nasi briyani, Nasi lemak, Pasembur, Roti Poori, Roti bakar, Roti bom, Roti canai, Roti naan,  Ayam Tandoori, Roti telur, Roti tisu, Sup ayam, Sup kambing, Susu kambing, Teh tarik, Telur separuh rebus, Tosai, Rojak dan beberapa lagi.

Kisah bagaimana dan apakah maksud Disebalik Nombor '786' seperti yang selalu ada di papan tanda Kedai Mamak sudah menjadi rahsia umum.  
Pembaca blog boleh lihat tanda '786' ini di paparkan di 'signboard' kedai makan India Muslim. Dalam internet apaila di google sahaja memang ada beberapa keterangan yang sesuai dijadikan sumber rujukkan. Walau pun kalangan tertentu masih belum tahu akan perkara ini tetapi wajar juga dibincangkan dalam artikel kali ini. Ada juga yang menyangka sehingga hari ini masih ada yang terkeliru mengenai angka 786 yang dikatakan membawa maksud Basmalah (Bismillahi-Rahmani-Rahim). Dilaporkan dalam antara sumber rujukan menyatakan asal-Usul 'Angka 786' merupakan satu jumlah beberapa nilai dari huruf-huruf basamalah. Cara mengiraan ini dikenal dengan kaedah Abjad, itu memberi nilai-nilai arithmetik kepada huruf-huruf tersebut. Menurut Dr. Muzammil H. Siddiqi iaitu bekas Presiden ISNA, ia dicipta pada Abad ke 3 Hijrah semasa zaman Abbasiyyah dan banyak digunakan dinegara-negara Pakistan dan India. Cara pengiraanya : (berapa kali huruf didarab dengan nilai huruf) dimana ب (1 kali * 2 = 2), س (1 kali * 60 = 60), م (3 kali * 40 = 120), ا (3 kali * 1 = 3), ل (4 kali * 30 = 120), ه (1 kali * 5 = 5), ر (2 kali * 200 = 400), ن (1 kali * 50 = 50), ح (2 kali * 8 = 16), ي (1 kali * 10 = 10) dimana jika dijumlahkan maka menjadi jumlahnya = 2+60+120+3+120+5+400+50+16+10 = 786. Ada pun dalam beberapa kenyataan dilaporkan ia menggantikan Basmalah dengan angka 786 adalah bertujuan mengelakkan menulis Basmalah dan ayat Quran lain di atas kertas biasa atau didalam bahasa Inggeris sebagai 'to avoid writing the name of Allah or the Qur'anic ayah on ordinary papers'. Apa pun keterangan seperti ini banyak ditulis dalam lamanweb.

Banyak laporan dimana 'Nombor 786' juga masih tetap bermakna 786 dan tiada lebih dari itu. Merujuk kenyataan dimana apabila Allah swt atau Nabi saw mengajar kita sesuatu, semestinya mereka akan melakukan dengan cara yang paling jelas serta jauh dari teka-teki dan nombor-nombor misteri. Semua usaha yang dilakukan oleh orang-orang Islam bagi mengira huruf dan menhubungkannya dengan nombor tiadalah apa didalamnya tetapi membazir masa. Adakala mereka melakukan dengan tujuan baik bagi menunjukkan agama kita hebat.  Dalam merujuk kepada fatwa dari Negeri Johor Darul Takzim dimana dilaporkan keputusan fatwa negeri Johor Darul Takzim mengenai Hukum mempercayai dan menyakini bahawa angka 786 adalah bermaksud 'Bismillahi Rahmani Rahim' dan menyatakan yang ianya adalah satu kepercayaan yang salah dan bertentangan dengan aqidah Ahlul Sunnah Wal Jamaah dalam syariah serta akhlak Islam.
Juga dinyatakan perbuatan ini juga termasuk di dalam golongan mereka yang mentafsirkan Al-Qur’an mengikut hawa nafsu dan tidak berdasarkan kepada ilmu dan displin-displinnya dan tidak mendapat hidayah Allah S.W.T. Semua diminta untuk menghentikan kepercayaan penggunaannya serta merta. Apa pun kenyataan tersebut menyarankan agar didalam setiap urusan agama hendaklah berpandukan sumber Al-Quran dan Hadis yang Sahih. Mengantikan ayat-ayat suci dengan angka-angka nyata tidak membawa apa-apa makna dan faedah malah dalam pngkhususan hukum bacaan Al-Quran pembaca yang hanya menyebut angka-angka tidak memperolehi apa-apa manfaat dari bacaannya. Dinyataklan juga dimana jika setiap kali muncul sesuatu yang dirasakan aneh rujuklah dari mana sumbernya kerana musuh-musuh Islam yang mana mereka sentiasa akan berusaha didalam menyesatkan pemahaman umat Islam. Semuga tulisan ini memberi sedikit sebanyak maklumat berfaedah kepada semua pembaca blog anim agro technology kali ini. Wasallam!!!...
RESTOREN MAMAK.. BANYAK DIMALAYSIA...
BANYAK MAKANAN... DIHIDANGKAN SEGERA...
TEMPAT TUMPUAN... 24 JAM SEHARIANNYA...
MENJADI IKON... MEMANG UNIK BUDAYANYA...

By,
M Anem,
Senior Agronomist,
Taman Cendana, Jalan Istana,
Air Keroh, Melaka,
Malaysia.
(22 Syawal 1443H).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

THANK YOU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...